1.0 SEJARAH ASAL USUL

6

Transcript of 1.0 SEJARAH ASAL USUL

Page 1: 1.0 SEJARAH ASAL USUL
Page 2: 1.0 SEJARAH ASAL USUL

1.0 |Sejarah Asal Usul Oleh : Hanis Adila Othman| 2009860478

Page 3: 1.0 SEJARAH ASAL USUL

1.1 Kajian Sejarah & Budaya| P E N G E N A L A N

Pelan Kunci Malaysia

Pelan Lokasi NegeriMelaka

Pelan Lokasi Daerah AlorGajah

Pelan lokasi Kampung Ramuan Cina Besar

Pelan lokasi Kampung Ramuan CinaBesar

Page 4: 1.0 SEJARAH ASAL USUL

1.2.1|Latar Belakang Naning

Naning adalah negeri kecil Melayu yang berada di pedalaman

antara Melaka-Rembau. Pentadbiran di Naning dikendalikan oleh

Penghulu dan Empat Suku (Orang-orang Besar).

Nama asal Naning diambil bersempena dengan nama binatang

Naning. Selepas itu, Taboh dijadikan sebagai pusat pentadbiran

Naning oleh Dato’ Perpatih Pinang Sebatang yang mengembara dari

Pagar Ruyong ke beberapa tempat berdekatan. Masyarakat pada

masa itu berteraskan Adat Perpatih yang diambilkan berdasarkan

Adat Perpatih Sebatang.

Kedudukan Naning – dikelilingi oleh hilir(Gunung Air Salak), hulu

(Danau Berombak), depan (Bukit Penyalang) dan belakang (Pulau

Gelang).

Pada tahun 1643, Belanda

menyerang Naning. Maka

termeterai perjanjian antara

Belanda dengan Dato’ Naning.

Naning perlu bayar 1/10 dari

hasil tanaman pada Belanda.

Kandungan perjanjian British, Dol Said dan Empat Suku :

• Dol Said sebagai Penghulu Naning

•Dapat cop Kompeni Syarikat Hindia Timur Inggeris.

•Penghulu Naning bertanggungjawab terhadap orang

Minangkabau dan Melayu di Naning.

1.2 | Pengenalan| S E J A R A H N A N I N G

Pada tahun 1757, Sultan Johor telah menyerahkan Naning kepada

Belanda di Melaka. Ini kerana Naning di bawah naungan Johor.

Belanda menyerahkan pentadbiran Melaka kepada British pada

tahun 1795.

Selepas 6 tahun bertapak di Melaka, British membuat perjanjian

dengan Dol Said dan 4 orang-orang Besar Naning.

Peta NaningAdat Perpatih

Gambaran Perang Naning

Dol Said Gabenor Melaka

Page 5: 1.0 SEJARAH ASAL USUL

Pada tahun 1818, Belanda menduduki Melaka semula. Belanda

cuba untuk merampas kembali Melaka, namun Melaka diserahkan

kepada British sepenuhnya. Perjanjian Inggeris- Belanda termeterai

pada tahun 1824 kerana Gabenor Fullerton berpendapat bahawa

Naning adalah takluk Melaka. Pentadbiran Naning juga mestilah

berdasarkan negeri-negeri Selat.

Tahun 1830, Naning menjadi negeri kecil bagi Melaka. Jarak antara

Naning dengan Melaka 21 batu. Panjang 40 batu, lebar 10 batu,

luas 400 batu persegi.

Kurun ke 16, Naning pada teorinya adalah takluk Negeri Sembilan dan

secara praktikal di bawah naungan Kerajaan Johor. Kehidupan

masyarakat bergantung kepada padi, bijih timah, rotan dan gambir.

Zaman Jajahan Belanda

Dol said cuba meminta bantuan Rembau. Rembau membantu bagi

mengelakkan penaklukan oleh British. Pada 6 Ogos 1831, British

kalah dan terus berundur ke Melaka.

Pada 15 Jun 1832, British berjaya mendapatkan Naning dan ianya

menjadi taklukan Melaka. Sayid Syaaban belot lalu British

menghadiahinye wang ringgit dan sepucuk pistol. Penghulu Dol Said

menyerah diri pada 14 Februari 1833 kepada Birch Westerhent.

Pada tahun 1837, Melaka dibahagi kepada 3 Daerah : Jasin, Melaka

Tengah dan Alor Gajah (sebahagian besar dari Naning). Selepas

merdeka, Naning terbahagi kepada 25 mukim (22 dalam daerah

Alor Gajah dan 3 dalam Daerah Jasin). Mukim Ramuan China Besar

adalah termasuk di dalam Daerah Alor Gajah.

Kekalahan British

Gambir Rotan

Page 6: 1.0 SEJARAH ASAL USUL

1.2.2 |Sejarah Kampung Ramuan China Besar

1.2.2.1 |Asal Usul Nama Kampung

Nama kampung diambil sempena:

• Ramuan- pelbagai jenis pokok kayu balak di sekeliling kampung.

• China- Pekerja China yang membawa masuk balak dan bekerja di

tempat pembalakan.

• Besar – terdapat pelbagai pokok bersaiz besar di sekeliling

kampung.

1.2.2.2 | Sejarah penubuhan Kampung Ramuan China Besar

Kampung Ramuan China Besar terletak di dalam Mukim Ramuan

China Besar. Awal penemuan, kawasan kampung dikelilingi hutan

tebal dan pokok kayu balak. Dibuka oleh pendatang dari Indonesia

yang masuk melalui jalan air(sungai) dan membina petempatan

sendiri di persisiran sungai. Kehidupan bergantung kepada aktiviti

harian penduduk persisiran sungai. Selain itu mengusahakan tanah

sawah dan pertanian sara diri. Tanah sawah diusahakan 30 tahun

dahulu. Kini tanah sawah tidak lagi dikerjakan kerana tanah sawah

tidak lagi menakung air hujan kerana faktor geografi yang tidak

menentu. Aktiviti di tanah sawah digantikan kepada aktiviti

perladangan getah dan kelapa sawit. Majoriti penduduk di kampung

ini terdiri daripada etnik Bugis-Melayu. Selebihnya adalah Cina

dan India yang datang ke kampung ini untuk bekerja dengan

Inggeris di ladang pokok getah.

1.2.2.3 |Lokasi Kampung Ramuan China Besar

• Terletak berdekatan dengan sempadan negeri Sembilan (Naning).

• Dibawah pentadbiran Alor gajah, Melaka.

•Loghat lebih kepada Negeri Sembilan dan adat lebih kepada adat

perpatih.

1.2.2.4 |Info Kegunaan Tanah• Luas seluruh kampung – 2275 ekar

•Keluasan tanah yang diusahakan (perumahan, premis awam,

tanaman , ternakan dan lain-lain) – 2185 ekar.

Aktiviti Perladangan Sawit dan Getah

Laluan sungai yang digunakan oleh orang Cina.