055 - Siti Fatimah - Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab Di Peringkat Sekolah Rendah

download 055 - Siti Fatimah - Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab Di Peringkat Sekolah Rendah

of 10

Transcript of 055 - Siti Fatimah - Kaedah Pengajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab Di Peringkat Sekolah Rendah

  • Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 176 176

    KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

    Siti Fatimah Saad

    ABSTRAK

    Kertas konsep ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah pengajaran kemahiran menulis bahasa Arab yang boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Arab di peringkat sekolah rendah. Kemahiran menulis merupakan kemahiran keempat yang perlu dikuasai oleh para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berada selepas kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Seseorang murid itu akan dikategorikan sebagai pelaar cemerlang bahasa sekiranya telah dapat menguasai keempat-empat kemahiran tersebut. Turut dibincangkan di dalam kertas konsep ini beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh guru antaranya ialah langkah-langkah dalam mengajar kemahiran menulis kepada murid-murid. Kaedah yang dibincangkan dalam kertas ini ialah kaedah latih tubi, kaedah tolak, tambah dan kaedah Imlak. Tiga kaedah ini amat sesuai dilaksanakan kepada murid yang lemah. Gabungan ketiga-tiga kaedah ini akan memberi impak yang baik kepada mereka. Penulis juga turut mengutarakan beberapa cadangan untuk menggalakkan murid-murid lebih minat dan suka kepada aktiviti menulis dalam pengajaran bahasa Arab.

    PENDAHULUAN Penulisan merupakan satu proses berterusan untuk memahami cara yang paling efektif dalam berbahasa sebagai cara untuk berkomunikasi. Penulisan boleh menjadi satu cabaran, sama ada menulis dalam bahasa ibunda masing-masing atau dalam bahasa kedua. Penulisan juga meningkatkanpenguasaan bahasa kerana para pelajar mencuba pelbagai jenis perkataan batu, ayat-ayat dan menulis dalam kuantiti yang banyak untuk berkomunikasi idea-idea mereka secara lebih efektif dan untuk mempraktikkan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang dipelajari di dalam bilik darjah. Menurut Zamri dan Mohamed Amin ( 2003 ), kemahiran menulis pelajar ditingkatkan melalui kepelbagaian strategi kemahiran menulis. Strategi menulis yang pelbagai ini dapat membantu para pelajar dalam aktiviti penulisan, terutamanya ketika peperiksaan.

    Para pelajar menulis untuk satu jangka masa di dalam bilik darjah berdasarkan topik yang diajarkan oleh guru mereka. Kemahiran menulis atau penulisan merupakan kemahiran terakhir yang perlu dikuasai seseorang pelajar bahasa. Seseorang itu mungkin Berjaya dan menguasai kemahiran bertutur dan membaca. Namun demikian apa yang ditutur dan ditulis tidak akan berkesan jika tidak disampaikan dalam bentuk penulisan. Sokolik ( 2003 ) menyatakan bahawa proses menulis saling berkaitan dengan kemahiran membaca dan bertutur dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Penulisan akan menjadi lebih baik sekiranya pembaca atau penutur ( pelajar ) dapat menterjemahkannya dalam bentuk penulisan. Justeru, kemahiran menulis ialah proses terakhir untuk seseorang itu meluahkan apa yang difikirkan, apa yang dituturkan dan apa yang dibacakan dalam bentuk huruf-huruf yang dinamakan penulisan.

    Di sekolah-sekolah, pengajaran kemahiran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului menulis tetapi ada kalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah merisaukan, kerana

  • Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 177 177

    sewaktu mereka menulis mereka juga membaca. Bagaimanapun harus diingat, tidak elok kanak-kanak disuruh menulis sebelum tahu membaca.

    KEMAHIRAN MENULIS

    Kemahiran menulis merupakan kemahiran keempat yang perlu dikuasai oleh para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berada selepas kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Sokolik ( 2003 ) mendefinisikan kemahiran menulis kepada tiga kriteria, iaitu seperti berikut : 1. Merupakan suatu tindakan fizikal dan mental. 2. Menulis adalah untuk meluahkan perasaan dan keinginan. 3. Suatu proses dan hasilan yang terbina daripada imaginasi, organisasi, draf, diedit dan

    dibaca semula. Muhammad Salim ( 2010 ) mendefinisikan kemahiran menulis sebagai kemahiran yang

    digunakan untuk tujuan berkomunikasi di tempat kerja, dalam situasi pendidikan dan untuk tujuan kehidupan. Ab. Halim et al. ( 2010 ) mendefinisikan kemahiran menulis sebagai satu keupayaan pelajar membina dan mengarang ayat-ayat yang kompleks untuk melahirkan perkara-perkara yang wujud di dalam minda mereka dengan menggunakan perbendaharaan kata yang telah dipelajari sama ada melalui pembacaan teks ataupun memperolehnya daripada kamus. Keadaan ini menggambarkan peningkaran penguasaan pelajar terhadap sesuatu bahasa melalui kemahiran menulis. Malah menurut Azman Wan Chik ( 1994 ), kemahiran menulis merupakan kemahiran yang sangat kompleks. Malahan menurut beliau lagi, kemahiran menulis ini telah dipersetujui oleh ramai pendidik bahasa bahawa ia harus bermula hanya apabila kemahiran yang lain sudah sebati dengan pelajar, terutama sekali pelajar-pelajar muda.

    KEMAHIRAN MENULIS DI SEKOLAH RENDAH Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003. Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )( 2003 ), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalamann, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru seharusnya memahami konsep pemulihan di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran menulis dalam kalangan murid sekolah rendah di luar Bandar. Pelabagai usaha telah dijalankan oleh KPM bersama Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis ( KIA2M ), Program Literasi dan Numerasi ( LINUS ), dan Program Bimbingan Membaca dan Menulis ( PROBIM ).

    Walaubagaimanapun, usaha sedemikian untuk pengajaran Bahasa Arab di sekolah rendah tidak dijalankan. Tiada program khas yang dijalankan bagi mengatasi masalah murid yang keciciran. Guru yang mengajar bahasa Arab itu sendiri yang perlu mempunyai inisiatif tersendiri bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut.

    Berbeza dengan bahasa lain, bahasa Arab mempunyai sistem tulisannya tersendiri. Kebanyakan murid di sekolah rendah dapat mengetahui dan menghafal sesuatu kalimah dalam bahasa Arab. Namun apabila diminta untuk menulisnya, terdapat banyak kesalahan ejaan yang berlaku. Kesalahan ejaan di dalam penulisan akan mengakibatkan maklumat atau mesej yang

  • Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 178 178

    hendak disampaikan tidak tepat, lari dari maksud dan tidak boleh difahami. Ini adalah kerana ciri-ciri ulisan Arab sangat memerlukan setiap ejaan ditulis dengan tepat bukan sahaja pada bentuk huruf malah ketepatan juga perlu pada titik, simbol, syaddah dan lain-lainnya.

    KESALAHAN-KESALAHAN BIASA DALAM TULISAN Sekolah rendah merupakan peringkat asas pendidikan bagi seseorang individu. Tidak dinafikan pada peringkat awal sebelum seseorang murid yang pandai menulis, sudah semestinya melakukan kesalahan. Antara kesalahan-kesalahan biasa dalam tulisan yang belaku ialah :

    Bentuk huruf buruk, tidak sama besar atau kecilnya. Jarak perkataan dengan perkataan selepasnya tidak seimbang, begitu juga dengan

    kedudukannya, tegak dan condongnya. Tulisan kotor kerana terlalu banyak menggunakan getah pemadam. Salah menulis huruf Arab sama ada boleh disambung atau tidak boleh disambung Bentuk huruf Arab apabila berada di awal, di tengah dan dihujung perkataan Tulisan huruf Arab sama ada di atas garisan mahu pun di bawah garisan.

    KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB

    Sebelum murid-murid diajar menulis, selalunya mereka telah dapat membaca. Sebagai permulaan kepada kemahiran membaca, murid-murid perlulah diajar tentang huruf-huruf bahasa Arab terlebih dahulu. Terdapat 28 huruf dalam bahasa Arab. Huruf-huruf ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu :

    1. Huruf yang boleh dicantumkan dengan huruf lain tetapi tidak pula boleh mencantumkan huruf selepasnya. Terdapat 6 huruf yang bersifat demikian iaitu :

    ) ( 2. Huruf yang boleh dicantumkan dengan huruf lain sama ada di hadapan, di tengah atau

    hujungnya iaitu 22 huruf baki daripada kelompok yang pertama.

    ) (

    Selain dari itu, huruf-huruf Arab juga komplek kerana setiap huruf mempunyai sekuran-kurangnya dua bentuk bergantung kepada kedudukannya dalam perkataan, iaitu sama ada tunggal atau bercantum dengan huruf lain sama ada di awal, di tengah atau di hujung perkataan. Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan kesukaran kepada murid-murid iaitu dalam mengenal pasti huruf atau menulisnya. Sebagai contoh :

    Bentuk tunggal Bercantum di awal Bercantum di tengah Bercantum di hujung

    Begitu juga, dalam penulisan Arab terdapat perkataan-perkataan yang ditulis secara bercantum

    seperti ( ia terdiri dari dua patah perkataan iaitu + ) tetapi pada masa yang sama

  • Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 179 179

    terdapat perkataan yang bila dibaca, ia seolah-olah satu perkataan tetapi sebenarnya dua patah perkataan. Cara penulisannya pun ditulis berasingan. Sebagai contoh :

    () Di samping itu, terdapat huruf bahasa Arab yang tidak mempunyai padanannya dalam

    bahasa Melayu. Antara huruf tersebut ialah :

    ) ( Oleh itu, bagi murid yang pertama kali berjinak-jinak dengan bahasa ini, akan menghadapi sedikit kesukaran dalam menyebut serta mengenal pasti bunyi huruf yang asing ini.

    LANGKAH-LANGKAH DALAM MENGAJAR KEMAHIRAN MENULIS Guru yang baik dan cemerlang mrupakan seorang guru yang bukan sahaja mementingkan P&Pnya sahaja malah turut mengambil berat perkara yang berkaitan dengan P&P sebelum sesuatu P&P itu dijalankan. Berikut merupakan langkah-langkah yag boleh diambil oleh guru sebelum, semasa dan selepas mengajar. Iaitu :

    Motivasi Berikan kesedaran kepada murid-muridtentang tujuan pelajaran tulisan ketika sedang belajar menulis.

    Persediaan Pastikan semua murid sudah bersedia untuk menulis. Periksan sama ada meja dan kerusi sesuai atau tidak dengan murid-murid. Perhaikn dari segi bentuknya, tinggi rendahnya, jaraknya dari murid-murid dan sebagainya.

    Persembahan Tunjukkan peringkat-peringkat atau langkah-langkah menuliskan huruf di papan hitam. Sila dapatkan perhatian murid. Tekankan mana-mana yang penting.

    Pelaksanaan Guru hendaklah melihat tulisan murid dan bagaimana mereka membuatnya. Semua peraturan diikuti dengan baik dan tulisan dibuat dengan sempurna. Sekiranya terdapat murid yang tidak mampu menulisnya dengan baik, pegang tangannya dan tunjuk cara yang betul.

    Penilaian Pilih kerja terbaik dan tunjukkan kerja itu kepada murid-murid lain. Galakkan mereka menulis dengan baik seperti yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.

    KAEDAH PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB Menurut A. Kadir Hj. Ismail (1974) kaedah merupakan cara-cara yang diikuti oleh seseorang guru untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid supaya mereka dapat mencapai kejayaan dengan sepenuhnya, atau langkah-langkah yang diaturkan oleh guru sebelum ia masuk ke bilik darjah untuk menjalankan tugasnya yang akan digunakan kepada murid-murid supaya mereka menurut arahan dan perhatiannya. Guru telah menetapkan kaedah yang akan digunakan terhadap murid-murid sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya sesi

  • Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 180 180

    tersebut nanti akan berjalan menurut kehendak guru. Guru juga akan dapat mengawal proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

    Ibnu Khaldun berpendapat kaedah-kaedah pengajaran merupakan teknik-teknik untuk menyampaikan kandungan pengajaran kepada penuntut. Kaedah pengajaran ini hendaklah sentiasa dikaji dan diperbaiki dari masa ke semasa berdasarkan kepada kemampuan pelajar menerima bahan pembelajaran. Walau bagaimanpun, perubahan-perubahan itu hendaklah mempunyai garis-garis yang dijadikan panduan. Ahmad Mohd. Salleh (1997) pula berpendapat kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu pengajaran. Menurut Al-Qabisi, asas perkaedahan dalam pendidikan dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pembahagian mata pelajaran, objektif setiap mata pelajaran dan teknik dan pendekatan pengajaran.

    1. KAEDAH LATIH TUBI

    Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yangdipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Dalam Islam, kaedah ini mempunyai sejarah yang unik. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakannya sewaktu mengajar Rasullallah S.A.W membaca ayat yang pertama turun. Baginda diajar membacanya berulangkali sehingga dapat membacanya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam kaedah ini, iaitu yang melibatkan corak pengajaran yang memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan dan pergerakan otot. 1. Tujuan kaedah latih tubi Murid-murid dapat menghafal perkataan-perkataan bahasa Arab dan mengingat huruf-huruf dalam perkataan tersebut supaya apabila ditulis mereka tidak melakukan kesilapan. Secara tidak langsung kaedah ini berkait rapat antara kemahiran membaca dan menulis. 2. Idea utama dan cara penggunaan : Dengan menggunakan kaedah ini murid-murid dapat mengingat dan menulis perkataan yang diajar oleh guru. Murid-murid perlu menyebut huruf-huruf dalam sesuatu perkataan secara latih tubi. 3. Langkah-langkah penggunaan : Setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan guru-guru perlu meminta murid-murid agar :

    1. Menyebut perkataan yang diajar secara latih tubi 2. Latih tubi menyebut huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan yang diajar. 3. Berulang-ulang kali menyebutnya sehingga dapat menghafalnya 4. Setelah menghafalnya, minta murid-murid untuk menulis huruf-huruf yang terdapat

    dalam perkataan berikut.

  • Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 181 181

    5. Ini dapat memastikan tiada huruf yang tertinggal ketika menulisnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan kesalahan ketika menulis perkataan tersebut.

    4. Contoh Pelaksanaan : Ketika mengajar kata bilangan 1. Murid-murid diminta menyebut secara latih tubi mengikut cara atau arahan yang ditetapkan oleh guru.

    ( wau ) ( alif )

    ( ha ) ( dal )

    1

    ( alif ) ( sa )

    ( nun ) ( alif ) ( nun )

    2

    Teruskan pengajaran dengan kaedah latih tubi ini untuk topik-topik yang lain dan kaedah ini amat berkesan kepada murid-murid yang lemah bahasa Arab terutamanya murid tahun satu. Latih tubi ini juga boleh dilagukan untuk menarik lagi minta murid-murid.

    2. KAEDAH TOLAK , TAMBAH Pengajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah tidak dapat lari dari kaedah latih tubi mengeja dan menyebut. Contohnya bilangan satu sehingga sepuluh, rata-rata murid tahun 1 di semua sekolah rendah sudah menghafal kata bilangan tersebut. Cumanya apabila diminta untuk ditulis, kebanyakannya melakukan kesalahan. Justeru strategi ini dibina untuk memudahkan para guru untuk mengajar murid-murid menulis perkataan bahasa Arab yang diajar oleh guru terutamanya murid-murid yang lemah. 1. Tujuan kaedah Tolak, tambah Menyambung huruf-huruf bahasa Arab tunggal supaya membentuk perkataan mudah dalam bahasa Arab. 2. Idea utama dan cara penggunaan : Dengan menggunakan strategi tolak, tambah, murid-murid akan dapat menyambung huruf-huruf bahasa Arab dan seterusnya dapat membentuk perkataan-perkataan serta menulisnya dengan cara yang betul. Guru perlu meminta murid-murid agar mengingat enam huruf tolak ini. Iaitu :

  • Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 182 182

    3. Langkah-langkah Pengajaran : 1. Kenal pasti huruf-huruf bahasa Arab tunggal yang diberikan. 2. Kenal pasti sekiranya terdapat enam huruf tolak tersebut. 3. Letak tanda tolak ( - ) atau tambah ( + ) di belakang huruf-huruf tersebut. Jika huruf

    tersebut merupakan salah satu daripada enam huruf tolak, maka tulis tanda ( - ) di belakangnya. Dan sekiranya huruf itu selain daripada enam huruf tersebut, sila tuliskan tanda tambah ( + ) di belakangnya.

    4. Huruf tolak ( - ) maksudnya tidak boleh bersambung manakala huruf tambah ( + ) maksudnya boleh bersambung.

    5. Sekiranya huruf-huruf bahasa Arab tunggal itu adalah huruf tolak, maka minta murid anda ikut arahan berikut. Iaitu :

    6. Sekiranya huruf-huruf hijaiyyah tunggal itu adalah huruf tambah, maka minta murid anda ikut arahan berikut. Iaitu :

    7. Huruf yang terakhir sekali tidak perlu diletakkan samada tanda tolak ( - ) atau tambah ( + ).

    4. Contoh Pelaksanaan :

    Sambungkan huruf-huruf hijaiyyah tersebut supaya membentuk kalimah.

    1. 2. Kenal pasti huruf-huruf bahasa Arab tunggal yang diberikan. 3. Kenal pasti sekiranya terdapat enam huruf tolak tersebut.

    - - - - - - -

    1. Tulis semula huruf itu.

    2. Angkat pensil.

    3. Tulis huruf selepasnya.

    1. Tulis huruf tersebut.

    2. Sambungkan dengan huruf selepasnya.

    3. Panjangkan ke kiri

    4. Jangan biarkan ekor huruf itu turun ke bawah garisan

  • Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 183 183

    4. Letak tanda tolak ( - ) atau tambah di belakang huruf-huruf tersebut. Murid hanya perlu ingat enam huruf ini sahaja. Huruf-huruf selain daripada enam huruf tersebut, letakkan tanda tambah ( + ) di belakangnya.

