02 UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01 Keluaran
Transcript of 02 UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01 Keluaran
Muka surat : 1/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
1.0 PENGENALAN
Cuti bermaksud sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan tidak putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja. Garis Panduan ini diwujudkan bertujuan untuk memberi panduan pengurusan cuti kepada kakitangan UPSI supaya pengurusan cuti menjadi lebih teratur.
2.0 DEFINISI
”Pegawai”ertinya semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh
Pihak Berkuasa Melantik secara tetap, sementara atau kontrak.
“Perkhidmatan Yang Melayakkan”bermaksud perkhidmatan yang diambilkira bagi
mengira kelayakan mendapat cuti seseorang kakitangan dan terdiri dari masa-masa
bertugas, cuti rehat dan cuti sakit, tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa
gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah serta cuti belajar.
“Sanak Saudara” bermakna suami atau isteri, anak-anak, ibubapa dan lain-lain
saudara mara yang rapat kepada kakitangan.
“Sijil Sakit”bermaksud sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor Universiti,
panel doktor (seperti yang tertera didalam Kad Rawatan Kakitangan), doktor Hospital
Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan.
”Cuti Rehat”merupakan cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang
melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember.
”Cuti Sakit”bermaksud cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan
dan dengan mengemukakan sijil sakit daripada doktor Universiti, panel doktor (seperti
Muka surat : 2/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
yang tertera di dalam Kad Rawatan Kakitangan) atau doktor Hospital Kerajaan dan
diberi cuti sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.
“Cuti Sakit Lanjutan” merupakan cuti Pegawai yang diperakukan oleh Lembaga
Perubatan memerlukan masa berehat yang panjang kerana tidak sihat untuk bertugas
tetapi ada harapan untuk sihat semula bagi perkhidmatan selanjutnya.
“Cuti Tanpa Gaji”merupakan cuti tanpa gaji yang diberi untuk urusan persendirian
yang mustahak.
“Cuti Separuh Gaji”adalah cuti atas sebab kesihatan sanak saudara yang rapat
kepada pegawai itu. Sanak saudara bermaksud adik beradik, ibubapa, dan lain-lain
saudara mara yang rapat pada pegawai.
“Cuti Tibi, Kusta, Barah” diberikan kepada pegawai yang menghidapi penyakit
tersebut. Cuti kerana barah dan kusta tidak lebih 24 bulan dengan bergaji penuh
manakala cuti sakit kerana tibi tidak lebih 12 bulan dengan bergaji penuh.
“Cuti Bersalin”diberi kepada pegawai wanita untuk pulih daripada melahirkan anak.
“Cuti Isteri Bersalin”merupakan cuti yang diberikan untuk membantu urusan semasa
isteri bersalin.
“Cuti Haji”adalah cuti yang dibenarkan untuk mengerjakan ibadah haji.
“Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak”merupakan cuti yang dibenarkan bagi membolehkan
pegawai wanita menjaga dan menyusukan anak.
Muka surat : 3/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
“Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Berkursus di Dalam Atau Luar Negara”diberikan
kepada pegawai bagi membolehkan pegawai mengikut pasangan berkhidmat/
berkursus di dalam atau di luar Negara.
“Cuti Tanpa Rekod”merupakan cuti yang dibenarkan atas sebab-sebab tertentu
seperti cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti isteri bersalin, cuti kerana kematian
ahli keluarga terdekat, cuti mengambil peperiksaan, cuti kerana mengajar pada hari
Sabtu (kakitangan akademik) dan lain-lain.
“Gantian Cuti Rehat (GCR)”adalah award wang tunai yang diberi kepada Anggota
Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan
kepentingan perkhidmatan
“Penolakan Cuti Rehat Secara Automatik (Auto Deduct Leave)” merupakan
pelaksanaan penolakan cuti yang ditolak secara automatik bagi pegawai yang tiada
rekod masuk dan keluar pejabat dalam sesuatu bulan. Penolakan cuti rehat ini akan
dibuat pada 10hb setiap bulan bagi senarai kehadiran bulan sebelumnya.
Muka surat : 4/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.1 JENIS-JENIS CUTI
3.1 Cuti Rehat/Cuti Kecemasan 3.2 Cuti Sakit / Cuti Sakit Lanjutan 3.3 Cuti Tanpa Gaji 3.4 Cuti Separuh Gaji 3.5 Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak 3.6 Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Berkursus di Dalam Atau Luar Negara 3.7 Cuti Tibi,Kusta, Barah 3.8 Cuti Bersalin 3.9 Cuti Haji 3.10 Cuti Tanpa Rekod
(i) Cuti Gantian (ii) Cuti Latihan Pasukan Sukarela
(iii) Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Tahunan Pertubuhan dan
Persatuan (iv) Cuti Menghadiri Kursus‐kursus Lain:
- Kursus Kepimpinan Belia dan Bina Semangat - Kursus Kesatuan Sekerja (diluluskan oleh KSM)
(v) Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama/Koperasi (vi) Cuti Menghadiri Peperiksaan (vii) Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
(viii) Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan/Ahli Jawatan
Kuasa Pertandingan (ix) Cuti Tugas Khas Perubatan (x) Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat (xi) Cuti Mengikuti Latihan Fasilitator/Menjadi Fasilitator Latihan PLKN (xii) Cuti Penderma Organ (xiii) Cuti Isteri Bersalin
Muka surat : 5/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.1 CUTI REHAT
Cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember.
Cuti Kecemasan tidak digalakkan. Walau bagaimanapun, cuti kecemasan
diberikan kepada pegawai atas sebab-sebab kecemasan sahaja. Kakitangan
perlu membuat permohonan cuti kecemasan apabila kembali bertugas dan
kelulusan tertakluk kepada budi bicara ketua pegawai/Ketua Jabatan.
