02-2011 Pekeliling Pejabat Pendaftar - Pengiktirafan JPA

2
2 Mac 2011 PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (02/2010) Semua Pelajar-pelajar Open University Malaysia PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PROGRAM PENGAJIAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (JPA) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman para pelajar, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang ke 107 pada 29 November 2010 telah bersetuju untuk mengiktirafkan kelayakan-kelayakan bagi program-program yang dijalankan oleh OUM seperti berikut: Bil Nama Program Tempoh Sah Laku/Tarikh Mula Akreditasi Nilai Taraf 1 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (A6959) 27.01.2010 Diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengan Diploma Biasa dari Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam. 2 Sarjana Pentadbiran Perniagaan (A10099) 25.04.2010 Turut diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengan syarat memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf seperti mana syarat-syarat yang termaktub dalam surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.13/2009 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.7/2010. 3 Sarjana Pengurusan (A10726) 25.04.2010 Turut diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengan syarat memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf seperti mana syarat-syarat yang termaktub dalam surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.13/2009 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.7/2010.

Transcript of 02-2011 Pekeliling Pejabat Pendaftar - Pengiktirafan JPA

2 Mac 2011 PEKELILING PEJABAT PENDAFTAR (02/2010) Semua Pelajar-pelajar Open University Malaysia PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN PROGRAM PENGAJIAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (JPA) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman para pelajar, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) yang ke 107 pada 29 November 2010 telah bersetuju untuk mengiktirafkan kelayakan-kelayakan bagi program-program yang dijalankan oleh OUM seperti berikut:

Bil Nama Program Tempoh Sah Laku/Tarikh Mula

Akreditasi

Nilai Taraf

1 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (A6959)

27.01.2010

Diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengan Diploma Biasa dari Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Perkhidmatan Awam.

2 Sarjana Pentadbiran Perniagaan (A10099)

25.04.2010

Turut diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengan syarat memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf seperti mana syarat-syarat yang termaktub dalam surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.13/2009 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.7/2010.

3 Sarjana Pengurusan (A10726) 25.04.2010 Turut diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengan syarat memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf seperti mana syarat-syarat yang termaktub dalam surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.13/2009 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.7/2010.

4 Sarjana Sains (Pentadbiran Perniagaan) (A57389)

17.05.2010 Turut diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengan syarat memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf seperti mana syarat-syarat yang termaktub dalam surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.13/2009 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.7/2010.

3. Sehubungan dengan itu surat pemakluman pengiktirafan kelayakan daripada pihak JPA telah dimuat naik di dalam laman web OUM untuk makluman semua. 5. Pihak Universiti ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar terhadap kerjasama yang diberikan dalam proses perakuan akreditasi dan pengiktirafan. Sekian. Yang benar, KAMARIAH MOHD NOOR Pendaftar s.k. Presiden/ Naib Canselor Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan Dekan-dekan Fakulti Pengarah/ Ketua Pusat Timbalan Pengurus Besar (Peperiksaan) Pengarah/ Pengurus/ Pentadbir Pusat Pembelajaran Pengurus-Pengurus Kanan Ketua Pusat Pengurusan Pelajar