Post on 11-May-2019
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : MENGENALPASTI KETIDAKSEPADANAN DIMENSI
PERABOT BILIK DARJAH DAN UKURAN
ANTROPOMETRIK MURID SEKOLAH RENDAH
DI NEGERI JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya MOHD HERMAN BIN KLIVON
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO 220, KG. MELAYU BATU 4, EN. AMIRMUDIN BIN UDIN
PALOH, 86600 KLUANG, Nama Penyelia
JOHOR DARUL TA’ZIM.
Tarikh: 22 APRIL 2011 Tarikh: 22 APRIL 2011
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penyelia : EN. AMIRMUDIN BIN UDIN
Tarikh : ........................................................
MENGENALPASTI KETIDAKSEPADANAN DIMENSI PERABOT BILIK DARJAH
DAN UKURAN ANTROPOMETRIK MURID SEKOLAH RENDAH
DI NEGERI JOHOR
MOHD HERMAN BIN KLIVON
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Mei, 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : MOHD HERMAN BIN KLIVON
Tarikh : .......................................................
iii
Dedikasi
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Buat Ayahanda & Bonda tercinta;
Klivon Bin Thaswee & Rosmah Bt Ahmad
Semua kasih sayang, pengorbanan serta nasihatmu menjadikanku lebih matang dalam menjalani
kehidupan ini...
Teristimewa buat istri tersayang;
Nur Fazila Bt Salleh
Jutaan terima kasih atas semua semangat, dorongan dan
bantuan yang dikau berikan...
Buat kawan-kawan seperjuangan,
jasa baikmu akan ku kenang selamanya...
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah
saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Penyelia Projek Sarjana Muda iaitu En. Amirmudin Bin Udin yang telah sudi
memberi galakan, mencurahkan idea serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tesis ini.
Sekalung penghargaan khas buat keluarga tercinta dan insan tersayang yang telah
banyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang projek
dijalankan. Sesungguhnya, kehadiran kalian di sisi memberi inspirasi yang tidak ternilai
harganya, terima kasih.
Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan membantu.
Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama terlibat sepanjang
menyiapkan tesis ini.
Akhir sekali buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
membantu dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih di atas segalanya.
v
ABSTRAK
Ergonomik boleh ditafsirkan sebagai kajian mengenai sains biologi manusia dan
hubungannya dengan rekabentuk tempat kerja supaya ianya memberi keselesaan dan
tidak mendatangkan bahaya. Ergonomik juga merangkumi pelbagai aspek sains
termasuk fisiologi, biomekanik, psikologi, antropometrik, kebersihan industri dan
kinesiologi. Secara umumnya, antropometrik ialah kajian berkaitan bentuk dan saiz
tubuh badan manusia. Kajian ini memfokuskan kepada ukuran dimensi murid ataupun
ukuran antropometrik bagi mengenalpasti sama ada terdapat ketidaksepadanan perabot
bilik darjah (kerusi dan meja) serta kesan daripada ketidaksepadanan tersebut. Kajian
telah di jalankan di sebuah sekolah rendah di Negeri Johor dengan bilangan responden
seramai 179 orang murid yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun termasuk murid lelaki
dan perempuan. Instrumen kajian yang digunakan ialah pita pengukur, penimbang dan
borang soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package
for Social Science (SPSS) versi 16.0 dengan mengambil kira analisis diskriptif di mana
nilai frekuensi, min, mod, median, sisihan piawai dan percentail ditentukan. Hasil kajian
menunjukkan bahawa purata tinggi pelajar ialah 138.2cm dan dimensi kerusi ialah
43.5cm manakala meja ialah 73cm. Dimensi perabot bilik darjah adalah tidak menepati
piawaian ISO 5970, dimana ukuran yang disarankan adalah 34cm dan 58cm masing-
masing untuk kerusi dan meja berdasarkan purata tinggi pelajar tersebut. Kesan dari
ketidaksepadanan ini boleh menyebakan keselesaan murid terganggu dan mungkin akan
menyebabkan sakit belakang ketika belajar.
vi
ABSTRACT
Ergonomics can be defined as the study of human biological sciences and its
relationship with workplace’s design so that it provides comfort and safety. Ergonomics
also covers various aspects of science including physiology, biomechanics, psychology,
anthropometry, industrial hygiene and kinesiology. Generally anthropometry is the study
of the shape and size of the human body. This study focuses on student’s body
dimensions or their anthropometric measures to determine whether there is a mismatch
of classroom’s furniture (table and chair) and effects due to the mismatch. The study was
conducted in a primary school in Johor with a number of respondents were 179 students
aged 10 to 12 years old including boys and girls. Instruments used in this study are
measuring tape, scales and questionnaires. Data were analyzed using the Statistical
Package for Social Science (SPSS) version 16.0 with descriptive analysis is measured
where frequency, mean, mode, median, standard deviation and percentile values are
determined. The result show that, the average of the student’s height is 138.2cm and the
dimensions of the chair is 43.5cm while the table is 73cm. These classroom furniture
dimensions are not fulfilling the ISO 5970 standard where the height recommended
values are 34cm and 58cm for chair and table based on the average height of the
students. The effect of this mismatch can disturb the student comfort and may be able to
cause back pain during the learning.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Anthropometri 11
2.3 Aplikasi Antropometrik Dalam Perancangan Produk 12
2.3.1 Perancangan Produk Bagi Pengguna
Berukuran Ekstrim 12
2.3.2 Perancangan Produk Bagi Jarak Ukuran
yang Fleksibel 13
2.3.3 Perancangan Produk Bagi Ukuran Tetap 13
2.4 Antropometrik dan Dimensi Ruang Kerja 16
2.5 Antropometrik Bagi Posisi Duduk 16
2.5.1 Dinamik Posisi Duduk 17
2.6 Perabot Bilik Darjah 19
2.6.1 Tempat Duduk (Kerusi) 21
2.6.1.1 Tinggi Tempat Duduk 21
2.6.1.2 Kedalaman Tempat Duduk 22
2.6.1.3 Penyandar Belakang 22
2.6.2 Meja 22
2.7 Implikasi Ketidaksepadanan Dimensi Perabot
Bilik Darjah Dengan Ukuran Tubuh Murid 23
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 25
3.2 Persampelan dan Rekabentuk Kajian 25
3.3 Pengukuran 26
3.4 Instrumen Kajian 31
3.5 Analisis Data 32
3.5.1 Bahagian A (Ketidaksepadanan Anthropometri) 33
ix
3.5.2 Bahagian B (Soal Selidik) 36
3.6 Kesimpulan 36
BAB 4 ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Data-Data dan Analisis 37
4.3 Dimensi Perabot Bilik Darjah 38
4.4 Pengukuran Antropometrik Murid 39
4.5 Analisis Bahagian A Data Antropometrik Murid 42
4.5.1 Adakah terdapat perbezaan dimensi perabot
bilik darjah berdasarkan ISO 5970 42
4.5.2 Ketidaksepadanan ketinggian belakang
lutut (popliteal high) dan ketinggian tempat
duduk 43
4.5.3 Ketidaksepadanan jarak belakang pinggul
ke belakang lutut (buttock-popliteal) dan
kedalaman tempat duduk 44
4.5.4 Ketidaksepadanan tinggi lutut dan tinggi meja 45
4.5.5 Ketidaksepadanan tinggi siku dan tinggi meja 46
4.6 Analisis Bahagian B 46
4.6.1 Demografi Responden 47
4.6.2 Kesan Ketidaksepadanan Perabot Bilik Darjah 48
4.6.2.1 Tidak selesa jika duduk terlalu lama 48
4.6.2.2 Akan bergerak kegelisahan 49
4.6.2.3 Rasa sakit belakang 50
4.6.2.4 Tidak selesa untuk menulis dan membaca 50
4.6.2.5 Tidak dapat menumpukan perhatian
sepenuhnya semasa guru mengajar 51
4.7 Kesimpulan 52
x
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 53
5.2 Rumusan 53
5.3 Perbincangan 54
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 54
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 56
5.4 Cadangan 57
