ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ ﭦ ﭥ ﭤ ﭯ - islam.gov.my · kanak-kanak, masjid, rumah...
Transcript of ﭮ ﭭ ﭬ ﭫ ﭪ ﭩ ﭨ ﭧ ﭦ ﭥ ﭤ ﭯ - islam.gov.my · kanak-kanak, masjid, rumah...
1
“HARAPAN PALESTIN” (24 Ogos 2018 / 12 Zulhijjah 1439)
ۥ
ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ﴿
﴾ڦ
SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan menyeru kepada sidang
jemaah yang dikasihi sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan
kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan
segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan
kita sentiasa berada di dalam rahmat serta mendapat perlindungan Allah
demi mencari keredhaan-Nya di dunia mahu pun di akhirat. Mimbar
pada hari ini akan membicarakan berkenaan: “HARAPAN PALESTIN”.
SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,
Pada hari yang mulia ini, mimbar ingin menarik perhatian kita semua
mengenai penderitaan rakyat Palestin. Pada masa ini, wilayah Palestin
semakin sempit hanya tinggal „sekangkang kera‟ iaitu Semenanjung Gaza
dan Tebing Barat. Umat Islam Palestin semakin terhimpit dan terhapus di
bumi Palestin. Hari ini beribu-ribu orang Palestin terkorban dan tercedera
2
dengan bedilan peluru-peluru roket dan kereta kebal Israel. Israel adalah
bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita,
kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan sebagainya. Israel
juga terkenal sebagai bangsa penjenayah yang kuat memusuhi Islam dan
Arab. Golongan ini bukan sekadar ingin menguasai Palestin, malah Jordan,
Syira, Lebanon, dan Iraq. Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah
dalam surah al-Maidah ayat 78:
ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ﴿
﴾ڃ ڃ ڃ چ
Maksudnya: “Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Agensi Bantuan dan Kebajikan Bangsa-Bangsa Bersatu atau
United Nation Relief dan Works Agency for Palestin Refugees
(UNRWA) ditubuhkan pada tahun 1949 untuk membantu pelarian Palestin
dan masyarakat di Gaza dan Tebing Barat. Tanggungjawab utamanya
ialah menguruskan sistem persekolahan, khidmat kesihatan dan program
bantuan makanan. Dianggarkan 5.3 juta orang bergantung pada program-
program dari UNRWA yang dibiayai oleh masyarakat antarabangsa.
Namun pada awal tahun ini, sumbangan Amerika Syarikat kepada
UNRWA telah dipotong daripada USD364 juta pada tahun 2017 kepada
hanya USD60 juta pada tahun ini. Ini merupakan pengurangan hampir 25
peratus belanjawan tahunan UNRWA. Pihak UNRWA yang mengendalikan
711 buah sekolah memberi peluang pendidikan kepada 525,000 murid dan
150 buah klinik kesihatan asas yang memberi khidmat perubatan kepada 8
3
juta pesakit. Pemotongan sumbangan ini menjejaskan keupayaan UNRWA
mengendalikan sekolah-sekolah dan klinik-klinik di bawah sistemnya dan
juga program bantuan makanan di kem-kem pelarian di Syria, Jordan dan
Lebanon. UNRWA juga memberi peluang pekerjaan kepada 30,000 orang
pelarian Palestin untuk melaksanakan program-programnya. Ini memberi
pendapatan untuk kegiatan ekonomi di Gaza, Tebing Barat dan kem-kem
pelarian.
Amat menyedihkan apabila UNWRA mendedahkan terdapat lebih
500,000 kanak-kanak Palestin termasuk pelarian yang mendapat
perlindungan di negara berhampiran, tidak mendapat pendidikan sempurna
ekoran konflik dan peperangan di negara berkenaan. Bahkan Jumlah
kanak-kanak Palestin tidak mendapat pendidikan akan bertambah saban
tahun jika masalah ini tidak diambil peduli masyarakat dunia. Selain itu,
UNWRA juga berdepan masalah mendapatkan peruntukan bagi membina
sekolah di wilayah bergolak berkenaan, selain menyediakan kemudahan
pendidikan asas kepada kanak-kanak Palestin kerana berdepan sekatan
pihak Israel.
SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,
Jika direnungkan, keadaan tersebut amat berbeza dengan peluang
Pendidikan yang ada di negara kita. Jelas sekali kita sangat bertuah dan
patut bersyukur kerana Malaysia sentiasa berusaha menjadikan sistem
pendidikan berkualiti bermula peringkat pra sekolah lagi. Di negara ini,
setiap pelajar berpeluang belajar mengikut potensi dirinya mengikut
peluang yang ada iaitu sekolah aliran agama, tahfiz, sekolah berasrama
penuh, kolej vokasional, Maktab Rendah Sains MARA dan lain-lain.
4
Bahkan, aspek pendidikan sentiasa ditingkatkan bagi menarik minat
pelajar seluruh dunia menuntut ilmu di negara ini kerana institusi pengajian
yang ada telah berjaya meningkatkan prestasi masing-masing hingga
mampu menyaingi beberapa universiti ternama di peringkat dunia. Kita
dapat saksikan sendiri kewujudan universiti awam dan kolej-kolej swasta
hampir di seluruh negeri yang menawarkan pelbagai kursus pengajian.
Pada tahun lalu, terdapat lebih 170,068 pelajar antarabangsa melanjutkan
pengajian di pelbagai institusi pendidikan negara. Daripada jumlah itu,
136,293 pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian di institusi pengajian
tinggi, manakala 33,031 pelajar di sekolah dan pusat bahasa serta 744
pelajar di institusi teknikal dan vokasional. Jumlah penuntut asing yang
menuntut di negara ini dijangka meningkat sehingga 200,000 orang
menjelang tahun 2020.
Keamanan dan keharmonian yang dikecapi telah memberikan satu
jaminan kepada peluang pendidikan yang sangat efektif. Sesungguhnya
inisiatif kerajaan dalam memastikan pendidikan berkualiti telah
menyaksikan peningkatan kadar literasi rakyat negara ini. Laporan
UNESCO Institute for Statistic pada tahun 2017 menunjukkan bahawa
kadar literasi dalam kalangan rakyat berumur 15 tahun ke atas di Malaysia
secara umumnya sudah menjangkau 94.64%.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Islam sebagai agama rahmah amat mementingkan ikatan
persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu
amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama (Islam). Islam melarang
keras sebarang bentuk kezaliman dan membiarkan muslim yang lain
5
dizalimi. Sabda Rasulullah seperti diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan
Muslim:
Mafhumnya: Daripada „Abdullah bin „Umar RA berkata bahawa Rasulullah
bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat (membantu) saudaranya, maka Allah
akan melaksanakan (membantu) hajatnya. Sesiapa yang
melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup aib
seseorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
Justeru, Mimbar menyeru kepada semua umat Islam di negara ini,
marilah kita bersama-sama bertindak untuk turut berperanan dalam isu
Palestin. Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah memulakan satu usaha
mengutip dana yang dikendalikan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN)
sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menguruskan Tabung
Rakyat Palestin ini. Rakyat Malaysia diseru menyumbang kepada YKN-
Tabung Rakyat Palestin melalui no. akaun: 160140010011300 untuk
mengurangkan penderitaan rakyat Palestin. Sumbangan derma yang
disalurkan ke YKN-Tabung Rakyat Palestin diberi pengecualian cukai
di bawah subseksyen 44(7A)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967.
SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,
6
Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang
Jumaat sekelian untuk menghayati intipati khutbah sebagai pedoman
bersama-sama, antaranya:
Pertama: Umat Islam dituntut menyalurkan bantuan kewangan kepada
rakyat Palestin yang sedang menderita;
Kedua: Menginsafi akan bahaya perpecahan dan perlunya tindakan
segera dalam menyatupadukan ummah seluruh dunia; dan
Ketiga: Memastikan bahawa penjenayah perang Gaza dibawa kemuka
pengadilan dan terus memburu mereka walau di mana jua.
Mimbar juga menyeru masjid-masjid seluruh negara agar
mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa
kehadrat Allah agar dikurniakan kekuatan semangat dan kecekalan
hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel.
ٱ ٻ ٻ ٻ ڃ ڃ ڃ چ چ
ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ﴿
﴾ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹMaksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Isra‟, ayat 1)
8
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami
ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.
Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.
Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat
sepanjang zaman.