ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk...

12
HP4 : Values, Attitudes, Ethics and Professionalism Nama Pelajar: Liew Nyan Fatt No. Matrix: A146715 Fakulti: Pergigian Tahun: Satu Nombor kelulusan JPPel: PF/001/000-1213-008 Nama aktiviti: Diskusi Ilmiah Rahsia Dunia Perubatan Nama aktiviti (Eng): Academic Discussion The secret of Traditional medicine from 3 Perspective Persatuan: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN Tempat: Dewan Serbaguna, Kolej Tun Syed Nasir, UKM Tarikh: 27 November 2013 Jenis Permohonan: KPPI

Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk...

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program, saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal

HP4 : Values, Attitudes, Ethics and Professionalism

Nama Pelajar: Liew Nyan Fatt

No. Matrix: A146715

Fakulti: Pergigian

Tahun: Satu

Nombor kelulusan JPPel: PF/001/000-1213-008

Nama aktiviti: Diskusi Ilmiah Rahsia Dunia Perubatan

Nama aktiviti (Eng): Academic Discussion The secret of Traditional medicine from

3 Perspective

Persatuan: PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI PERGIGIAN

Tempat: Dewan Serbaguna, Kolej Tun Syed Nasir, UKM

Tarikh: 27 November 2013

Jenis Permohonan: KPPI

PENGENALAN PROGRAM

Program Diskusi Ilmiah: “1001 Rahsia Dunia Perubatan”ini merupakan salah satu program

anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Pergigian (DENSTA) dan telah diletakkan dibawah

portfolio Exco Pembangunan Sahsiah Siswa/Siswi (EPSS). Program ini merupakan program

kesinambungan Diskusi Ilmiah: “I Am Your Dentist” yang telah diadakan pada tahun 2012.

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program, saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal

Program ini akan dilaksanakan melalui satu forum yang dikendalikan oleh empat orang

penceramah dan seorang moderator untuk membincangkan soalan-soalan yang telah

dikumpul daripada para pelajar. Para penceramah yang dijemput akan mengupas tentang

penyelesaian kepada soalan-soalan tersebut. Program ini dikhususkan kepada pelajar-

pelajar Fakulti Pergigian dan ianya juga terbuka kepada semua penghuni Kolej Tun Syed

Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur. Program ini juga

akan menjemput para mahasiswa/i daripada Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus

Cheras dan Kampus Bangi, juga daripada IPTA-IPTA lain, contohnya seperti Universiti

Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia (UIAM).

Objektif program adalah:

1. Memberi pendedahan kepada mahasiswa/i mengenai kepelbagaian kaedah perubatan

yang diamalkan oleh rakyat Malaysia

2. Melahirkan mahasiswa/i yang berkemahiran insaniah yang cemerlang dari

sudutkepimpinan, komunikasi, pemikiran kritis dan inovatif, etika dan moral.

3. Memberi peluang kepada mahasiswa/i yang tidak aktif dalam khidmat sosial bagi

mendekatkan diri serta mengeratkan ukhuwah di antara mahasiswa dan masyarakat.

4. Melahirkan mahasiswa/i yang bersifat prihatin terhadap masyarakat yang kurang

berkemampuan. Hadirin yang hadir ke majlis Diskusi Ilmiah ini akan dikenakan

bayaran sebanyak RM1.00. Sepanjang program ini berlangsung, tabung kutipan

derma juga akan diedarkan dan didermakan kepada badan-badan kebajikan.

PERANCANGAN

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program, saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal

Selaku salah seorang dari AJK Multimedia dan Publisiti bagi program Diskusi

Ilmiah 2013, saya menerima arahan terus daripada Exco Multimedia dan Publisiti. Saya juga

telah menghadiri beberapa kali perjumpaan selepas program ini mendapat kelulusan

daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel). Portfolio AJK Multimedia dan Publisiti

merangkumi rekaan poster, mengambil gambar serta menguruskan masalah-masalah ICT.

Tugas-tugas yang telah diarahkan kepada saya dalam jangka masa perancangan proram ini

adalah merekacipta nota pintu dan menampal nota pintu tersebut pada pintu bilik pelajar

Kolej Tun Syed Nasir. Selain daripada itu, tugas saya juga melibatkan rekaan Slideshow

soalan panel untuk ditayang pada sesi forum pada hari tersebut.

Pada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program,

saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal diadakan.

Selain itu, saya juga perlu merekod video sesi forum pada hari tersebut. Perjumpaan

sebelum program berlangsung adalah untuk memastikan semua kerja-kerja perancangan

telahpun selesai dan segalanya perlu berada dalam keadaan bersedia untuk melaksanakan

program diskusi ilmiah.

