1.0 Setel

6
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Latarbelakang Kajian Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca melibatkan proses kefahaman yang dibina secara berterusan oleh pembaca untuk memperoleh makna teks. Justeru, Marohaini (1999) merumuskan, sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan. Perkara yang sangat ditekankan dalam proses membaca ialah seseorang pembaca itu perlu dapat berfikir, merasai, dan membayangkan, serta memahami apa yang dibaca. Pengajaran kemahiran membaca sangat penting bagi melahirkan murid yang mampu menguasai kemahiran verbal dan literal. Hal ini disokong oleh Atan (1980), membaca dikatakan sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan. Kemahiran membaca ditetapkan secara khusus dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 2003 dalam Hasil Pembelajaran 5.0 hingga 7.0. Penetapan ini membantu murid dalam penguasaan kemahiran

description

hehehehehehehhehehehejelkekelkeekmekmeklmekmekmkemkeklmkemkmemkemkekmelkmekemmeeeepejhhjkbjkbj j gjg uftf ytf ytf ytf tfy tf ytf ty ftftyf tyftf yyf

Transcript of 1.0 Setel

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Latarbelakang Kajian

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca melibatkan proses kefahaman yang dibina secara berterusan oleh pembaca untuk memperoleh makna teks. Justeru, Marohaini (1999) merumuskan, sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan. Perkara yang sangat ditekankan dalam proses membaca ialah seseorang pembaca itu perlu dapat berfikir, merasai, dan membayangkan, serta memahami apa yang dibaca.

Pengajaran kemahiran membaca sangat penting bagi melahirkan murid yang mampu menguasai kemahiran verbal dan literal. Hal ini disokong oleh Atan (1980), membaca dikatakan sebagai satu proses yang melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan. Kemahiran membaca ditetapkan secara khusus dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah 2003 dalam Hasil Pembelajaran 5.0 hingga 7.0. Penetapan ini membantu murid dalam penguasaan kemahiran membaca secara menyeluruh. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran, kemahiran membaca diajarkan pada semua peringkat pembelajaran iaitu bermula dari Tahap Satu hingga Tahap Dua.

Tahap pembacaan murid Tahap Satu memfokuskan kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yang dibacakan. Manakala bagi murid Tahap Dua pula, penekanan kepada proses membaca, memahami dan mengenal pasti isi-isi penting dalam petikan yang diberi serta sebagai langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah rendah. John B. Carol (1968) mendefinisikan bahawa membaca merupakan satu proses untuk mendapatkan makna, iaitu isi-isi penting yang kadang kala dalam bentuk bunyi dan berubah kepada rakaman visual untuk menambahkan lagi kefahaman.

Membaca juga tidak sekadar dapat mengecam perkataan dan huruf tetapi perlu seiring dengan pemahaman tentang petikan yang dibaca. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), istilah pemahaman diertikan sebagai keupayaan seseorang untuk memahami sesuatu dan dapat menerangkan perkara yang difahaminya kepada rakan. Pemahaman juga dijelaskan sebagai satu pengertian tentang sesuatu dalam erti kata mengetahui, benar-benar mengerti dan seterusnya mempercayai apa yang difahami.

Berdasarkan definisi yang diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa proses memperoleh maklumat melalui gabungan beberapa proses kompleks, iaitu proses sensori, pengamatan, linguistik dan kognitif. Setiap proses ini memainkan peranan penting dalam proses keseluruhan membaca. Tanpa hubung kait antara setiap proses kompleks tersebut, proses membaca tidak akan dapat berlaku dengan baik, selain matlamat yang hendak dicapai melalui proses membaca tidak akan tercapai.

Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid mengenal pasti isi-isi penting berdasarkan bahan yang dibaca dengan menggunakan Peta Pokok. Apabila murid dapat mengecam dan mengesan isi penting yang terkandung dalam petikan yang dibaca, secara tidak langsung membantu murid memahami keseluruhan idea yang disampaikan melalui petikan tersebut. Hal ini kerana, membaca dan memahami merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai dengan baik oleh seseorang murid. Kamus Dewan (2007) mendefinisikan membaca ialah melihat dan memahami apa-apa yang tertulis. Manakala, Marohaini (1989) merumuskan bahawa membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua kemahiran utama yang diperakui wujud dalam membaca iaitu kemahiran mengecam perkataan dan kemahiran memahami maklumat yang dibaca.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sesi Praktikum Fasa Tiga telah pengkaji jalankan bermula pada 27 Januari 2014 di sebuah sekolah di Arau. Pada permulaan pengajaran, iaitu seawal minggu kedua hinggalah minggu keempat pengkaji tidak begitu nampak akan masalah yang dihadapi oleh murid. Perkara ini wujud mungkin kerana selama pengkaji mengajar, pertanyaan yang sering pengkaji ajukan kepada murid adalah seperti:

Kamu faham atau tidak dengan pengajaran yang cikgu sampaikan tadi?

Faham cikgu.

Namun pengkaji yakin, tidak mungkin murid yang pengkaji ajarkan ini tidak mempunyai apa-apa kelemahan. Tambahan pula sekolah ini hanya mempunyai satu kelas bagi setiap tahun. Hal ini menunjukkan bahawa dalam kelas ini mempunyai murid yang pelbagai aras dan tahap pencapaiannya.

Masalah pertama yang dapat pengkaji kenal pasti adalah apabila pengkaji menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran membaca. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah murid dikehendaki menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam petikan teks yang dibaca. Objektif sesi pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai kerana hampir keseluruhan murid tidak dapat mengenal pasti dan menyenaraikan isi penting berdasarkan teks yang telah dibaca dengan betul. Lebih mengejutkan pengkaji ialah apabila murid bertanyakan soalan:

Cikgu, isi penting itu apa?.

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa murid tidak dapat memahami petikan teks yang telah dibaca. Buktinya, terdapat murid yang telah menulis dengan ayat yang tidak lengkap dan ada juga yang menyalin semula dengan ayat yang terlalu panjang.

Situasi ini menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah dalam kemahiran membaca. Hal ini lebih jelas apabila setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti membaca dijalankan, murid dilihat tidak membaca dengan baik. Mereka tidak dapat memahami isi petikan teks dengan baik kerana ingin cepat menghabiskan bacaan. Pengkaji juga dapat mengenal pasti bahawa murid tidak mempunyai minat yang mendalam untuk membaca. Mungkin kerana tiada bahan rangsangan yang sesuai yang dapat menarik minat mereka untuk membaca menjadi salah satu faktor kepada masalah ini. Pengkaji berpendapat masalah ini perlu diatasi dengan segera dengan mengubah cara belajar murid. Kemahiran belajar yang berkesan dapat meningkatkan aras pemikiran murid pada tahap penilaian berpandukan Taksonomi Bloom iaitu murid dapat menilai, mengesah, membukti, memberi pendapat dan sebagainya. Sekiranya suatu teknik dapat diaplikasikan dengan baik oleh murid, mereka sudah pasti akan dapat memahami suatu topik dengan mudah.

Cadangan bagi penyelesaian masalah ini ialah dengan menggunakan teknik Peta Pokok. Peta Pokok merupakan salah satu daripada peta pemikiran yang diperkenalkan melalui program i-Think. Peta pemikiran ini bukanlah satu teknik belajar yang baharu, tetapi merupakan alat berfikir yang membolehkan guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna. Berdasarkan kajian kecerdasan, peta pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik. Hal ini secara tidak langsung akan dapat menarik minat murid untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran membaca terutamanya dalam mengenal pasti isi penting berdasarkan petikan yang dibaca. Apabila isi penting dapat dikenal pasti dengan baik, sudah pasti murid dapat memahami kandungan petikan teks dengan berkesan.