1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan...

21
1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan guru berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana yang mana perlu berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Pengurusan yang sistematik melibatkan beberapa proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Pengajaran pula adalah proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar isi pelajaran, ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara berkesan. Manakala, pembelajaran pula menurut Choong Lean Keow (2011), adalah perubahan tingkah laku seseorang akibat perolehan ilmu, kemahiran atau amalan hasil proses pendidikan. Maka dapatlah difahami, pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah proses untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan dan menyampaikan isi pelajaran, menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan. Tugasan Budaya dan Pembelajaran ini memerlukan seorang guru untuk memahami tugasnya sebagai seorang ‘pengurus’ dalam membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kamus Dewan Edisi Baru (1989), definisi persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang seseorang atau sesuatu. Bilik darjah pula secara amnya adalah bilik- bilik di sekolah yang menjadi tempat untuk murid –murid belajar dan guru mengajar. Kemudian, dapatlah difahami secara umum bahawa mesra budaya ialah cara atau gaya hidup pelbagai masyarakat dan bangsa yang selesa, kondusif dan selamat. Justeru, gurulah menjadi tonggak utama dalam membina suasana bilik darjah yang damai dan tenteram untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang adil dan tidak bias antara murid yang berbeza latar belakang dari segi kaum, jantina, agama dan keperluan sekeliling serta mengambil kira kepelbagaian budaya yang boleh meransang murid menjadi peka kepada budaya org lain, saling menghormati dan dapat bergaul mesra tanpa mengira perbezaan yang ada pada diri mereka. 1

Transcript of 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan...

Page 1: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

1.0 PENGENALAN

Salhah Abdullah (2006) menyatakan guru berperanan sebagai

perancang, pengurus dan pelaksana yang mana perlu berpandukan prinsip

pengurusan yang sistematik. Pengurusan yang sistematik melibatkan

beberapa proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat

tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Pengajaran pula adalah proses

penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu yang meliputi aktiviti

perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan

tujuan menyebar isi pelajaran, ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada

pelajar-pelajar dengan cara berkesan. Manakala, pembelajaran pula menurut Choong Lean Keow (2011),

adalah perubahan tingkah laku seseorang akibat perolehan ilmu, kemahiran

atau amalan hasil proses pendidikan. Maka dapatlah difahami, pengurusan

pengajaran dan pembelajaran adalah proses untuk merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan dan menyampaikan isi pelajaran,

menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan

membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat

termasuk membuat penambahbaikan.Tugasan Budaya dan Pembelajaran ini memerlukan seorang guru untuk

memahami tugasnya sebagai seorang ‘pengurus’ dalam membina

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kamus Dewan Edisi Baru

(1989), definisi persekitaran merujuk kepada keadaan di sekeliling atau

keadaan yang menjadi seperti latar belakang seseorang atau sesuatu. Bilik

darjah pula secara amnya adalah bilik- bilik di sekolah yang menjadi tempat

untuk murid –murid belajar dan guru mengajar. Kemudian, dapatlah difahami

secara umum bahawa mesra budaya ialah cara atau gaya hidup pelbagai

masyarakat dan bangsa yang selesa, kondusif dan selamat. Justeru, gurulah

menjadi tonggak utama dalam membina suasana bilik darjah yang damai dan

tenteram untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang adil dan

tidak bias antara murid yang berbeza latar belakang dari segi kaum, jantina,

agama dan keperluan sekeliling serta mengambil kira kepelbagaian budaya

yang boleh meransang murid menjadi peka kepada budaya org lain, saling

menghormati dan dapat bergaul mesra tanpa mengira perbezaan yang ada

pada diri mereka.

1

Page 2: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

2.0 ESEI : PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (INDIVIDU)

2.1 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Shahabuddin Hashim dan Noor Miza Abdul Rahman (2014)

merujuk kepada Dick dan Reiser (1989), menyatakan bahawa

pembelajaran yang berkesan adalah pembelajaran yang

menyeronokkan. Oleh yang demikian, perancangan pengajaran yang

dilakukan oleh guru mestilah menggunakan kaedah, strategi dan

teknik yang berkesan supaya sesuai dengan budaya murid, mudah

difahami oleh para pelajar dan menyeronokkan. Salhah Abdullah

(2009), yang merujuk kepada Armstrong (1994) pula menyatakan teori

kecerdasan pelbagai mencadangkan bahawa tiada satu set strategi

atau aktiviti yang terbaik untuk semua pelajar. Semua pelajar

mempunyai perbezaan kecenderungan dalam tujuh kecerdasan

pelbagai, jadi mana-mana aktiviti pembelajaran berkemungkinan

berkesan kepada satu kumpulan dan kurang berkesan kepada

kumpulan lain. Berdasarkan penyataan tersebut, guru perlu sentiasa

mengambil kira kepelbagaian kecerdasan ini dalam merancang dan

mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar semua murid

menerima peluang pembelajaran yang sama serta guru boleh

mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi.

