-Agen-Agen-Moral.doc

24
AGEN-AGEN MORAL Kewajipan dan tanggungjawab diri dalam menghormati dan menjaga maruah setiap anggota keluarga demi kebahagiaan dan keharmonian Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial ini terutama kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan Konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikanakan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara diluar jangkaan. Pra pelajar juga hendaklah dilatih dan diasuh Peranan dan tanggungjawab diri sebagai anggota masyarakat yang menghayati kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram sedikit sebanyak telah mempengaruhi masyarakat kita. Golongan remaja suka mencuba tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu. Oleh itu, pihak berkuasa perlu membuat

Transcript of -Agen-Agen-Moral.doc

Kerajaan Malaysia amat menitikberat persoalan akhlak dan nilai-nilai murni dalam masyarakat yang berbilang bangsa ianya juga terkandung dalarn Wawasan 2020 dimana tumpuannya ke arah melahirkan satu negara bangsa Malaysia yang maju progresif, saintifik dan hidup bersatu padu. Tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang mana mengarnalkan kebudayaan, adat resarn, agarna dan bahasa masing-masing. Masyarakat Malaysia juga mempunyai budaya yang membolehkan mereka berinteraksi diantara satu sarna lain. Kebudayaan masyarakat Malaysia walaupun berbeza mempunyai asas yang sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik. Inilah yang membolehkan masyarakat negara kita dapat berinteraksi di antara satu sama lain dalam melaksanakan satu matlamat yang sarna iaitu membentuk masyarkat Malaysia yang bepegang teguh dengan ajaran agarna masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yag diajar dalarn agarna mereka. Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindar masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan. Interaksi antara kaum adalah merupakan satujalan ke arah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Pembentukan identiti budaya warga Malaysia ialah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, agama kebudayaan dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan, berganding bahu, semangat cintakan negara, bertimbang rasa dan toleran.Dasar perpaduan dan integrasi nasional berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat hidup bersatu padu, aman daripada persengketaan dan kucar-kacir. Di dalam sebuah negara yang bertaraf majmuk di Malaysia keharmonian dan kerukunan hidup rakyatnya amat bergantung kepada sikap mereka yang prihatindan bertasamuh dalam apa-apa yang tidak membabitkan akidah dan pelajaran agama secara prinsip. Walaupun demikian banyak kejadian-kejadian menjurus ke arah yang negatif di mana gejala sosial dikalangan masyarakat amat membimbangkan terutama kes bunuh dan rogol. ini menunjukkan masyarakat seolah-olah kehilangan pedoman dan arah tuju yang sebenar. Kerja kursus pendek ini akan memperbincangkan tentang penghayatan nilai-nilai murni yang wujud dalam setiap agen-agen moral iaitu: kekeluargaan, Rakan sebaya, sekolah dan institusi pengajian, masyarakat dan media massa di Malaysia. Apa yang penting halatuju masyarakat menjadi kucar-kacir ekoran daripada ketandusan dari segi penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat tiada mengira usia atau peringkat umur lebih-Iebih lagi di era lCT sekarang ini khususnya internet yang boleh dilayari bila-bila masa dan ketika dimana-mana jua. Apa yang penting ilmu yang digunakan dimanfaatkan untuk kesejahteraan bukan untuk kehancuran. Seperti pepatah mengatakan " ilmu tanpa amal ibarat pepohon tidak berbuah".Tanggungjawab dan pengaruh agen-agen moral:i. Kekeluargaan : James Becker mengatakan bahawa ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna.Ibu bapa hendaklah membimbing, memahami kehendak jiwa remaja dan berfikiran terbuka.Ibu bapa hendaklah menjadi role model sekaligus sebagai perangsang. Ini akan mendorongkepada kewujudan suasana harmonis. NILAI BERKAITAN DENGAN DIRI DAN KELUARGA

Kasih Sayang terhadap Keluarga

Perasaan cinta dan sayang yang mendalam serta berkekalan terhadap

keluarga demi melahirkan keluarga bahagia.

Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga

Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi

layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

Tanggungjawab terhadap Keluarga

Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga

untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah

keluarga.

