01_SCE3113_Interaksi 1_T1-2-3_Soalan (1).doc

8

Click here to load reader

Transcript of 01_SCE3113_Interaksi 1_T1-2-3_Soalan (1).doc

SCE3113 Penilaian dalam Pengajaran Sains

Topik 1, 2, dan 3

SOALAN OBJEKTIF:

1. Manakah antara yang berikut merujuk kepada alat atau prosedur di mana tingkah laku individu diperolehi, disemak dan diberi markah menggunakan prosedur yang piawai?

APengujian

BPenilaian

CPentaksiran

DPengukuran

2. Yang manakah antara pernyataan berikut merujuk kepada maksud penilaian?

AProses bagaimana pakar-pakar peperiksaan menyedia, mentadbir dan menganalisa ujianBProsedur sistematik untuk memerhati serta mentafsirkan tingkah laku seseorang individu

CProses bagaimana seseorang guru menggunakan maklumat untuk membuat sesuatu tafsiran mengenai prestasi murid

DProses menentu, mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya

3. Manakah antara yang berikut merupakan tujuan pentaksiran sebelum pengajaran dilaksanakan?

AMenentukan kesediaan pelajar untuk belajar

BMeninjau keberkesanan sesebuah kurikulum

CMengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar

DMendapatkan maklum balas pencapaian akademik

4. Daripada kenyataan-kenyataan berikut yang manakah mengandungi ciri penting ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah rendah?

AMementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh serta mengandungi kesemua aras kemahiran

BMengandungi ciri-ciri perbandingan di antara murid-murid dan bertujuan untuk membuat pemilihan bagi sesuatu kursus

CDiadakan pada akhir sesuatu kursus atau unit pembelajaran dan keputusan ujian itu digunakan untuk menentukan pangkat

DDiadakan pada masa kursus berjalan, tugasan pembelajaran yang diberi terhad dan hasil penilaian jarang digunakan untuk menggred maklumat

5. Murid Z diberi satu sample air tulen untuk ditentukan suhu didihnya. Diketahui bahawa suhu didih air tulen adalah 1000C. Dalam eksperimen tersebut, termometer yang digunakan menunjukkan suhu didih sampel air itu sebagai 102oC.Apakah sikap saintifik dan nilai murni yang boleh dinilai pada murid Z?

Asistematik dan yakin

Bminat dan sifat ingin tahuCfleksibel dan berfikiran terbuka

Djujur dan tepat dalam merekod data

6. Cikgu Zah menggunakan ujian kertas dan pensil setelah selesai membincangkan satu tajuk sains.

Antara berikut bidang manakah sesuai ditaksir oleh cikgu Zah?

APengetahuan sains

BKemahiran manipulatif

CKemahiran proses sains

DSikap saintifik dan nilai murni

7. Manakah antara penyataan yang berikut merupakan kelebihan alat pentaksiran portfolio?

AMemberikan markah berbeza antara pemeriksa

BMenggalakkan penilaian kendiri dan pemikiran kritikal murid

CMengumpul maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam portfolio

DMemerlukan masa yang panjang untuk melaksanakan pentaksiran

8. Apakah tujuan portfolio?Amengawal tingkah laku murid

Bmerekod sikap dan nilai murni murid

Cmenganalisis kebolehan akademik murid

Dmenilai perkembangan pembelajaran murid

9. *Memerhati dengan cepat dan cekap tingkah laku yang berlaku

*Meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik

*Mencatat keputusan yang menjawab soalan Ya Tidak

Yang manakah antara berikut dapat dikaitkan dengan penggunaan alat pentaksiran yang dinyatakan di atas?

APortfolio

BTemu bual

CSenarai Semak

D Rekod anekdot

10. Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur tingkah laku murid?

A Temu bual

B Soal selidik

C Rekod anekdot

DLembaran kerja

11. Setiap alat pentaksiran boleh mengukur bidang tertentu.

Manakah antara pasangan yang berikut betul?

A Aktiviti makmal

kemahiran saintifik

B Laporan bertulis

kefahaman konsep

C Buku nota

kemahiran komunikasiD One minute paper

Keberkesanan strategi

12. Murid tahun 5 Anggerik telah menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji hubungan antara masa pemanasan air dan suhu air. Jadual di bawah menunjukkan keputusan penyiasatan tersebut.

Masa pemanasan air (minit)0510152025

Suhu air (oC)273134516787

Yang manakah antara alat pentaksiran berikut sesuai digunakan untuk menilai kemahiran proses sains murid?

A Peta konsep

B Laporan bertulis

C Lembaran kerja makmal

D Lukisan dan gambar rajah yang berlabel

13.

Apakah alat atau prosedur yang dirujuk oleh penyataan di atas?

A Penilaian

B Pengujian

C Pentaksiran

D Pengukuran

14.Pada setiap akhir pengajaran dan pembelajaran, Cikgu Min memberi kuiz dan merekod markah dalam buku rekod mengajar. Setelah itu, Cikgu Min membuat analisis markah kuiz dan membuat perancangan pengajaran seterusnya.

Apakah prosedur dan tujuan cikgu Min melaksanakan perkara diatas?

Prosedur

Tujuan

APengujian Menentukan kedudukan murid dalam kelas

BPengukuran Menilai pengskoran yang sesuai untuk murid

CPenilaian Membuat perancangan pengajaran seterusnya

DPentaksiran Mendapat maklum balas pencapaian hasil pembelajaran

15.Pelajar diminta mengumpul daun, kemudian dengan menggunakan kanta tangan melukis urat daun yang dilihat.

Apakah bidang pentaksiran bagi aktiviti ini?

ANilai murni

BKemahiran

CTingkah laku

DPengetahuan

16.Manakah antara pernyataan berikut yang menerangkan tujuan alat pentaksiran portfolio yang digunakan oleh guru?

II Mengesan tingkah laku

III Mengesan penilaian kendiri murid

IV Mengesan bukti hasil kerja dengan mudah

V Mengesan proses pembelajaran dan pengajaran

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

SOALAN STRUKTUR:

1. Portfolio merupakan alat pentaksiran untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan diri seseorang pelajar.

a Nyatakan 3 tujuan pentaksiran portfolio. (3 markah)b Nyatakan satu komponen yang ada dalam

i. Portfolio berorentasikan proses ( process oriented). (1 markah)iiPortfolio berorentasikan produk (product oriented). (1 markah)cPemerhatian merupakan satu lagi kaedah untuk mentaksir pelajar.

iApakah yang boleh diukur melalui kaedah pemerhatian? (1 markah)ii Berikan 2 alat pentaksiran bagi mencatat pemerhatian. (2 markah)

dTerangkan rekod anekdot. (2 markah)

2.Portfolio merupakan satu koleksi bahan yang mengandungi bukti pengetahuan dan kemahiran murid.aBagaimanakah guru sains boleh menilai projek dengan menggunakan portfolio? (4 markah)bLengkapkan aspek yang boleh dinilai dalam rubrik pemarkahan pada Jadual di bawah bagi projek bertajuk kepentingan air. (6 markah)Bil.Aspek dinilaiMarkah8-10Markah5-7Markah0-4

1

2

3

4

5

6

cNyatakan satu perbezaan antara senarai semak dan rekod anekdot dalam penggunaannya untuk merekod pemerhatian perkembangan murid.(2 markah)3. aPortfolio ialah satu kaedah pentaksiran yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar. iNyatakan dua ciri portfolio. (2 markah)iiBagaimanakah penilaian terhadap portfolio boleh dilakukan? (4 markah)bPemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Huraikan pelaksanaan proses pemerhatian berdasarkan kualiti pemerhatian. (4 markah)PPG INTERAKSI 1

Mengatur satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dapat dilakukan terhadap penguasaan murid. Penguasaan murid dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada pemerhatian yang dikehendaki.