101010668-Kemahiran-Manipulatif.ppt
-
Upload
sadai-lasan -
Category
Documents
-
view
33 -
download
0
description
Transcript of 101010668-Kemahiran-Manipulatif.ppt
Kemahiran manipulatif ialah kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan pelajar mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul, menggendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan dan pengukuran dengan betul.
Mengguna & mengendali peralatan sains & bahan dengan betul
Menyimpan peralatan sains & bahan dengan betul & selamat
Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
Mengendali spesimen hidup & bukan hidup dengan betul dan cermat
Melakar spesimen, bahan & peralatan sains dengan tepat
Memerhatikan
Mengelas
Mengukur
Meramalkan
Mentafsir maklumat
Mengeksperimen
Berkomunikasi
KEMAHIRAN PROSES SAINS
KEMAHIRAN MANIPULATIF
Mengendalikan
Menyimpan peralatan
Membersihkan
Menyimpan spesimen
Melakar
Mengendalikan
spesimen
Penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif membolehkan pelajar meningkatkan lagi kemahiran berfikir secara rasional, analitis dan kritis serta memperkembangkan kemahiran pelajar dalam mengendalikan maklumat dan menyelesaikan masalah.
Setelah mengetahui langkah-langkah atau sesuatu teori maka para pelajar akan mengaplikasikannya ke bentuk psikomotor iaitu dengan melakukan sendiri aktiviti-aktiviti tersebut.
Kemahiran manipulatif adalah merupakan salah satu daripada komponen yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tanpa penguasaan yang baik, para guru tidak dapat mengajar mata pelajaran dengan berkesan serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar ketika berada di makmal.
Ini kerana cara pengendalian alatan dan bahan dalam makmal adalah sangat penting dalam menjamin keselamatan pelajar serta guru itu sendiri.