Post on 12-Jun-2015
22
PENGHARGAAN
Alhamdulillah atas segala nikmat. Syukur atas nikmat Islam, Iman dan segala hal. Tiada
selayaknya mendapat pujian melainkan Allah s.w.t. atas keizinan-Nya, saya dapat menyelesaikan
tugasan bagi subjek Sejarah Peradaban Islam (EP 20723). Atas keizinan-Nya juga, dimudahkan
segala urusan ini melalui bantuan dari kenalan-kenalan yang membantu secara langsung
mahupun secara tak langsung.
Tugasan ini hanyalah menumpukan kepada topik zaman pemerintahan ar-Rasul s.a.w.
Segala elemen yang terdapat dalam pemerintahan baginda s.a.w. telah saya usaha himpunkan
bahan-bahan bacaan dari pelbagai jenis pengarang. Alhamdulillah sepanjang pengalaman saya
menyelesaikan tugasan ini, Allah telah memudahkan jalannya lantas mengurniakan pelbagai
macam ilmu pengetahuan tentang pemerintahan Rasulullah s.a.w. yang menggambarkan
keperibadian insan agung ini. Melalui peluang membuat tugasan inilah saya amat menghargai
pembimbing saya sendiri, Ustaz Mohamad Islah Bin Soleh atas tunjuk ajar yang cukup bernilai
dalam penyampaian pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Moga ilmu tersebut menjadi amal jariah
dan dipandang Allah di akhirat kelak.
Saya ucapkan syukur dan terima kasih Allah atas bantuannya melalui do’a secara tak
langsung dari ibubapa dan kenalan-kenalan terdekat. Rakan-rakan sekelas yang membantu dalam
menyelesaikan tugasan ini juga saya do’akan kebaikan dunia akhirat atas sokongan & dorongan
melalui semangat kerjasama yang ditunjukkan semester terakhir kami ini.
22
Akhir kalam, tiadalah yang saya harapkan melalui tugasan ini melainkan redha Allah
dalam sekian hal. Moga ilmu-ilmu yang diperoleh menerusi tugasan ini dapat saya kongsikan
kepada masyarakat umumnya agar keperibadian & kepimpinan Rasulullah s.a.w. dapat dicontohi
oleh segenap lapisan umur. Hal ini kerana tugasan ini bukanlah hanya menjadi asbab perolehan
markah untuk gred semester ini, malah menjadi ilmu pengetahuan bernilai yang perlu
dipraktikkan untuk masa-masa mendatang.
Sekian.
22
PENDAHULUAN
Tiada penafian bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pemimpin umat manusia sejagat.
Kepimpinan Nabi s.a.w semasa zaman pemerintahan baginda adalah contoh terbaik untuk
diteladani. Dalam konteks ciri-ciri kepimpinan moden, adalah amat bermanfaat bagi kita untuk
menghubungkaitkan kepimpinan Nabi dengan beberapa prinsip kepimpinan moden.
Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad dalam ucapan beliau kepada ahli-ahli Harvard pada
18 Januari 1996 di Kuala Lumpur ada menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w berdiri sebagai
sebuah tugu peringatan di antara pemimpin-pemimpin agung yang tercatat dalam sejarah. Lalu
diikuti dengan pemimpin lain yang diiktiraf seperti khalifah-khalifah Islam, Iskandar Zulkarnain
yang Perkasa, Julius Caesar, Napoleon Bonaparte, Genghis Khan, Mehmet II, Sulaiman yang
Bijaksana, Akbar yang Perkasa, Nabi Isa a.s dan Nabi Musa a.s. 1
Kepimpinan Nabi s.a.w juga telah diiktiraf penulis Barat, Michael H. Heart dalam
karyanya yang menyenaraikan 100 tokoh yang berpengaruh sepanjang zaman berdasarkan
turutan populariti. Muhammad s.a.w menduduki kedudukan yang pertama sebagai tokoh yang
paling berpengaruh mendahului tokoh-tokoh lain walau berlalu abad sekalipun. Dalam sejarah
kehidupan manusia umumnya, kepimpinan Nabi s.a.w adalah satu bentuk inspirasi yang teguh &
fleksibel dari Allah. Hal ini telah terbukti melalui firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya.
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). 2
1 Ismail Noor, Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w: Model Ikutan Sepanjang Masa Pengurusan Altruistik: Perbandingan-Silang
dengan Kepimpinan dan Pengurusan Semasa, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2000
2 Al-Quran 53:3-4
22
Oleh kerana kepimpinan Nabi s.a.w semasa pemerintahannya menjadi contoh terbaik,
sudah pasti ideologi & bawaan baginda s.a.w turut sama diiktiraf menjadi pelengkap & cara
hidup manusia sepanjang zaman. Agama Islam yang diturunkan Allah sejak zaman Nabi Adam
a.s telah pun dimansuhkan beberapa sistem dalamannya sehingga kini, aqidah, syariat & amalan-
amalan Islam dikemaskini menjadi suatu agama yang lengkap & syumul sesuai dianuti sehingga
akhir zaman.
