ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ ﭦ ﭥ ﭤ - islam.gov.my · mensyariatkan ibadah haji di...

8
1 “IBADAH HAJI MENYATUKAN UMMAH(10 Ogos 2018M / 28 Zulkaedah 1439H) . ﴿ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯSIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN, Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan- Nya. Marilah kita memperbanyakkan amal soleh dan berusaha memperbaiki diri pada setiap detik dan masa sebelum ajal yang telah ditetapkan oleh Allah datang menjemput kita. Khutbah hari ini akan membincangkan tajuk: “Ibadah Haji Menyatukan Ummah”. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH , Allah telah memerintahkan umat Islam yang berkemampuan menyempurnakan ibadah fardu haji yang merupakan rukun Islam ke-5. Bermakna individu tersebut telah lengkap sudah ketaatannya kepada pencipta-Nya. Istilah dhuyufurrahman atau tetamu Allah yang dikasihi meletakkan umat Islam yang berkunjung ke Baitullah al-Haram merupakan pengiktirafan Allah yang

Transcript of ﭯ ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ ﭦ ﭥ ﭤ - islam.gov.my · mensyariatkan ibadah haji di...

1

“IBADAH HAJI MENYATUKAN UMMAH” (10 Ogos 2018M / 28 Zulkaedah 1439H)

.

﴾ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ﴿

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada

Allah dengan mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan-

Nya. Marilah kita memperbanyakkan amal soleh dan berusaha memperbaiki diri

pada setiap detik dan masa sebelum ajal yang telah ditetapkan oleh Allah

datang menjemput kita. Khutbah hari ini akan membincangkan tajuk: “Ibadah

Haji Menyatukan Ummah”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Allah telah memerintahkan umat Islam yang berkemampuan

menyempurnakan ibadah fardu haji yang merupakan rukun Islam ke-5. Bermakna

individu tersebut telah lengkap sudah ketaatannya kepada pencipta-Nya. Istilah

dhuyufurrahman atau tetamu Allah yang dikasihi meletakkan umat Islam

yang berkunjung ke Baitullah al-Haram merupakan pengiktirafan Allah yang

2

besar kepada hamba-hamba-Nya. Bayangkan jika kita sendiri menerima tetamu

yang berkunjung ke rumah kita, sudah tentu kita melayani sebaik mungkin agar

gembira dengan sambutan kita. Begitu juga Allah melayani kalangan hamba-

Nya yang terpilih dengan ganjaran pahala yang besar. Rasulullah bersabda

sebagaimana diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi:

Maksudnya: “Orang-orang yang mengerjakan ibadah haji dan ‘umrah adalah

tetamu Allah, Allah SWT memberi kepada mereka apa yang mereka minta dan Dia

mengkabulkan semua doa mereka; kemudian Dia akan menggantikan semua harta

yang mereka belanjakan satu dirham menjadi sejuta dirham.”

Menurut kitab Syarah Mukhtaarul Ahaadith () karangan

Sayyid Ahmad al-Hasyimi, orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah sama

sahaja dengan bertamu kepada Allah . Barangsiapa yang mengerjakannya dari

hasil yang halal, maka Allah akan memberinya apa yang dia minta dan

memperkenankan doanya serta menggantikan wang yang telah dibelanjakannya

untuk ibadah itu dengan lipatan yang tidak terhingga.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Ajaran Islam yang utama atas dasar penyatuan ummah menyeru kita agar

bersatu dan berbuat baik sesama muslimin. Sebagaimana perhimpunan mingguan

umat Islam pada hari Jumaat, begitulah juga di peringkat dunia ini, Allah

mensyariatkan ibadah haji di Baitullah al-Haram sebagai perhimpunan tahunan.

. ﴿ ﴾

3

Berkunjung atas satu matlamat mentauhidkan Allah dengan pengorbanan

yang cukup besar sama ada berbentuk tenaga, masa dan wang ringgit.

Ketetapan Allah SWT mensyaratkan Wuquf di ‘Arafah sebagai rukun haji

sudah pasti membawa hikmah penyatuan ummah dan sebagai lambang kekuatan

Islam dengan pakaian ihram serba putih tidak mengira pangkat, darjat, keturunan,

bahasa dan warna kulit. Mereka datang dari serata pelosok dunia bersatu dengan

berpayungkan langit bagi menghayati hakikat ukhuwwah Islamiah. Wukuf

merupakan rukun utama dan ibadah terpenting dalam pelaksanaan haji. Seseorang

itu tidak sah hajinya sekiranya tidak berwuquf di Arafah. Mereka yang telah

berihram sekalipun dalam keadaan sakit masih dituntut untuk berwuquf bagi

menyempurnakan hajinya. Rasulullah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan

oleh imam al-Tirmizi:

Maksudnya: “Haji adalah Arafah”.

Bumi ‘Arafah telah menyaksikan khutbah Nabi disampaikan dengan penuh

peringatan sehingga ia dianggap sebagai khutbah al-Wada’ yang telah meruntun

jiwa para sahabat sebagai penyaksian sempurnanya Risalah ar-Rasul lalu Allah

menurunkan ayat yang masyhur sebagaimana firman Allah dalam surah

al-Maidah ayat 3:

چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ

Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan

Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu

menjadi agama untuk kamu...”

4

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Mengimbas kembali sejarah tersebut, Baginda berkhutbah dengan penuh

kesungguhan dan memohon seluruh yang mendengar dengan teliti sambil

mengangkat jari telunjuknya ke langit dan seterusnya menunjuk kepada khalayak

ramai sambil mengucapkan هم اشهد" ل,ال هم اشهدلهم اشهد, اللال " yang bererti Ya Allah

saksikanlah, saksikanlah, saksikanlah!” Antara isi kandungan khutbah tersebut

dengan tegas baginda menyatakan kesatuan kewajipan memelihara persaudaraan

dan perpaduan sesama Islam.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai

suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang

berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti

kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan

Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah SWT telah

mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan

mulai sekarang.”

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,

sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan,

dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah

ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah

saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun

yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Jemaah haji di kota suci sekarang semuanya memiliki persamaan. Masing-

masing menghadap ke arah kiblat yang satu untuk mendampingi Allah

5

mengharapkan ibadah di sana dan sepanjang hidup diterima Allah . Justeru,

perhimpunan jutaan manusia terpilih ini menyatukan hati-hati umat Islam agar

merasakan kehambaan, kerendahan jiwa dan kehinaan diri di sisi Allah .

Malahan ia juga menjadi detik istimewa melakari sejarah dalam kehidupan

seseorang. Ini sebagai gambaran kepada peristiwa yang pasti berlaku yang disebut

sebagai hari pembalasan ataupun hari perhitungan segala amalan sepanjang di

dunia ini.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin mengingatkan kepada sidang

Jumaat sekalian beberapa intipati penting yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Asas utama ajaran Islam ialah bersatu padu dengan akidah yang satu.

Kedua : Ibadah Haji merupakan manifestasi penyatuan ummah dan semangat

ukhwah Islamiah.

Ketiga : Penyatuan umat merupakan nikmat yang terindah sebagai Rahmatan

lilAlamin .

ڃ ڃ ڃ چ چ

ک ک ک ک گ گ گڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ

ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ

ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ

Maksudnya:. ”Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan Ibadat Haji,

nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan

dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai

jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara

Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut

nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka

dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian

makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan

kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (Surah al-Haj: 27-28)

6

7

KHUTBAH KEDUA

________________________________________________________________

8

Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami

ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.

Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.

Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat

sepanjang zaman.