Berikut adalah senarai erjumaan yang telah diadakan pada hari sebelum program

berlangsung,

23/9- mesyuarat pertama antara ajk & exco 2

30/9- mereka door notes

1/10- edit door notes

9/10- muat turun lagu & video untuk program

12/10- penggambaran video organisasi (ajk & exco)

23/10- mesyuarat kedua antara ajk & exco

31/10- edar door notes

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program, saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal

7/11- edar poster di kolej (ajk)

8/11- edar poster di kampus (ajk & exco)

13/11- mesyuarat ketiga antara ajk & exco

18/11- pasang banner di kampus & ktsn (ajk)

25/11- mesy bersama mt exco & ajk

20/11- buat slides soalan

24/11- raptai pertama

27/11- raptai kedua

27/11- program berlangsung

27/11- persediaan sebelum & selepas program

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program, saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal

GAMBAR PEMBUKTIAN (1)

Page 6: ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program, saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal

Gambar di atas menunjukkan hasil rekaan nota pintu. Saya telah mereka nota pintu

tersebut dan bertanggungjawab menampal nota tersebut pada pintu bilik pelajar Kolej

Tun Syed Nasir.

PERLAKSANAAN

Program Diskusi Ilmiah: 1001 Rahsia Dunia Perubatan dianjurkan oleh Persatuan

Mahasiswa Fakulti Pergigian, Universiti Kebangsaan Malaysia (DENSTA UKM). Program

tersebut berlangsung pada 27 November 2013 dari pukul 8 malam sehingga 11.30 malam

bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir UKM KL. Panelists yang dijemput

bagi sesi forum adalah pakar-pakar dalam pelbagai bidang dalam perubatan. Sebagai contoh,

Prof. Dr. Abdul Latiff Mohammad adalah pakar dalam bidang perubatan moden manakala

Encik Yeo Seck ben merupakan pakar dalam perubatan tradisional Cina terutamanya

Akupuntur.

Semasa program berlangsung, saya melaksanakan tugas saya iaitu mengambil

gambar sepanjang program berlangsung dari sesi pendaftaran pelajar ke sesi forum dan

akhir sekali majlis penyampaian cenderamata. Saya juga merekod video sesi forum dengan

menggunakan handicam dan tukar CD rakaman. Selain melakukan tugas-tugas yang

diarahkan oleh exco, saya juga membantu rakan-rakan saya yang lain untuk mengagihkan

Pamphlet dan tabung kebajikan. Semua exco dan ajk bertungkus-lumus melaksanakan tugas

masing-masing dengan penuh professionalism bagi menjayakan program Diskusi Ilmiah ini.

Page 7: ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program, saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal

GAMBAR PEMBUKTIAN (2)

Page 8: ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program, saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal

Gambar ini menunjukkan saya selaku Ajk Multimedia sedang melakukan tugas yang

diarahkan iaitu merekod video sesi forum. CD rakaman perlu ditukar setiap 30 minit.

Sepanjang menunggu menukar CD rakaman, saya juga tidak lupa untuk menumpu pada

forum yang diadakan untuk menimba ilmu pengetahuan.

GAMBAR PEMBUKTIAN (3)

Gambar di atas ini menunjukkan meja tugas Exco dan Ajk Multimedia dan Publisiti.

Page 9: ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program, saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal

GAMBAR PEMBUKTIAN (4)

Gambar di atas ini merupakan gambar Majlis tertinggi, exco dan Ajk Pogram Diskusi

Ilmiah 2013 selepas program diskusi.

POST MORTEM

Page 10: ifolio.ukm.my · Web viewPada perjumpaan agung kali terakhir yang melibatkan semua exco dan ajk program, saya diberi tugas untuk mengambil gambar sepanjang hari program yang bakal

Menerusi program Diskusi Ilmu ini, saya mendapat pelbagai input yang positif, misalnya,

saya mendapat ilmu pengetahuan menerusi sesi forum dengan panelist jemputan yang telah

berkongsi pelbagai rahsia dalam bidang perubatan. Saya mendapati bahawa setiap ahli

dalam pasukan ini sangat bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugass masing masing,

ini adalah kunci utama menjayakan program ini. Dalam proses perlaksanaan program ini,

saya menjalankan tugas saya sebagai seorang ajk multimedia dan publisiti dengan penuh

etika, bertanggungjawab dan proffesionalisme, hal ini dapat dibuktikan dengan tindakan

saya menyiapkan tugas-tugas yang diarahkan kepada saya oleh Exco multimedia dan

dihantar kepada mereka dengan serta merta. Saya bertindak sedemikian kerana saya tahu

peranan setiap ahli pasukan sangatlah penting dalam menjayakan sesuatu program yang

besar. Walaupun tugas tersebut tidak dinampakkan secara kasarnya mendatangkan kesan

yang ketara, akan tetapi tanpa usaha untuk menlaksanakan bahagian kecil tersebut

sebaliknya akan menyebabkan kesan negative kepada program ini.

Selain itu, kami (ahli pasukan diskusi) menunjukkan integrasi kesan ekonomi, alam sekitar

dan sosiobudaya menerusi program ini melalui kutipan derma bagi mangsa mangsa bencana

alam khususnya mangsa mangsa taufan di Filipina. Banyak sampah sarap yang ditinggalkan

dan lebihan makanan selepas program. Kami bertanggungjawab membersihkan dewan

serbaguna supaya dewan tersebut dapat digunakan untuk program yang lain. Lebihan

makanan pula diagighkan kepada semua ahli pasukan diskusi. Untuk dibawa balik bagi

mengelakkan pembaziran makanan.