1.0 Abstrak

2
Abstrak Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah. Setiap satu dari tamadun utama dunia memperlihatkan beberapa cebis sumbangan terhadap tamadun lain yang seabad dengannya. Ketika sumbangan tersebut mampu melepasi sempadan zamannya,dan diterima sebagai sesuatu yang bersifat sejagat, maka penerimaan tersebut membawa makna dan menjadi lebih ironis. Kemunculan beberapa tamadun besar dunia adalah hasil daripada prinsip-prinsip asas yang sangat mantap dan dirancang penuh teliti oleh manusia yang hidup di zaman tersebut, serta mereka yang lebih awal daripadanya. Ini bermaksud setiap satu dari tamadun-tamadun yang wujud itu mempunyai satu kesinambungan dan pertalian yang seterusnya membawa kepada perkembangan sesuatu tamadun. Justeru, kesinambungan ini menjadikan maksud dan konsep tamadun dapat diterjemahkan daripada suatu sudut pandangan yang hampir serupa meskipun mempunyai latar belakang yang berbeza-beza. Merujuk kepada sejarah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan perkembangan teknologi yang banyak memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat bertamadun. . Ini memberikan satu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang jauh lebih kompleks daripada kelompok sebelum mereka. Sebelum munculnya tamadun awal manusia terdapat kelompok- kelompok masyarakat yang berselerak di merata- rata tempat , menunjukkan bentuk – bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang berbeza . Sebagai contoh semasa zaman Neolitik terdapat perbezaan – perbezaan yang di sebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur- unsur kehidupan .

description

CTU15

Transcript of 1.0 Abstrak

Page 1: 1.0 Abstrak

Abstrak

Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah.

Setiap satu dari tamadun utama dunia memperlihatkan beberapa cebis sumbangan terhadap

tamadun lain yang seabad dengannya. Ketika sumbangan tersebut mampu melepasi sempadan

zamannya,dan diterima sebagai sesuatu yang bersifat sejagat, maka penerimaan tersebut

membawa makna dan menjadi lebih ironis. Kemunculan beberapa tamadun besar dunia adalah

hasil daripada prinsip-prinsip asas yang sangat mantap dan dirancang penuh teliti oleh manusia

yang hidup di zaman tersebut, serta mereka yang lebih awal daripadanya. Ini bermaksud setiap

satu dari tamadun-tamadun yang wujud itu mempunyai satu kesinambungan dan pertalian yang

seterusnya membawa kepada perkembangan sesuatu tamadun. Justeru, kesinambungan ini

menjadikan maksud dan konsep tamadun dapat diterjemahkan daripada suatu sudut

pandangan yang hampir serupa meskipun mempunyai latar belakang yang berbeza-beza.

Merujuk kepada sejarah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan.

Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan

perkembangan teknologi yang banyak memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat

bertamadun. . Ini memberikan satu asas perkembangan suatu corak masyarakat yang jauh

lebih kompleks daripada kelompok sebelum mereka. Sebelum munculnya tamadun awal

manusia terdapat kelompok- kelompok masyarakat yang berselerak di merata- rata tempat ,

menunjukkan bentuk – bentuk kebudayaan , kebendaan dan kerohanian yang berbeza .

Sebagai contoh semasa zaman Neolitik terdapat perbezaan – perbezaan yang di sebabkan

oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur-

unsur kehidupan .

Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh tamadun Mesir

Purba pada 3300 S.M, tamadun Indus dan diikuti tamadun Hwang Ho. Perkataan “tamadun”

sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan ( material) sesebuah masyarakat.

Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang sejarawan Kristian iaitu Jurji Zaidan pada awal

abad ke-19. Perkataan ini mendapat perhatian kerana ia mengekalkan konsep madaniyyah

yang sebelum itu terkenal kerana menekankan kepada kebudayaan bandar. Ini bermakna

dalam kronologi sejarah, tamadun bukanlah perkataan tunggal atau perkataan pertama yang

diperkenalkan bagi menjelaskan konsep pembangunan, kemajuan dan pencapaian hidup

manusia.