A. Dasar Cuti Rehat
Cuti rehat seboleh-bolehnya diambil pada tiap-tiap tahun oleh kakitangan untuk tujuan kecekapan dan kepentingan pegawai-pegawai itu sendiri.
Ketua Jabatan hendaklah menyediakan seberapa yang boleh jadual giliran bercuti bagi kakitangan di bawahnya.
B. Kadar Cuti Rehat
Lantikan Sebelum 1 Lantikan Mulai 1 Lantikan Mulai 1 Jan.
Sept. 2005 Sept. 2005 2009
Kumpulan/ (PP4/2002) (PP20/2005) (PP14/2008)
Gred Kurang Genap Kurang Genap Kurang Genap 10
10 Tahun 10 Tahun 10 Tahun 10 Tahun 10 Tahun Tahun
Pengurusan
Tertinggi 30 35 30 30 25 25
31-54 30 35 30 30 25 25
21-30 25 30 25 30 25 25
1-20 20 25 20 25 20 25
Muka surat : 6/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
C. Pengiraan Cuti Rehat Yang Melayakkan
Kaedah perkiraan untuk menentukan kelayakan cuti rehat kakitangan (bagi
perkhidmatan yang melayakkan/perkhidmatan yang boleh diambilkira sahaja)
adalah seperti berikut;
Jumlah HARI berkhidmat x kelayakan cuti rehat
(bagi setahun)
365
Walau bagaimanapun, kaedah perkiraan tersebut adalah tertakluk kepada
tarikh pelantikan kakitangan itu (tarikh kakitangan mula melaporkan diri untuk
bertugas). Kaedah yang sama juga boleh digunakan bagi kakitangan yang
kembali melaporkan diri untuk bertugas semula setelah bercuti belajar
(berkursus), cuti sabatikal, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti haji atau bercuti
bagi tempoh cuti yang tidak melayakkan mendapat cuti rehat.
D. Tatacara Permohonan Cuti Rehat dan Cuti Kecemasan
Permohonan cuti dibuat melalui MyUPSI Portal kakitangan dan pegawai
dibenarkan untuk memohon cuti sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh
bercuti. Manakala bagi permohonan cuti kecemasan perlu dibuat sebaik
sahaja pewagai bertugas semula.
Peraku Cuti/Pelulus Cuti perlu menyemak baki cuti rehat yang ada sebelum meluluskan permohonan cuti rehat.
Kakitangan yang mengambil cuti rehat melebihi kelayakan tahunannya akan
dipotong emolumen serta dicatat dalam Buku Rekod Perkhidmatannya seperti
perkara 14A (a) Perintah Am Bab C iaitu ”Tiada Gaji bagi tempoh tidak hadir
bekerja tanpa cuti”.
Muka surat : 7/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
E. Urusan Permohonan Gantian Cuti Rehat (GCR) dan Baki Cuti Rehat
Pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan
perkhidmatan hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan setiap tahun,
dengan menggunakan borang Lampiran A. Kebenaran ini akan dicatatkan
dalam Kenyataan Cuti pegawai dan borang tersebut akan disimpan di dalam
Buku Rekod Perkhidmatan pegawai untuk rujukan sekiranya timbul sebarang
persoalan mengenai GCR kelak.
Syarat pengumpulan cuti rehat adalah seperti berikut;
Kerana kepentingan perkhidmatan Dibenarkan dalam tempoh dua tahun perkhidmatan
Cuti Rehat tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga
akan luput pada akhir tahun ketiga
Syarat pemberian GCR;
Jumlah hari cuti rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah sebanyak 15
hari (maksimum) atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak
bagi tahun tersebut, mengikut mana yang kurang. Jumlah Cuti Rehat yang boleh dikumpul ialah sebanyak 150 hari sahaja.
Pada akhir tahun perkhidmatan, pegawai dibenar mengumpul Cuti
Rehat bagi GCR sehingga maksimum sama banyak dengan kadar Cuti
Rehat.
Kaedah pengiraan GCR;
1/30 x gaji yang akhir diterima x jumlah hari cuti rehat yang Dikumpulkan (tertakluk kepada
had maksimum 150 hari)
Muka surat : 8/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
**Tafsiran “gaji yang akhirberikut:diterima” adalah Bagi pegawai yang tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia atau Sistem Saraan Baru, “gaji yang akhir dit Imbuhan Tetap mengikut kumpulan perkhidmatan, kategori, gred dan gaji hakiki pegawai.
F. Pelaksanaan Penolakan Cuti Rehat Secara Automatik (Auto Deduct Leave)
Penolakan cuti rehat secara automatik telah dilaksanakan mulai
1 Julai 2011 bagi pegawai yang tiada rekod masuk dan keluar
pejabat dalam sesuatu bulan. Penolakan cuti rehat ini akan
dibuat pada 10hb setiap bulan bagi senarai kehadiran bulan
sebelumnya.
Pihak pentadbiran universiti melalui Surat Pekeliling Pendaftar
Bil.1 tahun 2013 telah bersetuju supaya penolakan cuti rehat
secara automatik hendaklah dilaksanakan di PTj masing-masing
dengan kelulusan Ketua Jabatan.
Ketua PTj diberi kuasa untuk meluluskan/menolak permohonan
pembatalan cuti rehat yang telah ditolak secara automatik bagi
tempoh Januari –Disember bagi sesuatu tahun semasa.
