KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat...

10
1 CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT JUN 2016 KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Tanjung Surat, 9 Mei 2016: Cawangan Integri dengan kerjasama Unit Lahan dan AKRAB Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah mengen- dalikan Kursus Intervensi dan Pembangunan Pegawai di Akmal Cawangan Selatan Tg. Surat, Johor pada 9 hingga 12 Mei 2016. Seramai 17 orang pegawai dari gred H11, N11 , W17 sehingga ke gred W44 telah menghadiri kursus tersebut. Antara objekf kursus ini adalah untuk meningkatkan nilai integri pegawai di samping membina dan memantapkan personali pegawai kearah kecemerlangan diri pegawai dan Jabatan.

Transcript of KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat...

Page 1: KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat lawatan ke stesen-stesen Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam Wang Kelian, Stesen

1

CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT JUN 2016

KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI

SIRI 1/2016

Tanjung Surat, 9 Mei 2016:

Cawangan Integriti dengan

kerjasama Unit Latihan dan

AKRAB Jabatan Kastam Diraja

Malaysia telah mengen-

dalikan Kursus Intervensi dan

Pembangunan Pegawai di

Akmal Cawangan Selatan Tg. Surat, Johor pada 9 hingga 12 Mei 2016.

Seramai 17 orang pegawai dari gred H11, N11 , W17 sehingga ke gred W44

telah menghadiri kursus tersebut. Antara objektif kursus ini adalah untuk

meningkatkan nilai integriti pegawai di samping membina dan memantapkan

personaliti pegawai kearah kecemerlangan diri pegawai dan Jabatan.

Page 2: KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat lawatan ke stesen-stesen Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam Wang Kelian, Stesen

2

BENGKEL SISTEM PENGURUSAN

AUDIT NILAI (SPAN) 2016

Rantau Panjang, 28 April 2016 :

Pada bulan April yang lalu, satu bengkel Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) 2016 telah

dijalankan di AKMAL Rantau Panjang, Kelantan. Bengkel yang berlangsung selama 4 hari itu

bermula daripada 25 – 28 Mei 2016.

Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk mengumpulkan segala maklumat SPAN dari

seluruh negeri termasuk dari AKMAL, Wilayah Persekutuan Labuan dan juga PCKP bagi tahun

2015 dan seterusnya akan disiapkan menjadi satu laporan SPAN 2015. Sebelum

berlangsungnya bengkel tersebut, maklumbalas SPAN secara online telah dijalankan di

seluruh Negara melalui portal rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu

www.interactive.jpa.gov.my/auditnilai.

Sistem maklumbalas ini akan memberi

maklumat mengenai pandangan warga

Jabatan terhadap pentadbiran Kastam

secara amnya dan dari situ kajian dan juga

penambahbaikan akan dilakukan

berdasarkan hasil maklumbalas yang

diterima. Selain itu juga, maklumbalas

daripada pelanggan Jabatan juga dikumpul

bagi mengetahui pandangan masyarakat/

orang awam terhadap Jabatan.

Laporan SPAN yang telah lengkap perlu diserahkan kepada pihak JPA oleh kerana ianya salah

satu faktor dalam menentukan Sistem Penarafan Bintang Jabatan. Program ini merupakan

program tahunan Jabatan dan ianya diuruskan oleh Cawangan Integriti Ibu Pejabat Kastam

Diraja Malaysia.

Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Tn. Shahili Bin. Hj.

Ahmed menyerahkan sijil penghargaan kepada Wakil SPAN

dari Johor, Penguasa Kastam, Pn. Noryati Binti Mat Yunus

Page 3: KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat lawatan ke stesen-stesen Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam Wang Kelian, Stesen

3

PROGRAM KECEMERLANGAN SAHSIAH

Program Kecemerlangan Sahsiah telah diadakan pada 2 -3 Jun 2016 yang lalu diadakan di Surau Ar -

Rahman Kuarters Kastam Kelana Jaya. Salah satu daripada program yang telah dijalankan adalah

Rakaman Takbir Raya yang telah disertai oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Pengarah -Pengarah

Kastam Negeri dan juga barisan Pegawai -Pegawai Kanan dan Pegawai Pelaksana JKDM.

Program Kecemerlangan Sahsiah ini

meliputi program-program ceramah,

qiyammullail, solat berjemaah dan

juga sesi forum.

Dari kiri, 1. Ustaz Imran Abd Rahman

menyampaikan Khutbah Jumaat. 2.

Ustaz Zamri Zainal Abidin

menyampaikan ceramah berkenan

amanah sebagai Penjawat Awam. 3.

Imam Muda Khairul Azhar Ghazali

berforum bersama moderator Ustaz

Mohd Hariri Hj. Mohamad Daud dan

Ustazah Shadiah Abbas. 4. antara

para peserta yang hadir ke Program

Kecemerlangan Sahsiah.

Page 4: KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat lawatan ke stesen-stesen Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam Wang Kelian, Stesen

4

Kangar, 20 Mac 2016 :

Naziran Pematuhan Integriti 2016 merupakan

naziran berjadual yang telah dirangka oleh Unit

Pematuhan Integriti Cawangan Integriti Ibu

Pejabat. Naziran yang dilakukan oleh unit ini

merangkumi tugas-tugas pemeriksaan pegawai

dan juga pemeriksaan pematuhan terhadap

perintah, peraturan dan SOP di negeri-negeri

dan juga stesen-stesen Kastam di seluruh

Malaysia.

Naziran pada kali ini telah dilakukan di negeri

Perlis dan diketuai oleh PKPK II, Pn. Shamsiah

Binti Abdul Samad dan di bantu oleh dua orang

PPK iaitu Tn. Kawi Anak Nyomui dan Pn. Azlizan

Binti Mohd Mustama. Naziran yang berlangsung

selama 5 hari ini bermula dari 20 sehingga 24

Mac 2016.

Antara program yang telah dijalankan di Perlis

adalah membuat lawatan ke stesen-stesen

Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam

Wang Kelian, Stesen Kastam Padang Besar,

Stesen Kastam Kuala Perlis dan juga Wisma

Kastam Perlis. Di stesen-stesen ini pasukan

naziran telah menjalankan naziran kehadiran,

perisytiharan harta, pemeriksaan wang saku,

pakaian seragam , prosedur K8 dan pengurusan

kenderaan Jabatan

Satu exit conference telah di jalankan dan dipengerusikan oleh Pengarah Kastam Negeri, Tn.

Hj. Kamarudin Bin Jaafar bersama pasukan Unit Pematuhan Integriti dan juga pegawai-

pegawai JKDM Perlis.

Page 5: KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat lawatan ke stesen-stesen Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam Wang Kelian, Stesen

5

PERLANTIKAN WAKIL INTEGRITI NEGERI

Putrajaya, 17 Mei 2016:

Satu majlis Perlantikan Wakil Integriti Negeri telah diadakan di Dewan Persidangan Sri

Rampai, Ibu pejabat Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini. Program yang berlangsung

selama sehari ini dimulakan dengan ucapan amanat daripada Ketua Pengarah Kastam

Malaysia kepada wakil-wakil yang hadir dari setiap negeri dan diteruskan dengan

penerangan daripada Cawangan Integriti tentang tanggungjawab dan peranan wakil

integriti negeri.

Page 6: KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat lawatan ke stesen-stesen Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam Wang Kelian, Stesen

6

KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI

SIRI 2/2016

Besut, 19 Mei 2016 :

Cawangan Integriti dengan kerjasama

JAKIM telah menagnjurkan Kursus Pen-

gukuhan Integriti Siri 2/2016 yang

diadakan di Institut Latihan Islam

Malaysia, Wilayah Timur di Besut,

Terengganu pada 16 sehingga 19 Mei

2016. Seramai 39 orang pegawai

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)

dari gred N11, H11 sehingga ke gred

W48 dari seluruh semenanjung

Malaysia telah menghadiri kursus ini.

Kursus yang sama juga akan dil-

aksanakan di Sabah dan Sarawak pada

bulan September dan Oktober tahun

ini. Antara objektif kursus ini adalah

untuk melahirkan warga JKDM yang

berintegriti, mantap rohani dan

jasmaninya serta mempunyai jati diri

yang tinggi.

Kursus Pengukuhan Integriti

merupakan kursus yang

dianjurkan oleh Unit

Pengukuhan Integriti,

Cawangan Integriti Ibu

Pejabat dengan kerjasama

Institut Latihan Islam

Malaysia (ILIM) daripada

JAKIM

Unit ini diketuai oleh

pegawai kader dari JAKIM

iaitu Ustaz Ab. Khawi Bin

Che Abdul Rahman dan

dibantu oleh Ustaz Imran

Bin Abd Rahman yang juga

daripada JAKIM

Tahukah

anda?

GAMBAR DI MUKA SURAT SETERUSNYA

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Page 7: KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat lawatan ke stesen-stesen Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam Wang Kelian, Stesen

7

KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI JKDM SIRI 2/2016

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA WILAYAH TIMUR

ANJURAN CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT

Page 8: KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat lawatan ke stesen-stesen Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam Wang Kelian, Stesen

8

PROGRAM MESRA INTEGRITI TAHUN 2016

Sepanjang bulan Mac hingga Mei

2016, sebanyak lapan (8) siri ceramah

telah diadakan melalui Program JKDM

Mesra Integriti 2016 yang telah

disampaikan kepada pegawai-pegawai

JKDM di Negeri Terengganu, Sabah

(Lahad Datu dan Tawau), Perlis, Pulau

Pinang dan Kedah (Langkawi dan Alor

Setar). Antara pengisian-pengisian

program tersebut adalah ceramah

Nilai-Nilai Murni oleh Ustaz Ab. Khawi

Bin Che Abdul Rahman, ceramah

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib)(Pindaan)

2002 oleh Tuan Shahili Bin Ahmed dan

ceramah Akta Perlindungan Pemberi

Maklumat oleh Tuan Hazman Bin

Ahmad. Pada masa yang sama,

pegawai dari Unit Pematuhan

Cawangan Integriti turut

melaksanakan naziran keatas ke-

hadiran pegawai, pelaksanaan

pemeriksaan wang saku dan juga

pengurusan kenderaan Jabatan di

Pejabat-Pejabat Kastam yang dilawati.

Tn. Shahili Bin Ahmed, PKPK I Cawangan Integriti

menyampaikan ceramah berkenaan Peraturan -

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

kepada pegawai-pegawai Kastam stesen Langkawi

Tn. Hazman Bin Ahmad, PKPK II Unit Whistleblower

memberikan ceramah pengenalan berkenaan Akta

Perlindungan Pemberi Maklumat di JKDM Kedah

Pemberian cenderahati oleh PKN Kedah, Dato’

Abdul Latif Bin Abdul Kadir kepada Tn. Hazman Bin

Ahmad

Page 9: KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat lawatan ke stesen-stesen Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam Wang Kelian, Stesen

9

Unit Tatatertib merupakan salah satu

sub-unit di dalam Cawangan Integriti

yang melaksanakan fungsi urusetia

Lembaga Tatatertib

Mengumpul maklumat mengenai kes-

kes tatatertib yang diterima melalui

hasil siasatan dalaman/ laporan Ketua

Jabatan/ aduan awam/ laporan Agensi

Kerajaan Lain (OGA).

Menyediakan kertas cadangan

tindakan tatatertib ke atas Pegawai

Kena Tuduh untuk dibentangkan

semasa Mesyuarat Lembaga Tatatertib

Menyediakan laporan Tatakelakuan

pegawai ke Jabatan Perkhidmatan

Awam bagi kumpulan Pengurusan dan

Profesional (Gred 48 ke atas).

Dari kiri, Ketua Unit

Tatatertib Cawangan

Integriti, Tn. Mohd Halim Bin

Mohd Yusof, Penolong Kanan

Pengarah Kastam II. Dibantu

oleh 2 orang Penolong

Pengarah Kastam iaitu Pn

Masitah Binti Mohd Saibi dan

Tn. Naharizal Bin Mohamad

Nasir

Page 10: KURSUS INTERVENSI DAN PEMBANGUNAN PEGAWAI SIRI 1/2016 Cawangan Integriti... · adalah membuat lawatan ke stesen-stesen Kastam di negeri Perlis seperti Stesen Kastam Wang Kelian, Stesen

10

STATISTIK ADUAN

AWAM 2016

SEHINGGA APRIL 2016

SALURAN BILANGAN

SISTEM E-ADUAN 638

EMEL 137

HADIR 0

SURAT/MEMO 27

TELEFON 0

SAMPUL KECIL 3

BORANG MAKLUMBALAS/ADUAN 0

JUMLAH 805

KATEGORI BILANGAN

ADUAN AWAM 692

PERTANYAAN 5

MAKLUMAT 108

JUMLAH 805

BAHAGIAN BILANGAN

UNIT ADUAN HQ 95

UNIT ADUAN NEGERI 171

GST 526

PENGUATKUASAAN 13

JUMLAH 805

BILANGAN MENGIKUT SALURAN YANG

DITERIMA

BILANGAN MENGIKUT KATEGORI

BILANGAN MENGIKUT BAHAGIAN

STATISTIK

TATATERTIB

SEHINGGA JUN 2016

KESALAHAN / HUKUMAN BIL.

Jenis Kesalahan: Tidak hadir bertugas 22

Rasuah / Salahguna kuasa 20

Penyalahgunaan Dadah 1

Kegiatan politik -

Tidak Mengikut Prosedur Kastam 8

Tatakelakuan 10

Jumlah kes 61

Keputusan Lembaga Tatatertib:

Bersalah 36

Bebas 25

Tahan Kerja / Gantung Kerja 0

Tangguh / Pinda Pertuduhan

(DNAA) 0

Hukuman:

Amaran 11

Denda 4

Lucut Hak Emolumen 2

Tangguh Pergerakan Gaji 7

Turun Gaji 5

Turun Pangkat 1

Buang Kerja 13

Kes Kehilangan :

Surcaj 1