| Isnin, 27 Februari 2017 Tempat menarik semakin ‘dekat’ · LALUAN MRT terbaru di Sin-gapura...

1
LALUAN MRT terbaru di Sin- gapura – Laluan Downtown (DTL) – memudahkan perjalanan bukan sa- haja penduduk tempatan, bahkan pelancong dari luar negara, yang boleh pergi ke beberapa tarikan di si- ni dengan lebih mudan dan cepat. Dari stesen Botanic Gardens, mis- alnya, pengunjung boleh ke Kebun Bunga Singapura (SBG) menerusi Bukit Timah Gate, yang terletak se- belah stesen MRT itu. Menurut beberapa pengunjung SBG yang ditemui Berita Harian ba- ru-baru ini, mereka mendapati lebih mudah ke sana dengan menaiki MRT. Antara mereka ialah Cik Lem Jia Hui, 21 tahun, serta sepupunya, Cik Carmen Taw, 24 tahun, yang berkunjung ke SBG dari Johor. “Dengan banyak laluan MRT ber- beza, lebih senang dan cepat nak da- tang ke sini. Tak susah nak cari tem- pat ini, cuma naik MRT dan keluar stesen saja dah sampai. “Kami mahu cuba gunakan DTL untuk ke tempat lain selepas ini pu- la,” ujar Cik Lem. Malah, dengan stesen DTL Botan- ic Gardens merupakan stesen per- tukaran yang menghubungkan pen- umpang dengan Laluan Circle (CCL), seorang pegawai peronda di SBG berkata beliau mendapati lebih ramai pengunjung di kebun bunga itu, termasuk pada hari biasa sejak fasa kedua DTL (DTL2) dilancar- kan. Stesen Botanic Gardens antara stesen di bawah DTL2 yang dibuka pada 27 Disember 2015. Penduduk dan pelancong yang mempunyai anak juga boleh ke taman kanak-kanak pertama di Asia, iaitu Taman Kanak-Kanak Ja- cob Ballas, yang terletak kira-kira li- ma minit berjalan kaki dari stesen Botanic Gardens. Dengan pelbagai pembangunan sedang dijalankan di SBG, orang ra- mai juga boleh menjangka pelbagai pengalaman baru kelak, antaranya di Taman Etnobotani, yang dijangka siap lewat tahun ini. Selain SBG, tempat yang sekarang lebih mudah dituju dengan DTL ialah Masjid Ba’alwie di 2 Lewis Road – dekat stesen MRT Stevens. Menurut seorang anggota je- maah masjid itu, Encik Mohamed Salleh Ibrahim, 77 tahun, DTL me- mudahkan sesetengah orang, khu- susnya jemaah muda, pergi ke masjid itu, tetapi mungkin tidak be- gitu bagi jemaah lebih tua. “Jemaah muda mungkin suka dengan DTL tetapi bagi jemaah leb- ih tua, mungkin agak susah sikit ker- ana penumpang perlu jalan agak jauh untuk bertukar dari satu laluan ke laluan lain. “Lagipun oleh sebab laluan ini masih agak baru, papan tanda arah- annya mungkin mengelirukan bagi sesetengah penumpang yang lebih berusia,” ujar Encik Mohamed Salleh yang tinggal di Aljunied dan pergi ke masjid itu dua kali seming- gu. Tidak jauh dari stesen Stevens ju- ga, orang ramai boleh menyertai pel- bagai kegiatan dan program di Kelab Masyarakat Tanglin. Beberapa stesen MRT DTL pula berdekatan beberapa pusat makan- an popular dalam kalangan warga tempatan, seperti Pusat Makanan Adam Road (dekat stesen Botanic Gardens) dan Pusat Makanan New- ton (dekat stesen Newton). Ini membolehkan orang ramai menjamu selera bersama teman dan keluarga baik pada waktu makan tengah hari mahupun selepas kerja tanpa perlu memikirkan apakah ada ruang bagi kereta mereka di tempat letak kereta. Mereka boleh saja menaiki kere- ta