5.4.1 Pengguna (Murid-murid) 57
5.4.2 Pihak Pengurusan 58
5.4.3 Pembekal / Pengilang Perabot 59
5.5 Cadangan Untuk Kajian Masa Hadapan 59
5.6 Penutup 60
RUJUKAN 62- 65
LAMPIRAN 66- 79
xi
SENARAI JADUL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1 Skala Guttman 32
Jadual 3.2 Ketinggian kerusi dan meja mengikut saiz ketinggian
murid berdasarkan ISO 5970 33
Jadual 4.1 Dimensi kerusi dan meja yang telah dibekalkan di sekolah 38
Jadual 4.2 Murid-Murid Berumur 10 Tahun 39
Jadual 4.3 Murid-Murid Berumur 11 Tahun 40
Jadual 4.4 Murid-Murid Berumur 12 Tahun 40
Jadual 4.5 Keseluruhan murid-murid lelaki (10 hingga 12 Tahun) 41
Jadual 4.6 Keseluruhan murid-murid perempuan (10 hingga 12 tahun) 41
Jadual 4.7 Keseluruhan murid 10 hingga 12 tahun 41
Jadual 4.8 Ketinggian kerusi dan meja mengikut saiz ketinggian
murid berdasarkan ISO 5970 42
Jadual 4.9 Ketidaksepadanan tinggi kerusi 43
Jadual 4.10 Ketidaksepadanan kedalaman tempat duduk 44
Jadual 4.11 Demografi responden 47
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 2.1 Antropometri tubuh manusia yang diukur dimensinya 14
Rajah 3.1 Kedudukan murid semasa ukuran diambil 27
Rajah 3.2 Kedudukan murid berdiri untuk mengambil ukuran tinggi 27
Rajah 3.3 Kerusi yang digunakan oleh murid tahun 4 hingga 6 29
Rajah 3.4 Meja yang digunakan oleh murid-murid 30
Rajah 3.5 Sudut bengkokkan bahu dan abduction bahu 35
Rajah 4.1 Ketidaksepadanan tinggi kerusi 43
Rajah 4.2 Ketidaksepadanan kedalaman tempat duduk 44
Rajah 4.3 Tidak selesa jika duduk terlalu lama 48
Rajah 4.4 Akan bergerak kegelisahan 49
Rajah 4.5 Rasa sakit belakang 50
Rajah 4.6 Tidak selesa untuk menulis dan membaca 50
Rajah 4.7 Tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya
semasa guru mengajar 51
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Ergonomik boleh ditafsirkan sebagai kajian mengenai sains biologi manusia dan
hubungannya dengan rekabentuk tempat kerja supaya ianya memberi keselesaan dan
tidak mendatangkan bahaya. Menurut International Ergonomics Association (IEA),
ergonomik (faktor kemanusiaan) merupakan disiplin yang menitikberatkan ilmu saintifik
yang berkaitan dengan pemahaman interaksi antara manusia dan elemen lain dalam
suatu sistem serta menerapkan teori, prinsip, data dan kaedah untuk merekabentuk
kesejahteraan manusia dan keseluruhan prestasi suatu sistem itu.
Ergonomik juga merangkumi pelbagai aspek sains termasuk fisiologi,
biomekanik, psikologi, antropometrik, kebersihan industri dan kinesiologi. Dalam kajian
ini, pengkaji mengambil isu antropometrik yang merupakan salah satu cabang utama
ergonomik. Antropometrik ialah kajian berkaitan bentuk dan saiz tubuh badan manusia.
Manusia mempunyai bentuk dan saiz tubuh badan yang berbeza dan ianya merupakan
ciri-ciri fizikal yang perlu diambil kira apabila kita merekabentuk sesuatu yang akan
digunakan, sama ada melibatkan rekabentuk yang mudah seperti pensil ataupun serumit
rekabentuk seperti kereta.
2
Kebiasaannya, perkataan ergonomik sering dikaitkan dalam sektor industri atau
perkilangan yang melibatkan mesin serta alatan. Jarang sekali ergonomik ini ditekankan
dalam bidang lain seperti perabot atau rekreasi. Menurut MacLeod (1998), aplikasi
ergonomik amat luas dan tidak terbatas kepada alam pekerjaan sahaja tetapi ianya
termasuk juga kerja-kerja di rumah dan aktiviti masa lapang seperti rekreasi. Beberapa
bidang pekerjaan yang memfokuskan aspek ergonomik adalah sektor pembuatan, sektor
perkhidmatan, kerja-kerja di pejabat dan pengeluaran produk pengguna, manakala
aktiviti di rumah pula melibatkan perkara-perkara seperti membersihkan rumah dan
berkebun di halaman rumah.
