10 pesanan Luqman Al

download 10 pesanan Luqman Al

of 14

Transcript of 10 pesanan Luqman Al

10 pesanan Luqman Al-Hakim pada anaknya..10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. QS. 31:13 Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan. 1. Wahai Anakku yang ku sayangi Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT. 2. Wahai anakku yang ku sayangi Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah. 3. Wahai anakku yang ku sayangi Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat. 4. Wahai anakku yang ku sayangi Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman. 5. Wahai anakku yang ku sayangi Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 6. Wahai anakku yang ku sayangi Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT 7. Wahai anakku yang ku sayangi Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah

memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan. 8. Wahai anakku yang ku sayangi Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat. 9. Wahai anakku yang ku sayangi Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan. 10. Wahai anakku yang ku sayangi Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

Wasiat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya

Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari. Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman. Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat. Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya. Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu. Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya. Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada d unia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia. Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat. Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak. Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan. Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah. Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja. Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar. Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja. Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka. Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang cerdik sungguh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan. Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah

search...

search

Bottom of Form

UTAMA

ARTIKEL

WASIAT LUQMAN HAKIM:KEPADA ANAKNYA DALAM MENDIDIK ANAK BERAGAMA

WASIAT LUQMAN HAKIM:KEPADA ANAKNYA DALAM MENDIDIK ANAK BERAGAMAWasiat (Nasihat) Luqman Kepada Anaknya Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang ertinya sebagai berikut : 1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar. 2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandongnya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): "Hendaklah engkau bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali. 3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan. 4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dimubi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya allah maha halus lagi maha mengetahui".

E-mail JAIS :: ETauliah E-Kontraktor :: E-

5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (allah).

Smat E-Kehadiran :: ESimpel HRMIS :: EMasjid NCR Online :: E-Speks

6. Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri. "Bermacamlah pendapat ahli Tafsir mengenai sejarah Luqman .Ada yang mengatakan dia Nabi pada masa antara Isa dan Muhammad s.a.w . Ada yang mengatakan kadi pada masa Bani Israil dan lain-lain pendapat. Tapi pendapat yang paling banyak mengatakan, bahawa Luqman bukanlah Nabi, tapi seorang yang diberi allah 'HIKMAH' yang hidup pada masa Nabi Daud a.s". 7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai. Nasihat Luqman kepada anaknya selain yang bertemu didalam Al-quran surat Luqman dari ayat 13-19, juga tersebut didalam beberapa kitab. Diantaranya tersebut didalam "Tafsir Ruhul Ma'ani", jilid ke 21, halaman 83, dan kitab "Hidayatullah Mursyidin" oleh Guru Besar Syekh Ali Mahfuz yang ertinya sebagai berikut : 1. Hai anakku! ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya.Kalau engkau ingin selamat, supaya jangan karam, layarilah dia dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada allah.

SEMINAR KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR 1432H/2011M 01/11/2011 (Selasa) 7.00 pagi - 2.00 petang Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam Anjuran: Bahagian Undangundang Keluarga, JAIS

2. Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari allah, orang yang biasa dirinya insaf dan sabar kerana menerima nasihat orang lain, tandanya orang itu akan sentiasa menerima kemuliaan dari allah, berasa hina diri dalam beribadat dan bertaat kepada allah ta'ala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepada allah dan lebih menghindarkan diri kepada maksiat. 3. Marahnya orang tua dalam mendidik anaknya, tak ubahnya seperti pupuk bagi tanam-tanaman. 4. Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam. 5. Hai anakku! Selalulah berharap kepada allah harapan-harapan yang hasilnya tidak akan membawa engkau untuk menderhakai allah, takutlah kepada allah dengan sebenar takut yang biasa melapaskan engakau dari sifat berputus asa terhadap rahmat allah. 6. Seorang pendusta lekas hilang air mukanya (tak dipercayai orang) dan seorang yang sudah rosak akhlaknya akan banyak gelamunnya terhadap yang salah-salah, memindahkan batu yang besar lagi berat dari tempatnya ketempat yang lain, lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti. 7. Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat beratnya, tapi akan lebih berat lagi dari itu, bila mempunyai tetangga yang jahat, engkau telah merasakan bermacam-macam kepahitan tapi akan terasa lebih pahit lagi bila hidup dalam keadaan fakir dan miskin. 8. Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya. 9. Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingati diri pulang kekampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja. 10. Hai anakku! Janganlah engaku makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan.Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya. 11. Hai anakku! Janganlah engkau terus menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya.(Yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit,sedangkan yang pahit biasa menjadi ubat) 12. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada allah,rundingkanlah urusanmu kepada alim ulama' (dengan cara minta nasihat kepadanya) 13. Bukanlah baik namanya, bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui,

