Post on 03-Mar-2019
KERTAS KERJA
HELP! CAMBODIA
PROJEK KEBAJIKAN
MASYARAKAT MUSLIM
KEMBOJA
YAYASAN IKHLAS
Tajuk:
HELP! Cambodia
Tarikh:
Sepanjang 2018
Tempat:
Kampung Senjumren, Tboung Khmom
Kampung Olung, Kratie
Anjuran:
Yayasan Ikhlas
Disediakan oleh:
Mohamad Fathil Aqil Abdullah
Pembantu Pegawai Operasi, Yayasan Ikhlas
YAYASAN IKHLAS
ISI KANDUNGAN
No Huraian
1 Tujuan
2 Pengenalan
3 Objektif
4 Sasaran
5 Strategi Perlaksanaan
6 Plan Tindakan
7 Perlaksanaan Program
8 Urusetia
9 Tentatif
10 Anggaran Belanjawan
11 Penutup
12 Lampiran
i. Tentatif ( Lampiran 1 )
ii. Urusetia ( Lampiran 2 )
iii. Belanjawan ( Lampiran 3 )
iv. Gambar ( Lampiran 4 )
YAYASAN IKHLAS
1
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon KERJASAMA SERTA
SUMBANGAN dari pelbagai pihak dalam menjayakan projek kebajikan
HELP! Cambodia anjuran Yayasan Ikhlas.
2.0 PENGENALAN
HELP! Cambodia merupakan projek kebajikan yang diinisiatifkan oleh
Yayasan Ikhlas di lokasi perkampungan muslim miskin di Kemboja.
Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang mempunyai
pelbagai lapisan etnik dan didominasi oleh Khmer, bangsa teras yang
beragama Buddha. Di antara bangsa minoriti yang ada adalah bangsa
Cham; bangsa yang mula datang ke bumi Kemboja sekitar tahun 1826
hingga 1836.
Cham merupakan bangsa yang berasal dari kerajaan Melayu Champa yang
pernah memerintah sekitar abad ketujuh hingga tahun 1832. Wilayah
pemerintahan kerajaan Champa meliputi dari bahagian tengah serta selatan
tanah Vietnam masa kini amatlah strategik kerana laluan lautan yang
menghubungkan perdagangan di antara China dengan India, Gujerat, dan
Arab adalah dibawah kekuasaan Champa. Oleh yang demikian, Champa
mempunyai kekuatan maritim sehingga banyak kerajaan ketika itu
membina hubungan diplomatik disamping ada beberapa kerajaan yang
konsisten menyerang contohnya kerajaan Dai Viet, jiran terdekat mereka
sendiri. Pengislaman besar-besaran masyarakat Cham berlaku pada abad
ke-17 bila mana kerajaan diraja
YAYASAN IKHLAS
2
Champa telah memeluk Islam lalui dituruti rakyat jelata. Akibat dari usaha
perluasan kuasa Dai Viet menyebabkan tumbangnya kerajaan Champa
sepenuhnya pada tahun 1832 dan masyarakat Cham melarikan diri ke
beberapa kawasan seperti Kemboja, pantai timur Malaysia, Acheh, dan
Pulau Hainan. Kebanyakan mereka yang melarikan diri ke Kemboja telah
membentuk komuniti di sebuah wilayah yang kini dinamakan sebagai
Kampong Cham serta di sekitar tepian Sungai Mekong.