Semua aktiviti ini memerlukan manusia menggunakan peralatan dan ruang untuk
melakukan kerja. Begitu juga dalam aktiviti pembelajaran, di mana manusia
memerlukan kerusi dan meja bagi tujuan tersebut. Kerusi digunakan untuk duduk dan
menampung berat badan manusia, manakala meja pula untuk menulis, membaca,
melukis dan sebagainya. Keselesaan dan keselamatan adalah penting bagi menjamin
pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan. Di samping itu, ia juga penting bagi
menjamin keselesaan yang optimun. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penggunaan
ergonomik juga melibatkan interaksi manusia dengan ruang dan peralatan atau
kemudahan yang digunakan.
Sekolah juga adalah merupakan sebuah “industri” yang perlu diambil perhatian
terutamanya dari aspek keselesaan dan keselamatannya. Sekolah juga tidak sepatutnya
terlepas dari faktor ergonomik sama ada bilik darjah ataupun persekitaran sekolah,
begitu juga kakitangan mahupun pelajar. Murid-murid sekolah meluangkan masa
mereka setiap hari duduk di dalam kelas lebih kurang lima jam sehari selama lima hari
untuk waktu persekolahan. Oleh yang demikian, ergonomik di bilik darjah memainkan
peranan yang penting dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P).
3
Secara normalnya, manusia akan berasa letih dan tidak selesa sekiranya berada
dalam keadaan duduk ataupun berdiri terlalu lama. Perkara ini boleh terjadi pada murid-
murid yang banyak meluangkan masanya dengan duduk di kerusi semasa pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Oleh yang demikian, rekabentuk yang sesuai bagi kerusi
dan meja murid perlu diambil perhatian kerana ianya merupakan ruang kerja bagi murid-
murid di dalam kelas. Murid-murid boleh hilang tumpuannya ataupun mengalami
kesakitan pada tubuh badan sekiranya ruang kerja mereka (meja dan kerusi) tidak
ergonomik. Rekabentuk kerusi dan meja untuk ruang kerja mestilah dikaji dengan
mendalam dan perkara ini termasuklah untuk bilik darjah seperti yang dinyatakan dalam
Occupational Safety and Health Act (OSHA) di mana murid juga perlu diberi perhatian
yang sama (Malaysian Occupational Safety and Health Act, 1994).
Kajian ini bukan untuk mengenal pasti masalah penyakit yang wujud di kalangan
murid-murid tetapi untuk melihat ketidaksepadanan kerusi dan meja untuk murid-murid
sekolah rendah. Justeru itu aspek-aspek yang diberi perhatian adalah berkaitan ukuran
antropometrik murid dan dimensi meja yang telah disediakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui pembekal perabot yang dipilih.
1.2 Latar Belakang Masalah
Teori yang dikemukakan oleh (Bandura, 1977) menjelaskan bahawa wujud
interaksi di antara manusia dengan manusia serta persekitaran mereka. Fraser (1989) dan
Kupermine et al. (1997) dalam kajian mereka membuktikan wujud pengaruh
persekitaran sekolah terhadap pencapaian akademik dan sikap atau minat pelajar.
Persekitaran pelajar merupakan ruang yang berkait rapat dengan faktor ergonomik.
Dalam ruang kerja mereka, murid meluangkan masanya lebih kurang lima jam sehari
untuk berada dalam keadaan duduk. Ketika dalam postur duduk, semua beban berat
tertumpu pada tempat duduk. Sekiranya kerusi pelajar tidak mempunyai ciri ergonomik,
maka pelajar akan berada dalam keadaan tidak selesa. Walaupun pelajar tidak
4
melakukan kerja berat seperti di industri dan hanya duduk mengikuti pembelajaran,
namun keselesaan juga perlu diberi perhatian.