Islam bukan hanya satu bentuk penyembahan atau agama semata-mata. Islam menjadi
satu-satunya cara hidup yang sempurna dan diterima di sisi Yang Maha Mencipta.
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah agama Islam. 3
Pemerintahan yang benar-benar diredhai Allah adalah pemerintahan yang berlandaskan
seruan Islam. Kepimpinan sesebuah negara, wilayah mahupun empayar haruslah mengambil kira
kesejahteraan ummat sejagat kerana tanggungjawab ini menjadi tuntutan Tuhan. Hal ini tidak
bermakna kepimpinan tersebut menjadi bebanan tanpa panduan yang kukuh. Allah telah
menurunkan al-Quran & mewahyukan qudwah serta sabdaan Rasulullah s.a.w sebagai sumber
panduan kepimpinan manusia. Bahkan kekasih Allah jua memperoleh segala inspirasi &
petunjuk dari wahyu tersebut untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian
sehingga diterjemahkan dalam bentuk amalan sunnah.
3 Al-Quran 3:19
22
Hadith ar-Rasul s.a.w telah dinukilkan bahawa kurun yang paling baik adalah kurun
baginda Nabi s.a.w, kemudian mereka yang berikutnya dan yang berikutnya. 4
Sabdaan tersebut
juga merangkumi aspek pemerintahan Nabi s.a.w. yang menjadi generasi umat Islam yang paling
baik lantas menjadi generasi yang paling diredhai Allah. Tiada sebaik teladan untuk diikuti
dalam segenap aspek melainkan teladan Muhammad s.a.w dalam aspek pemerintahan.
Pemerintahan yang bercorakkan sunnah inilah yang menjadikan sesebuah tempat diberkati Allah
walau dari sekecil-kecil perkara. 5
Lihat sajalah bagaimana pemerintahan wahyu tersebut dapat melahirkan generasi yang
diredhai Allah selepasnya sehingga da’wah Islamiah disebarluaskan ke serata dunia. Hikmahnya
Allah mentakdirkan ramai dari kalangan sahabat Nabi s.a.w wafat bukan di tanah air masing-
masing, malah kubur mereka mampu dijumpai merata negara sehingga ke China. Pemerintahan
bawaan Nabi sebeginilah yang menjadi asbab Allah memberkati ummat Islam keseluruhannya.
Namun, pemerintahan sepertimana yang dibawa Rasul s.a.w.? Bagaimana pula corak
pemerintahan Nabi s.a.w dalam menyebarkan dakwah Islamiah?
Zaman pemerintahan Nabi s.a.w dapatlah dikategorikan melalui beberapa kronologi
kandungan seperti sejarah awal kelahiran & kegiatan Rasul s.a.w. di Makkah, peristiwa hijrah &
pembentukan negara Islam Madinah yang merangkumi perlembagaan, peristiwa peperangan dan
lain-lain.
4 Hadith Riwayat Bukhari
5 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993
22
Dalam menghuraikan satu-persatu corak pemerintahan Nabi s.a.w, perlulah dilihat
terlebih dahulu kronologi kelahiran baginda s.a.w yang membentuk baginda menjadi seorang
pemimpin kepada kurun yang terbaik sepanjang zaman.
KEPUTERAAN - KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Keadaan masyarakat Arab
sebelum kedatangan Islam adalah amat buruk sekali. Sekitar kurun ke-6 Masihi, orang-orang
Arab yang menduduki Semenanjung Tanah Arab ditenggelami dalam penyembahan berhala.
Ketua-ketua agama Yahudi & Nasrani pula sering memutarbelitkan ajaran-ajaran kitab suci
mereka mengikut kehendak mereka sendiri. Masyarakat Arab tika itu menghadapi zaman
kegelapan tanpa panduan oleh kerana keadaan buruk yang berlaku meliputi politik, sosial,
ekonomi serta moral masyarakat. Oleh itu, kehadiran Nabi Muhammad s.a.w amat wajar dalam
memimpin manusia keseluruhan ke arah kehidupan yang bahagia dunia & akhirat.
