USER MANUAL - KPDNHEP...syarikat/perniagaan dan kemudian membuat Salinan maklumat tersebut ke dalam...

Post on 25-Dec-2019

23 views 0 download

Transcript of USER MANUAL - KPDNHEP...syarikat/perniagaan dan kemudian membuat Salinan maklumat tersebut ke dalam...

USER MANUAL

DAFTAR ID PENGGUNA BLESS

Jika anda pengguna baharu BLESS, sila daftar ID Pengguna dengan klik pada butang yang ditanda di bawah. Sekiranya anda pengguna sedia ada BLESS, sila login menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang telah didaftarkan.

LOGIN SEBAGAI PENGGUNA BLESS

Apabila anda berjaya login ke dalam BLESS2.0, anda akan di bawa ke papan muka utama BLESS2.0 seperti yang digambarkan di bawah. Sekiranya anda pengguna baharu di dalam BLESS, anda dinasihatkan untuk melengkapkan maklumat peribadi anda di Profil Pengguna.

Untuk ke profil pengguna, klik pada sub-menu “Individual”

KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI

DAFTAR BAHARU/KEMASKINI PROFIL SYARIKAT/PERNIAGAAN/ORGANISASI

Untuk mengemaskini profil Syarikat / Perniagaan / Organisasi di dalam BLESS2.0, klik pada sub- menu “Organisation” seperti yang digambarkan di bawah.

Untuk mengemaskini maklumat Syarikat / Perniagaan / Organisasi yang baharu di dalam BLESS, klik pada butang “Add” seperti yang digambarkan di bawah.

Lengkapkan borang daftar.

Setelah borang dilengkapkan, klik butang “Save”

Bagi pengemaskinian profil syarikat/perniagaan (yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang baharu di dalam BLESS2.0, anda akan di bawa ke aplikasi atas talian eInfo SSM bagi tujuan pembelian maklumat syarikat/perniagaan dan kemudian membuat Salinan maklumat tersebut ke dalam BLESS2.0. Panduannya adalah seperti gambaran selanjutnya. Anda dinasihatkan untuk melayari laman sesawang eInfo SSM bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung jumlah bayaran yang dikenakan dan kaedah bayaran yang disediakan oleh pihak eInfo SSM.

Bagi organisasi yang didaftarkan oleh pendaftar organisasi selain dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mestilah melengkapkan maklumat profil organisasi seperti yang telah disediakan oleh BLESS2.0.

Sahkan profil syarikat/perniagaan anda.

Buat pembayaran pembelian maklumat syarikat/perniagaan* anda.

Cetak resit pembayaran dan jana maklumat syarikat/perniagaan

Muat turun maklumat syarikat/perniagaan untuk simpanan.

Klik butang “Submit to BLESS

Cetak resit pembayaran dan jana maklumat

syarikat/perniagaan

Buat pembayaran pembelian maklumat syarikat/perniagaan*

anda.

Sahkan profil syarikat/perniagaan

anda.

Klik butang “Submit to BLESS

Muat turun maklumat syarikat/perniagaan

untuk simpanan (dalam bentuk PDF).

Setelah pembelian dan nemerimaan maklumat Berjaya diperolehi oleh Aplikasi BLESS2.0 dari SSM, Maklumat syarikat/perniagaan yang telah diekstrak dari eInfo SSM akan dipaparkan di dalam BLESS2.0 seperti rajah berikutnya.

MEMBUAT CARIAN BORANG PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan baharu, anda perlu mencari maklumat permohonan tersebut terlebih dahulu.

Pergi ke sub-menu “Active Licenses” dan klik butang “Apply for License”.

Pilih dan masukkan katakunci carian, kemudian klik butang “Search”.

Hasil carian akan dipaparkan seperti di bawah. Untuk melihat senarai semak dan panduan permohonan, klik pada butang “PDF” seperti yang ditandakan di bawah.

Sebelum borang permohonan boleh dilengkapkan, anda mestilah meletakkan maklumat permohonan yang hendak dimohon ke dalam “My Tray” terlebih dahulu. Untuk berbuat demikian, tandakan pada lesen yang hendak dimohon, dan klik butang “Add to Tray”.

Untuk mula melengkapkan borang permohonan, klik pada butang “Online Form” seperti yang ditandakan di bawah.

= Preview Form

= Online Form

= Checklist & Guideline (Senarai semak dan panduan permohonan

MELENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN

Borang online ini mempunyai 4 Bahagian yang perlu dilengkapkan berdasarkan jenis aktiviti yang anda mohon.

Ada 2 kaedah melengkapkan maklumat bagi “Alamat Surat Menyurat”: 1. Menanda pada kotak tanda “Sama seperti alamat

Syarikat/Perniagaan”, atau 2. Mengekstrak dari “Address Book” iaitu dengan klik

butang “Pilih” untuk mendapatkan alamat. Langkah seterusnya akan menunjukkan bagaimana untuk memilih alamat dari “Address Book”.

Klik pada butang “Pilih”

Sekiranya hendak mendaftarkan alamat baharu, klik pada butang “Add New”.

Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Alamat baharu yang didaftarkan tadi akan dipaparkan. Sekiranya hendak memilih alamat dari senarai di bawah sebagai alamat surat menyurat, klik pada burang “Select”.