Berlalu masa yang panjang dalam sejarah Kemboja seperti penjajahan
Perancis serta perubahan pimpinan parti kerajaan pasca penjajahan, ia
tidaklah seperit ketika dalam tempoh pemerintahan kuku besi Khmer
Rouge oleh Pol Pot. Walaupun tempoh tersebut tidaklah memakan masa
yang lama kerana hanya berlaku sekitar 1975 hingga 1979 namun ia
membekas sehingga ke hari ini. Polisi kerajaan pimpinan Pol Pot yang
taksub pada ajaran komunis menyebabkan masyarakat Cham juga menjadi
mangsa utama kekejamannya dimana para ulamak, para ustaz, dan para
imam dibunuh beramai-ramai. Dalam masa sesingkat tiga tahun lapan
bulan dan 10 hari sahaja, dianggarkan setengah juta masyarakat Islam
terutamanya yang berbangsa Cham telah dibunuh secara kejam dan hanya
sejumlah 100000 orang sahaja yang tinggal pada ketika itu. Biarpun pada
masa kini keadaan kembali aman di Kemboja, namun parut kezaliman Pol
Pot masih mengesani masyarakat Cham di Kemboja dan ia terbukti bila
melihat kelompongan individu yang terkehadapan dalam memimpin
masyarakat Cham untuk menjana pendapatan hidup serta pendidikan
dengan lebih baik masih belum selesai. Oleh yang demikian, majoriti
daripada mereka ini masih hidup di bawah kadar kemiskinan yang amat
dahsyat.
YAYASAN IKHLAS
3
Pada tahun-tahun sebelum ini, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan
beberapa projek seperti sumbangan korban dan akikah di Kemboja. Untuk
kali ini, pihak kami merancang untuk memperluaskan lagi bentuk bantuan
yang boleh disampaikan dan difokuskan pada tiga jenis sumbangan utama:
Bantuan pembinaan telaga tiub untuk bekalan air bersih
Bantuan pendidikan dari segi infrastruktur sekolah serta alat bantu
belajar
Tajaan sahur dan berbuka puasa di bulan Ramadhan, jamuan
sempena Aidilfitri serta sumbangan daging korban dan akikah
sempena Aidiladha
Pada tahun 2017, Yayasan Ikhlas telah berjaya menyampaikan sumbangan
daging korban dan akikah sebanyak 28 ekor lembu dan dua ekor kambing
manakala bantuan untuk kos operasi sekolah seperti bayaran gaji
tertunggak guru-guru sekolah telah diberikan. Untuk tahun 2018, Yayasan
Ikhlas mensasarkan sumbangan yang akan disampaikan akan memberi
manfaat seramai 1000 orang golongan fakir dan miskin di Kemboja.
Justeru ini, Yayasan Ikhlas dengan rendah hati mengajak mana-mana
badan, syarikat, dan individu untuk bersama kami menjayakan projek
HELP! Cambodia 2018 ini. Moga dengan pelaksanaan projek ini menjadi
bukti keprihatinan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik biarpun
sempadan geografi jauh memisahkan disamping membawa keberkatan
kepada para penyumbang, insyaAllah.
YAYASAN IKHLAS
4
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengajak rakyat Malaysia membantu bersama dalam menjalankan
sumbangan untuk keperluan komuniti miskin di Kemboja seperti
bekalan air bersih serta kemudahan pendidikan.
3.2 Menggalakan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan
sukarelawan dari mana-mana persatuan, dan institusi pendidikan
serta latihan untuk memberikan servis kesukarelawanan mahupun
kepakaran dalam menambahbaik kehidupan komuniti miskin di
Kemboja.
3.3 Menyediakan fasiliti yang lengkap untuk kegunaan komuniti miskin
di Kemboja sekaligus memberi peluang khususnya untuk generasi
muda dari kalangan mereka menjalani hidup dengan lebih baik.
3.4 Membantu mewujudkan budaya lebih baik dalam kalangan anak-
anak dan remaja komuniti miskin di Kemboja agar mereka membina
peluang memajukan diri dengan lebih baik pada masa hadapan.
