Post on 25-Dec-2019
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN PROGRAM
Nama Ketua : SYAZAMAN BIN RAMLI
SURIYANI PUTRI BINTI RAMLEE
Nama Ahli : NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR
NUR FATIHA BINTI JAIS
SITI FIRANIZAH BINTI HARIS
NURUL ATIQAH BINTI SAHARUDIN
HIRDAWATI BINTI ZAINUDDIN
DELAILA BINTI ABD MALEK
DARWIN
JUAN DARIUS
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PROGRAM
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Gerak kerja bagi bahagian program sebelum program adalah menyediakan jadual dan menyusun atur perjalanan bagi setiap ketua bahagian. Pihak kami telah menghubungi penceramah-penceramah untuk dimasukkan ke dalam aktiviti sepanjang berlakunya NACES ini. Kami telah membuat susun atur jadual untuk tiga hari berlangsungnya NACES. Perubahan dilakukan setiap kali ada perubahan masa,waktu dan tempat. Kami juga memastikan kehadiran setiap penceramah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku. Persedian untuk aktivi “RUNNING MAN” turut dilakukan sebelum hari sebenar berlangsung. Barang-barang dan pembahagian kumpulan turut dirancang awal untuk mengelakkan sebarang masalah. Akhir sekali, sebelum berlakunya program sebenar, kami telah mencari beberapa ahli jawatankuasa untuk menguruskan setiap aktiviti yang melibatkan ramai peserta.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Semasa program sebenar berlangsung, pihak program memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancer. Setiap ahli jawatankuasa dibahagikan kepada tugas masing-masing. Pihak program memastikan semua peserta tiba pada waktu dan tempat yang betul. Dari pagi sehingga petang peserta diberitahu jadual perjalanan setiap aktiviti. Hal ini demikian untuk mengelakkan kekeliruan peserta untuk bergerak ke tempat yang sepatutnya. Sesi bidaan untuk tuan rumah NACES 2013 turut diadakan. Akhir sekali, pihak program berhubung dengan semua ketua bahagian tentang perjalanan dan terus kemaskini aktiviti yang akan berlangsung pada jam seterusnya.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Selepas berlangsungnya program, kerja bahagian program tidak begitu banyak. Kami menolong mana-mana bahagian yang belum selesai tugasnya.
Yang benar,
____________________
(SYAZAMAN BIN RAMLI)
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN TEKNIKAL DAN TTK
Nama Ketua : NATAKORN SAREEKAM
MUHAMMAD SYAFIQ BIN ALIAS
MUHAMAD FADZLI BIN MAJID
Nama Ahli : MUHAMMAD HANIS BIN ABDUL SHUKOR
MUHAMMAD ZUHAIRI BIN ZAKARIA
MUHAMMAD HARITH BIN ANUAR
MOHAMMED ZULHAMIZAN BIN MAZUKI
MOHAMMAD SYAHIR B. JAMALUDDIN
MUHAMMAD NASHRIQ B. BAHARI
MOHD RUZAINI B. MOHD RASHID
NURSYIFAA’ BT DAHANI
NOR ASHYQQIN BT YA’AKOB
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN TEKNIKAL DAN TTK
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Antara gerak kerja yang dilakukan sebelum program NACES ialah pertama dewan-dewan kuliah ditempah untuk dijadikan tempat pertandingan, kawasan parkir FKAB dijadikan tempat majlis pembukaan, DECTAR ditempah sebagai tempat majlis makan malam, dan KTAMS ditempah sebagai tempat perasmian penutup. Selain itu, semua barangan berkaitan ditempah di JPP untuk setiap majlis tersebut.
Bahagian teknikal dan ttk juga telah membuat dan menempah tanda nama untuk peserta dan juga ajk. Tambahan, kami juga menempah buku program yang direka oleh bahagian publisiti. Sebelum barangan tersebut ditempah, perbandingan haraga pada setiap kedai dilakukan dan kedai yang menawarkan harga yang murah dipilih. Akhir sekali, pihak kami juga berjumpa dengan pihak DECTAR untuk berbincang mengenai persediaan majlis makan malam.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Gerak kerja semasa program berlangsung ialah semua ajk ditugaskan untuk menjaga setiap dewan pertandingan. Ajk-ajk diminta untuk membuat persediaan awal 30 minit sebelum pertandingan dimana semua peralatan dipastikan berfungsi dengan baik.
Selain itu, kami juga perlu memastikan semua barangan keperluan untuk setiap majlis sampai pada masa yang ditetapkan. Barangan-barangan tersebut disusun dan setiap tempat majlis dihias dengan bantuan semua pihak.
Kami juga ditugaskan untuk menjaga sistem suara dan susunan lagu yang digunakan untuk majlis pembukaan, penutup dan makan malam di DECTAR
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Gerak kerja selepas program ialah memastikan semua peralatan yang telah pinjam dipulangkan dan memastikan setiap tempat yang ditempah harus berada dalam keadaan asal
Yang benar,
………………………
(NATAKORN SAREEKAM)
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
Nama Ketua : MOHAMAD PAZLIN BIN NGALIMAN
Nama Ahli : NOR ASYIKIN SHAFINAZ BINTI WHAYAB
MUHANNAD ASHRAF BIN MOHD AMIRRUZAN
MUHAMMAD NOOR IHSAN BIN ZAIDAN
MUHAMMAD DINIEY ASYRAF B. MOHD RAZALI
ATIKA SYAHIRA BINTI MAZLAN
FATHIAH IZZAH BINTI MOHD NASIR
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Bahagian Publisiti telah melakukan beberapa gerak kerja sebelum program NACES antaranya adalah memilih warna tema NACES bersama Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian lain. Warna merah telah dipilih sebagai tema NACES kali ini. Seterusnya email rasmi, laman sesawang dan ‘fanpage’ Facebook juga telah diwujudkan bagi memudahkan interaksi antara peserta dan pihak penganjur NACES. Dari semasa ke semasa, bahagian Publisiti telah mengemaskini maklumat dan hebahan yang terdapat di laman sesawang dan ‘fanpage’ Facebook.
Bahagian Publisiti juga telah melakar poster,banner,bunting,buku program dan baju yang akan digunakan semasa NACES berlansung. Kami juga telah mengadakan perbandingan harga untuk tempahan baju, banner dan bunting bagi mendapatkan harga yang berpatutan dengan bajet. Hasilnya, sebulan sebelum NACES bermula, tempahan baju telah dihantar. Manakala bagi banner dan bunting, tempahan dihantar seminggu sebelum program bermula. Hebahan di Papan Digital UKM juga telah dipohon dan seminggu sebelum NACES bemula, hebahan tersebut telah dipaparkan.
Beberapa hari sebelum NACES, banner dan bunting telah dipasang di sekitar kawasan UKM setelah mendapat kelulusan daripada Wisma Aman. Akhirnya bahagian Publisiti telah membahagikan tugas kepada semua ahli bahagian Publisiti yang akan bertugas sewaktu hari kejadian agar program berjalan lancar.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Semasa program berlansung, bahagian Publisiti telah bertugas mengikut jadual yang telah disediakan. Beberapa orang fotografer dari kalangan bahagian Publisiti sendiri telah dilantik bagi mengambil gambar setiap aktiviti termasuklah pendaftaran, perasmian, pertandingan, makan malam dan penutupan. Gambar-gambar ini telah dimuatnaik dan dikemaskini kedalam ‘fanpage’ Facebook NACES setelah tamat setiap aktiviti. Selain itu, pihak kami juga telah membina tayangan multimedia bagi malam Retro Romance dan majlis penutup. Bahagian Publisiti juga telah bertugas menjaga multimedia pada malam Retro Romance bagi memastikan kelancaran pada malam itu.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Bagi gerak kerja selepas program, bahagian Publisiti telah memuatnaik semua gambar dan video kedalam ‘fanpage’ Facebook NACES. Laporan akhir juga telah disediakan dan dihantar kepada setiausaha NACES.
Yang benar,
………………………
(MOHAMAD PAZLIN BIN NGALIMAN)
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN PROTOKOL
Nama Ketua : NURUL HADILA BINTI MOHD RADZIR
Nama Ahli : TAN CHUNG CHUAN: STEPHINA LUPANG LAING : ANNA SYUHADA BINTI MOHD YUSRI : NURSUZILA BINTI SAWAL: NOR ZAHIRAH BINTI MAMAT
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PROTOKOL
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Sebagai permulaan, pihak protokol telah menyenaraikan nama-nama bakal perasmian untuk majlis perasmian, majlis makan malam, dan juga majlis penutup. Beberapa surat dikeluarkan bagi menjemput tetamu-tetamu tersebut. Sepanjang masa, kami sentiasa melakukan tindakan susulan bagi memastikan kehadiran mereka ke majlis kami. Kami juga telah menjemput pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air.
2 minggu sebelum hari kejadian, status perasmian masih lagi tidak diketahui. Sebagai penyelesaian, kami mendesak pihak berkenaan. Akhirnya, kami menjemput Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Prof Ir Dr Marzuki Bin Mustafa sebagai perasmi untuk majlis perasmian manakala Prof Ir Dr Abu Bakar Bin Mohamad dijemput sebagai tetamu kehormat untuk majlis makan malam yang berlangsung di DEKTAR. Untuk majlis penutup pula, kami telah menjemput Timbalan Naib Canselor iaitu Prof Ir Dr Othman A Karim.
Selain itu, kami telah menyediakan isi kandungan buku program. Kami juga telah mencari pengacara majlis, runner, pembaca doa dan usher. Mereka terdiri daripada ahli JKKP. Kami juga menyediakan teks-teks ucapan tetamu kehormat dan juga teks pengacara majlis. Skrip pentadbiran telah disediakan, dicetak dan diedarkan kepada post-post yang berkenaan.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Ketika hari kejadian, kami memastikan kedudukan dan tagging tetamu-tetamu kehormat berada dalam keadaan yang betul dan juga memastikan susunan kerusi betul. Kami juga bekerjasama bersama post teknikal, post tugas-tugas khas, post cenderamata dan juga post jamuan untuk memastikan kelancaran majlis perasmian, majlis makan malam dan majlis penutup.
Kami juga telah mengadakan beberapa rehearsal bagi memastikan kelancaran majlis. Sepanjang kami melakukan rehearsal, banyak pihak yang memberi kerjasama yang baik
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Kami menyediakan laporan post.
Yang Benar,
NURUL HADILA BINTI MOHD RADZIR
Ketua Pengarah Protokol,
National Chemical Engineering Symposium 2012.
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN PERSEMBAHAN
NamaKetua : AHMAD SHAZWAN BIN AHMAD TARMIZI
NamaAhli : 1) FAIRUZA LINA BT AWANG
2) NURUL SYAHIDAH BT ISMAIL
3) NUR AIDA AMALINA BT MOHD REDHA
4) NURUL HASMIDA BT AZMI
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PERSEMBAHAN
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Untuk bahagian persembahan, ada beberapa gerak kerja yang kami lakukan sebelum program, antaranya ialah kami mendapatkan senarai universiti yang menyertai NACES 2012 untuk kami hubungi berkenaan dengan persembahan yang wajib mereka lakukan ketika Majlis Makan Malam NACES 2012 di DECTAR.
Selain itu, kami juga mencari penari kebudayaan untuk melakukan persembahan ketika majlis perasmian dan majlis makan malam NACES 2012. Dan kami telah memilih kumpulan tarian dari Kolej Keris Mas untuk dijadikan sebagai penari jemputan.
Kami juga merancang dan mengatur gimik sewaktu majlis perasmian dan majlis makan malam. Kami juga ada membeli beberapa peralatan yang perlu digunakan untuk persiapan pentas, dan sebagainya.
Kami telah mengadakan beberapa mesyuarat kecil kecilan untuk mengetahui perkembangan ajk masing masing berdasarkan tugasan yang telah diberikan.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Semasa Majlis Perasmian NACES 2012, di Parking Lot, FKAB, bahagian persembahan tidak begitu banyak tugasan melainkan memastikan penari jemputan dari KKM yang telah kami jemput untuk mengadakan persembahan berada di tempat kejadian sebelum majlis bermula. Dan segalanya berjalan dengan lancar.