Pentadbir Cuti di PTj adalah bertanggungjawab untuk
membatalkan cuti rehat yang telah ditolak secara automatik
bagi tempoh Januari –Disember bagi sesuatu tahun semasa
selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan.
Permohonan yang melangkau tahun adalah tidak dibenarkan/tidak diluluskan.
Muka surat : 9/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
Tanggungjawab pegawai yang terlibat adalah seperti berikut;
Ketua Pegawai
Pegawai Pegawai yang
Tadbir/Jawatan dipertanggungjawabk
Kakitangan UPSI
(recommender /
Pentadbiran tertinggi di an menjaga cuti di PTj
approver)
PTj (Pentadbir Cuti di PTj)
1) Memastikan 1) Memastikan 1) Bertanggungjawab 1) Perlu membuat
mengetik kad permohonan untuk memantau semakan cuti
pekerja setiap cuti pegawai dan mengenalpasti kakitangan secara
hari bertugas diluluskan kakitangan yang berkala agar
2) Sentiasa sebelum mengambil rekod cuti
menyemak pegawai bercuti kesempatan bercuti kakitangan
rekod kehadiran 2) Memastikan tanpa membuat sentiasa
dan cuti masing- alasan-alasan permohonan cuti dikemaskini.
masing yang terlebih dahulu 2) Memastikan
3) Jika terdapat dikemukakan serta kakitangan borang-borang
rekod cuti yang oleh pegawai yang telah habis cuti disimpan
tidak diambil tindakan kelayakan cuti dengan baik.
dikemaskini, (approve/reject) tahunan sebelum 3) Merekod Cuti
perlu sebelum atau berakhir sesuatu Kecemasan, Cuti
dimaklumkan pada 7hb setiap tahun kalendar. Sakit, Cuti Tanpa
kepada bulan. 2) Membuat Rekod dan lain-lain
Pentadbir Cuti di 3) Memberi surat pemantauan ke cuti sebaik sahaja
PTj. tunjuk sebab atas pegawai yang menerima borang
4) Bagi kehadiran kepada dipertanggungjawa daripada pegawai
yang tiada rekod pegawai yang bkan menjaga cuti yang berkenaan.
masuk & keluar, mengambil cuti di PTj bagi 4) Mengemaskini
perlu rehat tanpa memastikan rekod cuti
dimasukkan membuat mereka kakitangan di PTj
alasan yang permohonan mengemaskini dan agar tiada
berkenaan dan terlebih dahulu. merekod cuti kakitangan yang
memastikan 4) Memaklumkan berdasarkan kekurangan/terlebi
pegawai yang kepada BSM peraturan yang h cuti pada akhir
membuat kakitangan yang sedang berkuat tahun
pengesahan mengambil cuti kuasa.
(approver) rehat tanpa
mengambil membuat
tindakan yang permohonan
berkaitan terlebih dahulu
sebelum atau (sekiranya tunjuk
pada 7hb setiap sebab yang
bulan. diberikan tidak
Muka surat : 10/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
5) Perlu mengambil diterima/ditolak)
tindakan
pembetulan
rekod cuti
(sekiranya cuti
rehat ditolak)
pada setiap
bulan dengan
mengemukakan
dokumen/bukti
yang telah
disahkan
kepada
Pentadbir Cuti di
PTj.
Rujukan :
Perkara 1(i) Perintah Am Bab C
Perkara 2 (a) Perintah Am Bab C
Perkara 1 (ii) Perintah Am Bab C,
AKTA 605
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/2005 lantikan sebelum 1 September 2005
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 20/2005 lantikan mulai 1 September 2005
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2008 lantikan mulai 1 Januari 2009
Perkara 7 Perintah Am Bab C
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2003
Perkara 14A (a) Perintah Am Bab C
Surat Pekeliling Pendaftar Bil. 2 Tahun 2011
Surat Pekeliling Pendaftar Bil.1 Tahun 2013
Muka surat : 11/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.2 CUTI SAKIT/CUTI SAKIT LANJUTAN
A. Tafsiran Cuti Sakit
“Cuti Sakit” bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab‐sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit dari seorang Pegawai Perubatan Kerajaan atau lain‐lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.
B. Syarat Cuti Sakit
Pegawai telah disahkan sebagai tidak sihat untuk bertugas oleh Pegawai
Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh ahli panel
doktor.
Pengesahan tidak sihat hendaklah dibuat ke atas sijil sakit swasta (sekiranya melebihi 15 hari dalam setahun).
Seseorang pegawai yang jatuh sakit dan tidak dapat hadir di
pejabatnya, hendaklah mendapatkan Sijil Sakit dari pegawai perubatan
atau Panel Doktor dan menghantarkan sijil tersebut kepada Ketua
Jabatannya dengan seberapa segera yang boleh. Walau
bagaimanapun, sijil sakit hanya diterima dalam tempoh tiga bulan
daripada tarikh bercuti.
C. Kadar Cuti Sakit
Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit yang diberikan oleh doktor swasta tanpa
sokongan pegawai perubatan Kerajaan (endorsement) tidak melebihi 15 hari
dalam sesuatu tahun kalendar.
Muka surat : 12/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
Maksimum cuti sakit yang boleh diluluskan adalah 180 hari dalam sesuatu tahun
(Januari hingga Disember) di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua
Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus
(Pendaftar).
Jika masih belum sihat setelah menghabiskan 180 hari cuti sakit, Ketua Jabatannya bolehlah beri apa-apa cuti rehat yang masih ada.
Tidak boleh diberi cuti lagi sehingga diperiksa kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan yang dilantik.
Jika cuti sakit melebihi 45 hari setahun bagi tiga tahun berturut-turut boleh diperiksa kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan yang dilantik.
Penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh panel doktor yang dilantik oleh UPSI
tanpa sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan hanya boleh diterima jika tidak
melebihi 15 hari sahaja dalam sesuatu tahun kalendar. Sijil Sakit seterusnya jika
melebihi 15 hari perlu mendapat pengesahan/sokongan daripada Pegawai
Perubatan Kerajaan (endorsement).
Manakala bagi kakitangan kontrak, cuti sakit bergaji penuh hanya dibenarkan
sehingga 15 hari sahaja. Sekiranya pegawai telah habis menggunakan kemudahan
cuti sakit yang dibenarkan (15 hari) tetapi masih memerlukan masa untuk pulih,
pegawai boleh dipertimbangkan oleh Ketua Jabatan untuk tidak hadir bertugas
atas sebab-sebab kesihatan tidak melebihi 75 hari setahun dengan syarat pegawai
mengemukakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan dan pegawai
tidak layak dibayar sebarang emolumen bagi tempoh tersebut. Sekiranya pegawai
masih tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan melebihi tempoh 75 hari
setahun, kontrak pegawai hendaklah ditamatkan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2
Tahun 2008).
**Jika didapati cuba memalsukan sijil sakit/sijil sakit palsu kakitangan tersebut akan diambil tindakan tatatertib.
Muka surat : 13/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
D. Cuti Sakit Lanjutan
Cuti sakit lanjutan diberi atas syor Lembaga Perubatan yang dilantik sebanyak
90 hari. Jika kakitangan tersebut masih belum pulih dan ada harapan untuk
sembuh, Lembaga Perubatan boleh syorkan kakitangan tersebut diberi lagi 90
hari cuti sakit lanjutan.
Jika belum sembuh dan ada harapan untuk sembuh maka Lembaga Perubatan
boleh syorkan kepada pengurusan Universiti agar kakitangan tersebut diberi cuti
separuh gaji selama 90 hari.
Jika masih belum pulih dan ada harapan untuk sembuh maka Lembaga
Perubatan boleh syorkan kakitangan tersebut diberi cuti sakit tanpa gaji selama
dua tahun. Ketua Jabatan dengan kuasa budibicaranya boleh meluluskan
elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran kuasa tertentu.
Jika masih belum sembuh Lembaga Perubatan boleh syorkan agar kakitangan tersebut dibersarakan atas faktor kesihatan.
Ringkasan peraturan tersebut adalah seperti berikut;
Muka surat : 14/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
Kategori Tempoh Kuasa Melulus
Cuti Sakit (gaji penuh) 90 hari (pertama) Ketua Jabatan
Cuti Sakit (gaji penuh) 90 hari (kedua) Kuasa Tertentu (Pendaftar)
Cuti Rehat Mengikut kelayakan Ketua Jabatan
Cuti Sakit Lanjutan 90 hari Kuasa Tertentu (Pendaftar)
(separuh gaji tertakluk
sekiranya ada Sijil Cuti
Sakit)
Cuti Sakit 90 hari Kuasa Tertentu (Pendaftar)
Lanjutan(Tanpa gaji)
Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2006
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
Perkara 1 (iii) Perintah Am Bab C
Perkara 6 (a) Perintah Am Bab F
Muka surat : 15/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.3 CUTI TANPA GAJI
Cuti Tanpa Gaji diberi bagi membolehkan pegawai menyelesaikan urusan-urusan peribadi yang mustahak sama ada di dalam atau di luar negeri.
A. Syarat Permohonan
Diluluskan oleh Pendaftar atas sebab persendirian yang mustahak.
Telah berkhidmat tidak kurang dari 6 bulan.
Pegawai telah menghabiskan semua cuti rehat yang ia berkelayakan
sebelum mengambil cuti tanpa gaji. Sepanjang tempoh cuti tersebut
tidak akan diambil kira dalam faedah persaraan dan kekananan dalam
jawatan. Sepanjang tempoh cuti tanpa gaji juga kakitangan tidak boleh
cuti sakit.
Baki cuti tanpa gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak
mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang
melayakkan.
Cuti tanpa gaji hendaklah dicatatkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Rekod Perkhidmatan.
Kakitangan yang memohon cuti tanpa gaji untuk ke luar negeri hanya boleh diluluskan selepas empat tahun cuti tanpa gaji yang terdahulu.
Kakitangan yang diluluskan cuti tanpa gaji juga masih tertakluk kepada AKTA 605.
B. Kadar
Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap 1
tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari sepanjang tempoh
perkhidmatan.
Muka surat : 16/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
C. Tatacara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
Permohonan perlu dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh bercuti.
Rujukan:
Perkara 14 (a), (b) dan (c) dan Perkara 52, Perintah Am Bab C
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
Akta 605
Muka surat : 17/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.4 CUTI SEPARUH GAJI
Cuti Separuh Gaji boleh diberikan atas sebab kesihatan sanak saudara yang
rapat kepada pegawai itu. Sanak saudara bermaksud adik beradik, ibubapa,
dan lain-lain saudara mara yang rapat pada pegawai [Perkara 13(a) (ii) Perintah Am Bab C].
A. Syarat Permohonan
Berdasarkan perkhidmatan yang melayakkan.
Diluluskan oleh Pendaftar.
B. Kadar
Kadar cuti separuh gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap 1 tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
C. Tatacara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
Permohonan perlu dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh bercuti.
Rujukan:
Perkara 13, 51 dan 63, Perintah Am Bab C
Surat Pekeliling Pendaftar BIl. 4 Tahun 2009
Muka surat : 18/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.5 CUTI TANPA GAJI MENJAGA ANAK
Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak diberi bagi membolehkan pegawai wanita menyusukan anaknya.
