Kesyirikan Pada Kaumnya Nabi Musa alaihissalam Abu Bakar ...
· kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan ... Muzium...
Transcript of · kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan ... Muzium...
KEJOHANAN KARATE SENIOR KEBANGSAAN YANG KE 31
PENGANJUR
Persatuan Karate-Do Negeri Johor
d/a No.1, Jalan kasturi 3
Taman Segamat Bahru
85000 Segamat, Johor
Tel/Fax: 607-9432071 / 012-7222783
PENGERUSI JAWATANKUASA PENGELOLA DAN URUSETIA
En.V.Wrickrama Suriya PIS
d/a 29, Jalan Melodi 3
Taman Melodi, 86000 Kluang, Johor
Tel: 603-51627008 / 012-2819201 / 016-6817296
Email: [email protected]
HOTEL RASMI
Dorsett Johor hotel
Lot 101375 Jalan Masai Lama Mukim Plentong, Johor Bahru - City Center, Johor Bahru, Malaysia 81750 Masai
18 KM daripada Bandaraya Johor Bahru
Room Category Corporate Rates per room Available Rooms
Standard RM130.00 46
Superior RM150.00 15
Deluxe RM170.00 135
Business Suite RM250.00 56
Pasukan boleh menghubungi pihak Hotel untuk membuat tempahan.
Tel: 07-3601000 / Fax: 07-3605000 / website: dorsettjohor.com
KEJOHANAN KARATE SENIOR KEBANGSAAN YANG KE 31
SEJARAH JOHOR BAHRU
Johor Bahru (biasanya disingkatkan menjadi JB) ialah nama ibu negeri Johor dan juga nama daerah metropolitan yang terletaknya di selatan Semenanjung Malaysia. Johor Bahru merupakan bandar raya kedua terbesar di dalam negara Malaysia selepas Kuala Lumpur.
Jumlah penduduk melebihi 900,000 di kawasan bandaraya dan lebih kurang 1.6 juta di daerah metropolitan, Johor Bahru merupakan satu pusat perindustrian, perdagangan, dan pelancongan yang utama. Pelancongan adalah penyumbang yang besar dalam ekonomi Johor Bahru yang mana 60% daripada pelancong-pelancong yang melawati Malaysia setiap tahun berkunjung melalui negara Singapura. Walaubagaimanapun, perkembangan perindustrian di Johor Bahru yang begitu pesat telah menjadikannya sebagai salah satu pusat perindustrian yang terbesar di negara.
Tanjung Puteri, nama asal Johor Bahru diasaskan pada tahun 1855 oleh Temenggong Daeng Ibrahim (Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim), bapa kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, seorang Sultan yang amat dikenangi. Pada permulaannya, ia merupakan sebuah kampung perikanan Melayu. Sultan Abu Bakar menamakannya sebagai "Johor Bahru" sewaktu baginda mengisytiharkannya sebagai ibu kota kerajaan pada tahun 1866, susulan daripada peralihan pusat kerajaannya dari Teluk Belanga di Singapura.
Sultan Abu Bakar berketurunan daripada Temenggong Abdul Rahman, seorang ketua tempatan yang telah menandatangani perjanjian penyewaan pulau Singapura dengan Sir Stamford Raffles dari pihak British pada tahun 1819. Sebahagian besar daripada kemakmuran Johor pada hari kini boleh dikesan secara langsung kepada kejayaan Sultan Abu Bakar memujukkan pengusaha-pengusaha British dan Cina untuk melaburkan dalam bidang pertanian di kawasan baginda. Sultan Abu Bakar menunjukkan kecenderungan yang tergiat dalam perancangan bandar kerajaannya. Oleh sebab itu, banyak daripada bandaraya pada hari kini mempunyai nama dan tanda-tanda baginda, seumpamanya Muzium Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Abu Bakar.
Johor Bahru telah menyaksikan beberapa peristiwa kesejarahan negara terutamanya penubuhan UMNO (United Malays National Organisation), sebuah parti politik yang terbesar di Malaysia, pada tahun 1946. Sejak merdeka, Johor Bahru telah mengalami kemajuan yang amat pesat dibawah pemerintahan kerajaan pusat Malaysia.
Pada 1 Januari 1994, Johor Bahru diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya, yang mana Dato' Hashim Yahya menjadi Datuk Bandar Johor Bahru yang pertama.
