1.0 prosedur keselamatan
-
Upload
mokhzani-cheabdullah -
Category
Documents
-
view
46 -
download
4
Transcript of 1.0 prosedur keselamatan
Pengenalan
Penggunaan bilik-bilik khas serta tempat-tempat di dalam kawasan sekolah
adalah tertakluk berdasarkan peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan bertujuan
untuk menjaga keselamatan pengguna dan peralatan yang terlibat. Keutamaan adalah
diberikan terutamanya terhadap keselamatan penggunanya ini kerana akibat dari
penyalahgunaan peralatan dan tempat boleh mengakibatkan kecederaan serius dan
mungkin juga mengancam nyawa. Disetiap kawasan sekolah terutama bilik-bilik khas
dan tempat-tempat yang sering digunakan perlulah mempunyai tatacara atau peraturan
penggunaannya. Peraturan-peraturan serta tatacara dibuat bagi membolehkan
keselamatan dan kemudahan yang ada digunakan secara maksimun dan dalam
keadaan yang terkawal. Di sini peraturan penggunaan beberapa bilik dan tempat
seperti stor sukan, kantin, dewan dan bilik komputer dibuat berdasarkan maklumat
sedia ada di sekolah dan hanya digunakan di sekolah di mana penulis sedang
berkhidmat. Maklumat lain adalah yang dipetik dari sumber bacaan dan carian data dari
pengkalan data terbuka.
Tatacara keselamatan penggunaan stor sukan dibuat bertujun untuk melicinkan
perjalanan aktiviti sukan yang dirancang dan menjaga keselamatan murid semasa
menjalani latihan sukan. Guru bertugas sebagai pelaksana setiap arahan yang telah
dibuat demi menjaga keselamatan dan kebajikan murid.
Tatacara keselamatan dan penggunaan kantin dibuat bertujuan untuk menjaga
keselamatan pelajar dari kecederaan dan penyakit yang boleh mendatangkan
kemudaratan terhadap kesihatan serta fizikal murid. Guru dan pengawas yang dilantik
akan bertindak sebagai pemerhati dan petugas yang akan melaksanakan peraturan-
peraturan dan tatacara keselamatan dan penggunaan kantin.
Tatacara keselamatan dan penggunaan dewan dibuat adalah bagi memastikan
keselamatan murid dan guru. Walaupun dewan sekolah adalah satu kawasan yang luas
dan mempunyai peralatan yang minimum tetapi bahaya yang kita tidak sedari mungkin
berlaku sekiranya langkah keselamatan tidak diambil atau diikuti dengan betul.
Tatacara penggunaan bilik komputer pula dibuat bagi memastikan keselamatan
dan keberkesanan penggunaan kemudahan komputer oleh murid-murid disamping
memupuk sikap sayangkan harta benda, berdisiplin dan berjimat. Setiap cara perlu
diamalkan demi menjaga keselamatan dan menghindari dari bahaya yang mungkin
berlaku tanpa disedari oleh pengguna. Langkah-langkah keselamatan yang telah
ditetapkan perlu diikuti dengan sepenuhnya supaya perkara yang tidak diingini dapat
dielakkan daripada berlaku. Guru juga perlu mengamalkan sikap tegas dan
bertimbangrasa dalam melaksanakan segala peraturan dan amalan di bilik komputer.
1. Tatacara Penggunaan Stor Sukan
1.1Tatacara Am
Sentiasa menjaga kebersihan stor sukan
Stor sukan hendaklah dikunci selepas mengeluarkan dan mengembalikan
peralatan sukan.
Memastikan semua suis dipadam sebelum meninggalkan storsukan.
Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan.
Pengawasan rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan
sukan.
Meletakkan peralatan sukan di tempat yang telah ditetapkan.
Mengisi borang keluar masuk peralatan di dalam buku rekod peralatan
sukan.
Peralatan sukan hanya boleh dikeluarkan oleh guru penasihat atau
jurulatih sahaja.
Membuat laporan berkaitan peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang
perlu dibaiki.
Peralatan yang merbahaya perlu ditempatkan di tempat yang selamat.
Memastikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada
ditempatnya dan dalam keadaan yang selamat.
1.2Tatacara Murid
Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam stor sukan.
1.3Tatacara Guru
Sentiasa memastikan stor sukan dalam keadaan bersih.
Memastikan pintu stor sukan sentiasa dikunci.
Memadamkan semua suis sebelum meninggalkan dari stor sukan.
Memastikan stor sukan mempunyai pelan keselamatan.
Mengisi buku rekod keluar masuk peralatan sukan dan keluar masuk.
Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian
peralatan.
Menyimpan peralatan sukan ditempat yang telah ditetapkan.
2. Tatacara Keselamatan dan Penggunaan Kantin
2.1Tatacara Am
Sentiasa menjaga kebersihan kantin.
Buangkan sisa makanan di dalam tong yang disediakan.
Meletakkan pinggan dan gelas yang digunakan di dalam bekas yang
disediakan.
Sentiasa menjaga disiplin ketika membeli makanan dan minuman.