Aturcara Program:

Muatturun Disini

------------------------------------

PROGRAM WACANA MINDA "PENGHAYATAN IBADAH KORBAN" 28/10/2011 (Jumaat) 9.00 pagi - 11.00 pagi Bilik Seminar Utama, Masjid Negeri Shah Alam Penceramah: Prof. Dr. Badlihisham B. Mohd Nasir Peserta: 200 orang

kakitangan awam

sedang ilmu yang telah diperolehi belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya dengan perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkan,lalu dipikulnya, tapi dia tak kuat membawanya , kemudian dia tambah lagi. 14. Hai anakku! Kalau engkau ingin hendak mengambil seseorang menjadi teman, maka ujilah dia lebih dahulu dengan cara membuat dia marah, kalau dia di waktu marahnya masih memberikan keinsafan (kesedaran) kepada engkau, maka bolehlah dia dijadikan teman, kalau tidak begitu, maka hendaklah engkau berhati-hati. 15. Hendaklah selalu tutur katamu baik dan wajahmu manis, engkau akan lebih disukai orang lebih disukainya dari orang-orang yang sudah pernah memberikan pemberian yang mahal-mahal. 16. Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu. 17. Hai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tindak tandukmu, seperti orang yang tidak mengharapkan pujian seseorang dan tidak pula menimbulkan celaan orang.Dirinya bekerja kelihatan letih, tapi manusia selalu memandangnya dengan tenang. 18. Hai anakku! Usahakanlah jangan sampai keluar dan mulutnu kata-kata kasar, sesungguhnya engkau akan selamat bila engkau bersifat pendiam.Kalau akan berbicara juga, bicaralah yang akan mendatangkan manfaat kepada orang lain. 19. Hai anakku! Janganlah engkau condong ke dunia ini dan janganlah hatimu repot kerana dunia saja, kerana engkau dijadikan allah bukanlah untuk dunia. Tidak adalah makhluk yang dijadikan allah, lebih hina daripada orang yang telah terpedaya oleh dunia. Mati sebab akan mengingati diri pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja. 20. Hai anakku! Janganlah engkau ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang mencengangkan (menggelikan), janganlah engkau berjalan tanpa ada tujuan yang tertentu, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak berguna bagimu, janganlah menyia-yiakan hartamu, sedangkan harta orang lain engkau pelihara, kerana sesungguhnya yang menjadi hartamu ialah yang engkau usahakan, sedang harta orang lain itu belum tentu menjadi milikmu. 21. Hai anakku! Siapa yang penyayang tentu akan disayangi orang pula, siapa yang tidak pandai menahan lidahnya berkata yang buruk tentu dia akan menyesal akhirnya. 22. Hai anakku! Bergaul rapatlah dengan alim-ulama', diam dan dengarlah baik-baik segala nasihatnya, sesungguhnya hati akan hidup dengan adanya cahaya hikmah (ilmu pengetahuan) sebagaimana tanah biar subur kerana air hujan, janganlah engkau membantah mereka, tentu mereka akan marah kepadanya. 23. Engkau ambillah harta benda dunia ini sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk keperluan di akhirat nantinya,jangan engkau tendang kehidupan dunia ini seluruhnya, engkau akan menjadi pengemis yang akan menambah berat tanggungjawab orang lain. Janganlah engkau berteman dengan orang bodoh dan janganlah pula dengan orang yang bermuka dua (tidak berpendirian)

------------------------------------

PEMBELIAN TENDER / SEBUT HARGA SECARA ONLINE Maklumat Lanjut >>

klik di sini

------------------------------------SURAT ARAHAN JABATAN

Muatturun &>Surat

Arahan Tetap

-------------------------------------

KURSUS-KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN PEJABA T AGAMA ISLAM DAERAH

Pendaftaran dibuka sekarang!