api DTL ke sana. DARIPADA uniform yang dipakai pegawai Biro Siasatan Amalan Ra- suah (CPIB) sebelum Sin- gapura merdeka kepada mesin taip yang di- gunakan mereka pada 1970-an. Itulah antara artifak yang dipamerkan di Pusat Laporan Rasuah dan Warisan CPIB (CRHC) di 247 Whitley Road, iaitu lokasi lama Pondok Polis Kejiranan (NPP) Whitley. Pusat yang baru dibu- ka awal bulan lalu itu ter- letak sekitar lima minit jalan kaki dari stesen MRT Stevens. Orang awam antara lain boleh membuat adu- an tentang kejadian ra- suah dengan pegawai yang bertugas di pusat tersebut. Menurut CPIB sebe- lum ini, lokasi pusat itu dalam kawasan pusat Sin- gapura dan dekat dengan stesen MRT Stevens men- jadikan lebih mudah bagi orang awam berkunjung ke sana untuk melapor- kan tentang kejadian ra- suah yang disyaki. Pusat itu juga menem- patkan galeri interaktif tentang rasuah pertama di Singapura. Orang ramai boleh mengunjunginya dari 10 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Jumaat dan dari 10 pagi hingga 4 pet- ang setiap Sabtu, kecuali hari cuti umum. Pengunjung antara lain boleh menyusuri perjalan- an Singapura menentang rasuah selama ini, dengan kata-kata yang ditekan- kan Perdana Menteri Pen- gasas Lee Kuan Yew pada 2012 mengenai usaha itu diabadikan pada sebuah tembok di pusat tersebut: “... Memastikan Sin- gapura kekal bersih dan bebas daripada rasuah... memerlukan azam politik teguh, sikap sentiasa ber- waspada dan usaha berter- usan...” Beberapa artifak, ter- masuk kamera yang di- gunakan pegawai CPIB bagi siasatan dan operasi dahulu serta nota yang dit- ulis sendiri mantan penga- rah CPIB, Encik P. Ra- jaratnam pada 1959, turut dipamer di galeri itu. Pengunjung juga boleh mengenali peranan CPIB dan mengetahui tentang rasuah dengan lebih dekat serta membaca tentang kes yang pernah berlaku di CRHC itu. Pusat lapor rasuah, kenali CPIB sepelaung dari stesen Stevens Tempat menarik semakin ‘dekat’ SEKILAS TEMPAT MENARIK MUDAH BAGI JEMAAH: Encik Mohamed Salleh berkata DTL memudahkan jemaah pergi ke Masjid Ba’alwie dari stesen Stevens. – Foto-foto ZAINAL YAHYA Hentian minggu ini Hentian sebelum ini DTL 3 DTL 1 & 2 Petunjuk Ubi Bedok North Tampines West Bukit Panjang Cashew Hillview Beauty World King Albert Park Sixth Avenue Tan Kah Kee Botanic Gardens Stevens Newton Little India Rochor Bugis Promenade Chinatown Fort Canning Bencoolen Telok Ayer Bayfront Downtown DT1 DT2 DT3 DT5 DT8 DT10 DT13 DT18 DT17 BP6 DT9 CC19 DT12 DT14 EW12 DT11 NS21 NE7 DT15 DT16 CC4 CE1 DT20 DT21 DT25 DT27 DT28 DT29 DT30 DT31 DT33 DT34 DT9 CC19 DT26 CC10 DT32 EW2 DT35 CG1 Jalan Besar Bendemeer Geylang Bahru Mattar MacPherson Kaki Bukit Bedok Reservoir Tampines Tampines East Upper Changi Expo DTL1 (6 stesen) - Bugis, Promenade, Bayfront, Downtown, Telok Ayer dan Chinatown - dibuka pada 22 Disember 2013. DTL2 (12 stesen) - Bukit Panjang, Cashew, Hillview, Beauty World, King Albert Park, Sixth Avenue, Tan Kah Kee, Botanic Gardens, Stevens, Newton, Little India dan Rochor - dibuka pada 27 Disember 2015. DTL3 (16 stesen) - Fort Canning, Bencoolen, Jalan Besar, Bendemeer, Geylang Bahru, Mattar, MacPherson, Ubi, Kaki Bukit, Bedok North, Bedok Reservoir, Tampines West, Tampines, Tampines East, Upper Changi dan Expo - bakal dibuka tahun ini. Apabila siap sepenuhnya, Laluan Downtown (DTL) yang sepanjang 42 kilometer akan menjadi laluan MRT bawah tanah tanpa pemandu terpanjang di dunia dan akan dimanfaatkan sekitar setengah juta penumpang setiap hari. Jumlah pengguna DTL setiap hari pada hari biasa secara purata naik tiga kali ganda – daripada 83,000 orang pada Oktober 2015 sebelum DTL2 dibuka kepada lebih 250,000 orang pada pertengahan Julai lalu. Laluan Downtown (DTL) Laluan Downtown (DTL) DT22 DT23 DT24 DT19 NE4 JELAJAH DTL Grafik NUR AMANINA ISMAIL Ikuti wartawan BH dalam jelajah DTL menerusi di @ervina.bh DT7 DT6 PUSAT MAKANAN ADAM ROAD PUSAT LAPORAN RASUAH DAN WARISAN CPIB MASJID BA’ALWIE PUSAT MAKANAN NEWTON KEBUN BUNGA SINGAPURA TAMAN KANAK-KANAK JACOB BALLAS KEBUN BUNGA SINGAPURA Boleh dikunjungi menerusi Bukit Timah Gate, selepas keluar dari stesen Botanic Gardens (Pintu keluar A). Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pertama Singapura ini menawarkan pengunjung pelbagai pengalaman berbeza. Orang ramai juga boleh berkunjung ke Taman Kanak-Kanak Jacob Ballas di SBG. PUSAT MAKANAN ADAM RD Sekitar lima minit berjalan kaki dari stesen Botanic Gardens. Pusat makanan yang baru menjalani kerja pembaikan ini menyediakan pelbagai juadah termasuk nasi lemak, sup kambing dan mi goreng. KELAB MASYARAKAT TANGLIN Sekitar enam minit berjalan kaki dari stesen Stevens. Orang ramai boleh menyertai pelbagai kegiatan dan program di kelab masyarakat ini. PUSAT LAPORAN RASUAH DAN WARISAN CPIB Sekitar lima minit berjalan kaki dari stesen Stevens. Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang rasuah dan mengenali peranan CPIB dengan lebih dekat di pusat ini. MASJID BA’ALWIE Sekitar enam minit berjalan kaki dari stesen Stevens. Antara masjid berhampiran stesen DTL. PUSAT MAKANAN NEWTON Sekitar lima minit berjalan kaki dari stesen Newton. Pusat makanan ini sangat popular dalam kalangan warga setempat dan pelancong. Laluan Downtown (DTL) yang terbaru dalam rangkaian MRT Singapura. Fasa pertama dan kedua DTL masing-masing dilancarkan pada 2013 dan 2015. Ia antara lain menghubungkan penumpang dari Bukit Panjang ke kawasan bandar dalam kurang setengah jam. Fasa ketiga dibuka tahun ini, dengan penumpang boleh menjangka perjalanan lebih cepat dari stesen Bukit Panjang ke stesen Expo, merentasi Bukit Timah dan bandar, tanpa perlu bertukar kereta api. ERVINA MOHD JAMIL ([email protected]) mengajak anda menjelajah tempat menarik, seperti ruang riadah, tempat makan dan pusat beli-belah, di sekitar setiap stesen sepanjang DTL. Hentian minggu ini Botanic Gardens, Stevens dan Newton. PUSAT LAPORAN RASUAH DAN WARISAN CPIB JEJAK WARISAN CPIB: Antara artefak di Pusat Laporan Rasuah dan Warisan CPIB ialah mesin taip, kamera dan uniform lama pegawai biro itu. PUSAT MAKANAN NEWTON MUDAH BAGI PENGUNJUNG: Cik Lem (kanan) dan Cik Taw, dari Johor, mendapati senang mengunjungi Kebun Bunga Singapura dengan menaiki MRT DTL. STESEN BOTANIC GARDENS Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction.

