بدا اتريچ - lembagaperadabanmelayu.org · dan Kemerdekaan terus dicabar dan dileburkan oleh...

11
ا ادب چييو ڤرادبن من تيكدومبا ايوڬ ڤرادبن مبا www.lembagaperadabanmelayu.org

Transcript of بدا اتريچ - lembagaperadabanmelayu.org · dan Kemerdekaan terus dicabar dan dileburkan oleh...

چيرتا ادب

اومبااين تيكد ڤرادبن ماليو

ملباڬ ڤرادبن ماليو

www.lembagaperadabanmelayu.org

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-7 29hb. September 2018 Kertas Makluman ________________

“CITRA ADAB”

Hasrat Serta Perjuangan Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) Latar belakang 1 Setelah tamat Perang Dunia II, Amerika Syarikat telah mengadakan sebuah Marshall Plan untuk membantu negara-negara Eropah membangun semula. Pelan itu telah menyedut kekayaan sumber alam dan tenaga manusia daripada negara-negara membangun, terutama yang masih dijajah oleh negara Eropah. Desakan ini melahirkan Perang Dingin dengan Soviet Union. Dua puluh tahun berikutan, negara membangun tidak lagi akur kepada muslihat Blok Barat. Maka Amerika memujuk negara Eropah supaya melepaskan penjajahan mereka untuk diganti dengan muslihat persahabatan dan perkongsian kekayaan alam dalam bentuk Pemerintahan sendiri masing-masing dibawah kuasa Penjajah. Sambutan tanah jajahan kepada muslihat demikian adalah dengan mendesak decolonisasi diberi kepada mereka dalam rangka Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNO). Malaya juga terpaut dalam gelombang dekolonisasi selepas Perang Dunia II untuk membebaskan diri daripada pemerintahan Inggeris bermulai daripada tahun 1946. Biarpun Blok Barat gagal menegakkan strategi perkongsian kekayaan dengan negara membangun, mereka tetap dengan tujuan membuat Susunan Dunia Baru (New World Order) bagi mengekalkan Blok Barat sebagai kuasa dunia, yang sekaligus memusnahkan regime International Socialism dan Blok Komunis Soviet Union. 2 New World Order dicanang sebagai sebuah Pemerintahan dunia yang baru dengan Amerika sebagai ketua, di mana sistem ekonomi dan politik berteraskan persamaan hak, dan perolehan kekayaan berlandaskan kekuatan pasaran, yang terikat kepada kuasa kewangan dan pasaran yang juga dipegang oleh Blok Barat (ii, Blok Trans-Atlantic). Dengan mengganti mata wang antarabangsa, Blok Barat telah melancarkan gerakan untuk mengganti regime perdagangan GATT (General Agreement on Trade and Tariff (dibuat dalam Perjanjian Tokyo Round) dengan regime baru yang bebas daripada batas-batas sempadan Kedaulatan negara. Dalam tahun 1982 mereka melancarkan Uruguay Round of Trade Negotiations di Brazil; dan dalam tahun 2000 persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan World Trade Organisation (WTO) mengganti GATT. WTO memindahkan kuasa mutlak mengenai semua jenis perdagangan dunia, kecuali bagi perdagangan padi dan beras, daripada Negara anggota kepada perwakilan WTO. Maka bermulalah gerakan Globalisasi, ii rangkaian persamaan nilai-

1

nilai hidup antarabangsa dalam segala bidang kenegaraan untuk diputuskan oleh badan-badan antarabangsa dalam kerangka New World Order. Maka benteng-benteng Kenegaraan dan Kemerdekaan terus dicabar dan dileburkan oleh unsur-unsur luar serta dalam negeri. Malaysia menerima rempuhan berbagai bentuk daripada gerakan Globalisasi. Gerakan ini sekarang menyelinap diatas segala bidang dan cara untuk menjatuhkan keutuhan sesebuah negara yang berpegang kepada keutuhan Kemerdekaan dan Kebebasan masing-masing. Kebimbangan [DYMM Raja Nazrin Shah pernah bertanya kepada pimpinan ADAB dalam tahun 2012, “Apakah yang membezakan ADAB dengan NGO yang lain? “ Jawapan yang diberikan: “ADAB berhasrat memupuk semula semangat Kebangsaan Melayu bagi menghadapi cabaran Globalisasi, serta pertahankan Kebangsaan dan Kemerdekaan Malaysia dalam masyarakat antarabangsa”. Jawapan Sultan Raja Nazrin: “Eloklah tu.“] 3 Akibat gerakan Globalisasi diatas perkembangan politik dan ekonomi di Malaysia dalam rangka PRU12, dan PRU 13, jelas menunjukkan bahawa Malaysia menjadi sasaran gerakan Globalisasi untuk dirobohkan benteng-benteng Kenegerian dan Kebangsaan yang ada dalam Perlembagaan supaya diganti dengan sifat-sifat yang baru. Kerana menyedari cabaran demikian, maka ADAB merasakan perlu membuat pendirian tegas terhadap cabaran yang sedang berlaku, supaya Bangsa Melayu dan Pribumi, terutamanya, yang menjadi teras Kebangsaan Malaysia, tidak dilalaikan oleh unsur-unsur gerakan Globalisasi meruntuhkan negara ini yang telah dibina diatas Doktrin Kebangsaan Melayu. Barang diingat bahawa Doktrin Kebangsaan Melayu membawa sifat keamanan serta inclusive di dalam Rumpun Bangsa Melayu, dan bukan seperti yang pernah berlaku pada Bangsa lain di Eropah, China, dan di Afrika, dimana satu kaum “ethnic” menggunakan kekerasan ke atas kaum dan negeri lain untuk diterima sebagai suatu Bangsa yang besar. Sifat demikian bererti bahawa Melayu bukanlah hanya satu “kaum”, melainkan satu Bangsa dalam Rumpun Bangsa Melayu”, dan satu Bangsa yang tidak lahir daripada paksaan. 4 ADAB adalah nama ringkas bagi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB). Ia ditubuh dalam tahun 2010 dan didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sebagai Pertubuhan Bukan Pemerintahan pada 8hb. Februari 2011, dengan No. Pendaftaran, 0548-11-WKL. Sifat dan tujuannya dijelaskan dalam KANUN Lembaga Peradaban Melayu. 5 Dalam Mukadimah KANUN ADAB, antara lain, mengambil maklum akan perkembangan gerakan Globalisasi setelah terbentuknya WTO, yang menjalar ke seluruh dunia dengan doktrin persamaan hak, perkongsian Kedaulatan dan Kuasa rakyat sepenuhnya bagi mentadbir negara, dan semua manusia tanpa mengira bangsa, kepercayaan, dan negara. Mukadimah itu juga menyatakan kebimbangan bahawa, “…kepimpinan Bangsa Melayu dalam Kerajaan dan dalam parti politik semuanya telah memperlihatkan kelemahan semangat untuk mempertahankan kedudukan serta keistimewaan dan Kedaulatan Bangsa Melayu, Raja-Raja dan Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia; dan kerana Bangsa Melayu merasa tercabar dan tidak selamat di Tanah Air sendiri…”

2

6 KANUN ADAB menjelaskan bahawa tujuan ADAB ditubuhkan adalah bagi memupuk semula semangat cinta dan kesetiaan yang dibawa dalam doktrin Kebangsaan Melayu supaya kekal dilaksanan di negara ini dengan cara: “…mendukung serta memelihara Peradaban Melayu sebagai Umbaian Tekad Peradaban (Lampiran 1) yang menjiwai Semangat Kebangsaan Melayu…” Demikianlah misi ADAB.

