1 drama

3
Hari Kemerdekaan 2015 Tempat : Perpustakaan Bulan Ogos sudah berhampiran, kebanyakan rumah,sekolah dan boleh dikatakan seluruh kawasan Malaysia telah dipenuhi dengan Jalur Gemilang. Sambutan hari kemerdekaan pun sudah menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Seorang guru and beberapa pelajar pun mula berbincang tentang sambutan Hari Kemerdekaan yang akan diadakan di sekolah mereka. Guru : Pelajar-pelajar bulan kemerdekaan dah nak sampai ini, ada tak apa-apa cadangan untuk sambutan tahun ini ? Pelajar A : Cikgu, mungkin kita boleh mangadakan pertandingan melukis poster. Pelajar B : Ya! Saya setuju dengan cadangan pelajar A itu tadi, tapi cuba kita tahun ini buat yang beza sikit daripada tahun lepas. Mungkin kita boleh gunakan bahan buangan seperti surat khabar, tin untuk buat simbol-simbol yang melambangkan Malaysia, sesuai tak cikgu ? Guru : Kedua-dua cadangan semuanya agak bagus dan saya akan berbincang dengan Puan Kamaliyah dulu. Apakah cadangan kamu Aisyah? Aisyah : Cikgu, tak payah susah sangat lah ini, bulan kemerdekaan je. Tak payah sambut pun tak pe, lagipun saya malas nak buat kerja-kerja macam ini, membazir masa betul lah. ( sambil menguap ) ( semua pelajar dan guru terperanjat apabila mendengar percakapan Aisyah tadi ) Guru : Senangnya awak kata malas Aisyah….kalaulah tokoh- tokoh perjuangan kemerdekaan kita malas berjuang,sampai sekarang kita akan hidup dalam zaman penjajahan. Aisyah : Ahhhhh….negara kita pernah dijajah? Bila?

description

DRAMA KEMERDEKAAN

Transcript of 1 drama

Page 1: 1 drama

Hari Kemerdekaan 2015

Tempat : Perpustakaan

Bulan Ogos sudah berhampiran, kebanyakan rumah,sekolah dan boleh dikatakan seluruh kawasan Malaysia telah dipenuhi dengan Jalur Gemilang. Sambutan hari kemerdekaan pun sudah menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Seorang guru and beberapa pelajar pun mula berbincang tentang sambutan Hari Kemerdekaan yang akan diadakan di sekolah mereka.

Guru : Pelajar-pelajar bulan kemerdekaan dah nak sampai ini, ada tak apa-apa cadangan untuk sambutan tahun ini ?

Pelajar A : Cikgu, mungkin kita boleh mangadakan pertandingan melukis

poster.

Pelajar B : Ya! Saya setuju dengan cadangan pelajar A itu tadi, tapi cuba kita

tahun ini buat yang beza sikit daripada tahun lepas. Mungkin

kita boleh gunakan bahan buangan seperti surat khabar, tin untuk

buat simbol-simbol yang melambangkan Malaysia, sesuai tak cikgu ?

Guru : Kedua-dua cadangan semuanya agak bagus dan saya akan berbincang dengan Puan Kamaliyah dulu. Apakah cadangan kamu

Aisyah?

Aisyah : Cikgu, tak payah susah sangat lah ini, bulan kemerdekaan je. Tak

payah sambut pun tak pe, lagipun saya malas nak buat kerja-kerja

macam ini, membazir masa betul lah. ( sambil menguap )

( semua pelajar dan guru terperanjat apabila mendengar percakapan Aisyah tadi )

Guru : Senangnya awak kata malas Aisyah….kalaulah tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan kita malas berjuang,sampai sekarang kita akan hidup dalam zaman penjajahan.

Aisyah : Ahhhhh….negara kita pernah dijajah?

Bila?

Siapa?

Guru : Zaman penjajahan di negara kita bukanlah setahun dua. 446 tahun negara kita sengsara dalam penjajahan.

Page 2: 1 drama

Aisyah : Cikgu…biar betul!!!! Kalau macam itu, kesiannya rakyat kita pada zaman dahulu.

Guru : Ya….betul itu aisyah. Banyak kekejaman berlaku pada zaman penjajahan. Negara kita dijajah oleh empat kuasa penjajah. Portugis, belanda, British dan Jepun. Kuasa penjajahan ini datang ke negara bukannya nak tolong pun, tapi nak curi kekayaan negara kita.

Aisyah : Datang untuk curi!!! Curi ape tu cikgu?

Guru : Aisyahhhh…aisyahhh….banyak perkara yang kamu tidak tahu pasal negara kita. Negara kita merupakan salah satu bumi yang bertuah. Negara kita kaya dengan hasil bumi seperti bijih timah dan emas. Banyak kekayaan bumi sudah digaut oleh kuasa penjajahan pada zaman dahulu. Mereka membawa kekayaan bumi kita ke negara mereka. Masyarakat negara kita tidak menikmati sebarang keuntungan dan hidup dalam sengsara.

Aisyah :Cikgu habis itu, macam mana negara kita boleh mendapat kemerdekaan?

Guru :Dengan kebijaksaan, keberanian dan pengorbanan pemimpin negara kita. Kebijaksanaan pemimpin kita membolehkan negara kita mendapat kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Pemimpin-pemimpin kita tidak pergi ke medan peperangan tetapi mereka mengadakan rundingan dengan pihak British bagi mendapatkan kemerdekaan. Mereka tidak berputus asa. Mereka berjuang untuk negara…..Mereka berjuang untuk masyarakat….Mereka berjuang untuk generasi yang akan datang..(dengan penuh semangat). Sebagai hasilnya, negara kita telah berjaya mencapai kemerdekaan pada Tanggal 31 bulan 8 57…..

Aisyah : Wah, begitu hebatnya pejuang-pejuang kemerdekaan Negara kita!

Guru : Memang betul, kemerdekaan negara kita amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.

Aisyah : Cikgu, maafkan saya ...... saya tidak sepatutnya cakap macam itu

tadi. Sekarang saya sudah tahu begitu penting menyambut hari kemerdekaan. ( sambil menyesal )

Guru : Jangan macam itu, yang paling penting kamu dah tahu ertinya.

Page 3: 1 drama

Jom kita teruskan perbincangan tentang aktiviti Hari Kemerdekaan.

----------------------- happy ending =) -----------------------