1 (EDIT DAH)

download 1 (EDIT DAH)

of 8

Transcript of 1 (EDIT DAH)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN KAMPUS PERLIS, RAFIUDDIN BIN ROSLY PERLIS. MOHAMAD AIZAT BIN AHMAD SOFI __________________________________________________________________________ADAM MALIK BIN AHMAD

1.0 PENGENALAN ANALISIS PENYATA KEWANGAN1.1 Definisi Penyata KewanganPenyata kewangan merupakan salah satu rekod penting dalam sesebuah koperasi.Secara umumnya, penyata kewangan ialah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Setiap penyata kewangan mengandungi maklumat yang berkaitan aset, liabiliti, ekuiti pemilik dan kedudukan kewangan yang akan berlaku. Biasanya penyata kewangan disediakan pihak pengurusan sesebuah koperasi untuk kegunaan pihak yang berkepentingan.

1.2 Kepentingan dan tujuan penyata kewanganPenyata kewangan membolehkan kita mengetahui prestasi dan kedudukan sebenar sesebuah organisasi perniagaan yang dijalankan sama ada untung atau rugi. Selain itu, ia juga membantu mengenalpasti jumlah penghutang dan pemiutang perniagaan. Sekali gus ia akan membantu mengekalkan kestabilan perniagaan yang dijalankan. Dengan adanya penyata kewangan juga kesilapan dalam membuat keputusan akan dapat diketahui dengan lebih cepat dan memberi kita lebih peluang untuk memperbaiki keadaan lebih awal sekali gus meminimakan kerugian pada perniagaan.

1.3 Analisis Nisbah KewanganAntara tujuan utama penyediaan penyata kewangan adalah supaya penganalisis kewangan atau sesiapa sahaja boleh mengesan prestasi dan kedudukan sesebuah organisasi perniagaan dengan menggunakan analisis nisbah kewangan. Analisis nisbah kewangan melibatkan tiga jenis perbandingan iaitu analisis arah aliran, analisis keratan rentas dan industri, dan analisis purata industri .

1.4 Analisis nisbahNisbah kewangan digunakan untuk menilai kedudukan kewangan dan prestasi koperasi.kewangan boleh dikategorikan seperti pada rajah di bawah. Umumnya, nisbah kewangan boleh dikategorikan seperti dalam Rajah 1.

Nisbah SemasaNISBAH ASET

Nisbah Cepat

Pusinganti Aset Tetap

NISBAH PENGURUSAN ASET/ AKTIVITIPusinganti Inventori

Pusinganti Jumlah Aset

Tempoh Kutipan Purata

Nisbah hutangNISBAH LAVERAJ

Nisbah Hutang Per Ekuiti

Nisbah Perlindungan Faedah

Margin Untung Kasar

Margin Untung BersihNISBAH KEBERUNTUNGAN

Pulangan Atas Aset (ROA)

Pulangan ke atas Ekuiti (ROE)

Rajah 1: Jenis Analisis Nisbah

2.0 JENIS-JENIS ANALISIS DALAM PENYATA KEWANGAN 2.1 Nisbah Kecairan Nisbah kecairan digunakan untuk menilai kemampuan sesebuah firma membayar liabiliti jangka pendek dengan aset mudah tunai. Dengan ini, seseorang penganalisis boleh mengukur keupayaan satu-satu koperasi membayar liabiliti semasa apabila ia matang. Mengikut prinsip, koperasi yang mempunyai nisbah lebih tinggi dari 1.00 disifatkan sebagai berkemampuan memenuhi tanggungan atau liabiliti semasanya.Nisbah kecairan yang biasa digunakan untuk mengukur keupayaan tersebut ialah Nisbah Semasa dan Nisbah Cepat.

i. Nisbah SemasaNisbah semasa digunakan untuk mengukur keupayaan koperasi menggunakan aset semasanya bagi memenuhi obligasi semasa koperasi.Mengikut konsep kecairan, lebih tinggi lagi nisbah semasa satu-satu firma itu, lebih tinggi keupayaan firma tersebut untuk melunaskan tanggungannya. Nisbah semasa dikira mengikut rumus yang berikut:

ii. Nisbah CepatNisbah cepat digunakan untuk mengukur kemampuan koperasi dalam membayar kesemua tuntutan (liabiliti) semasa, tanpa bergantung kepada penjualan inventori.Oleh itu, bagi mendapatkan ukuran kemampuan koperasi yang sebenar dalam memenuhi liabiliti semasa dengan bersandarkan kepada aset semasa, inventori dikeluarkan daripada pengangka (numerator).Juga mengikut konsep kecairan, lebih tinggi lagi nisbah cepat satu-satu firma itu, lebih tinggi keupayaan firma tersebut untuk melunaskan tanggungannya. Nisbah cepat dikira mengikut rumus yang berikut:

2.2 Nisbah Pengurusan Aset/AktivitiNisbah ini mengukur keberkesanan dan kecekapan koperasi dalam mengurus aset koperasi. Pengurusan yang berkesan menjamin pengeluaran atau keuntungan koperasi yang setimpal dengan jumlah aset yang dimiliki.

i. Nisbah pusinganti aset tetapNisbah pusing ganti aset tetap membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah koperasi menggunakan aset-aset tetap dalam menghasilkan jualan. Nisbah pusinganti aset tetap bagi Koperasi Maju boleh dikira mengikut rumus tersebut:

ii. Nisbah pusinganti jumlah asetNisbah pusinganti jumlah aset mengukur beberapa kali jumlah aset berpusing atau berganti dengan jualan koperasi.Pihak pengurusan melihat nisbah ini sebagai ukuran perbandingan antara kecekapan pengurusan operasi dengan kecekapan pengurusan kewangannya. Nisbah pusinganti jumlah aset bagi Koperasi Maju boleh dikira mengikut rumus berikut:

iii. Nisbah pusinganti inventoriNisbah ini menggambarkan berapa kali dalam setahun inventori dapat dijual dan diganti semula. Nisbah yang tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan pergerakkan inventori yang cepat. Ini kerana pergerakan yang cepat membantu mengurangkan kos menyimpan inventori.

iv. Nisbah tempoh kutipan purataNisbah ini menunjukkan tempoh purata yang diambil oleh sesebuah koperasi bagi mengutip akaun belum terima hasil jualan secara kredit yang dibuat.Nisbah tempoh kutipan purata yang rendah dianggap baik kerana ini menunjukkan koperasi berjaya mengutip semula akaun belum terima dalam masa yang singkat.

2.3 Nisbah Laveraj (Pengurusan Hutang)Nisbah Laveraj memberi gambaran keupayaan sesebuah koperasi dalam memenuhi obligasinya kepada mereka yang memberi pinjaman.Ia juga mengukur keberkesanan pihak pengurusan menguruskan pinjaman koperasi.2.3.1 Nisbah Hutang Nisbah ini mengukur sejauh mana aset firma dibiayai melalui hutang.Ia akan memberitahu berapa peratus modal hutang yang digunakan bagi membiayai jumlah aset koperasi. Semakin rendah nisbah hutang, semakin rendah kemungkinan firma menjadi bankrap. Sekiranya nisbah hutang tinggi, ia menyukarkan sesebuah koperasi untuk mendapatkan dana tambahan melalui hutang.

2.3.2 Nisbah Hutang Per EkuitiNisbah ini mengukur nisbah pembiayaan yang datang dari hutang dan ekuiti. Ekuiti ialah dana pemegang saham. Sekiranya nisbah melebihi 1, ia dianggap berisiko tinggi kerana koperasi berhutang terlalu besar. Nisbah yang tinggi menandakan keumpilan (laveraj) kewangan yang tinggi, sementara nisbah yang rendah menunjukkan pelaburan yang besar daripada pemilik koperasi.

2.3.3 Nisbah Perlindungan FaedahNisbah ini mengukur keupayaan sesebuah koperasi dalam memenuhi pembiayaan faedah hutang dengan menggunakan keuntungan sebelum cukai dan faedah koperasi. Nisbah yang tinggi menandakan bahawa koperasi mampu membayar perbelanjaan faedah pada masa depan. Nisbah yang rendah akan membahayakan kedudukan kewangan firma kerana kegagalan membayar faedah boleh dijadikan alasan untuk membubarkan koperasi.

2.4 Nisbah KeberuntunganNisbah ini mengukur kesan keberkesanan aktiviti urusniaga dan keupayaan koperasi menjana keuntungan.Semakin tinggi pulangan yang diperolehi semakin berupaya koperasi membuat keuntungan.

2.4.1 Nisbah Margin Untung KasarNisbah ini cuba mencerminkan keberkesanan dasar penentuan harga dan kecekapan pengeluaran. Semakin tinggi nisbah margin untung kasar koperasi, ia bermakna semakin cekap pihak pengurusan dapat mengawal kos pengeluaran.

2.4.2 Nisbah Margin Untung BersihNisbah ini boleh digunakan untuk menilai kemampuan pihak pengurusan mengawal perbelanjaan operasi dan menerbitkan keuntungan daripada jualan.Nisbah yang tinggi menandakan kejayaan firma menyumbangkan berapa peratus untung selepas cukai oleh jualan tahunan koperasi.

2.4.3 Nisbah Pulangan Atas Aset (ROA)/ Pulangan Atas PelaburanNisbah ini digunakan untuk mengukur keberkesanan sesebuah koperasi dalam mengurus asetnya bagi menjana keuntungan atau mengukur pendapatan berdasarkan jumlah aset.Biasanya jika sesebuah koperasi itu menghasilkan nisbah pulangan yang tinggi, koperasi itu dianggap berjaya menguruskan asetnya dengan baik dan juga mengawal perbelanjaan mereka.

2.4.4 Nisbah Pulangan ke atas Ekuiti (ROE)Nisbah ini membolehkan kita mengukur kecekapan sesebuah koperasi menjana keuntungan pemegang saham koperasi. Nisbah pulangan yang lebih tinggi adalah lebih baik kerana ia menunjukkan koperasi berjaya menjana keuntungan yang cukup supaya diagih-agihkan di antara pemegang saham.

1