Menurut satu artikel ergonomik yang diperolehi daripada laman web
www.nightingalechair.com/html/ergo11.html, kerja dalam keadaan memerlukan kita
menggunakan otot untuk menyokong torso, belakang, leher dan bahu bagi memastikan
badan berada dalam posisi tegak akan memberikan kesan sama ada dalam jangka masa
panjang atupun jangka masa pendek. Antara kesan jangka masa panjang yang
disebutkan termasuklah:
a) Sakit belakang (Back pain)
b) Masalah urat timbul (Varicose veins)
c) Kekejangan leher
d) Kebas kaki (Numb)
e) Sakit kepala
Edy (2004), menjelaskan bahawa rekabentuk perabot yang ergonomik boleh
menampung keseluruhan beban punggung dan juga kecondongan tubuh ketika
melakukan sebarang kerja. Oleh itu, kerusi yang sedemikian boleh membuatkan
penggunanya akan tetap merasa selesa untuk terus duduk walaupun selama empat jam
berterusan. Kerusi yang selesa untuk orang eropah belum tentu selesa untuk orang
Malaysia kerana ukuran antropometrik adalah berbeza. Pemilihan kerusi yang tidak
ergonomik boleh mempengaruhi produktiviti kerja seseorang.
Kerusi dan meja bukan sahaja penting untuk tujuan pekerjaan semata-mata.
Namun dalam aktiviti pembelajaran ia adalah merupakan elemen yang utama. Salina
(1992) menyatakan bahawa penggunaan kerusi dan meja merupakan peralatan yang
penting sama ada dalam bidang pengeluaran, pembelajaran, pengurusan dan kerehatan.
Namun begitu hanya sebilangan kecil masyarakat di negara ini mengetahui tentang
kesan sampingan akibat daripada ketidakselesaan tempat duduk yang digunakan.
5
Oleh yang demikian, ruang kerja pelajar memainkan peranan dalam memastikan
keselesaan dan kesihatan pelajar. Ergonomik dalam bilik darjah jarang dititik beratkan
oleh pihak sekolah sedangkan ianya antara faktor yang menyumbang kepada
produktiviti. Seharusnya pihak sekolah lebih peka dengan penggunaan ergonomik ini,
kerana sekiranya ia diabaikan boleh memberi kesan tidak baik kepada pelajar dan juga
sekolah, dimana pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya semasa
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.
Murid sekolah meluangkan masa yang lama di ruang kerja mereka sendiri iaitu
kerusi dan meja yang disediakan. Sekiranya ia tidak selesa dan boleh memberi kesan
tidak baik pada kesihatan, maka murid akan hilang tumpuannya dan sekaligus akan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
1.3 Pernyataan Masalah
Ruang kerja seharusnya berada dalam keadaan yang selesa serta tidak
mendatangkan bahaya. Perkara ini seharusnya diberi perhatian oleh pengguna mahupun
penyedia (pihak pengurusan) kemudahan tersebut. Ergonomik biasanya dikaitkan
dengan industri ataupun dunia pekerjaan, namun pelajar juga sepatutnya berada dalam
situasi yang ergonomik. Di sekolah, murid meluangkan masanya dalam bilik darjah dan
berada di kerusi dan mejanya yang merupakan ruang kerja. Sekiranya aspek ergonomik
tidak di aplikasikan di ruang kerja mereka, maka kemungkinan besar berbagai masalah
boleh dihadapi. Ini kerana mereka berada di ruang kerja terlalu lama. Menurut Murphy
dan Buckle (2000) mendapati faktor yang signifikan ialah tempoh pembelajaran yang
lama, body mass index (BMI) dan kecondongan tubuh pelajar melebihi 40° boleh
mendatangkan kesakitan pada tubuh badan seperti sakit belakang, pinggang dan leher.
6
Walaupun implikasi ketidakselesaan pelajar tidak sama seperti bekerja di
industri, namun ia seharusnya diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kemungkinan
untuk jangka panjang. Kesan ini mungkin boleh berlanjutan dan kesakitan boleh menjadi
teruk. Menurut Salina (1992), dua perkara yang sering dikaitkan dengan rekabentuk
stesyen kerja adalah masalah maskular-skelatel iaitu sakit belakang dan ketegangan otot
(muscular stress). Kedua-dua perkara ini muncul terutamanya daripada kepincangan
rekabentuk, dan akan berterusan sehingga ke tahap ketegangan dan kelesuan yang akan
mengurangkan kecekapan, kehilangan keupayaan dan mengganggu kesihatan.
Oleh yang demikian, bilik darjah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
(P&P) seharusnya mempunyai ciri-ciri ergonomik. Sebagai murid, penumpuan penuh
semasa di dalam bilik darjah adalah amat dititkberatkan bagi mencapai objektif
pembelajaran. Daripada beberapa tinjauan, pelajar didapati tidak dapat menumpukan
perhatian sepenuhnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
sekiranya mereka tidak selesa dengan peralatan kerusi dan meja yang ada (Salina, 1992).
Oleh yang demikian, keselesaan menjadi faktor utama dan merupakan titik permulaan
bagi murid untuk menumpukan sepenuh perhatian di dalam bilik darjah.
Antara aspek yang perlu diberi perhatian dalam menjamin keselesaan ialah ruang
kerja murid iaitu meja dan kerusi murid tersebut. Meja dan kerusi yang tidak ergonomik
berbanding data antropometrik boleh menyebabkan masalah kesihatan dan
ketidakselesaan semasa pembelajaran dijalankan. Oleh itu kajian yang dilakukan adalah
untuk mengkaji ketidaksepadanan dimensi meja dan kerusi serta ukuran tubuh badan
pelajar.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
a) Mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi perabot bilik darjah dengan ukuran
antropometrik murid.
b) Mengenalpasti kesan ketidaksepadanan perabot bilik darjah kepada murid.
1.5 Persoalan Kajian
a) Adakah perabot bilik darjah (meja dan kerusi) bersesuaian dengan ukuran
antropometrik murid.
b) Adakah ketidaksepadanan perabot bilik darjah memberi kesan kepada pelajar.
1.6 Kepentingan Kajian
Antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:
a) Membantu murid dalam menjamin keselesaan semasa pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dijalankan. Ianya juga dapat mengelakkan daripada
berlakunya masalah kesihatan terhadap murid.
b) Memberi manfaat kepada Kementerian Pelajaran berkenaan dimensi kerusi dan
meja yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Selain itu, ianya juga
berguna kepada pembekal yang dipilih pihak Kementerian Pelajaran dalam
merekabentuk kerusi dan meja murid sekolah rendah.
c) Memberi kesedaran kepada pihak sekolah dalam menyediakan perabot bilik
darjah yang sesuai bagi menjamin keselesaan dan kesihatan murid-murid.
8
Perkara ini juga dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti sekolah
tersebut sama ada daripada pihak guru mahupun pelajar.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini adalah di bataskan kepada sebuah sekolah rendah di Negeri Johor dan
responden adalah di kalangan pelajar tahun empat hingga tahun enam yang berumur di
antara sepuluh tahun hingga dua belas tahun.Skop kajian adalah tertumpu pada dimensi
perabot bilik darjah dan ukuran antropometrik murid sekolah rendah sahaja. Namun
begitu, kesan ketidaksepadanan perabot bilik darjah dan ukuran antropometri murid juga
disentuh.
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Anatomi
Pengkajian tentang bentuk dan susunan tubuh dengan membahagikan ke
dalam beberapa kajian (kajibina tubuh).
1.8.2 Antropometrik
Antropometrik ialah kajian berkaitan bentuk dan saiz tubuh badan
manusia. Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan pengukuran dimensi dan cara
untuk mengaplikasikan ciri-ciri tertentu dari tubuh manusia.
9
1.8.3 Biomekanik
Pergerakan tubuh badan dengan daya yang bertindak pada tubuh badan
tersebut.
1.8.4 Dinamik
Pergerakan manusia dalam kawasan kerja yang boleh dilampaui.
1.8.5 Ergonomik
Ergonomik boleh ditafsirkan sebagai kajian mengenai sains biologi
manusia dan hubungannya dengan rekabentuk tempat kerja supaya ianya
memberi keselesaan dan tidak mendatangkan bahaya.
1.8.6 Fisiologi
Pergerakan otot digandingkan dengan reaksi kimia yang memerlukan
makanan untuk aktiviti mereka.
1.8.7 Kelegaan
Kekangan sehala yang menentukan dimensi kebolehterimaan minima
pada objek-objek.
1.8.8 Kyphotik
Posisi duduk yang akan menyebabkan tubuh condong kehadapan dan
akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan antara tulang vertebrate.
1.8.9 Lordotik
Posisi duduk yang akan mengurangkan tekanan pada bahagian vertebrate
dengan adanya tupang atau penyambung pada bahagian lumbar sacral.
10
1.8.10 Postur
Posisi tubuh dalam keadaan fizikal semasa melakukan aktiviti atau
pekerjaan.
1.8.11 Statik
Membataskan objek kepada satu keadaan untuk jangkamasa yang
panjang