Membuang pembungkus makanan ke dalam tong sampah yang
disediakan.
Menutup pili air setelah digunakan.
Menutup suis kipas dan lampu sebelum meninggalkan kantin.
2.2Tatacara Murid
Sentiasa menjaga kebersihan kantin dan tempat makan.
Sentiasa makan di tempat yang disediakan.
Sentiasa beratur ketika membeli makanan dan minuman.
Jangan berebut-rebut ketika membeli makanan dan minuman.
Jangan menjerit-jerit ketika membeli makanan.
Jangan bercakap ketika makan.
Basuh tangan sebelum makan.
Sentiasa membuang sisa makanan dan pembungkus makanan ke dalam
tong sampah yang disediakan.
Pastikan pili air ditutup selepas membasuh tangan.
Dilarang masuk ke ruang makan guru.
Sentiasa mematuhi arahan guru atau pengawas bertugas.
Jangan berlari di dalam kantin.
2.3Tatacara Guru
Sentiasa memastikan murid menjaga kebersihan.
Memastikan murid makan ditempat yang disediakan
Memastikan murid beratur ketika membeli makanan dan minuman.
Memastikan murid tidak berebut dan menjerit ketika membeli makanan.
Memastikan murid membuang sisa makanan ke dalam tong sampah yang
disediakan.
Memastikan murid menutup pili air selepas membasuh tangan.
Memastikan murid sentiasa mematuhi arahan pengawas bertugas.
Memastikan murid tidak berlari di dalam kantin.
3.Tatacara Keselamatan dan Penggunaan Padang
3.1 Tatacara Am
Menyediakan notis atau label.
Menyediakan peraturan bilik operasi dan penggunaan
Mengetahui pengurusan alatan dan pembaikpulih alatan.
Mengetahui bantuan /latihan kecemasan.
Merekodkan penggunaan alatan dan kemalangan.
Mempunyai kesedaran menjaga keselamatan.
3.2 Tatacara Murid
Mematuhi tatacara dan peraturan keselamatan padang atau gelanggang.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu di bawah pengawasan guru.
Memberitahu guru jika pelajar mempunyai alahan dan penyakit.
Menjaga alatan yang digunakan dengan baik.
Membuat catatan pinjaman dan pemulangan alatan di buku rekod yang
disediakan.
Melaporkan sebarang kerosakan pada alatan, gelanggang atau padang serta
kemalangankepada guru.
Mematuhi semua arahan guru.
Bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan padang atau gelanggang.
Berpengetahuan tentang prosedur latihan baik bagi mengelakkan kecederaan
dalaman.
Sentiasa utamakan keselamatan pada setiap masa.
3.3Tatacara Guru
Memastikan padang dan gelanggang selamat digunakan.
Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya
menjagakeselamatan diri dipadang dan gelanggang.
Menetapkan garis panduan keselamatan menggunakan alatan sukan yang
berisiko.
Merekodkan penggunaan peralatan sukan.
Memantau keadaan fizikal padang dan gelanggang dari semasa ke semasa.
Membuat pembaikan serta merta terhadap kemudahan yang didapati
membahayakanpelajar/pengguna.
Mengawal pergerakan pelajar ketika melaksanakan aktiviti yang berisiko.
Memastikan pelajar menggunakan pakaian yang selamat untuk jenis permainan
yangberisiko.
Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kawalan dan pemerhatian
guru.
Sentiasa mengawal pelajar dalam waktu Pendidikan Jasmani dan permainan.
Jangan membiarkan bermain tanpa kawalan daripada guru.
4.Tatacara Penggunaan Bilik Komputer
4.1Tatacara Am
Semua pengguna mestilah menerima taklimat keselamatan daripada
penyelaras bilik komputer sebelum menggunakannya,
Mematuhi segala peraturanyang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan
serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
Mendapatkan kebenaran penyelaras bilik komputer sebelum
menggunakan kemudahan komputer.
Mengikut jadual penggunaan bilik komputer.
Menanggalkan kasut dan menyusun dengan teratur sebelum memasuki
bilik komputer.
Menggunakan kemudahan bilik komputer mengikut langkah-langkah yang
telah ditetapkan.
Mematuhi panduan yang betul semasa menghidupkan dan mematikan
peralatan komputer.
Murid hendaklah diiringi oleh guru ketika menggunakan kemudahan di
bilik komputer.
Tidak dibenarkan masuk ke Bilik Pelayan (server)
Meminta kebenaran dari guru untuk menggunakan kemudahan internet
dan pencetak.
Mencatatkan maklumat penggunaan bilik komputer pada buku log
penggunaan bilik (guru bertugas) dan buku log penggunaan komputer
(pelajar).
Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua
peralatan, perkakasan dan perisian komputer kepada penyelaras atau
guru bertugas,
Dilarang mengalihkan atau memindahkan peralatan dan perkakasan
dalam bilik komputer tanpa kebenaran daripada penyelaras.
Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.
Menjaga disiplin sepanjang berada di dalam bilik komputer.
