12 Berita Harian | Jumaat, 27 Jun 2014 PANDANGAN .../media/gov/files/media/20140627_bh...Beliau...

1
SUDAHKAH anda bersiap sedia me- nyambut 50 tahun kemerdekaan negara? Secara rasmi, sejumlah kegiatan dalam rangka sambutan kemerdekaan Singapura sudah pun diaturkan untuk tahun depan. Menyusuri laman SG50 – Jawatankuasa Sambutan Singapura 50 tahun yang dipengerusikan Menteri Pendidikan Encik Heng Swee Keat – terpapar ribuan saranan. Difahamkan sejumlah penulis, misalnya, sedang melakar kisah mengenai Singapura, termasuk Cik Zuraidah Ibrahim, timbalan editor akhbar The Straits Times, yang di- laporkan menulis perihal siasah pembang- kang di watan ini. Sambutan watan memang boleh dilaku- kan pelbagai acara: kegiatan sukan, kese- nian, perarakan tentera dan persenjataan (sering berlaku di negara komunis dahulu) sehingga berbentuk tulisan, karya seni dan sebagainya. SG50 memancarkan cogan kata bahawa titik merah kecil di Khatulistiwa ini boleh dan mampu mengadakan sambutan gah. Ini semacam seruan dalam Lagu Kebangsaan kita, Majulah Singapura. Terpulanglah pa- da kita untuk mengotakannya. Bagaimana pula dengan pertubuhan Me- layu? Saya difahamkan ada dua projek daripa- da badan Melayu yang bersifat tulisan dalam rangka sambutan watan dan menju- rus pada sejarah – merakam peristiwa dan mengulasnya. Satu daripadanya diketuai Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat, Timbalan Ke- tua Kumpulan Akademik Budaya dan Bahasa, Institut Pendidikan Nasional (NIE), Univesiti Teknologi Nanyang (NTU). Beliau memimpin sebuah ja- watankuasa khas yang dibentuk di bawah Majlis Bahasa Melayu Si- ngapura bagi merakam dan men- gupas perkembangan persuratan Melayu di negara ini sejak 1965. Apabila menyebut persuratan Melayu, Singapura memang ber- peranan istimewa. Menurut Dr Hadijah dalam satu pertemuan di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang akhir tahun lalu, beliau pernah bersua dengan Pro- fesor Teuku Iskandar (ketua penyusun Kamus Dewan pertama, 1924-2012) yang menceritakan peranan Singapura dalam abad silam (abad ke-12 sehingga ke-13 Masihi) sebagai sebuah tamadun tinggi. Dapatan Profesor Teuku Iskandar seja- jar dengan tanggapan Dr John Miksic dari- pada Jabatan Sejarah, Universiti Nasional Singapura (NUS), yang telah menggali seba- hagian warisan Singapura, termasuk di ka- wasan Istana Kampung Gelam, Bukit Lara- ngan (Fort Canning) dan Padang. Dr Miksic membuat kesimpulan tegas ba- hawa Singapura mempunyai sejarah silam gemilang dalam 2,000 tahun sebagai antara kota pelabuhan dalam laluan laut perdaga- ngan Jalan Sutera. Banyak peninggalan se- jarah watan ini perlu digali lagi. Sayangnya, kita hanya mengenali Si- ngapura selepas dibuka semula oleh Tho- mas Stamford Raffles, yang sebenarnya se- orang strategis yang menggarap maksud Sejarah Melayu yang menceritakan perihal pulau ini. Yang pasti antara 1830-an sehingga 1960, Singapura ialah pusat cendekiawan, penerbitan dan hiburan bagi Dunia Mel- ayu. Hal ini telah luas diperkatakan. Tetapi apabila Singapura bakal merdeka pada 1965, negara pulau ini tidak lagi menjadi pusat di Dunia Melayu. Dari segi persuratan Melayu mi- salnya, banyak sasterawan asal Se- menanjung Tanah Melayu mening- galkan Singapura. Bahkan industri muzik dan filem Melayu beralih dari sini ke Kuala Lumpur. Na- mun, suasana tandus ini (disebut oleh usahawan seni Donald Moore sebagai ‘cultural desert’) tidaklah berpanjangan. Setelah ekonominya mantap, Singapura terus berperanan penting membina jati diri sebagai Kota Ke- bangkitan Seni di Tropika. Malah idea-idea bermutu Singapura dari segi kepemerintahan sehingga menjadi pusat kewangan telah menyelamatkan masa depannya. Dari segi persuratan juga, peranan Ang- katan Sasterawan ’50 dan badan seni seper- ti Perkumpulan Seni, Sriwana, 4PM dan lain-lain telah menyuburkan semula taman pengaryaan. Di sinilah peri penting projek rakaman, kajian dan pencerapan jawa- tankuasa pimpinan Dr Hadijah. Satu lagi projek penting merupakan idea mantan Anggota Parlimen Haji Wan Hus- sin Zoohri. Dengan menggabungkan tena- ga sembilan pertubuhan, beliau menampil- kan projek mengkaji gerakan gotong-ro- yong badan Melayu/Islam (termasuk India dan Arab). Menurut beliau, projek ini sudah menda- pat kelulusan geran $50,000 daripada SG50. Namun, biaya ini masih jauh daripa- da mencukupi kerana keseluruhan kos di- anggarkan sekurang-kurangnya $120,000. Tetapi cukupkah dua projek besar ini? Bagaimana dengan usaha menyatukan seluruh gerakan kumpulan tari Melayu un- tuk menampilkan taridra gah mengenai Sin- gapura? Atau dorongkan semua gerakan kumpu- lan teater Melayu bagi memaparkan se- buah drama mengenai perjuangan sebuah watan kecil? Bahkan satu-satunya badan seni tampak Melayu/Islam, Angkatan Pelukis Aneka Daya (APAD), juga boleh mengadakan pa- meran khas sempena sambutan penting ini. Saya teringat ketika terlibat dalam dua Pesta Budaya Melayu (1983 dan 1985) an- juran Majlis Pusat. Ia berisi pameran artifak yang diadakan di dahulunya Muzium Nega- ra, pementasan drama dan acara sukan tra- disional laut dan darat di kawasan East Coast. Memang cukup meriah ketika itu. Ketika Pesta Budaya Melayu dirintis pa- da 1983, terdapat permintaan agar diada- kan sukan lumba kolek dan sebagainya se- cara besar-besaran, sebagaimana pernah di- adakan di Kampung Siglap pada 1960-an atau sehebat zaman Singapura dijajah Bri- tish sebelum Perang Dunia Kedua. Terdapat juga cadangan agar buku Ak- tivis Melayu/Islam Singapura tulisan Allah- yarham Haji Abdul Ghani Hamid dan Haji Sulaiman Jeem ‘diberikan nafas baharu’ – disunting dan diterbitkan semula, termasuk dalam bentuk elektronik di Internet. Maklumlah banyak tokoh dalam buku ini yang tidak diketahui generasi Melayu hari ini. Banyak lagi daya kreatif boleh dicerna – daripada minuman atau juadah seperti aca- ra kenduri besar untuk menjamu warga tua sehingga anak yatim, rekaan busana sehing- ga ciptaan saintifik seperti peralatan mesra alam yang boleh digunakan baik di sini mahupun untuk keperluan dunia. Sedang saya menulis makalah ini, masa semakin suntuk menjelang detik bersejarah sambutan jubli emas negara ini. Semoga lebih ramai orang, kumpulan atau pertubuhan Melayu bangkit menyam- butnya sebagai tanda kesyukuran dan keha- diran kita. Apakah sumbangan jubli emas SG kita? PANDANGAN MOHD RAMAN DAUD [email protected] IKUTI KAMI DI Terlepas peluang tonton video terbitan BH? beritaharian.sg/ galeri-video Ingin nikmati berita terkini? “Bagaimana dengan usaha menyatukan seluruh gerakan kumpulan tari Melayu untuk menampilkan taridra gah mengenai Singapura? Atau dorongkan semua gerakan kumpulan teater Melayu bagi memaparkan sebuah drama mengenai perjuangan sebuah watan kecil?” 12 Berita Harian | Jumaat, 27 Jun 2014 Wacana PANDANGAN

Transcript of 12 Berita Harian | Jumaat, 27 Jun 2014 PANDANGAN .../media/gov/files/media/20140627_bh...Beliau...

SUDAHKAH anda bersiap sedia me-nyambut 50 tahun kemerdekaan negara?

Secara rasmi, sejumlah kegiatan dalamrangka sambutan kemerdekaan Singapurasudah pun diaturkan untuk tahun depan.

Menyusuri laman SG50 – JawatankuasaSambutan Singapura 50 tahun yangdipengerusikan Menteri Pendidikan EncikHeng Swee Keat – terpapar ribuan saranan.

Difahamkan sejumlah penulis, misalnya,sedang melakar kisah mengenai Singapura,termasuk Cik Zuraidah Ibrahim, timbalaneditor akhbar The Straits Times, yang di-laporkan menulis perihal siasah pembang-kang di watan ini.

Sambutan watan memang boleh dilaku-kan pelbagai acara: kegiatan sukan, kese-nian, perarakan tentera dan persenjataan(sering berlaku di negara komunis dahulu)sehingga berbentuk tulisan, karya seni dansebagainya.

SG50 memancarkan cogan kata bahawatitik merah kecil di Khatulistiwa ini bolehdan mampu mengadakan sambutan gah. Inisemacam seruan dalam Lagu Kebangsaankita, Majulah Singapura. Terpulanglah pa-da kita untuk mengotakannya.

Bagaimana pula dengan pertubuhan Me-layu?

Saya difahamkan ada dua projek daripa-da badan Melayu yang bersifat tulisandalam rangka sambutan watan dan menju-

rus pada sejarah – merakam peristiwa danmengulasnya.

Satu daripadanya diketuai ProfesorMadya Dr Hadijah Rahmat, Timbalan Ke-tua Kumpulan Akademik Budaya danBahasa, Institut Pendidikan Nasional(NIE), Univesiti Teknologi Nanyang(NTU). Beliau memimpin sebuah ja-watankuasa khas yang dibentuk dibawah Majlis Bahasa Melayu Si-ngapura bagi merakam dan men-gupas perkembangan persuratanMelayu di negara ini sejak 1965.

