06pak

1

Transcript of 06pak

Page 1: 06pak

33

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

DEFINASI PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK) OBJEKTIF

CIRI-CIRI

Pengenalan Pembelajaran akses kendiri merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan mur id mengakses sumber pembelajaran dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. PAK adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan kepada murid. Murid belajar sendir i dengan menggunakan akses di baw ah pengaw asan dan bimbingan guru. Persekitaran pembelajaran yang sesuai perlu disediakan kepada murid untuk memenuhi keperluan, minat, cara dan gaya pembelajaran masing-masing. PAK menghasilkan murid yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka Pendekatan in i memberi kebebasan kepada murid memilih bahan yang sesuai untuk pembelajaran mengikut keper luan, minat, tahap serta gaya masing-masing. Proses pembelajaran in i dapat memotivasikan murid ke arah sikap kendiri. PAK memberi lat ihan secara tidak langsung kepada murid untuk belajar berdikari serta berf ikir secara kritis dan kreatif. PAK bertujuan melahir kan pelajar yang bertanggungjaw ab serta berautonomi. 1. Memperoleh kemahiran belajar dalam mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual. 2. Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara

berdikari. 3. Belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran sendiri. 4. Mentaksir sendiri pencapaian mereka. 5. Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas

pembelajaran sendiri. 6. Mengenalpasti bahan yang sesuai mengikut kebolehan dan

minat masing-masing. 1. Pembelajaran lebih f leksibel, selesa dan tanpa tekanan. 2. Bahan PAK dan bantuan fasilitator mudah diakses. 3. Pemilihan bahan dan akt iviti pembelajaran yang luas. 4. Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara

bersendirian atau dalam kumpulan. 5. Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan

murid. 6. Membolehkan mur id mentaksir pencapaian sendiri. 7. PAK dilaksanakan di bilik atau sudut yang dikhaskan dan

pusat mudah alih.

Page 2: 06pak

34

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENEKANAN

Program PAK memberi penekanan kepada 3 aspek penting. a) Pembelajaran secara individu

Program pembelajaran yang mengambil kira keperluan dan apa yang diminati murid.

b) Pembelajaran Arah Kendiri

Satu proses pembelajaran di mana murid bertanggungjaw ab terhadap pembelajaran mereka dan belajar bagaimana untuk belajar.

c) Pembelajaran Sendiri

Satu proses pembelajaran yang murid bertanggungjaw ab sepenuhnya atas semua keputusan berkaitan dengan pembelajarannya. Murid menentukkan sendiri apa yang hendak dipelajari mereka.

Contoh Tugasan: Bidang C - Membentuk dan membuat binaan Topik/tajuk - Topeng Tahun - 4 Tujuan - Membentuk topeng makhluk fantasi Arahan - a) Baca arahan yang di beri b) Hasilkan satu topeng menggunakan media pilihan. c) Hantarkan hasil kerja kepada guru. 1. Ambil bahan yang sesuai dengan akt iviti

seperti : - manila kad , kertas kotak (box board), gunting, gam dan media w arna.

2. Lakar rupa topeng berdasarkan prinsip a) Imbangan b) Ruang

3. Gunting rupa topeng . 4. Lukis mata, hidung dan mulut kemudian

tebuk bahagian tersebut. 5. Mewarna dan menghias menggunakan bahan yang disediakan

mengikut kreat iviti. 6. Buat kemasan dan hantarkan hasil kerja.

Contoh

Page 3: 06pak

35

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Contoh Kedua: Bidang D - Kraf Tradisional Topik/Tajuk - Tembikar Tahun - 4 Tujuan - Membentuk sebuah pasu bunga hiasan

menggunakan teknik lingkaran dan picitan. Arahan - a) Baca arahan yang di beri. b) Hasilkan sebuah pasu tembikar menggunakan teknik

lingkaran dan picitan. c) Hantarkan hasil kerja Tugasan 1. Melakar bentuk tembikar yang seimbang 2. Ambil bahan yang sesuai untuk membuat tembikar. 3. Membentuk tembikar menggunakan teknik lingkaran dan

picitan. (rujuk gambarajah)

4. Hiaskan pasu menggunakan teknik cetakan dengan menggunakan bahan-bahan seperti berikut : a) mata pen b) penutup pen c) paku d) skru e) klip kertas dan lain-la in

5. Keringkan dan hantar kepada guru.

Page 4: 06pak

36

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Bidang - Menggambar Topik/tajuk - Garisan Tahun - 1 Tujuan - Menghasilkan pelbagai jenis garisan Arahan - a) Baca arahan yang diberi.

b) Hasilkan satu corak menggunakan pelbagai teknik garisan.

c) Hantarkan hasil kerja kepada guru. Tugasan 1. Ambil bahan-bahan yang diperlukan seperti krayon, pastel,

warna air dan pensel w arna. 2. Buat garisan secara raw ak. 3. Pilih warna berdasarkan

warna sejuk. 4. Lukiskan pelbagai teknik garisan disetiap ruang kosong

menggunakan pelbagai media. 5. Buat kemasan dan hantar hasil kerja kepada guru.

Page 5: 06pak

37

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

Bidang - Penghasilan Seni Visual Topik/Tajuk - Kraf Tradisional/Dimensi Baru – Anyaman Tingkatan - 4 Tujuan - Menghasilkan sebuah bakul Arahan -a) Baca arahan yang diberi.

b) Hasilkan sebuah bakul untuk hiasan/ gubahan bunga. c) Hantarkan hasil kerja kepada guru.

Tugasan 1. Ambil rotan untuk anyaman. 2. Potong lapan bilah rotan berukuran 60 c m setiap satu. 3. Susun rotan seperti gambarajah di baw ah. 4. Ambil sebilah rotan panjang yang telah dibasahkan/ direndam

seketika Tandakan dibahagian tengah untuk proses menganyam seterusnya. ( rujuk gambarajah )

5. Anyam sehingga siap seperti bentuk yang dikehendaki. 6. Untuk kemasan pilih salah satu teknik di baw ah. ( rujuk

gambarajah )

Susun bilah rotan rapat-rapat

Page 6: 06pak

38

Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL

7. Hantar hasil kerja kepada guru.

Potong bilah rotan mengikut bilangan dan saiz yang mencukupi. Pacakkan bersebelahan dengan bilah asal.