    5. Guru perlu ingatkan murid-murid perkara-perkara ini.

    1. Tulis huruf dan angkat pensil. Tulis pula huruf . Pastikan huruf ditulis di atas garisan dan ingat huruf ini bertanda tambah maksudnya boleh

    disambungkan dengan huruf selepasnya iaitu huruf . Kemudian sambungkan pula huruf dengan huruf . Maka terbentuklah :

    2. KAEDAH IMLAK

    I m l a k b e r m a k s u d p e m b a c a a n d e n g a n s u a r a y a n g l a n t a n g s e s u a t u sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain. Kaedah imlak melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan dan ayat yang dibacakan oleh guru. Kaedah imlak berlaku selepas kaedah hafalan diutamakan. Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan kepadanya. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid menulis setiap kata-kata yang didengarinya. Guru seharusnya menggunakan kaedah ini setiap kali di penghujung proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung guru dapat mengetahui adakah tercapai objektif P&P pada hari tersebut.

    KESIMPULAN Kemahiran menulis merupakan kemahiran keempat yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam P&P bahasa. Walaupun kemahiran ini berada ditingkat kemahiran yang terakhir, namun kemahiran ini juga sama kepentingannya dengan kemahiran lain. Justeru para guru perlu mengambil berat cara bagaimana untuk mengajar kemahiran ini dengan lebih berkesan. Ketiga-tiga kaedah yang dibincangkan dalam kertas kerja ini diharap dapat membantu guru-guru bagi memantapkan lagi pengajaran mereka dalam bahasa Arab terutamanya dalam kemahiran menulis bahasa Arab. Ketiga-tiga kaedah ini juga dapat digunakan oleh guru-guru untuk mengajar murid-murid yang lemah. Bukan sahaja kaedah yang diutamakan, guru juga perlu mengambil berat perkara-perkara lain yang berkaitan dengan diri pelajar itu sendiri. Selain itu, penulis juga menyarankan beberapa cadangan lain untuk menggalakkan murid-murid menulis dengan baik antaranya ialah :

    1. Mengadakan peraduan atau pertandingan untuk memilih tulisan yang baik. 2. Tulisan atau hasil kerja murid-murid yang difikirkan baik hendaklah dipamerkan di papan

    kenyataan kelas.

  • Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 184 184

    3. Segala kesalahan dan kesilapan mengenai tulisan hendaklah dibetulkan melalui contoh-contoh yang baik daripada guru.

    4. Tulisan guru hendaklah baik dan kemas sebagai contoh. 5. Tulisan di kad-kad, di papan-papan kenyataan hendaklah dengan bentuk yang sama

    supaya dapat dicontohi oleh murid-murid.

    RUJUKAN

    Abdullah Al-Amin Al-Namiy. 1994. Kaedah dan pengajaran menurut Ibn Khaldun dan Al-Qabisi.

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Abdul Manan Ali. 2005. Bistari Jawi 4 Jam Kaedah Mananiyyah. Kuala Terengganu : Akademi Al-

    Marbawi. Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu

    murid-murid sekolah rendah di luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1):112 Ahmad Mohd. Salleh 1997. Pendidikan islam: Fassafah, pedagogi dan metodologi. Fajar Bakti

    Sdn. Bhd., Shah Alam. Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. 2011. Pelaksanaan pengajaran dan

    pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1):6787

    Ghazali Yusri Abd Rahman. 2005. Kemahiran menulis tulisan Arab di kalangan pelajar-pelajar

    UiTM : Kelemahan dan cara mengatasinya. Projek Penyelidikan, Universiti Teknologi Mara.

    Kamarudin Husin. 1988. Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan ). Petaling Jaya : Longman (M) Sdn.

    Bhd. Kamarul Shukri Mat Teh & Mohamed Amin Embi. 2010. Strategi Pembelajaran Bahasa. Kuala

    Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Kamarul Shukri Mat The. 2008. Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan

    pelajar sekolah menengah. Ringkasan Penyelidikan Siswazah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur :

    Dewan Bahasa dan Pustaka. Panel Penyemak Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka Karyawan Tamu Yayasan Warisan Johor.

    2002. Pandai Jawi. Shah Alam : Cerdik Publications Sdn. Bhd. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2003. Strategi pembelajaran bahasa pelajar sekolah

    menengah. Jurnal Bahasa, 3(2): 263-319.

  • Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 185 185

    Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusof. 2010. Strategi

    Pembelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris Pelajar Cemerlang : Inventori Strategi Belajar Cara Belajar Bahasa .Bangi : Fakulti Universiti Kebangsaan Malaysia.