Antaranya ialah :

2.1.1 Pembelajaran kontekstual Pembelajaran kontekstual iaitu guru mengaitkan bahan

pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang

sebenar. Misalnya, dalam subjek pendidikan Islam, guru boleh

mengaitkan adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya

Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua dan

bersalaman dengan orang tua.

2.1.2 Pembelajaran kolaboratif dan koperatif

2

Page 3: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

Pembelajaran kolaboratif dan koperatif boleh dilakukan di

mana guru melaksanakan aktiviti berkumpulan seperti

perbincangan dan melaksanakan sesuatu tugasan secara

bersama-sama yang mana ahli kumpulan terdiri dari pelbagai

etnik. Contohnya murid- murid Cina, India, dan Melayu

digabungkan dalam satu kumpulan tempat duduk atau dalam

aktiviti. Dengan itu, murid- murid ini boleh berkomunikasi dan

berinteraksi sesama mereka dan mewujudkan suasana mesra

antara mereka kerana apabila mereka bercakap, pasti mereka

akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

perantaraan. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara

murid- murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa

Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu.

2.1.3 Aktiviti pembelajaran sambil bermainMain merupakan budaya bagi golongan kanak- kanak. Ia

juga satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik

perhatian murid- murid. Oleh itu, guru boleh gunakan kaedah ini

dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dan pada masa yang sama boleh menyelitkan unsur budaya

pelbagai kaum umpamanya dalam subjek Matematik, guru boleh

menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar murid

mengira.

2.1.4 Aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi maklumat

Seterusnya, guru seharusnya peka dengan keperluan

semasa yang menuntut supaya guru menggunakan teknologi

maklumat iaitu ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seperti

menggunakan CD interaktif, menggunakan internet untuk

mencari bahan pembelajaran, memaparkan gabungan audio

visual, bahan grafik menggunakan slaid powerpoint dan

sebagainya.

2.2 BahanPengajaran dan Pembelajaran

3

Page 4: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

mestilah dirancang dengan sebaiknya kerana ia sangat penting untuk

membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para

murid, membantu murid memahami isi pelajaran dengan lebih cepat

serta menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dengan adanya

bahan-bahan tersebut. Antara bahan yang sesuai digunakan dalam

mewujudkan mesra budaya ialah ;

2.2.1 Bahan maujud Bahan maujud terdiri daripada realia awet dan realia asli.

Sebagai contoh, dalam format terkini Rancangan Pengajaran

Harian Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terdapat fasa

persediaan iaitu pemerhatian yang mana guru membawa bahan

maujud untuk menarik minat murid bagi memulakan tajuk

pelajaran misalnya dalam guru mengajar adab makan dan

minum dengan membawa makanan tradisional masyarakat

Melayu, India dan Cina.

2.2.2 Bahan visual tayang 2D dan bahan audio visual

Guru juga boleh menggunakan bahan visual tayang 2D

iaitu slaid powerpoint untuk menunjukkan sesuatu gambar rajah

serta boleh menggunakan bahan audio visual seperti video dan

televisyen untuk menayangkan sesuatu peristiwa contohnya

situasi hari perayaan orang Melayu, Cina atau India dengan lebih

jelas. Jelasnya, penggunaan kedua-dua bahan ini amat efektif

digunakan dalam bilik darjah agar murid tidak berasa bosan dan

dapat mewujudkan persekitaran yang mesra budaya.

2.2.3 Bahan cetak

Seterusnya, bahan pengajaran dan pembelajaran yang

masih relevan dan sesuai sepanjang zaman adalah bahan cetak

di mana guru dapat menyediakannya dengan mudah seperti kad

bergambar, peta minda, akhbar, majalah, kad imbasan, risalah

4

Page 5: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

dan sebagainya. Misalnya, guru boleh mencetak peta minda

yang mengandungi tatacara perkahwinan pelbagai budaya

untuk diberikan kepada semua murid.

2.3 Pengurusan Bilik Darjah

Mengikut salah satu Model pengurusan disiplin iaitu model

disiplin Asertif Canter, guru mempunyai hak untuk mengajar tanpa

gangguan manakala hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran

kondusif. Justeru, guru perlu memastikan pengurusan bilik darjah

berada dalam keadaan yang mesra budaya serta menyediakan

persekitaran pembelajaran yang positif dan kondusif.

2.3.1 Fizikal bilik darjah Menurut Noriati A. Rashid et. al (2014), susun atur bilik

darjah melibatkan kerusi meja tempat duduk murid yang mana

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya akan wujud apabila

murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-

rakan pelbagai etnik. Sehubungan dengan itu, guru mestilah

memberi perhatian yang positif dan adil terhadap semua murid

yang berada di dalam bilik darjah dengan menyusun tempat

duduk murid mengikut keperluan yang relevan. Secara tidak

langsung juga, kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu

kumpulan akan dapat diwujudkan serta memupuk satu suasana

mesra budaya. Guru juga boleh mewujudkan sudut mata pelajaran

seperti seni, muzik, stesen matematik, sudut bacaan yang

dipenuhi buku-buku cerita dan kata-kata motivasi. Lebih penting

lagi, aspek fizikal bilik darjah yang perlu guru ambil berat adalah

aspek keselamatan yang mana guru perlulah membuat

peraturan kelas supaya dapat mengawal dan mencorak tingkah

laku yang positif dan mencegah perlakuan yang tidak diingini.

Benarlah menurut Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki

Miskon (2012), mengatakan bahawa bilik darjah yang

mempunyai peralatan asas yang lengkap akan melahirkan

pembudayaan bilik darjah yang kondusif dan hasilnya akan

5

Page 6: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

terjelma suasana yang harmonis, ceria dan semangat kepada

murid dan guru untuk mengajar dan belajar.

2.3.2 Persekitaran sosioemosi.

Guru sebagai seorang ‘pengurus’ bilik darjah, guru

perlulah berusaha mengurus emosi murid agar sentiasa stabil

dan boleh meneruskan aktiviti pembelajaran tanpa ada

pergaduhan. Antara caranya ialah guru boleh memberikan

motivasi seperti kata-kata pujian, galakan dan penghargaan

yang sesuai. Guru juga perlu membentuk hubungan yang positif

antara guru dan murid selain guru mengambil berat dan

berkepimpinan demokrasi dengan semua murid.

2.3.3 Hubungan antara kelompok etnik

Noriati A. Rashid et. al (2014) juga menyatakan bahawa

sekolah dan kelas menjadi tempat pertemuan, pergaulan juga

tempat kanak-kanak dari pelbagai etnik belajar mengenali satu

sama lain. Maka, guru mestilah menjadi individu yang pertama

menghayati kepentingan hubungan etnik dalam memastikan

murid-muridnya mengalami suasana persekitaran bilik darjah

yang mesra budaya. Antara cara yang boleh dilaksanakan

adalah pertama, guru menjadi contoh teladan dengan

menunjukkan kasih sayang dengan semua muridnya.

Seterusnya, guru seharusnya menggalakkan murid berkongsi

pengetahuan dan idea serta guru perlu membina rasa

menghargai perbezaan budaya dan amalan hidup masyarakat

berbilang etnik.

2.3.4 Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya.

6

Page 7: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh

murid secara konsisten akan menjadi budaya. Sebagai contoh,

guru membuat peraturan bahawa murid mesti memberi salam

kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman

dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. Selain itu, guru

dan murid menetapkan budaya bertepuk tangan apabila rakan

mereka dapat menjawab soalan sebagai tanda penghargaan

kerana berani mencuba sekali gus memberi suntikan bersaing

secara sihat dalam pembelajaran mereka. Contoh yang lain,

peraturan dendaan yang melibatkan semua murid seperti ada

murid yang berbuat bising, maka murid- murid lain juga akan

sama- sama didenda. Kesannya, disiplin murid akan dapat

dikawal dan dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan

pelajar.

2.4 Penaksiran Dan Penilaian Prestasi Pelajar

Penaksiran merupakan suatu proses untuk mendapatkan

maklumat seterusnya membuat penilaian tentang produk sesuatu

proses pendidikan. Untuk memperoleh maklumat, kita mestilah

membuat penilaian secara tersusun agar kita dapat mengambil

tindakan dengan betul. Seterusnya prestasi bermaksud pencapaian

atau hasil yang telah diperolehi. Justeru, penaksiran dan penilaian

prestasi pelajar bermakna suatu pengujian dan pengukuran yang

memperlihatkan kemajuan atau kejayaan murid dalam jangka masa

tertentu. Dari konteks penilaian prestasi pelajar berasaskan budaya

pula, guru mestilah mengambil kira kepelbagaian budaya murid dalam

mengumpul maklumat dan membuat keputusan.

2.4.1 Penilaian Formatif

Penilaian Formatif ialah satu jenis ujian formal atau tak

formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid

di dalam kelas di mana guru dapat membaiki kelemahan dengan

kadar segera. Ianya juga boleh dilaksanakan secara individu,

kumpulan atau menyeluruh. Antara bentuknya ialah pertama,

7

Page 8: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

ujian tidak formal iaitu pemerhatian dan sesi soal jawab.

