08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

download 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

of 12

Transcript of 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    1/12

    Sikap Interaksi Antara Kaum Dalam Kalangan

    Pelajar Sekolah Agama

    AZIZI UMAR1

    WAN ZULKIFLI WAN HASSAN2

    NAZRI MUSLIM3

    AMINUDDIN BASIR4

    Abstrak

    Artikel ini bertujuan untuk membincangkan sikap pelajar sekolah agama dalam memahami

    interaksi antara kaum dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Dari sudut latar belakang,

    kebanyakan pelajar sekolah agama kurang terdedah kepada perhubungan seharian bersamakaum lain disebabkan jenis sistem pendidikan berbeza yang dilalui mereka. Kajian bertujuan

    melihat sejauh mana sikap mereka terhadap perhubungan tersebut. Kajian ini melibatkan 305

    orang pelajar sekolah agama ini menggunakan SPSS. Kajian telah melihat enam sikap

    mereka; keselesaan berinteraksi; sikap menghormati agama lain; penglibatan aktiviti

    bersama; keyakinan terhadap tolak ansur; semangat kejiranan dan permusuhan akibat

    kepelbagaian. Kajian mendapati pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap

    sikap menghormati, kesedaran untuk berinteraksi dan bersikap toleransi yang tinggi. Namun

    mereka sukar untuk membuktikan keselesaan berinteraksi, semangat kejiranan dan bersedia

    untuk berkongsi kepelbagaian bagi mengelakkan perbalahan kaum. Ini menunjukkan pelajar

    sekolah agama mempunyai sikap hubungan interaksi yang tinggi walaupun mereka melalui

    kehidupan latar belakang pendidikan yang berbeza. Kajian juga menunjukkan bahawahubungan dalaman setiap pelajar lebih mustahak berbanding dengan aplikasi dalam aktiviti

    kehidupan seharian.

    Kata Kunci: Interaksi Kaum, Pelajar Sekolah Agama

    Abstrak

    This article discusses on the attitude of religious school students towards the understanding of

    multiracial interaction within Malaysian citizen. Most of the students are not really exposedto daily interaction with other races due to different educational background. This study

    intended to see their attitude towards multiracial interaction which involved 305 students and

    the data collected are analysed by using SPSS. The six attitude studied are convenience in

    interacting, respect towards other religions, participation in collaborative activities,

    confidence in tolerance, neighbourliness, and hostility. The study discovered that students are

    prone to respect, interact and tolerate with different races. However, they seemed to face

    1 Dr.Azizi Umar,Pensyarah Kanan,UKM,[email protected]

    2 Dr.Wan Zulkifli Wan Hassan,Pensyarah Kanan,UKM,[email protected] Dr.Nazri Muslim,Prof Madya,UKM,[email protected]

    4 Dr.Aminuddin Basir,Prof Madya,UKM,[email protected]

    67

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    2/12

    difficulty to show convenience in interacting, neighbourliness and they are not ready to cope

    with the diversity in avoiding racial dispute. This proves that religious school students are

    having high interaction level even they are from different educational background. This study

    also shows that internal interaction among students is more important as compared to its

    application on daily life.

    Keyword: multiracial interaction, religious school students

    PENGENALAN

    Salah satu ciri pembentukan dan pembinaan jati diri kebangsaan ialah menghormati

    hubungan sosial antara kaum atau kesepaduan sosial. Hubungan sosial merujuk kepada

    hubungan antara individu dengan kelompok, atau kelompok dengan kelompok sama ada

    secara langsung atau tidak langsung. Hubungan sosial seharusnya tidak dibataskan dengan

    warna kulit, agama, kaum, pangkat, taraf hidup dan jantina selagi mana ia tidak bercanggah

    dengan batas yang ditetapkan oleh agama.

    Hubungan sosial adalah sangat penting dalam membantu memupuk semangat kebersamaan

    untuk membangunkan dan mempertahankan negara di samping menjauhi sifat perkauman

    dalam memupuk suasana kehidupan sosial yang sihat, selamat dan sejahtera. Dengan kata

    lain ia juga disebut hubungan etnik. Bagi mencapai kesejahteraan hidup, isu perpaduan

    sentiasa menjadi tumpuan pemimpin dan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia kerana ia

    merupakan elemen yang penting. Ia juga perlu bagi membentuk kerjasama yang erat dalam

    kalangan masyarakat Malaysia untuk membangunkan negara dari segi ekonomi, politik, dansosial. Artikel ini akan membincangkan perihal kesepaduan sosial melalui kepelbagaian

    kaum yang dihadapi oleh sesebuah masyarakat tertentu.

    PERMASALAHAN

    Hubungan Islam dan bukan Islam tidak menunjukkan satu suasana perhubungan yang baik

    walaupun sejarah Islam sendiri menjadi panduan kepada semua umat tentang pergaulan dan

    perhubungan sesama manusia. Kelahiran agama Islam sendiri muncul di tengah-tengah

    kejahilan masyarakat pada masa itu seperti di negara Arab. Malah kemunculan agama Islam

    dalam kalangan bangsa Arab sebagai pendokong telah dicemburui oleh bangsa dan penganutagama Yahudi menjadikan Islam sebagai sasaran utama musuh Allah tersebut. Sebaliknya

    Islam membuktikan ketinggian persaudaraan apabila mereka berjaya membuat perjanjian

    dengan bangsa Yahudi semasa pembentukan satu masyarakat moden di Madinah (Al-

    Qaradhawi, 2000).

    Ajaran Islam sendiri melihat masyarakat yang tidak berpegang kepada Islam sebagai

    masyarakat yang perlu dijamin kehidupan mereka sama seperti makhluk yang lain. Dari situ

    lah timbul istilah kafir zimmi, kedudukan orang bukan Islam dalam sistem pemerintahan

    Islam dan sebagainya. Namun bukti hubungan yang baik ini telah disalah faham dan

    diselewengkan oleh musuh Islam untuk menghancurkan agama tersebut. (Al Qaradhawi

    2002) Keadaan ini terbukti apabila peristiwa 11 September telah menyebabkan hubunganIslam dengan bukan Islam semakin jauh malah sekali sekala menimbulkan persengketaan dan

    68

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    3/12

    kebencian. Islamphobia adalah bukti stereotaip Barat kepada Islam dengan tuduhan sebagai

    teroris, ekstrim, fundamentalis dan pelbagai label negatif yang lain (Cayongcat, 2005).

    Kesan besar kepada stereotaip tersebut ialah elemen agama dilihat sebagai penghalang

    kepada keamanan, kesejahteraan dan kemajuan teknologi lebih-lebih lagi jika agama tersebut

    dikaitkan dengan agama Islam. Ini adalah kerana ciri-ciri keistimewaan yang ada pada Islamialah peranan agama yang berbeza dengan agama yang lain. Agama dalam Islam adalah satu

    pemahaman yang bersifat menyeluruh, seimbang, sederhana dan boleh mencabar sistem

    kehidupan manusia yang sekarang dirangka oleh Barat (Muhammad Rauf 1991).

    Elemen agama juga tidak dilihat sebagai penyelesai masalah kepada kepelbagaian agama dan

    bangsa di atas muka bumi ini walaupun sejarah telah membuktikan bagaimana agama

    diperlukan dalam membangunkan sesebuah masyarakat daripada jahil sehingga ke mercu

    ketamadunan seperti mana yang dibuktikan dalam sejarah kegemilangan tamadun Islam.

    Malah Negara China sendiri tidak menolak malah telah memanfaatkan peranan agama dalam

    memajukan dinasti mereka (Golam W. Choudhury, 1993).

    OBJEKTIF

    Objektif kajian ini bertujuan untuk;

    i. Melihat sikap pelajar sekolah agama terhadap interaksi antara kaum.

    ii. Membincangkan penerimaan mereka terhadap perkongsian kepelbagaian kaum.

    SOROTAN KAJIAN

    Interaksi kaum dirujuk sebagai satu hubungan antara dua sistem yang terjadi sedemikian rupa

    sehingga kejadian yang berlangsung pada sesuatu sistem akan mempengaruhi kejadian yang

    berlaku kepada sistem yang lain. Ia juga merupakan satu pertalian sosial antara individu

    sehingga mereka saling pengaruh dan mempengaruhi antara satu sama lain. Hubungan kaum

    dirujuk kepada interaksi sosial iaitu satu proses yang melibatkan perhubungan antara dua atau

    lebih individu atau kelompok. Ia melibatkan tindakan saling balas membalas dalam ertikata

    tingkah laku individu diambil kira atau diorientasikan ke arah tingkah laku individu lain dan

    saling mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi sosial ini dirujuk kepada perhubungan

    di antara kaum dari etnik Melayu dan bukan Melayu.

    Penerimaan kepelbagaian kaum merupakan isu yang agak kompleks dan ia adalah sebahagian

    daripada jati diri rakyat Malaysia. Dalam sejarah Islam, ia sangat komited dan mengormati

    kepercayaaan agama lain. Ia terbukti melalui hubungan yang baik dengan agama Yahudi dan

    Nasrani (Ismail al-Faruqi 2009). Malaysia sepanjang sejarahnya tidak mengamalkan dasar

    asimilasi yang meleburkan nilai suatu keturunan bangsa, bahasa atau budaya, sebaliknya

    mengamalkan dasar hidup secara aman dan damai dalam kepelbagaian kaum dan bangsa

    (Ismail Ibrahim 2010). Bangsa umumnya membawa maksud sekumpulan besar orang yang

    mempunyai perasaan kekitaan dalam sesebuah negara. Namun begitu persoalan tentang

    bangsa ini cukup meluas dan membawa makna yang rencam. Pandangan tentang bangsa ini

    telah diketengahkan oleh beberapa sarjana terkemuka seperti Rush (1992) dan Putman

    (1998).

    69

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    4/12

    The civic culture is pluralistic, and based on communication and persuasion,

    a culture of consensus and diversity, a culture that permits change but

    moderates it.

    Keseluruhan pandangan yang dikemukakan oleh sarjana tersebut tentang bangsa banyak

    berkisar pada faktor kewujudan ikatan yang kuat antara sesama manusia, persoalan tentangras dan etnik, isu bahasa, wilayah dan kedaerahan mahupun perkara-perkara yang subjektif

    seperti perasaan tentang sejarah dan cita-cita yang dikongsi bersama. Sebagai sebuah negara

    yang memiliki masyarakat majmuk (heterogeneous) seperti Malaysia, masalah utama yang

    dihadapi ialah untuk membentuk hubungan sosial yang kuat antara kepelbagaian kumpulan

    etnik yang wujud.

    Dalam masyarakat berbilang kaum, tiga konsep keramat yang sering dikaji bagi merungkai

    masalah hubungan sosial antara kaum di Malaysia yang masih belum lagi tercapai ialah

    Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan. Ia merupakan konsep yang tidak sama tetapi

    mempunyai kaitan antara satu sama lain. Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang

    menyatupadukan seluruh masyarakat dalam negara supaya setiap anggota masyarakat dapatmembentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air

    (Shamsul Amri, 2007). Perpaduan juga ditakrifkan sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran,

    cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju. Masyarakat

    Malaysia kebanyakannya mengakui bahawa negara ini telah mencapai perpaduan kerana

    konflik besar secara terbuka dan ganas yang berterusan seperti di Sri Lanka, Yugoslavia atau

    seperti di Thailand tidak wujud di Malaysia.

    Namun, hakikatnya perpaduan masih belum wujud sepenuhnya di Malaysia. Konsep yang

    wujud hanyalah kesepaduan sosial. Buktinya masyarakat Malaysia masih terpisah melalui

    dasar pendidikan kebangsaan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan

    sekolah jenis kebangsaan Tamil. Sistem Persekolahan Pelbagai Aliran ini menyebabkan

    interaksi antara pelbagai etnik semakin renggang. Hal ini terbukti melalui kajian-kajian yang

    menunjukkan wujudnya masalah dalam interaksi antara etnik sama ada dalam kalangan

    pelajar sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi di negara kita.

    Penyatupaduan pula ialah suatu usaha berterusan di peringkat semua lapisan masyarakat

    dalam proses penyelesaian setiap kontradiksi, sama ada yang besar dan yang khusus. Contoh

    kontradiksi seperti isu penggunaan kalimah Allah, isu penggunaan bahasa dalam bidang

    pendidikan dan isu lain-lain. Contoh usaha bagi menangani kontradiksi yang berlaku pula

    ialah seperti pelaksanaan Sekolah Wawasan, Konsep 1 Malaysia dan Dasar Pendidikan

    Kebangsaan. Seiring dengan matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin, sistem pendidikan dijadikan saluran utama untuk menyampaikan

    kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-

    nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan.

    Dalam kalangan negara-negara yang pelbagai etnik seperti Amerika Syarikat, England,

    Belanda, India, dan Indonesia, pelbagai cabaran dihadapi dalam usaha mengintegrasikan

    rakyatnya. Keadaan semakin rumit jika setiap kumpulan etnik mahu mengekalkan identiti

    masing-masing dan tidak menerima satu identiti nasional yang dapat mewujudkan perpaduan

    antara pelbagai kumpulan etnik. Secara amnya, dapat dijelaskan bahawa interaksi memberi

    kesan dan menjadi aspek penting dalam kehidupan pelbagai etnik, bangsa dan kepercayaan.

    70

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    5/12

    Kajian Ibrahim Saad (1980) agak menarik kerana ia banyak menumpukan kepada soal

    mengenalpasti tahap penghayatan identiti nasional dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.

    Kajian yang dilakukan oleh beliau turut menggunakan model pelajar sebagai pengukur atau

    indikasi dalam usaha mencari identiti-identiti yang boleh diklasifikasikan sebagai identiti

    nasional. Kajian beliau dilakukan ke atas para pelajar sekolah menengah yang terpilih di

    kawasan bandar dan luar bandar. Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa pelajar dikawasan luar bandar tinggi dari segi iltizam mereka terhadap mengenali item-item nasional

    berbanding pelajar di kawasan bandar.

    Dalam kajian Abdullah Taib (1984) menyatakan bahawa kebanyakan kajian hubungan etnik

    menunjukkan faktor interaksi berkait rapat dengan kadar integrasi. Keadaan terjadi

    disebabkan para pelajar menziarahi rakan-rakan bertujuan untuk membuat perbincangan

    pelajaran atau menyiapkan tugasan. Pelajar-pelajar bukan Melayu mengunjungi teman

    Melayu adalah untuk memperbaiki esei ataupun catatan nota kuliah. Kajian juga

    menunjukkan para pelajar kurang meminta nasihat atau pertolongan kerana ia melibatkan

    nilai emotif yang tinggi dan sukar dibincangkan dengan rakan etnik yang lain. Polarisasi etnik

    nyata wujud di kalangan pelajar apabila didapati sebilangan besar pelajar Melayu tidakmengunjungi bilik kaum Cina dan India. Mereka lebih suka mengunjungi bilik sesama etnik.

    Dalam suasana sosial berbentuk ini, masyarakat lebih bersifat bersatu padu dan harmoni.

    Berlainan jika batas etnik itu tebal, individu hanya berhubungan dengan individu lain

    berdasarkan persamaan etnik hingga wujud masyarakat plural, terpisah, terasing, dan masing-

    masing berada dalam kotak masing-masing tanpa diikat oleh nilai yang dikongsi bersama.

    Sebenarnya dalam beberapa keadaan, Islam tidak dilihat oleh bukan Islam sebagai agama

    yang mampu menyatukan manusia disebabkan faktor umat Islam sendiri yang tidak

    membezakan antara perkara yang paling penting dan kurang penting. Mereka juga tersepit

    dengan isu-isu khilaf yang dilihat menjadi perselisihan para ulama. Keutamaan penyelesaian

    perlu ditekankan kepada masalah masyarakat seperti kemiskinan, pendidikan terlebih dahulu

    berbanding perkara-perkara kecil dalam isu agama dan amalan kepercayaan (Mohamad

    Nidzam 2011).

    Namun, dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW membuktikan bagaimana baginda diberikan

    panduan Allah dalam berhubung dengan bukan Islam samada dalam kalangan Qurasyh atau

    bukan Qurasyh, bangsa Arab atau bukan Arab. Sebagai contoh peranan Waraqah Ibn Naufal,

    Rahib Buhayra, hubungan rapat pertalian darah dengan Abu Talib, bekerja sama dengan

    Abudllah Ibn Urayqit, mendapatkan perlindungan daripada Raja Habsyi dan membuatperjanjian dengan Bani Quraizah dan Yahudi semasa di Madinah.

    METODOLOGI KAJIAN

    Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi enam kontruk berkaitan jati diri

    kebangsaaan dengan jumlah item sebanyak 116. Salah satu konstruk ialah mengukuhkan

    perpaduan dan berkongsi kepelbagaian yang mempunyai 18 item. Namun dalam artikel ini

    hanya 6 item sahaja dipilih untuk dibincangkan. Sebanyak 305 borang soal selidik diedarkan

    ke sekolah agama yang dikategorikan sebagai sekolah agama di luar sistem pendidikan

    kebangsaan seperti Sekolah Agama Negeri (SAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan

    71

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    6/12

    Sekolah Agama Swasta (Swasta). Analisis kajian ini menggunakan SPSS Versi 22. Kajian

    dilakukan ke atas pelajar sekolah agama yang sedang menuntut di tingkatan empat dan lima.

    DAPATAN KAJIAN

    Analisis kajian ini bertujuan untuk menjawab sejauh mana persepsi pelajar sekolah agama

    yang kebanyakannya mereka tidak berpeluang bergaul dengan masyarakat pelbagai kaum

    dalam urusan formal khususnya di sekolah. Dapatan kajian nanti akan melihat persepsi

    mereka terhadap perpaduan kaum dalam memastikan pembentukan nilai jati diri kebangsaan

    yang seharusnya ada pada mereka sebagai warganegara Malaysia yang beragama Islam dan

    berketurunan Melayu. Analisis dapatan kajian dijalankan mengikut persoalan kajian yang

    telah dinyatakan pada bahagian sebelumnya. Analisis dapatan kajian dihuraikan secara

    terperinci seperti berikut.

    1. Mudah Mesra Berinteraksi dengan Kaum lain

    Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis

    deskriptif tersebut seperti Rajah 1 berikut.

    Rajah 1.

    Rajah 1 menunjukkan lebih ramai pelajar sekolah agama berasa selesa berinteraksi dengan

    bukan Islam berasaskan peratus setuju sebanyak 32.8%. Ini diikuti oleh persepsi sangat setuju

    11.8 % menjadikannya 44.6 %. Manakala persepsi tidak setuju dan sangat tidak setuju berada

    pada peratus terendah iaitu 6.8%. Islam sangat menuntut setiap umat Islam berdakwah

    kepada saudara seagama yang lain bagi memastikan setiap muslim memilih cara hidup yang

    sempurna. Tuntutan ke atas bukan Islam pula satu tanggungjawab yang lebih besar

    berbanding yang pertama (Abd. Aziz 2012). Kemesraan berinteraksi sudah tentu dianggap

    dakwah bil halyang menjadi kewajipan sebagai model kepada orang bukan Islam.

    2. Menghormati Kepercayaan Kaum Bukan Islam

    Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis

    deskriptif tersebut seperti Rajah 2.

    1.6

    5.2

    48.2

    32.8

    11.8

    0.3

    0 20 40 60

    sangat tidak setuju

    tidak pasti

    sangat setuju

    72

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    7/12

    Rajah 2.

    Rajah 2 menunjukkan lebih ramai pelajar sekolah agama setuju dalam menghormati

    kepercayaan kaum agama bukan Islam dengan 49.8.%. Analisis ini memberikan penambahan

    sebanyak 11.8% yang menunjukkan mereka menghormati kepercayaan kaum bukan Islam

    dengan jumlah 61.6%. Manakala persepsi sangat tidak setuju dan tidak setuju berada pada

    frekuensi dan peratus terendah iaitu 7.9%. Walaupun Islam mengambil sikap yang tegas

    dalam isu murtad, namun sikap menghormati kepercayaan agama lain adalah satu akhlak

    yang dituntut. Sejarah menunjukkan Islam mempunyai toleransi yang tertinggi apabila

    terbentuknya Piagam Madinah di mana agama lain diberikan kebebasan untuk dianut oleh

    penganut masing-masing termasuk Yahudi tanpa sebarang prasangka.

    3. Minat Menyertai Aktiviti yang Melibatkan Pelbagai Kaum.

    Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis

    deskriptif tersebut seperti Rajah 3 berikut.

    Rajah 3.

    Rajah 3 menunjukkan terdapat 46.2% pelajar sekolah agama berminat menyertai aktiviti

    sekiranya ia melibatkan pelbagai kaum dengan 33.1% setuju dan 13.1% sangat setuju.

    Seterusnya diikuti oleh persepsi tidak pasti dan tidak setuju. Manakala, sangat tidak setujuberada pada frekuensi dan peratus terendah. Allah SWT menjadikan pelbagai bangsa, kaum

    dan warna kulit adalah untuk kenal-mengenal antara satu sama lain. Itulah fitrah semulajadi

    manusia dan sesuai dengan gerak hati dan minat setiap insan.

    4. Yakin bahawa tolak ansur dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia.

    Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis

    deskriptif tersebut seperti Rajah 4 berikut.

    sangat tidak setuju

    tidak pasti

    sangat setuju

    2.3

    5.6

    30.2

    49.8

    11.8

    0.3

    3.6%7.2%

    42.6%33.1%

    13.1%

    0.3%

    sangat tidak setuju tidak setuju

    tidak pasti setuju

    sangat setuju missing

    73

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    8/12

    Rajah 4

    Rajah 4 menunjukkan terdapat 51.5% pelajar sekolah agama sangat setuju dan 42.6% pelajar

    setuju bahawa tolak ansur dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Hal ini

    menunjukkan kaum Melayu di Malaysia sangat bersatu padu. Seterusnya diikuti oleh persepsi

    tidak pasti dan tidak setuju. Kedua-duanya berada pada frekuensi dan peratus terendah iaitu

    tidak pasti 4.6% dan tidak setuju 1.3%. Kepelbagaian agama dan multi budaya adalah suatu

    yang realiti. Penyatuan kepercayaan adalah perkara mustahil. Begitu juga pemaksaan agama

    adalah satu larangan dalam Islam. Hanya toleransi yang boleh menghubungkan kepelbagaiantersebut.

    5. Tidak selesa sekiranya sambutan perayaan kaum lain diadakan berdekatan dengan

    kejiranan saya.

    Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisis

    deskriptif tersebut seperti Rajah 5 berikut.

    Rajah 5

    Rajah 5 menunjukkan majoriti pelajar iaitu 44.3% tidak pasti sama ada mereka berasa selesa

    atau tidak selesa sekiranya sambutan perayaan kaum lain diadakan berdekatan dengan

    kejiranan mereka. 29.5% setuju bahawa mereka tidak selesa. Manakala, 26.3% pula tidak

    setuju. Sistem perancangan bandar dan desa di Malaysia masih terpengaruh kuat dengan

    sistem pengasingan kerana ia dibina berdasarkan kepada punca sumber kewangan, sejarah

    pendudukan awal dan sistem perancangan bandar dan desa yang disediakan oleh British.

    Oleh itu, sangat sukar untuk mencari bukti suasana yang menunjukkan kehidupan kejiranan

    yang sebenar.

    6. Kepelbagaian agama dan bangsa di Malaysia boleh membawa permusuhan.

    Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus dijalankan. Hasil analisisdeskriptif tersebut seperti Rajah 6 berikut.

    0

    20

    40

    60

    tidak

    setuju

    tidak

    pasti

    setuju sangat

    setuju

    1.3 4.6

    42.651.5

    0 10 20 30 40 50

    sangat tidak setuju

    tidak pasti

    sangat setuju

    5.6

    20.7

    44.3

    18

    11.5

    74

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    9/12

    Rajah 6

    Rajah 6 menunjukkan 51% pelajar tidak setuju dan sangat tidak setuju bahawa kepelbagaian

    agama dan bangsa di Malaysia boleh membawa permusuhan. Hanya 13% pelajar sahaja yang

    setuju. Manakala 36% pelajar lagi tidak pasti. Hasil kajian ini membuktikan bahawa bangsa

    Melayu sangat meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia. Kepelbagaian agama dan bangsa

    menguatkan lagi perpaduan kaum di Malaysia. Malah, ia telah menjadi identiti yang telah

    dihayati oleh setiap individu dan dikagumi oleh dunia. Kajian-kajian yang meninjau polainteraksi pelajar di luar kelas turut mendapati pengaruh persekitaran rumah masih kuat

    mempengaruhi pelajar bergaul dengan hanya rakan sesama etnik mereka. Implikasinya, pihak

    kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal

    dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa

    berada dalam keadaan yang harmoni atau sebaliknya menemui kegagalan jika sistem

    pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.

    RUMUSAN

    Hubungan sosial merujuk kepada hubungan antara individu dengan kelompok, atau

    kelompok dengan kelompok tanpa dibatasi oleh warna kulit, agama, kaum, pangkat, taraf

    hidup dan jantina selagi mana ia tidak bercanggah dengan batas yang ditetapkan oleh agama.

    Hubungan sosial sangat penting bagi menjamin interaksi kaum yang kukuh. Hasil kajian

    menunjukkan penghormatan pelajar sekolah agama terhadap kepercayaan kaum bukan Islam

    sangat tinggi (F2) iaitu sebanyak 61.6%. Sikap hormat pelajar sekolah agama terhadap kaum

    bukan Islam ini wujud melalui hubungan sosial yang terjalin. Hubungan sosial yang

    dimaksudkan seperti melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain. Hal ini

    terbukti melalui hasil kajian yang tinggi iaitu sebanyak 46.2% pelajar sekolah agama

    menunjukkan mereka suka menyertai aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum (F4).

