Post on 06-Feb-2018
i
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DALAM AHKAM SYAR’IYYAH
JOHOR: SATU KAJIAN TEKS
NOR ASHIKIN BINTI CHE AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
iii
NOR ASHIKIN BINTI CHE AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iv
Dedikasi
Tuhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Pengayang,
Segala Puji Pujian Hanya Pada Mu Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam,
Syukur Di Atas Kurniaan-Mu,
Selawat Dan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW
Buat Ayahanda Dan Bonda tersayang
Che Ahmad Bin Abdullah Dan Sapiah Bt Abd. Ghani
Segala dorongan, bimbingan dan iringan doa, Membuatkanku masih teguh berdiri
Setulus Ingatan Buat
Kakanda Dan Kakak Iparku
Zulkifli, Hasbullah, Zarina Dan Baiyah
Segala Nasihat Dan Suntikan Semangat
Menjadikanku Insan Yang Tidak Kenal Penat Dan Lelah
Buat Guru-Guru Dan Pensyarah Yang Dihormati
Warga muallim,Terutamanya Ustaz Sulaiman Syakib B Mohd Noor
Serta Dr. Kamarul Azmi B Jasmi Yang Telah Memberi Bimbingan Dan Tunjuk Ajar
Akan Ku Abadikan Segala Nasihat Kalian Dalam Hidup Yang Fana Ini
Buat Sahabat Sahabiyah Sekalian
Syukran Jazilan Diatas Segala Sokongan Dan Bantuan Kalian
Disini Bermulanya Erti Persahabatan Dan Kehidupan
Semoga Ukhuwah Yang Terbina Fillah Abadan Abada…
v
Penghargaan
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat
penulis menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) dengan jayanya. Selawat dan
salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarganya yang telah
banyak berkorban demi menyebarkan syiar Islam di seluruh pelusuk dunia.
Jutaan penghargaan penulis tujukan buat penyelia yang dihormati iaitu Ustaz
Sulaiman Syakib bin Mohd Noor yang telah memberi bimbingan serta tunjuk ajar
sepanjang tempoh dalam menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada Dr.
Kamarul Azmi bin Jasmi yang telah banyak memberikan idea, tunjuk ajar, dan panduan
yang amat berguna kepada penulis. Jasa kalian tidak dapat dilupakan.
Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada ayahda dan bonda yang telah
banyak memberi semangat dan dorongan serta iringan doa sepanjang perjuangan dibumi
UTM ini. Tanpa iringan doa dan kata-kata semangat dari ayahda dan bonda, tidak
mungkin anakanda berjaya sampai ke tahap ini.
Ucapan penghargaan juga diberikan khas, buat pensyarah fakulti Tamadun Islam
serta fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala ilmu kepada penulis.Tidak
ketinggalan juga, buat rakan-rakan seperjuangan, kesudian kalian dalam membantu
serta berkongsi idea amat dihargai dan dikenang. Akhirnya, ribuan terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa yang telah diberikan,
semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang masa.
vi
ABSTRAK
Kajian ini memfokuskan kepada Undang-Undang Perkahwinan Dalam Kitab Ahkam
Syar’iyyah Johor : Satu Kajian Teks. Fokus kajian ini adalah melihat Undang-Undang
Kekeluargaan Islam dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor. Objektif utama kajian ini
adalah untuk mengkaji hukum meminang, rukun nikah dan aspek pengharaman nikah
dalam kitab Ahkam Syar’iyyah. Teks kajian meliputi bab satu yang mempunyai enam
fasal, manakala bab dua mempunyai dua puluh tiga fasal yang telah dijadikan data
verbatim untuk dianalisis dalam program N’Vivo 7.0 bagi menghasilkan tema dan
subtema. Hasil dapatan menunjukkan hukum meminang terdiri daripada empat tema
utama, iaitu yang terdiri daripada sunat, harus, makruh dan haram. Manakala tema
dalam rukun nikah terdiri lima tema utama, iaitu suami, isteri, wali, dua saksi, dan lafaz.