Contohnya ialah murid-murid diberi tugasan membuat kolaj,

poster, bercerita dan sebagainya yang mana penaksiran ini

dapat dinilai secara berterusan oleh guru. Bentuk formatif kedua

ialah ujian formal iaitu ujian bulanan yang melibatkan ujian

kertas pensel dalam masa yang singkat. Kesannya, penilaian

bentuk ini akan dapat menjadikan suasana bilik darjah menjadi

aktif, mesra dan harmonis kerana murid dapat menyesuaikan

diri dengan gaya pembelajaran masing-masing.

2.4.2 Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dijalankan

pada akhir tahun atau pada akhir semester. Tujuannya supaya

dapat guru dapat mengesan pencapaian murid berdasarkan apa yang

telah dipelajari oleh murid dalam beberapa unit tajuk pembelajaran. Ujian

ini dijalankan dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual

secara individu mengikut kelas. Penilaian ini juga memberikan nilai

yang akan membezakan pencapaian seorang murid dengan

murid lain.

Penilaian sumatif ini juga dilaksanakan secara berpusat

antaranya bagi murid sekolah rendah iaitu Ujian Penilaian

Sekolah Rendah (UPSR) yang biasanya dikendalikan oleh

Lembaga Peperiksaan Malaysia. Keputusan penilaian secara

berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di

seluruh negara. Seterusnya, bagi penilaian sumatif yang

berasaskan budaya perlulah mengambil kira bahasa yang

digunakan dan jenis item ujian.

2.4.3 Penilaian Mesra Budaya.

Terdapat empat jenis penilaian yang lebih khusus kepada

penilaian yang mesra budaya. Pertama, penaksiran penilaian

pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid

iaitu guru dapat memerhati perubahan tingkah laku murid.

8

Page 9: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

Umpamanya, selepas guru menjalankan pengajaran adab

bercakap dengan rakan, murid-murid tersebut diperhatikan

menggunakan senarai semak atau catatan.

Keduanya, penilaian portfolio iaitu satu kaedah yang

digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti

pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang tertentu

melalui pembelajaran yang didokumentasikan. Melalui penilaian

ini, guru, murid dan ahli keluarga dapat mengetahui kebolehan

mereka dan bidang manakah yang perlu ditambah baik.

Ketiganya, penilaian penulisan jurnal yang mana penilaian

jenis ini dapat memberi peluang kepada murid untuk meluahkan

pemahaman mereka mengenai pelbagai konteks budaya.

Contohnya, guru menjalankan aktiviti membaca buku di

perpustakaan kemudian murid diminta untuk mencatat

pandangan peribadi mereka tentang watak-watak yang telah

mereka baca dan berkongsi dengan rakan-rakan mereka.

Penilaian terakhir ialah penilaian berasaskan projek iaitu

penilaian jenis ini dapat mengembangkan kebolehan dan

pengalaman murid. Murid dapat meneroka topik yang diminati

berasaskan pelbagai budaya. Penilaian ini dapat dilakukan oleh

guru sama ada murid menulis laporan, melaksanakan

persembahan lisan atau mencipta lukisan.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH - KUMPULAN)

.س.س.ر ك رنخغن فغاجرن هارين تاهون دوا

إسلمية)اخل ق: فنديديقن اسل م (مات فلرجرن.1

9

Page 10: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

امانه2: تاهون كلس.2 /2014افريل 4ه/1435 خير رجمادال4: / هاري يختار.3

رجمعة فاضي8.00 – 8.30:ماس.4 ، فرمفوان :14 (للكي : اورغ32: بيلنغن موريد .5

18(: ادب (ادب ماسو ق كدالم رومه)بيدغ.6ماسو ق5.2: ستندارد كندونغن.7 ادب مغعملكن دان ممهمي

ار رومه.کلودان ماسو ق رومه.٢ ادبکن مثاتا5.2.1: ستندارد فمبلرجرن.8: موريد دافت : بجيكتيفأو.9

i. ماسو ق رومغغه دنغغغن٢ ادب5 درفد 3مثبوت منونتغغون ؤيغغديو دنغغغن بيمغغبيغنبتول سغغلفس

.ضوروii. رومه دنغغغنماسو ق ٢ ادب5 درفد 3مثاتاكن

.يتي فنرنغن ضوروبتول ستله اكتيؤيتiii.رومغغه دنغغغنماسغغو ق ٢ ادبغغيکنمثنغغارا

بتول مللوءي اكتيؤيتي ثاثين. ماسو ق دان۲ بياس مغعملكن ادب٢: موريدفغتاهوان سديا اد.10

ار رومه.کلو: عبادة (سوخي درفد نجيس)ضابوغ رجالين.11)کيف حالک: بهاس عرب (فثرفن.12 برسونغضوه-سونغضوه، تكون.: بكررجاسا م،فنرفن نيلي.13معلومات-فغضوناءن1: .)كنيلي تمبه (ا. م..14 تيكنولوضي .

