11011-panduan.txt

14
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR UNIVERSITI Unit Peperiksaan Hal Ehwal Akademik Universiti Industri Selangor

Transcript of 11011-panduan.txt

Page 1: 11011-panduan.txt

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR UNIVERSITI

Unit Peperiksaan Hal Ehwal Akademik Universiti Industri Selangor

Page 2: 11011-panduan.txt

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR UNIVERSITI

1.0 Panduan Umum Penyedia Soalan 1.1. Semua soalan peperiksaan hendaklah ditaip menggunakan komputer. 1.2. Semua soalan peperiksaan mesti mematuhi garis panduan penyediaan format kertas soalan bagi memastikan keseragaman. 1.3. Masa menjawab setiap kertas peperiksaan akhir semester adalah dalam masa minimum satu (1) jam sehingga maksimum tiga (3) jam sahaja. 1.4. Penyedia soalan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isi kandungan soalan peperiksaan serta memastikan susunan ayat, ejaan, penggunaan bahasa, gambarajah, jumlah soalan, bilangan mukasurat dan lampiran adalah tepat dan betul. 1.5. Semua soalan peperiksaan yang disediakan hendaklah melalui proses penyemakan dan penyuntingan ( vetting) di peringkat fakulti bagi menjamin mutu dan kesesuaian tahap soalan. 1.6. Mana-mana kakitangan Universiti yang terlibat secar a langsung atau tidak langsung dalam perihal peperiksaan hendaklah bertanggungjawab dan menyimpan semua rahsia berkenaan peperiksaan dan tidak membocorkan apa-apa maklumat rahsia kepada sesiapa. 1.7. Tindakan tatatertib akan diambil kepada mana -mana kakitangan yang didapati membocorkan atau cuba membocorkan, bersubahat dalam membocorkan atau didapati cuai sehingga men yebabkan kebocoran maklumat atau soalan peperiksaan. 1.8. Penyedia soalan dimestikan mematuhi tarikh akhir penghantaran soalan peperiksaan sepertimana yang ditetapkan (tiga minggu sebelum peperiksaan bermula) kepada Penolong Pendaftar fakulti . 1.9. Fakulti bertanggungjawab menghantar soalan peperiksaan yang telah disahkan oleh penyedia soalan, pemeriksa kedua ( moderator) dan Dekan Fakulti menggunakan borang penyerahan soalan peperiksaan (bagi setiap soalan peperiksaan) ke Unit Peperiksaan. 1.10. Penghantaran soalan peperiksaan ke fakulti dan seterusnya ke Unit Peperiksaan adalah di dalam bentuk cakera cd serta mempunyai satu kata laluan sahaja.

Page 3: 11011-panduan.txt

1.11. Soalan peperiksaan hendaklah diserahkan ke Unit Peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan. 1.12. Unit Peperiksaan tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan percetakan kertas soalan sekiranya kertas soalan dihantar selepas tarikh akhir yang telah ditetapkan. 1.13. Soalan yang dihantar ke Unit Peperiksaan mestilah di dalam bentuk muktamad. Sebarang pindaan tidak akan dilayan sekiranya soalan peperiksaan telah diterima oleh Unit Peperiksaan. Sekiranya perlu , penggubal soalan dibenarkan membuat pengumuman pembetulan pada lima minit sebelum peperiksaan bermula. 1.14. Unit Peperiksaan berhak memulangkan soalan peperiksaan kepada fakulti bagi sekiranya matapelajaran tersebut tiada di dalam Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Universiti. 1.15. Arahan Timbalan Naib Canselor , Hal Ehwal Akademik atau Pendaftar berkaitan penyediaan soalan dan perihal peperiksaan dari masa ke semasa adalah muktamad dan berkuatkuasa serta merta. CARTA ALIR PROSES PENYEDIAAN KERTAS SOALAN

Semester kuliah bermula penyediaan kertas soalan dan skima jawapan -tindakan Penggubal Soalan pemeriksaan (vetting) peringkat program / jabatan -tindakan Ketua Program / Ketua Jabatan pemeriksaan (vetting) dan kelulusan peringkat fakulti -tindakan Dekan penyerahan soalan ke fakulti Peperiksaan akhir semester penyerahan soalan ke Ketua Unit Peperiksaan

Page 4: 11011-panduan.txt

1.15 Tarikh mesyuarat vetting tertakluk kepada tentatif penjadualan fakulti masing-masing dengan mengambil kira akan diadakan selewat -lewatnya sebelum tarikh akhir penyerahan soalan peperiksaan kepada Unit Peperiksaan. 1.16 Setelah soalan peperiksaan diperiksa serta diluluskan diperingkat fakulti telah dihantar ke Unit Peperiksaan dan disahkan penerimaannya, segala salinan pada simpanan komputer hard disc atau soft copy mestilah dipadamkan. 1.17 Setiap penggubal soalan dikehendaki menyediakan dua set soalan peperiksaan bersama skima jawapan pada setiap peperiksaan akhir semester. Skima jawapan tidak perlu dihantar ke Unit Peperiksaan. 1.18 Set pertama soalan peperiksaan akan digunakan pada tarikh yang telah ditetapkan di dalam jadual waktu peperiksaan semester tersebut. 1.19 Set kedua yang telah dihantar ke Pejabat Dekan adalah untuk simpanan sokongan (back up) yang akan diminta oleh Unit Peperiksaan pada bila bila masa sekiranya perlu. 1.19.1 Permintaan untuk set kedua boleh dibuat sekiranya terdapat atau disyaki berlaku kebocoran soalan. 1.19.2 Set soalan kedua juga akan digunakan untuk pelajar yang perlu menduduki peperiksaan khas untuk semester berkenaan. 1.20 Kertas soalan yang tidak digunakan atau terdapat lebihan kertas soalan hendaklah diserahkan semula kepada Sekretariat Peperiksaan. 1.21 Penggubal soalan yang mengkehendaki cal on menjawab di dalam kertas soalan hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas untuk mengutip semula semua kertas soalan di akhir peperiksaan.

Page 5: 11011-panduan.txt

2.0 PANDUAN MENAIP KERTAS SOALAN 2.1. Gunakan perisian Microsoft Word. 2.2. Gunakan font Times New Roman sahaja saiz 12 dan taip menggunakan single spacing. 2.3. Page Setup hendaklah ditetapkan seperti berikut : 2.3.1. Margin Top -1� Bottom -1� Left -1.25� Right -1.25�

2.3.2. From Edge Header -0.5� Footer -0.5�

2.3.3. Paper Size A4 (210 x 297 mm) / (8.27 x 11.69 inci)

2.4. Gunakan footer untuk menaip perkataan SULIT untuk kertas soalan berbahasa Malaysia dan CONFIDENTIAL untuk set soalan berbahasa Inggeris di bahagian bawah kanan setiap muka surat termasuk di muka hadapan. 2.4.1 font Times New Roman 2.4.2 tulis di bahagian footer 2.4.3 saiz 11 2.4.4 �bold�kan 2.4.5 huruf besar 2.4.6 di penjuru bawah kanan align right setiap muka surat i.e SULIT 2.5. Penggunaan versi bahasa muka hadapan mestilah selaras dan sama dengan penggunaan bahasa isi kandungan keseluruhan soalan termasuk arahan.

Page 6: 11011-panduan.txt

2.6 Gunakan Header (mulai muka surat dua) untuk perkara-perkara berikut : 2.6.1 Nombor Rujukan Kertas Soalan � 2.6.1.1 nama fakulti penggubal yang membuat soalan / kod matapelajaran / semester peperiksaan 2.6.1.2 font Times New Roman 2.6.1.3 saiz 11 2.6.1.4 �bold�kan 2.6.1.5 huruf besar 2.6.1.6 di bahagian penjuru kanan muka surat ( align right) i.e FAD/AGD1234/JUL 08

Gunakan footer untuk nombor muka surat � dimulakan pada muka surat kedua dan diletakkan di penjuru kanan bahagian bawah setia p muka surat bersebelahan perkatan SULIT (tidak termasuk lampiran).

i.e SULIT/2

2.7 Semua maklumat di dalam Header dan Footer mesti di�bold�kan. 2.8 Print Setup hendaklah ditetapkan seperti berikut : Printers Properties Paper Size : A4 (210 x 297 mm) / (8.27 x 11.69 inci) 2.9 Bahasa soalan rasmi peperiksaan univ ersiti adalah Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, Bahasa Malaysia hanya boleh digunakan sebagai bahasa soalan contohnya bagi matapelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pengajian Malaysia sek iranya keperluan dan kelulusan bagi mengendalikan kursus matapelajaran seperti yang tersebut diluluskan. 2.10 Set soalan boleh dibuat dalam satu versi bahasa (selain dari Ba hasa Malaysia) sekiranya kursus matapelajaran yang ditawarkan diajar sepenuhnya dalam bahasa lain dan bergantung kepada keperluan dan kelulusan dalam mengendalikan kursus tersebut. 2.11 Bagi kursus-kursus bahasa yang tertentu (bahasa kedua) contohnya bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan sebagainya. Kertas soalan dan jawapan boleh disediakan menggunakan bahasa yang berkenaan. 2.12 Set soalan peperiksaan bagi pelajar antarabangsa hendaklah disediakan menggunakan Bahasa Inggeris. 2.13 Mana-mana quotation, nama khas atau nama khusus yang digunakan dalam soalan tidak perlu diterjemahkan.

Page 7: 11011-panduan.txt

2.14 Penyedia soalan hendaklah mengambil perhatian bahawa semua soalan berbentuk esei hendaklah dijawab di dalam kertas jawapan yang berasingan yang disediakan oleh Unit Peperiksaan. Pelajar tidak dibenar menjawab di dalam kertas soalan bag i soalan berbentuk esei. 3.0. PANDUAN MENAIP UNTUK MUKA HADAPAN 3.1. Pastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian : 3.1.1. Font Size ( 12 points) 3.1.2. Font Style (Bold / Regular) 3.1.3. Font Effect (All caps / Small letters) 3.1.4. Indentation, Alignment dan Spacing 3.2. Logo Unisel hendaklah diletakkan di tengah bahagian atas muka hadapan serta diikuti dengan perkataan UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR di bawah logo tersebut. 3.2.1 Saiz logo adalah : tinggi 2cm x lebar 9 cm 3.3. Nama peperiksaan dan sesi akademik (mengikut semester) hendakla h ditaip di bawah perkataan UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR i.e FINAL EXAMINATION JULY 2008 SEMESTER EXAMINATION 1/2007/2008 ACADEMIC SESSION

3.4. Maklumat peperiksaan yang perlu ditaip adalah meliputi perkara -perkara seperti contoh di bawah dan hendaklah ditaip di bahagian align left 4 baris single spacing ke bawah selepas baris terakhir di atas.

Page 8: 11011-panduan.txt

3.5. Selepas perkara 3.4 gariskan satu garisan lurus melintang dengan menggunakan line dengan line style 2 1/4 pt sepanjang 18 cm dan tuliskan arahan menjawab. i.e SUBJECT : (nyatakan nama mata pelajaran) SUBJECT CODE : (nyatakan kod mata pelajaran) DURATION : (nyatakan tempoh masa menjawab) FACULTY : (nyatakan fakulti-fakulti terlibat) PROGRAMME : (nyatakan program-program terlibat) LECTURER : (nyatakan nama semua pensyarah yang

mengajar subjek/matapelajaran tersebut)

GROUP : (mengikut program/kursus/kumpulan kuliah, sekiranya lebih dari satu kumpulan nyatakan kesemuanya)

ARAHAN KEPADA CALON

3.6. Arahan menjawab soalan kepada calon hendaklah ditaip di dalam ruang di bawah �ARAHAN KEPADA CALON� dan ditaip mengikut

kesesuaian dan kehendak penggubal soalan untuk calon menjawab soalan.

i.e. Kertas soalan ini mengandungi tiga (3) bahagian:

Bahagian A � 20 soalan (objektif aneka pilihan) Bahagian B � 20 soalan (betul/salah) Bahagian C � 5 soalan

Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga (3) soalan bagi Section C.

Jawab semua soalan:

Bahagian A mesti dijawab di dalam kertas OMR yang disediakan. Bahagian B mesti dijawab di dalam kertas MCQ yang disediakan. Bahagian C mesti dijawab di dalam buku jawapan yang disediakan. Sila jawab soalan yang baru dimuka surat yang lain. Calon DILARANG membawa barang-barang selain keperluan peperiksaan kedalam dewan peperiksaan kecuali dengan izin Ketua Pengawas peperiksaan.

Page 9: 11011-panduan.txt

3.7. Perkataan Jangan Buka Kertas Soalan Sebelum Diarahkan Berbuat Demikian (Do Not Open the Question Paper Until Instructed) hendaklah ditaip bold, saiz 12 di bahagian akhir tengah bawah selepas arahan kepada calon. 3.8. Kemudian taipkan perkara berikut (contoh) : 3.8.1. Kertas Soalan Ini Mengandungi Lapan (8) Halaman Bercetak (This Question Paper Consists of Eight (8) Printed Pages) ditaip bold, saiz 12 di bawah satu garisan lurus melintang dengan line style 3/4 pt sepanjang 18 cm. i.e. Do Not Open The Question Paper Until Instructed

This Question Paper Consists of Eight (8) Printed Pages

4.0 PANDUAN MENAIP MULAI MUKA SURAT 2 KERTAS SOALAN 4.1. Semua perkara di dalam header dan footer hendaklah menggunakan font bersaiz 12, bold dan all caps. 4.2. Kandungan teks soalan hendaklah ditaip menggunak an font Times New Roman saiz 12 dan justify. 4.3. Peruntukkan markah hendaklah ditaip di tepi sebelah kanan bagi tiap -tiap soalan (di dalam kurungan). 4.4. Susunan soalan hendaklah seragam dan menggunakan sistem nombor yang bersesuaian. i.e BAHAGIAN A

1. a) ������������������������� b) ������������������������� 2. a) ������������������������� 3. a) ������������������������� i. ������������������� ii. ������������������� iii. �������������������

Page 10: 11011-panduan.txt

4.5. Penyediaan soalan menggunakan komputer sepenuhnya adalah digalakkan bagi keseluruhan isi kandungan yang berbentuk teks, jadual atau gambarajah sama ada dengan menaip/melukis menggunakan perisian yang khusus atau kaedah scan dan paste ke atas kertas soalan. 4.6. Perkataan yang bukan menggunakan huruf rumi yang tidak menggunakan komputer hendaklah dibuat menggunakan dakwat hitam sahaja atau mesin taip khas (jika berkenaan). 4.7. Sekiranya menggunakan bahan keratan berasingan yang ditampal pada kertas soalan, ianya hendaklah dipastikan dibuat dengan cermat, kemas dan jelas. 4.8. Taipkan soalan bermula dihelaian hadapan setiap muka surat. Soalan tidak boleh ditaip pada belakang kertas atau helaian yang sudah digunakan. 4.9. Perkataan KERTAS SOALAN TAMAT (font 12, bold, all caps, align center) hendaklah ditaip di bahagian tengah 4 baris single spacing ke bawah selepas ayat terakhir pada soalan terakhir di muka surat terakhir kertas soalan (tidak termasuk lampiran). i.e 17. Yang manakah antara yang berikut BUKAN merupakan langkah awal yang diambil oleh kerajaan bagi memupuk perpaduan dan integrasi nasional? A. Rukun Negara B. Wawasan 2020 C. Dasar Pelajaran Kebangsaan D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan KERTAS SOALAN TAMAT SULIT/2

Page 11: 11011-panduan.txt

FINAL EXAMINATION JULY 2007 SEMESTER EXAMINATION 1/2007/2008 ACADEMIC SESSION Logo size: height 2cm x width 9 cm Type of font : Times New Roman Font size : 12 FINAL EXAMINATION JULY 2007 SEMESTER EXAMINATION 1/2007/2008 ACADEMIC SESSION Logo size: height 2cm x width 9 cm Type of font : Times New Roman Font size : 12 SUBJECT : HUMAN ANATOMY SUBJECT CODE : ABC 1234 DURATION : 2 HOURS 30 MINUTES FACULTY : BIOMEDICAL AND HEALTH SCIENCES PROGRAMME : DIPLOMA IN PHYSIOTHERAPY LECTURER : PROF. DR. MUNIRAH MOHAMAD : PROF. DR. SHAZRULE SELAMAT GROUP : PROF. DR. MUNIRAH MOHAMAD (A) PROF. DR. MUNIRAH MOHAMAD (B) PROF. DR. MUNIRAH MOHAMAD (C) PROF. DR. MUNIRAH MOHAMAD (D) PROF. DR. SHAZRULE SELAMAT (1) PROF. DR. SHAZRULE SELAMAT (2) PROF. DR. SHAZRULE SELAMAT (3)

PROF. DR. SHAZRULE SELAMAT (4) INSTRUCTIONS TO CANDIDATES

This paper consists of three (3) sections:

Section A � 20 questions (multi choice question s) Section B � 20 questions (true/false questions) Section C � 5 questions

Answer all questions in Section A and B and only three (3) questions in Section C.

All answers of:

Section A must be written in OMR objective paper provided. Section B must be written in MCQ paper provided. Section C must be written in answer booklet provided. The answer for each question must start on a new page.

Candidates are NOT ALLOWED to bring any unauthorized items into the exam hall except with the permission of your invigilator.

Page 12: 11011-panduan.txt

Do Not Open the Question Paper Until Instructed

This Question Paper Consists of Eight (8) Printed Pages

Page 13: 11011-panduan.txt

Paper size:

A4 (210 x 297 mm) -width 21 cm -height 29.7 cm

SETUP FOR THE PAGE DEPANDS ON WINDOWS

Page setup:

Top � 1 Bottom � 1 Left � 1.25 Right � 1.25 Gutter � 0 (left) Layout � portrait Header and footer � 0.5

OR

Page setup:

Top � 2.54 Bottom � 2.54 Left � 3.17 Right � 3.17 Gutter � 0 (left) Paper size � A4 Layout � portrait Header and footer � 1.27

Type and size of font for header and footer :

Times New Roman � 11 (on the right side)

Space from the last question, press enter four

(4) times : END OF QUESTION PAPER END OF QUESTION PAPER

Page 14: 11011-panduan.txt