Nabi Muhammad s.a.w telah diputerakan pada waktu fajar pagi Isnin, 12 Rabiul Awal
Tahun Gajah, bersamaan 20 April 571 Masihi. Baginda dilahirkan di Kota Makkah yang
berketurunan suku Quraisy dari keluarga yang mulia iaitu Bani Hasyim dari keturunan Adnan
yang mempunyai susur galur titisan darah Nabi Ismail a.s & Nabi Ibrahim Khalilullah. 6
Ayahanda baginda Nabi s.a.w; Abdullah telah meninggal dunia semasa baginda masih
dalam kandungan ibunya; Aminah. Setelah baginda s.a.w berumur beberapa hari sahaja, baginda
diserahkan kepada seorang perempuan Badwi; Halimatus Sa’adiah yang tinggal di
perkampungan Bani Saad, jauh dari Kota Makkah untuk memelihara dan menjadi ibu susuan
baginda. Selama 4 tahun baginda dipelihara Halimah sebelum dikembalikan semula kepada
6 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993
22
Aminah, ketika inilah Nabi s.a.w telah mendapat didikan yang sempurna di samping
mempelajari bahasa Arab fushah dengan fasih dan lancar dalam percakapannya.
Baginda Nabi s.a.w juga belajar mengembala kambing bersama dengan beberapa rakan-
rakan sebayanya. Melalui pengalaman inilah Nabi Muhammad s.a.w disemai sifat-sifat yang
luhur & baik dalam jiwa baginda seperti belas kasihan dan suka menolong orang lain. Kehidupan
di desa membiasakan diri baginda s.a.w terhadap kepayahan hidup serba kekurangan. Tatkala
Nabi s.a.w berumur 6 tahun, Aminah telah meninggal dunia dan dipelihara Abdul Mutalib.
Setelah pemergian Abdul Mutalib, baginda dipelihara pula bapa saudaranya, Abu Talib.
Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w tidak dapat dinafikan kebaikannya bahkan
mendapat iktiraf dari masyarakat Arab terhadap pekerti baik baginda. Baginda mendapat gelaran
al-Amin atau orang yang dipercayai kerana sejak kecil lagi baginda tidak pernah menipu &
sering mendapat kepercayaan masyarakat Arab terhadap sesuatu permasalahan.
Sebelum kerasulan baginda s.a.w, baginda sering bertahannuth di gua Hira’. Usia baginda
yang bertambah lanjut mematangkan fikiran untuk berfikir lebih mendalam tentang keadaan
yang berlaku di Tanah Arab ketika itu. Isteri Nabi s.a.w, Saidatina Khadijah juga memberi
sokongan yang penuh terhadap hasrat baginda bertahannuth malah menyediakan bekalan
makanan untuk dibawa ke gua Hira’. Peristiwa baginda menerima wahyu direkodkan pada usia
22
baginda 40 tahun. Pada malam Isnin 17 Ramadhan, sedang baginda beribadat seperti lazimnya di
gua Hira’, turunlah malaikat Jibril a.s menyampaikan wahyu dari Allah kepada baginda s.a.w.
Jibril memeluk baginda dengan erat kemudian melepaskannya lalu berkata, “Bacalah!”.
Perbuatan tersebut dilakukan Jibril sebanyak 3 kali ulangan. Baginda s.a.w juga menjawab
sebanyak 3 kali ulangan sebagai respon dengan jawapan, “Saya tidak pandai membaca”.
Kemudian Jibril membacakan wahyu yang diperintahkan Allah s.w.t iaitu surah al-‘Alaq ayat
pertama sehingga ayat kelima. 7
Maksudnya: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya. 8
Peristiwa setelah kerasulan baginda Rasul s,a.w. amat menderitakan. Setelah menerima
wahyu pertama, Allah memerintahkan Rasulullah s.a.w. untuk menyebarkan da’wah Islam di
Makkah. Da’wah tersebut dilakukan secara berperingkat dari keadaan bersembunyi atau diam-
diam sehingga kepada da’wah secara terang-terangan. Pada peringkat da’wah secara diam-diam
ini, Rasulullah hanya menyeru keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. yang paling karib
7 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993
8 Quran, Surah al-Alaq 96:1-5
22
dengannya. Mereka diseru kepada pokok ajaran Islam sebagaimana wahyu yang diterima
Rasulullah tika itu; percaya kepada Allah s.w.t. dan meninggalkan pemujaan terhadap berhala.
Setelah 3 tahun seruan da’wah secara bersembunyi dilakukan, Allah mewahyukan
Rasulullah s.a.w untuk menyusuli da’wah tersebut secara terang-terangan kepada kaum kerabat
& seluruh masyarakat. Ketika Rasul s.a.w. menjemput seluruh keluarga Abdul Mutalib
berkumpul, baginda telah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku belum mengetahui adanya seorang pemuda membawa sesuatu untuk
kaumnya yang lebih utama (baik) daripada apa yang aku bawa untuk kamu. Aku membawa
segala kebaikan dunia & akhirat untuk kamu”.
Melalui da’wah baginda tersebut, terdapat sebahagian dari mereka membenarkan namun
ada juga mendustakannya. Baginda s.a.w. masih meneruskan da’wah walaupun ramai dari
kalangan keluarga & masyarakat tidak bersetuju dengan baginda. Setelah itu, baginda s.a.w. dan
beberapa sahabat lain yang memeluk Islam tika itu menerima tentangan yang amat hebat dari
musyrikin. Terdapat pelbagai siri penentangan musyrikin Quraisy Makkah kepada Rasul s.a.w.
