1. Jenis-jenis Tali Dan Penjagaannya

6
JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYA PENGENALAN Tali merupakan salah satu peralatan yang mustahak dalam Perkhidmatan Pertahanan Awam terutama dalam kerja-kerja menyelamat mangsa dan harta benda. Digunakan secara meluas oleh pasukan penyelamat ketika menjalankan tugas-tugas dalam operasi mencari dan menyelamat. Setiap anggota penyelamat harus mempelajari dan mengetahui selok belok tali serta berlatih untuk memahirkan diri dalam setiap aspek mengenai tali seperti teknik ikatan, kegunaannya, kaedah penggunaan dan penjagaannya mengikut klasifikasi tali-tali tersebut. 1. TALI FIBER ASLI (Natural Fibre) 2. TALI FIBER TIRUAN (Artificial Fibre) 3. TALI DAWAI (Wire Rope) JENIS-JENIS TALI FIBER ASLI 1. Tali Belati 2. Manila Hemp 3. Tali Sisal 4. Tali Jut 5. Tali Sabut

description

hvfghv

Transcript of 1. Jenis-jenis Tali Dan Penjagaannya

JENIS-JENIS TALI DAN PENJAGAANNYAPENGENALAN Tali merupakan salah satu peralatan yang mustahak dalam Perkhidmatan Pertahanan Awam terutama dalam kerja-kerja menyelamat mangsa dan harta benda. Digunakan secara meluas oleh pasukan penyelamat ketika menjalankan tugas-tugas dalam operasi mencari dan menyelamat. Setiap anggota penyelamat harus mempelajari dan mengetahui selok belok tali serta berlatih untuk memahirkan diri dalam setiap aspek mengenai tali seperti teknik ikatan, kegunaannya, kaedah penggunaan dan penjagaannya mengikut klasifikasi tali-tali tersebut.

1. TALI FIBER ASLI (Natural Fibre)2. TALI FIBER TIRUAN (Artificial Fibre)3. TALI DAWAI (Wire Rope)

JENIS-JENIS TALI FIBER ASLI1. Tali Belati2. Manila Hemp3. Tali Sisal4. Tali Jut5. Tali Sabut6. Tali Kapas

Tali Belati-Kekuatannya sederhana dan harganya murah Digunakan secara meluas dalam kerja menyelamat.Manila Hemp-Diperbuat dari pokok hemp yang banyak didapatidi Filipina(Manila). Harganya murah.Banyak digunakan di jeti-jeti pelabuhan.Tali Sisal-Sejenis pokok yang kekuatannya sama dengan Manila Hemp.Kembang dan licin apabila basah serta tahan untuk kerja-kerja biasa/harian.Tali Jut-Diperbuat dari pokok jut (jerami) di India.Harganya murah dan digunakan untuk kerja harian.Tali Sabut-Diperbuat dari sabut kelapa.Ringan, kurang kukuh dan mudah terapung.Digunakan dalam perkhidmatan bomba laut.Tali Kapas-Bersifat elastik (memanjang & memendek).Lembut dan mudah rosak sekiranya bengkok.Sapu minyak khas untuk elakkan cepat rosak.

TALI FIBRE TIRUAN Pembuatanya di kilang-kilang pengeluaran khas dengan menggunakan kaedah teknologi moden. Pembuatannya lebih halus, lembut dan kukuh serta berkualiti tinggi dibandingkan dengan fiber asli. Disebabkan kawalan kualiti yang baik ianya digunakan secara meluas untuk aktiviti-aktiviti lasak. Harganya bergantung kepada kualiti, saiz dan ketahanan dari segi penggunaan / jangka hayat. Kerana ketahanannya, tali-tali jenis ini banyak digunakan oleh penyelamat dalam aktiviti abseiling dan sebagainya.

JENIS-JENIS TALI FIBER TIRUAN1. Tali Nilon (Nylon)2. Tali Polister (Polyester)3. Tali Kernmantlea) Statikb) Dinamik

TALI DAWAI Ketahanannya adalah 9 kali ganda dari tali fiber asli / tali belati yang sama saiznya. Digunakan pada tangga menyelamat

SEBAB-SEBAB KEROSAKAN TALI1) Geselan pada bucu-bucu bangunan (yang tajam).2) Penggunaan takal(Pulley) yang tidak sesuai.3) Bengkok atau kerap dibengkokkan.4) Tetas atau terguris / luka / terkoyak.5) Geseren atau diseret pada permukaan tanah atau pasir yang kasar.6) Reput atau telah mencapai jangka hayat penggunaannya.7) Terkena bahan kimia (asid / alkali)8) Bercendawan / berlapuk lembab / basah atau terendam terlalu lama9) Dikenakan beban yang berlebihan.10) Disalah guna.11) Disentap-sentap.12) Dikenakan beban secara mengejut.

PENJAGAAN TALI Tali harus diuji pada masa-masa :-a)Semasa baru dibelib)Sebelum digunakanc)Selepas digunakand)Ujian berkala (ikut spesifikasi)e)Selepas tali dibaiki Jangka hayat tali bagi kerja-kerja biasa adalah 5 tahun selepas digunakan. Bagi tali kernmantle 700 kali atau 100 jam penggunaannya secara intensif. Hamparkan tali yang baru pada pencangkuk berputar. Elakkan dari memotong tali kecuali terpaksa.Ikat dibahagian hujung supaya tidak terburai. Elakkan dari mengikat tali secara tetap. Gunakan takal yang sesuai dengan saiz tali. Gunakan pelapik yang sesuai jika bekerja di bucu-bucu yang tajam. Simpan tali di tempat kering pada suhu bilik. Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari yang terik secara langsung, terkena bahan kimia dan sebagainya yang menyebabkan kurangnya kekuatan tali. Gunakan tali yang paling sesuai untuk satu-satu tugas dan jenis beban kerja.

Menguji Tali1. Pengujian Cara Hidraulik- Ujian Musnah - Ujian Tak Musnah - Ujian Penyelamat

2. Pengujian Cara Visual- Melihat Keadaan Tali- Memeriksa Dengan Sentuhan3. Pengujian Cara Praktikal - Ikat satu hujung dan tarik di satu hujung lagi dengan kekuatan 3 orang penyelamat selama 20 saat.- Tali ditarik dengan kekuatan 6 orang penyelamat selama 20 saat.- Sesuatu daya dikenakan dan lepaskan secara perlahan-lahan.