4.0 SASARAN
Projek HELP! Cambodia ini merupakan sebuah projek jangka panjang dan
dalam setiap misi ke lokasi sasaran, Yayasan Ikhlas akan membawa
bersama sumbangan dari rakyat Malaysia sama ada berbentuk wang
mahupun material mengikut kesesuaian dan keperluan. Untuk tahun 2018,
dua misi akan dilaksanakan:
25 – 28 Jun 2018 (bantuan pembinaan telaga tiub, sumbangan
kewangan untuk kos operasi sekolah, jamuan sempena Aidilfitri)
YAYASAN IKHLAS
5
21 – 26 Ogos 2018 (sumbangan korban dan akikah sempena
Aidiladha, infrastruktur sekolah, dan bahan bantu belajar)
Pada bulan Mac 2017, Yayasan Ikhlas telah melaksanakan satu misi tinjauan
lokasi strategik untuk penyampaian sumbangan kepada masyarakat Melayu
Cham muslim di Kemboja. Pemilihan untuk meninjau dua lokasi ini adalah hasil
daripada permintaan seorang sukarelawan Yayasan Ikhlas yang mempunyai
kenalan yang berasal dari Kemboja ketika mereka sama-sama melanjutkan
pengajian suatu ketika dulu. Hasil daripada misi ini, dapat disimpulkan bahawa
masyarakat tersebut masih terbelenggu dalam kemiskinan yang dahsyat
disamping kurangnya bantuan pendidikan diterima mereka.
YAYASAN IKHLAS
6
KAMPUNG SENJUMREN, TBOUNG KHMOM
135 buah keluarga menetap di kampung ini.
3,247 buah keluarga menetap di sekitar kampung-kampung berdekatan
kampung ini. Bantuan korban dan akikah yang dilaksanakan oleh Yayasan
Ikhlas baru-baru ini telah dikongsikan dagingnya pada lebih 30 buah
kampung.
Hanya mempunyai sebuah sekolah rendah sahaja di kampung ini yang
menampung 116 orang anak murid. Bilangan kelas serta tenaga pengajar
yang terhad menyebabkan ada beberapa keluarga tidak menghantar anak
mereka ke sekolah.
Di kampung ini masih kekurangan lebih 75 buah telaga tiub untuk
kemudahan bekalan air bersih di setiap rumah.
YAYASAN IKHLAS
7
YAYASAN IKHLAS
8
KAMPUNG OLUNG, KRATIE
187 buah keluarga di kampung ini.
3, 197 buah keluarga yang menetap
di kampung-kampung berhampiran
kampung ini.
Sebuah pondok usang dijadikan
kelas untuk 90 orang anak-anak
murid belajar asas pendidikan
Islam.
YAYASAN IKHLAS
9
YAYASAN IKHLAS
10
5.0 JENIS SUMBANGAN
KORBAN DAN AKIKAH
Tahun 2017 menjadi tahun keempat Yayasan Ikhlas melaksanakan amanah
ibadah korban dan akikah yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Tahun ini
juga menyaksikan penambahan bilangan penyertaan lembu korban
sebanyak 28 ekor. Yayasan Ikhlas juga meluaskan capaian sasaran
penerima daging korban di tiga lokasi utama:
Kampung Senjumren, Tboung Khmom
Kampung Olung, Kratie
Kampung Congklong, Pursat
Untuk tahun mendatang, Yayasan Ikhlas mensasarkan lebih banyak lagi
penyertaan korban kerana pencapaian sedia ada sebenarnya masih belum
mencukupi untuk setiap keluarga di tiga lokasi utama serta kampung di
sekelilingnya menikmati daging lembu. Disamping itu, Yayasan Ikhlas
juga membuka peluang mana-mana pihak untuk bekerjasama sama ada.
membantu mencari penyertaan korban dan akikah ataupun menyertai misi
penyampaian sumbangan korban dan akikah pada tahun akan datang
YAYASAN IKHLAS
11
TELAGA TIUB
Dek kerana pembangunan luar bandar yang masih belum maju, kesemua
rumah penduduk kawasan pedalaman Kemboja bergantung kepada perigi
atau telaga tiub untuk mendapatkan bekalan air bersih. Air bawah tanah
yang digali sedalam 5 hingga 20 meter ini menjadi nadi penting dalam
kehidupan seharian masyarakat miskin ini.
Yayasan Ikhlas lebih mengutamakan pembinaan telaga tiub kerana ia lebih
mudah dibina yang hanya memakan masa sepantas tiga atau empat hari
untuk satu unit disiapkan. Disamping itu, ia juga lebih selamat digunakan
hampir semua lapisan ahli keluarga baik dari kanak-kanak hingga dewasa.
Pembinaan perigi memberi risiko lain selain ia juga sukar dibina dan
memakan masa yang panjang untuk disiapkan.