& para sahabat sehingga Allah memerintahkan mereka untuk berhijrah. 9
ZAMAN PEMERINTAHAN RASULULLAH S.A.W
9 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993
22
Zaman pemerintahan Rasul s.a.w. secara khususnya bermula tika baginda serta beberapa
penduduk Makkah yang dipilih Allah berhijrah ke Madinah dan membina daulah Islamiyah di
situ. Kedatangan Rasul s.a.w. di Yathrib (nama lama bagi Madinah) adalah pada 24 September
tahun 622 Masihi bersamaan 12 Rabi’ul-Awwal tahun Pertama Islam. Dengan ini, tarikh keramat
tersebut menjadi tarikh bermulanya zaman pemerintahan awal Islam di bawah pimpinan
Rasulullah s.a.w.
Dalam menghuraikan pemikiran zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w., keistimewaan
zaman tersebut perlu dilihat sebagai pengajaran & teladan kepada zaman-zaman mendatang.
Hijrah ar-Rasul s.a.w. menjadi satu peristiwa besar yang telah mencorak perjuangan Rasulullah
dan membawa kepada tertubuhnya negara Islam di Madinah. Piagam Madinah juga menjadi asas
pemerintahan negara Islam pertama yang mengandungi ciri-ciri perlembagaan yang lengkap.
Semangat piagam Madinah ini telah dibuktikan dengan amalan Rasulullah s.a.w. di
bawah pimpinan baginda. Natijah dari perkara-perkara yang berlaku di zaman Rasulullah inilah
yang melahirkan gerakan-gerakan Islam pada masa kini dalam menghidupkan kembali
pemerintahan Islam seperti yang berlaku pada zaman Rasul s.a.w. 10
Berdasarkan hadith Rasul s.a.w., tentang kurun terbaik adalah kurun baginda diikuti
dengan kurun-kurun berikutnya, dapat kita tanamkan satu keyakinan di hati bahawa dalam
sejarah yang dilalui manusia, zaman yang paling unggul, bersih & terpelihara daripada sebarang
10 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 266.
22
campur aduk yang boleh menjejaskan kemurnian Islam ialah zaman Rasulullah sendiri, yang
diikuti dengan zaman para sahabat, tabi’in dan generasi-generasi seterusnya. Dengan penegasan
ini dapatlah difahami bahawa yang baik itu adalah yang sempurna dan yang sempurna itu
melambangkan kesempurnaan ajaran Islam dari berbagai aspek kehidupan. Yang baik dan
sempurna inilah yang menjadi contoh ikutan bagi zaman-zaman berikutnya.
Dalam membicarakan hal pemerintahan zaman Rasulullah s.a.w., satu aspek yang perlu
difokuskan adalah aspek pemikiran politik yang dimanifestasikan oleh negara Islam di Madinah
di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. yang menjadi sebaik-baik teladan dan ikutan bagi manusia
hingga hari kiamat. Maka, sebarang pemikiran, dasar & kaedah yang diguna pakai pada zaman
itu menunjukkan garis dasar kehendak modal syariah ke atas manusia. Melalui keyakinan ini,
jelasnya pemikiran politik di zaman Rasulullah menjadi intisari sistem politik Islam yang
didatangkan syariah dari Allah. 11
i. Piagam Madinah
Salah satu subtopik yang tidak asing dalam perbincangan isu pemerintahan Rasul s.a.w.
adalah perlembagaan Madinah itu sendiri. Dalam hal ini, tokoh-tokoh sejarah dunia sering
merujuk kepada abad ke-18 sebagai abad pertama lahirnya Kontitusi Amerika Syarikat pada
tahun 1787 dan Konstitusi Perancis pada tahun 1795. Ada juga yang kembali kepada satu tarikh
yang lebih awal iaitu dengan merujuk kepada Magna Carta dari Britain pada tahun 1215 sebagai
perlembagaan tidak bertulis yang pertama.
Namun, penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa piagam yang memenuhi syarat-syarat
kenegaraan yang pertama sekali menurut sejarah dunia ialah pada abad
ke-7 Masihi di Tanah Arab. Piagam tersebut adalah sebagai hasil
11 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 267.