Lihat maklumat lanjut

25 nasihat luqmanul hakim kpd anaknya

Bicara Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu:

1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah S.W.T.

2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.

3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

4. Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

5. Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

6. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan diri kamu.

7. Hai anakku, apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

8. Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan

kepada pujian atau menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan riya' itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.

9. Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia sematamata.

10. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.

11. Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih terus mengumpulkannya.

12. Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, sesiapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.

14. Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disiram air hujan.

15. Hai anakku, bila engkau mengahdapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menjenguk orang mati. Sebab menziarah orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.

16. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan musyawarahlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

17. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah S.W.T. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah S.W.T.

18. Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

19. Jauhilah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.

20. Selalulah berharap kepada Allah S.W.T.agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka kepada-Nya. Takutlah kepada Allah S.W.T. dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa daripada rahmat Allah S.W.T.

21. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.

22. Hai anakku, janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat. Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.

23. Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berrdusta itu enak sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan, akibat dan bahayanya amat besar.

24. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah S.W.T, maka orang itu akan sentiasa tawadhuk kepada Allah S.W.T, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

25. Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalanya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.

ASAS PE

Sunday, 30 January 2011 23:38 Written by Pengurus Web Anak adalah amanah Allah taala kepada ibu bapa. Ia menjadi amanah kerana ibu bapa bertanggungjawab untuk merealisasikan tujuan Allah taala melahirkan seorang anak di muka bumi ini.

Setiap anak yang dilahirkan di muka bumi adalah untuk mencapai maksud dari firman Allah taala yang bermaksud;

Dan tidaklah Aku mencipta jin dan manusia kecuali untuk beribadah padaKuZariyat : 56)

(Az-

Dan apabila Allah berfirman kepada para malaikat sesungguhnya aku akan menjadikan di atas bumi seorang khalifah (Al-Baqarah : 30)Dari kedua ayat ini kita boleh memahami bahawa seseorang anak dilahirkan agar ia apabila mencapai usia baligh dapat beribadah kepada Allah taala dan memainkan peranan sebagai khalifah di muka bumi ini, iaitu memakmurkan dunia dengan agama Allah taala.

Ertinya setiap anak adalah Khalifah Muda yang akan menjadi Khalifah sempurna apabila dewasa kelak dan ibu bapa bagi setiap anak-anak memikul tanggungjawab untuk memastikannya.

Bagi membantu ibu bapa memainkan peranan mendidik Khalifah Muda ini, Allah taala menggariskan panduan dan bimbingan dalam Al-Quran. Antara sekian banyak panduan dan bimbingan yang ada ialah firman Allah taala dalam surah Luqman.

Allah taala berfirman yang bermaksud;

Dan apabila Luqman berkata kepada anaknya sedang ia menasihatinya Wahai anakku, janganlah mensyirikkan Allah. Sesungguhnya Syirik itu adalah satiu kezaliman yang besar. (Luqman : 13)Ayat ini mengajar para ibu bapa bahawa yang pertama sekali yang harus dididik terhadap anak-anak mereka ialah agar tidak mensyirikkan Allah taala.

Anak-anak dididik untuk tidak mensyirikkan Allah taala dengan mengenalkannya sejak dari kecil lagi akan Allah taala. Ini dilakukan dengan menanam bibit aqidah yang betul terhadap Allah taala.

Oleh sebab itulah seorang bapa dianjurkan oleh Islam untuk mengazan dan mengiqamahkan bayi sejurus sahaja ia lahir agar perkara pertama yang ia dengar ialah nama Allah taala. Bahkan sebelum ia mengenali ibu bapanya hendaklah ia mengenali Allah taala. Di ayat 14 15 pula Allah taala berfirman yang bermaksud;

Dan Kami mewasiatkan kepada manusia agar berlaku baik terhadap ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan atas kepayahan dan menyusukannya selama dua tahun. Maka hendaklah kau bersyukur kepadaKu dan dan kedua ibu bapa kau. KepadaKu tempat kembali. Dan jika kedua ibu bapa mendorong kau untuk mensyirikkanKu dengan apa yang kau tidak mempunyai pengetahuan, maka janganlah mentaati mereka berdua. Dan pergauli mereka di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali padaKu kemudian kepadaKu tempat kembali kamu maka akan Aku beritahu kamu akan apa yang kamu lakukan. (Luqman : 14-15)Ayat ini mengajar ibu bapa bahawa setelah seorang anak itu dikenalkan kepada Tuhannya maka ia perlulah dikenalkan kepada ibu bapanya. Agar dengan mengenal ibu bapanya dengan sebenar-benar akan menimbulkan rasa kasih sayang dan dorongan untuk berbakti kepada mereka.

Setelah anak-anak dikenalkan kepada Allah taala dan ibu bapanya, maka perlulah ditanam rasa syukur terhadap mereka kerana Allah taala berfirman dan hendaklah engkau bersyukur padaKu dan kedua ibu bapamu.

Syukur pula seharusnya dibuktikan dengan ketaatan terhadap segala perintah dan suruhan Allah taala dan ibu bapa.

Ini membuktikan bahawa kenal sahaja tidak mecukupi jika ia tidak menimbulkan syukur yang mendorong untuk taat kerana sesungguhnya Iblis itu lebih mengenali Allah taala. Iblis dimurkai oleh Allah taala kerana ia tidak bersyukur bukan kerana ia tidak mengenali Allah taala.

Ibu bapa juga haruslah berani untuk mendidik anak-anak untuk lebih mencintai Allah taala dari diri mereka sendiri sehingga sekiranya mereka melakukan kesilapan atau mendorong anak-anak mereka terhadap kemunkaran maka anak-anak itu tahu untuk tidak mentaati mereka.

Untuk itu, ibu bapa haruslah membekalkan anak-anak mereka dengan ilmu-ilmu yang membolehkan ia mengetahui apakah dia perintah-perintah Allah taala yang tidak boleh ia langgari dan bilakah ia perlu membelakangkan perintah ibu bapa mereka. Hari ini ilmu-ilmu ini dikenali sebagai ilmu-ilmu ukhrawi. Maka sebab itu wajib bagi ibu bapa memberi pendidikan ukhrawi yang secukupnya sehingga anak-anak mereka selaku Khalifah Muda mempunyai kemampuan sedemikian. Perlulah diingat bahawa ilmu-ilmu ini bukan hanya setakat pada ilmu mengaji sahaja tetapi ia meliputi ilmu aqidah dan segala aspek ilmu fiqh yang bersifat fardu ain. Firman Allah taala dan ikutlah jalan orang yang kembali kepadaKu mengajar para ibu bapa bahawa ibu bapa haruslah memastikan ikutan yang betul anak-anak mereka khususnya teman-teman mereka. Hari ini sudah terbukti bagaimana besarnya faktor rakan dalam mempengaruhi tingkah laku anak-anak kita.

