1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

download 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

of 38

Transcript of 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    1/38

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIANEGERI KEDAH DARUL AMAN

    PENGURUSAN DAN

    PENGENDALIAN AKAUNAMANAH/DEPOSIT

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    2/38

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    3/38

    i) Perlembagaan Malaysia

    Fasal 97 Konsep Kumpulan Wang Yang Disatukan yangberpunca dari keperluan bahawa segala hasil dan wang yangdiperolehi atau diterima selain daripada Zakat Fitrah,Baitumal dan lain-lain hasil di bawah urusan Islam, dibayarmasuk ke dalam satu Kumpulan Wang yang dinamakanKumpulan Wang Yang Disatukan bagi Persekutuan atau

    Negeri yang berkenaan.

    ii) Akta Prosuder Kewangan 1957

    Seksyen 3 Kumpulan Wang Disatukan bermakna KumpulanWang Disatukan Persekutuan dan Kumpulan Wang Disatukan

    Negeri sebagai yang diberi oleh Artikel 97(1) dan (2)Perlembagaan Persekutuan dan rujukan kepada Akaun HasilDisatukan, Akaun Pinjaman Disatukan dan Akaun AmanahDisatukan adalah rujukan-rujukan bagi akaun kumpulan wang

    yang dicadangkan.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    4/38

    Seksyen 7(c) Pihak Penguatkuasa Kewangan berkenaan denganKumpulan Wang Disatukan hendaklah mengendalikan tiga akaun

    yang berasingan.

    (c) Satu akaun yang dipanggil Akaun Amanah Disatukan di manaakaun semua wang yang diterima tertakluk kepada amanah dandigunakan mengikut terma-terma amanah tersebut disimpan.

    4. Pegawai Pengawal

    - Akta Prosuder Kewangan 1957

    Seksyen 15A(5) Pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1),sebagai Pegawai Pengawal berdasarkan setiap tujuan perbelanjaan

    yang diperuntukan bagi mana-mana tahun kewangan, hendaklah

    dinamakan dengan pangkat jawatannya dalam anggaranperbelanjaan bagi tahun tersebut dibentangkan di hadapan BadanPerundangan mengikut Artikel 99, Perlembagaan Persekutuan ataumengikut Perlembagaan Negeri, dan nama tersebut dalamanggaran itu hendaklah menjadikan pemberitahuan perlantikanmemadai bagi jawatan itu.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    5/38

    Seksyen 15A(1) Menteri atau Menteri Besar, mengikut mana yangberkenaan boleh melantik bagi setiap tujuan perbelanjaan yangdiperuntukan bagi mana-mana tahun kewangan dalam anggaran, seorangPegawai Pengawal bagi mengawal tertakluk kepada sebarang arahan yangditujukan oleh pihak penguatkuasa kewangan, perbelanjaan yangdikuatkuasa di bawah tujuan itu dan menjadi ketua pegawai pengakaunbagi semua wang awam yang diterima, dipegang atau diluluskan oleh atauatas akaun jabatan atau perkhidmatan yang baginya tujuan itudisyaratkan.

    5. Tanggungjawab Pegawai Pengawal

    - Akta Prosedur Kewangan 1957

    Seksyen 15A(1) Menteri atau Menteri Besar, mengikut mana yangberkenaan boleh melantik bagi setiap tujuan perbelanjaan yangdiperuntukan bagi mana-mana tahun kewangan dalam anggaran, seorang

    Pegawai Pengawal bagi mengawal tertakluk kepada sebarang arahan yangditujukan oleh pihak penguatkuasa kewangan, perbelanjaan yangdikuatkuasa di bawah tujuan itu dan menjadi Ketua Pegawai pengakaunbagi semua wang awam yang diterima, dipegang atau diluluskan oleh atauatas akaun jabatan atau perkhidmatan yang baginya tujuan itudisyaratkan.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    6/38

    Seksyen 15A(3) Setiap Pegawai Pengawalhendaklah, jika diwajibkan oleh Menteri atau pihakpenguatkuasa kewangan negeri, mana mengikut yang

    berkenaan, setakat ia bertanggungjawab bagipengawalan wang awam yang kepadanya mana-manabahagia keterangan itu yang dirujukkan dalamseksyen 16 berkaitan, mengesahkan ketetapanbahagian keterangan itu, tertakluk kepada huraianatau kelayakan yang ia fikir perlu.

    Seksyen 15A(4) Setiap Pegawai Pengawalhendaklah membuat laporan dalam tulisan kepadaSuruhjaya Perkhidmatan dan PenguatkuasaKewangan, setiap perenggan (a), (b), (c), (d) dan (e)dari Seksyen 18 yang berlaku atau timbul di bawahpengawalannya.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    7/38

    6. Pegawai Perakaunan

    - Akta Prosedur Kewangan 1957

    Seksyen 3 Pegawal Pengakaun meliputi semuapegawai awam yang ditugaskan mengutip, menerimaatau mengakaun ataupun yang sebenarnya mengutip,

    menerima atau mengakaun sebarang wang awam atauseseorang yang ditugaskan membelanja atau yangsebenarnya membelanja wang awam dan setiappegawai awam yang ditugaskan dengan penerimaan,penjagaan atau pelupusan atau pengakaunan barang

    awam atau sesiapa yang sebenarnya menerima,memegang atau melupuskan barangan awam.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    8/38

    7. Tanggungjawab Pegawai Perakaunan

    - Akta Prosedur Kewangan 1957

    Seksyen 4 Setiap pegawai pengakaun hendaklahtertakluk kepada Akta ini dan menjalankankewajipan menyimpan buku-buku dan menyerahkan

    akaun-akaun yang ditentukan oleh atau di bawahakta ini atau oleh arahan-arahan yang dikeluarkanoleh pihak Perbendaharaan dalam perkara-perkaraacara pengakaunan dan kewangan, yang tidakbertentangan dengan syarat bahawa seorang

    pegawai pengakaun hendaklah sebagai tambahantertakluk kepada sebarang arahan-arahanpenguatkuasa kewangan negeri yang tidakbertentangan dengan yang disebut terlebih dahulu.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    9/38

    8. Pengujudan Akaun Amanah

    - Akta Prosedur Kewangan 1957

    Seksyen 9(1) Pihak Penguatkuasa Kewanganboleh menetapkan akaun amanah

    sebagaimana dianggap perlu bagipengakaunan wang dalam Akaun AmanahDisatukan.

    Seksyen 10(4)(a) Dewan Rakyat bolehmeminda, membatalkan atau menambahkepada Jadual Kedua dari semasa ke semasadengan resolusi.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    10/38

    9. Sumber Dana Akaun Amanah

    - Akta Prosedur Kewangan 1957

    Seksyen 9(2) Wang yang berikut hendaklah dibayarpada kredit akaun amanah di mana ia menghubungkan :

    a) Semua wang yang diperuntukan bagi tujuan mana-mana akaun amanah.

    b) Semua wang yang diterima dari jualan artikel yangdibeli atau dihasilkan kepada sesiapa atau mana-

    mana jabatan atau bagi kerja yang dibayar denganwang yang mewakili kredit akaun amanah.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    11/38

    Semua wang yang dibayar oleh sesiapa bagitujuan-tujuan sebarang akaun amanah.

    Pembayaran balik wang pinjaman atau wangpendahuluan yang dibuat dari wang yangmerupakan kredit akaun amanah dan dimanadigunakan, sebarang faedah seperti yangdisyaratkan dalam seksyen 8(4).

    Seksyen 10(1)(a) Sejumlah wang yangdiperuntukkan dari semasa ke semasa bagi tujuan-

    tujuan kumpulan wang oleh undang-undangPersekutuan hendaklah dibayar dari Kumpulan WangDisatukan Persekutuan ke dalam tiap-tiap kumpulanwang yang ditentukan dalam Jadual Kedua.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    12/38

    10. Penggunaan Dana Akaun Amanah

    - Perlembagaan

    Fasal 104(3) Tiada apa-apa wang yang bolehdikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukankecuali mengikut cara yang diperuntukan olehUndang-Undang Persekutuan.

    - Akta Prosedur Kewangan

    Seksyen 13(5)

    a) Tiada wang yang dikira ke dalam Akaun AmanahDisatukan boleh dikeluarkan dari Kumpulan WangDisatukan kecuali bagi tujuan-tujuan amanah ataudi bawah penguatkuasa undang-undang.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    13/38

    b) Pihak penguatkuasa kewangan atau sesiapasahaja yang ditentukan di bawah seksyen

    9(3) berkenaan mana-mana akaun amanahatau kelas akaun amanah bolehmengeluarkan wang yang dikira ke dalamAkaun Amanah Disatukan.

    Seksyen 10(2) Menteri dalam hal kumpulan wangyang ditentukan dalam Jadual Kedua dan pihakPenguatkuasa Kewangan Negeri dalam hal kumpulanwang yang ditentukan dalam Jadual Ketiga bolehmenggunakan kumpulan wang itu bagi tujuan-tujuan

    am atau tertakluk kepada mana-mana undang-undangbertulis bagi tujuan-tujuan tertentu yangditentukan oleh resolusi Badan Perundangan.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    14/38

    11. Penglaporan Akaun Amanah Dan Deposit

    - Akta Prosedur Kewangan

    Seksyen 16(1) Pihak penguatkuasakewangan bagi tujuan-tujuan seksyen 9,Ordinan Audit 1957, secepat yang boleh

    dipraktikkan, selepas tamatnya setiap tahunkewangan, hendaklah menyediakan bagi tahuntersebut:-

    a) Satu penyata tentang penerimaan dan

    perbelanjaan wang yang dikira ke dalamAkaun Amanah Disatukan.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    15/38

    b) Satu penyata tentang akaun mana-manakumpulan wang yang dibentuk olehPerlembagaan Persekutuan atau di bawahSeksyen 10 dan tidak dikirakan ke dalamAkaun Amanah Disatukan.

    c) Sejauh mana yang boleh dipraktikkan, satupenyata tentang Aset dan LiabilitiPersekutuan atau Negeri pada akhir tahunkewangan, cara di mana Aset dilabur ataudipegang dan tujuan-tujuan am yangberkenaannya Liabiliti-Liabiliti belum

    dijelaskan.d) Penyata-penyata lain sebagaimana pihakpenguatkuasa kewangan fikir patut.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    16/38

    - Penyata D

    Penyata D1

    Penyata Kumpulan Wang Pembangunan yang ditubuhkan di bawahAkta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi maksudpembangunan ekonomik Malaysia pada peringkatPersekutuan/Negeri.

    Penyata D2

    Penyata Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan yang ditubuhkan dibawah Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan bertujuanmenyediakan kemudahan pinjaman perumahan kepada kakitanganperkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatanserta kepada ahli Pentadbiran, Perundangan dan Kehakiman.

    Penyata D3Penyata Akaun Amanah Kerajaan yang ditubuhkan di bawahSeksyen 10 Akta Acara Kewangan bagi maksud tertentu (melaluiresolusi yang dilulus oleh Dewan Rakyat) bercorak kumpulan wangpusingan dan bayaran langsung.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    17/38

    Yang bercorak kumpulan wang bayaran langsung :- Bantuan teknikal perindustrian kecil dan sederhana- Perkhidmatan masyarakat dan kebajikan

    - Biasiswa politeknik

    Penyata D4Penyata Akaun Amanah terdiri:

    Terdiri dari Kumpulan Wang Khas yang diamanahkankepada kerajaan (Ditubuhkan di bawah Akta sendiri)

    Contoh:- Kumpulan Wang Perkhidmatan Bomba- Kumpulan Wang Pencen Balu Dan Anak Yatim- Kumpulan Wang Jaminan Insurans

    Wang Amanah Diterima bagi maksud tertentu

    (Ditubuhkan Di Bawah Seksyen 9 Akta Acara Kewangan)Pihak Berkuasa Kewangan Kelulusan KewanganContoh:- Tabung Bantuan Bencana Negara- Akaun Amanah Tajaan

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    18/38

    Wang Amanah Diterima bagi maksud tertentu:(Ditubuhkan Di Bawah Seksyen 9 Akta Acara Kewangan)Pihak Berkuasa Kewangan Kelulusan Kewangan

    Contoh:- Dana Khas Negara- Tabung Bantuan Bencana Negara- Akaun Amanah Tajaan

    Penyata D5Penyata Deposit- Mengakaunkan wang deposit yang diterima khusus bagi sesuatu

    maksud di bawah mana-mana undang-undang atau mengikutperjanjian.

    - Satu kod diperuntukkan oleh JANM untuk setiap jenis deposit

    yang diterima.

    Penyata D6- Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah Akta

    Kumpulan Wang Amanah Pencen.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    19/38

    PENGOPERASIAN & PENGENDALIANAKAUN AMANAH & DEPOSIT

    1. Penubuhan Akaun Amanah Awam

    - Para 1(d) SPP 18/2001

    Permohonan untuk menubuhkan Akaun Amanahboleh dikemukakan kepada Perbendaharaandengan menyertakan:i) Surat Rasmi permohonan dari jabatanii) borang lengkap permohonan yang

    ditandatangan oleh Pegawai PengawalJabatan sendiri.

    Iii) Draf Arahan Amanah berkenaan mengikutformat SPP 18/2001

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    20/38

    - Arahan Amanah

    AP 164 Ketua Setiausaha Perbendaharaan atauPihak Berkuasa Kewangan Negeri hendaklahmenentukan bahawa arahan dibuatmengendalikan dengan sepatutnya tiap-tiap satuAkaun Amanah. Apa-apa arahan itu hendaklahdirujukkan kepada Ketua Audit Negara, Akauntan

    Negara dan Peguam Negara atau AkauntanNegeri atau Bendahari Negeri dan PenasihatUndang-undang Negeri bagi mendapatkannasihat sebelum diluluskan oleh Kerajaan yangberkenaan. Mengenai Sabah dan Sarawak apa-

    apa arahan hendaklah dirujukkan kepada wakiltempatan Ketua Audit Negara, AkauntanNegeri dan Peguam Negeri.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    21/38

    - Para 2(a) SPP 18/2001 atau AP 165

    Setiap Akaun Amanah hendaklah mempunyai Arahan

    Akaun Amanahnya sendiri yang dikeluarkan olehPerbendaharaan seperti dinyatakan di bawah AP165. Kandungan Arahan Akaun Amanah antaralainnya ialah:

    i) Nama akaunii) Tujuan Akauniii) Jawatankuasa Pentadbiraniv) Pengawalan Akaunv) Sumber kewangan dan penggunaan di dalam

    Akaun

    vi) Sijil Pengesahan Baki dan Penyata Terimaandan Bayaranvii) Penutupan Akaunviii) Tarikh kuatkuasa Arahan Akaun Amanahix) Tarikh penyediaan penyata akaun untuk

    diaudit

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    22/38

    - Para 1(a) SPP 18/2001 (Pra penubuhanakaun amanah)

    Dalam kes tertentu sekiranya jabatan menerimasumbangan sebelum sesuatu Akaun Amanahditubuhkan, jabatan boleh mengkreditkan

    sumbangan itu ke dalam Akaun Terimaan TidakDiperuntukkan setelah mendapat kelulusan JANM,tertakluk kepada apa-apa syarat yang bolehdikenakan oleh JANM. Perbelanjaan menggunakanAkaun Terimaan Tidak diperuntukkan adalah tidak

    dibenarkan kecuali mendapat kebenaran khasdaripada Perbendaharaan.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    23/38

    2. Penyelenggaraan Rekod Kewangan

    - Para 4.2 SPP 18/2001

    Semua Pegawai Pengawal Akaun Amanah danpengendali Akaun Amanah hendaklahmenyelenggara rekod-rekod kewangan dengan

    lengkap dan teratur seperti berikut:i) Buku Akaun Amanah & Lejar Kecilii) Rekod Harta Modal, Inventori dan Bekalan

    Pejabatiii) Daftar Pelaburaniv) Surat Arahan/Kuasa Berhubung

    Pengendalian Amanahv) Dokumen Urusniaga

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    24/38

    3. Urusan Terimaan

    - Semua terimaan dan pungutan Akaun Amanh hendaklahmengikut tatacara dalam AP 60-92, yang merangkumiperkara-perkara berikut:

    i) Tanggungjawab Pemungutii) Kuasa memungutiii) Urusan pengeluaran resitiv) Merekod pungutan

    v) Menyimpan selamat daftar/buku resitvi) Pungutan perlu dikreditkan ke akaun di bank

    - Setiap terimaan/pungutan hendaklah dicatatkan di dalamBuku Akaun Amanah dan resit rasmi mesti dikeluarkan.

    - Pemungut bertanggungjawab memastikan setiap terimaan/pungutan diterima masuk ke Akaun Amanah berkenaandengan betul melalui semakan ke atas penyata pemungut danslip masuk bank serta laporan bulanan JANM

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    25/38

    4. Urusan Bayaran

    - Bayaran daripada peruntukan Akaun Amanah adalah untukprojek/program/aktiviti yang dibenarkan oleh Arahan Amanah

    sahaja. Perbelanjaan tersebut hendaklah mendapat kelulusanJawatankuasa Akaun terlebih dahulu atau apa-apa kaedah lainyang telah ditetapkan di dalam Arahan Akaun Amanah.

    - Semua perolehan dan urusan bayaran perlulah mematuhisepenuhnya tatacara perolehan dan pembayaran dalam APdan peraturan kewangan berkaitan.

    - Pembayaran dibuat melalui baucar yang disahkan oleh PegawaiPengawal Akaun Amanah atau pegawai yang diarahkan olehnyasetelah dipastikan segala peraturan kewangan telah dipatuhi.Baucar bayaran hendaklah disokong dengan dokumenurusniaga yang berkaitan.

    - Sekiranya Arahan Akaun Amanah membenarkan, apa-apalawatan ke luar negeri melalui peruntukan Akaun Amanahhendaklah mendapat kelulusan daripada Perbendaharaan (BhgnPentadbiran) terlebih dahulu selaras dengan PekelilingPerbendaharaan Bil. 19 Tahun 1990 atau/dan mana-manapekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    26/38

    5. Akaun Bank

    - Semua Akaun Amanah hendaklah menggunakanakaun bank JANM. Sekiranya pengecualiandiperlukan, pemohonan boleh dibuat kepadaJANM untuk kelulusan.

    - Akaun Amanah yang mempunyai akaun bank sendiriperlu menyediakan Penyata Penyesuaian Bankuntuk dikemukakan bersama Sijil Pengesahan Baki.

    - Satu Jurnal bulanan yang menunjukkan urusniaga

    terimaan dan bayaran bagi bulan berkenaan perludisediakan. Jurnal tersebut perludikemukakan kepada JANM untuk diproses.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    27/38

    6. Akaun Pelaburan

    - Semua pelaburan Akaun Amanah hendaklah

    diuruskan oleh JANM kecuali dibenarkanoleh Arahan Akaun Amanah. Borangpermohonan hendaklah dikemukakankepada JANM untuk urusan pelaburantersebut.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    28/38

    7. Pengesahan Baki Akaun Amanah

    - Pada setiap bulan, Pejabat Perakaunan akanmengeluarkan Laporan Bulanan untuk disemak dndisesuaikan dengan rekod terimaan dan bayaran(buku) Akaun Amanah masing-masing. Tujuanutama pengesahan baki dibuat adalah untuk:

    i) Memastikan semua urus niaga antara rekodPejabat Perakaunan dengan rekod Jabatan adalahbetul dan selaras.

    ii) Menentukan adanya pengawasan dan pemeriksaanberterusan oleh Pegawai Pengawal terhadap

    penjenisan terimaan dan bayaran supaya PenyataTerimaan dan Bayaran pada akhir tahun dapatmenunjukkan kedudukan yang tepat dan benar.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    29/38

    iii) Memastikan tidak ada terimaan dan bayaranyang tersalah diperakaunkan ke dalam

    Akaun Amanah.iv) Memastikan segala pelarasan dibuat dengansegera.

    v) Memastikan Akaun Amanah tidak terlebihdikeluarkan atau berbaki debit.

    vi) Memastikan baki Akaun Amanah sentiasamelebihi amaun yang dilaburkan.

    - Sijil Pengesahan Baki perlu disediakan di 2peringkat, iaitu Peringkat Ibu Pejabat dan PTJ.Sijil Pengesahan Baki semua Akaun Amanah perlu

    dikemukakan oleh PTJ ke Pejabat Perakaunanmasing-masing. Pegawai Pengawal Akaun Amanahhendaklah menyediakan Sijil Pengesahan Baki yangtelah disatukan untuk dikemukakan kepada JANM.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    30/38

    - Sijil Pengesahan Baki hendaklah disediakanpada setiap bulan mengikut format sepertiSurat Perkeliling Perbendaharaan Bil18/2001 yang dikemukakan kepada PejabatPerakunan. Sekiranya baki berbeza,

    Penyata Penyesuaian hendaklahdisediakan dan disertakan bersama. BagiAkaun Amanah yang dibenarkan mempunyaiakaun bank sendiri, Baki bagi bulanDisember (Tambahan Akhir) perludisediakan sebagai Sijil Pengesahan BakiTahunan.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    31/38

    8. Penutupan Akaun Amanah

    - Akaun Amanah yang telah mencapai maksudpenubuhannya, tidak dikehendaki lagi, mencukupitempoh hayat yang ditetapkan dalam ArahanAkaun Amanah ataupun yang tidak aktif lagiuntuk tempoh setahun hendaklah ditutup.

    - Baki Akaun Amanah yang hendak ditutup

    hendaklah disifarkan, iaitu sama adadipindahkan ke Akaun Hasil ataudikembalikan kepada penyumbang mengikutperuntukan Arahan Akaun Amanah berkenaan.

    - Penyata Terimaan dan Bayaran (PTB) akaun yangberbaki sifar pada satu tarikh hendaklahdisediakan dan dikemukakan kepada KetuaAudit Negara. Pihak Perbendaharaan danJANM hendaklah dimaklumkan apabilapenghantaran ini dilakukan.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    32/38

    - Bagi Akaun Amanah yang mempunyai akaun

    bank sendiri, Pegawai Pengawal AkaunAmanah hendaklah memastikan akaun bankdisifarkan. Penyata akaun bank berbakisifar hendaklah disertakan bersama PTByang dikemukakan.

    - PTB yang telah mendapat pengesahandaripada pihak Ketua Audit Negarahendaklah dikemukakan kepadaPerbendaharaan dan JANM.Perbendaharaan akan mengeluarkan suratpenutupan rasmi Akaun Amanah berkenaansetelah PTB disahkan oleh pihak KetuaAudit Negara.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    33/38

    DEPOSIT

    1. Maksud DepositDeposit adalah terdiri daripada wang yang diterima khususoleh Kerajaan Persekutuan bagi maksud tertentu mengikutundang-undang atau mengikut perjanjian dan perlu dibayarbalik apabila maksud telah dicapai.

    2. Jenis Deposit

    - Deposit AmDeposit yang diterima bagi maksud tertentu ianyadiwujudkan

    Contoh:79502 Deposit Tender79506 Deposit Kursus, Latihan & Persidangan79504 Deposit Cagaran Kantin

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    34/38

    - Deposit Pelarasan

    Deposit yang diterima sementara bagimemperakaunkan terimaan tertentu yangbelum dikenalpasti kod sebenar bagitempoh tertentu dan perlu dilaraskan kekod sebenar dalam tahun semasa setelahmenerima kelulusan.

    Contoh:

    75501 Akaun Terimaan TidakDiperuntukkan

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    35/38

    3. Kaedah Pengendalian Akaun Deposit

    - AP 156 Pembukaan dan Penyelenggaraan rekodPegawai Pengawal adalah bertanggungjawab ataspenyelenggaraan betul akaun deposit di bawah

    jagaanya. Akaun deposit hendaklah dibukamengikut jenis deposit yang diterima. Jika sekiranyabanyak bilangan deposit yang sama jenisnyaditerima rekod kecil hendaklah diselenggara bagitiap-tiap deposit.

    - AP 157 TerimaanApabila sesuatu deposit diterima resit hendaklahdiberi kepada pendeposit. Pendeposit hendaklahdinasihatkan supaya menyimpan resit itu kerana iadikehendaki menyerahkannya apabila depositdiambil balik.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    36/38

    - AP 158 Bayarana) Apabila seseorang hendak mengambil balik sesuatu deposit

    atau sebahagian sesuatu deposit Pegawai Pengawal

    mestilah berpuashati bahawa orang itu adalah berhakmenerima wang itu, ia mestilah juga merujuk kepada lejarDeposit dan berpuashati bahawa amaun itu sebenarnya adadalam deposit. Pegawai yang memperakui sesuatu PerintahPindah atau Baucar Jurnal berkenaan dengan wang ituadalah bertanggungjawab sedemikian juga.

    B) Baucar bagi bayaran balik deposit hendaklah menyebutnombor dan tarikh resit tiap-tiap deposit itu diterima.Resit asal hendaklah dikembarkan jika ada. Nombor resitdan tarikh pengeluaran dan pejabat yang mengeluarkannyahendaklah dinyatakan dalam ringkasan bayaran bulanan.

    C) Deposit tidak boleh dipulangkan balik ke sesuatu pejabatyang lain dari pejabat di mana deposit itu diterimamelainkan dengan kebenaran pejabat yang menerima.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    37/38

    - AP 159 Pengesahan BakiBaki dalam rekod kecil hendaklah dijumlah dan disamakan

    dengan akaun utama sekurang-kurangnya sekali setahun danamnya tidak kurang daripada sekali tiap-tiap suku tahun.Suatu senarai baki itu pada 31hb Disember tiap-tiap tahunhendaklah dihantar kepada Akauntan Negara dan KetuaAudit Negar atau kepada Akauntan Negeri atau Bendahari

    Negeri dan wakil Ketua Audit Negara di negeri itu.

    - AP162 Deposit yang tidak dituntut hendaklah diwartakanJika tiada sebab-sebab khas pada sebaliknya, deposit yangtidak dituntut selepas tempoh 12 bulan dari tarikh deposit

    boleh dikembalikan hendaklah diberitahu dalam WartaKerajaan. Sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam masa 3bulan selepas pengwartaan ianya hendaklah dikreditkan kehasil.

  • 7/28/2019 1. Pengurusan Dan Pengendalian Akaun Amanah

    38/38

    PENUTUP

    Semoga berjaya dalam kerjaya anda.

    SEKIAN, TERIMA KASIH

    Unit Perundingan-Khidmat Nasihat Jabatan Akauntan Negara Malaysia

    Negeri Kedah Darul Aman