parkdee.files.wordpress.com€¦ · Web viewPERATURAN PEMARKAHAN. MODUL G-CAKNA 2015. SEJARAH...

49
PERATURAN PEMARKAHAN MODUL G-CAKNA 2015 SEJARAH 1249/2 SET 3 Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 1

Transcript of parkdee.files.wordpress.com€¦ · Web viewPERATURAN PEMARKAHAN. MODUL G-CAKNA 2015. SEJARAH...

PERATURAN PEMARKAHANMODUL G-CAKNA 2015

SEJARAH 1249/2SET 3

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 1

Soalan 1

(a) Nyatakan dua cara kedatangan pengaruh Hindu Buddha ke Asia Tenggara.

F1 Disebarkan oleh Ksyatria (tentera) semasa menakluki tanah jajahan.

F2 Disebarkan oleh Vaisya (pedagang) yang berdagang ke Asia Tenggara.

F3 Disebarkan oleh golongan Brahmin (pendeta) yang menerapkannya dalam pemerintahan, kesenian dan kesusasteraan.

F4 Disebarkan oleh padagang Asia Tenggara yang berdagang ke India.

F5 Pedagang tempatan mengambil unsur kebudayaan India dan menyesuaikannya dengan budaya tempatan.

F6 Disebarkan oleh pemerintah yang menganut agama Hindu dan Buddha.

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(b) Jelaskan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.

F1 Pemerintah menggunakan gelaran raja

F2 Raja berada di puncak pemerintahan

F3 Raja dinasihati Brahmin dalam pemerintahan dan agama

F4 Raja berkuasa mutlak

F5 Perintah raja adalah undang-undang

F6 Raja dianggap bayangan tuhan/ dewaraja

F7 Raja dipercayai mempunyai kesaktian

F8 Unsur mitos digunakan untuk menunjukkan kehebatan raja

F9 Pelbagai istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan raja

F10 Raja dan ibukotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 2

(c) Senaraikan dua perkataan Melayu yang diambil daripada perkataan Sanskrit.

Bahasa Melayu Bahasa sanskrit

F1 dosa Dosa

F2 duka dukkha

F3 derhaka dorhaka

F4 manusia manusa

F5 pahala pala

F6 sengsara samsara

F7 rupa rupa

F8 huruf aksara

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(d) Kehidupan masyarakat pada hari ini dipengaruhi oleh unsur Hindu Buddha.

Buktikan pernyataan tersebut.

H1 Mempengaruhi adat istiadat seperti adat bersanding / berinai/melenggang perut

H2 Cara berpakaian seperti memakai baju Punjabi dan berkilauan

H3 Penggunaan warna pada pakaian atau kehidupan harian seperti warna terang (merah, biru ,hijau,oren) dikombinasikan dengan warna terang juga tidak mengikut tona warna

H4 Memakai perhiasan seperti orang India contoh gelang tangan atau kaki, anting-anting, manik-manik pada pakaian atau perhiasan yang berkilauan.

H5 Mengemari makanan India seperti kari/ roti canai/maruku

H6 Wayang gambar atau perfileman banyak mengambil cerita atau budaya masyarakat India seperti memasukkan elemen nyanyi dan tarian

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 3

(e) Pengaruh agama Hindu Buddha telah mewujudkan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Bagaimanakah kepelbagaian budaya ini dapat mengekalkan keharmonian hidup masyarakat Malaysia pada masa kini?

H1 Masyarakat hidup bersatu padu

H2 Sentiasa bertolak ansur / tolenrasi

H3 Permuafakatan antara kaum

H4 Hidup dalam keadaan aman / tanpa pergaduhan

H5 Tidak menyentuh isu-isu sensitif

H6 Bebas mengamalkan adat resam masing-masing

(Mana-mana jawapan yang munasabah)

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 4

Soalan 2

(a) Nyatakan dua cara tamadun Islam bertembung dengan tamadun lain di dunia.

F1 Melalui perdagangan dan perniagaan

F2 Melalui hubungan diplomatik

F3 Melalui penaklukan

F4 Melalui pertembungan budaya

F5 Melalui perkembangan intelektual

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(b) Jelaskan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia dalam aspek keilmuan.

H1 Berlaku perkembangan dalam pendidikan

H2 Berlaku peningkatan dalam budaya intelektual

H3 Berlaku pertukaran pendapat antara sarjana Islam dengan sarjana bukan Islam

H 4 Berlaku penterjemahan karya Yunani oleh cendekiawan Islam

H5 Tertubuh Baitulhikmah untuk menyimpan bahan daripada tamadun lain

H6 Berlaku pengkajian ilmu dalam tamadun lain oleh cendekiawan Islam

H7 Lahir tokoh ilmuan Islam dalam pelbagai bidang.

H8 Berlaku perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan seperti ilmu perubatan, Matematik, astronomi, undang-undang, pemikiran politik dll.

H9 Berlaku perkembangan kesenian Islam

H10 Berlaku perkembangan bidang kesusasteraan

H11 Cara hidup Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 5

(c) Malaysia ingin membina kecemerlangan dalam bidang keilmuan.

Apakah langkah untuk mencapai matlamat tersebut?

H1 Menajukan institusi pendidikan

H2 Menambah kemudahan prasarana pendidikan

H3 Memperbanyakkan institusi pengajian tinggi

H4 Memberi biasiswa/imbuhan kepada pelajar cemerlang/ tokoh berjaya

H5 Menggalakkan pelajar menuntut ilmu sehingga ke peingkat tertinggi

H6 Menggalakkan aktiviti penyelidikan

H7 Menggalakkan aktiviti penterjemahan

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 3 x 1m = 3 markah]

(d) Apakah kemungkinan yang akan berlaku, sekiranya rakyat mengabaikan ilmu pengetahuan ,?

H1 Negara akan menjadi munndur

H2 Tiada pencapaian yang membanggakan atau kecemerlangan

H3 Masalah gejala sosial dan kes jenayah akan meningkat

H4 Sistem pendidikan akan diabaikan

H5 Masyarakat yang buta huruf semakin bertambah

F6 Negara menjadi lemah memudahkan negara dijajah oleh negara lain

H7 Negara akan kucar kacir

H8 Pentadbiran negara yang lemah dan tidak berkualiti

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 3 x 1m = 3 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 6

Soalan 3

(a) Nyatakan dua kejayaan yang dicapai oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

F1 Mendesak British memberi perhatian terhadap kebajikan orang Melayu

F2 Memperoleh petempatan khas untuk orang Melayu di Singapura

F3 Pemimpin KMS dilantik menganggotai pentadbiran British

F4 Mohd Eunos Abdullah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri Selat

F5 Menubuhkan cawangan KMS di Negeri Melayu

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(b) Jelaskan matlamat penubuhan PASPAM.

F1 Menggalakkan ahli berkenal-kenalan

F2 Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa

F3 Menggalakkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu

F4 Menggalakkan ahli memberi pendapat melalui kegiatan penulisan

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(c) Andaikan anda seorang pemimpin PASPAM, apakah usaha anda untuk mencapai matlamat penubuhan persatuan anda?

H1 Menyatukan orang Melayu

H2 Menyedarkan kepentingan pendidikan

H3 Memelihara adat dan budaya

H4 Memelihara kesucian Islam

H5 Mengadakan persidangan peringkat kebangsaan

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 7

(d) Pada masa kini generasi muda kurang berminat untuk menyertai sesebuah pertubuhan.

Apakah yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan penyertaan mereka?

H1 Mengadakan kempen kesedaran dalam kalangan generasi muda

H2 Menyedarkan kepentingan menyertai sesebuah pertubuhan

H3 Mempromosikan pertubuhan melalui media massa

H4 Mengadakan lawatan sambil belajar untuk memupuk minat menyertai pertubuhan

H5 Menerbitkan buletin sebagai medan kepada generasi muda untuk menghasilkan penulisan

H6 Mengadakan pelbagai program yang melibatkan penyertaan golongan muda

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(e) Penglibatan aktif dalam kegiatan berpersatuan di sekolah banyak memberi manfaat kepada pelajar.

Buktikan pernyataan tersebut.

H1 Melatih pelajar menjadi pemimpin

H2 Mendedahkan kaedah pengurusan organisasi

H3 Mencungkil bakat pelajar

H4 Melahirkan kerjasama antara pelajar

H5 Mendisiplinkan pelajar

F6 Memupuk perpaduan

H7 Mengasah kemahiran berkomunikasi

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 8

Soalan 4

(a) Apakah maksud keluhuran perlembagaan ?

F1 Keagungan perlembagaan itu sendiri.

F2 Mempunyai kedudukan yang tertinggi.

F3 Ketertinggian perlembagaan mengatasi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.

F4 Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah tidak sah dan terbatal dengan sendiri.

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(b) Terdapat perkara sensitif dalam Perlembagaan Malaysia yang tidak boleh dipersoalkan secara terbuka.Nyatakan dua perkara tersebut.

F1 Pemerintahan beraja

F2 Kedudukan Raja-Raja Melayu

F3 Agama Islam

F4 Kedudukan Bahasa Melayu

F5 Hak istimewa orang Melayu / Bumiputera

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(c) Perlembagaan Malaysia dipinda dari semasa ke semasa.Kemukakan hujah yang menyokong pendapat sedemikian.

H1 Melindungi kepentingan rakyat.

H2 Menjaga keselamatan negara.

