0 Pengenalan Pcg Makmal

3
0 Pengenalan Kumpulan Wang Sekolah merupakan sejumlah wang yang dipertanggungjawabkan kepada Pengurus Sekolah untuk diuruskan secara ceka berkesan dan amanah. Wang yang dipertanggungjawabkan iniadalah berpunca daripada sumber kerajaan dan sumber-sumber lain. Wang tersebut hendaklah diuruskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 1.1 Jenis-jenis Kumpulan Wang Sekolah Boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan a. Kumpulan Wang Kerajaan b. Kumpulan Wang S!W" #Sumbangan Wang "wam$ c. Kumpulan Wang "srama # bagi sekolah yang ada asrama $ Setiap kumpulan wang diselenggarakan secara berasingan dan satu akaun bank dibuka bagi setiap kumpulan wang tersebut. Bagi sekolah yang bilangan kurang daripada %&& orang dan urusniaganya terlalu sedikit, hanya perlu mempunya satu akaun bank bagi menguruskan semua Kumpulan Wang Sekolah. 1.2 Kumpulan Wang Kerajaan Kumpulan wang ini mengakaunkan semua terimaan yang diperolehi daripada Pemberian Bantuan Kerajaan # termasuk terimaandari Badan Berkanun, 'uran Peperiksaan Kerajaan dan (aedah bank $ kecuali bagi bantuan kerajaan yang berkai dengan asrama. "ntara punca kewangan yang diperakaunkanke dalam Kumpulan Wang Kerajaan adalah Pemberian Bantuan Prasekolah dan Geran Pelancaran !aunching Grant untuk kelas prasekolah yang baru dibuka sahaja. )aklumat lain boleh anda baca di dalam Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah terbitan Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya Edisi Keempat - Tahun !!"#

description

a

Transcript of 0 Pengenalan Pcg Makmal

0 Pengenalan Kumpulan Wang Sekolah merupakan sejumlah wang yang dipertanggungjawabkan kepada Pengurus Sekolah untuk diuruskan secara cekap, berkesan dan amanah. Wang yang dipertanggungjawabkan ini adalah berpunca daripada sumber kerajaan dan sumber-sumber lain. Wang tersebut hendaklah diuruskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

1.1Jenis-jenis Kumpulan Wang SekolahBoleh dikategorikan kepada 3 kumpulan:a. Kumpulan Wang Kerajaanb. Kumpulan Wang SUWA (Sumbangan Wang Awam)c. Kumpulan Wang Asrama ( bagi sekolah yang ada asrama )

Setiap kumpulan wang diselenggarakan secara berasingan dan satu akaun bank dibuka bagi setiap kumpulan wang tersebut. Bagi sekolah yang bilangan muridnya kurang daripada 100 orang dan urusniaganya terlalu sedikit, hanya perlu mempunyai satu akaun bank bagi menguruskan semua Kumpulan Wang Sekolah.

1.2Kumpulan Wang KerajaanKumpulan wang ini mengakaunkan semua terimaan yang diperolehi daripada Pemberian Bantuan Kerajaan ( termasuk terimaan dari Badan Berkanun, Yuran Peperiksaan Kerajaan dan faedah bank ) kecuali bagi bantuan kerajaan yang berkaitan dengan asrama.

Antara punca kewangan yang diperakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Kerajaan adalah Pemberian Bantuan Prasekolah dan Geran Pelancaran / Launching Grant untuk kelas prasekolah yang baru dibuka sahaja. Maklumat lain boleh anda baca di dalam Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah terbitan Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia Putrajaya Edisi Keempat - Tahun 2005.

Sebenarnya saya lebih suka menumpukan kepada maklumat yang berkaitan dengan prasekolah sahaja untuk panduan kita bersama.

1.3 Pemberian dan Bantuan Pemberian bermaksud wang atau barangan yang diperuntuk dan diagihkan kepada sekolah untuk menampung keperluan pembelajaran dan pengajaran misalnya Bantuan Per Kapita. Pemberian juga termasuklah wang atau barangan yang diperuntuk dan diagihkan kepada sekolah untuk menampung pembekalan makanan bermasak atau bahan makanan mentah kepada murid prasekolah iaitu Pemberian Bantuan Makanan Pelajar.

1.4 Pemberian Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG ) Peruntukan ini hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan.

1.5Geran Pelancaran Peruntukan ini diberi oleh Bahagian Pembangunan dan Perolehan Kementerian Pelajaran kepada kelas prasekolah dan sekolah yang baru beroperasi. Ia bertujuan membantu pengurusan sekolah bagi memulakan operasi pentadbiran kelas. Kadar adalah ditentukan mengikut kategori sekolah mengikut garis panduan yang disediakan oleh KPM. Bantuan ini akan diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan di bawah lajur Pelbagai dengan menyelenggarakan Akaun Subsidiari. Pengurus sekolah boleh menggunakan peruntukan ini untuk pembelian bahan yang telah disenaraikan oleh BPP, KPM semasa peruntukan diberi.

1.6 Pemberian Bantuan Makanan Pelajar Kadar bantuan makanan adalah sama di semua kelas prasekolah seluruh negara.

BORANG TUNTUTAN BANTUAN PERSEKOLAHAN SEKOLAH RENDAHBAGI TAHUN 2015

BAHAGIAN I : MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

Nama Sekolah :

Kod Sekolah:

Alamat: