ifolio.ukm.my · Web viewSelain itu, kawasan hutan yang terbiar di belakang kampus di dapati agak...

7
PENGENALAN Bagi menyahut cabaran UKM sebagai mana motonya “ Mengilham harapan, Mencipta masa depan”, Komuniti Sumber Terbuka (KST- FTSM) telah ditubuhkan bagi meneroka seterusnya mengungguli teknologi sumber terbuka. Sehingga kini, teknologi sumber terbuka telah diguna pakai secara pesat dan telah menguasai lebih 80% pasaran dunia. Selain itu, Komuniti Sumber Terbuka (KST-FTSM) merupakan sebuah kelab dibawah naungan PERTAMA – FTSM dan telah beraktiviti lebih dari 3 tahun dibawah kapasiti PERTAMA-FTSM. Kelab ini diilhamkan oleh yang berusaha Prof.Dr Zarina Binti Shukor yang kini memegang jawatan sebagai penasihat KST-FTSM. Kelab ini telah beraktiviti dengan pesatnya sehingga kini. Oleh itu, aktiviti yang saya telah jalani pada semester ini ialah mengadakan Program Tautan Kasih dan memantau kawasan alam sekitar Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat. Cetusan idea untuk melaksanakan program “Tautan Kasih” bermula daripada pemerhatian, dimana kami merasakan terdapat kekurang aktiviti antara mahasiswa dengan komuniti. Purata aktiviti mahasiswa di UKM hanya merangkumi aspek pembelajaran di dalam fakulti sahaja tanpa melibatkan diri dengan masyarakat luar. Seharusnya mahasiswa UKM, dan mahasiswa FTSM sendiri perlu cakna tentang kepentingan berinteraksi antara mahasiswa dan masyarakat luar. Ini kerana matlamat UKM sendiri adalah untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang serta mampu menabur bakti kepada masyarakat. Di dalam program ini, saya memegang jawatan sebagai bendahari program dan bertanggungjawap sebagai fasilitator sepanjang program berlangsung. Program ini

Transcript of ifolio.ukm.my · Web viewSelain itu, kawasan hutan yang terbiar di belakang kampus di dapati agak...

Page 1: ifolio.ukm.my · Web viewSelain itu, kawasan hutan yang terbiar di belakang kampus di dapati agak sunyi dan amat membahayakan bagi pelajar jika berjalan berseorangan, pulang lewat

PENGENALAN

Bagi menyahut cabaran UKM sebagai mana motonya “ Mengilham harapan, Mencipta masa

depan”, Komuniti Sumber Terbuka (KST-FTSM) telah ditubuhkan bagi meneroka seterusnya

mengungguli teknologi sumber terbuka. Sehingga kini, teknologi sumber terbuka telah

diguna pakai secara pesat dan telah menguasai lebih 80% pasaran dunia. Selain itu, Komuniti

Sumber Terbuka (KST-FTSM) merupakan sebuah kelab dibawah naungan PERTAMA –

FTSM dan telah beraktiviti lebih dari 3 tahun dibawah kapasiti PERTAMA-FTSM. Kelab ini

diilhamkan oleh yang berusaha Prof.Dr Zarina Binti Shukor yang kini memegang jawatan

sebagai penasihat KST-FTSM. Kelab ini telah beraktiviti dengan pesatnya sehingga kini.

Oleh itu, aktiviti yang saya telah jalani pada semester ini ialah mengadakan Program Tautan

Kasih dan memantau kawasan alam sekitar Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat. Cetusan

idea untuk melaksanakan program “Tautan Kasih” bermula daripada pemerhatian, dimana

kami merasakan terdapat kekurang aktiviti antara mahasiswa dengan komuniti. Purata aktiviti

mahasiswa di UKM hanya merangkumi aspek pembelajaran di dalam fakulti sahaja tanpa

melibatkan diri dengan masyarakat luar. Seharusnya mahasiswa UKM, dan mahasiswa FTSM

sendiri perlu cakna tentang kepentingan berinteraksi antara mahasiswa dan masyarakat luar.

Ini kerana matlamat UKM sendiri adalah untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang serta

mampu menabur bakti kepada masyarakat. Di dalam program ini, saya memegang jawatan

sebagai bendahari program dan bertanggungjawap sebagai fasilitator sepanjang program

berlangsung. Program ini melibatkan anak-anak yatim sebagai peserta kerana mereka

merupakan generasi harapan negara yang sering tersisih daripada perhatian masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung ialah lawatan ke bilik Robot

Soccer dan MyXLab, explorasi kampus dan ice breaking. Malahan, berkonsepkan ekspolasi

kampus para peserta didedahkan dengan suasana pembelajaran di kampus FTSM disamping

mereka dapat melihat dan merasai keindahan alam semulajadi di FTSM seperti mengadakan

aktiviti explorace sambil menghayati kehijauan alam sekitar.Program ini juga merupakan

anjuran bersama diantara Persatuan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (PERTAMA)

UKM dan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (UKM). Selain itu, saya juga di beri

tanggungjawap untuk memantau tahap kebersihan di sekitar kawasan kampus FTSM.