KEJOHANAN KARATE SENIOR KEBANGSAAN YANG KE 31
1. Penganjur: Persatuan Karate-Do Negeri Johor
2. Bersama: Majlis Sukan Negeri Johor - Jabatan Belia Dan Sukan
Negeri Johor, Persekutuan Karate Malaysia dan Nestle Products
Sdn.Bhd
3. Borang Penyeraan: Semua Borang Penyertaan yang diisi dengan
lengkap hendaklah dihantar kepada: Pengerusi, Jawatankuasa
Penganjur Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Yang Ke 31, No.29,
Jalan Melodi 3, Taman Melodi, 86000 Kluang, Johor.
4. Alamat e-mail: [email protected]
5. Tarikh Tutup Penyerahan Borang: 2.05.2011(Isnin)
6. Pembayaran: Bayaran yang dikenakan bagi setiap atlit adalah
RM50.00 bagi acara individu dan RM100 bagi acara setiap
pasukan(KATA dan Kumite). Semua bayaran hendaklah dibuat
melalui cek kepada ‘PERSATUAN KARATE-DO NEGERI JOHOR’.
Bayaran tunai boleh dibuat pada hari pendaftaran dan pastikan
bahawa resit penerimaan diterima daripada Bendahari Persatuan
Karate-Do Negeri Johor.
7. Pertanyaan: Sila hubungi En.V.W.Suriya – 012-2819201,
En.Chok Kong Yu – 012-7721920 dan En.Shee Hoon-019-7769311
jika memerlukan keterangan lanjut.
KEJOHANAN KARATE SENIOR KEBANGSAAN YANG KE 31
8. ACARA DAN KATEGORI
LELAKI: WANITA:
Kata Individu Kata Individu
Kata Berpasukan Kata Berpasukan
Kumite Bawah 55KG Kumite Bawah 45KG
Bawah 60 KG Bawah 50 KG
Bawah 67 KG Bawah 55 KG
Bawah 75 KG Bawah 61 KG
Bawah 84 KG Bawah 68 KG
Atas 84 KG Atas 68 KG
Kumite Terbuka Kumite Terbuka
Kumite Berpasukan Kumite Berpasukan
Jumlah Kategori: 20
9. PERATURAN
9.1: Kejohanan Karate Senior Kebangsaan Yang Ke 31 akan dikendalikan
mengikut Peraturan Baru World Karate Federation(WKF).
9.2: Organisasi Teknikal: Persatuan Karate-Do Negeri Johor bersama
pegawai teknikal Persekutuan Karate Malaysia(MAKAF)
bertanggungjawab dalam menganjurkan Kejohanan ini.
9.3: Pengundian: Pengundian perlawanan akan dilakukan melaui
computer(Computer System of Competition Draw)
9.4: Masa Pertandingan Kumite: 3 minit akan diberikan kepada kategori
kumite lelaki dan 2 minit kepada kategori kumite wanita.
KEJOHANAN KARATE SENIOR KEBANGSAAN YANG KE 31
9.5: Format pertandingan adalah ‘single knock out dengan ‘system
repecharge’.
9.6: Kod Pakaian: Semua pengurus, Jurulatih, peserta, pengadil dan hakim
dekehendaki memakai pakaian seragam yang ditetapkan dalam peraturan
WKF.
9.7: Keselamatan Atlit: Adalah wajib bagi atlit menggunakan peralatan
keselamatan mengikut piawaian WKF/Oriental semasa di dalam
gelanggang pertandingan. Peralatan harus diuruskan oleh pasukan
masing-masing. Semua peserta juga diingatkan supaya mengambil
perlindungan insuran masing-masing.
9.8: Borang pelepasan tanggungan: Adalah wajib bagi setiap peserta yang
mengambil bahagian dalam kejohanan ini untuk menyerahkan borang
pelepasan tanggungan yang diisi lengkap dan ditandatangani sebelum
pendaftaran peserta.
9.9: Bendera: Setiap pasukan hendaklah membawa bendera
Negeri/Perguruan(style) masing-masing dan sehelai diserahkan kepada
urusetia kejohanan semasa mesyuarat Pengurus Pasukan.