H3 Melicinkan urusan pentadbiran.

H4 Supaya sesuai dengan keperluan semasa.

H5 Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah.

H6 Memastikan kandungan perlembagaan ipatuhi oleh dengan rela hati.

H7 Melarang perkara-perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.

H8 Memelihara keharmonian rakyat berbilang kaum.

H9 Memansuhkan imuniti bagi Yang Dipertuan Agong daripada kesalahan jenayah.

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 9

(d) Banyak gejala yang menunjukkan masyarakat di negara kita tidak menghormati Perlembagaan Malaysia.Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

H1 Menghina / Mempersendakan Raja-Raja Melayu

H2 Mempersoalkan keistimewaan orang Melayu / Bumiputera

H3 Menghina lambang negara

H4 Mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

H5 Mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong

H6 Menghina agama Islam

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(e) Apakah usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk kesedaran rakyat di negara kita agar menghormati perlembagaan negara ?

H1 Menguatkuasakan undang-undang yang tegas.

H2 Memperkenalkan mata pelajaran ketatanegaraan di sekolah.

H3 Mengadakan kempen meningkatkan pemahaman terhadap perlembagaan.

H4 Mengadakan dialog dua hala untuk mengenalpasti punca ketidaksedaran masyarakat.

H5 Mengadakan bengkel / seminar kefahaman tentang perlembagaan.

H6 Memasyarakatkan Perlembagaan Malaysia.

H7 Membuat pindaan terhadap perkara yang kurang relevan.

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 10

Soalan 5

(a) Terangkan faktor yang menyebabkan India mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang perdagangan antarabangsa pada abad ke-3 Sebelum Masihi.

F1 Mempunyai hubungan perdagangan dengan luar

C1a Contohnya kerajaan Maurya mengadakan hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia Tenggara.

F2 Munculnya pusat perusahaan

H2a Menjalankan perusahaan tekstil dan sutera.

C2a Contohnya di Bangal dan Benares

H2b Menjalankan perusahaan emas, mutiara dan batu permata

C2b Contohnya di Anga, Kalinga dan Karusa.

F3 Mempunyai barang dagangan yang banyak

H3a Barang dagangan tempatan dan luar negeri

C3a Contohnya senjata, gading gajah, emas, berlian dll.

F4 Terdapat banyak pelabuhan

H4a Pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar

C4a Contohnya Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul dan Cambay.

F5 Penubuhan persatuan perdagangan (stresthin)

H5a Stresthin mengawal harga dan kualiti barang serta mengawal gaji pekerja.

C5a Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dsb.

F6 Penggubalan undang-undang perdagangan.

H6a Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan.

H6b Undang-undang diawasi oleh raja

F7 Penggunaan mata wang

H7a sebagai medium jual beli

C7a Contohnya mata wang emas pada Zaman Gupta.

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 11

F8 Pelaksanaan sistem cukai

C8a Contohnya cukai hasil pertanian dan buah-buahan.

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

(b) Tamadun China telah membawa pembaharuan dalam sistem pendidikan masyarakat hingga ke hari ini.Kemukakan hujah anda untuk menyokong pandangan tersebut.

H1 Tamadun China memperkenalkan sistem pendidikan awam.

H2 Tamadun China mempelopori pendidikan berasaskan tiga peringkat (peringkat rendah, menengah dan tinggi)

H3 Tamadun China menjadikan pencapaian dalam pendidikan untuk melayakkan seseorang dilantik menjadi pegawai kerajaan.

H4 Tamadun China memberi peluang pendidikan kepada semua golongan

H5 Tamadun China memperkenalkan sistem peperiksaan awam.

H6 Pendidikan dalam tamadun China memperkenalkan peraturan yang ketat dalam peperiksaan

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]

(c) (i) Adakah peningkatan dalam bidang pendidikan boleh membantu meningkatkan kemajuan ekonomi negara ? Berikan penjelasan anda.

F1 Boleh

H1a Pendidikan dapat melahirkan tenaga mahir

H1b Pendidikan menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

H1c Pendidikan membolehkan penyelidik mencipta teknologi baharu

H1d Pendidikan mempercepatkan proses pemindahan teknologi dari luar

H1e Pendidikan meningkatkan penguasaan dalam ilmu perdagangan

H1f Pendidikan melicinkan hubungan perdagangan antarabangsa

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 12

(ii) Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk menghasilkan tenaga kerja berpendidikan yang boleh memajukan negara.Sejauhmanakah langkah tersebut mencapai kejayaan ?

H1 Menghantar pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara berjaya menghasilkan tenaga kerja mahir yang berpendidikan tinggi.

H2 Menambahkan bilangan institusi pendidikan tinggi dalam negara telah membuka peluang rakyat Malaysia menimba ilmu pengetahuan.