فور فوإينت.كأوسهاونن :.2

– داي كريغغاتيؤيتي دان إينوؤاسغغي1.4 كا.(موريد دافت ممبري باثق أيديا.)

10

Page 11: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

– بوليه ممبينا رجغغاريغن سوسغغيال1.14 ك ا.(موريغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغد بغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغوليه

بركومونيكاسي دنغن باءيق)

– بركأوفايغغغغغغغغاءن مميمفيغغغغغغغغن1.9 كا.(بكررجاسغغغغغغغا م دان ممفوثغغغغغغغاءي دايغغغغغغغا ساءيغ اونتو ق مغحاصيلكن كررجا كومفولن)

: منجانا أيديا فيكير. كماهيرن بر15

فوإينت،. باهن بنتو16 فور سليد ؤيديو، رومه، موديل :فتغغغغغغغغغغغغغا أي-، ، لضغغغغغغغغغغغغغويغغغغغغغغغغغغغكخرتغغغغغغغغغغغغغا لير

ک. تين

خاتتن اكتيؤيتي فغارجرن فمبلرجرن إيسي كندونغن

فنرفن : تكوننيلي

موريغغد ممبغغاخ باخغغاءن-دعاء برسا م-سا م.

ملفظكغغنسغغموا موريغغد -كليمغغة شغغهادة برسغغا م-

سا م.

باخاءن دعاء دان شهادة :مم. محيغغ رر من ال ممغغ حح رر مه ال مم اللغغ حسغغ مبششغغر حن موا مك متغغ مم حك مح منغغا حي مل مع حح متغغ حف رم ا شهغغ رل المم محغغ حر أ

م ميغغا مك متغغ مم حح مر من مئ مزا مخ ممن منا ملي معمن. ممي مح ررا ال

11

Page 12: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

شد مه حش مأ مو رل الله، مإ مه مل مإ مل مان شد مه حش مأ .ددا رمغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغغ مح شم رن مأ

شل الله". شسو مر مينيت)8فاسا فرسدياءن (

:قاعدةسوأل رجواب

:بغغاهن بنتغغوموديل رومه

:1.4 ک .ا (موريغغغغغغغغغددافغغغغغغغغغغغتممبري بغغاثق

أيديا.)

دتونجوقكن اوليغغهموريد -ضورو موديل رومه.

انتغغغاراسغغغوأل رجغغغواب -موريد دنغن ضورو.

موريد منجواب سغغوألن-ضورو.

رجوافن موريد دكغغاءيتكن-دنغن تارجو ق فلرجرن.

. موديل رومه

.سوألن موديل اف اين؟

لفس باليق سكوله، كغغامو فولغغغكمان؟

فركارا فرتا م يغ كامو بواتافابيل سمفاي درومه، اف؟

:باهن بنتوؤيديو

:. ك ا. م.تيكنولوضيمعلومات)

موريغغغغغد دتونجغغغغغوقكن- ماسغغو ق٢ادبغغ ؤيغغديو.رومه

ادبموريد دمينتا مثبوت- ماسو ق رومغغه يغغغ تلغغه٢

ليهت ددالم ؤيديو.يكمر

. ماسو ق رومه٢. ؤيديو ادب

مينيت)10

: لتيهقاعدةتوبي، فنرنغن

موريغغغغغد دتونجغغغغغوقكن-فغغغورن سغغغلءيد فغغغافر

. ماسو ق رومه ٢ادب

12

Page 13: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

:بغغاهن بنتغغوفغغغغغغغغغغغغغور

فوإينت.

فوإينت.موريغغغد دمينتغغغا مثبغغغوت-

. ماسو ق رومه ٢ادبموريغغد منغغدنغر فنرنغغغن-

ضورو.قاعدة :

ثاثين

:باهن بنتوکدتاءن،کافر

فور فوإينت.

:فنرفن نيليبكررجاسا م

)1.9 ك(إ.

يغغكموريد دفافغغاركن لير-ماسغغغو ق ٢ ادبغغغلضغغغورومه.

موريغغد برثغغاثي برسغغا م--٢ ادبغغغغسغغغغا م لضغغغغو

رومه.ماسو قسغغغلفس ايغغغت، بغغغبراف-

اورغ موريغغغغغد دمينتغغغغغاملكتكغغن رجغغوافن لضغغو

رومغغهماسغغو ق ٢ادبغغ يغغغغغغيغغغغغكدخرتغغغغغا لير

دسدياكن.موريد دمينتا مثغغاثيكن رنغكغغف

لضو تريبوت.

ماسو ق ٢ ادب لضويكليررومه.

ادب رومه.ماسو ق

13

Page 14: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

مينيت)فنرفنتکون : نيلي

رجغغوافن موريغغد دسغغيمق-اوليه ضغغورو دان موريغغد

لءين. رجغوافن موريغد يغغ بتغول-

فنضوهن.يکندبرکلغغسدين، سغغخارا کمغغو-

موريغغد مثبغغوت سغغمول ماسو ق رومه.٢ادب

ماسو ق رومه.٢ادبممبري سل ممغتو ق فينتو

كاسوتكممبولغكه ماسو ق دنغن كاكي كانن.

ممباخ دعاء

فنرفنتکون : نيلي

:باهن بنتوفتا أي-تيغ

موريغغد ممبغغوات لمبغغارن-كررجغغا فتغغا أي-تيغغغ ادب

ماسو ق كرومه.رجغغوافن موريغغد دسغغيمق-

اوليغغغغغغه ضغغغغغغورو دان تردافغغترجغغكدبتغغولكن كسالهن.

لمبارن كررجا : (ررجوع لمفيرن)

مينيت)موريغغد دمينتغغا مثغغاثيكن-

٢ادبغغغسغغغمول لضغغغو يغغغ تلغغهماسغغو ق رومغغه

دفلرجري.

ضنيتيف:فنوتوف كو ماسغغو ق٢ادبغغمثاثي سغغمول لضغغو

يغ تله دفلرجري.

موريد دنصيحتي سوفاي-٢ادبغغ کنتيد ق منيغضغغل

فنوتوف سوسيال:مغيغت دان منصحتي موريد سغغوفاي

14

Page 15: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

اضغغر هيغغدوفماسغغو ق تي دانکغغغاسغغغنتياس دبر

دسايغي اوليه الله تعالىدان منجادي همبا الله يغ

برايمان.

مغولغغغ كغغارجي فلرجغغرن درومغغه دان ماسغغو ق٢ادبغغسغغنتياس مغعملكغغن

يغ تله دفلرجري.

: كنديريريفليكسي

:اولسن ضورو فمبيمبيغ

:اولسن فنشارح

15

Page 16: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

4.0 LAPORAN RINGKAS (INDIVIDU)

4.1 Justifikasi Pemilihan Kaedah yang digunakan dalam RPH

Saya dan rakan kumpulan Nurwafin Aufa telah memilih beberapa

kaedah yang kami fikirkan bersesuaian untuk digunakan dalam

melaksanakan tugasan projek berkumpulan EDU 3106 ini antaranya ialah

kaedah soal jawab, latih tubi dan penerangan serta nyanyian. Pertama,

justifikasi yang menjadikan kaedah soal jawab sebagai pilihan kami ialah

dapat menggalakkan murid berfikir menggunakan pengetahuan sedia

mereka. Selain itu, soal jawab membolehkan murid berfikir secara aktif

dan melihat sesuatu perkara dengan lebih luas serta mengalakkan murid

melibatkan diri di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Kaedah ini digunakan pada fasa persediaan dalam pemerhatian selepas

guru menunjukkan model rumah. Di sini, kami telah menggunakan

penyoalan kata tanya apa, ke mana dan bagaimana cara yang

sepatutnya untuk masuk ke rumah yang mana soalan-soalan ini akan

membuat murid mengingat kembali pengalaman mereka di rumah dan

memahami topik pelajaran yang akan bakal dipelajari. Tambahan pula,

kaedah ini akan berjalan dengan lebih berkesan dan dapat mencapai

objektif pembelajaran yang disasarkan sekiranya guru benar-benar

menguasai teknik menyoal dengan baik.

Seterusnya ialah berkaitan justifikasi pemilihan kaedah penerangan

selepas latih tubi menyebut adab-adab masuk ke rumah, di dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini diaplikasikan dalam fasa

persediaan iaitu analisis. Selepas menunjukkan video berkaitan adab

masuk rumah, guru menerangkan perkara penting tentang adab masuk

rumah melalui paparan powerpoint supaya murid lebih memahami setiap

perkara tersebut. Mengapa kaedah ini dipilih? Rasionalnya, kaedah

penerangan akan memberi kefahaman dan huraian kepada penekanan

kepada perkara-perkara penting. Walaupun kita mengandaikan murid

faham dengan perkara penting yang telah ditekankan, sebagai guru, kita

perlu memberi kefahaman kepada murid tentang kelebihan atau

faedahnya. Sebagai contoh, adab masuk ke rumah yang pertama adalah

16

Page 17: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

memberi salam. Penerangan bagaimana dan mengapa sebagai umat

Islam perlu memberi salam perlulah diberi pendedahan oleh guru agar

murid kita dapat berfikir dengan lebih kritis. Bukan itu sahaja, justifikasi

kaedah ini dipilih juga adalah kerana kaedah ini akan dapat memberi

bimbingan yang berterusan dan motivasi kepada murid.

Selanjutnya, kaedah nyanyian. Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011).

merujuk Noraini Ahmad (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu

menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan

kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong

penumpuan. Maka, pemilihan kaedah ini sangat bertepatan dengan

pendapat di atas. Kaedah ini dapat menimbulkan emosi seronok dan

menarik. Apabila murid sudah seronok dan tertarik, pasti isi pelajaran

tersebut mudah diingat oleh murid. Apa yang lebih rasionalnya, kami

menggunakan melodi lagu yang biasa didengar oleh murid iaitu lagu

“Kalau rasa gembira” bagi memudahkan murid mengingati lagu tersebut

serta memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.

4.2 Justifikasi Pemilihan Strategi yang digunakan dalam RPH

Keberkesan sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran (PdP)

bergantung kepada cara guru mengajar dan seharusnya guru arif dan

bijak menyesuaikan strategi PdP dengan kaedah yang sesuai agar objektif

dan matlamat pengajaran dapat dicapai. Kumpulan saya telah memilih

dan mengaplikasikan dua strategi iaitu pemusatan guru dan strategi

pemusatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi

pemusatan guru adalah guru memainkan peranan aktif dalam proses PdP.

Walau bagaimanapun, kami tidak mengaplikasikan strategi ini secara

tradisional yang mana murid hanya menerima pengajaran secara pasif

atau lebih mudah difahami, saya dan rakan kumpulan menggunakan

pendekatan elektif sebagai strategi PdP.

Caranya, dalam langkah analisis, guru menerangkan adab-adab

masuk ke rumah tetapi menggunakan bahan powerpoint yang dipaparkan.

Justifikasinya, strategi pemusatan guru ini masih relevan digunakan

kerana melaluinya murid akan lebih memahami isi pelajaran, sesuai

17

Page 18: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

digunakan bagi murid yang mempunyai pelbagai kebolehan,

meningkatkan penumpuan murid dan murid dapat belajar dengan lebih

mudah dan meyakinkan.

Strategi yang seterusnya ialah strategi pemusatan murid yang

mana murid-murid memainkan peranan yang amat penting dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran manakala guru menjadi fasilitator untuk

memberi bimbingan kepada murid-murid. Justifikasinya, secara tidak

langsung dengan menggunakan strategi ini, murid-murid akan melibatkan

diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Kelebihannya lagi, murid

akan dapat membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang

telah disediakan, bekerja secara koperatif dan kolaboratif dengan rakan dan guru

serta membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran kendiri. Bukan itu

sahaja, peranan guru adalah sebagai fasilitator yang aktif untuk memudahcara

pembelajaran yang akan membawa kepada pengalaman yang bermakna kepada

murid.

4.3 Justifikasi Pemilihan aktiviti yang digunakan dalam RPH

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah aktiviti soal jawab selepas

pemerhatian model rumah yang ditunjukkan oleh guru. Rasionalnya,

aktiviti ini sesuai dengan ciri-ciri set induksi yang mana guru perlu

menarik minat dan tumpuan murid untuk bersedia mengikuti pengajaran

pada masa tersebut. Aktiviti ini dapat menjentik minda murid untuk sama-

sama berfikir dan meneka topik pengajaran. Aktiviti kedua pula ialah

murid dilatih tubi untuk menyebut adab-adab yang ada selepas

menunjukkan video. Aktiviti ini dijalankan bersesuaian dengan

pendekatan induktif iaitu guru telah menunjukkan contoh adab-adab

masuk ke rumah melalui video dan menambah kefahaman murid dengan

penerangan melalui paparan power point selepas murid dibimbing

membuat rumusan tentang adab masuk ke rumah. Kelebihan aktiviti ini

ialah dapat menarik minat murid menonton video dan mengukuhkan

kefahaman murid.

Aktiviti ketiga yang dijalankan adalah murid diminta menyusun dengan betul

lirik lagu selepas nyayian kemudian diminta pula menyanyikan rangkap lagu yang

18

Page 19: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

sudah lengkap disusun. Aktiviti ini akan dapat mengukuhkan ingatan murid, melatih

kemahiran komunikasi, berani mencuba dan menambah keyakinan diri. Melalui

aktiviti ini juga, guru dapat membuat penilaian terhadap pengetahuan murid dan

tingkah laku yang ditunjukkan. Aktiviti terakhir yang dilakukan adalah murid

membuat lembaran kerja iaitu peta i-THINK. Kelebihannya, dapat meningkatkan

daya ingatan, membudayakan kemahiran berfikir dan menunjukkan minat

terhadap pembelajaran.

4.4 Justifikasi Pemilihan Bahan yang digunakan dalam RPH

Bahan pertama yang telah saya dan rakan kumpulan pilih ialah

bahan maujud iaitu model rumah. Kami telah membuat model rumah

daripada bahan terbuang seperti kotak. Justifikasinya, melalui bahan

maujud ini, guru dapat menarik minat murid untuk belajar serta murid

dapat mengingat dan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka

apabila melihat bahan maujud tersebut berbanding hanya melihat gambar

sahaja. Bahan kedua yang dipilih untuk digunakan ialah bahan tayang 2D

iaitu video dan paparan powerpoint. Bahan ini kami pilih rasionalnya

adalah bertepatan dengan tuntutan Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) yang mengandungi Elemen Merentas Kurikulum (EMK) iaitu elemen

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kelebihan bahan ini, guru

dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan

mencabar serta mengekalkan minat murid dengan grafik dan animasi

yang sesuai.

Bahan seterusnya ialah kad perkataan dan peta i-THINK. Kedua-dua

bahan ini adalah bahan cetak yang mana guru menyediakannya untuk

aktiviti menyusun lirik lagu adab masuk rumah dan lembaran kerja bagi

fasa menilai. Justifikasi bahan cetak kepada guru ialah guru mudah untuk

menyediakannya dan kepada murid, murid dapat menggunakannya

dengan mudah untuk aktiviti yang telah dicadangkan.

19

Page 20: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

4.5 Implikasi Semasa Melaksanakan Pengajaran

Pada fasa persediaan iaitu pemerhatian, implikasi menggunakan

bahan maujud dan kaedah soal jawab, saya perhatikan murid tertarik

dengan model rumah tersebut dan dapat menjawab soalan dengan aktif.

Implikasinya, aktiviti ini berkesan kerana dapat menarik minat murid

bersedia memulakan pengajaran dan menjentik minda murid untuk

meneka apa yang akan mereka pelajari pada waktu itu. Kedua, implikasi

semasa aktiviti menonton video, murid begitu menumpukan perhatian

kerana video upin ipin ini sememangnya sesuai dengan jiwa dan budaya

kanak-kanak dan objektif tercapai apabila murid dapat menyebut 5

daripada 6 adab masuk ke dalam rumah dengan betul.

Seterusnya pada fasa imaginasi iaitu penjanaan idea, murid dilatih

menyebut 5 adab masuk ke rumah dan diberi penerangan oleh guru.

Implikasi semasa fasa ini dilaksanakan , murid kelihatan sedikit bosan.

Adakah kerana suara saya tidak kuat atau bahan saya tidak menarik atau

kaedah yang kurang sesuai? Saya rasa agak kurang sesuai saya

menggunakan kaedah penerangan kerana PdP ini menggunakan

kurikulum KSSR yang mana lebih berpusatkan guru. Penambahbaikan

yang mungkin saya boleh lakukan pada pengajaran akan dating ialah saya

patut menggunakan kaedah sumbang saran untuk mencapai objektif

kedua iaitu menyenaraikan adab-adab masuk ke rumah ini. Pada langkah

sintesis idea pula, aktiviti nyanyian dilaksanakan. Implikasi daripada

aktiviti ini, murid telah menjalankan aktiviti ini dengan gembira dan

bersungguh-sungguh serta pembelajaran menjadi menyeronokkan dan

menimbulkan suasana pembelajaran yang ceria dan mesra.

Selanjutnya, aktiviti susulan selepas aktiviti nyanyian iaitu mengisi

adab-adab yang betul ke dalam lirik lagu. Implikasi daripada aktiviti ini,

hanya beberapa orang murid yang terlibat dalam menyelesaikan tugasan

ini dan tidak keseluruhan kelas. Apa yang saya boleh lakukan untuk

menambahbaik ialah saya perlu membuat aktiviti ini secara individu atau

kumpulan supaya lebih ramai murid yang terlibat dalam pelaksanaannya.

Implikasi keseluruhan semasa melaksanakan pengajaran ialah pengajaran

20

Page 21: 1.0 PENGENALAN Salhah Abdullah (2006) menyatakan …docshare04.docshare.tips/files/26018/260185210.pdf · Sebagai contoh, dalam format terkini ... muzik, stesen matematik, sudut bacaan

dapat dilaksanakan dengan lancar dan hasil pembelajaran tercapai. PdP

menyeronokkan dan murid memberi kerjasama dengan baik dan memberi

tumpuan.

21