Ketika Majlis Makan Malam NACES 2012 di DECTAR, ajk persembahan telah diberikan tugas mengikut peranan masing-masing. Yang pertama, menjaga giliran universiti yang akan melakukan persembahan, Pada malam itu, sebanyak 5 universiti telah melakukan persembahan mereka, iaitu terdiri dari UKM, UTP, UM, UPM, dan Sebelas Maret. Penari dari KKM juga melakukan persembahan pembukaan pada malam itu. Dan setiap ajk persembahan memastikan kelancaran persembahan mengikut perbincangan yang telah dibuat.
Kami juga membuat persiapan Majlis Makan Malam seperti menghias pentas, dekorasi, dan pelbagai lagi bersama beberapa ajk dari bahagian lain. Dan selepas tamat majlis, kami bersama sama ajk lain mengemas dewan.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Selepas program, kami mengadakan post-mortem kecil-kecilan untuk mengenal pasti masalah atau kekangan yang timbul di bahagian persembahan.
Kami juga mengira semula penggunaan wang yang telah kami gunakan di bahagian persembahan sewaktu program berlangsung. Dan kami juga menyiapkan laporan akhir untuk diberi kepada Majlis tertinggi NACES 2012.
Yang benar,
(AHMAD SHAZWAN BIN AHMAD TARMIZI)
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN PENDAFTARAN
Nama Ketua : ZURAIFAH BINTI MINHAT
Nama Ahli : AIN HETIEQA BINTI HAMDAN
SAW GEOK HOOI
NUR MUTMAINNAH BINTI AZIS
RAJESWARI A/P JAYARAMAN
JAYLAKSHUMI A/P GIVAJOTHI
SENBAGAM A/P R.MURUGES
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PENDAFTARAN
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Sebelum berlansungnya Program NACES 2012 ini, saya telah mengadakan beberapa
perjumpaan bersama ajk bagi mengumpulkan maklumat mengenai semua universiti yang
mempunyai kursus Kejuruteraan Kimia & Biokimia serta Bioproses. Perjumpaan pertama
ialah pada 9 Mac 2012 dimana kami berjumpa untuk merangka surat jemputan untuk dihantar
ke setiap Universiti. Kami juga telah menyenaraikan semua Universiti yang terlibat . Jumlah
Universiti yang tersenarai adalah sebanyak 23 termasuk luar dan dalam Malaysia. Kemudian
kami telah menghantar surat ke setiap Universiti. Pada 1 April 2012, kami sekali lagi
berjumpa untuk membahagi tugas. Saya telah menyerahkan beberapa Universiti kepada ajk
untuk mereka menghubungi setiap universiti tersebut bagi mendapatkan maklum balas
mengenai penyertaan mereka. Dari masa ke semasa saya mengingatkan ajk saya untuk
mendapatkan maklum balas daripada setiap Universiti. Terdapat pelbagai masalah yang
berlaku, contohnya ada yang mengatakan bahawa surat tidak sampai pada mereka, ada juga
yang mengatakan bahawa mereka telah menukar pesyarah yang bertanggungjawab. Jadi saya
mengambil inisiatif lain bagi menyampaikan surat jemputan tersebut. Saya telah menghantar
email kepada Universiti yang bermasalah, dan seperti biasa kami akan menghubungi mereka
dari masa ke semasa bagi mendapatkan maklumat berkenaan peserta. Setelah tamat tarikh
penghantaran borang penyertaan, saya sekali lagi membuat perjumpaan dengan ajk saya bagi
mengemas kini borang penyertaan yang dihantar. Kami telah mengagihkan peserta mengikut
pertandingan yang mereka sertai agar dapat memudahkan pihak pertandingan meneruskan
kerja mereka. Walaupun dalam borang pendaftaran kami telah meletakkan ruang bagi mereka
yang mempunyai masalah dalam pemakanan, namun terdapat Universiti yang tidak mengisi
maklumat tersebut, jadi kami menghubungi semula university-universiti yang berkenaan
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu, ada juga pelajar yang menarik diri
dan menukar diri mereka dengan pelajar lain. Kesemua pertukaran telah kami rekodkan dan
akhir sekali, jumlah Universiti yang kami dapat kumpulkan adalah sebanyak 17 termasuk
universiti daripada Indonesia. Jumlah pesertanya pula adalah seramai 272 orang.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Seminggu sebelum berlangsungnya program ini, kami telah membuat penyediaan
awal iaitu mengagihkan tag nama, baju, dan beg goodies untuk setiap universiti. Pada 13
December 2012, 4 Universiti telah mendaftarkan diri iaitu UiTM Pulau Pinang, USM,
UNiMAS dan UiTM Dungun. Universiti yang terakhir tiba pada malam itu ialah Unimas
iaitu pada jam 12.30 tengah malam. Pada 14 december 2012, jam 9 pagi, kami memulakan
kerja pendaftaran setelah universiti yang pertama tiba iaitu Universiti Putra Malaysia. Kami
bernasib baik kerana kebetulan mereka tidak datang serentak kerana jika mereka datang
serentak, tentu keadaan menjadi kelam kabut. Keadaan di tempat pendaftaran sangat meriah
kerana terdapat ramai orang yang terlibat. Bahagian pertandingan yang menjaga kaunter undi
setiap pertandingan, bahagian penginapan yang menyerahkan kunci dan bantal kepada setiap
pelajar, bahagian makanan yang mengagihkan makanan kepada setiap peserta dan ajk dan
bahagian bendahari yang menjadi kaunter paling utama kerana setiap peserta hendaklah
melengkapkan semua pembayaran sebelum membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran.
Pendaftaran kesemua universiti tamat pada jam 4.30 petang apabila universiti yang terakhir
iaitu Universiti Malaya tiba.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Selepas tamat program, kami pihak pendaftaran berkumpul semula untuk
menyelesaikan pendaftaran keluar semua pelajar. Kesemua pelajar memberikan kerjasama
yang baik kerana mereka memulangkan segala barang yang dipinjamkan kepada mereka.
