1.0 memahami pengaturcaraan

9
Program Latihan Untuk Guru 2015 1 1.0 Memahami Pengatur caraan PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAJUK 1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian. 2. Menyatakan proses kerja dalam satu alatan digital yang digunakan dalam kehidupan seharian. 3. Menyusun semula baris-baris arahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. 4. Menukar langkah-langkah aktiviti harian kepada set arahan. 5. Memilih atur cara lengkap untuk membolehkan peralatan digital melaksanakan sesuatu tugasan. 6. Memberi justifikasi terhadap atur cara tambahan yang dicadangkan. 7. Menambah atur cara bagi mewujudkan fungsi baharu sesuatu peralatan digital sedia ada. B. Kandungan Pengajaran 1.1 Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian. 1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam atur cara komputer. 1.3 Menulis beberapa set arahan yang menggambarkan aktiviti harian. 1.4 Menulis set arahan bagi beberapa peralatan digital yang digunakan untuk melakukan tugasan. 1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam atur cara untuk menambah fungsi sesuatu peralatan digital.

Transcript of 1.0 memahami pengaturcaraan

Page 1: 1.0 memahami pengaturcaraan

Program Latihan Untuk Guru 2015

1 1.0 Memahami Pengatur caraan

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAJUK 1.0 MEMAHAMI PENGATURCARAAN

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian.

2. Menyatakan proses kerja dalam satu alatan digital yang digunakan dalam

kehidupan seharian.

3. Menyusun semula baris-baris arahan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau

tugasan.

4. Menukar langkah-langkah aktiviti harian kepada set arahan.

5. Memilih atur cara lengkap untuk membolehkan peralatan digital melaksanakan

sesuatu tugasan.

6. Memberi justifikasi terhadap atur cara tambahan yang dicadangkan.

7. Menambah atur cara bagi mewujudkan fungsi baharu sesuatu peralatan digital

sedia ada.

B. Kandungan Pengajaran

1.1 Menyenaraikan kegunaan atur cara komputer dalam perkakasan harian.

1.2 Membuat perkaitan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan

dalam atur cara komputer.

1.3 Menulis beberapa set arahan yang menggambarkan aktiviti harian.

1.4 Menulis set arahan bagi beberapa peralatan digital yang digunakan untuk

melakukan tugasan.

1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam atur cara untuk menambah fungsi

sesuatu peralatan digital.

Page 2: 1.0 memahami pengaturcaraan

Program Latihan Untuk Guru 2015

2 1.0 Memahami Pengatur caraan

1.1 MENYENARAIKAN KEGUNAAN ATUR CARA KOMPUTER DALAM

PERKAKASAN HARIAN

Atur cara komputer merupakan satu siri arahan langkah demi langkah yang

memberitahu komputer apa yang perlu dilakukan. Arahan ini diberi untuk melaksanakan

sesuatu tugas seperti pengiraan, perbandingan dan sebagainya. Sesuatu atur cara

dapat dihasilkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan. Antara contoh bahasa

pengaturcaraan ialah JAVA Script, Visual Basic, HTML dan Action Script seperti dalam

Jadual 1.1.1.

Ikon Nama Bahasa Pengaturcaraan

JAVA Script

MS Visual Basic

HTML (Hypertext Markup Language)

Action Script

Jadual 1.1.1: Ikon dan Nama Bahasa Pengaturcaraan

Atur cara ditulis oleh pengatur cara (programmer) dengan menggunakan bahasa

pengaturcaraan. Kerjaya pengatur cara ini adalah sangat mencabar namun boleh

memperoleh pendapatan yang lumayan. Pengatur cara yang terkenal di dunia ialah Bill

Gates dan Steve Jobs. Antara aplikasi yang dibangunkan oleh pengatur cara

termasuklah permainan komputer seperti Angry Bird, Candy Crush dan Talking Tom.

Selain itu, pengatur cara juga boleh menghasilkan pelbagai bahan multimedia kreatif

untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh bahan multimedia yang

dihasilkan termasuklah teaching courseware, VLE Frog dan i-Think.

Page 3: 1.0 memahami pengaturcaraan

Program Latihan Untuk Guru 2015

3 1.0 Memahami Pengatur caraan

1.2 MEMBUAT PERKAITAN ANTARA LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI HARIAN

DENGAN SATU SET ARAHAN DALAM ATUR CARA KOMPUTER

Atur cara komputer adalah satu set arahan tertib yang mengarahkan komputer

melaksanakan sesuatu aktiviti. Atur cara komputer dihasilkan dengan menggunakan

bahasa pengatur caraan. Proses menghasilkan atur cara komputer dikenali sebagai

pengaturcaraan komputer.

Dalam kehidupan seharian kita melakukan pelbagai aktiviti seperti membasuh pakaian

menggunakan mesin basuh, menggunakan lif dan menggunakan ketuhar gelombang

mikro untuk memasak. Setiap aktiviti ini mempunyai langkah-langkah yang perlu diikuti

supaya mencapai hasilnya. Sebenarnya langkah-langkah ini merupakan satu set

arahan dalam atur cara komputer.

a) Perkaitan langkah-langkah aktiviti harian dengan satu set arahan dalam

atur cara komputer.

Situasi: Ahmad ingin menziarahi rakannya yang sakit di sebuah hospital. Untuk

mencapai matlamat ini, dia perlu mengikut langkah-langkah yang tertib seperti yang

ditunjukkan dalam Contoh 1 di bawah.

Contoh 1:

Menaiki bas yang menuju ke hospital

Membayar tambang

Tiba di hospital

Turun dari bas

Berjalan menuju ke lif hospital

Menekan butang naik ke atas

Tunggu pintu lif terbuka

Masuk ke dalam lif

Menekan butang ke tingkat lima

Menekan butang tutup pintu lif

Tunggu pintu lif tertutup

Sampai di tingkat lima

Tunggu pintu lif terbuka

Keluar dari lif

Atur cara komputer lif

Atur cara komputer lif

Page 4: 1.0 memahami pengaturcaraan

Program Latihan Untuk Guru 2015

4 1.0 Memahami Pengatur caraan

Jika diteliti langkah-langkah yang dilakukan oleh Ahmad, didapati Ahmad mencapai

matlamatnya dengan bantuan atur cara komputer seperti yang ditunjukkan dalam Jadual

1.2.1. Jadual ini menunjukkan perbandingan antara langkah-langkah aktiviti harian dengan

set arahan dalam atur cara komputer.

Langkah-langkah aktiviti harian Set arahan atur cara komputer

Berjalan menuju ke lif hospital

Menekan butang naik ke atas

Tunggu pintu lif terbuka

Masuk ke dalam lif

Menekan butang ke tingkat lima

Menekan butang tutup pintu lif

Tunggu pintu lif tertutup

Sampai di tingkat lima

Tunggu pintu lif terbuka

Keluar dari lif

Menerima input daripada pengguna (cth: untuk naik ke atas)

Pintu lif terbuka seketika

Pintu lif tertutup

Menerima input daripada pengguna (cth: tingkat 5)

Lif sampai di tingkat lima

Pintu lif terbuka seketika

Pintu lif tertutup

Jadual 1.2.1: Perbandingan langkah-langkah aktiviti harian dan set arahan atur cara

1.3 MENULIS BEBERAPA SET ARAHAN YANG MENGGAMBARKAN AKTIVITI

HARIAN

Untuk mencapai sesuatu hasil dalam aktiviti harian, kita perlu mengikut set arahan, iaitu

langkah-langkah yang tertib. Langkah-langkah ini mempunyai persamaan dengan set

arahan dalam atur cara komputer.

Cuba teliti aktiviti harian yang dilakukan oleh guru, sebelum guru masuk ke dalam bilik

darjah, guru telah membuat banyak persediaan mengikut langkah-langkah yang tertib.

Langkah-langkah ini perlu supaya objektif Pembelajaran dan Pengajaran tercapai.

Begitu juga dengan langkah-langkah persediaan memulakan permainan bola jaring.

Langkah-langkah ini ditunjukkan dalam Contoh 2 dan Contoh 3 di bawah.

Page 5: 1.0 memahami pengaturcaraan

Program Latihan Untuk Guru 2015

5 1.0 Memahami Pengatur caraan

Contoh 2:

Situasi: Guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Merujuk Rancangan Pengajaran Tahunan

Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian

Memilih pedagogi yang sesuai

Menyediakan bahan bantu belajar

Memastikan bahan bantu belajar berfungsi

Masuk ke dalam kelas

Memastikan kelas kondusif untuk PdP

Menjalankan sesi PdP

Membuat penilaian formatif

Refleksi PdP

Contoh 3:

Situasi: Permainan bola jaring

Murid bersedia dengan pakaian sukan

Berjalan ke gelanggang bola jaring

Murid memanaskan badan

Undian dibuat untuk memulakan permainan

Murid mengambil posisi masing-masing

Wisel dibunyikan untuk memulakan permainan

Murid mula bermain

Wisel penamat dibunyikan

Murid keluar padang

Tamat

Page 6: 1.0 memahami pengaturcaraan

Program Latihan Untuk Guru 2015

6 1.0 Memahami Pengatur caraan

Aktiviti 1:

Berdasarkan gambar diberi tuliskan langkah-langkah aktiviti harian dan satu set arahan

dalam atur cara komputer bagi satu perkakasan yang telah dipilih dengan menggunakan

persembahan slaid.

Keperluan perkakasan:

1. Gambar Projektor LCD.

2. Gambar Kamera Digital.

3. Gambar Pencetak Pelbagai Guna.

Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit)

1. Guru dibahagikan kepada 3 kumpulan.

2. Setiap kumpulan akan diberi sekeping gambar perkakasan.

3. Setiap kumpulan menyediakan slaid persembahan dan membentangkan hasil

perbincangan.

Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara:

Bil Gambar Langkah-langkah aktiviti harian Set Atur cara

1

Cadangan jawapan

Pastikan kabel disambungkan

dari komputer ke projektor

LCD.

Suis dihidupkan dan tekan

butang ON.

Tunggu sehingga lampu

projektor LCD terpasang.

Setkan resolusi paparan dan

tekan butang paparan skrin di

komputer.

Apabila paparan yang sama

kelihatan pada skrin komputer

dan layar putih, projektor sedia

untuk digunakan.

Mula

Hidupkan komputer

Sambung komputer pada

projektor LCD

Hidupkan suis projektor LCD

Tekan butang ON lampu projektor akan terpasang Setkan tetapan (fokus, resolusi, zoom) Tekan butang paparan skrin di komputer Tamat.

2

3

Jadual 1.3.1: Langkah-langkah aktiviti harian dan set atur cara

Page 7: 1.0 memahami pengaturcaraan

Program Latihan Untuk Guru 2015

7 1.0 Memahami Pengatur caraan

1.4 MENULIS SATU SET ARAHAN BAGI BEBERAPA PERALATAN DIGITAL

DALAM MELAKUKAN TUGASAN

Peralatan digital ialah alat elektronik yang boleh menerima, menyimpan, memproses

atau menghantar maklumat digital. Contoh peralatan digital yang biasa digunakan

dalam melakukan tugasan harian ialah kamera digital, perakam video digital, kalkulator,

jam tangan pintar, robot dan peti sejuk pintar.

Peti sejuk pintar Jam tangan pintar Perakam video digital Kamera digital

Contoh 4: Set arahan peralatan digital (robot)

Robot yang sedang berjalan di khalayak ramai dan mengelak daripada bertembung dengan

objek.

Mula

Robot melangkah ke hadapan

Jika bertembung dengan objek

Robot akan berhenti seketika

Robot akan mengubah haluan ke kiri atau kanan

Robot terus berjalan ke hadapan

Tamat

Page 8: 1.0 memahami pengaturcaraan

Program Latihan Untuk Guru 2015

8 1.0 Memahami Pengatur caraan

Aktiviti 2: Susunan set arahan atur cara komputer berdasarkan gambar.

Keperluan perkakasan:

1. Gambar dan set atur cara:

a) Projektor LCD

b) Kamera Digital

c) Pencetak Pelbagai Guna

d) Ketuhar Gelombang Mikro

2. Sampul surat

3. Kertas A4 berwarna

4. Gam

Langkah-langkah aktiviti: (Masa untuk aktiviti ialah 20 minit)

1. Guru diminta memilih kumpulan masing-masing.

2. Setiap kumpulan akan diberi sampul surat yang mengandungi gambar dan set

arahan bagi satu peralatan digital.

3. Setiap kumpulan diminta untuk menyusun arahan mengikut tertib supaya menjadi

atur cara.

4. Semakan jawapan bersama Jurulatih Utama.

1.5 MEMBINA ARAHAN-ARAHAN TAMBAHAN DALAM ATUR CARA UNTUK

MENAMBAH FUNGSI SESUATU PERALATAN DIGITAL

Untuk mengelakkan robot daripada terlanggar objek apabila berjalan di khayalak ramai

yang penuh sesak, pengatur cara telah menambahbaikkan fungsi robot supaya robot itu

lebih efisien.

Mula

Robot melangkah ke hadapan

Jika bertembung dengan objek

Robot akan berhenti seketika

Robot akan mengubah haluan ke kiri atau ke kanan

Robot terus berjalan ke hadapan

Jika di kiri dan kanan robot ada objek

Robot akan berhenti seketika

Robot akan mengeluarkan bunyi beep, beep

Tamat

Arahan Tambahan

Page 9: 1.0 memahami pengaturcaraan

Program Latihan Untuk Guru 2015

9 1.0 Memahami Pengatur caraan

Aktiviti 3:

Merujuk pada Aktiviti 2, setiap kumpulan diminta untuk membina arahan tambahan dalam

atur cara bagi menambah fungsi sesuatu peralatan digital.