22
persetujuan yang dicapai antara masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai agama &
suku dengan Rasulullah s.a.w. Ia juga digelar sahifah yang lahir berikutan peristiwa hijrah
Rasulullah s.a.w. pada 4 September 622M. 12
Kandungan Piagam Madinah amat tegas & jelas merupakan asas yang jitu untuk mengatur
ummah, membentuk masyarakat dan menegakkan suatu pemerintahan dalam membentuk sebuah
negara Islam. Teks asal Piagam Madinah ini mengandungi 47 klausa. Kandungan piagam ini
dapatlah dirumuskan secara ringkas sebagaimana berikut:
i. Muqaddimahnya menegaskan bahawa piagam ini adalah dari Rasulullah s.a.w.
kepada orang yang beriman dari kaum Quraisy & Madinah serta orang-orang
yang mengikuti perjuangan mereka. Muqaddimah ini membawa erti terdapatnya
persetujuan bersama antara Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin.
ii. Mengemukakan konsep ummah sebagai asas pembentukan sesebuah negara.
iii. Mengakui hak asasi manusia yang sudah sedia dimiliki mereka dengan menyebut
masalah yang berhubung dengan diyat (ganti rugi).
iv. Mengikat persatuan seagama dengan meletakkan tugas yang harus dipikul &
bersama mendokong cita-cita yang dibawa Islam.
v. Mengenakan peraturan yang harus dipatuhi oleh seluruh warganegara Madinah.
vi. Mengenai golongan minoriti Yahudi, piagam ini memberikan peruntukan tertentu;
mereka mestilah memikul biaya bersama orang Islam selama negara dalam
peperangan. Mereka bebas mengamalkan ajaran mereka. Keselamatan mereka dan
sekutu-sekutu mereka adalah terjamin.
vii. Soal kepimpinan negara dijelaskan oleh piagam ini mestilah dirujuk kepada
hukum Allah dan kekuasaan Rasul-Nya dalam menyelesaikan segala sengketa
yang timbul.
viii. Penyertaan dalam soal-soal perdamaian dengan pihak-pihak yang ingin berdamai
haruslah diterima selagi mereka tidak menunjukkan sebarang sikap permusuhan.
12 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993
22
ix. Penutup piagam menekankan beberapa perkara penting di antaranya memperakui
hak asasi dan hak milik hasil usaha setiap individu. Menjamin keamanan setiap
warganegara yang jujur dan melarang penyalahgunaan tujuan piagam ini.
x. Menjamin keadaan Bandar Madinah sebagai Bandar yang aman keluar-masuk.
xi. Piagam ini disimpulkan dengan penegasan bahawa Allah melindungi orang-orang
(warganegara) yang baik dan bertaqwa.
Piagam ini membawa erti yang besar terhadap perkembangan agama Islam. Piagam inilah
yang membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menjalankan tugas keagamaan, tetapi
dalam waktu masa yang sama baginda juga seorang pemimpin & negarawan yang bijak. Selain
itu juga, ia membentuk dan menyusun kehidupan masyarakat yang tidak pernah mempunyai
sistem peraturan yang sebenar. Dalam misi baginda s.a.w. membentuk piagam Madinah ini, tidak
sahaja menumpukan semata-mata untuk kematangan masyarakat Madinah, malah piagam ini
adalah untuk kebaikan dunia keseluruhannya.
Sahifah ini juga membuktikan konsep agama yang dapat dipraktikkan dalam peraturan
berkerajaan. Hal ini sekaligus menepati prinsip Islam iaitu tiada pemisahan antara agama dengan
politik. Mulai dengan pembentukan negara Islam Madinah ini, Islam telah lahir sebagai satu
sistem politik di samping sistem agama. 13
ii. Negara Islam pertama
13 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 270.
22
Beberapa hal penting yang telah dilakukan Rasulullah s.a.w. sebagai persediaan awal
sebelum pembentukan negara Islam yang pertama Madinah. Bangunan pertama yang menjadi
asas di bumi Madinah ialah sebuah masjid. Masjid menjadi tempat penting bagi memusatkan
segala macam jenis urusan kemasyarakatan sama ada dari sudut peribadatan, sosial dan politik.
Rasulullah kemudiannya mendamaikan suku Aus dan
Khazraj yang menjadi penduduk asal Madinah. Mereka
sejak sekian lama bermusuhan telah disatukan baginda
s.a.w. daripada semangat asabiyyah yang kuat dalam
kalangan mereka. Baginda menggelar mereka sebagai
al-Ansar dalam peranan mereka kepada satu matlamat
yang lebih agung dari matlamat kabilah mereka iaitu
memperjuangkan dasar Islam.
Melalui kesatuan inilah Rasulullah s.a.w. mengikat persaudaraan antara orang-orang
Ansar dan Muhajirin yang berhijrah dari Makkah bagi menjamin kekukuhan ummah yang akan
dibentuk dalam negara baru tersebut. Kaedah baginda s.a.w. dalam mengasaskan sebuah negara
adalah berbeza dari apa yang pernah berlaku dalam sejarah yang lain. Baginda menyusun
perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan sesebuah pemerintahan, sedangkan
kerajaan-kerajaan lain menubuhkan kerajaan terlebih dahulu sebelum membentuk perlembagaan.