Transcript of | Isnin, 27 Februari 2017 Tempat menarik semakin ‘dekat’ · LALUAN MRT terbaru di Sin-gapura...

LALUAN MRT terbaru di Sin-gapura – Laluan Downtown (DTL) – memudahkan perjalanan bukan sa-haja penduduk tempatan, bahkan pelancong dari luar negara, yang boleh pergi ke beberapa tarikan di si-ni dengan lebih mudan dan cepat.

Dari stesen Botanic Gardens, mis-alnya, pengunjung boleh ke Kebun Bunga Singapura (SBG) menerusi Bukit Timah Gate, yang terletak se-belah stesen MRT itu.

Menurut beberapa pengunjung SBG yang ditemui Berita Harian ba-ru-baru ini, mereka mendapati lebih mudah ke sana dengan menaiki MRT.

Antara mereka ialah Cik Lem Jia Hui, 21 tahun, serta sepupunya, Cik Carmen Taw, 24 tahun, yang berkunjung ke SBG dari Johor.

“Dengan banyak laluan MRT ber-beza, lebih senang dan cepat nak da-tang ke sini. Tak susah nak cari tem-pat ini, cuma naik MRT dan keluar stesen saja dah sampai.

“Kami mahu cuba gunakan DTL untuk ke tempat lain selepas ini pu-la,” ujar Cik Lem.

Malah, dengan stesen DTL Botan-ic Gardens merupakan stesen per-tukaran yang menghubungkan pen-umpang dengan Laluan Circle(CCL), seorang pegawai peronda di SBG berkata beliau mendapati lebih ramai pengunjung di kebun bunga itu, termasuk pada hari biasa sejak fasa kedua DTL (DTL2) dilancar-kan.

Stesen Botanic Gardens antara stesen di bawah DTL2 yang dibuka pada 27 Disember 2015.

Penduduk dan pelancong yang mempunyai anak juga boleh ke taman kanak-kanak pertama di Asia, iaitu Taman Kanak-Kanak Ja-cob Ballas, yang terletak kira-kira li-ma minit berjalan kaki dari stesen Botanic Gardens.

Dengan pelbagai pembangunan sedang dijalankan di SBG, orang ra-mai juga boleh menjangka pelbagai pengalaman baru kelak, antaranya di Taman Etnobotani, yang dijangka siap lewat tahun ini.

Selain SBG, tempat yangsekarang lebih mudah dituju dengan DTL ialah Masjid Ba’alwie di 2 Lewis Road – dekat stesen MRT Stevens.

Menurut seorang anggota je-maah masjid itu, Encik Mohamed Salleh Ibrahim, 77 tahun, DTL me-mudahkan sesetengah orang, khu-susnya jemaah muda, pergi ke masjid itu, tetapi mungkin tidak be-gitu bagi jemaah lebih tua.

“Jemaah muda mungkin suka dengan DTL tetapi bagi jemaah leb-ih tua, mungkin agak susah sikit ker-ana penumpang perlu jalan agak jauh untuk bertukar dari satu laluan ke laluan lain.

“Lagipun oleh sebab laluan ini masih agak baru, papan tanda arah-annya mungkin mengelirukan bagi sesetengah penumpang yang lebih

berusia,” ujar Encik Mohamed Salleh yang tinggal di Aljunied dan pergi ke masjid itu dua kali seming-gu.

Tidak jauh dari stesen Stevens ju-ga, orang ramai boleh menyertai pel-bagai kegiatan dan program di Kelab Masyarakat Tanglin.

Beberapa stesen MRT DTL pula berdekatan beberapa pusat makan-an popular dalam kalangan warga tempatan, seperti Pusat Makanan Adam Road (dekat stesen Botanic Gardens) dan Pusat Makanan New-ton (dekat stesen Newton).

Ini membolehkan orang ramai menjamu selera bersama teman dan keluarga baik pada waktu makan tengah hari mahupun selepas kerja tanpa perlu memikirkan apakah ada ruang bagi kereta mereka di tempat letak kereta.

Mereka boleh saja menaiki kere-ta api DTL ke sana.

DARIPADA uniform yang dipakai pegawaiBiro Siasatan Amalan Ra-suah (CPIB) sebelum Sin-gapura merdeka kepada mesin taip yang di-gunakan mereka pada1970-an.

