اااااااااا ااااااااااچkkbs.gov.bn/Muat Turun...

10
1 Mengenai hubungan kerjasama ini, UTB juga perlu memperngkatkan komunikasi dengan pihak industri yang berkaitan. Ini, adalah sebagai langkah supaya pihak universi mempersiapkan para graduannya dengan kemahiran menurut kehendak industri. Dalam masa yang sama langkah ini juga mampu untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi para graduan. Dalam pada itu, para mahasiswa UTB, disamping memburu ilmu dan kemahiran, mereka juga dikehendaki supaya jangan mengabaikan ugama dan kerohanian. Ugama adalah anutan, dan juga sekaligus, sebagai iden kita. Malah iden itu sifatnya lebih menyeluruh, termasuk bahasa dan budaya. Semuanya ini jangan diletakkan di tepi atau dibelakang, tetapi jadikanlah ia pakaian untuk dipakai. Ambilah pengajaran daripada bangsa-bangsa yang maju, mereka itu dak mudah untuk membelakangi iden masing-masing. Inilah juga yang sepatutnya ada pada kita. SEPTEMBER 2019 CANANG ااااااااا چاااااااااKEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN سوكن دانان بلياين كبوداي كمنPekan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-7 UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI (UTB) 12 MUHARRAM 1441 / 12 SEPTEMBER 2019 hps://en.unesco.org/commemoraons/literacyday Director General UNESCO, Audrey Azoulay, on the occasion of the Internaonal Literacy Day Our world is rich and diverse with about 7,000 living languages. These languages are instruments for communicaon, engagement in lifelong learning, and parcipaon in society and the world of work. They are also closely linked with disncve idenes, cultures, worldviews and knowledge systems. Embracing linguisc diversity in educaon and literacy development is therefore a key part of developing inclusive sociees that respect diversityand difference”, upholding human dignity”.

Transcript of اااااااااا ااااااااااچkkbs.gov.bn/Muat Turun...

1

Mengenai hubungan kerjasama ini,

UTB juga perlu mempertingkatkan komunikasi dengan pihak industri yang berkaitan.

Ini, adalah sebagai langkah supaya pihak universiti mempersiapkan para graduannya dengan kemahiran menurut kehendak

industri. Dalam masa yang sama langkah ini juga mampu untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi para graduan.

Dalam pada itu, para mahasiswa UTB, disamping memburu ilmu dan kemahiran, mereka juga dikehendaki supaya jangan

mengabaikan ugama dan kerohanian. Ugama adalah anutan, dan juga sekaligus, sebagai identiti kita.

Malah identiti itu sifatnya lebih menyeluruh, termasuk bahasa dan budaya.

Semuanya ini jangan diletakkan di tepi atau dibelakang, tetapi jadikanlah ia pakaian untuk dipakai.

Ambilah pengajaran daripada bangsa-bangsa yang maju, mereka itu

tidak mudah untuk membelakangi identiti masing-masing. Inilah juga yang sepatutnya ada pada kita.

SEPTEMBER 2019

C A N A N G چاااااااااا اااااااااا

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN كمنرتين كبودايان بليا دان سوكن

Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-7

UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI (UTB)

12 MUHARRAM 1441 / 12 SEPTEMBER 2019

https://en.unesco.org/commemorations/literacyday

Director General UNESCO, Audrey Azoulay, on the occasion of the International Literacy Day

“Our world is rich and diverse with about 7,000 living languages. These languages are instruments

for communication, engagement in lifelong learning, and participation in society and the world of

work. They are also closely linked with distinctive identities, cultures, worldviews and knowledge

systems. Embracing linguistic diversity in education and literacy development is therefore a key

part of developing inclusive societies that respect “diversity” and “difference”,

upholding human dignity”.

2

The Empire Hotel and Country Club, JERUDONG, Ahad, 1 September - Golf Amal Lexus 2019 anjuran NBT Brunei Sdn Bhd telah berjaya mengutip $10,000 bagi disumbangkan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim (DANA).

Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin kepada Pegawai Yayasan, Awang Samsudin bin Haji Puasa.

Juara bagi Kejohanan Amal Golf Lexus disandang oleh Ismail Chuchu dengan keputusan Nett akhir 71.2.

keseluruhan Gross : Bryan Chiew - (74 pukulan), Hong Kok Seng - kedua dan Haji Khairul Jamaluddin - ketiga.

Utama Bowling, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, Ahad, 1 September - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Kejohanan Tenpin Boling sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Badee'.

Faiz Dzulhairy - Juara (191 jatuhan pin), Awangku Haqiquddin - naib johan (168 jatuhan pin) dan Awang Firdaus bin Haji Bakir - ketiga (161 jatuhan pin).

Bagi Kategori Berkumpulan : Pasukan Superheroes-johan

kategori wanita: Hajah Sharifah Rozlina - juara, Dayang Hajah Ardiah Haji Sharbini - naib juara dan Siti Zubaidah - ketiga.

Kategori Senior disandang oleh Haji Awang Bakar bin Haji Awang Ahmad. Manakala Dayang Siti Salmah pula muncul juara dalam Kategori 179 ke bawah.

KEJOHANAN TENPIN BOLING SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-73

GOLF AMAL LEXUS 2019

Dewan Citra, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 4 September - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli menyertai Riadah Berbasikal Keputeraan akan diadakan pada Ahad, 8 September 2019 yang akan bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 dianjurkan sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73, Tahun 2019, manakala Acara Riadah Berbasikal Keluarga Harmoni dan Belia Kebangsaan 2019 sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Kali Ke-8, Tahun 2019; dan Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-14, Tahun 2019.

KKBS dalam penganjuran program ini bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Kesihatan; dan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; juga penglibatan semua kementerian-kementerian lain dan Persekutuan Basikal Brunei Darussalam, memperlihatkan sukan diberikan pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan, dan kestabilan berterusan, khususnya sukan berbasikal.

Acara riadah itu jelasnya, diadakan sewaktu Program Bandarku Ceria, yang lazimnya dimulakan dengan Program Masjidku Makmur, Negara Berkat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien dengan menunaikan Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah dan akan diserikan lagi dengan tazkirah bertajuk 'Budaya Sihat Cepat Merebak', akan disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Kesihatan, Pusat Promosi Kesihatan, Awang Wajidun Ni'am bin Haji Dollah.

Manakala seramai 73 orang pekayuh basikal akan bertolak lebih awal dan akan mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 73 kilometer.

Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 akan dilaksanakan oleh para belia, bertujuan bagi memberikan peluang dan kesedaran kepada para belia dalam aspek kekeluargaan dengan memfokuskan kepada pengukuhan institusi keluarga juga perubahan 'mindset' lebih positif, yang mana acara itu nanti, bertema 'Belia Ceria Keluarga Bahagia' dengan pengisian aktiviti dibahagikan kepada dua zon dan akan dikendalikan oleh agensi kerajaan, swasta, persatuan-persatuan juga kelab-kelab belia, sukan dan yang berkaitan, iaitu Zon Kreativiti dan Inovasi; juga Zon Sukan Ria dan Keluarga.

SIDANG MEDIA RIADAH BERBASIKAL KEPUTERAAN 2019

3

PROGRAM BAS BELIA 2019

Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) BERAKAS, Ahad, 8 September -Seramai 38 belia (24 lelaki dan 14 perempuan) yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun, menyertai Program Bas Belia 2019 yang mana 10 dari Daerah Brunei dan Muara, 11 dari Daerah Belait, 8 dari Daerah Tutong dan 9 dari Daerah Temburong.

Program Bas Belia 2019 selama tujuh hari bermula pada 7 hingga 13 September 2019 ini, dianjurkan oleh KKBS dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan

dan Jabatan Daerah di keempat -empat daerah buat kali kedua.

Program ini dihasratkan agar dapat mendidik dan meningkatkan perkembangan dan pembangunan diri, kepimpinan, daya usaha dan persefahaman para belia. Di samping mendedahkan ilmu dan maklumat mengenai bidang keusahawanan dan penggunaan teknologi dalam keusahawanan serta untuk mengenali dengan lebih dekat lagi identiti, sosia l, budaya dan masyarakat di daerah-daerah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 September - Seramai 375 anak damit yang lahir

pada bulan Februari 2019 seluruh negara telah terpilih untuk menerima Pek

Literasi Awal yang mengandungi beberapa buah buku seperti buku mengenal huruf

dan angka yang sesuai dengan usia mereka dan pek tersebut diberikan secara

percuma kepada anak-anak damit berkenaan.

Program Literasi Awal

adalah salah satu usaha DBP

dalam memperkasa budaya

membaca dalam kalangan

masyarakat khususnya ibu

bapa kepada anak damit pada

awal usia.

PEK LITERASI AWAL

Pusat Belia, BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 6 September - merupakan konvensyen bagi belia Asia Tenggara yang memfokuskan kepada pembarigaan sejarah dan kepelbagaian budaya kepada golongan belia yang berumur 18-40 tahun. Berlangsung selama 3 hari bermula 6 hingga 8 September, ianya merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan bersempena pengiktirafan Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negara Ketamadunan Islam Bagi Rantau Asia dan diungkayahkan sepenuhnya oleh para belia .

KONVENSYEN KEPIMPINAN DAN VARIASI BUDAYA ASIA TENGGARA (SALAMCON) 2019M / 1441H

KEJOHANAN MASTERS FASTPITCH SOFTBALL BRUNEI DARUSSALAM 2019 (NBT TROPHY)

Padang Kebajikan Berakas, BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 September - Sebanyak tujuh buah pasukan menyertai Kejohanan Masters Fastpitch

Softball Brunei Darussalam (NBT Trophy) yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 September.

Kejohanan Fastpitch Masters Softball terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Wanita yang mana disertai oleh pasukan dari

Negara Brunei Darussalam; China, Hong Kong; Indonesia; Japan; Malaysia; Singapura dan Thailand.

Pasukan Bola Lisut Kebangsaan muncul juara kategori wanita manakala Pasukan Bola Lisut Kebangsaan Lelaki berjaya menduduki tempat ketiga.

''Di sinilah kemahiran dalam teknologi digital dapat memainkan peranan yang penting. Dengan memfokuskan kepada peningkatan kemahiran belia dalam bidang berkaitan, ia boleh menyumbang kepada pembangunan budaya dan industri kreatif,

di samping meningkatkan penjanaan hasil dalam bidang berkenaan. Dengan landasan ini, in syaa Allah, budaya sebagai teras jati diri bangsa kita akan terus mendapat keistimewaan dan akan terus dihidupkan sepanjang masa,''

- Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa berucap di Majlis Perasmian Konvensyen Kepimpinan dan Variasi Budaya

Asia Tenggara (SALAMCON) 2019M / 1441H

4

Dewan Persidangan KUALA BELAIT, Khamis, 12 September - Seramai 89 peserta daripada Daerah Belait, Daerah Tutong juga Daerah Brunei dan Muara,

termasuk 10 perwakilan dari Padang, Sumatera Barat, Republik Indonesia mengikuti Persidangan Pertukaran Kebudayaan Brunei Darussalam 2019

(Brunei Darussalam Youth Cultural Exchange Conference 2019 - BDYCEC 2019).

BDYCEC 2019 anjuran Persatuan Belia Belait (PEMBELA), sebagai usaha mendedahkan golongan belia kepada Industri Kebudayaan, Kesenian dan

Pelancongan menerusi pertukaran budaya seni dan pengetahuan sebagai platform bagi Belia Siaga Masa Depan (Future-Ready Youth) ke arah mencapai

Wawasan Negara 2035 .

Kawasan Lapang, Tamu Serambangun, TUTONG, Jumaat, 13 September -

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka

Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin

hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil

kepada 38 orang belia yang telah menyertai Program Bas Belia 2019.

PERSIDANGAN PERTUKARAN KEBUDAYAAN BRUNEI DARUSSALAM 2019 (BDYCEC 2019)

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL PROGRAM BAS BELIA 2019

Atrium Times Square BERAKAS, Jumaat, 13 September - Kedutaan Republik Korea

ke Negara Brunei Darussalam bersama oleh Pusat Membeli Belah Times Square dan

Pertubuhan Pelancongan Korea buat kali keenam menganjurkan Festival Korea.

Festival Korea 2019 diadakan selama tiga hari bermula 13 - 15 September ini,

menawarkan banyak aktiviti menarik yang mempamerkan kepahaman kebudayaan

dan persahatan yang terjalin di antara kedua-dua buah negara.

Antara aktiviti berkenaan, Hanbok Dress-up &

Photobooth; demonstrasi Taekwondo; demonstrasi

penggunaan alat solek dan hiasan rambut; permainan tradisi Korea; kelas masakan; kuiz;

dan bengkel lukisan Korea. Para pengunjung juga berpeluang melawat pameran pada festival

tersebut, yang disertai oleh Kedutaan Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam; Ceragem;

Sinar Holdings; Pertubuhan Pelancongan Korea; dan Pan Bright Travel Service.

FESTIVAL KOREA KUKUHKAN PERSAHABATAN BRUNEI - KOREA

Pusat Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Batu Apoi, TEMBURONG, Sabtu, 14 September - Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil bagi Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Program Perkhemahan ’Legasi Youth Camp 2019’. Program ini baru pertama kali dianjurkan oleh bekas Pemuda Brunei Belia Asia Tenggara dan Program Belia Jepun 2018 atau lebih dikenali sebagai BPY Legasi 45, 2018, dengan sokongan daripada alumni SSEAYP, BERSATU dan Jabatan Belia dan Sukan,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan disertai oleh 69 belia berumur dalam lingkungan 14-18 tahun dan seramai 20 sukarelawan telah mengambil bahagian dalam kem tersebut yang telah diadakan bermula dari 11 hingga 14 September 2019.

PROGRAM PERKHEMAHAN 'LEGASI YOUTH CAMP 2019'

5

6

MESYUARAT LEMBAGA PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL ASEAN (ASSA) KE-36, 17-18 SEPTEMBER 2019

KAYUHAN BASIKAL ANJURAN PERSATUAN BELIA LUMAPAS (PERLU) BERSEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG

MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-73, TAHUN 2019

Sekolah Rendah Lumapas LUMAPAS, Ahad, 15 September - Seramai lebih 200 pekayuh basikal berkayuh sejauh lapan kilometer bagi memeriahkan kayuhan basikal anjuran Persatuan Belia Lumapas (PERLU), bermula dan berakhir di Sekolah Rendah Lumapas. Acara juga diserikan dengan senamrobik dan Persembahan Basikal Fixed Gear (FIXIE) daripada para Belia Kampung Lumapas dalam mewujudkan semangat kekeluargaan dan memupuk keharmonian dalam perpaduan masyarakat penduduk kampung melalui riadah dan sukan .

"Untuk mengatasi cabaran yang sentiasa berubah dalam bidang keselamatan sosial adalah penting untuk terus

meningkatkan faedah kami. Di sinilah ASSA menyediakan platform berharga untuk TAP Brunei Darussalam dan

sememangnya, kita semua, untuk berkolaborasi dan mempelajari amalan terbaik antara satu sama lain"

- Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan semasa berucap pada

Majlis Pembukaan Mesyuarat Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) Ke-36,

Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MANGSA BENCANA RUMAH ROBOH DI KAMPONG SABA DARAT (07 SEPTEMBER 2019) AWANG HAJI MOHD. IRNI BIN HAJI MOHD DAUD

18.09.2019

7

LARIAN SEJARAH BRUNEI 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 September - Sebanyak 65 pasukan, masing-masing terdiri daripada tiga orang ahli menyertai Cabaran Larian Sejarah Brunei 2019 (Brunei History Race Challenge 2019) di Pusat Sejarah Brunei (PSB) yang diadakan sebagai salah satu aktiviti mempromosi Bandar Seri Begawan sebagai Ibu Negara Ketamadunan Islam bagi Rantau Asia 2019 melalui monumen yang mempunyai konsep seni bina Islam dan mercu tanda yang bersejarah di negara ini. Program bertemakan 'Mempelajari Sejarah Inspirasi Masa Depan' (Learn History to Inspire The Future' merupakan julung kalinya diadakan anjuran PSB dengan kerjasama PCSB, Politeknik Brunei dan Victory Athletes yang merupakan salah satu usaha PSB ke arah melestari dan mengembangkan sejarah, warisan juga seni bina Islam, khususnya yang terdapat di pusat Bandar Seri Begawan. Pada masa yang sama, ia juga adalah salah satu medium untuk mendekati generasi muda dan belia juga para pelajar tentang nilai dan kepentingan untuk mengetahui juga memahami sejarah tanah air. Pelbagai acara jualan makanan dan minuman daripada pengusaha tempatan juga aktiviti sampingan, iaitu demonstrasi sukan fizikal berkonsepkan kesihatan seperti 'bootcamp', 'spinning' dan 'trampoline' yang ditaja oleh The Fitness Lab BN dan Helmi Abdullah juga cabutan bertuah memeriahkan lagi acara berkenaan.

NFABD House BERAKAS, Khamis, 19 September - Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Politeknik Brunei (PB) dalam usaha untuk memberikan pengiktirafan bersijil bagi pelajar-pelajar PB yang mengikuti Program Pengadilan Bola Sepak dan Futsal. Berangkat menyaksikan penandatanganan yang berlangsung di NFABD House, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden NFABD.

Program intensif yang akan dikendalikan itu akan menggabungkan teori asas pengadilan juga aspek-aspek praktik pengadilan yang akan dikendalikan oleh para pegawai bertauliah NFABD. Para pelajar berkenaan juga

akan berpeluang mengembangmajukan lagi profesionalisme mereka untuk menjadi seorang pengadil kebangsaan, seterusnya menjadi seorang pengadil bertaraf FIFA.

PENANDATANGANAN MOU NFABD - PB

MAJLIS SAMBUTAN HARI ANTARABANGSA MENENTANG PENYALAHGUNAAN DAN PENGEDARAN DADAH HARAM

The Mall, GADONG, Sabtu, 21 September - Menurut statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 600 konsultasi dijalankan oleh Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja antara 2005 dan 2016 dan secara tidak langsung menjadi cabaran yang perlu dihadapi dalam memastikan dan menjamin kesejahteraan penduduk dan rakyat di negara ini.

Perkara tersebut antara yang disentuh oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa berucap di Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram Tahun 2019. Di samping itu, menurut Yang Berhormat lagi, turut diambil perhatian ialah kes-kes buli yang boleh membuatkan anak-anak rasa tertekan dan berkemungkinan memilih jalan mudah seperti terlibat dengan pengaruh penyalahgunaan dadah dan pengaruh rakan yang tidak bertanggungjawab.

Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram dengan tema 'Listen First - Listening to children and youth is the first step to help them grow health and safe' atau 'Dengar Dahulu - Langkah pertama untuk membantu kanak-kanak dan remaja membesar dengan sihat dan selamat' dengan menekankan langkah mencegah atau 'prevention' penyalahgunaan dadah adalah kaedah terbaik untuk membanteras jenayah ini secara bermakna sebelum ia terjadi.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepadaklip video pendek yang disertai oleh pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Johan pada pertandingan itu dimenangi oleh Kumpulan Anak Melayu Tempatan daripada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan membawa pulang hadiah wang tunai BND1,500 dan sijil. Sementara itu, berada di tempat kedua ialah Kumpulan Hubbun Usrah daripada IBTE Sultan Saiful Rijal dengan hadiah wang tunai BND800 dan sijil serta berada di tempat ketiga ialah Dayang Ana bintu Ramli daripada Kolej International Graduate Studies (KIGS) dengan wang tunai BND600 serta sijil.

"Oleh itu, dengan inisiatif-inisiatif yang bernilai tinggi seperti majlis pagi ini, kempen-kempen kesedaran dan inisiatif untuk memperkasa golongan muda, marilah kita meneruskan usaha bersama untuk memelihara kesihatan dan

kesejahteraan anak-anak kita. Dengan perkongsian amalan-amalan terbaik (best practices) melalui pendekatan Whole of Nation, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

akan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan dalam usaha pencegahan ini,"

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan Majlis Sambutan Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram Tahun 2019

8

Empire Hotel and Country Club, JERUDONG, Selasa, 24 September - Hadir bagi mewakili kerajaan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Kebudayaan,

Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin

di majlis resepsi Bersempena Ulang Tahun ke-70 Pengasasan Republik Rakyat China, Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Brunei.

Majlis resepsi telah dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua buah negara yang diikuti dengan ucapan alu-aluan Duta Besar Istimewa dan Mutlak

Republik Rakyat China ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong yang menekankan mengenai jalinan persahabatan erat antara China dan

Negara Brunei Darussalam yang terjalin sejak dari dulu lagi tambahan lagi dengan kebijaksanaan pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Negara Brunei Darussalam pada tahun lalu.

Majlis diikuti dengan upacara memotong kek ulang tahun ke-70 pengasasan Republik Rakyat China yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri

Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama PYT Yu Hong berserta suami. Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan kebudayaan China, seni bela diri

Kung Fu yang memukau para tetamu dan jemputan yang hadir.

MAJLIS RESEPSI BERSEMPENA ULANG TAHUN KE-70 PENGASASAN REPUBLIK RAKYAT CHINA

Kompleks Sukan Mumong, BELAIT, Khamis, 26 September – Kejohanan anjuran Jabatan

Kokurikulum Cawangan Daerah Belait itu menyaksikan dua perlawanan akhir bagi Kategori B (15

tahun ke bawah) dan Kategori C (18 tahun ke bawah). Lebih daripada 50 pasukan dari sekolah-

sekolah menengah dan maktab-maktab dari seluruh negara bersaing pada kejohanan tersebut,

yang berlangsung di Kompleks Sukan Mumong sejak 18 September lalu.

Sekolah Chung Hwa BSB terpaksa akur di tempat kedua selepas tewas 7-18 di tangan JIS dalam

Kategori B.Manakala dalam Kategori C pula, JIS menewaskan pasukan dari Sekolah Menengah

Sayyidina Ali (SMSA) dengan keputusan 13-22, sekali gus meraih kejuaraan berganda.

Kejohanan turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada dua pemain JIS yang menerima

trofi Pemain Paling Bernilai (MVP) iaitu Isabel Vele dan Iman McCarthy.

KEJOHANAN BOLA JARING KEBANGSAAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2019

Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, BERAKAS, Ahad, 22 September - Permainan Patintero dari Filipina; Handball (Tossing Ball) dan jualan makanan dari Myanmar; Sepak Takraw dari Thailand; dan Poco-Poco Erobik, Terompah Panjang / Bakiak dan Tug of War dari Republik Indonesia adalah antara beberapa jenis permainan tradisi dari negara-negara anggota ASEAN dipamerkan semasa berlangsungnya Hari Sukan ASEAN (ASEAN Sports Day). Terdahulu, acara Hari Sukan ASEAN dimulakan dengan Sesi Mass Aerobic di Pedestrian Mall di kawasan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, diikuti dengan aktiviti berjalan kaki (fun walk) sejauh tiga kilometer juga berbasikal

(fun cycle) sejauh 13.8 kilometer dan diteruskan dengan permainan tradisi negara-negara ASEAN juga acara sukan futsal dan bola jaring di dalam Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Sebanyak empat buah pasukan mengikuti acara futsal dan bola jaring, iaitu Pasukan ASEAN Mission 1;

Pasukan ASEAN Mission 2; Pasukan MCYS; dan Pasukan MFA. Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Juga turut yang hadir memeriahkan acara, Kedutaan-kedutaan Besar dan Suruhanjaya-suruhanjaya Tinggi ASEAN di Negara Brunei Darussalam; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Hajah Dayang Siti Norishan binti Haji Awang Abdul Ghafor; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan), KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut; Pegawai-pegawai Kanan KKBS; juga Ahli-ahli Komuniti ASEAN.

Acara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri merupakan satu komitmen setiap negara-negara anggota ASEAN semasa Senior Official Meeting on Sports (SOMS) pada bulan November 2018 di Myanmar sebagai salah satu acara Memperingati Hari ASEAN yang diraikan pada setiap 8 Ogos. Di samping itu, penganjuran juga bertujuan bagi mengeratkan silaturahim dan memupuk perpaduan, persefahaman juga kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat ASEAN.

HARI SUKAN ASEAN (ASEAN SPORTS DAY)

9

Pusat Persidangan Antarabangsa, BERAKAS, Sabtu, 28 September - Jiwaku Kreatif anjuran Kris Karmila Kreation adalah platform bagi persembahan kesenian dan pameran keusahawan belia tempatan disamping membantu mengutip dana untuk disumbangkan kepada SMARTER Brunei. Persembahan yang melibatkan 150 belia dalam pelbagai bidang seni itu turut diserikan dengan persembahan silat, magik, yoyo dan pancaragam daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), The Hunter.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 September 2019 - Majlis Pelancaran Sukan dan Pengembaraan Brunei (Brunei Sports and Adventure) merupakan inisiatif Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sebagai usahasama dalam memperkembang dan mempromosi pelancongan sukan di negara ini. Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan acara tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. ‘Sukan dan Pengembaraan Brunei’ adalah kerjasama bersama penyedia perkhidmatan pelancongan dan pengendali pemandu pelancongan dengan menampilkan 15 aktiviti iaitu Jungle Camping and Glamping, Jungle Hiking, Mountain Biking, Outward Bound, Paintball, Abseiling/Climbing, Standup Paddling, Watersports, Ziplining, 4x4 Off-road Adventure, All-Terrain Vehicle (ATV), Archery, Birdwatching, Diving dan juga Golf.

MAJLIS PELANCARAN SUKAN DAN PENGEMBARAAN BRUNEI (BRUNEI SPORTS AND ADVENTURE)

JIWAKU KREATIF

Institut Seni Asia Mahakarya BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 29 September - Institut Seni Asia Mahakarya buat julung kalinya menganjurkan Simposium Seni Brunei yang berlangsung di institut berkenaan, yang bertujuan untuk memaparkan maklumat mengenai manfaat dan hasil yang dapat diperoleh melalui pendidikan seni. Simposium selama sehari itu antaranya membincangkan mengenai pilihan pendidikan seni dan peluang pekerjaan dalam industri seni dan kepentingan kemahiran kreatif serta pemikiran kritikal yang terkandung dalam pendidikan berkenaan. Para penceramah pada simposium tersebut masing-masing terdiri daripada para profesional dalam industri seni filem, muzik dan lukisan iaitu Dekan Institut Seni Asia Mahakarya, Dr.Alexander J. Fischer; Pengasas Expression Music, Lily Chiam dan Pengasas Atelier Huifong Ng, Huifong Ng. Simposium turut diserikan dengan persembahan muzikal, video dan pameran lukisan yang mempamerkan sebanyak 48 karya bertemakan kesihatan jantung sempena Hari Jantung Sedunia 2019 yang diraikan pada setiap 29 September setiap tahun.

SIMPOSIUM SENI BRUNEI

10

Jangan khianati amanah yang telah diberikan, dipertanggungjawabkan - Petikan Khutbah Jumaat 27 Muharram 1441/ 27 September 2019.

Surah An-Anfal, ayat 27 :

Tafsirnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul -Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diamanahkan kepada) kamu sedang kamu mengetahui. ”

Sifat amanah bermaksud menepati janji,setia dan jujur. Ia adalah antara sifat terpuji yang dituntut di dalam agama kita. Sesungguhnya sifat amanah merupakan salah satu daripada sifat Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu Sidiq, Amanah,Tabliq (menyampaikan) dan Fatanah (bijaksana).

Perlu diketahui amanah merupakan satu tanggungjawab yang amat besar dan berat untuk dilaksanakan dan ia bukanlah suatu perkara yang mudah dan diambil ringan. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dan memikul sesuatu amanah yang telah diberikan, jangan sampai amanah yang

dipertanggungjawabkan itu dikhianati.

Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu, Rasullallah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Tunaikanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu.” - (Riwayat Imam At-Tarmidzi).

Ingatlah, setiap urusan itu adalah amanah Allah Subhanahu Wata’ala kepada hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengejar nama, pangkat kebesaran dan harta duniawi, sehinggakan amanah yang sepatutnya dilaksanakan itu telah diabaikan dan dicuaikan seperti

menggunakan pangkat atau kuasa yang telah diamanahkan untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga seperti melakukan perbuatan rasuah, pecah amanah dan sebagainya.

Setiap orang perlu sentiasa bersifat jujur dan amanah sama ada dalam kehidupan seharian mahupun dalam pekerjaan sama ada bekerja dengan perkhidmatan awam, pihak swasta atau bekerja sendiri.

Alhamdulillah, pada setiap tahun negara kita Brunei Darussalam meraikan Hari Perkhidmatan Awam dengan tujuan agar warga Perkhidmatan Awam memberikan perkhidmatan yang efisien, bersih, tulus ikhlas, jujur, berkualiti dan produktif. Tema sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-26 pada

tahun ini ialah ‘Perkhidmatan Awam Berintegriti dan Berinovasi Pemangkin Pembangunan Negara’.

Firman Allah Subhanahu wata’ala dalam Surah An-Nisa, ayat 56 yang tafsirannya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah-amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia (hendaklah) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah (dengan suruhan-Nya itu) memberi pengajaran yang sebaik-

baiknya kapada kamu. Sesungguhnya Allah adalah maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

Tim Penerbitan Unit Perhubungan Awam Penyunting & Penyemak, Unit Perhubungan Awam Perwajahan dan Aturhuruf Unit Perhubungan Awam

Jurufoto Hajah Ajijah binti Haji Ali, Pg Suhaimi bin Pg Haji Othman, Haji Norfaisal bin Haji Mohd Salleh.

MAJLIS SAMBUTAN AWAL TAHUN HIJRAH 1441 KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

ي حالل رزق

مڠونداڠ رحمة نڬارا بركت