smkpelindung.weebly.com · Web viewKERTAS KERJA CADANGAN PENAMBA H BAIKAN DEWAN IBNU SINA SEKOLAH...
Transcript of smkpelindung.weebly.com · Web viewKERTAS KERJA CADANGAN PENAMBA H BAIKAN DEWAN IBNU SINA SEKOLAH...
KERTAS KERJA CADANGANPENAMBAHBAIKAN DEWAN IBNU SINA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PELINDUNG26100 KUANTAN, PAHANG.
1.0 PENDAHULUANSekolah Menengah Kebangsaan Pelindung mula dibuka pada bulan Jun 2009.
Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk sebuah dewan
yang dinamakan Dewan Ibnu Sina. Dewan ini digunakan untuk perhimpunan
rasmi sekolah setiap hari Isnin, perhimpunan kokurikulum setiap hari Rabu dan
digunakan untuk pelbagai acara sekolah. Antara acara digunakan adalah seperti
Sambutan Hari-hari Kebesaran negara, peperiksaan dalaman dan peperiksaan
awam. Selain itu, dewan ini juga seringkali digunakan oleh pihak Pejabat
Pendidikan Daerah Kuantan dan Jabatan Pendidikan Pahang untuk program dan
aktiviti yang dianjurkan oleh mereka.. Dewan ini boleh menampung lebih 800
orang pelajar.
Memandangkan penggunaan dewan ini yang begitu optimum, beberapa
penambahbaikan perlu dijalankan agar fungsinya lebih memberikan impak setiap
kali dewan ini digunakan
2.0 OBJEKTIF PENAMBAHBAIKAN2.1 Penyediaan kemudahan ini akan memberikan keselesaan kepada
penggunanya.
2.2 Membolehkan memberi kesan yang optimum kepada penggunanya.
2.3 Supaya dapat memberikan keselamatan kepada penggunanya.
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN3.1 Blower/ekzos fan di bahagian atas dewan ini yang perlu diservis kerana
terdapat kekotoran dan karat yang menyebabkan fungsinya menyedut
wap panas semakin berkurangan.
3.2 Menambah pemasangan blower/ekzos fan di bahagian bawah dewan ini
supaya bertambah fungsinya menyedut udara panas.
3.3 Menyediakan dan memasang dua unit LCD Projektor dan skrin untuk
memaparkan bahan-bahan tayangan ketika majlis diadakan.
3.4 Menggantikan papan untuk ditampal bahan backdrop ketika sesuatu
majlis dijalankan.
3.5 Menambah kipas dinding dan kipas berdiri untuk memberi keselesaan
kepada penggunanya.
3.6 Menyediakan dua unit portable aircond untuk digunakan di atas pentas
sebagai keselesaan kepada VIP ketika majlis dijalankan.
3.7 Memasang besi penutup longkang di sekeliling dewan agar keselamatan
penggunanya terjamin.
4.0 MAKLUMAT TAMBAHANDi bawah ini disertakan gambar kemudahan dan penambahbaikan yang
diperlukan.
(Lampiran)
5.0 ANGGARAN KOS
BIL PERKARA ANGGARAN KOS (RM)1 Servis Blower/Ekzos fan
20 x RM50.00
1000.00
2 Memasang Blower/Ekzos fan
16 x RM200.00
1200.00
3 LCD Projektor
2 x RM 2000.00
4000.00
4 Papan backdrop 13’ x 8’ 1000.00
5 Kipas Dinding
6 x RM250.00
1500.00
6 Kipas Berdiri
4 x RM250.00
1000.00
6 Portable aircond
2 x RM1500.00
3000.00
7 Besi Penutup Longkang 240’
240’ x RM50.00
12000.00
JUMLAH RM24700.00
6.0 PENUTUPPenambaikan adalah sangat perlu memandangkan telah lebih lima tahun dewan
ini digunakan. Semoga permohonan penambahbaikan dewan ini
dipertimbangkan untuk kegunaan dan keselesaan semua pihak
Disediakan oleh,
....................................
LAMPIRAN
1. Blower/Ekzos fan
2. Tempat pemasangan blower/ekzos fan bahagian bawah
3. Skrin tempat memancar LCD Projektor
4. Papan Backdrop
5. Kipas Dinding
6. Kipas Berdiri
7. Longkang kiri dan kanan dewan