Yang benar,
………………………
( ZURAIFAH BINTI MINHAT)
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN PEMASARAN
Nama Ketua : MUHAMMAD ATIF AZHARI BIN MOHD AZMI
Nama Ahli : NORSYAHIRAH BINTI ALIAS
AFIFAH SYAFIQAH BINTI ZULKOFLI
ZAYANI NAHIDA BINTI AHMAD TARMIZI
NASIBAH BINTI MAT HUSSAIN
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PEMASARAN
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Bagi post pemasaran, gerak kerja sebelum program adalah lebih banyak berbanding semasa dan selepas program. Pada mulanya kami menyenarai pendekkan syarikat-syarikat serta individu-individu yang berpotensi untuk menjadi penyumbang bagi program NACES 2012. Kemudian, kami telah memulakan gerak kerja dengan menghubungi pihak-pihak yang telah disenaraikan melalui emel, telefon dan juga faks. Proposal versi Bahasa Inggeris juga telah diwujudkan bagi menjadi proposal utama dalam post pemasaran untuk diserahkan kepada pihak yang telah memberi respon. Kami juga telah pergi ke beberapa tempat untuk melakukan perbincangan serta berjumpa dengan pihak-pihak yang telah bersetuju memberi sumbangan bagi menerangkan dengan lebih terperinci tentang NACES 2012.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Semasa hari kejadian, post pemasaran telah membuka gerai jualan sebagai usaha akhir untuk mendapatkan sumber kewangan. Antara barangan jualan adalah cenderahati UKM, makanan dan minuman. Selain itu, terdapat juga beberapa ahli pemasaran yang turut sama membantu post-post lain bagi menyiapkan tugas mereka sebagai contoh persiapan majlis perasmian dan
majlis makan malam.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Bagi gerak kerja selepas program, pihak pemasaran akan menghubungi beberapa pihak yang telah memberikan sumbangan bagi memberi sijil penghargaan serta cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada mereka.
Yang benar,
ATIFAZHARI………………………
(MUHAMMAD ATIF AZHARI MOHD AZMI)
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN MAKANAN
Nama Ketua:QURRATU ‘ANI BINTI INCHE MUHD ZULFIKRI
Nama Ahli : ERNA ERVINA NURZIANY BINTI ZALANI
RAFIZI BIN SALIHUDDIN
AHMAD ZUHAIRI BIN ABDUL GHAFAR
SITI AISHAH BINTI ANUAR
NOR SHAHIRAH BINTI ISHAK
SITI ZULAIKA BINTI CHE OMAR
FUZLA AINI BINTI HASIM
NURATIQA BINTI GHAZAHALI
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN MAKANAN
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Kami telah melakukan beberapa gerak kerja sebelum program dimulakan. Pertama sekali, kami menyediakan menu dan jadual makanan. Kemudian, kami menyediakan belanjawan makanan mengikut menu yang disediakan dan juga berdasarkan bilangan orang yang perlu disediakan makanan. Kami telah menetapkan untuk peserta makanan adalah berbungkus manakala untuk pensyarah makanan akan dihidangkan. Kami juga telah menyediakan borang untuk alahan dan vegetarian. Kami telah mendapatkan senarai pelajar yang mempunyai alahan dan vegetarian dengan bantuan daripada pihak pendaftaran.
Kami telah mencari tender makanan untuk makanan harian dengan harga yang berpatutan. Kami telah memilih Kafe Kolej Ibrahim Yaakub. Seterusnya, kami mencari tender makanan untuk majlis makan malam NACES iaitu IQFA Katerer. Kami juga memantau gerak kerja untuk majlis makan malam NACES. Kami telah menetapkan organisasi untuk menguruskan majlis makan malam tersebut. Kami juga telah menyenaraikan alatan untuk pihak teknikal. Kami juga telah memilih menu makanan untuk majlis makan malam NACES. Kami juga menyediakan surat rasmi kepada kedua-dua tender makanan untuk program ini.
Akhir sekali, kami juga membantu pihak pemasaran dengan meminta bekalan air mineral daripada ECONSAVE dan UNIKEB. Kami juga membuat pemasaran dengan meminta sumbangan yang berbentuk makanan. Kami juga telah mengadakan mesyuarat antara kami supaya AJK tahu segala perkembangan gerak kerja pihak makanan. Kami juga telah mengagihkan tugas-tugas kepada AJK.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Semasa program, kami sentiasa berhubung dengan pihak tender makanan untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Kami juga memastikan makanan disediakan mengikut jadual yang telah disediakan. Dua orang daripada kami menghidangkan makanan kepada pensyarah manakala yang selebihnya mengagihkan makanan kepada pelajar. Kami telah menyediakan makanan untuk pensyarah yang tidak terlibat dengan beberapa aktiviti NACES dengan bantuan daripada pihak penginapan. Kami juga telah membantu persiapan gerak kerja untuk majlis makan malam NACES. Setiap AJK menjalankan tugas masing-masing mengikut jadual dan apa yang telah dirancangkan. Kami juga memastikan tempat makanan yang disediakan adalah bersih dengan bantuan daripada pihak kebajikan dan keselamatan. Kami sentiasa mengadakan mesyuarat selepas program untuk penjelasan tugas masing-masing berdasarkan tentatif program.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Selepas program, kami masih lagi berhubung dengan pihak tender makanan untuk pembayaran duit makanan. Kami juga menyediakan laporan gerak kerja kami.