Langkah ini dapatlah dianggap sebagai satu sikap berpolitik yang mempunyai pandangan
yang jauh. Mereka diikat terlebih dahulu dengan satu perjanjian yang kemas dan rapi sebelum
dibawa bersama ke dalam sebuah pemerintahan. Hal ini menunjukkan satu bentuk pemerintahan
yang benar-benar berlandaskan kedaulatan Allah yang mutlak sekaligus menjadi contoh zaman
terbaik sepanjang zaman. 14
14 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993, halaman 271.
22
Salah satu daripada kesan agama Islam yang besar kepada masyarakat umat Islam ialah
persaudaraan antara umat Islam, tak kira apa keturunan atau bangsa seseorang yang menganut
agama Islam. Dengan persaudaraan yang dianjurkan agama Islam tersebut, umat Islam menjadi
suatu umat yang tegak ibarat satu bangunan yang saling kuat-menguat punca dari perpaduan &
kesatuan unit-unit yang terkandung di dalamnya. Rasulullah telah meletakkan asas ini dari awal
baginda menyebarkan Islam. Sebagai satu agama Islam yang mengandungi pengertian demokrasi
yang tulen, hal ini telah membantu Rasulullah s.a.w. dalam penyatuan masyarakat Arab yang
memeluk Islam lantas bergerak atas landasan persamaan yang adil & sama rata yang
melenyapkan segala perbezaan yang memecahbelahkan perpaduan umat Arab sebelum Islam.
Erti perpaduan dan persamaan ini ternyata berlandaskan firman Allah seperti berikut:
Maksudnya: Wahai manusia! Sesungguhnya Kami jadikan kamu laki-laki dan perempuan dan
Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan suku kaum supaya kamu dapat berkenal-kenalan,
sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa kepada
Allah.15
Dalam pemerintahan Rasulullah s.a.w., baginda mempunyai 2 kuasa yang bercorak
agama dan yang bercorak siasah atau pemerintah. Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w. bertanya
sahabat-sahabat dalam perkara-perkara bukan agama, manakala dalam permasalahan agama,
Rasulullah sendiri yang menentukannya oleh kerana baginda mendapat wahyu dari Allah. 16
15 Al-Quran, Surah al-Hujurat 49:13
16 Khairuddin Haji Muhammad, Sejarah Islam jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, halaman 153.
22
Baginda ar-Rasul s.a.w. ialah yang mula-mula menentukan satu sistem pentadbiran dalam
pemerintahan Islam dengan diutuskan kepada tiap-tiap kabilah yang memeluk agama Islam
seorang guru yang mengajar al-Quran. Sementara itu di tiap-tiap kabilah itu juga dilantik wakil-
wakilnya yang diikuti peringkat wilayah seperti Hijaz dan Yaman. Tugas wakil tersebut boleh
disifatkan sebagai pemerintah termasuklah bertugas sebagai imam solat jemaah dan menerima
zakat dan segala hasil yang diperolehi daripada penduduk sesuatu wilayah. Wakil-wakil tersebut
tidak mempunyai kedudukan politik tertentu, mereka hanya menjadi naib atau wakil Rasulullah
bagi menjalankan tugas-tugas yang ditentukan Rasulullah.
Pernah baginda s.a.w. melantik seorang pengganti apabila baginda keluar ke medan
perang. Tugas besar pengganti yang dilantik itu ialah menjadi imam solat dan pernah juga
dilantik sebagai ketua angkatan tentera tikamana baginda s.a.w. tidak dapat keluar berperang.
Baginda memilih orang-orang yang baik & bertaqwa, bijak dan luas pengetahuan dalam soal
agama. Orang yang dipilih tersebut diberi imbuhan dan itulah permulaannya dalam Islam dalam
pemberian yang disifatkan sebagai gaji seperti yang diberikan kepada ‘Attab bin Asid, pegawai
di Makkah sebanyak satu dirham sehari. 17
Beberapa aspek yang perlu ditekankan sebagai elemen-elemen penting dalam sistem
pemerintahan bawah pimpinan Rasulullah s.a.w.
1. Pembentukan Peribadi
17 Khairuddin Haji Muhammad, Sejarah Islam jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1979, halaman 154.
22
Rasulullah s.a.w. telah membentuk peribadi sahabat-sahabat dengan memberikan latihan didikan
dan ajaran. Hasil dari usaha tersebut, jiwa-jiwa mereka telah dirubah dari sifat-sifat jahiliyah
keapda sifat keislaman. Sifat-sifat sahabat yang terdidik inilah yang menjadikan mereka berani
mengalahkan kerajaan besar seperti Parsi dan Rumawi.
Pada zaman jahiliyah mereka, wanita tidak diberi tempat yang sewajarnya namun Islam
telah memberikan hak kepada wanita sama seperti lelaki, masyarakat yang mengamalkan kasta
telah ditukar kepada persamaan hak dan pelbagai lagi. Di samping keimanan, tauhid dan aqidah
yang dipegang mereka, maka akhlak yang terpuji telah dapat memberikan kekuatan kepada
mereka. Persitiwa hijrah muslimin Makkah ke Habsyah dapat memberikan gambaran tentang
akhlak orang Islam setelah mereka mendapat pimpinan Rasulullah. Ketika ditanya oleh an-
Najashi di Habsyah, Ja’far bin Abi Talib telah menjelaskan,
“Wahai raja, dulu kami adalah orang jahiliah, kami menyembah berhala, makan bangkai
(binatang yang tidak disembelih), melakukan kejahatan, memutuskan silaturrahim, menyakiti
jiran dan yang kuat dalam kalangan kami menindas yang lemah. Begitulah keadaan kami hingga
Allah mengutuskan kami seorang Rasul dari kalangan kami. Kami mengetahui keturunannya,
kami mengenali mereka sebagai orang yang benar, amanah dan berakhlak baik. Dia telah
menyeru kami kepada mentauhid dan menyembah Allah, meninggalkan apa yang kami sembah
bersama-sama ibubapa kami dari batu-batu dan berhala. Dia menyuruh kami supaya bercakap
benar, menunaikan amanah, menghubungkan silaturrahim, berbaik-baik dengan jiran,
meninggalkan perkara-perkara yang haram dan yang menumpahkan darah. Dia juga melarang
kami daripada sebarang kejahatan, bercakap bohong, memakan harta anak yatim dan menuduh
perempuan yang baik dengan zina. Dia memerintahkan kami menyembah Allah Yang Maha Esa,
tidak menyekutukan-Nya begitu juga menunaikan sembahyang , zakat dan puasa, maka kami
semua membenarkan dan beriman kepadanya. Kami menurut apa yang telah dibawa dari Allah.
Dengan itu kami menyembah Allah Yang Maha Esa dan tidak menyekutukan-Nya. Kami
mengharamkan apa yang diharamkan kepada kami dan menghalalkan apa yang dihalalkan
kepada kami. Kemudian kaum kami telah memusuhi agama kami untuk mengembalikan kami
22
keapda penyembahan berhala dari menyembah Allah s.w.t. dan menghalalkan benda yang buruk
seperti dulu. Bila mereka memaksa, menganaiya dan menindas kami dan menghalang kami dari
menjalani agama kami, maka kami pun keluar ke negeri engkau ini. Kami memilih engkau tidak
orang lain, kerana suka untuk berdampingan dengan engkau, wahai raja”
2. Kehidupan Merdeka
Kongkongan kepercayaan karut, khurafat & syirik mesti dibanteras. Setelah memeluk Islam,
ramai dari kalangan sahabar Rasulullah s.a.w. dibebaskan dari aspek-aspek berikut:
a) AQIDAH
Oleh kerana berpegang kepada aqidah yang benar, generasi pertama ini sanggup
menerima apa sahaja ancaman serta dugaan. Peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah
menyaksikan keperitan ancaman generasi pertama ini.
b) SYARIAH
Aqidah dan syariah menjadi 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan. Syariah merupakan
cara hidup yang dilaksanakan menurut ajaran Allah. Syariah adalah untuk pelaksanaan
tuntutan aqidah, tauhid dan keimanan. Sahabat Rasul s.a.w. telah melaksanakan
kehidupan syariah Islam apabila masyarakat dan negara Islam telah dibentuk di Madinah.
c) AKHLAK
Generasi pertama Islam ini cergas membentuk kehidupan Islam selaras dengan aqidah &
syariatnya sekaligus melaksanakan akhlak yang tinggi yang dianjurkan al-Quran.
d) KEILMUAN
- Al-Quran: Umat Islam generasi pertama mengutamakan al-Quran. Mereka
mempelajari dan memahami al-Quran secara langsung dari Rasulullah s.a.w. Isi
kandungan al-Quran sesuai dengan keperluan dan keadaan hidup manusia. Dengan
22
kefahaman inilah mereka sentiasa menjadi al-Quran sebagai yang utama walupun
selepas wafatnya Rasulullah s.a.w.
- Al-Hadith: Semasa hayat Rasulullah s.a.w., generasi pertama ini terus bertanya
kepada baginda sekiranya terdapat sebarang masalah. Para sahabat r.a. bebas bergaul
dengan baginda, dengan itu mereka dapat menyelesaikan masalah dan mempelajari
hukum-hukum dari baginda secara langsung. Selepas wafatnya baginda s.a.w., hadith-
hadith tetap menjadi keutamaan selepas al-Quran sebagai sumber kedua bagi ajaran
Islam. Pada zaman khulafa’ ar-Rasyidin pula, sahabat-sahabat telah keluar dari kota
Madinah pergi ke negeri-negeri lain. Maka dengan itu, hadith-hadith telah dibawa
mereka dan tersebarlah dalam kalangan tabi’in. 18
3. Peperangan
Terdapat 2 jenis peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu:
i. GHAZWAH – suatu peperangan kaum muslimin yang dipimpin Rasulullah s.a.w. di
medan perang. Perang ghazwah berlangsung hingga 27 peperangan.
ii. SYRIYAH – suatu peperangan secara tidak langsung dipimpin Rasulullah s.a.w.