Melalui projek ini, Yayasan Ikhlas mensasarkan setiap sebuah rumah
mempunyai satu telaga tiub kerana ia merupakan keperluan asasi sesebuah
keluarga disamping ia membantu menjaga privasi untuk mandi, membasuh
pakaian dan peralatan, serta menjimatkan masa kerana jika satu telaga tiub
dikongsi beberapa buah rumah, ia akan menyukarkan.
YAYASAN IKHLAS
12
Di peringkat awal, Yayasan Ikhlas mensasarkan untuk mengutamakan
keperluan akses air bersih di Kampung Senjumren dahulu dan 75 unit akan
berjaya disumbangkan pada tahun ini.
YAYASAN IKHLAS
13
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Untuk bantuan ini pula, Yayasan Ikhlas hanya memfokuskan pada
pembangunan fasiliti Sekolah Islam Senjumren (SIS) yang dikelolakan
oleh Ustaz Soleh Muhammad, mudir sekolah tersebut. Ustaz Soleh yang
merupakan wakil Yayasan Ikhlas di sana merupakan graduan dari
Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan mampu bertutur dalam bahasa
Cham, bahasa Khmer, bahasa Arab, dan juga bahasa Melayu. Beliau
pernah menuntut di Malaysia sebelum melanjutkan pengajian di Arab
Saudi dan beliau mengambil keputusan untuk kembali berbakti di tempat
asal beliau atas dasar kesedaran untuk membangunkan pendidikan di
kampung beliau.
SIS merupakan salah sebuah usaha murni bekas pensyarah di salah sebuah
universiti tempatan di Malaysia, almarhum Dr. Mohd Faiz dan sekolah ini
mula dibina serta beroperasi pada tahun 2008. Selepas meninggal dunianya
Dr. Mohd Faiz, projek pembangunan infrastruktur sekolah ini tertangguh
dek kerana tiada pantauan serta bantuan kewangan. Mulai tahun 2014,
Ustaz Soleh serta para guru sedia ada menyusun kembali pentadbiran
sekolah ini dan berjaya mendaftarkan SIS di bawah pejabat akademik
daerah (kurikulum SIS diiktiraf kementerian pendidikan Kemboja).
Untuk pendidikan Islam pula, pihak SIS bekerjasama dengan Yayasan Al-
Rahmah, salah satu badan bukan kerajaan Islam terbesar di Kemboja untuk
menyusun atur silibusnya. Kesemua usaha murni ini tak lain dan tak bukan
hanyalah demi memastikan penerusan budaya ilmu yang baik pada
kalangan generasi kanak-kanak disamping membina masa depan yang
cerah buat masyarakat Melayu Cham sendiri.
YAYASAN IKHLAS
14
Oleh yang demikian, dibimbangi kekurangan dari sudut bahan bantu
belajar dan infrastruktur sekolah akan merencatkan usaha mulia ini.
Yayasan Ikhlas bersedia bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam
membantu menyambung pembangunan SIS ini. Pada peringkat awal ini,
sumbangan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Kitab Iqrak untuk kegunaan murid-murid dalam menguasai ilmu
tajwid serta bacaan Al-Quran. Kitab Iqrak yang digunakan di SIS
adalah sama seperti yang digunakan di Malaysia.
Bantuan alat tulis untuk kegunaan murid-murid serta guru seperti
pensel, pemadam, pen marker, dan lain-lain.
Pembinaan bilik kelas baru, kantin, dan perpustakaan serta baikpulih
kemudahan sekolah seperti tandas.
Kos pengurusan SIS seperti bil elektrik dan gaji guru.
YAYASAN IKHLAS
15
TAJAAN BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR SERTA JAMUAN
AIDILFITRI
Ini merupakan inisiatif terbaru oleh Yayasan Ikhlas untuk tahun 2018 dimana ia
akan membuka peluang kepada para penyumbang di Malaysia untuk sama-sama
berkongsi rasa gembira sempena meraikan bulan Ramadhan dan Aidilfitri.