Cabaran semasa 7 Dengan pertukaran Pemerintahan negara pada bulan Mei 2018, kebimbangan ADAB bertambah runcing kerana perkara-perkara pokok dan asas pada kenegaraan ini telah dipersoalkan oleh pimpinan politik, academia, dan aktivis sosial tanpa menghiraukan peruntukan Perlembagaan, sejarah kebangkitan Bangsa, dan “Doktrin Kebangsaan Melayu” yang dibawa dalam pembentukan negara ini. Ditambah pula dengan percakaran wakil rakyat berdebat dalam Parlimen, dan dalam media umum, tanpa menghirau akan tertib dan Peradaban yang dibawa oleh Bangsa ini. Kami merasa keutuhan Negara dan Bangsa sebagai sebuah Persekutuan Kerajaan Melayu Berperlembagaan, dengan Demokrasi Berparlimen amat tercabar oleh unsur luar dan dalam negeri yang jelas menyokong gerakan Globalisai yang tentunya akan meruntuhkan keutuhan Negara. 8 Antara perkara terpenting adalah usaha mereka supaya dipinggirkan Majlis Raja-Raja, “kedudukan khas” Bangsa Melayu dan Pribumi, dan hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia daripada dasar Kerajaan yang baru ini. Tiada kurang penting adalah usaha meremeh Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan; serta menidakkan susunan dan pentadbiran Islam sebagai Agama Negara Malaysia. Untuk merangkum semua usaha demikian Pemerintahan sekarang membawa semboyan “Malaysia Baru “dengan hujah bahawa demokrasi dalam Negara ini mengatasi segala-galanya. Tetapi yang dimaksudkan bukan saja untuk mengubah dasar Pentadbiran yang baru, melainkan juga mengubah imbangan hak istimewa rakyat, tetapi juga imbangan kuasa Raja dan Negeri yang sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri-Negeri yang sedianya amat rapuh (sensitive). Jika usaha ini terus berlaku, sifat Malaysia sebagai sebuah Persekutuan Kerajaan-Kerajaan Melayu. Akan hilang sama sekali. Implikasi yang dibawa oleh semboyan “Malaysia Baru”, akan merobohkan benteng-benteng Kedaulatan dan Kemerdekaan Negara dalam gerakan Globalisasi, dan meruntukan keutuhan Perlembagaan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Amat trajik apabila kemusnahan demikian berlaku yang dipacu, dengan sengaja atau tidak, oleh unsur-unsur dalam Negeri, hanya kerana mendapatkan kuasa sementara sebagai Pemerintah. 9 ADAB sama sekali tidak ingin melihat Negara ini dibina semula sebagai “Malaysia Baru” dalam rangka Dunia Order Baru dengan menghapuskan “Doktrin Kebangsaan Melayu” yang ada pada Perlembagaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri yang dibawa di atas idiologi Kerajaan Berperlembagaan, dan demokrasi berParlimen, untuk diganti dengan doktrin Globalisasi ala Dunia Order Baru. “Malaysia Baru” hanya boleh dilahirkan jika tujuan itu dibawa daripada keadaan “ante kemerdekaan” pada tahun 1956.

3

Doktrin Kebangsaan Melayu 10 “Doktrin Kebangsaan Melayu” adalah sumber kesahihan (legitimacy) kepada perlembagaan serta hukum-hakam sebuah Negera ini. Mengikut kajian sejarah, DNA, Bahasa, dan Peradaban, orang Melayu adalah penduduk asal di dalam Benua Sundaland sejak ribuan tahun sebelum Benua itu berpecah, tenggelam, dan meninggalkan sebuah Gugusan Kepulauan Melayu yang masih diduduki oleh orang Rumpun Bangsa Melayu. Biarpun mereka terpisah di dalam gugusan kepulauan ini, tetapi mereka masih mempunyai persamaan darah, cara hidup dan kebudayaan, serta persamaan bahasa antara mereka dengan sifat Rumpun Bangsa Melayu. Perkongsian Tamadun dan Peradaban dalam sejarah kenegerian antara mereka adalah sifat terpenting yang ada pada “Doktrin Kebangsaan Melayu”; iaitu sama seperti yang ada pada Bangsa lain di dunia ini. 11 “Sifat ke-dua pada “Doktrin Kebangsaan Melayu” seperti juga bagi doktrin Bangsa lain, adalah kerana pengalaman hidup bersama selama ribuan tahun dalam persekitaran alam maya yang serupa. Rumpun Bangsa Melayu adalah kumpulan induk yang membina Tamadun dan Peradaban dalam persekiran Gugusan Kepulauan yang mempunyai sifat-sifat yang amat istimewa. Mereka membentuk satu-satunya Peradaban Gugusan Kepulauan di dunia yang bercirikan Kerajaan Persekutuan, sebelum Negeri-Negeri mereka dipecah-belah oleh kuasa Barat mulai tahun 1511. Kerajaan demikian dibina dalam beberapa tempat sebelum Dapunta Hiyang membuka negeri di Palembang yang dinamakan Kerajaan Sriwijaya dalam tahun 684 MS. Sriwijaya dibangun sebagai sebuah Kerajaan di mana semua Kerajaan Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu bernaung di bawahnya, dalam suatu Persekutuan Kerajaan Melayu. Mereka bertahan sehingga kepada zaman Kerajaan Sailendera dan Majapahit, dan membawa kepada Kesultanan Melaka; iaitu lebih satu millenia lamanya. Inilah sifat penting yang di waris dan dimaktubkan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. Dalam masa satu milenium itu semua penduduk Rumpun Bangsa Melayu dalam negeri, serta tanah jajahannya, di pulau mana sekalipun, adalah “inclusive” sebagai Rakyat Kerajaan Bangsa Melayu. Tidak hairanlah Majlis Raja-Raja melahirkan suatu “rider” dalam Syarat Rujukan (TOR) kepada Suruhanjaya Reid, supaya semua orang Melayu yang berada di Semenanjung, P. Pinang dan Melaka bermastautin di Negeri Melayu pada hari Malaya merdeka (5 Ogos 1957) harus diiktiraf sebagai Bangsa Melayu. Cadangan ini diterima oleh Kerajaan Inggeris, dan mereka yang disebut itu diiktiraf berstatus Bangsa Melayu tulin. 12 Sifat ke-tiga pada “Doktrin Kebangsaan Melayu” yang dibawa oleh Kerajaan Sriwijaya dalam negeri dan tanah jajahannya yang luas itu; dan yang juga diperintah oleh Kerajaan- Kerajaan Melayu di mana Kedaulatan dan Kuasa diturun daripada Kerajaan Sriwijaya, maka Kerajaan Sriwijaya adalah Kerajaan Mamanda, atau Induk kepada semua. Inilah bentuk Persekutuan Kerajaan-Kerajaan Melayu (Federation of Malay Monarchies) yang di warisi oleh Raja-Raja Melayu, dan dituang kepada Majlis Raja-Raja dalam bentuk Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, dan seterusnya kepada Kerajaan Persekutuan Malaya dalam tahun 1957. 13 Sifat ke-empat pada “Doktrin Kebangsaan Melayu”, adalah segala tanda-tanda kebesaran dan kemegahan yang ada pada Kerajaan Melayu, baik di Semenanjung mahu pun yang terpakai di Gugusan Kepulauan Melayu, juga lahir dalam bentuk Undang-Undang negeri, dan Adat dan Resam dalam Peradaban Melayu. Setelah Bangsa Melayu memeluk Agama

4

Islam hampir 500 tahun setelah terbentuk Kerajaan Sriwijaya, di Bukit Seguntang, Palembang, Wa’ad antara Raja dan Rakyat telah mengikat semangat kasih dan kesetiaan Kebangsaan Melayu, iaitu antara Raja dan Rakyatnya. 14 Sifat ke-lima pada Doktrin Kebangsaan Melayu adalah Bahasa Melayu yang menjadi ikatan Tamadun dan Peradaban kepada Rumpun Bangsa Melayu, bukan sahaja sebagai bahasa kekeluargaan, tetapi juga sebagai Bahasa Perdagangan antarabangsa, Bahasa Ilmu dan Kebudayaan, dan juga sebagai Bahasa hubungan diplomatik dengan bangsa-bangsa asing. 15 ADAB menghormati dan menerima semua sifat yang ada pada “Doktrin Kebangsaan Melayu “, serta keunggulan dan bersinambungan perlaksanaanya semenjak zaman tertua Kerajaan Kedah sebelum MS, membawa kepada Kerajaan Sriwijaya, kepada Sailendra, Majapahit dan Melaka. Doktrin ini tidak putus-putus berada pada Kedaulatan Kerajaan Melayu di Semenanjung, biar pun Kuasa Pemerintahan dilaksanakan oleh Inggeris dan Jepun (kecuali di negeri Melaka dan P. Pinang di mana Kedaulatan dan Kuasa Pemerintahan terserah kepada mereka). Pada tahun 1957 Kedaulatan, Kuasa Pemerintahan, di atas kedua-dua negeri ini dikembalikan kepada Persekutuan Kerajaan Melayu untuk diuruskan oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