A. Syarat Permohonan
Diambil selepas menggunakan kelayakan Cuti Bersalin iaitu pada hari ke 61 atau hari ke 91 atau;
Mulai dari tarikh bersalin bagi pegawai yang telah menggunakan kesemua tempoh maksimum 300 hari kemudahan Cuti Bersalin.
B. Kadar
Penjawat awam wanita dibenarkan bercuti untuk menjaga anak selama
1825 hari bersamaan 5 tahun sepanjang tempoh perkhidmatan yang dikira
bermula dari hari ke-61 atau ke-91.
Baki cuti yang tidak digunakan akan luput secara automatik.
C. Tatacara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
Permohonan perlu dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh bercuti.
Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
Surat Pekeliling Pendaftar Bil. 4 Tahun 2009
Muka surat : 19/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.6 CUTI TANPA GAJI MENGIKUT PASANGAN BERKURSUS DI DALAM ATAU LUAR NEGARA
Cuti Tanpa Gaji ini membolehkan pegawai Perkhidmatan Awam untuk mengikut
pasangan bertugas atau berkursus di dalam atau luar negeri.
A. Syarat Permohonan
Layak diberi kepada semua pegawai tetap dalam perkhidmatan Kerajaan.
Pasangannya telah dilantik berkhidmat oleh pihak berkuasa melantik atau diluluskan bertukar/berkursus oleh Ketua Jabatannya.
Pasangan terdiri daripada pegawai kerajaan, perbadanan awam atau
syarikat swasta. Jika pasangan mereka bukan pegawai mana-mana
agensi yang tersebut itu, ia (pasangan pegawai) hendaklah telah
dianugerahkan bantuan kewangan oleh kerajaan untuk berkursus di
dalam atau di luar negeri.
Pasangan berkhidmat/berkursus melebihi 6 bulan.
B. Kadar
Tempoh maksimum Cuti Tanpa Gaji adalah 3 tahun (terus menerus atau
berperingkat‐peringkat) atau selama tempoh berkhidmat/kursus
mengikut mana yang lebih pendek.
Muka surat : 20/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
C. Implikasi Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan
Tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira untuk faedah pencen. Pegawai hilang kekananan selama tempoh bercuti.
Pegawai layak ditimbang kenaikan pangkat sebelum cuti tanpa gaji
bermula.
Layak menerima Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) secara isyarat sebanyak 3 kali dalam tempoh perkhidmatan.
Tarikh Pergerakan Gaji tidak berubah.
Pegawai yang belum disahkan dalam jawatan akan dibekukan tempoh percubaannya semasa tempoh bercuti.
Pegawai yang ada ikatan berkhidmat dengan Kerajaan akan digantung
ikatan tersebut selama tempoh bercuti.
D. Tatacara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
Permohonan perlu dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh bercuti.
Rujukan:
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 29 Tahun 2009
Muka surat : 21/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.7 CUTI TIBI,KUSTA, BARAH
Cuti Tibi, Kusta dan Barah diberikan kepada pegawai yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang.
A. Syarat Permohonan
Pegawai disahkan menghidap penyakit tibi atau kusta atau barah atau lain-lain penyakit yang setaraf dengannya.
Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua Jabatan.
Boleh diambil secara terus menerus atau putus-putus dengan syarat
mendapat perakuan daripada pegawai perubatan dengan sokongan
sijil cuti sakit.
B. Kadar
Pegawai yang menghidap penyakit barah atau kusta –tidak melebihi 24
bulan cuti sakit bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit
yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.
Pegawai yang menghidap penyakit tibi –tidak melebihi 12 bulan cuti sakit
bergaji penuh dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah
diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.
Kemudahan ini juga diberikan kepada jenis penyakit yang setaraf dengan
penyakit tibi, kusta atau barah yang memerlukan tempoh rawatan yang
panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimasukkan hendaklah
diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.
Setelah menghabiskan cuti sakit yang diberi, pegawai boleh menggunakan cuti rehat yang berkelayakan.
Muka surat : 22/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan juga boleh diberi setelah menggunakan semua cuti yang berkelayakan.
Setelah menghabiskan semua cuti di atas, tiada apa-apa yang boleh diberi
lagi melainkan atas budi bicara Ketua Setiausaha Kementerian setelah
meneliti laporan Lembaga Perubatan. Ketua Setiausaha boleh menimbang
apa-apa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau
pegawai itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.
Rujukan: Perkara 31 dan 53, Perintah Am Bab C
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
Muka surat : 23/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.8 CUTI BERSALIN
Cuti bersalin diberikan kepada pegawai wanita untuk pulih daripada bersalin.
A. Syarat Permohonan
Pegawai perlu mengemukakan perakuan bersalin kepada Ketua Jabatan.
Cuti bersalin dikira mulai dari tarikh pegawai bersalin.
Kemudahan cuti bersalin yang telah digunakan oleh pegawai hendaklah dicatatkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Rekod Perkhidmatan.
B. Kadar
Tempoh maksimum sebanyak 300 hari dalam keseluruhan perkhidmatan pegawai.
Tempoh Cuti Bersalin yang dipohon adalah bergantung kepada
pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh di antara 60 hari
sehingga 90 hari.
Tarikh bermula dikira pada tarikh bersalin. Pegawai boleh memilih untuk
menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin pada bila‐bila
masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin.
Pegawai yang melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama
ada bayi itu hidup atau meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti
Bersalin.
Kemudahan Cuti Tanpa Gaji untuk menjaga anak sehingga 5 tahun
boleh diguna mulai hari ke 61 atau hari ke 91. Baki tidak digunakan akan
luput secara automatik.
Muka surat : 24/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
Pegawai lantik kontrak (warganegara) layak diberi kemudahan 300 hari
sepanjang perkhidmatannya dengan Kerajaan. Walau bagaimanapun,
pegawai lantikan kontrak adalah tidak layak untuk memohon Cuti Tanpa
Gaji Menjaga Anak.
Tempoh di atas hanya terpakai untuk kakitangan tetap, sementara dan
kontrak sahaja. Manakala bagi Tutor dan Skim Akademik Lantikan
Universiti, tempoh cuti bersalin yang dibenarkan hanya 42 hari sahaja
bagi setiap kelahiran.
Sekiranya baki cuti bersalin pegawai adalah kurang daripada 90 hari, pegawai boleh;
Menghabiskan kesemua baki Cuti Bersalin Bergaji Penuh yang layak;
Mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai bagi maksud menganti tempoh Cuti Bersalin boleh digunakan;
Mengambil Cuti Bersalin Tanpa Gaji setelah baki cuti bersalin dan semua Cuti Rehat yang layak digunakan ATAU mengunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin.
Manakala bagi pegawai yang telah menggunakan kesemua kelayakan maksimum sebanyak 300 hari, pegawai boleh;
Mengambil Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai dari tarikh bersalin;
Mengambil cuti bersalin tanpa gaji setelah semua Cuti Rehat yang layak digunakan ATAU mengunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin;
Muka surat : 25/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
C. Tatacara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
Permohonan perlu dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh bercuti.
Rujukan: Perkara 25, 26 dan 54, Perintah Am Bab C
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008
Surat Pekeliling Pendaftar Bil. 6 Tahun 2011
Muka surat : 26/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.9 CUTI HAJI
Cuti haji membolehkan pegawai Perkhidmatan Awam mengerjakan fardhu Haji.
A. Syarat Permohonan
Pegawai beragama Islam untuk menunaikan fardu haji di Mekah.
Pegawai tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat tidak kurang dari 4 tahun.
Bagi pegawai sementara, mesti telah berkhidmat tidak kurang dari 6 tahun secara berterusan.
Kemudahan diberi sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan.
B. Kadar
Bergaji penuh selama 40 hari termasuk cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.
Cuti Rehat atau Cuti Tanpa Gaji boleh digunakan sekiranya memerlukan tempoh yang lebih.
Cuti haji akan mengurangkan jumlah cuti rehat bagi tahun berkenaan seperti formula berikut:
Kelayakan sebenar cuti = [365 –40] /365 x Kelayakan cuti rehat rehat dalam tahun itu
Muka surat : 27/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
C. Tatacara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftar melalui Ketua PTj
masing-masing. Surat tawaran mengerjakan haji perlu disertakan
bersama.
Permohonan perlu dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh bercuti.
Rujukan:
Perkara 34, 35 dan 55 Perintah Am Bab C
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1984
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991
Muka surat : 28/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
3.10 CUTI TANPA REKOD
Rujukan Jenis Syarat Kadar/Kuasa Perkara 40, Guti Gantian Seseorang pegawai yang tidak layak -Cuti gantian
Perintah Am mendapat bayaran kerana kerja lebih hendaklah sama
Bab C masa/bayaran khas yang lain boleh diberi banyak dengan
cuti gantian kerana dipanggil bertugas masa yang dipanggil
lebih masa pada hari bekerja biasa, hari bertugas lebih masa
cuti am atau hari kelepasan mingguan. itu.
-Diluluskan oleh Pendaftar.
Surat Pekeliling Diberikan kepada kakitangan bukan - Cuti gantian Pendaftar Bil. 2 akademik Kumpulan Pengurusan dan hendaklah sama Tahun 2010 Profesional kerana tugas-tugas banyak dengan kecemasan di mana jika ianya tidak masa yang dipanggil dilaksanakan boleh menjejaskan atau bertugas kecemasan memudaratkan atau memutuskan sesuatu itu.
perkhidmatan yang sedang dijalankan.
- 9 jam bagi 1 hari Cuti Gantian.
-Diluluskan oleh Pendaftar.
Surat Pekeliling Diberikan kepada kakitangan akademik -Dengan kadar 2 kali Pendaftar Bil. 1 yang bertugas mengajar pada hari Sabtu Sabtu disetarakan Tahun 2012 dengan 1 hari Cuti Gantian.
-Diluluskan oleh Pendaftar.
- 9 jam bagi 1 hari Cuti Gantian.
Muka surat : 29/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh
: 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran
: A
Perkara 41, Cuti Latihan Pegawai dikehendaki hadir -Tidak melebihi 30 hari
Perintah Am Sukarela latihan/khemah tahunan pasukan setahun.
Bab C sukarela.
-Diluluskan oleh
Pendaftar.
-Cuti Tanpa Rekod
selama 2 hari boleh
diberikan bagi
perjalanan pergi dan
balik.
- Sekiranya lebih
daripada 30 hari,
perlu ditolak
daripada Cuti Rehat.
-Jika pegawai tiada
cuti lagi, kelulusan
daripada Pihak
Berkuasa Melulus
hendaklah diperolehi.
Perkara 42(a), Cuti Hadir Pegawaimenjadiahliman-mana -Tidak melebihi 14 hari
Perintah Am Latihan atau Pertubuhan/Persatuan yang diiktiraf. dalam setahun
Bab C Khemah
Tahunan
Pegawai dikehendaki
hadir Mesyuarat
-Cuti Tanpa Rekod
Pertubuhan atau Agung Tahunan, Mesyuarat Luar Biasa, sebanyak 2 hari boleh
Persatuan khemah latihan tahunan, seminar dan diberi bagi
aktiviti sukan anjuran perjalanan pergi dan
pertubuhan/persatuab berkaitan di balik.