Pada Ramadhan nanti, Yayasan Ikhlas akan menyediakan tajaan berbuka puasa
dan sahur untuk 50 buah keluarga miskin sebanyak dua kali. Manakala tajaan
yang sama juga akan disediakan pada sepanjang bulan ini di Masjid Kampung
Senjumren untuk para jemaah yang datang beriktikaf dan bertalaqqi ilmu Al-
Quran serta fardhu ain.
YAYASAN IKHLAS
16
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN HELP! CAMBODIA 2017
BIL BANTUAN HARGA SASARAN JUMLAH
1 Korban dan akikah RM 350 satu
bahagian lembu
7 bahagian x
50 ekor
RM 122,500
2 Telaga tiub RM 130 satu lot 10 lot x 75
unit
RM 97,500
3 Pembangunan pendidikan
- Wakaf iqrak
- Alat tulis kelas
- Infrastruktur sekolah
- Kos pengurusan
RM 20 seunit
RM 50 sekelas
RM 170,000
RM 3,000 sebulan
60 unit
6 kelas
-
3 bulan
RM 1,200
RM 300
RM 170,000
RM 9,000
4 Tajaan berbuka puasa dan
sahur
- Keluarga miskin
- Individu jemaah
masjid
RM 60 sekeluarga
RM 25 seorang
100 buah
keluarga
35 orang x
30 hari
RM 6,000
RM 26,250
JUMLAH KESELURUHAN RM 432,750
6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN
6.1 Mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan kerajaan,
korporat dan swasta bagi menaja keperluan projek HELP! Cambodia
2018.
6.2 Membina hubungan strategik dengan Kementerian Luar Negeri
melalui Kedutaan Malaysia di Kemboja.
YAYASAN IKHLAS
17
6.3 Menggerakkan para sukarelawan untuk melaksanakan kempen
penerangan dan kutipan sumbangan seperti ceramah di lokasi-lokasi
bersesuaian seperti masjid, surau, institusi kerajaan dan swasta.
6.4 Mengadakan kerjasama dengan badan-badan media cetak dan
elektronik dalam menyebarluaskan makluman usaha kempen ini.
7.0 URUSETIA
Penasihat : Dato’ Mohd Rosli Ramli
Pengerusi, Yayasan Ikhlas
Pengarah : Ir. Haji Kamaruddin Kassim,
Pengurus Besar, Yayasan Ikhlas
Bendahari : Siti Aisyah Mat Rani
Pegawai Kewangan
Logistik : 1. Syafiq Syahmi Sazali
Pegawai Tugas-Tugas Khas (012-9790211)
2. Ustaz Luqman Afifi Sabri
Pegawai Operasi (019-3421384)
3. Mohamad Fathil Aqil Abdullah
Pembantu Pegawai Operasi (019-6159496)
4. Ustaz Soleh Muhammad
Wakil Yayasan Ikhlas di Kemboja
YAYASAN IKHLAS
18
Pengarah:
- Menyelaras dan meyelenggara segala urusan berkaitan projek seperti
surat rasmi, mesyuarat dan laporan.
- Mengambil tahu kesemua perkembangan semasa dan keperluan projek
- Membuat keputusan dan arahan bagi setiap perkara berkaitan projek
berdasarkan pendapat, pengalaman dan pengetahuan yang diterima atau
dibincangkan dalam mesyuarat.
Bendahari:
- Mengurus urusan keluar masuk dana berserta resit.
- Memastikan pengurusan dana yang telus, berkesan, dan sistematik.
Logistik:
- Mengurus keperluan serta persediaan projek.
- Merancang dan melaksanakan promosi untuk meraih sumbangan pihak
korporat dan orang awam.
- Memastikan bahagian media projek terjaga dari segi berita, gambar, dan
video.
8.0 PENUTUP
Besar harapan kami di Yayasan Ikhlas agar usaha murni ini mendapat
dokongan serta sokongan dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.
Sumbangan berbentuk kewangan terutamanya amatlah diperlukan demi
menjadikan kehidupan komuniti Melayu Cham di Kemboja ini lebih
terkehadapan sehingga mampu membawa diri keluar dari kepompong
kemiskinan.
YAYASAN IKHLAS