H3 Menubuhkan kolej kemahiran tinggi telah berjaya menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran.

H4 Menghantar pekerja Malaysia berkursus dalam bidang industri di negara luar dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam bidang tersebut.

H5 Mewujudkan universiti berkembar melalui kerjasama dengan universiti asing menambahkan lagi kebolehan rakyat mendalami bidang kajian.

H6 Melakukan transformasi dalam pendidikan negara telah berjaya menghasilkan pelajar yang pintar .

(Mana-mana jawapan munasabah) [Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 13

Soalan 6

(a) Bagaimanakah masyarakat Melayu menerapkan nilai murni kepada anak-anak melalui pendidkan tidak formal.

F1 Disampaikan melalui pendengaran

F2 Disampaikan melalui penglihatan

F3 Disampaikan melalui pemerhatian

F4 Disampaikan melalui teguran secara langsung – mengajar nilai-nilai moral

F5 Disampaikan melalui melalui cerita lisan / cerita binatang / cerita jenaka

F6 Disampaikan melalui pergaulan sosial / pantang larang / adab / adat istiadat

F7 Disampaikan menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki

[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]

(b) Terangkan gaya hidup golongan bawahan dalam masyarakat Melayu tradisional setelah menerima pengaruh Islam.

H1 Hubungan kekeluargaan sangat rapat

H2 Ibu bapa dan orang yang lebih tua sangat dihormati

H3 Orang tua dipanggil dengan panggilan pak long, mak long dsb

H4 Kanak-kanak mencium apabila bersalaman

H5 Merendahkan suara apabila bercakap dengan orang yang lebih tua

H6 Jiran dianggap seperti keluarga sendiri

H7 Orang yang berziarah hendaklah

H8 Adat menyambut tetamu – bersalaman dengan tetamu

H9 Tetamu dihidangkan makanan dan minuman

H10 Adat makan – membaca Bismillah

H11 Makan menggunakan tangan kanan

H12 Adat bermasyarakat - majlis tertentu dijalankan secara Islam

H13 Majlis dijalankan dengan semangat gotong royong

H14 Nilai-nilai perpaduan sangat diutamakan

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 14

(c) (i) Mengapakah amalan hidup bermasyarakat perlu diamalkan oleh generasi muda kini.

H1 Negara akan aman damai

H2 Ekonomi negara dapat ditingkatkan

H3 Mengelakkan pergaduhan dan persengketaan

H4 Melahirkan masyarakat yang cemerlang dan gemilang dalam aspek sosial, politik dan ekonomi

H5 Melahirkan masyarakat penyayang

H6 Masyarakat dapat hidup secara harmoni tanpa mengira kaum

H7 Tidak menimbulkan isu-isu yang sensitif

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

(ii) Segelintir generasi muda hari ini semakin meninggalkan amalan hidup bermasyarakat.

Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku?

Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut.

Sebab

H1 Kesibukan masyarakat bekerja

H2 Terpengaruh dengan budaya Barat

H3 Leka dengan media sosial seperti facebook/whatsup

H4 Kurang penerapan hidup bermasyarakat daripada keluarga

H5 Tidak perihatin terhadp masyarakat sekeliling

H6 Mementingkan diri

H7 Enggan melibatkan diri dengan masyarakat lain

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 3 x 1m = 3 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 15

Cadangan

H8 Mengamalkan semangat 1Malaysia

H9 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan

H10 Memupuk semangat perpaduan / persefahaman

H11 Didikan penerapan nilai olah ibubapa

H12 Penerapan nilai-nilai murni melalui sistem pendidikan

H13 Memupuk budaya kunjung mengunjung / Rumah Terbuka / Perayaan 1Malaysia

H14 Mengikis sifat individualistik

H15 Memupuk sikap tolak ansur

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 3 x 1m = 3 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 16

Soalan 7

(a) Jelaskan kegiatan pertanian komersil yang diusahakan di negara kita sebelum pengenalan tanaman getah.

F1 Tanaman komersil yang digalakkan oleh Kerajaan British ialah ubi kayu, tebu, lada hitam, gambir, tembakau dan kopi.

F2 Penanaman lada hitam dan gambir di Johor dijalankan melalui Sistem Kangcu.

F3 Para pelabur dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam pertanian komersil pada masa itu.

F4 Mereka mempunyai modal dan teknologi serta memperolehi konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama.

F5 Pelabur Eropah menumpukan kepada tanaman kopi dan tembakau.

F6 Pelabur Cina mengusahakan gambir, lada hitam dan ubi kayu.

F7 Orang Melayu tidak terlibat dalam pertanian komersil kerana terikat dengan pertanian sara diri.

[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]

(b) Terangkan faktor yang membantu perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

F1 Perkembangan Revolusi Perindustrian

H1a Getah digunakan dalam pelbagai industri

F2 Peranan H.N.Ridley

H2a H.N.Ridley meyakinkan peladang menanam getah.