Perang tersebut berlangsung sebanyak 35 peperangan. 19
Haruslah dibincang juga beberapa pengaruh terhadap da’wah Islam melalui peperangan-
peperangan ini yang menjadi bukti bahawa peperangan dalam Islam adalah bertujuan untuk
menegakkan kalimah Allah di muka bumi lantas menyebarluaskan ajaran Islam. Pengaruh yang
18 Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur, 1993.
19 A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya,
1985.
22
boleh dikupas berdasarkan perang-perang yang dilalui zaman Rasulullah s.a.w. dapat
dibahagikan kepada beberapa aspek berikut:
i. Dari segi jumlah: Jumlah umat Islam makin bertambah hari demi hari sekalipun
ramai yang menghalang usaha da’wah Islam. Bertambahnya orang yang memeluk
Islam itu dapat disaksikan dengan meningkatnya jumlah pasukan Islam yang siap
berangkat ke medan perang; perang Badar melibatkan pasukan Islam seramai 313
orang, perang Uhud melibatkan 1000 orang, mereka yang menghadapi perjanjian
Hudaibiyah seramai 1500 orang, perang Khaibar seramai 2000 orang, perang
Mu’tah seramai 3000 orang dan persiapan menghadapi penaklukan Makkah
seramai 10, 000 orang.
ii. Dari segi kewajipan: Umat Islam semakin berani menghadapi segala tugas,
bertambah percaya terhadap diri sendiri & iman mereka terhadap Tuhan di mana
mereka meyakini akan pertolongan-Nya.
iii. Dari segi wilayah: Wilayah pada mulanya meliputi kota Madinah sahaja, semakin
hari makin bertambah luas.
iv. Dari segi sikap: Sejak berlakunya Perjanjian Hudaibiyah (6 Hijrah bersamaan
dengan 628 Masihi), umat Islam tidak lagi sebagai pihak yang teranaiya, malah
menjadi pihak yang membalas, menangkis dan memberi pukulan terhadap musuh
sehingga mendapatkan kemenangan yang gemilang. 20
PENUTUP
20 A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya,
1985.
22
Zaman pemerintahan Rasul s.a.w. telah menjadi inspirasi zaman-zaman berikutnya,
bahkan sehingga kini. Pemerintahan Rasulullah s.a.w. menjadi yang terbaik adalah kerana
pemerintahan baginda berteraskan wahyu Allah s.w.t. Wafatnya Rasulullah pada usia 63 tahun,
hari Isnin 12 Rabi’ul Awwal tahun 13 Hijrah, bermakna berakhirlah zaman pemerintahan bawah
kelolaan baginda s.a.w.
Rasulullah adalah seorang nabi yang sempurna yag diturunkan Allah untuk dijadikan
contoh praktikal bagi seluruh umat manusia. Maka setelah baginda menerima & melaksanakan
seluruh wahyu dari Allah mulai dari turunnya surah al-‘Alaq ayat 1-5 di Gua Hira’ sehinggalah
turunnya ayat ke-3 surah al-Maidah di padang Arafah.
Dengan selesainya penurunan wahyu-wahyu tersebut berarti selesailah tugas Rasulullah
s.a.w. sebagai seorang Rasul yang harus dicontohi oleh semua makhluk Allah. Baginda wafat
hanya meninggalkan harta sebidang tanah yang kemudiannya diwakafkan kepada Baitul Mal. 21
Tetapi sebagai Rasul utusan Allah, baginda wafat meninggalkan ajaran Tauhid, al-Quran & al-
Hadith yang berharga bagi umatnya.
RUJUKAN
21 A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya, 1985.
22
Ismail Noor, Kepimpinan nabi Muhammad s.a.w: Model Ikutan Sepanjang Masa
Pengurusan Altruistik: Perbandingan-Silang dengan Kepimpinan dan Pengurusan Semasa,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2000.
Mohd Mokhtar Shafie, Sejarah Keagungan Kerajaan Islam, Nurin Enterprise, Kuala
Lumpur, 1993.
Khairuddin Haji Muhammad, Sejarah Islam jilid 2, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1979.
A. Jamil B.A, Sejarah Islam di Zaman Rasulullah dan Khalifah Al-Rasyidin, Insular
Publishing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya, 1985.