Itulah antara artifak yang dipamerkan di Pusat Laporan Rasuah danWarisan CPIB (CRHC) di 247 Whitley Road, iaitu lokasi lama Pondok Polis Kejiranan (NPP) Whitley.

Pusat yang baru dibu-ka awal bulan lalu itu ter-letak sekitar lima minit jalan kaki dari stesen MRT Stevens.

Orang awam antara lain boleh membuat adu-an tentang kejadian ra-suah dengan pegawaiyang bertugas di pusat tersebut.

Menurut CPIB sebe-lum ini, lokasi pusat itu dalam kawasan pusat Sin-gapura dan dekat dengan stesen MRT Stevens men-jadikan lebih mudah bagi orang awam berkunjung ke sana untuk melapor-kan tentang kejadian ra-suah yang disyaki.

Pusat itu juga menem-patkan galeri interaktif tentang rasuah pertama di Singapura.

Orang ramai bolehmengunjunginya dari 10 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Jumaat dan dari 10 pagi hingga 4 pet-ang setiap Sabtu, kecuali hari cuti umum.

Pengunjung antara lain boleh menyusuri perjalan-an Singapura menentang rasuah selama ini, dengan kata-kata yang ditekan-kan Perdana Menteri Pen-

gasas Lee Kuan Yew pada 2012 mengenai usaha itu diabadikan pada sebuah tembok di pusat tersebut:

“... Memastikan Sin-gapura kekal bersih dan bebas daripada rasuah... memerlukan azam politik teguh, sikap sentiasa ber-waspada dan usaha berter-usan...”

Beberapa artifak, ter-masuk kamera yang di-

gunakan pegawai CPIB bagi siasatan dan operasi dahulu serta nota yang dit-ulis sendiri mantan penga-rah CPIB, Encik P. Ra-jaratnam pada 1959, turut dipamer di galeri itu.

Pengunjung juga boleh mengenali peranan CPIB dan mengetahui tentang rasuah dengan lebih dekat serta membaca tentang kes yang pernah berlaku di CRHC itu.

Pusat lapor rasuah, kenali CPIB sepelaung dari stesen Stevens

Tempat menarik semakin ‘dekat’

SEKILAS TEMPAT MENARIK

MUDAH BAGI JEMAAH: Encik Mohamed Salleh berkata DTL memudahkan jemaah pergi ke Masjid Ba’alwie dari stesen Stevens. – Foto-foto ZAINAL YAHYA

Hentian minggu ini

Hent ian sebelum ini

DTL 3DTL 1 & 2

Petunjuk

Ubi Bedok Nor th Tampines West

Buki tPanjang

Cashew

Hil lv iew

BeautyWorld

King Alber t Park

Sixth Avenue

Tan Kah Kee

Botanic Gardens

Stevens

Newton

Li t t le India

Rochor

Bugis

Promenade

Chinatown

For t Canning

Bencoolen

Telok Ayer

Bayfront

Downtown

DT1

DT2

DT3

DT5

DT8 DT10

DT13

DT18

DT17

BP6

DT9CC19

DT12

DT14EW12

DT11NS21

NE7

DT15

DT16

CC4

CE1

DT20 DT21

DT25

DT27 DT28 DT29 DT30 DT31

DT33

DT34

DT9CC19 DT26CC10

DT32EW2

DT35CG1Jalan Besar

Bendemeer

Geylang Bahru

Mattar

MacPhersonKakiBuki t

Bedok Reser voir

Tampines

Tampines East

Upper Changi

Expo

DTL1 (6 stesen) - Bugis, Promenade, Bayfront, Downtown, Telok Ayer dan Chinatown - dibuka pada 22 Disember 2013.

DTL2 (12 stesen) - Bukit Panjang, Cashew, Hillview, Beauty World, King Albert Park, Sixth Avenue, Tan Kah Kee, Botanic Gardens, Stevens, Newton, Little India dan Rochor - dibuka pada 27 Disember 2015.

DTL3 (16 stesen) - Fort Canning, Bencoolen, Jalan Besar, Bendemeer, Geylang Bahru, Mattar, MacPherson, Ubi, Kaki Bukit, Bedok North, Bedok Reservoir, Tampines West, Tampines, Tampines East, Upper Changi dan Expo - bakal dibuka tahun ini.

