Cost · Konsep 3P dalam Memastikan Kelangsungan Perniagaan Komitmen Kerajaan Malaysia dan Manfaat...

5
BIL. 45 APRIL 2015 BIL. 45 APRIL 2015 Perniagaan Hijau merupakan antara perniagaan yang mengambil bahagian dalam aktiviti mesra alam (tiada kimia) atau hijau dari aspek pembuatan keputusan hingga proses akhir pengeluaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pembuatan keputusan atau inovasi produk lebih menjurus kepada manfaat masyarakat dan menangani masalah alam sekitar di samping dapat mengekalkan penjanaan keuntungan. Umumnya, objektif utama semua perniagaan adalah untuk memaksimumkan keuntungan (Profit). Syarikat yang hanya bermatlamatkan satu elemen sahaja iaitu pendapatan dikenali sebagai Syarikat “Bottom-Line”, dalam erti kata yang lain ia hanya menitikberatkan keuntungan bersih yang dapat diberikan kepada para pemegang saham. Pada masa kini, kelangsungan sesebuah perniagaan bukan bergantung kepada penjanaan keuntungan sahaja, malah perlu seiring dengan dua elemen tambahan iaitu manfaat sosial dan alam sekitar. Kesedaran masyarakat kini terhadap kedua-dua elemen di atas turut mempengaruhi pasaran dan pemilihan produk sesebuah syarikat. Syarikat yang mengadaptasikan konsep ini dikenali sebagai Syarikat “3P” atau “Triple Bottom Line”. Setiap “P” dalam konsep ini diwakili oleh elemen People (Orang), Planet (Alam Sekitar) dan Profit (Keuntungan). Dalam erti kata lain, syarikat bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata tetapi turut menitikberatkan manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar dalam setiap proses pembuatan keputusan. Konsep ini amat bersesuaian dengan penubuhan koperasi yang objektifnya adalah demi manfaat sosial dan ekonomi (sosioekonomi). Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Teknologi Hijau Negara pada 24 Julai 2009. Dasar ini telah memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu Tenaga, Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial. Umumnya, Kerajaan Malaysia telah mengubah dan mengorientasikan semula dasar bagi menggalakkan pembangunan dan pengeluaran hijau dalam kalangan perusahaan dan koperasi. Konsep 3P dalam Memastikan Kelangsungan Perniagaan Komitmen Kerajaan Malaysia dan Manfaat kepada Ekonomi Economic Social Cost Revenue Growth Underemployment Tulisan Tak Nampak welfare Fair Trade Employee Environment Land Use Resource Consumption Waste Management Rajah 1: Konsep “Syarikat 3P” yang menitikberatkan elemen People, Planet dan Profit dalam perniagaan Noor Shafeeza Zainuddin Pusat Tadbir Urus dan Perniagaan www.mkm.edu.my DIMENSIKOOP BIL. 45 APRIL 2015 34

Transcript of Cost · Konsep 3P dalam Memastikan Kelangsungan Perniagaan Komitmen Kerajaan Malaysia dan Manfaat...

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201534 BIL. 45 APRIL 201534

Perniagaan Hijau merupakan antara perniagaan yang mengambil bahagian dalam aktiviti mesra alam (tiada kimia) atau hijau dari aspek pembuatan keputusan hingga proses akhir pengeluaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pembuatan keputusan atau inovasi produk lebih menjurus kepada manfaat masyarakat dan menangani masalah alam sekitar di samping dapat mengekalkan penjanaan keuntungan.

Umumnya, objektif utama semua perniagaan adalah untuk memaksimumkan keuntungan (Profit). Syarikat yang hanya bermatlamatkan satu elemen sahaja iaitu pendapatan dikenali sebagai Syarikat “Bottom-Line”, dalam erti kata yang lain ia hanya menitikberatkan keuntungan bersih yang dapat diberikan kepada para pemegang saham.

Pada masa kini, kelangsungan sesebuah perniagaan bukan bergantung kepada penjanaan keuntungan sahaja, malah perlu seiring dengan dua elemen tambahan iaitu manfaat sosial dan alam sekitar. Kesedaran masyarakat kini terhadap kedua-dua elemen di atas turut mempengaruhi pasaran dan pemilihan produk sesebuah syarikat. Syarikat yang mengadaptasikan konsep ini dikenali sebagai Syarikat “3P” atau “Triple Bottom Line”. Setiap “P” dalam konsep ini diwakili oleh elemen People (Orang), Planet (Alam Sekitar) dan Profit (Keuntungan). Dalam erti kata lain, syarikat bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata tetapi turut menitikberatkan manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar dalam setiap proses pembuatan keputusan. Konsep ini amat bersesuaian dengan penubuhan koperasi yang objektifnya adalah demi manfaat sosial dan ekonomi (sosioekonomi).

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Teknologi Hijau Negara pada 24 Julai 2009. Dasar ini telah memberi tumpuan kepada empat teras utama iaitu Tenaga, Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial. Umumnya, Kerajaan Malaysia telah mengubah dan mengorientasikan semula dasar bagi menggalakkan pembangunan dan pengeluaran hijau dalam kalangan perusahaan dan koperasi.

Konsep 3P dalam Memastikan Kelangsungan Perniagaan

Komitmen Kerajaan Malaysia dan Manfaat kepada Ekonomi

Economic

Social

CostRevenueGrowth

Underemployment

Tulisan Tak Nampak

welfare

Fair

Trade

Employee

Environment

LandUse

ResourceConsumption

Waste

Management

Rajah 1: Konsep “Syarikat 3P” yang menitikberatkan elemen People, Planet dan Profit dalam perniagaan

Noor Shafeeza ZainuddinPusat Tadbir Urus dan Perniagaan

www.mkm.edu.myDIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201534

BIL. 45 APRIL 2015 35

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 35

Usaha untuk mewujudkan kesedaran tentang perniagaan hijau dan memperkenalkan syarikat-syarikat Malaysia yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan hijau kepada pasaran baru yang sedia ada telah mula menunjukkan hasil yang positif pada tahun 2011.

Pada tahun tersebut, jumlah eksport Malaysia ke atas peranti semikonduktor fotosensitif, sel photovoltaic (PV) dan diod pemancar cahaya (LED) bernilai RM8.34 bilion, diikuti dengan eksport bahan-bahan bangunan hijau juga menunjukkan peningkatan besar seperti bahan-bahan penebat yang digunakan untuk mengurangkan pemindahan haba dan penggunaan tenaga yang turut sama mencatatkan jumlah eksport RM88.21 juta pada tahun tersebut. Revolusi Industri Hijau di Malaysia terus berkembang melalui gergasi perusahaan hijau seperti First Solar Malaysia, Maribumi Starchtect Sdn. Bhd., Titi Eco Farm Resort Sdn. Bhd., SP Multitech Sdn. Bhd., Builders Biomass Sdn. Bhd., Green Age Solar Technology Sdn. Bhd., MTS Fibromat (M) Sdn. Bhd., Zenxin Agri-Organic Food Sdn. Bhd., Myagri Group of Companies, dan Lam Chong Group.

Teras Strategik Pertama dalam Dasar Koperasi Negara (DKN 2011-2020) iaitu merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi melalui aplikasi teknologi hijau adalah salah satu perancangan yang menunjukkan kerajaan Malaysia mengiktiraf teknologi hijau sebagai satu daripada pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara melalui sektor koperasi.

Selaras dengan penubuhan koperasi sebagai entiti yang memberikan manfaat sosioekonomi dalam kalangan anggota, kesedaran untuk mempraktikkan perniagaan hijau dalam perniagaan koperasi dapat menyumbang ke arah manfaat persekitaran (alam sekitar), kesejahteraan masyarakat dan secara tidak langsung menjana keuntungan.

Aplikasi hijau dilihat sebagai peluang kepada sektor koperasi kerana kebanyakan konsep penawaran produk hijau dapat dilakukan secara langsung (segar) kepada pembeli terutamanya koperasi pertanian. Jaringan strategik sesama fungsi boleh dilakukan antara koperasi dalam mempraktikkan perniagaan hijau dalam sektor ini.

Masyarakat kini telah sedar akan kepentingan pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar untuk kelangsungan hidup yang lebih baik kepada generasi kini dan akan datang. Justeru, peningkatan permintaan terhadap pengeluaran produk mesra alam atau sokongan masyarakat tempatan kepada perniagaan yang terlibat dengan perniagaan hijau harus dilihat sebagai salah satu peluang ekonomi oleh koperasi kerana ia bukan sahaja melibatkan unit-unit kecil ekonomi dalam negara, bahkan ia merupakan permintaan seluruh dunia.

Rajah 2: Logo dua buah syarikat hijau yang terbaik

di Malaysia

www.mkm.edu.myDIMENSIKOOP

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201536 BIL. 45 APRIL 201536

Antara kepelbagaian manfaat mempraktikkan perniagaan hijau ke atas ekonomi koperasi secara langsung atau tidak langsung adalah:

1) penjimatan kos dan sumber tenaga (pengurangan cukai, subsidi kerajaan dan lain-lain);2) pertumbuhan ekonomi dengan menyumbang kepada pengukuhan fiskal; 3) meningkatkan produktiviti melalui kecekapan dalam penggunaan sumber semula jadi;4) membuka pasaran baru untuk teknologi hijau (permintaan dan pelanggan baru); 5) barangan dan perkhidmatan mesra alam (inovasi), dan6) peningkatan dalam bilangan pekerjaan hijau.

Amalan perniagaan hijau oleh koperasi boleh dipengaruhi dan memberi kesan kepada alam sekitar, masyarakat dan keuntungan dalam pelbagai cara. Praktis perniagaan yang menekankan aspek “Mesra Alam Sekitar” dapat menjimatkan kos operasi, memberi publisiti yang baik, bahkan menarik pelanggan baru kepada koperasi. Justeru, koperasi di Malaysia yang kebanyakannya beroperasi dalam pasaran tempatan serta dapat membekalkan barangan atau perkhidmatan segar secara langsung kepada pengguna mempunyai peluang yang baik dalam mempraktikkan perniagaan hijau demi kelangsungan perniagaan.

Aspek Pekerja

Elemen “People” dalam konsep Syarikat 3P turut menitikberatkan manfaat dan tindakan pekerja dalam memastikan kelangsungan perniagaan. Malah, salah satu pendekatan yang mudah dalam penjimatan kos operasi adalah memberi kesedaran untuk mempraktikkan amalan hijau dalam kalangan pekerja atau staf koperasi. Latihan awal berkaitan aktiviti kitar semula dan penjimatan penggunaan kelengkapan dan perkakasan elektrik di pejabat boleh dilakukan. Walaupun tampak mudah, turut diakui ia mengambil masa untuk dibudayakan kerana pendekatan ini secara langsung melibatkan kesedaran dan tingkah laku dalam kalangan staf dan anggota. Pengurusan Tertinggi Koperasi perlu

sentiasa komited dalam menyebarkan fahaman dan manfaat hijau kepada staf dan anggota sama ada melalui Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi, mesyuarat bulanan, penampalan poster dan penyediaan kemudahan berkaitan hijau (produk mesra alam digunakan untuk peralatan pejabat dan sebagainya).

Pemupukan disiplin ke arah penjimatan dan budaya hijau harus selari dengan penyediaan kelengkapan pejabat yang bersesuaian. Sebagai contoh, dalam melatih pekerja ke arah pemahaman konsep kitar semula, tong sampah khusus untuk kitar semula perlu disediakan bagi mengasingkan material seperti kaca, kertas dan plastik. Pemasangan penghawa dingin atau penggunaan lampu LED dalam pejabat turut menyumbang kepada pengurangan kos atau bil elektrik koperasi.

Hukuman dan penalti juga boleh dikenakan kepada staf atau pekerja yang tidak mematuhi polisi atau tatacara hijau yang diperkenalkan koperasi. Ini membuktikan bahawa koperasi mengambil serius akan ketidakpatuhan pekerja yang tidak mendukung polisi koperasi, kerana buruk dan baiknya imej korporat hijau secara tidak langsung akan ditonjolkan oleh pekerja tersebut.

Setiap tindakan berkaitan hijau dalam keputusan para pekerja mampu membawa perniagaan koperasi yang mesra alam melalui penggunaan sumber dengan cekap dan lebih cenderung untuk meminimumkan kesan risiko alam sekitar di samping mengekalkan penjanaan pendapatan dengan pengurangan kos operasi yang bersesuaian.

Penyertaan Koperasi dalam Perniagaan Hijau

Pembudayaan Hijau dalam Perniagaan Koperasi

Pemupukan disiplin ke arah penjimatan dan budaya hijau harus selari dengan penyediaan kelengkapan pejabat yang bersesuaian.

BIL. 45 APRIL 201536

BIL. 45 APRIL 2015 37

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 37

Polisi berkaitan alam sekitar perlu dinyatakan secara jelas melalui perbincangan yang kerap dengan para pekerja. Galakkan perkongsian idea (brainstorming) sesama mereka dalam mencadangkan idea-idea untuk membantu merealisasikan perniagaan hijau koperasi. Hal ini akan meningkatkan semangat dan menjana muhibah di antara para pekerja dalam perniagaan koperasi sekali gus menyumbang kepada matlamat yang ingin dicapai koperasi.

Aspek Pelanggan

Koperasi perlu mengenal pasti cara untuk menyampaikan maklumat atau promosi kepada pelanggan tentang tatacara perniagaan serta penawaran produk dan perkhidmatan koperasi yang berkonsepkan “mesra alam”, supaya mereka boleh membuat keputusan untuk memilih dan cenderung membeli produk koperasi berbanding produk pesaing yang sedia ada. Imej mesra alam sekitar boleh dipamerkan dengan meletakkan logo atau label hijau di sekitar premis perniagaan, laman web koperasi, pembungkusan dan invois / resit untuk menonjolkan praktis hijau perniagaan koperasi kepada para pelanggan.

Aspek Pembekal

Koperasi di Malaysia mempunyai jalinan usaha sama dengan pembekal yang kebiasaannya bersesuaian dengan fungsi koperasi terbabit. Misalnya, koperasi pengguna mempunyai pembekal pembungkusan, pembekal tepung, pembekal barangan runcit dan sebagainya. Konsep perniagaan hijau tidak akan berjaya jika jaringan pembekal yang dimiliki koperasi tidak mempraktikkan hijau dalam perniagaan mereka. Penyaringan pembekal perlu dilakukan untuk

kelangsungan permintaan produk koperasi. Jika ada pelanggan menyedari bahawa koperasi mendapatkan sumber daripada pembekal yang tidak mempraktikkan ‘hijau’, maka ia akan memberi kesan ke atas jualan produk sekali gus memberikan imej yang buruk ke atas koperasi. Hal ini adalah kerana konsep hijau merupakan amalan perniagaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat (kebersihan, kesihatan dan lain-lain) dan itulah nilai terbesar dalam keputusan para pengguna masa kini.

Justeru, salah satu usaha yang boleh dilakukan oleh koperasi adalah keperluan dalam mengadakan rundingan dan jaringan dengan pembekal hijau yang boleh menawarkan diskaun jika koperasi memesan sumber pembungkusan produk yang boleh di kitar semula dalam skala yang besar dan mengurangkan kekerapan penghantaran daripada pembekal iaitu dengan menggunakan semula material pembungkusan yang sedia ada seperti tin dan botol yang boleh di kitar semula. Pemilihan material pembungkusan yang boleh di kitar semula yang boleh dikembalikan kepada pembekal bagi mendapatkan diskaun kerana penjimatan penggunaan semula material pembungkusan tersebut turut dipraktikkan. Contohnya, satu botol kaca boleh digunakan sebanyak dua kali untuk pembungkusan minuman. Koperasi perlu menjalankan kajian dan mencari alternatif pembungkusan yang mesra alam sekitar pada setiap masa kerana matlamat atau promosi hijau boleh diadakan secara tidak langsung melalui pembungkusan.

Pembekal hijau bukan sahaja tertumpu kepada perusahaan yang membuat pembungkusan hijau tetapi pengedar sumber pembuatan produk akhir (gula, garam, bahan makanan binatang ternakan dan lain-lain) yang turut menitikberatkan aspek hijau seperti tidak menggunakan bahan-bahan kimia atau pengawet yang boleh memberi kesan kepada kesihatan pengguna dalam masa panjang. Sebagai contoh, sebuah koperasi membuka perniagaan ayam bakar, pada masa yang sama amalan perniagaan hijau turut dipraktikkan dalam perniagaan ayam bakar tersebut. Justeru, koperasi perlu memastikan ayam yang diterima daripada pembekal itu adalah ayam yang halal, bersih penyediaan/pemotongan dan tidak diawet atau disuntik. Malah ia akan menjadi tarikan kuat kepada para pelanggan untuk setia kerana mengetahui keprihatinan koperasi dalam perihal ini.

Negara-negara membangun juga telah mula bergerak ke arah model pembangunan perniagaan hijau yang kompetitif bagi tujuan mencipta pasaran dengan

Rajah 3: Kepelbagaian logo hijau di pasaran antarabangsa

BIL. 45 APRIL 2015 37

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201538 BIL. 45 APRIL 201538

Rujukan

Hirshberg, G. (2008). Stirring it up: How to make money and save the world. Hyperion.Makower,

J., & Pike, C. (2009). Strategies for the green economy: Opportunities and challenges in the new world of business. New York, NY: McGraw-Hill.

Oyewole, P. (2001). Social costs of environmental justice associated with the practice of green marketing. Journal of Business Ethics. (29),239-251.

Polonsky, M. J., & Mintu-Wimsatt, A. T. (1995). Environmental Marketing Strategies. Practice. Theory and Research. NY London:The Haworth Press Inc.

Wahid, N. A., & Abustan, I. Environmental Concern: Between Consumers’awareness And Willingness For Attitude Change.

kepelbagaian inovasi ke atas produk dan perkhidmatan. Sebagai contoh, negara China telah menjadi pemasang dan pengeksport terkemuka dunia produk turbin angin dan sistem solar photovoltaic. Manakala India juga amat menggalakkan perkembangan pesat industri

Aspirasi Hijau untuk Manfaat Masa Depan Sosioekonomi Negara

Rajah 4: Ringkasan Rantaian Nilai Hijau dalam

Perniagaan Koperasi

bio - gas, solar dan lain-lain bentuk tenaga karbon rendah di kawasan luar bandar melalui sijil tenaga boleh diperbaharui.

Kepelbagaian undang-undang berkaitan dengan perniagaan hijau sedikit demi sedikit telah berkembang menjadi sebahagian

daripada piawaian pengeluaran produk dan perkhidmatan bagi sesetengah perusahaan.

Trend ini akan terus berkembang dan implikasinya kepada perniagaan adalah menjurus kepada satu keadaan apabila ia menjadi praktis mandatori dan bukan lagi pemupukan secara sukarela. Oleh yang demikian, sektor koperasi juga perlu menyedari akan perkembangan revolusi ini sebagai peluang dan juga persaingan kepada perniagaan koperasi.

Dalam jangka masa yang panjang, Perniagaan Hijau dilihat sebagai salah satu cara untuk mengekalkan kelangsungan pertumbuhan ekonomi. Penggunaan sumber yang terhad secara produktif melalui aplikasi hijau akan menentukan kelangsungan dan daya saing sesebuah negara dan entiti perniagaan.

Koperasi dan masyarakat perlu memahami konsep bahawa negara dan syarikat yang paling berdaya saing bukanlah mereka yang mempunyai akses kepada kos input yang paling rendah, tetapi mereka yang menggunakan teknologi yang paling maju dan kaedah terkini dalam mengolah input atau sumber yang dimiliki. Justeru, aplikasi hijau secara praktikal amat relevan untuk manfaat semua entiti secara keseluruhan pada masa kini.

BIL. 45 APRIL 201538