    Namun demikian, hasil kajian menunjukkan peratusan pelajar sekolah agama yang

    selesa berinteraksi dengan kaum lain (F1) hanya sedikit iaitu sebanyak 44.6%. Dapatan kajian

    ini disokong oleh Sanusi Osman (1989). Dalam kajiannya terhadap polarisasi kaum di

    institusi pengajian tinggi telah menggariskan beberapa masalah polarisasi di kalangan para

    pelajar institusi pengajian tinggi. Antaranya i) Darjah interaksi antara pelajar berbagai etnik

    adalah rendah walaupun terdapat banyak peluang untuk berinteraksi sesama mereka di

    kampus.; ii) Terdapat kecenderungan untuk memilih sahabat atau kawan daripada anggota

    etnik yang sama; iii) Kurang perbincangan secara terbuka dan serius dalam kalangan pelajar

    pelbagai etnik mengenai soal politik, ekonomi dan sosial; iv) Terdapat prasangka dan

    streotaip yang kuat dan v) Sebahagian besar daripada pelajar mempunyai ethnosentrism yangtinggi.

    23%

    28%36%

    9%4%

    sangat tidak setuju tidak setuju

    tidak pasti setuju

    sangat setuju

    75

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    10/12

    Kajian yang dilakukan oleh Sanusi Osman ini mendapati bahawa kebanyakan kegiatan yang

    melibatkan peluang-peluang interaksi para pelajar tidak mendorong kepada hubungan

    mahupun pergaulan yang lebih luas. Ini disebabkan para pelajar lebih cenderung untuk

    melakukan kegiatan sesama etnik. Antara faktor-faktor yang mendorong kepada wujudnya

    masalah polarisasi adalah disebabkan oleh masalah pelajar dan institusi universiti yangakhirnya membawa kepada social sanction. Kedua ialah masalah struktur dan perkembangan

    masyarakat yang membawa isu-isu kepentingan kaum-kaum tertentu. Ketiga pula adalah

    masalah sistem politik dan ekonomi iaitu para pelajar di institusi pengajian tinggi banyak

    dipengaruhi oleh unsur-unsur politik luaran yang akhirnya mengabaikan tanggungjawab

    mereka sebagai pelajar dan jarang memikirkan strategi ke arah memupuk hubungan kaum

    yang lebih rapat dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.

    Isu ini juga disokong dengan hasil kajian yang menyatakan 44.3% pelajar tidak pasti

    mengenai sambutan perayaan kaum lain yang diadakan berdekatan dengan kejiranan mereka

    (F10). Hal ini ekoran kebanyakan pelajar masih keliru mengenai konsep Islam. Dalam Islam,

    mengenali kaum atau bangsa lain adalah salah satu daripada prinsip asas dalam Al-Quran. Iabertitik tolak daripada proses kejadian Allah yang menjadikan manusia berasaskan jantina

    dan mencipta manusia dari pelbagai bangsa dan qabilah. Firman Allah swt:

    Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan

    perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu

    saling kenal mengenal (Al-Hujurat:13)

    Meskipun bilangan pelajar sekolah agama yang selesa berinteraksi dengan kaum lain hanya

    sedikit, namun mereka tidak menyokong penyataan bahawa kepelbagaian agama boleh

    membawa kepada perbalahan dan permusuhan (F18). Hasil kajian menunjukkan hanya 13.4%

    sahaja yang bersetuju dengan penyataan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar

    sekolah agama masih mempunyai sikap tolak ansur terhadap kaum agama lain. Melalui hasil

    kajian, majoriti pelajar iaitu sebanyak 94.1% yakin sifat tolak ansur dapat mengeratkan lagi

    hubungan antara kaum di Malaysia (F6).

    Selain analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan dan peratus, analisis deskriptif yang

    melibatkan min dan sisihan piawai turut dijalankan bagi melihat persepsi pelajar sekolah

    agama terhadap hubungan etnik dan proses perpaduan kaum secara keseluruhan. Hasil

    analisis deskriptif tersebut seperti Jadual 1 berikut:

    No. Item Min Sisihan Piawaian Interpretasi

    1 F1 3.4803 0.83227 sederhana

    2 F2 3.6349 0.84913 tinggi

    4 F4 3.4507 0.93565 sederhana

    6 F6 4.4426 0.64697 tinggi

    7 F10 3.0918 1.03146 sederhana

    8 F18 4.4125 0.75781 tinggi

    Jadual 1

    Hasil analisis deskriptif mendapati daripada 8 item yang dikaji, 3 item menunjukkan nilai min

    yang sederhana (F1, F4 dan F10) dan 3 item menunjukkan nilai min yang tinggi (F2, F6 dan

    76

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    11/12

    F18). Secara keseluruhan kajian ini membuktikan bahawa persepsi pelajar sekolah agama

    terhadap hubungan etnik dan proses perpaduan kaum adalah baik.

    KESIMPULAN

    Bagi membina jati diri kebangsaan, memupuk semangat nasional serta cinta kepada negara

    dan mengeratkan perpaduan kaum, kerajaan seharusnya menumpukan perhatian terhadap

    sistem pendidikan di Malaysia kerana ia merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan.

    Bahkan pendidikan juga dianggap satu cara untuk mengurangkan perbezaan etnik dan

    polarisasi kaum. Elemen agama yang diterapkan dalam sistem pendidikan mampu

    menyediakan pengetahuan kepada pelajar mengenai berbagai-bagai kebudayaan yang sedia

    ada dalam masyarakat majmuk supaya pemahaman akan menghasilkan penerimaan terhadap

    kewujudan kepelbagaian dalam masyarakat dan toleransi terhadap segala bentuk susunan

    masyarakat. Sistem pendidikan seharusnya melewati ras atau kaum dan dijadikan tapak yang

    kukuh untuk menyemai dan menanam nilai toleransi, kenal mengenal, kerjasama,

    persefahaman dan penyemaian nilai yang mendukung perpaduan.

    RUJUKAN

    Abdulllah Taib. 1984.Integrasi dan Polarisasi Mahasiswa Universiti di Malaysia. Laporan

    Teknikal, Biro Perundingan dan Penyelidikan Bangi: Universiti Kebangsaan

    Malaysia.

    Ab. Aziz Mohd. Zin. 2012. Strategi Dakwah dalam Sirah Nabi SAW. Kuala Lumpur:

    APIUM

    A.R.I. Cayongcat. 2005. US-British Neo Colonial Conspiracy in the Muslim World. Shah

    Alam: Bookdigital Sdn. Bhd.

    Fatimah Daud & Abdul Hadi Yaacob, 2006, Polarisasi Kaum di Kalangan Pelajar-Pelajar

    Universiti, Petaling Jaya, Selangor: Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia.

    Golam W. Choudhury. 1993.Islam and The Modern Muslim World. Essex England: Scorpion

    Publishing Ltd.

    Ibrahim Saad. 1980. Competing Identities in a Plural Society. Singapore: The Institute of

    South East Asian Studies.

    Ismail al-Faruqi. 2009. Islam dan Kepercayaan Lain. (terj: Zulkiple Abd. Ghani). Kuala

    Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

    Ismail Ibrahim. 2010. 1Malaysia: Pembentukan jati diri kebangsaan. Dlm. Mohd. YusofOthman (pnyt.). Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari, hlm. 3-20. Bangi:

    Institut Islam Hadhari, UKM.

    Mansor Mohd Noor dan rakan-rakan. 2001. Kajian arah dan tahap pencapaian perpaduan

    Negara Di Insititusi Pengajian Tinggi, Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan

    Dasar,Universiti Sains Malaysia.(tidak diterbitkan)

    Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2011, Prinsip berinteraksi dengan non nuslim nalam

    Konteks Malaysia. dalam Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad Mustapha. Fiqh

    masyarakat nukan Islam di Malaysia. Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia.

    Mohamad Zaidi Abdul Rahman etc. 2007. Asas toleransi terhadap kebebasan beragama dari

    persepktif Islam.Dalam Wan Suhaimi Wan Abdullah & Mohd Fauzi Hamat. Konsep

    Asas Islam dan Hubungan Antara Agama. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian IslamUM.

    77

  • 7/26/2019 08_SikapInteraksiAntaraKaum.pdf

    12/12

    Muhammad Abd. Rauf. 1991. The muslim mind: foundation and early manifestation. Kuala

    Lumpur: DBP

    Sanusi Osman. 1989. Ikatan etnik dan kelas di Malaysia, Bangi: Universiti Kebangsaan

    Malaysia

    Shamsul Amri Baharuddin. 2007.Budaya yang tercabar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.Putman, E.D. 1998. Teaching About Patriotism: An Assesment Of Teacher Attitudes And

    Classroom Practices. Tesis PhD. University Of Tennessee.

    Rush, M. 1992. Politics and society: an introduction to political sociology. Hertfordshire:

    Simon & Schuster International Group

    Yusuf Al-Qardhawi. 2002. Islam ekstrem: suatu analisis & cabaran terhadap kebangkitan

    Islam. Batu Caves: Penerbit Darul Iman Sdn. Bhd.

    Yusuf Al-Qardawi. 2000. Al-Muslimin wa al-Aulamah. Al-Qahirah: Dar al-Tauzi wa al-

    Nasyr al-Islamiyah