Akhir sekali, pengharaman nikah terdiri daripada sembilan sub tema utama, iaitu
persemendaan, wati syubhah, nikah dalam ihram, janda yang ditalak tiga, hamba,
mahram kerana nasab, kafir, susuan dan murtad. Semua tema ini terkandung subtema
dan sub-sub tema. Pada akhir kajian ini satu model undang-undang perkahwinan terhasil
untuk dijadikan asas dalam undang-undang kekeluargaan Islam.
vii
ABSTRACT
The study focuses on the Marriage Law in Johor ‘ Ahkam Syar’iyyah’ book : a case
study. The study aims to see the Islamic Kindred Law included in Johor ‘ Ahkam
Syar’iyyah’ books . The main objective of this study is to investigate the Engagement
Law, marriage pillars and forbidden aspects in marriage which contained in the Johor ‘
Ahkam Syar’iyyah’ book. The text study included chapter one that consists of six part,
meanwhile for chapter two consists of twenty forth have been formulated to ‘verbatim’
data to be analyzed in N’Vivo 7.0 in order to create theme and sub-theme. The findings
shown that Engagement Law consists of four main themes which is Marriage Law
namely constitutes of circumcision, things that ought to do, things that is objectionable
but is not forbidden and forbidden things. The themes in marriage pillars encompasses
five main themes which are husband and wife, guardian, two eyewitness, and recitation
.Finally, the marriage prohibition covers nine main themes including parents- in-law,
cynical guardian, marriage within consecration, a widow who has been divorced for the
third time, slave, ‘mahram’ due to ancestry , ‘susuan’, pagan, an apostate. All these
themes are included in sub-theme and sub-sub theme. At the end of the study, one
model of marriage law has been created as the basis in Islamic kindred Law.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA
HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
i
HALAMAN PENGAKUAN
ii
HALAMAN DEDIKASI
iv
HALAMAN PENGHARGAAN
v
ABSTRAK
vi
ABSTRACT
vii
ISI KANDUNGAN
viii
SENARAI JADUAL
xii
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
xiii
xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1
1.2 Latar Belakang Masalah
4
1.3 Penyataan Masalah
6
1.4 Objektif Kajian
7
ix
1.5 Persoalan Kajian
8
1.6 Kepentingan Kajian
8
1.7 Batasan Kajian
9
1.8 Definisi Istilah
10
1.9 Kesimpulan
12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
13
2.2 Sejarah Ahkam Syar’iyyah Johor
14
2.3 Biodata Dato’ Syed Alwe Bin Tahir Al-Hadad
16
2.4 Hukum Meminang
20
2.5 Rukun Nikah
2.5.1 Sighah
2.5.2 Suami
2.5.3 Isteri
2.5.4 Wali
2.5.5 Saksi
2.5.6 Susunan Wali
24
25
26
27
28
34
36
2.6 Wanita Yang Haram Dikahwini
2.6.1 Haram Dikahwini Untuk Selama-
Lamanya
40
41
x
2.6.2 Haram Nikah Untuk Sementara
Waktu
46
2.7 Kajian Lepas
52
2.8 Kesimpulan 53
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
55
3.2 Reka Bentuk Kajian
56
3.3 Method Pengumpulan Data
56
3.4 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Data
58
3.5 Analisis Data
59
3.6 Kesimpulan
61
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan
63
4.2 Hukum Peminangan Dalam Ahkam Syar’iyyah
Johor
64
4.3 Rukun Nikah Dalam Ahkam Syar’iyyah Johor
67
4.4 Sebab-Sebab Pengharaman Nikah
78
4.5 Kesimpulan
98
xi
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan
99
5.2 Perbincangan Dan Rumusan
100
5.3 Rumusan
103
5.4 Implikasi
105
5.5 Cadangan Dan Saranan
106
5.6 Kajian Lanjutan
108
5.7 Kesimpulan
108
BIBLIOGRAFI 109
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.1 Undang-Undang Perkahwinan 64
4.2 Peminangan 64
4.3 Rukun Nikah 67
4.4 Dua Saksi 70
4.5 Wali 72
4.6 Pengharaman Nikah 78
4.7 Mahram Kerana Nasab 79
4.8 Susuan 82
4.9 Persemendaan (Musaharah) 83
4.10 Wati Syubhah 85
4.11 Nikah Dalam Ihram 87
4.12 Janda Yang Ditalak Tiga 88
4.13 Hamba 92
4.14 Kafir 94
4.15 Murtad 96
xiii
SENARAI SINGKATAN
S A W Sallallahu Alaihi Wasallam
r. a Radhiallahu anhu
SWT subhanahu Wa Taala
a.s Alaihissalam
ASJ Ahkam Syar’iyyah Johor
xiv
SENARAI LAMPIRAN
BAB 1
Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Hukum Islam merupakan salah satu ketentuan yang telah ditetapkan dan
diturunkan oleh Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi
Muhammad SAW sebagai panduan utama kepada ummat Islam. Kita sebagai seorang
ummat Islam tidak perlu meragui untuk menerima dan melaksanakan hukum Islam
sebagai hukum yang suci dan tinggi nilainya dan harus berani untuk
memperjuangkannya. Hal ini kerana, dasar-dasar hukum yang dikeluarkan di dalam
hukum Islam adalah daripada sumber al-Quran dan al-Hadis yang menjadi rujukan
utama di dalam perundangan Islam.
2
Sebagai umat Islam, kita hendaklah melaksanakan hukum Islam sebagaimana
yang kita semua ketahui bahawa, kita tidak ada jalan atau peluang yang lain kecuali
undang-undang Islam. Hal ini kerana, undang-undang Islam adalah berpunca daripada
al-Quran yang mengandungi ajaran-ajaran yang telah diwahyukan oleh Allah SWT
kepada manusia dan setiap ajaran itu telah diterangkan oleh Rasulullah SAW. Proses
pengembangan undang-undang Islam telah dikembangkan oleh Khulafa al-Rasyidin
dan dengan usaha ulamak serta ahli hukum yang telah berusaha menggunakan ijtihad
mereka menerangkan dan menggunakan ajaran al-Quran dan al-Sunnah untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Walaubagaimanapun terdapat ayat
al-Quran yang menerangkan punca dan asas-asas perundangan Islam, iaitu dalam surah
al-Nisa’ ayat yang ke 59:
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan
taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika
kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia
kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-
benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu
lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
( Surah al-Nisa’ 5: 59)
Berdasarkan kepada ayat al-Quran diatas ialah Allah SWT menerangkan bahawa
kita perlu taat kepada Allah dan rasulNya, pemerintah yang berkuasa dan apabila timbul
sesuatu masalah, maka hendaklah kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Disini
menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa al-Quran dan Sunnah merupakan
perundangan yang utama kepada kita.
3
Justeru itu, lahirlah undang-undang keluarga Islam yang berada dibawah
mahkamah Tinggi Syariah yang berhubung dengan pertunangan, perkahwinan,
penceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nafkah, pembahagian atau tuntutan
kepada harta sepencarian, wasiat dan apa-apa yang berkaitan dengannya.
Pelaksanaan undang-undang kekeluargaan Islam tidak akan terbentuk dengan
sendirinya apabila tidak di mulai dengan perkahwinan. Menurut Islam perkahwinan
merupakan suatu ibadah yang merangkumi hubungan antara makhluk dan Allah SWT
kerana pihak isteri dan anak-anak telah diamanahkan kepada suami untuk menjaga,
mendidik dan menafkahi mereka. Dalam pada itu, perkahwinan juga merupakan tali
perhubungan antara lelaki dan perempuan yang mewujudkan institusi keluarga.
Keluarga adalah anggota masyarakat yang akan membentuk sesebuah Negara. Manakala
peranan melaksanakan tanggungjawab adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak
lelaki dan perempuan.
Islam telah menetapkan hukum-hukum kekeluargaan dengan terperinci bagi
mempastikan institusi keluarga yang terbentuk adalah masyarakat yang wujud adalah
bahagia. Masyarakat yang dianggotai oleh lelaki dan perempuan adalah yang
bertanggungjawab dan mempunyai persamaan hak dan pengagihan yang sama bagi
menentukan kebahagiaan keluarga. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-
Nisa’ ayat :1:
4
Maksudnya: Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu
yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya
Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah
memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak dan
bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya
kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan
silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi
kamu.
( surah al-Nisa’5: 1)
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam Islam, institusi kekeluargaan adalah amat penting bagi melahirkan
ummah yang baik dan bahagia tanpa sebarang masalah yang boleh menggugat
kedudukan bagi sesebuah keluarga. Menurut Sayid Mujtaba Rukni Musawi Lari institusi
kekeluargaan (1997). Pandangan ini boleh diringkaskan seperti berikut:
1. Keluarga merupakan sebagai media penyaluran cinta, seks dan
untuk mendapatkan anak.