Apabila siap sepenuhnya, Laluan Downtown (DTL) yang sepanjang 42 kilometer akan menjadi laluan MRT bawah tanah tanpa pemandu terpanjang di dunia dan akan dimanfaatkan sekitar setengah juta penumpang setiap hari.

Jumlah pengguna DTL setiap hari pada hari biasa secara purata naik tiga kali ganda – daripada 83,000 orang pada Oktober 2015 sebelum DTL2 dibuka kepada lebih 250,000 orang pada pertengahan Julai lalu.

Laluan Downtown (DTL)Laluan Downtown (DTL)

DT22

DT23

DT24

DT19NE4

JELAJAH DTLJELAJAH DTL

Grafik NUR AMANINA ISMAIL

Ikuti wartawan BH dalam

jelajah DTL menerusi

di @ervina.bh

DT7

DT6

PUSAT MAKANAN ADAM ROAD

PUSAT LAPORAN RASUAH DAN WARISAN CPIB

MASJID BA’ALWIE

PUSAT MAKANAN NEWTONKEBUN BUNGA

SINGAPURA

TAMAN KANAK-KANAKJACOB BALLAS

KEBUN BUNGA SINGAPURABoleh dikunjungi menerusi Bukit Timah Gate, selepas keluar dari stesen Botanic Gardens (Pintu keluar A).Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pertama Singapura ini menawarkan pengunjung pelbagai pengalaman berbeza. Orang ramai juga boleh berkunjung ke Taman Kanak-Kanak Jacob Ballas di SBG.

PUSAT MAKANAN ADAM RD Sekitar lima minit berjalan kaki dari stesen Botanic Gardens.Pusat makanan yang baru menjalani kerja pembaikan ini menyediakan pelbagai juadah termasuk nasi lemak, sup kambing dan mi goreng.

KELAB MASYARAKAT TANGLIN Sekitar enam minit berjalan kaki dari stesen Stevens.Orang ramai boleh menyertai pelbagai kegiatan dan program di kelab masyarakat ini.

PUSAT LAPORAN RASUAH DAN WARISAN CPIBSekitar lima minit berjalan kaki dari stesen Stevens.Pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut tentang rasuah dan mengenali peranan CPIB dengan lebih dekat di pusat ini.

MASJID BA’ALWIESekitar enam minit berjalan kaki dari stesen Stevens. Antara masjid berhampiran stesen DTL.

PUSAT MAKANAN NEWTONSekitar lima minit berjalan kaki dari stesen Newton.Pusat makanan ini sangat popular dalam kalangan warga setempat dan pelancong.

Laluan Downtown (DTL) yang terbaru dalam rangkaian MRT Singapura. Fasa pertama dan kedua DTL masing-masing dilancarkan pada 2013 dan 2015. Ia antara lain menghubungkan penumpang dari Bukit Panjang ke kawasan bandar dalam kurang setengah

jam. Fasa ketiga dibuka tahun ini, dengan penumpang boleh menjangka perjalanan lebih cepat dari stesen Bukit Panjang ke stesen Expo, merentasi Bukit Timah dan bandar, tanpa perlu bertukar kereta api. ERVINA MOHD JAMIL ([email protected]) mengajak

anda menjelajah tempat menarik, seperti ruang riadah, tempat makan dan pusat beli-belah, di sekitar setiap stesen sepanjang DTL. Hentian minggu ini Botanic Gardens, Stevens dan Newton.

PUSAT LAPORAN RASUAH DAN WARISAN CPIB

JEJAK WARISAN CPIB: Antara artefak di Pusat Laporan Rasuah dan Warisan CPIB ialah mesin taip, kamera dan uniform lama pegawai biro itu.

PUSAT MAKANAN NEWTON

MUDAH BAGI PENGUNJUNG: Cik Lem (kanan) dan Cik Taw, dari Johor, mendapati senang mengunjungi Kebun Bunga Singapura dengan menaiki MRT DTL.

STESEN BOTANIC GARDENS

6 Berita Harian | Isnin, 27 Februari 2017

Berita SETEMPAT

Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction.