11. HBEF2803 Topik 7 -...

25
PENGENALAN Seperti kata pepatah Melayu, masa itu emas. Masa lebih bernilai daripada harta benda kerana sekali masa berlalu, ia tidak boleh berulang kembali. Isu masa yang sering diperkatakan dalam bidang perguruan ialah pengurusan masa dan pengurusan tekanan dalam tugas seorang guru. Guru disarankan supaya mengamalkan ketepatan waktu, iaitu seorang guru perlu menepati waktu semasa masuk ke kelas untuk mengajar dan keluar tepat pada waktunya, bukannya lambat masuk ke kelas dan cepat keluar dari kelas. Begitu juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan tugas guru. Guru perlu mempamerkan amalan ketepatan waktu. Guru perlu merancang masa dengan berkesan supaya dapat memupuk kesepaduan disiplin tanpa tekanan. Guru diakui sentiasa mengejar waktu kerana terlalu banyak perkara yang mesti Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep pengurusan masa; 2. Menyenaraikan amalan ketepatan waktu; 3. Menghuraikan perancangan masa yang berkesan; 4. Mengenal pasti pelaksanaan tugas yang efisien dan selamat; 5. Menjelaskan konsep pengurusan tekanan; 6. Mengenal pasti pengurusan amarah; dan 7. Menganalisis pengurusan kekecewaan. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 7 7 Pengurusan Masa dan Tekanan

Transcript of 11. HBEF2803 Topik 7 -...

Page 1: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� PENGENALAN

Seperti kata pepatah Melayu, masa itu emas. Masa lebih bernilai daripada harta benda kerana sekali masa berlalu, ia tidak boleh berulang kembali. Isu masa yang sering diperkatakan dalam bidang perguruan ialah pengurusan masa dan pengurusan tekanan dalam tugas seorang guru. Guru disarankan supaya mengamalkan ketepatan waktu, iaitu seorang guru perlu menepati waktu semasa masuk ke kelas untuk mengajar dan keluar tepat pada waktunya, bukannya lambat masuk ke kelas dan cepat keluar dari kelas. Begitu juga dengan hal-hal yang berkaitan dengan tugas guru. Guru perlu mempamerkan amalan ketepatan waktu. Guru perlu merancang masa dengan berkesan supaya dapat memupuk kesepaduan disiplin tanpa tekanan. Guru diakui sentiasa mengejar waktu kerana terlalu banyak perkara yang mesti

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep pengurusan masa;

2. Menyenaraikan amalan ketepatan waktu;

3. Menghuraikan perancangan masa yang berkesan;

4. Mengenal pasti pelaksanaan tugas yang efisien dan selamat;

5. Menjelaskan konsep pengurusan tekanan;

6. Mengenal pasti pengurusan amarah; dan

7. Menganalisis pengurusan kekecewaan.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

77 � Pengurusan

Masa dan Tekanan

Page 2: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

156

diselesaikan dalam waktu jadual persekolahan sebelum pukul 1.30 tengahari, manakala di sebelah petang pula, masa guru terlibat dengan aktiviti kokurikulum. Di sebelah petang pula, jadual persekolahan sesi petang bermula dari jam 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang. Di samping itu, guru terpaksa memeriksa buku pelajar dan menguruskan tanggungjawab rumah tangga yang sangat padat. Guru perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan efisien dan selesa. Situasi terlalu mengejar masa, boleh membawa kesan kepada guru-guru menghadapi tekanan. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan banyak penyakit yang akan datang seperti serangan sakit jantung, darah tinggi dan penyakit lain yang kronik. Persekitaran juga menyumbang kepada bertambahnya tekanan guru seperti rakan sejawat, arahan yang kurang jelas, masa dan tempoh yang singkat untuk menyiapkan kerja, corak kepimpinan pengetua dan kesesakan jalan raya. Semua gejala ini menjadi punca utama guru tertekan. Oleh itu, guru perlu bijak menguruskan tekanan, mengawal rasa marah dan rasa kekecewaan yang mungkin timbul. Sebenarnya, fenomena ini turut boleh membawa kesan kepada kesihatan dan melunturkan semangat kerja. Keadaan ini boleh diatasi dengan kekuatan dalam pengurusan perasaan amarah dan kekecewaan yang bermula daripada diri anda sendiri.

PENGURUSAN MASA

7.1

1. Anda mengajar lima jam sehari. Adakah anda rasa tertekan ketika berada di sekolah?

2. Berapa lama anda mengambil masa untuk persediaan mengajar? 3. Berapa lama anda mengambil masa untuk menandakan buku

pelajar?

SEMAK KENDIRI 7.1

Page 3: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

157

7.1.1 Konsep Pengurusan Masa

Mengikut kitab Al-Quran; „Demi masa manusia rugi kecuali yang beriman dan melakukan kerja amalan yang baik, berpesan kepada jalan kebaikan dan berpesan kepada jalan kebenaran‰. Konsep pengurusan masa merujuk kepada guru menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk menghasilkan kerja yang terbaik demi prestasi pelajar dari segi akademik, kemahiran dan sikap. Guru yang gagal dalam aspek pengurusan masa akan membazir dan lalai dalam pengurusan masa. Nelson Ian (1995) menjelaskan bahawa kebanyakan guru mengadu bahawa masa 24 jam sehari tidak cukup untuk melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Guru harus efektif dan pandai mengatur masa dan kerja supaya pelajar mendapat pendidikan yang terbaik. Konsep pengurusan masa yang berkesan bagi guru adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.1 berikut:

Jadual 7.1: Konsep Pengurusan Masa Berkesan

Tugas Harian yang Dijalankan

1. Mengajar lima jam sehari.

2. Persediaan mengajar untuk mata pelajaran yang diajar.

3. Dokumentasikan hasil kerja.

4. Merekodkan prestasi pelajar.

5. Menghadiri mesyuarat staf akademik dan perjumpaan dengan ibu bapa.

6. Menghadiri kursus dan bengkel.

7. Membuat kerja pentadbiran dan kurikulum.

Anda perlu mengurus masa dengan berkesan supaya anda tidak rasa tertekan dengan tugas sebagai seorang guru, selain melaksanakan tugas lain seperti menguruskan rumah tangga dan keluarga, melakukan aktiviti rekreasi, urusan peribadi dan membaca buku. Berikut diberikan contoh senarai semak diri dalam pengurusan masa seorang guru: (a) Merancang pengajaran;

(b) Merancang untuk satu hari;

(c) Merancang untuk satu minggu;

(d) Menyediakan senarai apa yang patut diutamakan;

(e) Memeriksa kerja pelajar dan kerja rumah;

Page 4: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

158

(f) Membaca buku;

(g) Membuat laporan kemajuan pelajar; dan

(h) Membuat panggilan telefon berkenaan pelajar. Sebagai perbandingan, apabila anda bijak dalam pengurusan masa, anda akan merasa selesa dan profesional dalam menguruskan masa anda. Jadual 7.2 berikut adalah contoh senarai semak untuk memastikan anda mengurus masa dengan baik. Anda perlu menjawab dengan jujur penyataan berikut.

Jadual 7.2: Senarai Semak Pengurusan Masa

Senarai Semak Pengurusan Masa YYa TTidak

1. Masuk kelas lambat.

2. Lambat masuk mesyuarat.

3. Lambat sampai sekolah.

4. Kerja sekolah bawa balik rumah.

5. Meja tidak kemas.

6. Bilik tempat kerja tidak kemas.

7. Hilang surat pekeliling yang penting.

8. Hilang surat arahan pentadbiran.

9. Tidak dapat menonton televisyen.

10. Melaksanakan kerja sekolah pada masa hujung minggu.

11. Tidak sempat makan tengahari.

12. Anda tidak tahu di mana anda hendak cari sesuatu benda.

Kalau kebanyakan jawapan anda adalah „ya‰, maka anda tidak bijak menguruskan masa. Mulai sekarang, anda perlu mengubah sikap anda dalam kemahiran mengurus masa. Anda perlu kuatkan semangat supaya dapat melaksanakan tindakan yang berikut: (a) Tidur awal;

(b) Bangun awal;

(c) Masuk kelas awal;

(d) Datang mesyuarat awal;

(e) Sampai sekolah awal;

Page 5: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

159

(f) Elakkan bawa balik rumah kerja sekolah;

(g) Kemaskan meja kerja dan bilik tempat kerja;

(h) Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu;

(i) Ambil sedikit masa untuk makan tengahari dan elakkan berbual kosong; dan

(j) Tahu di mana anda meletakkan barang-barang anda supaya tidak membuang masa untuk mencarinya semula.

7.1.2 Kepentingan Masa

Kita jarang memikirkan apa yang kita buat setiap hari. Kita tidak mencatatkannya kerana itu rutin hidup kita. Siang dan malam berlalu dalam keadaan tidak cukup masa. Kita tidak dapat meminjam masa. Sekali masa berlalu, kita tidak dapat menggantikannya. Dengan itu, untuk peringkat pertama dalam mengurus masa dengan lebih berkesan, anda kena memahami dengan jelas bagaimana anda menggunakan masa anda. Anda perlu mencuba dengan latihan yang mudah untuk melihat dengan jelas bagaimana anda menggunakan masa anda. Anda boleh melihat melalui aktiviti anda seharian. Sila rujuk contoh aktiviti berikut:

Aktiviti Masa

� Masa tidur.

� Masa bekerja.

� Masa dalam perjalanan sesuatu tempat.

� Masa makan.

� Masa menonton televisyen.

� Masa bersenam.

� Masa mengemas bilik di rumah.

� Masa untuk membersihkan diri.

� Masa melancong atau menziarahi ibu bapa/saudara mara/orang sakit/orang meninggal.

Page 6: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

160

Jumlah yang sepatutnya digunakan untuk keseluruhan masa dalam seminggu adalah 168 jam seminggu. Sekiranya anda memperoleh 168 jam seminggu, anda tidak perlu membaca modul ini sebab anda telah menggunakan masa dengan baik sekali. Daripada renungan analisis aktiviti ini, anda dengan mudah akan dapat mengurus masa anda dengan selesa. Sekiranya anda serius untuk memperbaiki pengurusan masa anda, maka anda harus sentiasa mematuhi masa bekerja dan masa yang lain dalam keadaan seimbang. Memang diakui kita menghadapi masalah kekangan masa, iaitu tidak cukup masa tetapi masa yang diberi oleh Tuhan memang adil untuk semua orang. Terpulang kepada kita untuk menggunakan masa dengan berkualiti dan berfaedah kepada diri anda dan pelajar anda. Isi log masa (time-log) supaya anda menggunakan masa dengan baik dan berkesan dan tidak berbual kosong tanpa tujuan seperti duduk di kantin terlalu lama dari pukul 8.00 hingga 10.00 pagi seperti yang dilakukan oleh individu yang suka membazir masa. Anda perlu mengelakkan daripada berbual tentang hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan anda. Anda juga perlu mengenal pasti rakan sejawat anda yang suka membazir masa dan mengelakkan diri daripadanya. Sebagai seorang guru, anda perlu membina potensi pelajar. Arcaro (1995) menjelaskan „Teachers are the mediators who provide or fail to provide the essential experiences that permit students to release their awesome potential‰. Guru yang bertekad untuk mengurus masa dengan berkesan perlu merubah beberapa aspek berikut: (a) Perubahan peribadi. Contohnya, cara anda berjalan adalah satu perubahan

yang perlu dilakukan dengan segera. Elakkan berjalan lambat. Berjalanlah dengan cepat tetapi berhati-hati menuju ke kelas dengan yakin dan bergaya.

(b) Mematuhi log masa yang ditetapkan.

(c) Membuat keputusan berdasarkan satu mesyuarat dan mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar.

(d) Mematuhi arahan pekeliling dan taklimat.

(e) Bekerjasama dalam melaksanakan tugasan dalam pasukan dan selalu mengamalkan integrasi, sinergi dan kawalan masa.

Page 7: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

161

Log masa yang adil. Sila isikan aktiviti yang anda lakukan sejak anda bangun tidur.

Masa Aktiviti yang Perlu Dilaksanakan pada Setiap Hari (Tuliskan Sendiri)

7.00 pagi 8.00 9.00 10.00 11.00 12.00 tengahari 1.00 2.00 petang 3.00 4.00 5.00 6.00 7.00 8.00 malam 9.00 10.00 11.00 12.00 1.00 pagi 2.00 3.00 4.00 5.00 6.00 7.00

1. Adakah anda puas hati dengan apa yang anda lakukan?

2. Apakah tindakan anda supaya selesa dengan pengurusan anda?

3. Anda dikatakan adalah seorang yang membazir masa. Kenapa ini berlaku?

AKTIVITI 7.1

Page 8: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

162

MENGAMALKAN KETEPATAN WAKTU

Konsep mengamalkan ketepatan waktu ialah tidak berlengah-lengah dalam melakukan perkara yang ditetapkan. Contohnya, anda wajib sampai ke sekolah dan wajib masuk kelas pada masa yang ditetapkan. Anda tidak dibenarkan keluar kelas sebelum masanya. Perkara dan situasi yang menghalang anda daripada menepati waktu adalah seperti berikut: (a) Mencari bahan-bahan yang salah letak;

(b) Tiada atau tidak cukup bahan komputer;

(c) Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu perkara;

(d) Pengurusan stok dan bahan dalam kabinet yang tidak teratur;

(e) Menyimpan bahan stok yang tidak berguna;

(f) Menghadiri mesyuarat yang panjang berjela dan bercakap tanpa objektif;

(g) Pengerusi mesyuarat suka berleter; dan

(h) Menghadiri mesyuarat yang diadakan semata-mata untuk mengadakan mesyuarat.

Halangan-halangan yang menyebabkan anda tidak dapat menepati waktu dan perlu ditangani dengan berhati-hati adalah seperti berikut: (a) Rakan sejawat hendak berbual;

(b) Pelajar hendak mengadu masalah;

(c) Ibu bapa hendak membincangkan masalah anak mereka;

(d) Tetamu hendak membincangkan program sekolah; dan

(e) Pegawai-pegawai datang melawat sekolah.

7.2

Pernahkah anda menghitung dan rasa menyesal dengan masa yang berlalu tanpa aktiviti yang berfaedah?

SEMAK KENDIRI 7.2

Page 9: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

163

Bagi membantu anda dalam menepati masa, anda boleh mengatur masa dengan berdasarkan Jadual 7.3.

Jadual 7.3: Aturan Masa untuk Menepati Masa

Masa PPerancangan OOrganisasi KKerja MMesyuarat Halangan yang Boleh Diatasi

� Masa yang ditetapkan contohnya mesyuarat pada pukul 2.00 petang

� Persediaan awal yang perlu ada seperti minit mesyuarat

� Kehendak organisasi seperti surat menyurat

� Bidang kerja yang perlu dibuat secara terperinci contohnya tempahan bilik untuk mesyuarat

� Catatkan tempat, tarikh dan masa mesyuarat

� Surat panggilan mesyuarat perlu ada bersama

� Cuaca

� Kenderaan

� Masa makan disegerakan

� Masa solat dijaga

� Persiapan pengurusan

� Jadual sekolah anak disiapkan

MERANCANG DENGAN BERKESAN

Konsep merancang dengan berkesan ialah membuat sesuatu perkara atau program yang mendahului masa yang sepatutnya, sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh program. Anda akan dapat memantau tindakan di sepanjang masa sehingga objektif program tercapai. Banyak perkara yang diambil kira untuk memastikan program berjalan lancar. Anda sentiasa perlu mengingati tarikh

7.3

1. Sediakan satu laporan ringkas tentang halangan-halangan yang anda tempohi sepanjang pengalaman anda sehingga tidak dapat menepati masa dan anda sangat menyesalinya.

2. Senaraikan implikasi kepada diri anda dan orang lain apabila anda tidak menepati masa.

AKTIVITI 7.2

Pernahkah anda merancang masa anda dalam jangka masa panjang?

SEMAK KENDIRI 7.3

Page 10: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

164

akhir persiapan sesuatu program. Sekiranya program tersebut melibatkan ramai guru lain, maka semua perlu peka kepada tarikh tersebut. Jadual 7.4 berikut mempamerkan perancangan berkesan untuk program persembahan drama sekolah (projek). Anda perlu menyediakan senarai semak untuk setiap langkah dalam tugasan supaya tidak ada yang tertinggal dalam perancangan tersebut. Terdapat beberapa tugasan yang perlu disiapkan sebelum masa yang sebenarnya tiba.

Jadual 7.4: Senarai Semak bagi Setiap Langkah dalam Tugasan

Tugasan Minggu

1 (2.1.2012)

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Minggu 5

Minggu 6

Minggu 7

Minggu 8 Tarikh

Persembahan Drama pada

28.2.2012

Menulis skrip untuk pelajar

/ /

Menaip skrip untuk pelajar /

Membuat fotostat skrip /

Menghafal skrip /

Menulis surat kepada ibu bapa

/

Membuat ujibakat /

Membuat kostum /

Membuat prop, pentas dan latar belakang

/ / / /

Membuat Latihan pelakon

/ / / /

Menghantar surat jemputan kepada dif-dif kehormat dan ibu bapa

/

/

/

Menyediakan make up

/

Menempah tiket dan menjual tiket

/ / / / /

Persembahan drama bermula pada 28.2.2012

Page 11: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

165

Semasa merancang untuk jangka masa panjang, ramai orang yang terlibat. Maka, dari masa ke semasa, perlu diadakan perjumpaan untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Bagi merancang dalam jangka masa pendek pula, anda hanya perlu mencatatkan dalam diari berkenaan mesyuarat yang perlu dihadiri, tindakan yang perlu diambil supaya pelajar yang terlibat dapat dihubungi segera dan pada masa yang sama, tidak membazir masa untuk mengurus pelajar yang tinggal jauh dari sekolah.

MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN EFISIEN DAN SELAMAT

Anda perlu melaksanakan tugas dengan efisien dan selamat. Utamakan keselamatan para pelajar dan diri sendiri supaya dapat mengelakkan diri dari segala bentuk kemalangan dan kecederaan. Menurut Nelson (1995), „Buat satu kerja pada satu masa. Ambil keputusan kerja mana yang hendak dilakukan dan siapkanlah sebaik mungkin.‰ Berikut adalah keberkesanan melaksanakan tugas dengan efisien dan selamat: (a) Pelajar dapat menyiapkan kerja dengan sempurna;

(b) Mereka dapat mencapai objektif pembelajaran;

(c) Mereka dapat memahami arahan dengan jelas;

(d) Mereka mengemaskan barang-barang sebelum meninggalkan kelas; dan

(e) Mereka dapat memastikan semua barang-barang tersimpan dengan kemas dan selamat.

7.4

Huraikan perancangan anda untuk membuat satu lawatan sekolah, contohnya lawatan sekolah ke pesta pameran buku yang bakal diadakan dalam masa sebulan lagi. Buatkan satu jadual senarai semak setiap langkah dalam tugasan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.4.

AKTIVITI 7.3

Page 12: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

166

Dalam menyempurnakan tugas dengan segera, tentu anda berhadapan dengan kekangan masa. Anda perlu mempunyai sistem fail yang mudah diperoleh seperti berikut: (a) Sebelum menyimpan sebarang kertas dalam fail, fikirkan mengapa anda

perlu menyimpannya (Nelson, 1995) dan berapa lama untuk menyimpannya. Apabila anda memutuskan untuk menyimpannya, maka anda akan menyimpannya dengan sistematik. Ini dapat menjimatkan masa anda dalam mencari kertas itu bila diperlukan. Segala kertas yang tidak diperlukan perlu dibuang segera;

(b) Mula dan tamatkan mesyuarat mengikut masa yang ditetapkan; dan (c) Jangan berbalah dengan rakan sejawat tentang perkara remeh-temeh

kerana ini membazir masa. Mesyuarat yang berkesan dapat mengelakkan pembaziran masa. Kajian menunjukkan 70% daripada masa terbuang disebabkan mesyuarat (Nelson, 1995). Ini berlaku kerana guru tidak mahir mengendalikan mesyuarat. Berikut adalah cara-cara mengendalikan mesyuarat dengan berkesan: (a) Anda perlu mengetahui apakah objektif mesyuarat tersebut. Jika mesyuarat

itu tidak penting, ia tidak perlu diadakan dan kalau diteruskan juga bermakna membuang masa. Kegagalan mengenal pasti objektif mesyuarat menjadikan kehadiran guru dalam mesyuarat tersebut membuang masa.

(b) Kenal pasti siapa yang patut menghadiri mesyuarat tersebut. Adalah

membazir masa jika semua guru dipanggil sedangkan idea dan pendapat mereka tidak diperlukan. Lebih baik mereka masuk ke kelas untuk mengajar.

Terdapat banyak cara di mana maklumat dapat disampaikan kepada guru tanpa melalui mesyuarat, sebab kita tahu mesyuarat banyak membuang masa guru. Langkah yang boleh diambil untuk memastikan semua guru memperoleh maklumat segera tanpa menghadiri mesyuarat adalah seperti berikut: (a) Menghantar memo dan menandatangani penerimaan memo;

(b) Menelefon guru yang berkenaan;

(c) Berjumpa individu yang berkenaan;

(d) Mengedarkan nota yang berkaitan kepada guru;

Page 13: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

167

(e) Menampal arahan di papan kenyataan guru; dan

(f) Guru Panitia memberi taklimat ringkas dan mengambil kehadiran guru.

PENGURUSAN TEKANAN

Seorang guru mungkin menghadapi tekanan dan berasa tertekan, kecewa, bimbang, marah dan murung akibat kerjanya. Terdapat banyak sebab guru mengalami tekanan. Contohnya adalah seperti berikut: (a) Disiplin pelajar yang rendah, kes buli, kes bunuh dan sebagainya.

(b) Polisi sekolah contohnya mewajibkan guru datang ke sekolah pada hari Sabtu.

(c) Iklim sekolah di mana hubungan dengan pengetua kurang harmoni. Pengetua kurang mementingkan aspek kemanusiaan.

(d) Permintaan ke atas guru seperti kelas tambahan.

(e) Terlalu banyak beban seperti mengajar kelas sehingga 30 waktu seminggu.

(f) Tidak cukup masa untuk menyiapkan kerja, terlalu banyak program di sekolah termasuk mengecat dinding sekolah dan menyusun buku di pusat sumber, membuat laporan pelajar yang salah laku dan sebagainya.

(g) Tidak cukup tenaga untuk melaksanakan tugas seharian.

7.5

Berdasarkan pengalaman anda, huraikan cara anda melaksanakan tugas anda dengan efisien dan selamat.

AKTIVITI 7.4

Kerja guru di sekolah mempengaruhi kesihatan dan prestasi kerja mereka. Adakah anda setuju dengan kenyataan ini? Apakah pendapat anda?

SEMAK KENDIRI 7.4

Page 14: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

168

(h) Tiada ganjaran dan terlalu sedikit pengiktirafan dari sekolah.

(i) Guru tidak dihargai setelah penat melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

(j) Konflik dengan rakan sejawat, pengetua dan ibu bapa. Pengurusan tekanan adalah perkara subjektif dan bagaimana seseorang mengatasi tekanan juga subjektif. Guru-guru menghadapi dan mengatasi tekanan dalam kehidupan seharian. Sesuatu yang berkesan untuk seorang guru mungkin tidak berkesan untuk guru lain. Namun, ia boleh menjadi sumber tambahan dalam mengurus tekanan. Berikut adalah cadangan cara-cara mengurus tekanan: (a) Menarik nafas dalam dan panjang supaya oksigen dapat masuk dan

memudahkan aliran darah beroksigen;

(b) Memperbaiki kemahiran interpersonal melalui latihan perubahan sikap yang positif, menerima sesuatu dengan pemikiran yang terbuka;

(c) Memupuk minat seperti menanam pokok bunga, memasak, berjalan, berbasikal, memandu dan solat;

(d) Bercakap mengenai apa yang dirasakan dengan rakan sejawat, suami/ isteri;

(e) Memikirkan perkara lain bagi mengganti perkara yang merungsingkan contohnya, kalau pangkat anda ditarik balik oleh pihak pentadbir anda boleh menulis sebuah buku untuk menenangkan pemikiran anda;

(f) Berbincang berkenaan hobi dengan rakan sejawat;

(g) Duduk berehat untuk minum kopi bersama rakan sejawat;

(h) Balik awal tetapi menepati masa;

(i) Berjenaka dan ketawa;

(j) Berhubung dengan rakan yang rapat;

(k) Tidak membuat kerja sekolah pada hari Sabtu dan Ahad;

(l) Berkongsi kesusahan dengan kawan-kawan rapat;

(m) Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam;

Page 15: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

169

(n) Mulakan hidup yang lebih teratur;

(o) Sentiasa tersenyum walaupun ada masalah;

(p) Bangun awal bagi memulakan aktiviti harian;

(q) Ambil cuti sambilan apabila keadaan memaksa;

(r) Mengikuti kursus dan berjumpa kawan baru;

(s) Cuba berbincang dengan rakan yang bukan guru;

(t) Berehat sebelum penat;

(u) Cuba berkata „tidak‰ kepada orang yang menjual barang kepada kita;

(v) Menonton wayang gambar;

(w) Apabila sampai di rumah, berehat dan tidak memikirkan perihal sekolah;

(x) Menerima masalah sebagai takdir dengan perasaan terbuka; dan

(y) Tidak mengendahkan (switching off). Di peringkat profesional, pihak atasan boleh melakukan perkara berikut: (a) Memberikan kaunseling kepada staf;

(b) Dapatkan sokongan daripada staf untuk mengurangkan tekanan;

(c) Memperbaiki keyakinan diri;

(d) Memberi rasional untuk beban tugas yang banyak;

(e) Elakkan membuat kerja secara bersendirian;

(f) Membuat refleksi setiap hari; dan

(g) Mencari kepuasan dan keyakinan diri sendiri contohnya dengan menulis buku, mendaki gunung, berenang, menunggang kuda dan lain-lain.

Teknik ‰Two Minutes Relaxation‰ (Berehat Dua Minit) juga boleh dipraktikkan untuk menggelakkan tekanan dengan cara berikut: (a) Bernafas secara dalam.

(b) Fikirkan berkenaan badan yang relaks.

Page 16: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

170

(c) Fikirkan bahawa tekanan keluar dari kaki, badan, tangan, leher dan bahu dan merasai tekanan keluar dari badan.

(d) Berbaring atau duduk atas kerusi yang boleh menyokong badan kita.

(e) Tutup mata dan blok semua bunyi.

(f) Rehatkan kepala dan dagu, biarkan lidah jatuh terjelir pada mulut yang terbuka dan bernafas dengan mendalam.

(g) Rehatkan bahu anda dan jatuhkan tangan anda.

(h) Rehatkan leher anda dan gerakkan ia secara perlahan.

(i) Fikirkan berkenaan tangan kanan dan tangan kiri sambil biarkan tekanan tangan jatuh pada jari-jari.

(j) Angkat kaki kiri dan seterusnya kaki kanan supaya tekanan turun ikut tumit.

(k) Dengar bunyi nafas anda, bunyi jantung anda dan bunyi perut anda.

(l) Selepas empat hingga lima minit, buka mata secara perlahan, terus bangun dan regangkan tangan dan kaki anda.

PENGURUSAN AMARAH

Marah adalah emosi yang tidak stabil dan boleh membawa padah kepada pelajar dan prestasi kerja guru. Contohnya, guru yang marah mungkin mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada atau mencederakan pelajar. Anda marah sebab rasa tertekan. Marah berlaku apabila ada ketidakseimbangan ketara di antara kehendak persekitaran dan keupayaan memenuhi kehendak tersebut sama ada tugas atau keperluan.

7.6

Huraikan cara-cara menangani tekanan yang anda rasa sesuai dengan diri anda.

AKTIVITI 7.5

Page 17: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

171

Guru yang marah kadang-kadang hilang kawalan diri lalu menggunakan bahan-bahan di sekeliling untuk memukul pelajar, seperti berikut: (a) Menggunakan pembaris panjang untuk memukul pelajar ditapak tangan;

(b) Menyebat pelajar dengan bulu ayam;

(c) Menggunakan rotan;

(d) Memukul dengan pembaris pada punggung pelajar hingga terdapat kesan lebam dan bengkak;

(e) Meludah pelajar;

(f) Membaling pemadam ke muka murid;

(g) Menendang dan menerajang murid;

(h) Mengurung murid dalam almari;

(i) Mengurung murid dalam tandas;

(j) Mengarahkan murid lari keliling padang;

(k) Membuli murid; dan

(l) Menghentak kepala murid dengan ketulan cincin di jari.

Rajah 7.2: Guru yang bersifat amarah

Page 18: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

172

Guru yang suka marah akan mudah mendapat tekanan dan burnout. Sila lihat Rajah 7.2. Cole M. (1989) menjelaskan bahawa ‰some of these teachers experiencing stress will also become burned out‰ dan „the result of burnout is that it detracts from the quality of teaching‰. Burnout bermaksud guru tidak puas hati dengan pekerjaannya dan ingin meninggalkannya. Guru yang burnout bagaikan pokok mati, tidak lagi menyumbang kepada kemajuan pelajar. Menurut Cole M. (1989), „burnout can have a negatif impact on the teacher themselves and on the pupils they teach‰. Berikut adalah tanda-tanda guru yang burnout: (a) Guru sudah tiada tenaga untuk memberi motivasi kepada pelajar jadi

motivasi yang diberikannya adalah kurang;

(b) Guru mempamerkan tingkah laku yang membimbangkan dan mengasari pelajar seperti menengking dan sebagainya, menyebabkan pelajar menjadi tidak berdisiplin;

(c) Pelajar bersikap negatif, tidak berminat kepada pelajaran, ponteng kelas, melawan cakap guru dan biadab;

(d) Keadaan kerja yang kelam-kabut, ketiadaan kemudahan telefon, ketiadaan pendingin udara, keadaan panas dan tiada kipas;

(e) Tekanan dan kekangan masa untuk memenuhi tuntutan kerja mengikut tarikh akhir. Ini merupakan aspek stres yang menimbulkan kemarahan sekiranya tarikh akhir terlalu dekat dan kerja diminta siapkan dalam masa terdekat;

(f) Status rendah � Gaji yang murah dan pandangan masyarakat yang memperlekehkan profesion keguruan seperti pelajar tidak menghormati guru dan ibu bapa datang ke sekolah memarahi guru di hadapan anak mereka dan pelajar lain;

(g) Konflik dengan rakan-rakan sejawat yang menjatuhkan maruah guru di hadapan pelajar, ibu bapa dan guru-guru lain atau termasuk pengetua; dan

(h) Pihak guru besar atau pengetua yang tidak menghargai pengorbanan guru dan tidak mengucapkan terima kasih terhadap penat-lelah guru mengajar dan membimbing pelajar. Terdapat juga guru besar yang memarahi guru di hadapan ibu bapa dan pelajar lain.

Page 19: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

173

Punca guru marah adalah seperti berikut: (a) Persekitaran Organisasi Tiada autonomi, kerja yang rencam dan pelbagai serta beban kerja yang

banyak. (b) Emosi Terganggu Kesempurnaan kendiri terganggu. (c) Fizikal Kemudahan tidak cukup, lampu tidak cukup terang dan ketiadaan talian

telefon. (d) Sosial Hubungan dengan pelajar tidak harmoni, kurang sokongan dari staf

sokongan dan pihak pentadbir. (e) Budaya Kerja Terlalu birokrasi, peraturan pentadbiran melampau, konflik, pengaruh

individu dan beban kerja yang ad-hoc. (f) Iklim dan Persekitaran yang Negatif Kawasan sekolah di pedalaman, kawasan setinggan, kawasan hulu

kampung, kawasan orang asli dan kawasan pergunungan jauh dari pengangkutan, pengangkutan sungai sahaja pergi dan balik, kawasan Felda, bangunan sekolah yang hampir roboh, bangunan lama, sekolah di tepi jalan raya dan bunyi bising kenderaan (guru terpaksa menjerit-jerit ketika mengajar).

Tindakan positif perlu diambil untuk menangani masalah marah. Dalam Islam apabila seseorang itu marah maka disarankan kepadanya berwuduk. Seorang guru yang mengalami situasi kemarahan mesti mengawal diri dengan kekuatan semangat diri dan peribadi yang baik serta tidak mencederakan pelajar atau orang lain di sekelilingnya dengan cara lisan atau fizikal. Sebenarnya, anda tidak perlu menunjukkan kemarahan kepada pelajar, guru lain atau pengetua. Siapa anda sebenarnya? Apa hak anda untuk memarahi orang lain? Berikut adalah jenis pengurusan amarah: (a) Cepat marah, lambat baik;

(b) Cepat marah, cepat baik;

(c) Lambat marah, lambat baik;

(d) Lambat marah, cepat baik; dan

(e) Tidak pernah marah/tidak marah.

Page 20: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

174

Cara mana yang anda amalkan? (a) Cepat Marah, Lambat Baik Anda mempunyai pengurusan amarah yang sangat buruk. Anda tidak

layak menjadi guru. Anda mempunyai peribadi dan akhlak yang lemah dan mempamerkan tingkah laku yang buruk. Anda memalukan diri, profesion dan keluarga anda. Anda sepatutnya berhenti menjadi seorang guru dan memilih profesion lain.

(b) Cepat Marah, Cepat Baik Peribadi anda seperti kanak-kanak, anda tidak mempunyai peribadi yang

teguh dan tidak boleh dicontohi sebagai guru yang profesional. Anda menghina profesion keguruan dan membawa padah kepada pelajar dan masyarakat. Anda tidak bijak dalam kemahiran interpersonal.

(c) Lambat Marah, Lambat Baik Anda seorang pendendam dan dengki hati. Anda ibarat api dalam sekam.

Anda tidak sesuai berada dalam profesion keguruan, kerana guru berhubung setiap hari dengan pelajar, rakan sejawat dan pengetua. Tingkah laku anda membawa implikasi yang merosakkan pelajar, bangsa dan negara. Ini kerana jiwa anda tidak ikhlas dalam membimbing pelajar supaya menjadi orang yang berguna kerana anda sendiri gagal mengurus amarah anda.

(d) Lambat Marah, Cepat Baik Anda menyimpan kemarahan yang meluap sehingga masa yang tidak

terhad. Sedangkan dalam Islam, hubungan manusia boleh terputus hanya tiga hari sahaja. Selepas tiga hari, anda perlu memberi salam, bermaaf-maafan, melupakan peristiwa lalu dan memulakan hubungan yang baik, selesa dan ikhlas. Anda patut menamatkan kemarahan bukannya menyimpan kemarahan yang berlarutan dan memutuskan hubungan.

(e) Tidak Marah Anda mempunyai pengurusan amarah yang hampir baik sebab yang

terbaik ialah tidak pernah marah atau marah yang bertempat iaitu menegur kesalahan dengan kata-kata nasihat kepada pelajar yang salah laku dan tidak mematuhi arahan sekolah. Guru mencari sebab kenapa pelajar berkelakuan yang tidak menyenangkan guru, ibu bapa dan pihak sekolah. Guru tidak layak memarahi pelajar kerana ini bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Guru perlu menguasai rasa marah dan menggantikannya dengan rasa empati dan prihatin kepada pelajar yang salah laku.

Page 21: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

175

Berikut adalah contoh pengurusan amarah yang baik dan yang boleh dipraktikkan oleh guru: (a) Mempunyai keyakinan diri;

(b) Prihatin kepada perbezaan individu, iaitu menyedari bahawa pelajar yang berbeza-beza terdapat dalam satu kelas;

(c) Mempamerkan kualiti kerja yang konsisten;

(d) Sentiasa bersedia dalam segala hal;

(e) Menyukai semua pelajar dalam kelas;

(f) Mengajar budaya dengan mendirikan kumpulan budaya dan meraikan hari perayaan, hari merdeka, hari guru, hari kanak-kanak, hari buruh, hari ibu, hari bapa, hari sukan, hari kantin dan gotong-royong;

(g) Bertindak sebagai tutor yang memahami kehendak pelajar.

(h) Mengucap selamat dan tahniah kepada pelajar.

(i) Berbincang secara terus dan telus dengan pengetua.

(j) Peluang kenaikan pangkat atau kedudukan set keutamaan diberikan kepada guru yang lebih lama berkhidmat agar tidak menimbulkan konflik dan iklim tidak harmoni.

(k) Pengetua perlu elakkan pilih kasih (ini boleh mempengaruhi polisi dan operasi sekolah).

(l) Mempunyai penampilan diri yang baik � Mengekalkan imej sebagai guru yang bertanggungjawab dan mempunyai kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang mantap.

1. Senaraikan punca-punca yang membuat anda marah.

2. Apakah akibat perasaan marah anda kepada pelajar?

3. Bagaimanakah anda mengurus rasa marah?

4. Adakah anda mampu berjanji yang anda akan meninggalkan tabiat anda yang suka marah? Senaraikan tindakan usaha anda dalam pengurusan amarah.

AKTIVITI 7.6

Page 22: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

176

PENGURUSAN KEKECEWAAN

Guru mungkin kecewa jika pelajar tidak menunjukkan prestasi yang baik dari segi akademik, kemahiran, sikap dan tingkah laku. Segala tohmahan dari pelajar, ibu bapa dan pengetua terpaksa dihadapi. Guru perlu memperolehi kepuasan supaya dapat mengurangkan kecewa dan perasaan tertekan. Terdapat juga beberapa masalah lain yang menyebabkan guru kecewa. Di antaranya ialah: (a) Pelajar tidak dapat menjawab soalan latihan;

(b) Pelajar tidak menyiapkan tugasan yang diberikan;

(c) Pelajar tidak memberi tumpuan kepada pelajaran;

(d) Pelajar tidak bersedia menerima pendapat;

(e) Pelajar mengambil peluang untuk membuli guru;

(f) Pelajar terlalu mengikut emosi;

(g) Ibu bapa mempertikai kredibiliti pengajaran guru terhadap anak-anak mereka; dan

(h) Serangan daripada ibu bapa yang membela kesalahan anak mereka. Konsep pengurusan kekecewaan adalah tindakan guru dalam menangani perasaan kecewa dengan menggunakan pelbagai strategi dari segi mental dan perubahan sikap. Mengajar adalah sebahagian daripada proses mensosialisasikan pelajar. Walau bagaimanapun perlu diingatkan bahawa ibu bapa, rakan sebaya, jiran, media massa dan budaya lebih kuat pengaruhnya terhadap pelajar. Inilah

7.7

1. Apakah itu kecewa?

2. Bilakah anda dikecewakan?

3. Kenapa anda kecewa?

4. Siapa yang mengecewakan anda?

5. Bagaimanakah anda menguruskan rasa kecewa?

6. Adakah anda menangis bila kecewa? Kenapa?

7. Adakah anda dapat melupakan kekecewaan anda itu?

SEMAK KENDIRI 7.5

Page 23: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

177

cabaran-cabaran yang perlu dihadapi guru dalam membuat pertimbangan tindakan terhadap pelajar yang „devian‰ dan delikuensi. Di sekolah, murid diajar nilai-nilai yang baik tetapi di luar sekolah, media massa menonjolkan nilai-nilai yang tidak baik seperti mengiklankan rokok. Di sekolah pelajar dididik menutup aurat tetapi di kaca televisyen dan dalam majalah, pelajar didedahkan kepada pakaian yang menjolok mata. Pelajar juga didedahkan kepada adegan dan filem ganas dan lain-lain nilai yang bertentangan dengan misi sekolah yang hendak membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang. Berikut adalah contoh bagi kualiti diri, bagi mengurangkan kekecewaan anda di sekolah:

Jadual 7.5: Senarai Semak bagi Setiap Langkah dalam Tugasan

Kualiti Diri Guru KKekuatan TTindakan Guru

1. Fokus kepada pelajar

Berjumpa dengan staf, dan ibu bapa yang terlibat untuk menyelesaikan masalah.

Elakkan memberi respons kepada pihak yang suka mengadu.

2. Penglibatan sepenuhnya

Berkongsi tanggungjawab bersama rakan sejawat untuk menyelesaikan masalah pelajar, ibu bapa dan masyarakat.

Elakkan bertindak secara bersendirian dan tunggu keputusan guru besar/ pengetua.

3. Pemantauan Menyenaraikan perubahan positif yang telah berlaku kepada pelajar atau penambahbaikan yang berlaku di sekolah.

Elakkan mencari kesilapan kepada progres sesuatu proses tetapi cari jalan untuk isu yang lain yang positif.

4. Komitmen anda yang berterusan

Pihak pentadbiran menjalankan latihan/kursus/bengkel bagi staf akademik untuk bekerja lebih sistematik dan selesa.

Elakkan memencilkan diri kerana tidak terpilih sebagai guru cemerlang, jangan lupa rezeki ada di tempat lain, rezeki datang kepada anak-anak dan cucu kita.

5. Kesinambungan untuk penambahahbaikan

Konsisten dalam penambahbaikan khasnya akademik, kemahiran dan sikap dan tingkah laku pelajar.

Elakkan dari membesar-besarkan isu yang kecil seperti masalah tempat letak kereta, pengawal keselamatan tidak buka pintu pagar, guru bergaduh di padang sekolah semasa sukan dan sebagainya.

Page 24: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

� TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN

178

6. Kuatkan iman dan bertaqwa

Bekerja itu satu ibadah

Guru adalah penyampai ilmu, penyampai ilmu Allah dan penyampai sunnah Rasul Allah. Sampaikan dan berpesan kepada kebaikan dan kebenaran.

Kuatkan kesabaran dalam menghadapi kekecewaan, bersyukur bahawa anda masih bekerja di bawah bumbung yang selesa, jauh dari hujan dan panas berbanding dengan orang lain yang bekerja di tempat yang tidak selesa. Berdoa untuk cemerlang di akhirat bukan di dunia.

7. Rekreasi Melancong, bersenam, berjoging, mengikuti majlis ilmu, menghadiri majlis perkahwinan, menziarahi orang sakit, menziarahi kematian.

Elakkan peristwa hitam dalam hidup anda mengganggu jiwa dan keluarga anda, pilih satu hobi atau kerja seperti menulis buku atau novel untuk melupakan kekecewaan anda. Bercerita kepada rakan dan ibu bapa berkenaan perasaan anda.

� Konsep pengurusan masa ialah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk menghasilkan kerja yang terbaik demi prestasi pelajar dari segi akademik, kemahiran dan sikap.

� Log masa (time-log) boleh digunakan supaya anda menggunakan masa dengan baik dan berkesan dan tidak berbual kosong tanpa tujuan contohnya duduk di kantin terlalu lama seperti individu yang suka membazir masa.

� Marah adalah emosi yang tidak stabil dan boleh membawa padah kepada pelajar dan prestasi kerja guru.

1. Senaraikan langkah-langkah yang anda ambil untuk mengatasi kekecewaan.

2. Huraikan akibatnya sekiranya anda melayani perasaan kecewa.

AKTIVITI 7.7

Page 25: 11. HBEF2803 Topik 7 - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150716... · HASIL PEMBELAJARAN Topik 7 Pengurusan Masa dan Tekanan. TOPIK 7 PENGURUSAN

TOPIK 7 PENGURUSAN MASA DAN TEKANAN �

179

Delikuensi

Devian

Sinergi

1. Jelaskan konsep pengurusan masa.

(2 markah) 2. Jelaskan konsep pengurusan amarah.

(2 markah) 3. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru untuk amalan

ketepatan waktu.

(i) ______________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________

(2 markah) 4. Bagaimanakah guru dapat melaksanakan pengurusan amarah? Nyatakan.

(i) ______________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________

(iii) ______________________________________________________________

(2 markah)