2. Keluarga dapat memenuhi naluri untuk hidup dalam kumpulan
dan tolong-menolong ke arah penyempurnaan hidup mereka.
3. Keluarga sebagai salah satu bentuk perkongsian hidup yang
mendatangkan keuntungan kepada suami dan isteri.
4. Keluarga sebagai tempat mendapatkan perlindungan bagi wanita
kerana mereka merupakan golongan yang lemah dan terdedah
kepada berbagai-bagai bahaya.
5
Disamping itu, Islam tidak menolak keempat-empat pendapat di atas secara
kolektif, kerana Islam mengakui keempat-empat pendapat ini mumpunyai perkaitan.
Sebaliknya, jikalau keempat-empat syarat ini dilihat secara berasingan, maka Islam tidak
akan menerimanya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa terbentuknya institusi
kekeluargaan bukanlah atas dasar untuk memuaskan hawa nafsu, memenuhi perkongsian
hidup dan untuk mendapatkan perlindungan semata-mata (Mustafa Haji Daud, 1997:1)
Justeru itu, apa yang kita dapat lihat pada hari ini ialah, banyak berlakunya
masalah sosial seperti kepincangan kekeluargaan, penceraian, penzinaan, lahirnya anak
luar nikah, sumbang mahram, pembuangan bayi, pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan dan banyak lagi. Di Negara kita statistik penceraian semakin meningkat pada
setiap tahun dan ia amat membimbangkan kerana pada tahun 2007 sebanyak 20529 kes
dan meningkat pada tahun 2009 kepada 27,116 kes. Data rasmi itu juga memberitahu
"sebanyak 135,136 perkahwinan didaftarkan pada 2009, manakala 27,116 kes perceraian
pula direkodkan pada tahun berkenaan”. Hal ini berlaku adalah hasil daripada
berlakunya perubahan masyarakat dan strategi pembentukan keluarga yang tidak
sempurna daripada awal lagi. Disini dapat kita lihat bahawa, institusi kekeluargaan
merupakan satu elimen yang terpenting bagi membangunkan sesebuah masyarakat yang
bertamadun (Utusan. Com, 2010).
Sebaliknya tidak ada jalan atau cara yang lain bagi menggantikan institusi
kekeluargaan untuk mencapai kebahagiaan, kerana kebahagiaan yang hakiki adalah lahir
daripada institusi keluarga yang berasaskan konsep Islam itu sediri sebenarnya.
Pembinaan dan pembentukan ummah bermula dari institusi kekeluargaan yang
berlandaskan kepada syariat Islam. Jika baik dan terurus institusi kekeluargaan, maka
baik dan kukuhlah generasi yang dilahirkan oleh sesuatu ummah pada masa hadapan.
Hal ini kerana, rumahtangga adalah institusi yang terawal dan terpenting yang
6
bertanggungjawab membentuk sahsiah individu sama ada dari segi akidah, syarak dan
akhlak.
Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa betapa pentingnya undang-undang
keluarga Islam adalah sebagai landasan kepada ummat Islam di dalam membentuk
ummah yang bebas dari permasalahan rumahtangga. Keluarga adalah anggota
masyarakat yang akan membentuk sesebuah Negara. Peranan melaksanakan
tanggungjawab kekeluargaan adalah tanggungjawab kedua-dua belah pihak perempuan
dan lelaki. Islam menetapkan hukum-hukum kekeluargaan dengan terperinci untuk
memastikan masyarakat yang wujud adalah masyarakat yang amat bahagia. Atas dasar
itulah, kita jangan mudah pandang enteng tentang masalah pembentukan keluarga kita
dan berusaha untuk membangunkannya di atas landasan yang kukuh dan kuat
berdasarkan kitabullah dan sunah RasulNYA (Muhammad Ali Quthb, 2010: 50).