H2b Beliau mengagihkan benih getah secara percuma.

H2c Beliau berjaya menemui teknik torehan ibidem (tulang ikan kering).

F3 Perkembangan industri barangan pengguna.

H3a Contohnya kasut, tayar basikal dan peralatan letrik.

H3b Ini menyebabkan harga getah melambung tinggi.

F4 Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah.

H4a Syarikat Eropah menubuhkan syarikat perwakilannya di Tanah Melayu.

H4b Syarikat ini membuka ladang getah di Tanah Melayu.

C4a Contoh Harrisons and Crossfield, Boustead, Guthrie dan Sime Darby.

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 17

F5 Sokongan British kepada pemodal asing.

H5a Pihak British mengenakan sewa tanah yang rendah.

H5b Mereka juga mengenakan tarif yang rendah.

H5c Syarikat perusahaan getah diberikan dividen yang tinggi

H5d Syarikat itu juga diberi pengecualian cukai eksport 50 tahun.

F6 Perkembangan infrastruktur.

H6a Jalan kereta api dibina menghubungkan ladang dengan pelabuhan.

F7 Membawa masuk buruh dari India.

H7a Diambil bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

(c) (i) Perusahaan getah membantu membantu memajukan ekonomi negara kita.Buktikan kebenaran pernyataan tersebut.

H1 Perusahaan getah menyebabkan sistem perhubungan dan pengangkutan dibina di negara kita.

H2 Perusahaan getah dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

H3 Perusahaan getah menyumbangkan pendapatan kepada negara.

H4 Hasil pendapatan daripada perusahaan getah digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan negara.

H5 Perusahaan getah menyebabkan industri yang berasaskan getah berkembang maju di negara kita.

H6 Perkembangan perusahaan getah berjaya menarik minat pelaburan asing.

H7 Pelaburan dalam perusahaan getah menggalakkan pemindahan dana asing ke negara kita.

H8 Perkembangan industri berasaskan getah menyebabkan berlakunya pemindahan teknologi asing ke negara kita.

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 18

(ii) Wajarkah sektor perladangan getah di negara kita dikekalkan ?

F1 Wajar

[1 markah]

H1a Menyediakan peluang pekerjaan

H1b Meningkatkan eksport negara

H1c Membangunkan sektor luar bandar

H1d Membantu memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan

H1e Membantu meningkatkan industri berasaskan getah

H1f Menyumbangkan pendapatan negara

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 3 x 1m = 3 markah]

ATAU

F2 Tidak Wajar

[1 markah]

H2a Harga tidak stabil

H2b Harga getah ditentukan oleh negara maju

H2c Tanah semakin sempit

H2d Kekurangan tanah yang subur

H2e Tanah perlu digunakan untuk tujuan pembangunan

H2f Kekurangan tenaga kerja

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 3 x 1m = 3 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 19

Soalan 8

(a) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja dilaksanakan di wilayah IndoChina sebelum penjajahan Perancis di negara tersebut ?

F1 Negeri-negeri di IndoChina ditadbir oleh sebuah kerajaan pusat.

F2 Kerajaan pusat menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak.

F3 Raja member kuasa penuh kepada pembesar tempatan.

F4 Birokrasi kerajaan dijalankan oleh golongan Mandarin.

F5 Golongan Mandarin meniru pentadbiran Tanah Besar China.

F6 Golongan pentadbir dipilih melalui peperiksaan. [4 markah]

(b) Terangkan ciri sistem birokrasi yang dilaksanakan oleh penjajah Perancis di IndoChina.

F1 Perancis membentuk sebuah kerajaan pusat.

H1a Menubuhkan Union Indochinoise.

H1b Menyatukan Vietnam, Laos dan Kemboja di bawah satu pemerintahan.

F2 Pentadbiran Union Indochinoise diketuai oleh Gabenor Jeneral.

H2a Gabenor Jeneral bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.

F3 Leftenan Gabenor dilantik membantu Gabenor Jeneral.

H3a Leftenan Gabenor menjadi pemerintah wilayah jajahan / naungan.

H3a Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah.

F4 Undang-undang Barat dilaksanakan di IndoChina.

H4a Undang-undang diluliskan oleh Parlimen Perancis.

H4b Undang-undang tempatan dimansuhkan.

F5 Kerajaan Pusat tidak mencampuri pentadbiran kerajaan tempatan.

H5a Pentadbiran tempatan dijalankan oleh pembesar tempatan.

H5b Pembesar tempatan perlu membayar cukai dan menyediakan kerahan tenaga.

[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 20

(c) (i) Adakah pelaksanaan sistem birokrasi memberi kebaikan kepada masyarakat tempatan ?Berikan penjelasan anda.