KEJOHANAN KARATE SENIOR KEBANGSAAN YANG KE 31
10.MESYUARAT PENGURUS PASUKAN/PENGUNDIAN
Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Pengundian akan berlangsung pada:
20.05.2011 2.00 – 5.30 petang di Ball Room Dorsett Johor hotel
11.BUKU CENDERAMATA
Seperti biasa, Buku Cenderamata Kejohanan Karate Senior Kebangsaaan
Yang Ke 31 akan diterbitkan. Iklan daripada semua pasukan adalah
dialau-alukan. Sila isi borang iklan yang disertakan dan hantar bersama
borang penyertaan sebelum 2.05.2011. Kadar dan spesifikasi ruang iklan
adalah seperti berikut:
11.1: Halaman belakang penuh 1 muka surat berwarna………RM1200.00
11.2: Halaman hadapan/belakang mukasurat dalam berwarna.RM1000.00
11.3: Muka surat dalam –hitam putih – 1 muka surat ……... ...RM500.00
11.4: Muka surat dalam- hitam putih – ½ muka surat ……..…RM250.00
Fail Artwork untuk iklan hendaklah disediakan oleh pelanggan sendiri dan
diserahkan bersama bayaran.
Semua bayaran iklan hendaklah dibuat melalui cek kepada:
‘PERSATUAN KARATE-DO NEGERI JOHOR’
Kerjasama dari semua pihak adalah diharapkan demi menjayakan
Kejohanan yang berprestij ini.
SELAMAT MENYERTAI KEJOHANAN
Majulah Sukan Untuk Negara
KEJOHANAN KARATE SENIOR KEBANGSAAN YANG KE 31
12 PROGRAM am
TARIKH/HARI MASA AKTIVITI TEMPAT
19.05.2011
Khamis
0800-1200 1400- 1700-
Seminar dan Peperiksaan Pengadil – Teori Kata & Kumite Praktikal & Peperiksaan
Dorsett Johor Hotel
20.05.2011 Jumaat
0800-1300 1400- 1530 1531-1700 1900-2130
Pendaftaran Atlit dan Timbang Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Pengundian Taklimat Pengadil Jamuan Selamat Datang Dan Perasmian Kejohanan(Tentative)
Dorsett Johor Hotel
21.05.2011 Sabtu
0830-1700 1701- 1830
Pertandingan Hari Pertama Pertandingan Akhir dan Penyampaian Hadiah
Dewan Serbaguna MPJBT Johor Jaya
22.05.2011
Ahad
0830-1630 1631- 1830
Pertandingan Hari Kedua Pertandingan Akhir, Penyampaian Hadiah dan Perasmian Penutupan
Dewan Serbaguna MPJBT Johor Jaya
KEJOHANAN KARATE SENIOR KEBANGSAAN YANG KE 31
13. PROGRAM PERTANDINGAN
21.05.2011 - Sabtu
MASA ACARA KATEGORI TATAMI
0800 - 0900 Taklimat Pengadil dan Persiapan pegawai teknikal
0901 - 1000 Kata Individu Laki-laki
Wanita
Tatami B
Tatami C
1001 - 1100 Kata Berpasukan Laki-laki
Wanita
Tatami B
Tatami C
1101 - 1230
Kumite Individu
Laki-laki <55KG
Laki-laki <60KG
Wanita <45KG
Wanita <50KG
Tatami A
Tatami B
Tatami C
Tatami A
1231 - 1400 REHAT
1401 - 1700
Kumite Individu
Wanita <55KG
Wanita <61KG
Laki-laki <67KG
Wanita <68KG
Laki-laki <75KG
Laki-laki <84KG
Wanita >68KG
Laki-laki >84KG
Tatami A
Tatami B
Tatami C
Tatami A
Tatami B
Tatami C
Tatami A
Tatami B
1701 - 1830 Pertandingan Akhir(Kategori Terpilih sahaja) dan Penyampaian Hadiah
Tatami A
KEJOHANAN KARATE SENIOR KEBANGSAAN YANG KE 31
22.05.2011 – Ahad
MASA ACARA KATEGORI TATAMI
0830 - 0900 Persiapan Atlit dan Pegawai Teknikal
0900 - 1200 Kumite Individu - Terbuka Laki-laki
Wanita
Tatami B
Tatami C
1201 - 1330 REHAT
1331 - 1630 Kumite Berpasukan Laki-laki
Wanita
Tatami A & B
Tatami C
1631 - 1830 Pertandingan Akhir(kategori terpilih), Penyampaian Hadiah Dan Perasmian Penutupan
Tatami A
Nota: Masa yang ditentukan dalam Jadual tersebut tertakluk kepada
pindaan. Semua Pengurus Pasukan diminta memberi kerjasama dalam
menyediakan atlit masing-masing untuk pertandingan dan penerimaan
hadiah mengikut masa. Kerjasama anda semua adalah akar umbi
kejayaan Kejohanan ini.