16 “Dokrin Kebangsaan Melayu “ kekal dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948), Malaya (1857), dan Malaysia (1963) dengan persetujuan Raja dan Bangsa Melayu, yang dilembagakan dalam bentuk Kerajaan Persekutuan BerPerlembagaan, dan Demokrasi Berparlimen ( Federation of Malay Constitutional Monarchy, with Parliamentary Democracy ). Doktrin Kebangsaan Melayu adalah teras Kebangsaan Malaysia, dan ini pula diikat pula dengan Kontrak Sosial kepada Adat, Resam dan Peradaban Melayu yang persetujui oleh pimpinan UMNO, MIC, MCA dalam perundingan kemerdekaan antara Kerajaan Melayu dan Inggeris pada tahun 1956-57. Maka jelas “Doktrin Kebangsaan Melayu” adalah ikatan semangat kasih-sayang, kesetiaan, dan perpaduan bagi semua rakyat Negara ini. Ia tidak harus dipertikaikan, dipinda, atau dimusnahkan kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja serta dengan ikhsan Bangsa Melayu mengikut cara yang ada pada Adat dan Resam Peradaban Melayu. Majlis Raja-Raja Melayu 17 Pada Majlis Raja-Raja tersimpan berkekalan Kedaulatan pada Bangsa, dan Tanah Air, serta Kuasa Pemerintahan tertinggi bagi Negara ini. Dalam apa keadaan sekali pun Kedaulatan yang ada pada Majlis Raja-Raja itu, dan pada Sultan dan Raja Negeri , sama-sekali tidak terpisah daripada doktrin Kebangsaan Melaayu dalam Negara ini. Dan sebagai Negara demokrasi berParlimen, Majlis Raja-Raja melantik YDP Agong sebagai Ketua Negara Sementara, dan Gabenor oleh YDA ( lima tahun sekali ), bagi wakil Baginda sebagai Ketua Kerajaan Negeri berkaitan, Sultan dan Raja Negeri Melayu terus memegang Kedaulatan negeri dan Kuasa Pemerintahan berkongsi dengan YDP Agong seperti yang ditentukan dalam Perlembagaan Malaysia dan negeri masing-masing. Kuasa Pemerintahan Negara dan Negeri dilaksanakan oleh Wakil Rakyat di Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri mengikut peruntukan yang ada pada Perlembagaan Malaysia dan Negeri.

