PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

9
KEPADA PENJAWAT AWAM YANG MELAPORKAN Follow us: PEMBERIAN DAN PENERIMAAN RASUAH Garis Panduan berkaitan Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian atau Penerimaan Rasuah telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2011. Penjawat awam yang melaporkan sebarang bentuk pemberian atau penerimaan rasuah akan diberi pengiktirafan dan ganjaran sama ada dalam bentuk wang, kenaikan pangkat atau gaji dan sijil penghargaan. Untuk bacaan lanjut boleh klik pautan berikut : https ://www.sprm.gov.my/images/GarisPanduanPengiktirafanPenjawatAwam.pdf

Transcript of PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

Page 1: PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

KEPADA PENJAWAT AWAM YANG MELAPORKAN

Follow us:

PEMBERIAN DAN PENERIMAAN RASUAH

Garis Panduan berkaitan Pengiktirafan Kepada Penjawat Awam Yang Melaporkan Pemberian atau Penerimaan Rasuah telah dikeluarkan oleh

Ketua Setiausaha Negara yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2011.

Penjawat awam yang melaporkan sebarang bentuk pemberian ataupenerimaan rasuah akan diberi pengiktirafan dan ganjaran sama ada dalam

bentuk wang, kenaikan pangkat atau gaji dan sijil penghargaan.

Untuk bacaan lanjut boleh klik pautan berikut :

https://www.sprm.gov.my/images/GarisPanduanPengiktirafanPenjawatAwam.pdf

Page 2: PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

Meningkatkan imej sektor awam dan memberi persepsi bahawa pegawai awam tidak berkompromi dengan perbuatan rasuah.

Meningkatkan, menggalakkan serta memberi motivasi kepada penjawat awam bagi melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah.

Mewujudkan satu skim yang khusus untuk memberikan pengiktirafan kepada penjawat awam yang melaporkan kes-kes rasuah.

Mengiktiraf penjawat awam yang memperlihatkan etika dan integriti yang tinggi dalam menangani gejala rasuah serta mengikis pandangan negatif masyarakat terhadap perbuatan melaporkan jenayah rasuah.

Page 3: PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

Aduan pemberian atau penerimaan rasuah di laporkan olehmana-

mana penjawat awam kepada SPRM.

Pengiktirafan adalah kepada seseorang anggota penjawat awam dan

bukannya kepada kementerian , jabatan atau agensi.

Penjawat awam memberikan kerjasama yang sepenuhnyakepada

pegawai SPRM sehingga perbicaraan kes itu selesai, termasuklah hadir

ke mahkamah untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan

kes, jika perlu.

Kes itu hendaklah sehingga membawa kepada sabitan

mahkamah sehingga ke peringkat yang tiada lagi rayuan di buat.

Pemberian dan penerimaan dalam bentuk nyata atau apa-apa

bentuk yang layak dari segi undang-undang yang boleh diberi

nilai.

Page 4: PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

Panel ini bertanggungjawab meneliti danmemperakukan pengiktirafan kepada penjawatawam berdasarkan laporan kes dan pendakwaanterhadap pesalah rasuah.

Anggota Panel Perakuan adalah :i. Pengerusi – Pengarah Siasatan SPRMii. Anggota – Wakil Jabatan Perkhidmatan Awam,

Wakil Biro Pengaduan Awam dan Wakil JabatanAudit Negara

Anggota Panel Perakuan Peringkat Negeri :i. Pengerusi – Pengarah SPRM Negeri / Pengarah

Siasatan (bagi Wilayah Persekutuan / WilayahPersekutuan Labuan)

ii. Anggota - Wakil Jabatan Perkhidmatan Awam,Wakil Biro Pengaduan Awam dan Wakil JabatanAudit Negara Peringkat Negeri / Wakil JabatanAudit Negara (bagi Wilayah Persekutuan /Wilayah Persekutuan Labuan)

Panel Perakuan hendaklah mengemukakancadangan pengiktirafan calon-calon kepadaUrusetia Panel Penilaian sekurang-kurangnya 14hari sebelum berrsidang.