4.2Tatacara Murid
Murid mestilah menerima taklimat keselamatan daripada penyelaras bilik
komputer sebelum menggunakannya,
Memastikan segala peraturanyang telah ditetapkan dan peraturan-
peraturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
Murid mestilah mendapatkan kebenaran penyelaras bilik komputer
sebelum menggunakan kemudahan komputer.
Murid mestilah mengikut jadual penggunaan bilik komputer seperti yang
telah ditetapkan.
Murid hendaklah menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan teratur
sebelum memasuki bilik komputer.
Murid hendaklah menggunakan kemudahan bilik komputer mengikut
langkah-langkah yang telah ditetapkan.
Murid hendaklah ematuhi panduan yang betul semasa menghidupkan dan
mematikan peralatan komputer.
Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik komputer tanpa diiringi oleh guru.
Murid tidak dibenarkan sama sekali masuk ke Bilik Pelayan (server)
Murid hendaklah meminta kebenaran dari guru untuk menggunakan
kemudahan internet dan alat pencetak.
Murid hendaklah mencatatkan maklumat penggunaan bilik komputer pada
buku log penggunaan komputer (pelajar).
Murid hendaklah melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan
terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian komputer kepada
guru bertugas,
Murid dilarang sama sekali mengalihkan atau memindahkan peralatan
dan perkakasan dalam bilik komputer.
Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran.
Murid tidak berebut-rebut memasuki bilik komputer,
Dilarang membuat bising dan berlari di dalam bilik komputer.
4.3Tatacara Guru
Memastikan murid menerima taklimat keselamatan daripada penyelaras
bilik komputer sebelum menggunakannya,
Memastikan segala peraturanyang telah ditetapkan dan peraturan-
peraturan serta arahan yang diberikan diikuti dari semasa ke semasa.
Memastikan kebenaran menggunakan bilik komputer dibuat kepada
penyelaras sebelum menggunakan kemudahan komputer.
Memastikan murid mengikut jadual penggunaan bilik komputer seperti
yang telah ditetapkan.
Memastikan murid menanggalkan kasut dan menyusunnya dengan teratur
sebelum memasuki bilik komputer.
Memastikan murid menggunakan kemudahan bilik komputer mengikut
langkah-langkah yang telah ditetapkan.
Memastikan murid mengikut panduan yang betul semasa menghidupkan
dan mematikan peralatan komputer.
Mengiringi murid semasa berada di bilik komputer.
Memastikan murid tidak memasuki Bilik Pelayan (server)
Memastikan murid mendapatkan kebenaran dari guru untuk
menggunakan kemudahan internet dan alat pencetak.
Memastikan maklumat penggunaan bilik komputer dicatat dalam buku log
penggunaan bilik (guru bertugas) dan buku log penggunaan komputer
(pelajar).
Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua
peralatan, perkakasan dan perisian komputer kepada penyelaras bilik
komputer.
Memastikan murid tidak sama sekali mengalihkan atau memindahkan
peralatan dan perkakasan dalam bilik komputer.
Memastikan pelan laluan kebakaran sedia ada digunapakai sekiranya
berlaku kebakaran.
Memastikan murid tidak membuat bising dan berlari di dalam bilik
komputer.
Memastikan semua suis ditutup sebelum meninggal bilik komputer.
Rumusan
Peraturan-peraturan keselamatan semasa berada di bilik-bilik serta tempat-
tempat khas adalah sangat perlu dibuat dan diikuti berikutan banyak kejadian yang
tidak diingini berlaku tanpa kita sedari. Peraturan-peraturan serta tatacara penggunaan
ini membolehkan setiap penggunanya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga
demi keselamatan diri dan harta benda yang terlibat. Peraturan-peraturan ini
membolehkan murid sentiasa mengamalkan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab
terhadap tingkah laku mereka. Manakala ianya boleh dijadikan panduan oleh guru
bagaimana bertindak dan sentiasa dalam perhatian supaya semua aktiviti yang
dijalankan berada dalam keadaan terkawal. Justeru itu peraturan-peraturan serta
tatacara penggunaan yang dibuat perlulah mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan. Bagi pihak sekolah garis panduan yang ditetapkan adalah mengikut surat
siaran atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rujukan
Mohd Noorazam Abdul Razak.et al.(2011).HBHE 3203Kebersihan dan Keselamatan
Persekitaran.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.
Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer
http://mrriz575.edublogs.org/about/teknologi/
Pengurusan Stor Peralatan Pendidikan Jasmani
http://notapismp.blogspot.com/2009/09/pengurusan-stor-peralatan-pendidikan.html
Peraturan Stor Sukan SK Jerantut Jaya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1028&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_32.htm
Polisi Keselamatan Kegiatan Kokurikulum Sekolah
http://khairulsham.blogspot.com/p/polisi-keselamatan-kegiatan-luar-bilik.html
Tatacara Pengurusan Kantin
http://hemsktbi.blogspot.com/2010/07/matlamat-pengurusan-kantin-sekolah-sk.html
Bidang-Bidang Berkaitan Pengurusan Hem Di Sekolah Kebajikan Pelajar
http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem3.htm