04 Menyelamatkan Ratu Semut (3)

10
M/S Peristiwa/ Teks Catatan Kulit 1 Editorial: Tajuk : MENYELAMATKAN RATU SEMUT Penulis: NASHITAH BINTI SAAD@HARON Ilustrasi Oleh: 2 UP TITTLE 3 Sebuah busut besar di tepi rongga pokok Halban tua. Di dalamnya tersergam indah istana Ratu Semut. Istana ini selesa, dingin dan terlindung daripada panas matahari. Mereka mengusung makanan beramai-ramai. Badannya kecil tetapi mampu membawa beban yang berat ke dalam istana. Koloni semut hidup bermuafakat dan rajin bekerja.

description

menyelamat ratu semut

Transcript of 04 Menyelamatkan Ratu Semut (3)

M/SPeristiwa/ TeksCatatan

Kulit

1Editorial:Tajuk : MENYELAMATKAN RATU SEMUT Penulis: NASHITAH BINTI SAAD@HARON

Ilustrasi Oleh:

2UP TITTLE

3 Sebuah busut besar di tepi rongga pokok Halban tua. Di dalamnya tersergam indah istana Ratu Semut. Istana ini selesa, dingin dan terlindung daripada panas matahari. Mereka mengusung makanan beramai-ramai. Badannya kecil tetapi mampu membawa beban yang berat ke dalam istana.

Koloni semut hidup bermuafakat dan rajin bekerja.

4 Ratu Semut bertelor ratusan biji sehari . Ia ditemani Dayang Semut. Semut pengawal menjaga koloni semut daripada dicerobohi. Semut pekerja mengumpul bekalan makanan. Semut perawat merawat dan menjaga telor-telor semut. Mereka akur dengan tugas masing-masing.

5 Suatu hari, angin bertiup dengan kencang. Hujan mencurah-curah turun dengan lebat. Semut-semut yang berada di luar bergegas-gegas masuk ke dalam busut. Semut pengawal tetap mengawal istana dari bahaya.

Pupp

Pokok Halban tumbang lalu menghempas istana Ratu Semut. Istana Ratu Semut roboh. Banyak semut yang terkorban. Air hujan deras mengalir masuk ke dalam istana. Rakyat semut sibuk membantu antara satu sama lain.

6 Tolong! Tolong! Banjir!

Cepat! Cepat!... Selamatkan Ratu Semut! laung Dayang-dayang Semut. Bergerombolan askar semut datang membantu. Ribuan semut saling terjalin dan berpegangan membentuk sebuah rakit. Mereka mengapung di permukaan air. Ratu Semut dijulang seperti menaiki rakit semut. Rakit ini dikemudi ke tempat tebing yang selamat. Ratu Semut segera dirawat oleh semut perawat.

7 Istana semut terus-terusan dinaiki air. Lorong-lorong sulit dan sel-sel menyimpan telor telah rosak. Telor-telor semut terapung-apung dibawa air mengalir. Bergerombolan semut sibuk menyelamatkan telor semut. Pengawal semut cuba menyelamatkan semut yang menjadi mangsa. Pak Tua tabib handalan tidak dapat diselamatkan kerana hanyut dibawa arus air yang mengalir laju itu. Hilang dalam sekelip mata.

8 Menteri Semut bijak mengawal suasana. Tugas dibahagi-bahagikan dengan segera. Istana perlu dibina, sel-sel dan ruangan menyimpan telor dibaiki dan dikawal rapi.Semut perawat sibuk merawat semut yang sakit.

9 Sudah seminggu Ratu Semut demam. Kelihatan tidak bertenaga untuk bertelur. Ubat yang diberikan tidak berkesan. Semut perawat dan Dayang-dayang semut sentiasa di sisi.

Menteri dan Ketua Semut mula berbincang. Mereka perlu mencari ikhtiar lain dengan segera agar Ratu Semut cepat sembuh.

10Gambar :

- Semut perawat dan Dayang-dayang semut menemani dan merawat Ratu Semut.

- Menteri Semut dan Ketua Semut mencari ikhtiar- Beberapa kumpulan semut berbincang dengan ketua masing-masing.

- Ratu Semut terbaring dikelilingi Semut Perawat.- Bilik menyimpan telor banyak yang kosong. Telor yang telah menetas tidak diisi.

11 Tabib telah bertukar ganti merawat Ratu Semut. Berbagai ramuan disediakan, namun tidak menunjuk tanda-tanda Ratu Semut akan sembuh.

Semua tabib akhirnya sependapat hanya Pak Tua yang mampu merawat Ratu Semut. Pak Tua sangat berpengalaman dan ilmunya luas.

Ketua Semut mengarahkan pasukan Peninjau dan pengawal pergi lagi mencari Tabib Pak Tua.

12 Kumpulan Semut Peninjau menyelusuri kesan-kesan aliran air menjejaki Tabib Pak Tua. Mereka terpaksa melalui becak-becak air dan lumpur.

13 Mereka menemui Tabib Pak Tua berada berhampiran batu besar di tebing sungai. Mereka segera mencari ikhtiar untuk menyelamatkan Pak Tua.

Kumpulan Semut Peninjau melalui celah-celah batu . Pengawal Semut meniti di ranting-ranting kayu, daun-daun dan serpihan kayu yang tersangkut.

Tabib Pak Tua segera dibantu dan dibawa pulang..

14 Tiba di istana, Tabib Pak Tua dibawa mengadap Ratu Semut. Ratu Semut kelihatan pucat dan tidak berseri. Warna kuning kemerahan telah bertukar menjadi coklat dan kehitaman.

15 Menurut Tabib Pak Tua, Propolis Madu Lebah baik untuk kesihatan Ratu Semut. Propolis untuk pertahanan badan secara semula jadi . Ia dihasilkan dari pucuk muda dan kulit pokok. Madu lebah mengandungi protein dan boleh memberi tenaga segera. Khasiat daripada Propolis Madu Lebah bila diekstrak bersama ramuan herba Tabib Pak Tua akan lebih berkesan.

16 Ketua Askar Semut memberitahu, berdekatan dengan tempat mereka terdapat sarang lebah di atas pokok Tualang. Mereka perlu segera membawa Tabib Pak Tua ke sana.

17 Bunyi dengungan lebah telah kedengaran, menandakan mereka sudah menghampiri sarang lebah. Deria semut yang sensitif itu, sudah mengesan ada manisan. Semut berjujuk menuju ke arah pokok Tualang. Mereka memanjat pokok Tualang dari tengah dan tepi . Mereka ingin segera sampai ke sarang lebah.

18Gambar :

Deretan semut di Pokok Tualang sangat besar, tinggi._ Sarang madu lebah juga besar dan

bergayut. Beribu ribu lebah

menyelubungi sarang tersebut

19 Tiba di pintu masuk ke sarang lebah, Ketua Semut Peninjau meminta izin Pengawal Lebah untuk bertemu dengan Ketua Lebah.

Mereka dibenarkan berjumpa Ketua Lebah. Wahai lebah yang budiman, kami mohon ikhsan untuk mendapat sedikit Propolis Madu Lebah sopan Tabib Pak Tua berbicara. Akan saya sampaikan hajat tuan hamba kepada Ratu Lebah jawab Ketua Lebah.

20 Terima kasih atas jasa baik tuan hamba. Hamba mewakili semua semut merasa amat bertuah dapat bertemu dan berkenalan dengan tuan hamba kata Ketua Semut.

Ketua lebah telah membawa Ketua Semut, Ketua Peninjau dan Tabib Pak Tua berjumpa Ratu Lebah.

Gambar :

- Kelihatan Ketua Semut dan Tabib Pak Tua berjumpa Ratu lebah.- Suasana sarang lebah yang terang berkilau keemasan pantulan madu lebah.- Lebah pekerja membersihkan sarang dan menghasilkan jeli Diraja untuk Ratu Lebah.

- Bentuk heksagon tempat simpanan madu dan telor-telor lebah.

21 Ratu Lebah memberi keizinan kepada Ketua Lebah memberi sedikit Propolis Madu Lebah. Ketua Semut amat bersyukur dan berterima kasih kepada Ratu Lebah. Gerombolan semut mengerak-gerakkan sesunggut. Mereka kemudiannya tunduk lalu mengangguk-angguk kepala tanda hormat dan menghargai pemberian Ratu Lebah.

22 Tabib Pak Tua mencampurkan propolis dengan ramuan yang telah disediakan untuk merawat Ratu Semut. Manakala madu dicampurkan ke dalam minuman Ratu Semut.

23 Beberapa hari kemudian Ratu Semut menampakkan kesihatannya mulai pulih. Rawatan diteruskan sehingga Ratu Semut pulih. Ia kembali bertenaga, wajahnya berseri dan kemerahan.

24 Pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing diamalkan. Ratu Semut kembali meneruskan rutinnya bertelor untuk meneruskan generasi semut.