Keluarga disifatkan sebagai agen sosialisasi yang paling rapat dengan setiap individu. Keluarga juga merupakan masyarakat kecil yang memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi dan kelakuan seseorang. Kita sedia maklum bahawa, lahirnya seorang bayi dimuka bumi ini akan disambut dengan wajah keriangan kedua ibu bapa. Kita tahu bahawa pembentukan sahsiah diri seseorang haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Ia amat bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ia menegaskan bahawa sahsiah diri yang diamalkan sejak kecil lagi akan menjadi kebiasaan kepada seseorang dan mereka tidak akan sesekali memungkirinya. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan bayi berkenaan. Keluarga juga adalah pengaruh yang paling kuat dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri saya. Ini kerana ibu bapa adalah role model yang paling baik buat saya. Suasana dan persekitaran keluarga yang aman dan harmoni akan melahirkan golongan belia yang sentiasa berfikiran positif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Didikan yang baik yang diperolehi dari rumah akan membentuk sahsiah diri yang baik di luar rumah. Mereka lebih peka dan bijak dalam memilih corak kehidupan di luar rumah kerana mereka berpegang teguh kepada asas dan nilai-nilai murni yang diamalkan dalam keluarga. Hal ini berlainan bagi golongan belia yang berasal daripada keluarga yang bermasalah akibat penceraian ibu bapa, suasana keluarga yang tidak aman kerana ibu bapa sering bertengkar dan kurangnya perhatian daripada ahli keluarga khususnya daripada ibu bapa. Golongan belia dikatakan cenderung untuk terlibat dengan gejala sosial yang akan membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral mereka. Secara tidak langsung keadaan ini akan membawa kepada perkembangan dan pembentukan sahsiah diri yang negatif terhadap golongan belia ini. Situasi :

Di rumah atau di dalam keluarga anak berinteraksi dengan orang tua (atau pengganti orang tua) dan segenap anggota keluarga lainnya. Ia memperoleh pendidikan informal, berupa pembentukan pembiasaan-pembiasaan (habit formation) seeprti, cara makan, tidur, bangun pagi, gosok gigi, mandi, cara berpakaian, tata krama, sopan santun, religi dan lain sebagainya. Pendidikan informal dalam keluarga akan banyak membantu dalam meletakkan dasar pembentukan kepribadian anak. Misalnya sikap religius, disiplin, lembut/kasar, rapi/rajin, penghemat/pemboros, dan sebagainya dapat tumbuh, bersemi dan berkembang senada dan seirama dengan kebiasaannya di rumah.Dalam agama pula, ibubapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. Sama ada ibubapa itu senang atau susah, sama ada keluarga itu ada ibu dan bapa atau hanya ada ibu atau bapa sahaja, penjaga tidak terkecuali dari tugas ini. Cuma mungkin dalam keadaan kemiskinan dan keluarga induk, masa untuk mendekati dan mendidik anak dengan nilai-nilai yang murni dan mulia agak terbatas. Namun jika kajian menunjukkan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai mulia ini amat penting untuk menjauhkan anak dari jenayah dan delikuensi, maka pastinya usaha untuk mencari masa dan mendidik anak-anak dengan apa yang mereka perlu tahu, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Setiap ahli komuniti atau masyarakat mempunyai peranan masing-masing. Setiap individu perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna kerana setiap satu ada perkaitan. Kita perlulah merealisasikan konsep Masyarakat Madani . Setiap pelajar perlu didekati supaya mereka rasa diterima oleh masyarakatkhasnya dalam institusi keluarga dan sekolah. Hubungan dan kerjasama erat perluditingkatkan antara ibu bapa, pihak pentadbir, guru-guru, guru disiplin dan kaunselor amat penting untuk membendung masalah jenayah di kalangan pelajar remaja kita. ii. Rakan sebaya:

Peranan rakan sebaya turut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial ini terutama kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personality individu tertentu. Justeru itu, ibu bapa patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana mereka berjumpa dan lain-lain persoalan lagi. Menurut teori fungsionalisme, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling berperanan dalam mengatasi masalah disiplin.Apabila konflik yang timbul di dalam diri golongan belia akibat daripada suasana keluarga yang tidak harmoni mendorong mereka mendekati rakan-rakan sebaya yang dianggap sebagai tempat rujukan dan boleh menghilangkan ketegangan. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya ibu bapa tidak dapat memenuhi keperluan golongan belia ini apatah lagi sekiranya mereka ini sering diabaikan oleh kedua ibu bapa akibat daripada kesibukan masing-masing. Kerenggangan hubungan di antara ahli keluarga akan menyebabkan golongan belia ini lebih mempercayai rakan-rakan sebaya berbanding dengan kedua ibu bapa sendiri sebagai tempat untuk meluahkan masalah atau melepaskan tekanan. Kehidupan golongan belia yang banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan sebaya menyebabkan golongan belia ini begitu mudah terdedah dengan risiko-risiko yang dI luar jangkaan. Oleh yang demikian, rakan sebaya mempunyai rangsangan yang sangat kuat kepada perkembangan dan pembentukan sahsiah diri seorang belia. Doronganyang positif akan menghasilkan bentuk perlakuan dan peribadi yang baik manakala yang bersifat negatif akan mendorong golongan belia ini berkelakuan agresif sehingga ke tahap mampu melakukan jenayah. Kehidupan seorang belia tidak boleh lari dengan institusi pendidikan. Sejak kecil lagi institusi pendidikan seperti tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi tidak lagi asing bagi saya. Lebih kurang seorang di Malaysia, menghabiskan lebih kurang 7-13jam di alam persekolahan. Ini membuktikan betapa pentingnya institusi pendidikan di Malaysia. Oleh yang demikian, kita juga tidak boleh mengenepikan peranan institusi pendidikan ini dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri kerana banyak masa dihabiskan oleh saya di kawasan institusi pendidikan berbanding masa di rumah dan ibu-bapa. Seperti suasana persekitaran di rumah, suasana dan persekitaran institusi pendidikan ini juga harus berada dalam keadaan yang selamat dan selesa untuk proses pembelajaran dan pengajaran. Saya lebih berminat untuk menimba ilmu sekiranya kawasan persekitaran berada dalam keadaan yang harmoni. Kewibawaan para pendidik dan keprihatinan pekerja sokongan akan melahirkan golongan pelajar yang berketrampilan dan berwawasan. Namun begitu, bagi persekitaran institusi pendidikan yang tidak selamat dan selesa,akan menyebabkan golongan belia ini tidak berminat untuk belajar. Hal ini secara tidak langsung akan mendorong golongan belia ini untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Selain itu, remaja yang terbiar dan ketandusan kasih sayang akan mencari rakan sebaya untuk memenuhi kekurangan ini. Mereka berkumpul dan mencari hiburandi pusat-pusat membelibelah, pusat hiburandan paling malang apabila mereka membentuk kumpulan untuk melakukan jenayah. Infrastruktur,perkhidmatan awamdan sistem komunikasiyang berkesan danmaju telah disalahgunakan oleh remaja kita.

iii. Sekolah dan institusi pengajianPeranan sekolah sebagai agen perubahan sosial samada secara formal ataupun informal sangat nyata. Kurikulum sekolah Malaysia yang disesuaikan dengan masyarakat makro telah mengambil kira peranan sekolah sebagai agen kawalan sosial. Para pelajar telah didedahkan dengan perlakuan-perlakuan patut dan tidak patut melalui penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran. Selain itu para pelajarsecara mikronya tertakluk kepada peraturan-peraturan atau disiplin yang telah ditentukan oleh pihak sekolah. Guru-guru akan memastikan pelajar-pelajarnya mematuhi peraturan. Pujian akan diberikan kepada yang mematuhi peraturan dan sebaliknya, tegurandan hukuman seperti di rotan, digantung atau dibuang sekolah akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan. Tidak semua pelajar dapat menerima hukuman secara positif, sebaliknya mencetuskan konflik yang kompleks dalam jiwa mereka. Justeru itu pihak sekolah khasnya guru-guru perlu lebig perihatin terhadap golongan pelajar seperti ini. Keintiman guru dengan pelajar dan kesediaan guru mendengar masalah pelajar sedikit sebanyak dapat membendung masalah disiplin dan salah laku dikalangan pelajar sekolah. Jika pihak sekolah kurang peka terhadap ini semua berlakulah pelbagai masalah sosial termasuk berani membunuh. Keterikatan dengan sekolah dan kawan-kawan yang konvensional juga penting untuk menjauhkan aktiviti delinkuensi. Begitu juga dengan kebolehan akademik, pencapaian akademik serta sensitiviti terhadap kehendak guru. Tugas guru, disamping mengajar juga adalah sebagai role model yang utama bagi para pelajar. Amalan demokrasi juga sepatutnya dilaksanakan dalam melaksanakan meritokrasi. Konflik jiwa , pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikanakan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara diluar jangkaan. Pra pelajar juga hendaklah dilatih dan diasuh dalam suasana budaya berbilang kaum supaya mereka tidak keterlaluan dalam kaum sendiri. Oleh kerana itu, Peranan guru adalah mengajar murid supaya melengkapkan diri terhadap kemahiran-kemahiran berikut :

a. Kemahiran utama memberikan peluang kepada pelajar-pelajar menguasai kemahiran generik, kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah yang akan membantu daya tahan menghadapi segala cabaran hidup di alaf ini.

b. Kemahiran menyelesaikan konflik Guru membantu murid dalam kemahiran menyelesaikan konflik akibat pertentangan nilai sendiri dengan nilai masyarakat atau orang lain. Kemahiran ini menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang lebih berkesan.

c. Kemahiran pemikiraan kritis Guru mengajar murid berfikir secara kritikal dalam menilai satu-satu isu moral yang boleh dihayati dan membantunya dalam membuat keputusan yang tepat.

d. Kemahiran pemikiran kreatif Kemahiran berfikir secara kreatif akan membantu dalam mencari alternatif yang lebih baik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah.

e. Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya Kemahiran menentang tekanan rakan sebaya amat penting untuk mempertahankan nilai-nilai dengan cara menasihati dan berbincang tentang nilai-nilai moral

f. Kemahiran mengkaji masa depan Memupuk kemahiran mengkaji masa depan dengan pendekatan pembelajaran yang membolehkan murid-murid menyedari isu-isu moral masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini membolehkan murid membuat ramalan menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin berlaku.

g. Kemahiran teknologi maklumat Sesuai dengan masa dengan memberikan kesempatan kepada murid-murid menggunakan teknologi maklumat dan telekomunikasi moden dengan menjaga batas- batas moral.

h. Kemahiran sosial Pendidikan moral memberikan penekanan kepada kebolehan bersosial dan berkomunikasi dengan masyarakat dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum , tumpuan perlu diberi kepada pengembangan dan penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran belajar bagi membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara rasional dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin kompleks. Kepelbagaian kecerdasan murid perlu diambil kira bagi memperkukuh dan memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam usaha membentuk manusia yang peka kepada isu atau permasalahan yang berlaku dan mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikannya ke arah keharmonian dan kecemerlangan hidup.Situasi :

Di sekolah anak berinteraksi dengan guru-guru (pengajar) beserta bahan-bahan pendidikan dan pengajaran, teman-teman peserta didik lainnya, serta pegawa-pegawai tata usaha. Ia memperoleh pendidikan formal (terprogram dan terjabarkan dengan tetap) di sekolah berupa pembentukan nilai-nilai, pengetahuan, keterampilan dan sikap terhadap bidang mata pelajaran. Akibat bersosialisasi dengan pendidikan formal, terbentuklah kepribadiannya untuk tekun dan rajin belajar disertai dengan keinginan untuk meraih cita-cita akademis yang setinggi-tingginya.iv. Masyarakat

Peranan dan tanggungjawab diri sebagai angota masyarakat yang menghayati

kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.

Tanggungjawab terhadap Masyarakat

Kesanggupan memikul serta melaksanakan tugas dan kewajipan dengan

sempurna sebagai anggota masyarakat.

Toleransi dalam Masyarakat

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan

berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan

hidup.

Semangat Bermasyarakat

Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan

bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat.

Peka terhadap Isu-isu Sosial

Bertanggungjawab dan prihatin terhadap masalah dan isu semasa yang

berlaku dalam masyarakat dan berusaha menyelesaikannya.