F1 Ya / Memberi kebaikan kepada masyarakat tempatan.

[1 markah]

H1a Menghapuskan kuasa mutlak raja

H1b Melicinkan pentadbiran

H1c Pentadbiran semua wilayah menjadi seragam

H1d Memberi peluang kepada rakyat menjalankan pentadbiran

H1e Rakyat berpeluang menjadi pentadbir

H1f Mengurangkan pemusatan kuasa kepada golongan bangsawan sahaja.

H1g Mengurangkan penyalahgunaan kuasa / rasuah

H1h Memajukan ekonomi negara

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 5 x 1m = 5 markah]

ATAU

F2 Tidak / Tidak memberi kebaikan kepada masyarakat tempatan.

[1 markah]

H2a Menghapuskan kuasa raja

H2b Penguasaan kuasa oleh golongan aristokrat

H2c Pembesar tempatan kehilangan kuasa

H2d Undang-undang Barat bercanggah dengan undang-undahg tempatan

H2e Berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah

H2f Meniru pentadbiran penjajah

H2g Negara dijajah secara tidak langsung

H2h Sumber ekonomi masih dikuasai oleh penjajah

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 5 x 1m = 5 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 21

(ii) Amalan rasuah oleh kakitangan awam merosakkan imej sistem pentadbiran birokrasi di negara kita.Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku ?Berikan cadangan untuk menghapuskan amalan tersebut.

Sebab Berlaku

H1 Tidak menghayati ajaran agama

H2 Desakan hidup

H3 Inginkan kemewahan hidup

H4 Tiada undang-undang yang tegas

H5 Pentadbiran birokrasi tidak cekap

H6 Menjadi amalan masyarakat

H7 Masyarakat sudah tidak memandang hina kepada pengamal rasuah

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 3 x 1m = 3 markah]

Cadangan Menghapuskan

H8 Menerapkan nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan

H9 Menaikkan gaji kakitangan awam dan swasta

H10 Melaksanakan sistem gaji minimum

H11 Melaksanakan undang-undang dengan lebih tegas

H12 Meningkatkan kecekapan birokrasi negara

H13 Melancarkan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah

H14 Menyemai sikap membenci amalan rasuah sejak kecil

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 3 x 1m = 3 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 22

Soalan 9

(a) Apakah yang anda faham tentang Malayan Union?

F1 Gagasan yang menggabungkan Negeri Melayu Bersekutu (NMB), Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) dan dua buah Negeri Selat (NNS).

F2 Gagasan yang bertujuan untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

F3 Gagasan yang bertujuan mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

F2 Gagasan yang menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British.

F4 Gagasan negara yang diperintah oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England.

F5 Gagasan negara yang menjalankan pentadbiran secara birokrasi sepenuhnya.

F6 Gagasan negara yang menafikan kuasa raja sebagai pemerintah / Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu / Raja-raja Melayu hanya berkuasa membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat

F7 Sebuah negara yang memberikan kerakyatan secara jus soli / kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura / kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun / kepada mereka yang berumur kurang 18 tahun yang merupakan anak warganegara / kepada semua rakyat British daripada tanah jajahan takluknya.

[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]

(b) Jelaskan faktor British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946.

F1 British hendak menghapuskan negara dan bangsa yang telah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

F2 Sebagai persediaan untuk Tanah Melayu membentuk pemerintahan sendiri

F3 Untuk melicinkan pentadbiran

F4 Pembahagian pentadbiran negeri-negeri Melayu kepada Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu menyebabkan pentadbiran tidak cekap

F5 Untuk menjimatkan kos pentadbiran

F6 Menseimbangkan pembangunan ekonomi antara negeri

F7 Kepelbagaian sistem pentadbiran negeri-negeri Melayu menelan kos yang tinggi dan menyebabkan pembangunan ekonomi tidak seimbang

F8 Membentuk satu bangsa Malayan Union

F9 Golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 23

F10 Mereka dapat menumpahkan taat setia kepada Malayan Union

F11 British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi tidak terbantut

F12 Untuk membolehkan British menguasai sumber ekonomi Tanah Melayu secara berterusan

F13 Mengurangkan kuasa politik orang Melayu

[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]

(c) (i) Gagasan Malayan Union mendapat bantahan daripada penduduk Tanah Melayu.

Wajarkah orang Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union?

Berikan hujah anda.

