02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

12
Penubuhan Unit- unit Kokurikulum Tajuk 2

description

Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

Transcript of 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

Page 1: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

Penubuhan Unit-unit Kokurikulum

Tajuk 2

Page 2: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

I. Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik)Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakara sedia ada daripada guru-guru itu sendiri. II. Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolahPrasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akan mempunyai kelebihan yang banyak dalam menyusun atur program sukan khususnya sukan-sukan yang sering menjadi amalan di sekolah tersebut.

Faktor-faktor yang mempengaruhi penubuhan

Page 3: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

III. Peralatan sukan yang sedia ada di sekolahPeralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Pelbagai aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan sukan di sekolah. Sesuatu jenis peralatan sukan ini juga mungkin akan dipengaruhi oleh harga dan jangka hayat alatan tersebut.IV. Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid di sekolahPemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat dipengaruhi oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat dalam komuniti tersebut. V. Bilangan guru dan bilangan muridBilangan guru dipengaruhi oleh pengalaman guru tesebut. Bilangan guru dalam satu-satu jenis sukan dipengaruhi oleh bilangan murid yang menyertai kelab sukan tersebut. Penyertaan murid dalam satu-satu kelab sukan juga perlu dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai.

Page 4: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

Persatuan yang mempunyai badan induk perlu mendapat kebenaran, pengesahan dan pendaftaran daripada badan induk persatuan berkenaan;

Penubuhan Unit yang Mempunyai Badan Induk

a. Pengetua, guru besar atau guru penasihat perlu mengadakan perbincangan awal dengan badan induk persatuan berkenaan;

b. Mengisi borang permohonan;c. Menghantar borang permohonan kepada pegawai yang

mengendalikan badan induk berkenaan;d. Membuat pendaftaran anggota peringkat dalaman sementara

menunggu kelulusan pendaftaran;e. Memperoleh kelulusan atau sijil pendaftaran.f. Mendaftar anggota secara rasmi kepada badan induk berkenaan.

Page 5: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

• Setiap persatuan perlu mempunyai perlembagaan dan peraturan atau undang-undang yang diluluskan dalam mesyuarat agung.

• Persatuan yang mempunyai badan induk menggunakan perlembagaan yang dibuat oleh badan induk berkenaan;

• Fungsi perlembagaan dan peraturan ialah sebagai panduan untuk menggerak dan melicinkan perjalanan persatuan.

• Juga sebagai tempat rujukan jika timbul sebagai masalah.

Perlembagaan dan Undang-undang

Page 6: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

Secara umumnya, perlembagaan pertubuhan mengandungi :

• Nama dan alamat pertubuhan

• Matlamat

• Keahlian

• Jawatankuasa (bilangan, tugas)

• Kewangan

Page 7: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

✈ Memberi nasihat, panduan dan bimbingan;

✈ Melaksana dan menentukan polisi Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah;

✈ Menghadiri dan memberi nasihat dalam mesyuarat;✈ Memberi latihan dan tunjuk ajar kepada anggota, terutama dalam badan beruniform; dan

✈ Menjadi pengantara antara pentadbir sekolah dengan anggota persatuan.

Peranan Guru Penasihat

Page 8: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

Pengerusi / Ketua Kumpulan :• Mengurus dan mentadbir persatuan mengikut perlembagaan

persatuan atau melaksanakan keputusan mesyuarat;• Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja;• Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti persatuan;

Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan persatuan.Naib Pengerusi / Penolong Ketua Kumpulan :• Membantu pengerusi atau ketua kumpulan dalam pengurusan dan

pentadbiran persatuan;• Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas pengerusi

semasa ketiadaan pengerusi;• Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam

perlembagaan persatuan.

Bidang Tugas Jawatankuasa

Page 9: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

Setiausaha:• Menyimpan pendaftaraan keanggotaan;• Bertanggungjawab dalam urusan surat menyurat dengan badan luar,

pentadbir sekolah dan anggota persatuan;• Mengundang dan mengedar surat panggilan mesyuarat;• Bekerjasama dengan pengerusi bagi mentadbir dan mengurus

program; • Mencatat minit-minit mesyuarat; • Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan

dalam perlembagaan persatuan.

Penolong Setiausaha:• Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus persatuan;• Menjalankan tugas setiausaha semasa ketiadaan setiausaha; • Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan

dalam perlembagaan persatuan.

Page 10: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum

Bendahari:

• Menyimpan rekod dan stok harta persatuan;

• Memungut dan menyimpan penyata pembayaran yuran anggota;

• Memungut dan meyimpan penyata keluar masuk wang persatuan;

• Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan;

Menjalankan tugas sebagaimana ketetapan yang diperuntukkan dalam

perlembagaan persatuan.

Ketua Sekawan / Patrol / Biro:

• Mengetuai satu kumpulan kecil anggota bagi melaksanakan sesuatu tugas yang

ditetapkan mengikut sekawan/patrol/biro;

• Menjaga kebajikan anak buah dalam kumpulan;

• Menjadi perantara antara Pengerusi / Ketua Kumpulan, Penolong Penasihat dan

Guru Penasihat / Jurulatih dengan anak buah.

Menjalankan tugas mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam perlembagaan

persatuan;

• Membantu pengerusi dan setiausaha persatuan melaksanakan tugas yang telah

ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan

Page 11: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum
Page 12: 02 Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum