Post on 05-Apr-2018
8/2/2019 UNIT 5 -kpf 3012
1/5
UNIT TAJUK
5 RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Unit ini membincangkan tentang Rancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia. Secara
umumnya ia menjelaskan rancangan pembangunan pendidikan menerusi Rancangan
Malaysia (RMK) berdasarkan Laporan Barners (1951) , Laporan Fenn Wu (1951), Ordinan
Pelajaran (1952), Laporan Razak (1956) dan Jawatankuasa Rahman Talib (1960).
Perkembangan sektor pendidikan terus berubah selepas negara mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957, menerusi Rancangan Malaysia RMK (5 Tahun) yang bermula pada tahun
1966 hingga kini. Ia turut menyatakan tentang Pelan Induk pembangunan Pendidikan (PIPP)
yang berlangsung dari tahun 2006 hingga 2010. Selain itu ia turut menghubungkaitkan
rancangan pembangunan pendidikan dengan aspirasi negara dalam menjana transformasi
pendidikan negara menuju Wawasan 2020.
2. Konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
Konsep Penjelasan1 Pelan Induk
Pembagunan
Pendidikan
- Satu garis panduan yang diwujudkan oleh Kementerian
Pendidikan (KPM) sebagai rancangan pembangunan
pendidikan yang ingin dicapai dalam temoh lima tahun iaitu dari
tahun 2005 hingga 2010 sepanjang pelaksanaan RMK 9.2. Negara Bangsa - Membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan
ciri-ciri global,patriotik dan cintakan Negara serta menyanjung
dan menjunjung dan kesenian bangsa.
- Hasrat ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa
Melayu untuk Perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti
kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta
menerapkan budi bahasa dan adab di kalangan pelajar.
3.Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteksprofesionalisme keguruan anda.
PENGENALAN
Unit 5 BertajukkanRancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysiasecara umumnya
membincangkan tentang analisis terhadap perkembangan sistem pendidikan malaysia
berdasarkan tentang Laporan barnes (1951), Laporan Fenn-Wu (1951), Ordinan Pelajaran
(1952), LaporanRazak (1956) dan Jawatankuasa Rahman Talib (1960). Perkembangan
sekror pendidikan terus berubah selepas Negara mencapaikemerdekaan pada tahun 1957
menerusi Rancangan Malaysia RMK (5 tahun) bermula dari tahun 1966 hingga kini.
Pengenalan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dati 2001 hingga 2010 (PIPP) terus
diberi perhatian dalam menjana trasformasi pendidikan Negara menuju wawasan 2020.
8/2/2019 UNIT 5 -kpf 3012
2/5
Ringkasan kandungan topik adalah seperti berikut:
Penulisan ini kebanyakannya berkisar menyatakan tentang perkembangan pendidikan di
Malaysia yang telah dan sedang berlaku melalui lima fasa yang utama ;
- Zaman Pra Meredeka (sebelum 1957)
- Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)
- zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
- zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000) dan
- Zaman Dasar Wawasan Negara (2001- 2020)
Penyata Laporan Pendidikan
1. Laporan Barnes (1951) untuk menyemak kedudukan pendidikan orang Melayu.
2. Laporan Fenn-WU (1951) untuk melayan tuntutan kaum cina yang merasakan
penggunaan bahasa ibunda mereka tergugat.
3. Ordinan pelajaran (1952)yang mencadangakan penggunaan dua jenis bahasa pengantar
iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
4. Laporan Razak (1956) yang menjadi asas kepada perkembangan sistem pendidikan
kebangsaan bertujuan melaksanakan pembentukan perpaduan dengan menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar serta penggunaan kurikulum, sukatan dan
peperiksaan yang sama bagi semua pelajar.
5. Jawatankuasa Rahman Talib (1960) telah ditubuhkan bertuuan untuk mengkaji semulasyor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Razak. Jawatankuasa ini telah menjadi asas
kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961.
Rancangan Malaysia (RMK)
Selepas penubuhan Malaysia, rancangan pembangunan begara lima tahun telah dikenali
sebagai Rancangan Malaysia (RM) yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama
RMK 1 dari tahun 1966 hingga 1970.
Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, telah menyebabkan kerajaanmengubahsuai matlamat pendidikan Negara bukan sekadar pembentukan perpaduan, tapijuga sebagai senjata untuk pembasmian kemiskinan dengan usaha untuk merapatkanjurang pendapatan antara kaum di Malaysia. Kerajaan telah melaksanakan dasar Ekonomibaru dengan meletakkan sasaran 20 tahun untuk mencapainya dalam RMK 2 (1971-1975)
RMK 3 (1976-1980)Pendidikan berperanan sebagai pemupuk perpaduan dengan bahasa Malaysia sebagaibahasa pengantar utama, usaha menanamkan nilai kebangsaan melalui sistem pendidikandan penekanan diberikan terhadap bidang sains dan teknologi.