F1 Wajar

[1 markah]H1a Tindakan MacMichael menggugut sultan

H1b Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri

H1c Terdapat sultan menandatangani perjanjian atas dasar setia kawan

H1d Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu

H1e Sultan kehilangan taktha

H1f Sultan kehilangan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu

H1g Bimbang agama Islam akan tercabar

H1h Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union

H1i Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang

H1j Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi

H1k Jumlah orang Melayu menjadi kecil

H1l Ekonomi dan pendidikan orang Melayu bertambah mundur

H1m Bimbang kehilangan warisan tamadun Melayu

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 5 x 1m = 5 markah]

ATAU

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 24

F2 Tidak wajar[1 markah]

H2a Menerapkan nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan

H2b Dapat melicinkan pentadbiran

H2c Dapat mengurangkan kos pentadbiran

H2d Pentadbiran menjadi semakin cekap

H2e Mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum

H2f Kesamarataan hak pelbagai kaum

H2g Melahirkan kestabilan politik

H2h Menjana keharmonian kaum

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 5 x 1m = 5 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku sekiranya Malayan Union dilaksanakan?

H1 Pentadbiran disatukan dalam satu unit politik

H2 Negara kesatuan terbentuk

H3 Kuasa raja-raja Melayu hilang

H4 Bilangan penduduk asal menjadi kecil

H5 Bilangan kaum pendatang bertambah

H6 Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British

H7 Status quo orang Melayu sebagai peribumi terancam

H8 Semua penduduk mempunyai hak yang sama

H9 Hak istimewa orang Melayu hilang

H10 Penentangan orang Melayu akan berpanjangan

H11 Suasana tidak aman/rusuhan kaum

H12 Agama Islam tercabar

H13 Ekonomi dikuasai kaum pendatang

H14 Orang Melayu terus mundur

H15 Orang Melayu hilang warisan bangsa

H16 Perpaduan orang Melayu semakin kukuh

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 25

Soalan 10

(a) Jelaskan maksud Pakatan Murni.

F1 Kerjasama politik antara semua kaum

F2 melalui rundingan

F3 untuk menyelesaikan masalah dan tuntutan kaum masing-masing

F4 bertujuan menyatupadukan kaum

F5 prasyarat untuk mendapatkan kemerdekaan[Mana-mana 2 x 1m = 2 markah]

(b) Terangkan usaha yang dijalankan ke arah mewujudkan Pakatan Murni sebelum penubuhan Parti Perikatan.

F1 Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (JHAK)

H1a JHAK pada mulanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina.

H1b Kaum Cina diwakili oleh Dato’ Onn Jaafar dan kaum Cina diwakili oleh Tan Cheng Lock.

H1c Selepas itu JHAK turut dianggotai oleh kaum India, Serani, Sri Lanka dan Eropah.

F2 JHAK mengadakan rundingan dengan UMNO.

H2a Bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).

H2b Bersetuju melantik Dato’ Onn Jaafar sebagai pengerusi RIDA.

H2c Bersetuju memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar

H2d Bersetuju memberi kerakyatan kepada imigran secara Kerakyatan Negeri

H2e Bersetuju mengadakan pilihan raya pada masa sesuai.

F3 Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.

H3a Cadangan beliau ditolak oleh ahli UMNO

H3b Beliau dikecam kerana orang Melayu.

H3c Dato’ Onn meninggalkan UMNO.

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 26

F4 Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).

H4a Beliau membuka keahlian IMP kepada semua kaum.

H4b IMP mengutamakan kerjasama kaum dalam satu parti.

F5 Pihak British menubuhkan Persidangan Kebangsaan.

H5a Persidangan Kebangsaan ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.

H5b Tujuannya ialah untuk mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perasaan perkauman.

F6 Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

H6a Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh UMNO bersama MCA.

H6b Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti politik.

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

(c) (i) Pakatan Murni penting dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.Berikan penjelasan anda.

H1 Tuntutan agama yang menekankan unsur kerjasama.

H2 Mewujudkan keharmonian masyarakat

H3 Mengelakkan pertelingkahan/persengketaan

H4 Memudahkan penyelesaian masalah yang melibatkan kaum

H5 Menjana kestabilan politik

H6 Memupuk perpaduan kaum

H7 Menjamin keamanan negara

H8 Menghakis sikap mementingkan diri sendiri

H9 Menjamin kebajikan pelbagai kaum

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 27

(ii) Bagaimanakah amalan Pakatan Murni dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita?

H1 Menghormati hak setiap kaum

H2 Menjaga sentiviti setiap kaum

H3 Menghormati budaya / adat resam / kepercayaan kaum

H4 Memberi hak untuk mengamalkan agama, kepercayaan dan cara hidup kaum masing-masing.

H5 Saling bekerjasama dalam bidang ekonomi

H6 Menghormati hak keistimewaan kaum tertentu yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia

H7 Memelihara perpaduan kaum

H8 Menyelesaikan masalah yang melibatkan kaum melalui rundingan

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 28

Soalan 11

(a) Jelaskan bentuk hubungan luar Malaysia.