Selain daripada itu, bagi sesebuah masyarakat, agama juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah diri seseorang. Seandainya pegangan seseorang itu kuat terhadap ajaran agamanya maka golongan tersebut akan mampu menangkis cabaran dan dugaan dalam kehidupan. Ini kerana walau dalam apa jua keadaan sekalipun, seandainya seseorang itu tahu akan halal, haram dan dosa, pahala dalam agama maka dia akan sentiasa mengelakkan atau menjauhkan diri daripada kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral. setiap agama menyuruh penganutnya sentiasa melakukan kebaikan untuk kesejahteraan bersama. Kepercayaan yang kuat kepada pegangan agama akan menjadi pendorong yang terbaik kepada seseorang. Ini kerana kita semua hanyalah insan biasa yang sempurna kejadiannya tetapi tidak sempurna tingkahlakunya. Apabila seseorang itu begitu positif dalam mempersepsikan kehidupannya, maka akan lahirlah golongan yang cemerlang sahsiahnya baik dari segi fizikal, mental, emosi mahupun rohani. Antara faktor penting yang menyumbang kepada gejala sosial adalah disebabkan proses modenisasi iaitu masyarakat telah mengalami perubahan-perubahan yang tidak disertakan dengan perubahan dalam sistem persekolahan. Terdapat perubahan dalam nilai dalam norma-norma dalam kehidupan kita disebabkan oleh proses-proses modenisasi, perbandaran dan birokrasi. Taraf pendidikan ibubapa juga telah meningkat. Kebanyakan ibu bapa keluar bekerja sama ada sebagai pekerja profesional, sokongan atau buruh biasa. Keluarga yang kedua ibubapa mereka keluar bekerja mempunyai kurang waktu untuk keluarga. Ini menyebabkan kanak-kanak dari keluarga nuklear kurang berkesempatan berinteraksi dengan keluarga menyebabkan gejala sosial mudah mempengaruhi mereka. Sekali lagi, gejala sosial yang semakin menular berpunca dari keruntuhan institusi keluarga dan kurangnya kasih-sayang darikeluarga.

Situasi:

Di masyarakat anak berinteraksi dengan seluruh anggota masyarakat yang beraneka ragam (heterogen), seperti orangorang, benda-benda, dan peristiwa-peristiwa. Ia memperoleh pendidikan nonformal atau pendidikan luar sekolah berupa berbagai pengalaman hidup. Agar masyarakat dapat melanjutkan eksistensinya, maka kepada generasi muda harus diteruskan atau diwariskan nilai-nilai, sikap, pengetahuan, keterampilan dan bentuk-bentuk pola perilaku lainnya. Setiap masyarakat meneruskan kebudayaannya (beserta perubahannya) kepada generasi penerusnya melalui pendidikan dan interaksi sosial. Dengan demikian pendidikan dapat diartikan sebagai sosialisasi, dan belajar adalah sosialisasi yang berkesinambungan.v. Media Massa/ Internet: Media massa dan internet sangat berpengaruh dan amat sukar untuk dielakkan pada zaman ini. Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram sedikit sebanyak telah mempengaruhi golongan remaja kita. Golongan remaja suka mencuba tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu. Ibu bapa, guru dan pihak berwajib hendaklah sama-sama membendung gejala ini. Selain itu, budaya masyarakat juga telah dikawal oleh media yang lebih bersifat komersil. Dalam zaman globalisasi, kanak-kanak tidak lagi dididik oleh institusi keluarga, sekolah dan agama, tetapi lebih terdedah kepada media eletronik seperti internet dan kemudahan siaran televisyen berangkaian keseluruh dunia. Media keseluruhannya mengambil tempat dalam proses pembesaran anak-anak menyebabkan anak-anak dididik tanpa belaian kasih sayang ibu-bapa.

Faktor media dianggap penting kepada perkembangan dan pembentukan sahsiah diri seseorang. Kita tidak dapat menafikan bahawa media pada zaman sekarang ini satu medium yang sangat kuat dari segi pengaruhnya. Ini kerana saban hari masyarakat terdedah dengan medium-medium media seperti media cetak dan media elektronik. Lambakan bahan-bahan picisan seperti majalah hiburan yang tidak ditapis isi kandungannya membuatkan ramai golongan masyarakat terdedah dengan budaya-budaya barat yang tidak sesuai dengan budaya orang timur. Tayangan video dan drama yang keterlaluan daripada negara luar hanya membawa kepada keruntuhan moral dikalangan golongan belia. Keadaan ini akan mendorong golongan belia ini memiliki tingkahlaku atau peribadi yang negatif. Namun begitu, tidak semua media massa ini memainkan peranan yang negatif terhadap masyarakat. Banyak sebenarnya tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh pihak media massa sebagai agen dalam proses sosialisasi khususnya dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah diri. Tidak semestinya segala yang disogokkan oleh pihak media itu benar dan telus. Sebagai seorang belia yang rasional, baik buruk sesuatu perkara yang dibawa oleh pihak media harus diteliti terlebih dahulu agar tidak menimbulkan salah faham yang akan membawa kepada ketidakamanan negara. Hal ini penting kerana golongan belia adalah tunggak kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, perkembangan dan pembentukan sahsiah diri harus bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara. Kesimpulan: Secara kesimpulannya,Pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada seseorang itu dimana seseorang perlu teliti sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia melibatkan sahsiah diri masing-masing. Secara keseluruhannya,secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah yang melanda pelajar pada masa kini adalah disebabkan konflik atau tekanan yang wujud di dalam alam persekitaran . Proses modenisasi atau pembangunan yang pesat telah mengubah cara hidup masyarakat kita khasnya golongan remaja. Begitu juga dengan institusi kekeluargaan yang sudah tidak dianggap penting lagi justeru meningkatnya kadar perceraian . Sebagai contoh, Berita Harian bertarikh 20 Oktober 1998 melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mendapati keruntuhan institusi keluarga adalah punca utama kepada peningkatan masalah moral di kalangan remaja bawah umur di negeri tersebut. Rata-rata masyarakat kita mula bersikap individualistik dan materialistik.Penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan entiti terbesar dalam negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani permasalahan tersebut dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab itu setiap warganegara Malaysia perlu mengbayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran agama masing-masing.

Huraian Individu : KekeluargaanKEHIDUPAN moden yang serba pantas dan mencabar, sedikit sebanyak mencetus tekanan ke atas institusi keluarga di negara ini. Setiap insan untuk memenuhi tuntutan kerja dan segala macam urusan lain membuatkan waktu yang diperuntukkan untuk bersama keluarga semakin kurang.

Secara tidak disedari, sedikit demi sedikit keadaan ini menghakis nilai-nilai kekeluargaan dan kekuatan untuk mempertahankan institusi keluarga semakin lemah.

Justeru bagi memperkasakan semula institusi tersebut Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga tampil dengan program-program yang menjurus kepada pengukuhan hubungan antara ahli keluarga.Ilmu kekeluargaan dianggap lebih luas dan amat penting diperkenalkan sebagai sukatan mata pelajaran wajib. Antara lain menekankan aspek pembinaan keluarga mengikut lunas agama, faktor asas membina sebuah keluarga harmoni, ciri-ciri perlu ada dalam mempertahankan kebahagiaan keluarga dan tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam menjamin keseimbangan toleransi dan kepercayaan menjurus kepada kepentingan institusi keluarga, perkahwinan dan komitmen sepanjang hayat serta keibubapaan.

Kes perceraian semakin meningkat dewasa ini adalah rentetan jalan pintas yang diambil oleh pasangan suami isteri dalam menyelesaikan konflik keluarga. Segala rasional dan diplomasi dianggap sesuatu yang remeh temeh, tambahan pula kebergantungan hidup kepada suami semakin berkurangan. Isteri mula menafsir tanpa ketua keluarga, mereka masih boleh meneruskan hidup, malah lebih baik. Masalah rumah tangga mungkin boleh diselesaikan dengan perceraian, tetapi masalah pembesaran dan masa depan anak, juga kesan psikologi lantaran perebutan kuasa pemilikan ke atas mereka di samping proses pertumbuhan minda yang kurang sihat akan menzalimi kehidupan anak itu sendiri.

Konflik rumah tangga antara ibu bapa sering kali dilihat sebagai masalah yang tidak boleh ditangani di rumah. Walhal, anak adalah teras paling penting dalam menjamin keharmonian rumah tangga. Persoalannya, dapatkah anak memainkan peranan sepatutnya dalam membantu menyelesaikan konflik antara ibu bapa sekiranya tidak dibekalkan ilmu sepatutnya.

Mengenai ilmu perkahwinan, masyarakat hari ini mempunyai pengetahuan yang sangat cetek mengenai hukum mendirikan perkahwinan, memelihara malah berkaitan dengan pembubarannya. Ekoran pemahaman yang amat sedikit ini, mungkin ada suami mentalakkan isteri tetapi kerana urusan pendaftaran cerai tidak dilakukan seperti termaktub dalam peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam, maka mereka tetap meneruskan kehidupan sebagai suami isteri walaupun tiada niat dan keinginan untuk rujuk.

Pengetahuan asas hukum perkahwinan perlu dimaklumi setiap orang kerana ia membabitkan nasab bakal menyambung generasi. Kursus praperkahwinan yang disyaratkan kepada bakal pengantin pula sebenarnya tidak mencukupi dan tempoh kursus yang amat singkat hanya mengizinkan ilmu asas menghadapi perkahwinan didedahkan. Ilmu kekeluargaan sebenarnya melangkau peranan yang harus dimainkan suami dan isteri.

Tidak boleh dinafikan, ilmu kekeluargaan harus disebatikan dalam setiap diri individu. Ia adalah ilmu paling mudah diamalikan memandangkan setiap pelajar mempunyai keluarga. Melalui pendidikan seksualiti dan kekeluargaan saja setiap individu diberi bimbingan secara rasmi mengenai amalan kehidupan, hak dan tanggungjawab yang tergalas di bahu mereka sebagai ahli keluarga dan masyarakat yang baik.

Bangunkan mentaliti rakyat Malaysia hari ini bahawa keluarga teguh adalah asas negara utuh. Rumpun keluarga harmoni dan berteraskan agama menjadi paksi kukuh bangsa bermaruah tinggi.

Refleksi terhadap agen moral - Kekeluargaan:

Pada pendapat saya, sebenarnya jika dibandingkan dengan keadaan dulu dan sekarang, dahulu kita banyak melihat kepada faktor lain. Dahulu masyarakat mementingkan nilai kekitaan berbanding sekarang yang mengutamakan diri sendiri. Kita sekarang pentingkan keselesaan kita, kejayaan kita sedangkan orang dahulu kalau kita tengok datuk nenek kita, mereka banyak berkorban.Walaupun dulu banyak perkahwinan yang tidak membawa kebahagiaan tetapi oleh kerana memikir anak-anak, mereka mengorbankan kebahagiaan atau kejayaan sendiri demi anak-anak. Tetapi hari ini budaya di seluruh dunia menyaksikan `awak fikir tentang diri awak dulu,' dan kedua-dua pasangan ada jalan keluar yang lebih mudah. Suami dan isteri bekerja sedangkan dahulu tidak begitu menyebabkan para isteri tidak mempunyai pilihan jadi mereka menelan dan menahan semua kepayahan.Antara agen-agen moral yang telah dibincangkan, saya didapati agen kekeluargaan adalah agen yang terpenting untuk membina jati diri seseorang anak untuk menghindarkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Di rumah, ibubapa boleh sentiasa memberi nasihat dan teguran dengan baik. Selain daripada itu, seseorang perlu sentiasa menjalin hubungan erat dengan keluarga atau menunjukkan keprihatian terhadap pembentukan keluarga bahagia. Yang penting kita perlu memberi layanan secara bersopan dan beradab dengan anggota keluarga untuk mewujudkan keluarga yang harmoni, kita tidak patut menyinggung perasaan antara satu sama lain. Begitulah caranya untuk mengekalkan sesebuah keluarga yang bahagia

Dalam perbincangan di atas, kita boleh memahami betapa mustahaknya institusi keluarga sebagai unit asas kebahagiaan masyarakat. Keluarga adalah unit asas, kalau kita pelihara unit keluarga ini dengan baik dan kalau unit ini kuat maka kuatlah masyarakat dan kuatlah negara. Kalau runtuh unit asas keluarga itu maka ia akan melemahkan sistem sosial di seluruh dunia. AGEN-AGEN MORAL

Kewajipan dan tanggungjawab diri dalam menghormati dan menjaga maruah setiap anggota keluarga demi kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama.

Peranan rakan sebayaturut menyumbang kepada berlakunya gejala sosial ini terutama kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personality individu tertentu.

Konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikanakan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara diluar jangkaan. Pra pelajar juga hendaklah dilatih dan diasuh dalam suasana budaya berbilang kaum supaya mereka tidak keterlaluan dalam kaum sendiri.

Peranan dan tanggungjawab diri sebagai anggota masyarakat yang menghayati kepentingan hidup bersama bagi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat.

Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram sedikit sebanyak telah mempengaruhi masyarakat kita. Golongan remaja suka mencuba tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu. Oleh itu, pihak berkuasa perlu membuat tapisan dan menghasilkan isu-isu yang dapat memberi mengajaran yang baik terhadap masyarakat.

Pengenalan