Pada tahun 1979,penubuhah Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran
8/2/2019 UNIT 5 -kpf 3012
3/5
telah ditubuhkan dan telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru bagimemantapkan system pendidikan.
RMK 4 (1981-1985)Masih lagi meletakkan pendidikan sebagai alat pemupukan perpaduan di sampingmenggalakkan penyertaan semua kaum dalam pembangunan Negara.
RMK 5 (1986-1990)Peranan pendidikan lebih kepada penerusan RMK 4.
RMK 6 (1991-1996)Pada tahun 1991,Negara telah bergerak kea rah Dasar Pembangunan Negara dan kerajaanberusaha melalui RMK 6 (1991-1996) untuk mencapai matlamatnya.
RMK 7 (1996-2000) kerajaan meletakkan sasaran untuk memperkukuh dan memperbaikisistem pendidikan dan latihan.
RMK 8 (2001-2005) telah menggariskan beberapa peranan yang perlu dilakukan dalamsistem pendidikan.
Dalam tempoh RMK 9 (2006-2010), usaha dipergiatkan untuk membangunkan modal insanedemi memacu trasformasi Negara ke a rah ekonomi berasaskan pengetahuan.
Dalam RMK 10 (2011-2015) ke arah perkembangan pendidikan Negara adalah sepertioberikut:1. Mengambil langkah holistic bagi memperkukuh system pendidikan dan latihan, bermuladaripada pendidikan awal kanak-kanak sehingga ke peringkat pengajian tinggi. 2. Menyediakan infrastruktur pengajaran dan pemblajaran yang terbaik.
3. Mempastikan kualiti guru dan tenaga mencapai tahap sewajarnya.
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2006-2010).Teras Strategik PIPPTerdapat enam teras strategik yang telah dikenal pasti oleh KPM untuk Memperkukuh
Sistem pendidikan Negara iaitu;
1. Membina Negara bangsa.
2. Membangunkan modal insan.
3. Memperkasakan sekolah kebangsaan.
4. nerapatkan jurang pendidikan.
5. Memartabatkan profesion keguruan.
6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
PENGEMBANGAN ISI-ISI PENTING
Hasil daripada pembacaan dan pemahaman terhadap kandungan topic, terdapat banyak
aspek yang dibincangkan tentang hubung kaitnya dengan profesion perguruan.
8/2/2019 UNIT 5 -kpf 3012
4/5
a. Sumbangan tokoh pendidikan
- Kesedaran kepada warga ptentang sumbangan tokoh/ pejuang pendidikan tanah air demi
untuk memartabatkan rakyat yang berjiwa merdeka.
- Matlamat yang jelas serta semangat juang yang kental memastikan Negara mengecapi
nikmat kemerdekaan.
b. Gagal merancang adalah merancang untuk gagal
- Kejayaan sistem pendidikan nari ini bermula dengan perancangan awal yang sistematik
dan berkesan.
- Golongan pemikir pendidikan yang berpandangan jauh menjadi inspirasi kepada warga
pendidik hari ini.
c. Kestabilan ekonomi pemangkin perkembangan pendidikan.
- Rancangan Malaysia merupakan mekanisme penting dalam usaha kerajaan memacu
kecemerlangan pendidikan.
- Peruntukan besar disalurkan dalam bidang pendidikan demi melahirkan modal insane
berkualiti.
- Tugas guru memastikan anak didik terus mampu mempertahankan nikmat kemerdekaan
yang dikecapi.
d.Warga Pendidik main peranan menjayakan PIPP
- Persekitaran sekolah yang kondusif memberi ruang kepada guru melaksanakan tugas
dengan efisyen.
- Guru proaktif dan inovatif faktor kejayaan aktiviti pendidikan.
e. Kebajikan dipelihara
- Dalam ghairah merancang segala program, pelan, aktiviti, namun faktor kebajikan pelajar,
guru, kakitangan, staf dan warga pendidik perlu dijaga.
- Motivasi intrinsik ( dalaman) lebih dihargai daripada motivasi ekstrinsik (luaran).
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu
yang bersifat dinamis dan sentiasa berkembang. Pelbagai usaha telah dilaksanakan melalui
rancangan pembangunan Negara bagi memastikan pendidikan di Malaysia sentiasa mampu
bersaing dan mendapat pengikhtirafan di peringkat global.
8/2/2019 UNIT 5 -kpf 3012
5/5
RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2006) Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010,Kuala Lumpur: Kementerian pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2001) Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KualaLumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.