Jika hendak menghapuskan alamat tersebut dari senarai di atas, klik pada butang “Delete”.

Bahagian C hanya akan diaktifkan jika pemohon memilih Jenis Aktiviti = “Mengambil Alih Stesen Minyak”. Pemilih Jenis Aktiviti selainnya akan menyahaktifkan Bahagian C. Oleh itu, pemohon hanya perlu melengkapkan bahagian C jika memilih Jenis Aktiviti “Mengambil Alih Stesen Minyak”.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu disimpan dengan menekan butang “Save”. Setelah maklumat disimpan, borang permohonan ini boleh dihantar terus kepada agensi dengan menekan butang “Submit”.

Sekiranya anda masih belum bersedia untuk menghantar borang permohonan, anda boleh menyimpannya semetara di dalam “My Tray” dengan klik butang “Back” setelah maklumat berjaya disimpan.

MENYEMAK DAN MEMUAT TURUN DRAF BORANG PERMOHONAN YANG TELAH LENGKAP

Borang permohonan yang telah dilengkapkan dan yang telah disimpan boleh dipra-tonton (preview) di dalam borang atas talian atau di dalam “My Tray”. Untuk berbuat demikian, klik pada butang “Preview”.

Borang yang dalam bentuk PDF akan dipaparkan. Anda boleh memuat turun draf permohonan anda sebagai rujukan.

MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

Borang permohonan boleh dihantar melalui butang “Submit” di dalam borang permohonan, atau melalui “My Tray”.

Permohonan yang telah lengkap akan menukar status borang (“Form Status”) kepada “COMPLETED”. Borang permohonan yang berstatus “COMPLETED” sahaja akan dibenarkan untuk hantar.

Untuk menghantar boring melalui “My Tray”, tandakan pada permohonan yang hendak dihantar, dan tekan butang “Submit Application”.

Borang permohonan yang telah berjaya dihantar akan dipindahkan ke “Track & Monitoring” dan anda pula akan dibawa ke screen “Active License(s)” sekiranya hendak melakukan permohonan lain.

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nombor rujukan permohonan yang boleh diperolehi di menu “Track & Monitoring”.

TRACK & MONITORING: “TRACKING” PERMOHONAN YANG DIHANTAR

Untuk melihat senarai dan status permohonan yang telah dihantar, anda perlu pergi ke sub- menu sub-menu “Track & Monitoring” seperti yang digambarkan di bawah.

Di sini, semua permohonan anda yang telah dihantar akan dipaparkan. Ianya mengandungi status permohonan tersebut dan maklumat permohonan yang berkaitan. Untuk melihat dengan lebih terperinci, anda perlu pilih permohonan yang berkaitan dan tandakannya kemudian klik pada butang “View Form”. Atau anda boleh klik dua kali pada rekod yang berkaitan untuk membolehkan paparan terperinci dibuka.

REQUEST TO AMEND: MEMBUAT PEMBETULAN / PENGEMASKINIAN

PADA BORANG PERMOHONAN

Setelah borang permohonan dihantar, anda mungkin diarahkan untuk mengemaskini maklumat permohonan oleh Agensi. Di dalam BLESS, ianya dinamakan sebagai “Request to Amend” atau RTA.

Fungsi “Request to Amend” ini secara ringkasnya adalah seperti di bawah:

TAMAT

Pemohon membuat pengemaskinian pada maklumat

permohonan online

Permohonan online

dihantar semula kepada agensi

MULA

Emel notifikasi dihantar kepada

pemohon bahawa terdapat RTA dari agensi.

Pegawai mengarahkan

pemohon membuat pembetulan pada

borang permohonan online.

Arahan RTA yang diterima akan dimasukkan ke dalam sub menu “My Task” di bawah menu “My Task (Applicant)”. Untuk membuka tugasan tersebut, tandakan pada “checkbox” dan klik pada butang “Edit”.

Sistem akan memaparkan maklumat dan arahan dari pegawai memproses.

Untuk mengemaskini borang permohonan, anda perlu klik pada butang “Update Form”. Sistem akan memaparkan borang permohonan untuk dikemaskini.

Untuk menghantar semula borang permohonan yang telah lengkap dipinda, anda boleh menekan butang “Submit” yang disediakan di dalam borang permohonan tersebut.

MEMBUAT PERMOHONAN: PEMBAHARUAN, PINDAAN, ATAU

CETAKAN SEMULA LESEN

Maklumat lesen bagi permohonan-permohonan yang telah diluluskan akan diletakkan di sub-menu “Active License(s)”. Untuk membuat permohonan Pembaharuan, Pindaan, atau Cetakan Semula Lesen bagi permohonan yang telah diluluskan di dalam BLESS sebelum ini, anda boleh berbuat demikian di bawah sub-menu ini.

Permohonan yang telah diluluskan akan dipaparkan di sub-menu “Active License(s)”. Di menu ini, anda boleh membuat permohonan Pembaharuan, Pindaan, dan juga Cetakan Semula Lesen bagi Lesen yang telah diluluskan sebelum.

Untuk berbuat demikian, pilih lesen yang berkaitan dan klik pada butang yang ditandakan.

Jenis permohonan yang boleh dilakukan bagi lesen tersebut akan disenaraikan. Sila pilih jenis permohonan yang berkaitan dan lengkapkan permohonan tersebut.

TAMAT