Mesyuarat bersama Panel Perakuan Peringkat NegeriDipengerusikan oleh Pengarah SPRM Sabah bersama

Pengarah Biro Pengaduan Awam, Timbalan KetuaPengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

dan Timbalan Pengarah Audit Negara

Page 5: PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

• Panel ini bertanggungjawab membuat penilaian terhadap syor Panel Perakuan,

mempertimbangkan dan membuat keputusan mengenai pengiktirafan kepada penjawat

awam.

• Membuat pertimbangan mengenai nilai atau bentuk ganjaran yang akan diberikan.

Keanggotaan Panel Penilaian :

i. Pengerusi– Ketua Pesuruhjaya SPRM

ii. Anggota – Peguam Negara atau wakil, Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakil,

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

atau wakil, Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM atau wakil dan

Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Am SPRM.

• Panel Penilaian akan bersidang sekurang-kurangnya sekali setahun. Makluman tentang

mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada Pengerusi Panel Perakuan 30 hari sebelum

bersidang.

Page 6: PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

Sekretariat Panel Penilaian dan Panel

Perakuan Peringkat Persekutuan - Pejabat

Pentadbiran Siasatan, Bahagian Siasatan di

Ibu Pejabat SPRM

Sekretariat Panel Perakuan Peringkat

Negeri – Ketua Unit Siasatan di Pejabat

SPRMNegeri

Nama–nama calon untuk pengiktirafan

hendaklah dikemukakan oleh Panel

Perakuan kepada Bahagian Perundangan

dan Pendakwaan di Ibu Pejabat SPRM

sekurang-kurangnya 14 hari selepas Panel

Perakuan menerima makluman daripada

Panel Penilaian bagi tujuan semakan dan

pengesahan.

Page 7: PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

Jika pemberian atau penerimaan sogokan atau rasuah yang tidak melibatkan wang seperti harta alih dan harta tak alih, maka nilai sogokan atau rasuah akan dibuat berdasarkan penentuan nilai pasaran semasa harta alih dan harta tak alih tersebut.

Pelapor pemberian rasuah juga akan diberi sijil penghargaan dan dipertimbangkan untuk pencalonan anugerah pingat di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Sekiranya tiada rampasan wang dibuat atau tiada apa-apa yang dirampas , Panel penilaian akan menentukan ganjaran dengan had minimum RM500.00

Urusan Pembayaran ganjaran akan diuruskan oleh CawanganKewangan , Akuan dan Pembangunan , Bahagian PengurusanSumber Manusia dan Pentadbiran Am, SPRM.

Page 8: PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

1.Akta Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia 2009

2.Garis Panduan Pengiktirafan PenjawatAwam SPRM/BKP:20/22/1.9 bertarikh 11 Mei 2011

Page 9: PENGIKTIRAFAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG …

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah

Aras 3, Blok A,

Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah

Peti Surat 6000, Jalan UMS,

88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088 – 488381 / 382 / 383

Fax : 088 - 488387

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Cawangan Sandakan

Tingkat 7, Bangunan Persekutuan

KM 11, Jalan Labuk

Peti Surat 6000,

90048 Sandakan, Sabah

Tel : 089 – 668746 / 496

Fax : 089 - 669691

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Cawangan Tawau

Tingkat 6, Bangunan Persekutuan

Peti Surat 6000,

91108 Tawau, Sabah

Tel : 089 – 772743 / 753005

Fax : 089 - 772693

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Cawangan Keningau

Tingkat Bawah, Bangunan Gunasama

Rumah Persekutuan Keningau

Peti Surat 6000,

89008 Keningau, Sabah.

Tel : 087 – 336761 Fax : 087 - 336763

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Cawangan Lahad Datu

Div.1 Kuartes No JKR 10594

Jalan Hap Heng (Hyundai)

Peti Surat 6000,

91100 Lahad Datu, Sabah.

Tel : 089 – 868769 Fax : 089 - 868768

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah

Sektor Pencegahan

Lot No.W1-09, Wisma 1 Sulaman

Jalan Sulaman, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

(Unit Pemeriksaan & Perundingan) (Unit Pendidikan Masyarakat)

Tel : 088 – 415601 Tel : 088 - 415603

Fax : 088 – 415602 Fax : 088 – 415604

RASUAH DIHINA, MARUAH DIBINA“Abhor Corruption, Uphold Pride”