Wildlife overpasses green bridges dan ecoducts, adalah...

Post on 11-Feb-2020

11 views 0 download

Transcript of Wildlife overpasses green bridges dan ecoducts, adalah...

Wildlife overpasses, green bridges dan ecoducts, adalah merujuk kepada

struktur yang dibina di atas jalan raya untuk membolehkan hidupan liar

menyeberang jalan dengan selamat. Biasanya, ia dilengkapi dengan tanah dan

tumbuh-tumbuhan untuk menyediakan habitat yang sesuai untuk pelbagai spesies

haiwan.

Di Malaysia, terdapat tiga (3) viaduct telah dibina iaitu:

i. Sg. Deka, Terengganu yang dibina pada tahun 2009 dengan kos RM24.9

juta.

ii. Sg. Yu, Pahang yang dibina pada tahun 2014 dengan kos RM82.3 juta.

iii. Gerik, perak yang dibina pada tahun 2015 dengan kos RM25.1 juta.

Berikut disertakan beberapa gambar lintasan hidupan liar yang paling indah dan menarik di dunia.

Taman Negara Banff, Alberta, Kanada. Di Taman Negara Banff, Alberta, Kanada, kini terdapat 41 struktur lintasan hidupan liar - 6 overpasses (laluan atas) dan 35 underpasses (laluan bawah) bagi membantu hidupan liar melintasi Lebuh raya Trans-Kanada dengan selamat. Sejak pemantauan bermula pada tahun 1996, 11 spesies mamalia besar termasuk beruang, rusa dan kucing besar telah menggunakan struktur yang dibina lebih daripada 200,000 kali

Taman Negara Banff, Alberta, Kanada. Struktur sebegini dibina untuk mengurangkan bilangan kemalangan kenderaan yang melibatkan haiwan dan untuk mengurangkan kematian hidupan liar.

Ecoduct di Perancis.

Belanda merupakan salah satu negara pertama yang memperkenalkan binaan khusus untuk hidupan liar melintas.

Ecoduct De Woeste Hoeve, Belanda

Jambatan hijau di Boeblingen, Jerman

Ecoduct De Woeste Hoeve merintangi sebuah lebuh raya. Belanda mempunyai lebih daripada 600 lintasan hidupan liar yang dibina untuk melindungi populasi babi hutan, rusa merah, kijang dan badger Eropah yang terancam.

'Jambatan haiwan' di Montana, Amerika Syarikat.

Lintasan hidupan liar berhampiran Tasik Keechelus, Washington, Amerika Syarikat.

Lintasan hidupan liar berhampiran Hutan Karawatha, Queensland, Australia.

Taman Negara Pulau Krismas, Australia.

Laluan atas luar biasa yang disediakan untuk ketam merah meyeberangi jalan di Pulau Krismas. Tiba musim membiak, ketam merah dewasa akan berhijrah beramai-ramai dari hutan ke kawasan pantai.