Rasulullah telah mengingatkan hakikat ini dalam hadisnya Seseorang itu tertakluk pada agama rakannya. Maka hendaklah setiap kamu melihat siapakah rakannya. (Riwayat Abu Daud, At-Turmuzi dan Al-Hakim)

Selain dari itu, wajib bagi ibu bapa menanamkan aqidah terhadap kewujudan hari akhirat dan pembalasan. Ini dapat dilihat pada firman Allah taala yang bermaksud kepadaKu tempat kembali dan kemudian kepada Aku tempat kembali kamu maka Aku memberitahu pada kamu dengan apa yang kamu lakukan dan diperkuatkan lagi dengan firman Allah taala di ayat 16 yang bermaksud;

(Lukman berkata) Hai anakku sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Sesunguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (Luqman : 16)

Kepentingan menanam aqidah terhadap kewujudan hari akhirat dan pembalasan kerana ia memberi tujuan bagi setiap amal yang perlu dilakukan oleh seorang Khalifah Muda. Dengan keimanan pada akhirat dan hisab, seorang itu tahu mengapa ia melakukan segala amal-amal yang kadangkala menyulitkan dirinya, iaitu ia akan diberi ganjaran pahala sehingga dapat menikmati syurga Allah taala. Dengan keyakinan ini ia akan lebih mampu untuk sabar menghadapi kesulitan dan beristiqamah dengannya.

Di ayat 17 Allah taala berfirman:

Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah dari perbuatan yang munkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (Luqman : 17)Setelah anak-anak dididik dengan asas-asas aqidah, ia hendaklah pula dilatih dan dididik untuk beramal. Antara amal-amal yang perlu dilaksanakan ialah solat. Tentunya solat bukanlah satu-satunya amal yang perlu ditunaikan tetapi solat dinyatakan dalam ayat 17 tadi sebagai simbol bagi amal-amal yang lain keran solat adalah amal yang paling penting di antara amal-amal lain.

Solat adalah tiang agama. Solat adalah penghubung antara si Khalifah Muda dan Tuhannya yang telah ia kenali. Solat adalah pendinding dari segala kemunkaran.

Ibu bapa juga dituntut oleh Allah taala untuk mendidik anak-anak mereka selaku Khalifah Muda untuk melaksanakan amr makruf dan nahi munkar; menyuruh berbuat baik dan mencegah kemunkaran.

Ini secara jelas menjadi bukti bahawa tanggungjawab berdakwah bukan hanya tertanggung atas bahu para ulama dan agamawan sahaja tetapi ia tertanggung atas bahu sekalian manusia selaku Khalifah Allah di bumi ini.

Dengan ini Allah mengajar ibu bapa bahawa anak-anak haruslah dididik bukan hanya untuk menjadi seorang yang soleh tetapi juga musleh; mampu membaiki orang lain. Anak-anak haruslah dididik bukan hanya tahu beramal untuk dirinya tapi berusaha juga mengajak orang lain untuk beramal bersamanya.

Oleh itu adalah wajar ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka untuk menyumbang dalam kerja-kerja kebaikan samada di masjid-masjid atau di pertubuhan-pertubuhan Islam. Adalah tidak betul jika ada ibu bapa yang mencegah pelibatan anak-anak mereka di masjid-masjid dan pertubuhan-pertubuhan Islam kerana takut menjadi ekstremis, kolot, mundur dan sebagainya tetapi membiarkan sahaja mereka membuang masa di kolong-kolong blok dan di tepi-tepi jalan.

Setelah anak-anak dididik dengan asas aqidah dan amal yang baik, mereka perlu juga dididik dengan akhlaqakhlaq mulia seperti sabar dan tidak bersikap sombong. Ini dapat dilihat pada firman Allah taala Dan bersabarlah atas apa yang menimpa kau dan firmanNya lagi di ayat 18 dan 19 Dan

janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan

janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman : 18-19)Kesimpulan

Aspek-aspek penting yang perlu diutamakan dalam pendidikan anak-anak selaku bakal Khalifah di hari muka ialah penanaman aqidah yang betul, amal yang benar dan akhlaq yang mulia.

Anak-anak perlulah dididik bukan hanya untuk menjadi soleh tetapi juga musleh; yang akan memberi kebaikan kepada yang lain maka sebab itulah ia perlu dididik untuk melaksanakan amr makruf dan nahi munkar.

Kesolehan anak-anak bukan hanya dilihat melalui usaha pendidikan oleh ibu bapa tetapi pendidikan tidak langsung dari persekitaran luar terutamanya rakan-rakan sebayanya