F1 Hubungan bilateral

H1a Hubungan secara terus dengan negara tertentu

C1a Hubungan dengan negara jiran seperti Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam dan lain-lain.

C1b Hubungan dengan negara-negara Asia , Afrika, Timur Tengah dan sebagainya.

C1c Hubungan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

F2 Hubungan multilateral

H2a Hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan

C2a Hubungan dalam pertubuhan serantau ASEAN

C2b Hubungan dalam pertubuhan antarabangsa seperti Komanwel / OIC / NAM

[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]

(b) Terangkan faktor yang menjadi asas penggubalan dasar luar Malaysia.

F1 Faktor sejarah

H1a Malaysia adalah sebahagian daripada negara Kesultanan Melayu Melaka.

H1b Menjalin hubungan dengan negara yang telah terjalin sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

H1c Menjalin hubungan perdagangan dengan China, Arab, Siam dan negeri-negeri di Kepulauan Melayu.

H1d Menjalinkan hubungan dengan negara-negara di Kepulauan Melayu.

H1e Malaysia pernah menjadi tanah jajahan British.

H1f Selepas merdeka, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel

H1g Menjalin hubungan dengan Britain, Australia, New Zealand dan negara Komanwel lain.

H1h Malaysia menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) / PKM menggugat keselamatan negara.

H1i Mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 29

F2 Faktor Ekonomi

H2a Mengamalkan pasaran bebas

H2b Menjalin hubungan baik dengan negara yang dapat membantu memajukan ekonomi negara

H2c Malaysia merupakan negara pengeluar utama bijih timah / getah sejak zaman penjajahan British

H2d Menjalin hubungan ekonomi dengan Britain dan Amerika Syarikat kerana mengharapkan pasaran / modal dari negara-negara tersebut

H2e Mengamalkan Dasar Pandang ke Timur

H2f Menjalin hubungan untuk menggalakkan pelaburan dari Jepun dan Korea

H2g Bertujuan meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia

H2h Menjalin hubungan dengan negara-negara sedang membangun / negara-negara Islam untuk meneroka peluang pelaburan di negara berkenaan.

F3 Faktor Politik

H3a Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

H3b Menjalin hubungan dengan negara yang mengamalkan demokrasi.

H3c Malaysia berpegang kepada prinsip memelihara kedaulatan negara-negara lain

H3d Berhak menentukan hala tuju / masa depan berdasarkan prinsip keamanan sejagat

H3e Dasar Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat

H3f Malaysia tidak menjalin hubungan dengan Israel.

H3g Berpegang teguh kepada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) bagi memelihara keamanan dunia

F4 Faktor Geografi

H4a Malaysia berkedudukan strategik di Asia Tenggara

H4b Bersempadan dengan kebanyakan negara serantau seperti Singapura / Thailand / Indonesia / Filipina / Brunei

H4c Perairan Malaysia menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia

H4d Keselamatan negara serantau akan memberi kesan terhadap keselamatan Malaysia

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 30

F5 Faktor Demografi

H5a Menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam

H5b Majoriti penduduk Malaysia beragama Islam

H5c Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel

H5d Kerana menceroboh dan menindas penduduk Palestin

H5e Rakyat Malaysia yang pelbagai kaum bebas mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing

H5f Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia

H5g menyebabkan Malaysia menentang keras Dasar Aparteid di Afrika Selatan

H5h Tiada hubungan diplomatik

H5i Sehingga Dasar Aparteid dihapuskan oleh Afrika Selatan

H5j Kepelbagaian kaum di negara ini mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

(c) (i) Pada pendapat anda, mengapakah negara kita perlu berbaik-baik dengan negara luar?

H1 Menjamin keselamatan rakyat dan negara

H2 Memelihara kepentingan nasional

H3 Mengekalkan kedaulatan negara

H4 Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa

H5 Mengukuhkan pertahanan

H6 Menggalakkan pelaburan asing

H7 Meluaskan pasaran

H8 Membina rangkaian perdagangan

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 4 x 1m = 4 markah]

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 31

(ii) Andaikan anda seorang pemimpin, apakah usaha anda untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara luar?

H1 Mengelakkan persaingan senjata

H2 Menghormati kedaulatan negara lain

H3 Mementingkan hak asasi manusia

H4 Mengukuhkan hubungan diplomatik

H5 Menganggotai pertubuhan/gerakan antarabangsa

H6 Mengamalkan prinsip keadilan

H7 Mengutamakan semangat setiakawan

H8 Menyelesaikan krisis antara Negara melalui rundingan

H9 Menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi

H10 Melibatkan diri dalam kejohanan sukan di peringkat antarabangsa

(Mana-mana jawapan munasabah)

[Mana-mana 6 x 1m = 6 markah]

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

Peraturan Pemarkahan Modul G-Cakna JPNK 2015 | @cgzakariasejarah2015 32