Malaysia di Jabatan Kerajaan yang
berdaftar dengan Pendaftaran - Sekiranya lebih
Pertubuhan yang diiktiraf. daripada 30 hari,
perlu ditolak
daripada Cuti Rehat
- Jika pegawai tiada
cuti lagi, pegawai
boleh diberi cuti
tanpa gaji.
Muka surat : 30/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh
: 2 NOVEMBER
2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
Perkara 42(b), Cuti Hadir lain- Pegawai hadir kursus di Sekolah Latihan - Tidak melebihi 14
Perintah Am lain Kursus Bina Semangat, Latihan Pimpinan Belia hari dalam setahun.
Bab C dan Kursus Kesatuan Sekerja yang
diluluskan oleh Kementerian Sumber -Cuti Tanpa Rekod
Manusia. sebanyak 2 hari boleh
diberi bagi
perjalanan pergi dan
balik.
- Sekiranya lebih
daripada 30 hari,
perlu ditolak
daripada Cuti Rehat.
Perkara 43, Cuti Hadiri Pegawai menjadi ahli syarikat kerjasama - Jika pegawai tiada
Perintah Am Latihan Syarikat dan telah membuat surat akuan cuti lagi, pegawai
Bab C Kerjasama memegang jawatan dalam syarikat boleh diberi cuti
dalam masa 2 tahun selepas kursus jika tanpa gaji.
dilantik. -tidak melebihi 2
bulan di Maktab
Kerjasama.
-Diluluskan oleh
Pendaftar.
Perkara 44, Cuti Mengambil Peperiksaan selain peperiksaan Jabatan -Mengikut bilangan
Perintah Am Peperiksaan yang boleh membaiki kerjaya pegawai. hari peperiksaan
Bab C sahaja.
Kelulusan cuti ini hanya kepada
kakitangan yang mendapat kelulusan -Diluluskan oleh
terlebih dahulu dari pihak Universiti Pendaftar.
semasa memohon/mendaftar sebagai
pelajar bagi peringkat
Diploma/Ijazah/Ijazah Lanjutan IPTA
sahaja.
Perkara 45, Cuti Menghadiri Khas untuk pegawai dalam kumpulan -Mengikut hari
Perintah Am Mesyuarat ikhtisas (Kump. Gred A dan ke atas dan mesyuarat dan
Bab C Persatuan Kategori I –IV) bagi menghadir mesyuarat tempoh perjalanan.
Ikhtisas persatuan yang diiktiraf.
-Diluluskan oleh
Menghadiri mesyuarat agung tahunan Pendaftar.
Muka surat : 31/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
luar biasa.
Perkara 46, Cuti Ambil Boleh dipertimbangkan bagi kakitangan -Tidak melebihi 30 hari
Perintah Am Bahagian Dalam yang dipilih mengambil bahagian dalam dalam setahun.
Bab C Olahraga/Sukan sukan peringkat Jabatan/Negeri/Negara.
/Ahli Majlis/
Jawatankuasa Menjadi ahli mana-mana -Diluluskan oleh
Pertandingan Majlis/Jawatankuasa Pertandingan Pendaftar.
negeri/antarabangsa atau perlu hadir
mesyuarat yang diadakan
sebelum/selepas pertandingan. -Kadar cuti yang lebih
dari 30 hari perlu
dipertimbangkan
mengikut budibicara
Pihak
Berkuasa
Melulus.
Perkara 47, Cuti Tugas Khas Pegawai menjalankan tugas tertentu -14 hari dalam
Perintah Am Perubatan perubatan seperti: setahun.
Bab C
1. Menjalankan tugas x-tray sepenuh -Diluluskan oleh
masa dan terdedah kepada Pendaftar.
pancaran x-tray.
2. Jenis tugas yang dijalankan
adalah bahaya atau tidak
digemari di pusat-pusat
Perubatan.
Pekeliling Cuti Urusan Pegawai layak diberi Cuti Tanpa Rekod -3 hari
Perkhidmatan Kematian Ahli bagi menziarahi jenazah dan membantu
Bil. 4 Tahun Keluarga menguruskan hal berkaitan dengan
2015 Terdekat kematian bagi ahli keluarga terdekat.
Ahli keluarga terdekat adalah isteri atau
suami, anak-anak, anak angkat, anak
pelihara, ibu dan bapa
Kandung, ibu dan bapa angkat,
serta ibu dan bapa mertua
pegawai berkenaan.
Bermula pada tarikh kematian ahli
keluarga terdekat atau pada hari
berikutnya jika ahli keluarga berkenaan
meninggal dunia selepas waktu pejabat.
Muka surat : 32/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
Pegawai perlu mendapatkan sijil kematian
bagi tujuan untuk mendapatkan
kelulusan.
Pekeliling Cuti Menjadi Pegawai dilantik menjadi -Tempoh sebenar
Perkhidmatan Fasilitator/ jurulatih/fasilitator PLKN atau mengikuti program dijalankan
Bil. 1 Tahun 2004 Jurulatih PLKN kursus jurulatih/fasilitator. dengan tambahan
sehari sebelum dan
selepas bagi tujuan
perjalanan (jika
perlu).
-Diluluskan oleh
Pendaftar.
Pekeliling Cuti Sebagai Pembedahan dalam negara. -Tidak melebihi 42 hari
Perkhidmatan Penderma termasuk cuti
Bil. 3 Tahun 2010 Organ Mematuhi prosedur Kementerian kepelasan mingguan,
Kesihatan Malaysia. kelepasan am dan
hari rehat mingguan.
Pegawai tetap, sementara, kontrak
(contrack of service). -Cuti bermula dari
tarikh pegawai
dibenarkan pulang ke
rumah bagi menjalani
proses pemulihan.
-Pegawai akan diberi
cuti sakit bagi
tempoh menjalani
ujian,pembedahan
dan tempoh sebelum
dibenarkan discaj
dari hospital.
Pekelilng Cuti Isteri Bersalin Peg. Perkhidmatan awam lelaki -7 hari
Perkhidmatan untuk membantu urusan ketika isterinya
Bil. 9 Tahun 2002 bersalin.
Cuti bermula pada tarikh isteri bersalin
atau hari berikutnya jika isteri bersalin
selepas waktu pejabat. Tempoh cuti
termasuk semua hari rehat dan hari
kelepasan am.
Muka surat : 33/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
Surat Pekeliling Salinan perakuanbersalin isteri
Pendaftar Bil. 6 dikemukakan.
Tahun 2011
Pegawai tetap, sementara, kontrak
(contrack of service, Tutor dan Skim
Akademik Lantikan Universiti.
Muka surat : 34/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
NAMA PERTUBUHAN/PERSATUAN YANG TELAH DISENARAI DI BAWAH PERINTAH AM 42(A) BAB „C‟
1. Kadet Laut 2. Pasukan Kadet Persekutuan 3. Pasukan Latihan Udara Persekutuan 4. Pasukan Pengakap 5. Pertubuhan Pandu Puteri 6. Bridget Budak Lelaki 7. Bridget Budak Perempuan 8. St. John Ambulan 9. Persatuan Bulan Sabit Merah 10. Persatuan Perancang Keluarga 11. PEMADAM 12. Persatuan Penyelamat Kelemasan Diraja Cawangan Malaysia 13. Persatuan Membantu Orang-Orang Dalam Penyeliaan
14. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Intergrasi Wanita Dalam
Pembangunan.(NACIWID) 15. Pertubuhan Orang-Orang Buta 16. Institut Dakwah Dan Latihan Islam, Jabatan Perdan Menteri 17. Jabatan 17 Perpaduan Negara, Jabatan Perdan Menteri 18. Persatuan Pengguna 19. Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Sedunia 20. PUSPANITA
21. Jawatankuasa Dan Kemajuan Keselamatan Kampong, Unit
Penyelarasan Perlaksanaan (JKKK) 22. Pasukan Kadet Polis 23. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) 24. PERKIM 25. Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (N.W.O.) 26. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri 27. Persatuan Stem Malaysia 28. Biro Tata Negara Jabatan Perdana Menteri 29. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY)
Muka surat : 35/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
NAMA PERSATUAN YANG DISENARAI DI BAWAH PERINTAH A
1. The Malayan Association Of Certified Public Accountants 2. Federation Of Malaya Society Of Architects
3. Joint Group Of Institute Of Civil Engineers. The Institute Of Mechanical Engineers
And Institution Of Electrical Engineers. 4. Persatuan Biokimia Malaysia ( The Malaysian Bio-Chemical Society ) 5. The Malayan Dental Association 6. The Institution Of Engineers Federation Of Malaya 7. Persatuan Jurutera Galian Malaysia 8. Persatuan Juru-Juru X-Ray Malaysia 9. Persatuan Kesihatan Malaysia ( Malaysian Society Of Health ) 10. Institut Kimia Malaysia 11. Malayan Medical Association 12. The Alumni Association Of The King Edward VII College Of Medicine 13. The Association Of Medical Social Workers Malaysia 14. Malayan Section Of The Institute Of Mining And Metallurgy 15. The Malayan Trained Nurses Association 16. The Obstetrical And Gynnaecological Society Of Malaya 17. Persatuan Pakar Bius Malaysia 18. Persatuan Pakar Orthopedic Malaysia 19. Malaysia Society Of Pathologists 20. Pertubuhan Perancang Malaysia 21. Akademik Perubatan Malaysia 22. The Association Of Physicians Of Malaya 23. The Malayan Pharmaceutical Association 24. Malayan Scientific Association 25. The Malayan Association Of The Chartered Institute Of Secretaries 26. The College Of Surgeons Of Malaysia 27. Institution Of Surveyors Federation Of Malaya 28. Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Malaysia 29. The Technical Association Of Malaya 30. Town Planning Institute ( Malaya Branch ) 31. The Malayan Veterinary Medical Association 32. Persatuan Kajiperasit Dan Tropika Malaysia
Muka surat : 36/36
GARIS PANDUAN PENGURUSAN
Tarikh : 2 NOVEMBER 2015
CUTI KAKITANGAN
Pindaan : 02
UPSI(ISO)/BSM/P04/GP01
Keluaran : A
33. Persatuan Doktor-Doktor Veterinar Malaysia 34. Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan 35. Persatuan Dermatology Malaysia 36. Persatuan Radiologi Malaysia ( Malaysia Radiology Society ) 37. The College Of Physicians Of Malaysia 38. Persatuan Pemakanan Malaysia 39. Persatuan Pediatri 40. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia 41. Persatuan Pegawai Pelajaran Kesihatan 42. Malaysia Institute Of Food Technology 43. Persatuan Fesioterapi Malaysia 44. Persatuan Ahli Biokimia- Klinikal Malaysia 45. Persatuan Penyakit Berjangkit Dan Kemoterapi Malaysia 46. Persatuan Inspektor Kesihatan Malaysia 47. Malaysian Psychiatric Association 48. Persatuan Jurupulih Cara Kerja Malaysia