5

18 Bagaimana pun semua keputusan berkaitan perundangan oleh Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri hanya dilaksanakan setelah mendapat persetujuan Ketua Negara, atau Negeri. Syarat demikian juga berlaku pada Badan Eksekutif, dan Kehakiman di bawah naungan Ketua Negara atau Negeri Perlembagaan mengikut peruntukan Perlembagaan Kerajaan dan Undang-Undang masing-masing yang berkaitan. Di sini terletak imbangan Kuasa yang rapuh antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri, dan juga percanggahan yang sering berlaku antara Kerajaan dan Pemerintahan demokrasi. Cara penyelesaian yang ada dalam Perlembagaan samada tidak diambil maklum, atau tidak mahu diambil kira. Ahli perundangan lebih cenderung membuat keputusan berpandukan convention Wesminster, yang dipercayai sebagai lakaran tulin bagi Perlembagaan negara ini. Pendapat demikian menafikan bahawa doktrin yang membentuk Kebangsaan pada negara ini bukan datang daripada Magna Charta, melainkan daripada doktrin Kebangsaan Melayu yang dibawa daripada zaman Sriwijaya yang lahir jauh sebelum Magna Charta lahir. Cara penyelesaian, seperti yang ditunjukkan oleh Almarhum Sultan Azlan Shah, Sultan Perak dalam pertikaian yang timbul pada pemerintahan dalam tahun 2008, adalah mengambil jalan penyelesaian mengikut Adat dan Resam Melayu yang ada pada doktrin Kebangsaan Melayu. 19 Ketua Kerajaan Persekutuan dan Negeri harus menyelesaikan masalah Negara dan Negeri yang timbul dengan berpandu kepada Doktrin Kebangasan Melayu, tidak kepada manifestasi pilihan perwakilan rakyat yang berlaku secara berkala, dan bersifat sementara. Lagi pun Kuasa Negara dan Negeri dalam Kerajaan Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen (secara perwakilan rakyat) terletak pada asas YDP Agong dan Majlis Raja-Raja yang melantik Baginda. Dan juga, kuasa rakyat hanya berlandaskan jumlah pilihan pengundi yang terbanyak, manakala kuasa Ketua Negara ini adalah berterusan tanpa batasan tempoh. Kuasa itu juga meliputi pengurusan keselamatan dan hak bagi pihak semua rakyat, yang memilih wakil dan parti politik memerintah, dan wakil pembangkang, serta yang tidak memihak kepada sebarang parti. Ketua Negara juga melindungi hak bagi rakyat yang tidak boleh, atau tidak dibenarkan, memilih wakil Pemerintah Negara / Negeri pada masa PRU dilaksanakan. Doktrin Kebangsaan Melayu yang dibawa dalam Perlembagaan Malaysia lebih kemas dan adil bagi semua warganegara dibanding dengan sistem demokrasi yang dibawa dalam gerakan Globalisasi yang membawa penumpuan kuasa dalam bentuk Order Dunia Baru. Kedudukan “Istimewa” orang Melayu dan Pribumi 20 Dalam sejarah Tamadun dan Peradaban Melayu dan Pribumi, mereka berkongsi kedudukan dengan Raja untuk membina Bangsa Melayu dan Kerajaan Melayu. Kesatuan ini tidak terpisah sepanjang zaman, terutama semenjak zaman Sriwijaya, Sailendera dan Majapahit berkuasa. Oleh itu “Kedudukan khas bagi orang Melayu dan Pribumi” (iaitu Rumpun Bangsa Melayu ) yang ada dalam Perlembagaan bukanlah suatu “keistimewaan” yang diberi oleh mana-mana pihak dalam perundingan tiga-segi bagi Kemerdekaan ini. Kedudukan yang dimaksudkan adalah hasil kesepakatan antara Raja dan orang Melayu serta Pribumi dalam Kerajaan Melayu. Bagi menerima orang bukan Melayu menjadi warganegara dalam Persekutuan Kerajaan Melayu dengan syarat yang longgar, mereka sedia mengurangkan hak mutlak seperti yang tercatat dalam Perlembagaan 1957. Kesepakatan itu dibuat dengan cara menyimpan (dikhaskan-reserve) hak mereka (dan Pribumi lainnya dalam tahun 1963), di dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri. Bagi maksud itu, beberapa

6

bidang pemerintahan dikhas kepada Bangsa Melayu, iaitu orang Melayu dan Pribumi; dan juga dengan syarat bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mengambil balik (nationalise} harta dan kekayaan yang ada pada orang bukan Melayu pada hari Kemerdekaan Tanah Melayu, iaitu 5 Ogos 1957.

21 Seperti yang ada pada Doktrin Kebangsaan Melayu, Kedaulatan Bangsa dan Negara disahihkan kepada semangat kasih-sayang, persetiaan antara Rakyat dan Raja dan keutuhan Negeri serta tanah-jajahannya. Dalam sejarah Tamadun dan Peradaban Melayu, sifat-sifat ini salin isi-mengisi antara satu dengan yang lainnya. Maka lahirlah pepatah dalam Adat Bangsa Melayu, bahawa “Rakyat dan Raja Berpisah Tiada”. Malah Doktrin tersebut ditegaskan pula dalam Wa’ad yang dilafaz antara Demang Lebar Daun dengan Raja Merah Silu di Bukit Seguntang, dan dalam rangka Kesultanan Melayu apabila mereka menerapkan hukum-hakam Islam dalam Pemerintahan Negeri. 22 Demikianlah “kedudukan khas Bangsa Melayu” dalam Kerajaan Melayu sebelum Inggeris kembalikan pemerintahan (serta kedaulatan yang dipegang oleh mereka di P. Pinang dan Melaka) kepada Kerajaan Melayu Persekutuan dalam tahun 1957. Maka jelas dalam sejarah dan peradaban Melayu, Doktrin Kebangsaan Melayu adalah satu perkongsian semangat kasih sayang, kesetiaan antara Rakyat dan Raja, serta keutuhan Negeri dan tanah jajahan. Maka Raja dijunjung (diangkat martabatnya sebagai Raja), seperti yang berlaku kepada Hiyang Dapunta, iaitu pembina Kerajaan Sriwijaya yang dipercayai serta diangkat untuk mengetuai Bangsa dan Kerajaan Melayu. Maka lahirlah dalam Peradaban Melayu kepercayaan, “Tiada orang Melayu, tiadalah Raja Melayu; tiada Raja Melayu tiadalah Kerajaan Melayu, dan apabila tiada Kerajaan Melayu, tiadalah Bangsa Melayu.” Bangsa Melayu memberi hormat dan mengangkat sembah kepada seorang ketua antara mereka yang bergelar Raja, dan bersama menjunjung Kedaulatan dan Kuasa negeri. 23 Tetapi kedudukan khas Bangsa Melayu dan Pribumi dalam Perlembagaan, serta jaminan dalam hak dalam Wasiat Raja-Raja sekarang bergegas untuk dipinda atau ditiadakan oleh sebahagian warganegara Malaysia. Tuntutan demikian sengaja melupakan bahawa perkara itu berupa pra-syarat dalam Perlembagaan bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan dalam bentuk Demokrasi Berparlimen. Tujuan mengkhaskan kedudukan Bangsa Melayu adalah juga untuk membenarkan rakyat Inggeris dari Negeri Selat, dan warga Komenwel, serta pendatang asing, diterima sebagai warganegara dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. 24 Kami yakin usaha timbal-balik pada “kedudukan khas” Bangsa Melayu dan Pribumi, dengan perkongsian hak berkaitannya, tidak saksama dan harus diselesaikan dengan segera untuk menjaga keutuhan dan pembangunan Negara, serta bagi menghadapi cabaran Globalisasi. Jika keadilan dalam perkara-perkara begini tidak berlaku, jangan salahkan Melayu jika mereka mahu dan bergerak kembali kepada keadaan asal sebelum 1957. Bahasa Melayu 25 Seperti yang sedia dimaklum, Bahasa Melayu adalah Bahasa Peradaban Melayu yang tidak boleh dipisah daripada Bahasa Rumpun Bangsa Melayu di Gugusan Kepulauan Melayu;

7

malah Bahasa yang membawa sifat yang penting dalam Doktrin Kebangsaan Melayu serta kepada Kebangasaan bagi Negara ini. Pautan yang kental antara Kedaulatan dan Kuasa Raja/Sultan di atas Rakyat dan Tanah Air serta Tanah Jajahan, terletak pada Bahasa Melayu sebagai nadi yang tidak boleh dipisahkan; begitu juga ia tidak boleh dipisah daripada Pandangan Hidup (Worldview) masyarakat dunia, seperti juga halnya dengan Bahasa ibunda bagi negara lain di dunia ini. 26 Oleh itu ADAB menegaskan bahawa penguasaan dan amalan Bahasa Melayu oleh semua bukan saja bagi tujuan mencari ilmu, melainkan juga sebagai pengenalan diri dan Kebangsaan warganegara, serta amalan kesetiaan kepada Negara. 27 ADAB menolak sebarang usaha menafikan peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi di negara ini, kerana perbuatan demikian adalah suatu pengkhianatan kepada perjanjian dan keutuhan negara. Usaha pemerintah untuk membangun negara ini hendaklah bermula dengan mengaitkan Bahasa Melayu sebagai pengenalan diri, kebangsaan, kemajuan ilmu dan perhubungan Antarabangsa. Dasar ini tidak menghindarkan pelajaran bahasa antarabangsa lain yang diperlukan untuk menghadapi cabaran gerakan Globalisasi dalam segala bidang. Islam sebagai Agama Malaysia 28 ADAB membawa ingatan bahawa Rumpun Bangsa Melayu, semenjak keruntuhan Benua Sundaland hingga sekarang, telah ribuan tahun mengalami zaman peradaban animisma dengan kebijaksanaan menerima dan menguasai alam-maya. Juga tidak disangkal mereka menempuh zaman kebesaran dewa dan pari-pari pada kepercayaan Hindu, yang ditempa pula oleh zaman kebesaran ilmu Buddha. Semuanya membawa pengaruh besar kepada minda serta Peradaban Melayu sepanjang zaman. Tetapi “cahaya kebenaran” bagi Bangsa Melayu untuk hidup sebati dengan alam maya dalam keadaan damai dan suci zahir apabila Bangsa Melayu mengenal Peradaban Islam hanya kurang seabad setelah Piagam Madinah dibentuk oleh Nabi Muhammad (SAW). Dengan sengaja ilmuan Islam di kalangan Rumpun Bangsa Melayu menyesuaikan Peradaban Melayu dengan Peradaban Melayu Kuno di atas kepercayaan pada Ke-Esaan Allah diatas segala ciptaan-Nya. 29 Pengenalan seperti ini tiada duanya pada riwayat Bangsa manapun di dunia ini. Ia menyusuri kemajuan bagi Tamadun dan Peradaban Bangsa Melayu, yang segalanya berlandaskan sifat-sifat luhur dan murni dalam hubungan manusia dengan manusia dan alam maya. Pandangan Hidup (Worldview) Bangsa Melayu tidak boleh disamakan dengan perjuangan untuk mendirikan Dunia Order Baru mengikut dogma Globalisasi yang dibawa oleh Blok Trans-Atlantic, mahu pun Blok negara lain sepertinya. Agama Islam tidak dapat dipisahkan daripada doktrin Kebangsaan Negara Malaysia, serta daripada keluhuran sifat kemanusiaan dan lumrah alam semesta ciptaan Allah, Tuhan yang Esa. Pada cogan Islam yang ada pada Perlembagaan Malaysia, pembangunan negara tidak tergelincir daripada jalan keluhuran manusia sebagai ciptaan mulia dari Allah. Maka itulah Bangsa Melayu tidak akan rela Agama Islam dipisahkan daripada Peradaban Melayu, atau daripada intipati pembangunan Negara Malaysia seperti yang ada dalam Perlembagaan Kerajaan Persekutuan.

8

30 Akhir kata, ADAB menolak sebarang usaha untuk melemahkan, atau menghapuskan, Kedaulatan serta Kuasa Raja dan Majlis Raja-Raja yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Negeri-Negeri dengan apacara sekalipun. Perlembagaan Negara dan Negeri adalah Tekad Tertinggi bagi Negara ini yang tiada lain boleh disamakan. Ia wajib di pertahankan sebagai landasan untuk membangun sebuah Negara yang aman, membangun, maju, adil dan saksama, dan selamat daripada tekanan gerakan Globalisasi serta berupaya mengambil tempat yang sesuai dalam masyarakat antarabangsa. Bangsa ini telah mengalami pergolakan sedemikian daripada zaman silam. ADAB ingin menilai semula pengalaman itu dan membuat Naratif sejarah yang berasaskan kepada pengalaman serta pandangan penduduk asal Rumpun Bangsa Melayu di Alam Melayu. 31 Dalam hal ini, ADAB mengambil sikap bahawa dinamika kehidupan suatu Bangsa amat terikat pada alam maya dan Bangsa-bangsa dekat dan jauh. Maka tiada niat bagi ADAB untuk melihat sejarah dari sudut kemegahan atau permusuhan; melainkan dengan harapan supaya timbul semangat kasih sayang dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Kerajaan dan Bangsa. Bersama harus kita amati kata orang tua-tua: “Kalau tak kenal, tak sayang; kalau tak sayang, tak cinta; kalau tak cinta, tak setia; kalau tak setia, kacau roba! “ Barisan setia negara harus kemas, matlamat harus jelas, kemajuan harus selamat, dan nikmat harus adil dan saksama. 32 Kami yakin dengan mengimbau sejarah Bangsa dengan kacamata penduduk asal yang jelas dan bijaksana serta beriman boleh melahirkan semangat kasih sayang, kesetiaan, serta perpaduan untuk berhadapan dengan cabaran Globalisasi, tekanan geopolitic antarbangsa dalam segala bidang, termasuk Sains & Teknologi, serta kesannya kepada peradaban manusia dan alam maya. Negara dan Bangsa ini harus berada di tempat yang selayaknya dalam masyarakat antarabangsa. InsyaAllah.

Kuala Lumpur, 29hb. Sept. 2018

9