Yang benar,
………………………
(QURRATU ‘ANI BINTI INCHE MUHAMMAD ZULFIKRI)
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN
Nama Ketua : MUHAMMAD SYAHMI AFIF BIN MOKHTAR YAZID
Nama Ahli : FARAH ADLYNA BINTI MEY EFDI
ABDUL HAKIM BIN ABDULLAH
AHMAD MUSTAQEEM BIN MAT DAUD
MUHAMMAD SYAHIR BIN NOTZIR
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN KESELAMATAN
DAN KEBAJIKAN
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Gerak kerja bagi bahagian keselamatan dan kebajikan sebelum program NACES berlangsung adalah memaklumkan program ini kepada pihak Wisma Aman. Selain itu, kami juga menyerahkan banner kepada mereka untuk diluluskan dan digantung di sekitar jalan raya terutama di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Kolej Pendeta Zaa’ba dan DECTAR. Kami juga meminta pihak Wisma Aman untuk menyediakan papan tanda ke Kolej Pendeta Zaa’ba bagi bas-bas universiti yang hadir dan meminta mereka untuk menyediakan tempat meletak bas di Panggung Seni, DECTAR. Di samping itu, kami juga telah menghantar surat untuk meminta bantuan BSMM untuk menjaga kebajikan dan keselamatan peserta.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Pada hari Khamis, pihak Wisma Aman telah menyediakan papan tanda ke Kolej Pendeta Zaa’ba dan menyediakan tempat meletak bas di Panggung Seni, DECTAR. Selain itu, seramai 4 orang ahli BSMM telah ditugaskan untuk menjaga kebajikan pelajar di Kolej Pendeta Zaa’ba sepanjang program NACES berlangsung. Kami juga telah membeli tape awas untuk menyekat kenderaan daripada memasuki kawasan khemah di tempat meletak kenderaan pensyarah dan plastik sampah untuk para peserta membuang sampah terutama di FKAB, Kolej Zaa’ba dan DTAMS. Di samping itu, kami juga memastikan kebersihan tempat program sentiasa bersih sepanjang program berlangsung dan menjaga lalu lintas terutama sekali apabila aktiviti RUN FOR FUN.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Selepas program selesai berlangsung, kami juga membersihkan tempat-tempat aktiviti dijalankan. Selain itu, kami telah membayar ahli BSMM Kolej Pendeta Zaa’ba sebanyak RM 120 di atas bantuan mereka menjaga kebajikan pelajar sepanjang program NACES ini
berlangsung. Anggaran kami mendahulukan duit kami untuk program NACES ini berjalan lancer adalah sebanyak RM 160.
Yang benar,
…SYAHMI AFIF… (MUHAMMAD SYAHMI AFIFI BIN MOKHTAR YAZID)
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN CENDERAMATA
Nama Ketua :NUR ‘AQILAH BINTI KAMARUDIN
Nama Ahli : FATIMA AZZAHRA
NUR ‘IZZATI BINTI A. GHANI
NORHAZMIZA BINTI AHMAD SAFRI
NADZIRAH ILYIANI BINTI NORDIN
MOHD IZZUDDIN BIN AHMAD ZAINURI
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN CENDERAMATA
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Gerak kerja bahagian cenderamata telah bermula sejak 9 bulan yang lalu.Antara beberapa gerak kerja yang dilakukan ialan dengan penyediaan inventori cenderamata seperti pengiraan unit cenderamata misalnya trofi,hadiah vip,dan sijil yang diperlukan.Kami juga turut melakukan perbandingan harga barangan cenderamata di sekitar Bandar Baru Bangi,Kajang dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan harga yang berpatutan.
Beberapa minggu sebelum hari kejadian,kami telah menempah dan membeli beberapa trofi,replika cek,cenderamata VIP serta sijil yang diperlukan.Segala item yang diperlukan disiapkan sebelum hari kejadian untuk memastikan kesemua item lengkap semasa hari kejadian.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Semasa program berjalan,kami telah membuat pembahagiaan tugas dengan meletakkan beberapa pihak cenderamata di setiap tempat pertandingan atau ceramah berjalan bagi proses penyampaiaan cenderahati kepada pihak juri dan penceramah.Selain itu,kami juga terlibat dalam majlis perasmian dan penutup NACES,di mana hadiah cenderahati dan hadiah pemenang akan diberikan kepada perasmi majlis dan pemenang setiap pertandingan.
Bagi persediaan dinner NACES,kami bekerjasama dengan pihak protokol,persembahan,program,serta makanan bagi memastikan program berjalan dengan lancar.Antara persiapan yang dilakukan sebelum program bermula adalah hiasan pentas DECTAR,meja makan dan sebagainya.Beberapa hadiah turut disiapkan oleh pihak kami seperti selempang King and Queen of The Night,cabutan bertuah serta hadiah persembahan terbaik.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Selepas program,kami mengadakan perjumpaan sesama ahli untuk memastikan segala kerja daripada pihak kami telah selesai.Akhir sekali,kami meyediakan laporan daripada pihak kami.
Yang benar,
………………
(NUR ‘AQILAH KAMARUDIN)
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN PERTANDINGAN
Nama Ketua : SONIA DILIP PATEL A/P DILIP KUMAR
JUDY LOW EA EA
Nama Ahli : LIM KAH HUAY
TAN YI VON
JANANI A/P VELAYUDHAN
KOKILAWANI A/P KRISHNAN
NUR AMERA BINTI MOHAMAD BAKRI
DALILAH QARINA BT BAHARUDIN
GOPINATH NAMBIAR A/L P.SATHASIVAM
MOGANA TASHIANIA/P MANOKAR
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PERTANDINGAN
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Sebelum program, syarat-syarat bagi keenam-enam pertandingan telah dirangka,
dibincangkan dan diletakkan dalam laman web rasmi NACES. Tugas-tugas antara ajk telah
dibahagikan. Penyerahan soft copy untuk pertandingan essay telah diuruskan dan diberi
kepada pensyarah bagi penentuan pemenang. Selain itu, tajuk-tajuk pidato bagi pusingan
pertama juga telah dipamerkan dalam laman web rasmi bagi peserta pembuat pemilihan.
Penyerahan soft copy bagi pertandingan power point dan video pada 30 th November 2012
telah diuruskan. Bahagian pertandingan turut menguruskan email rasmi NACES dan laman
Facebook NACES. Segala soalan yang berkait dengan pihak kami telah kami balas sejak
awal bulan September lagi. Kami juga telah mula mencari juri bagi pertandingan yang bakal
berlangsung. Sebelum Naces, kami juga telah menyediakan semua peralatan yang perlu
dibekalkan kepada peserta semasa program. Board alas untuk plant design juga telah
disediakan dalam kuantiti 12. Kami juga turut membantu pendaftaran peserta kerana
pendaftaran peserta berkait rapat dengan pertandingan. Senarai nama peserta telah difinalise
bagi memudahkan pengurusan sewaktu program. Kami juga telah kerap berjumpa dengan
pensyarah penasihat program NACES bagi mendapatkan nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar.
Tajuk untuk case study telah kami bincang dengan pensyarah dan kami telah merangka tajuk
yang ingin diberikan sebelum program dijalankan. Kesemua persediaan telah diatur rapi bagi
mengelakkan sebarang kekeliruan ataupun kealpaan dari pihak kami.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Kami bersama-sama dengan bahagian pendaftaran telah menguruskan pendaftaran peserta.
Kami telah mengumpulkan penyerahan hard copy dan soft copy sewatu pendaftaran peserta.
Segala penyerahan telah kami periksa dan aturkan dalam laptop bagi mengelakkan sebarang
masalah sewaktu pertandingan berlangsung. Kami telah memastikan pertandingan
berlangsung seperti yang terdapat dalam tentatif. Setiap ajk pertandingan telah ditugaskan
untuk memantau setiap bilik pertandingan. Kami juga menguruskan juri-juri yang mengadili
pertandingan tersebut. Kesemua aspek pertandingan telah dikawal dengan rapi bagi
mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini. Sepanjang tiga hari pertandingan, kami
telah berjaya mengawal keadaan dan memastikan perjalanan pertandingan yang rapi. Senarai
nama pemenang juga telah diserahkan kepada bahagian protokol bagi majlis penutup.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Memandangkan pertandingan merupakan post yang banyak memerlukan persediaan
sebelum dan semasa program, tiada yang perlu dilakukan selepas program. Laporan akhir
telah disediakan dan kami telah menghadirkan diri dalam post-moterm program NACES ini.
Yang benar
………………………
SONIA DILIP PATEL A/P DILIP KUMAR
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN PAMERAN
Nama Ketua : NOR AZIFAH BINTI GHAZALI
Nama Ahli : MAZNI BINTI JAMALUDIN
NOOR ZAIYAN BINTI MISYAN
MUHAMAD AZRI BIN MD DANIAL
MUHAMMAD KHAIRIL AZIM BIN ABDULLAH
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PAMERAN
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Pada awalnya, kami bersama-sama mencari tempat yang sesuai untuk membuat pameran dan jualan untuk program NACES 2012. Setelah memilih foyer Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM sebagai tempat yang sesuai untuk pameran, kami menyediakan surat-surat jemputan pameran dan jualan dalam dwi bahasa. Selepas mendapat kelulusan surat tersebut dari Prof. Dr. Abu Bakar Mohamad, kami memulakan gerak kerja dengan menghubungi syarikat-syarikat dan gerai jualan yang berminat.
Kami juga turut membuat tempahan meja, kerusi, “booth” pameran, alas meja dan juga PA sistem pada pihak yang berkenaan. Pelan bagi tapak-tapak pameran beserta saiz tapak juga disediakan bagi memudahkan urusan penempahan barang. Selain itu, kami turut membuat “flyers” untuk mempromosikan pameran dan jualan kepada peserta dan pelajar UKM. Kami juga membersih dan menyusun atur meja dan kerusi di foyer serta melabelkan semua tapak-tapak pameran.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Kami menyambut kedatangan para pempamer dan penjual ke tapak pameran mereka seperti yang telah ditetapkan. Bagi memeriahkan tapak pameran, kami memasang lagu melalui PA sistem dan menarik perhatian para peserta untuk mengunjungi gerai-gerai pameran dan jualan dengan mengedarkan “flyers”. Kami juga sentiasa memastikan tapak-tapak pameran dan jualan dalam keadaan bersih dan teratur.
Selain itu, kami turut membuka gerai jualan CHESC bagi memeriahkan lagi tapak pameran tersebut. Beberapa ahli jawatankuasa pameran memasak dan menjaga gerai jualan. Kami juga mengiring para pempamer yang berminat untuk menyertai perasmian NACES 2012 ke tapak perasmian. Alatan yang diminta oleh pempamer seperti gunting, masking tape dan sebagainya turut disediakan.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Selepas tamat pameran dan jualan, kami membersihkan kawasan pameran dan menyusun semula meja dan kerusi di foyer seperti keadaan asal. Kami juga memulangkan semua alatan-alatan yang dipinjam. Kami turut mendapatkan maklum balas dari para pempamer dan gerai jualan. Laporan akhir bahagian pameran turut disediakan.
Yang benar,
………………………
(NOR AZIFAH BINTI GHAZALI)
LAPORAN AKHIR
KETUA BAHAGIAN PENGANGKUTAN
Nama Ketua : MOHD. FAREDZUAN BIN SUDIN
Nama Ahli : NURUL NADIA BT. MOHD SABRI
NURUL FATIHAH BT. SHARUDIN
NURAIDAH ZAFIRAH BT. AZALI
MUHAMMAD ZHAAHIR B. SIDEK
MUHAMMAD ANAS B. MOHD RAZALI
MUHAMAD HAMIZAN BIN HANAFI
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PERTANDINGAN
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Sebelum berlangsungnya Program NACES 2012 ini, saya telah berjumpa dengan
pihak Unit Kenderaan UKM bagi membincangkan megenai penggunaan bas sepanjang
program ini dijalankan .Disamping itu, saya telah membentuk sepasukan ahli jawatankuasa
unit kenderaan NACES 2012. Ahli jawatankuasa itu terdiri daripada 8 orang yang diketuai
oleh saya. Pada 23 September 2012, saya telah membahagikan senarai universiti kepada ahli
jawatankuasa saya untuk dihubungi. Tujuan kami menghubungi wakil peserta adalah untuk
mengetahui samada mereka mempunyai kenderaan sendiri atau tiada semasa program ini
berlangsung. Tempoh seminggu telah diberikan kepada setiap ahli jawatankuasa saya untuk
mengumpul maklumat mengenai status kenderaan peserta sebagai persediaan menjelang
program NACES. Seterusnya pada 16 November 2012, kami telah mendapatkan maklumat
mengenai kenderaan bagi setiap wakil universiti yang mengambil bahagian didalam program
ini dan suatu perjumpaan bersama ahli jawatankuasa saya bagi membincangkan mengenai
strategi pengangkutan semasa program ini dijalankan. Pada masa yang sama, saya telah
mengingatkan kepada ahli jawatankuasa saya untuk sentiasa berhubung dengan wakil peserta
untuk mengetahui jika terdapat sebarang masalah.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Pada 13 Disember 2012, saya telah mengadakan suatu taklimat terakhir kepada ahli
jawatankuasa saya mengenai perjalanan program ini. Pada hari itu, saya telah membahagikan
tugas kepada setiap ahli jawatankuasa saya untuk melancarkan perjalanan program tersebut.
Terdapat lima buah bas yang terdapat sepanjang program ini dijalankan dimana 2 buah bas
UKM, sebuah bas USM, sebuah bas UiTM Dungun dan sebuah bas UMP. Oleh kerana
terdapat lima buah bas yang terdapat sepanjang program ini, saya telah membahagikan tugas
dimana seorang atau dua orang ahli jawatankuasa saya untuk mengurus bas-bas tersebut dan
kesemua peserta telah dibahagikan mengikut jumlah bas yang tersedia ketika itu. Langkah ini
diambil untuk masalah kekurangan bas yang timbul sewaktu program ini dijalankan.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Selepas tamat program, kami telah berkumpul dan menghantar semula peserta ke
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah
LCCT. Namun begitu, sekumpulan peserta dari UNIMAS telah meminta pertolongan kami
untuk menghantar kesemua bagasi mereka pada 17 Disember 2012 kerana mereka menginap
sehari selepas program di Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah berjumpa
dengan pihak UNIMAS dan berbincang untuk mengatasi masalah ini. Sebagai penyelesaian,
skami telah bersetuju dimana saya telah menggunakan perkhidmatan kereta sewa dari pihak
luar untuk menghantar bagasi mereka dan mereka telah mendapatkan resit bayaran untuk
tujuan tuntutan bayaran di UNIMAS. Kesemua peserta memberikan kerjasama yang baik
sepanjang program ini dijalankan.
Yang benar,
………………………
( MOHD. FAREDZUAN BIN SUDIN)
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PENGINAPAN
Nama Ketua :FATHIYYAH BINTI MOHD ZAINUDIN
Nama Ahli : NUR FARAYU BINTI SUHAIMINURUL NADIA BINTI NGAHAHMAD RAFDI BIN AHMAD ZIKRILEHHASINAH BINTI MOHD HANIFAH
LAPORAN AKHIR KETUA BAHAGIAN PENGINAPAN
GERAK KERJA SEBELUM PROGRAM
Sebelum berlansungnya Program NACES 2012 ini, saya telah mengadakan beberapa
perjumpaan bersama ajk bagi mengumpulkan maklumat mengenai beberapa tempat yang
mempunyai penginapan yang sesuai bagi peserta dan juga pengiring. Perjumpaan pertama
ialah pada 15 Mac 2012 dimana kami berjumpa untuk pergi ke tempat-tempat penginapan si
dalam kawasan UKM. Antaranya adalah Kolej Pendeta Zaba, Kolej Kris Mas, Kolej
Burhanudin Helmi, Kolej Dato Onn, Kolej Aminudin Baki serta Puri Pujangga. Kami telah
membuat keputusan untuk memilih Kolej Pendeta Zaba kerana pakej yang diberikan adalah
berpatutan dan juga bilik yang ingin disewakan masih kosong. Pada 18 Mac 2012, kami
sekali lagi berjumpa untuk mencari penginapan bagi pengiring. Antara pilihan kami adalah
hotel di kawasan jalan reko iaitu berhampiran dengan UKM dan seterusnya Puri Pujangga
dan juga Rumah Tamu Kolej Dato Onn. Dan kami telah berbincang dan mencapai kata
sepakat untuk menyewa bilik di Kolej Dato Onn kerana keadaan bilik yang selesa dan juga
harga yang berpatutan serta dekat dengan tempat pertandingan malah pihak pengurusan kolej
juga telah memaklumkan bahawa jika pihak kami mendapat surat daripada Timbalan Naib
Canselori, kami akan mendapat potongan diskaun dari pihak Kolaj Dato Onn. Pada 8 April
2012, kami sekali lagi berjumpa untuk membahagi tugas. Saya telah bekerjasama dengan
exco pendaftaran bagi mendapatkan maklumat setiap university dan telah menyerahkan
beberapa Universiti kepada ajk untuk mereka menghubungi setiap universiti tersebut bagi
memastikan kedatangan peserta dan juga bilangan pengiring yang akan datang serta
mendapatkan maklumat tentang pemandu bas yang akan menginap di UKM, ini bagi
memudahkan kami untuk menganggar bilangan bilik yang akan ditempah bagi lelaki dan
perempuan kepada pihak kolej . Dari masa ke semasa saya mengingatkan ajk saya untuk
mendapatkan maklum balas daripada setiap Universiti. Terdapat pelbagai masalah yang
berlaku, contohnya ada yang mengatakan bahawa pensyarah tidak mahu menginap di
kediaman yang telah disediakan tetapi mahu kami mencari kediaman lain seperti hotel, dan
setelah berbicara secara baik dengan pensyarah, mereka telah membuat keputusan untuk
menempah sendiri penginapan mereka di Puri Pujangga. Malah, pengangkutan pensyarah
juga menjadi salah satu masalah yang timbul bagi pensyarah yang tidak membawa kenderaan
dan kami terpaksa mencari seseorang yang menyediakan servis pengangkutan atau
penyewaan kereta. Pada 19 April 2012, surat tempahan telah diterima daripada setiausaha.
Dan saya telah berjumpa dengan salah seorang pegawai yang bertugas di bahagian tersebut
dan surat permohonan pemotongan harga bagi kediaman di Kolej Dato Onn telah diserahkan.
Dan pada 25 April 2012, saya telah mendapat panggilan daripada pihak Timbalan Naib
Canselori bahawa permohonan kami tidak diluluskan. Seterusnya, saya telah menerima dua
surat yang di keluarkan oleh setiausaha iaitu surat tempahan bagi penginapan di Kolej
pendeta Zaba dan juga Rumah Tamu Kolej Dato Onn. Dan surat tersebut telah diserahkan
kepada pihak kolej. Didalam surat tersebut telah menyatakan bilangan pelajar iaitu seramai
160 lelaki dan 120 perrempuan bagi peserta yang bakal menginap di Kolej Pendeta Zaba.
Manakala di Rumah Tamu Kolej Dato Onn pula kami telah menempah sebanyak 15 buah
bilik berdasarkan bilangan pengiring dan juga driver bas yang akan menginap di UKM
sepanjang tempoh program NACES ini dijalankan. Dan surat kami telah mendapat kelulusan
dari pengetua kolej masing-masing. Pada 3 Dec 2012, kami telah ke pejabat Kolej Pendeta
Zaba bagi mendapatkan senarai no bilik, dan pada masa yang sama kami telah diberitahu
bahawa pihak kolej kekurangan bilik untuk disewakan kepada kami. Saya serta ajk telah
berbincang dan membuat keputusan untuk menyewa di Kolej Kris Mas tetapi malangnya
pada keesokan hari kami pergi ke Kolej Kris Mas, pihak kolej memberitahu bahawa bilik
untuk disewa telah penuh dan tiada kekosongan. Kemudian kami pergi ke Kolej Pendeta
Zaba pula bagi menyelesaikan masalah penginapan peserta. Pihak kolej memberitahu bahawa
mereka boleh memberikan bilangan bilik yang telah kami tempah tetapi bilik yang bakal
peserta duduk adalah berlainan blok. Di sebabkan sudah tiada jalan lain maka kami setuju
dengan keadaan bilik yang agak tidak sistematik. Pada 12 Dec 2012 kami telah berjaya
mendapatkan senarai no bilik dari pihak Kolej Pendeta Zaba. dan keesokan harinya, kami
serta exco pendaftaran, makanan serta program telah melawat tempat kejadian bagi
menempatkan setiap program yang bakal dijalankan. Dan pada malam tersebut kami dan ajk
pendaftaran serta ajk teknikal telah membuat persediaan bagi pendaftaran yang akan
berlangsung pada keesokan harinya.
GERAK KERJA SEMASA PROGRAM
Dua hari sebelum berlangsungnya program ini, kami telah membuat penyediaan awal iaitu
memasukkan sarung bantal serta cadar ke dalam goodies bag serta membahagikan senarai no
bilik kepada setiap peserta mengikut universiti. Pada 13 December 2012, 4 Universiti telah
mendaftarkan diri untuk menginap di Kolej Pendeta Zaba serta di Kolej Dato Onn iaitu UiTM
Pulau Pinang, USM, UNiMAS dan UiTM Dungun. Universiti yang terakhir tiba pada malam
itu ialah Unimas iaitu pada jam 12.30 tengah malam. Pada 14 Dec 2012, jam 9 pagi, kami
memulakan kerja pendaftaran penginapan setelah universiti yang pertama tiba iaitu Universiti
Putra Malaysia. Kami bernasib baik kerana kebetulan mereka tidak datang serentak kerana
jika mereka datang serentak, tentu keadaan menjadi kelam kabut. Keadaan di tempat
pendaftaran penginapan sangat meriah kerana terdapat ramai orang yang terlibat. Ajk yang
menjaga bahagian pemberian no bilik, pemberian kunci serta penberian bantal di kawasan
sekitaran pendaftaran penginapan. Pendaftaran kesemua universiti tamat pada jam 4.30
petang apabila universiti yang terakhir iaitu Universiti Malaya tiba. Tetapi masih terdapat
beberapa peserta yang masih belum mendaftar untuk penginapan, seramai 3 orang peserta
yang datang dari Universiti Nottingham pada sekitar jam 7.40pm dan yang terakhir seramai 4
orang dari universiti yang sama pada jam 8.20pm. Pada malamnya terdapat seramai 3 orang
peserta yang mengalami masalah bilik iaitu tertinggal kunci di bilik mereka sendiri. Dan ini
membuatkan saya serta ajk terpaksa berulang-alik untuk mendapatkan kunci di pejabat kolej.
Ada diantaranya yang menyebabkan saya terpaksa menghantar kunci sehingga ke bilik
mereka kerana sebab-sebab tertentu. Pada 15 Dec 2012 pagi, kami diarahkan untuk mengejut
kesemua peserta di kediaman masing-masing pada pukul 7.00 pagi. Dan selepas itu ajk saya
diserahkan kepada bahagian-bahagian yang memerlukan tenaga kerja seperti bahagian
makanan dan program. Manakala saya serta exco pendaftaran menjaga bahagian penginapan
di Kolej Pendeta Zaba kerana seawal pukul 9.00 pagi terdapat 2 orang peserta yang ingin
mendaftar keluar dari kolej kediaman dan seterusnya masih terdapat beberapa peserta yang
ingin mendaftar keluar, dan pendaftaran ini berakhir sekitar jam 1.00 tengahari. Seterusnya,
saya serta exco pendaftaran mendapat beberapa panggilan dari peserta yang mengalami
masalah bilik. Antaranya tertinggal kunci di dalam bilik serta kunci bilik mereka mempunyai
masalah dimana tidak berjaya untuk membuka pintu bilik yang terkunci. Kami terpaksa
bergegas ke pejabat dan juga ke bilik kediaman mereka dan lagi menimbulkan masalah
dimana orang pejabat tidak menghadirkan diri ke pejabat bagi menjalankan tugas mereka.
Oleh itu peserta terpaksa menunggu di bahagian pendaftaran sehingga petang untuk
mendapatkan kunci bilik mereka. Pada pukul 6.40 petang kami pergi kebilik setiap peserta
bagi mengingatkan mereka bahawa waktu yang bakal bas bergerak ke tempat dinner. Pada
ketika itu masih terdapat dua orang peserta yang berlainan bilik yang tertinggal kunci di
dalam bilik masing-masing. Dan sepanjang program dinner berlangsung saya serta salah
seorang ajk terpaksa berulang-alik ke pejabat kolej serta menunggu orang yang seharusnya
bertugas di pejabat kolej untuk sampai ke pejabat tersebut. Dan sekitar jam 10.20 malam saya
telah berjaya mendapatkan kunci yang diperlukan.
GERAK KERJA SELEPAS PROGRAM
Selepas tamat program, kami pihak penginapan berkumpul semula untuk menyelesaikan
pendaftaran keluar semua pelajar. Kesemua pelajar memberikan kerjasama yang baik kerana
mereka memulangkan segala barang yang dipinjamkan kepada mereka. Cuma masih terdapat
satu universiti yang masih memerlukan bilik bagi menempatkan barang mereka iaitu
UNIMAS serta Universiti Sebelas Maret. Dan keesokan harinya setelah mereka membuat
pemulangan kunci, kami bahagian penginapan serta bendahari pergi ke pihak kolej bagi
pemulangan kunci serta pembayaran penginapan.
Yang benar,
………………………
( FATHIYYAH BINTI MOHD ZAINUDIN)