1.3 Penyataan masalah
Belakangan ini, banyak berlakunya krisis atau permasalahan dan perpecahan
dalam rumahtangga. Ini adalah akibat daripada kejahilan tentang hukum dan undang-
undang yang berkaitan dengan perkahwinan. Dalam pandangan Islam , perkahwinan
merupakan satu cara untuk menjaga kebahagiaan ummat dari kerosakan dan
kemerosatan akhlak. Disamping itu, perkahwinan juga berguna untuk menjaga individu
dari pengaruh kerosakan masyarakat kerana kecenderungan nafsu kepada jenis kelamin
lain dapat dipenuhi melalui perkahwinan yang sah hubungan yang halal. Atas asbab
itulah Islam telah memandang serius kepada kaum pemuda khususnya mengenai soal
perkahwinan. Ini adalah bagi menyelamatkan mereka daripada perbuatan liar dan
kemerosatan akhlak, dari kerosakan, dari penzinaan dan sebagainya.
7
Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan, satu kajian yang akan
dibuat bagi mengembalikan keberkesanan pelaksanaan undang-undang keluarga Islam
yang bersifat Din Ilahi untuk menangani masalah ummah yang berlaku sekarang. Oleh
itu, kitab Ahkam Syar’iyyah Johor dipilih adalah kerana ia merupakan sebuah kitab
yang membincangkan dan mengeluarkan hukum yang berkaitan dengan masalah-
masalah hal ehwal alam perkahwinan, penceraian, dan perkara yang berkaitan dengan
institusi kekeluargaan Islam.
Sesungguhnya, dengan adanya kajian khusus terhadap kitab Ahkam Syar’iyyah
Johor ini dapat memberi peluang dan ruang kepada semua pembaca memahami undang-
undang keluarga Islam serta memahami peruntukan undang-undang yang ada dan
amalannya di Malaysia.
1.4 Objektif kajian
1.4.1 Mengkaji hukum meminang dalam Kitab Ahkam Syar’iyyah
Johor
1.4.2 Mengenalpasti hukum dalam rukun nikah kahwin dalam Kitab Ahkam
Syar’iyyah Johor.
1.4.3 Mengenalpasti hukum-hukum yang berkisar pengharaman nikah dalam kitab
Ahkam Syar’iyyah Johor.
8
1.5 Persoalan kajian
1.5.1 Apakah bentuk hukum meminang yang terdapat dalam kitab Ahkam Syar’iyyah
Johor.
1.5.2 Apakah hukum dalam rukun nikah kahwin yang terkandung dalam kitab Ahkan
Syar’iyyah.
1.5.3 Apakah hukum-hukum yang berkisar pengharaman nikah yang dibincangkan
dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor.
1.6 Batasan kajian
Sebagai satu kajian teks, maka batas kajian hanya akan membincangkan tentang
teks yang berkaitan dengan undang-undang Kekeluargaan Islam dalam kitab Ahkam
Syar’iyyah Johor. Antara bentuk batasan yang akan dikaji ialah hukum meminang
dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor, mengenalpasti hukum dalam rukun nikah kahwin
dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor dan melihat hukum-hukum yang berkisar
pengharaman nikah dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor berdasarkan Mazhab Syafie.
Dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan penyelidikan kepada :
1. Fasal pertama dalam bab pertama dalam kitab Ahkam Syar’iyyah Johor.
2. Fasal pertama hingga enam dalam bab pertama dalam kitab Ahkam
Syar’iyyah.
9
3. Fasal pertama hingga dua puluh satu dalam bab kedua dalam kitab Ahkam
Syar’iyyah.
1.7 Kepentingan kajian.
Pengkaji berharap agar dapatan dari kajian ini akan dapat memberikan dan
menyediakan maklumat pengetahuan yang berkaitan dengan permulaan perkahwinan
kepada bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga.
Selain itu, ia adalah bertujuan untuk mengetengahkan undang-undang
kekeluargaan Islam supaya dapat meningkatkan kefahaman, kesedaran dan kegunaan
dalam melaksanakan hukum syar’iyyah.
Di samping itu. kajian ini dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan
utama untuk memahami undang-undang kekeluargaan Islam terutamanya kepada
pengamal-pengamal undang-undang, para hakim di mahkamah Syariah dan Sivil, para
peguam Syar’ie dan Sivil, para pensyarah dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi,
orang awam dan badan-badan perundangan di Malaysia. Semoga intipati dalam buku ini,
sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan kefahaman, kesedaran, keimanan, ketaqwaan
dan amal soleh kita semua dalam menegakkan undang-undang kekeluargaan Islam.