Page 2: ifolio.ukm.my · Web viewSelain itu, kawasan hutan yang terbiar di belakang kampus di dapati agak sunyi dan amat membahayakan bagi pelajar jika berjalan berseorangan, pulang lewat

OBJEKTIF

Antara objektif yang saya perolehi di dalam subjek tangggungjawap alam sekitar ialah:

1. Menghidupkan betapa pentingnya alam sekitar dalam hidup kita.

2. Melahirkan rasa kepentingan menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

3. Memberi kesedaran tentang budaya menghidupkan tanggungjawap terhadap alam

sekitar sangat penting dalam kehidupan seharian.

4. Memberi peringatan kepada mahasiswa untuk menjaga alam sekitar dengan penuh

rasa tanggungjawap dan peringatan untuk menghidupkan kembali kepentingan

menjaga alam sekitar di dalam kampus ataupun di mana-mana saja kita berada.

AKTIVITI YANG DI JALANKAN

Saya diberi tanggungjawap untuk memantau seluruh kawasan Fakulti Teknologi Dan Sains

Maklumat untuk memantau tahap kebersihan dan alam sekitar kawasan kampus. Saya telah

mendapati banyak sampah-sarap, sisa-sisa makan terbuang di kawasan kafeteria dan bilik

kuliah tidak terjaga dengan sebaiknya. Malahan, kawasan pembuang sampah turut juga

tercemar dengan kehadiran monyet-monyet yang telah memusnahkan dan membuat kawasan

pembuangan sampah menjadi tidak bersih dan kotor serta berbau busuk. Hal ini jika dilihat

secara serius amat memalukan bagi pihak saya sebagai seorang mahasiswa kesedaran

menjaga alam sekitar dengan sebaiknya haruslah dipupuk dan diamalkan dalam kehidupan

seharian sebagai seorang pelajar universiti. Perkara ini amat memalukan jika kita tidak

mengambil sebagai kes yang serius malangnya saya mendapati ramai di kalangan pelajar

yang membuang sampah sesuka hati walaupun tong sampah telah disediakan terutamanya di

dalam dewan kuliah dan dewan multimedia. Tambahan pula, kawasan sekitar kampus FTSM

sangat sunyi dan kurang terjaga kerana fakulti terletak di kawasan yang agak dalam

berbanding dengan fakulti-fakulti lain. Selain itu, kawasan hutan yang terbiar di belakang

kampus di dapati agak sunyi dan amat membahayakan bagi pelajar jika berjalan

berseorangan, pulang lewat petang atau malam kerana kawasan hutan tersebut kelihatan agak

sunyi jika berlaku sebarang kejadian ini menyebabkan pihak yang bertanggungjawap tidak

dapat mengesan punca jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Seharusnya

kawasan tersebut di letakkan papan tanda sebagai peringatan untuk pelajar dan kakitangan

mahupun pelawat yang datang melawat kawasan.

Page 3: ifolio.ukm.my · Web viewSelain itu, kawasan hutan yang terbiar di belakang kampus di dapati agak sunyi dan amat membahayakan bagi pelajar jika berjalan berseorangan, pulang lewat

LAMPIRAN

Kawasan cafeteria yang kurang bersih.

Kawasan pembuang sampah yang tidak terurus dan tidak terjaga.

Pelajar juga sesuka hati membuang sampah tanpa langsung mempedulikan kawasan

kafeteria yang kurang bersih.

Page 4: ifolio.ukm.my · Web viewSelain itu, kawasan hutan yang terbiar di belakang kampus di dapati agak sunyi dan amat membahayakan bagi pelajar jika berjalan berseorangan, pulang lewat

Kawasan hutan ini juga di dapati terbiar dan amat membahayakan bagi pelajar jika

berjalan berseorangan. Seharusnya kawasan ini diletakkan papan tanda sebagai

peringatan.

Page 5: ifolio.ukm.my · Web viewSelain itu, kawasan hutan yang terbiar di belakang kampus di dapati agak sunyi dan amat membahayakan bagi pelajar jika berjalan berseorangan, pulang lewat

KESIMPULAN

Seharusnya, kita sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi yang mempunyai pendidikan tinggi

dan didikan sejak di bangku sekolah haruslah mempunyai kesedaran untuk menjaga alam

sekitar kawasan kampus atau tidak kira di mana jua kita berada. Hal ini kerana, kesedaran

untuk memelihara dan memulihara alam sekitar sangat penting untuk di amalkan dan di

pupuk sejak di bangku sekolah dan seterusnya di amalkan sehingga ke manara gading. Oleh

hal yang demikian, amatlah wajar sebagai seorang mahasiswa yang berkaliber dan berdaya

wawasan menjadikan kepentingan kawasan alam sekitar haruslah di baik pulih dan amik

perhatian untuk memjadikan kawasan kampus FTSM sebagai mesra alam dan bersih serta

terjaga. Kepentingan kursus tanggungjawap alam sekitar ini amatlah berguna kerana dapat

memberi kesedaran kepada mahasiswa/mahasiswi untuk menjaga dan memelihara alam

sekitar dengan sebaiknya.