Apabila menyebut persuratanMelayu, Singapura memang ber-peranan istimewa.

Menurut Dr Hadijah dalamsatu pertemuan di Universiti SainsMalaysia di Pulau Pinang akhir tahunlalu, beliau pernah bersua dengan Pro-fesor Teuku Iskandar (ketua penyusunKamus Dewan pertama, 1924-2012) yangmenceritakan peranan Singapura dalamabad silam (abad ke-12 sehingga ke-13Masihi) sebagai sebuah tamadun tinggi.

Dapatan Profesor Teuku Iskandar seja-jar dengan tanggapan Dr John Miksic dari-pada Jabatan Sejarah, Universiti NasionalSingapura (NUS), yang telah menggali seba-hagian warisan Singapura, termasuk di ka-wasan Istana Kampung Gelam, Bukit Lara-ngan (Fort Canning) dan Padang.

Dr Miksic membuat kesimpulan tegas ba-hawa Singapura mempunyai sejarah silamgemilang dalam 2,000 tahun sebagai antarakota pelabuhan dalam laluan laut perdaga-ngan Jalan Sutera. Banyak peninggalan se-jarah watan ini perlu digali lagi.

Sayangnya, kita hanya mengenali Si-ngapura selepas dibuka semula oleh Tho-mas Stamford Raffles, yang sebenarnya se-orang strategis yang menggarap maksudSejarah Melayu yang menceritakan perihalpulau ini.

Yang pasti antara 1830-an sehingga1960, Singapura ialah pusat cendekiawan,

penerbitan dan hiburan bagi Dunia Mel-ayu. Hal ini telah luas diperkatakan.

Tetapi apabila Singapura bakal merdekapada 1965, negara pulau ini tidak lagi

menjadi pusat di Dunia Melayu.Dari segi persuratan Melayu mi-

salnya, banyak sasterawan asal Se-menanjung Tanah Melayu mening-galkan Singapura. Bahkan industrimuzik dan filem Melayu beralihdari sini ke Kuala Lumpur. Na-mun, suasana tandus ini (disebutoleh usahawan seni DonaldMoore sebagai ‘cultural desert’)tidaklah berpanjangan.

Setelah ekonominya mantap,Singapura terus berperanan penting

membina jati diri sebagai Kota Ke-bangkitan Seni di Tropika. Malah

idea-idea bermutu Singapura dari segikepemerintahan sehingga menjadi pusat

kewangan telah menyelamatkan masadepannya.

Dari segi persuratan juga, peranan Ang-katan Sasterawan ’50 dan badan seni seper-ti Perkumpulan Seni, Sriwana, 4PM danlain-lain telah menyuburkan semula tamanpengaryaan. Di sinilah peri penting projekrakaman, kajian dan pencerapan jawa-tankuasa pimpinan Dr Hadijah.

Satu lagi projek penting merupakan ideamantan Anggota Parlimen Haji Wan Hus-sin Zoohri. Dengan menggabungkan tena-ga sembilan pertubuhan, beliau menampil-kan projek mengkaji gerakan gotong-ro-yong badan Melayu/Islam (termasuk Indiadan Arab).

Menurut beliau, projek ini sudah menda-pat kelulusan geran $50,000 daripadaSG50. Namun, biaya ini masih jauh daripa-da mencukupi kerana keseluruhan kos di-anggarkan sekurang-kurangnya $120,000.

Tetapi cukupkah dua projek besar ini?Bagaimana dengan usaha menyatukan

seluruh gerakan kumpulan tari Melayu un-tuk menampilkan taridra gah mengenai Sin-

gapura?

Atau dorongkan semua gerakan kumpu-lan teater Melayu bagi memaparkan se-buah drama mengenai perjuangan sebuahwatan kecil?

Bahkan satu-satunya badan seni tampakMelayu/Islam, Angkatan Pelukis AnekaDaya (APAD), juga boleh mengadakan pa-meran khas sempena sambutan penting ini.

Saya teringat ketika terlibat dalam duaPesta Budaya Melayu (1983 dan 1985) an-juran Majlis Pusat. Ia berisi pameran artifakyang diadakan di dahulunya Muzium Nega-ra, pementasan drama dan acara sukan tra-disional laut dan darat di kawasan EastCoast. Memang cukup meriah ketika itu.

Ketika Pesta Budaya Melayu dirintis pa-da 1983, terdapat permintaan agar diada-kan sukan lumba kolek dan sebagainya se-cara besar-besaran, sebagaimana pernah di-adakan di Kampung Siglap pada 1960-anatau sehebat zaman Singapura dijajah Bri-tish sebelum Perang Dunia Kedua.

Terdapat juga cadangan agar buku Ak-tivis Melayu/Islam Singapura tulisan Allah-yarham Haji Abdul Ghani Hamid dan HajiSulaiman Jeem ‘diberikan nafas baharu’ –disunting dan diterbitkan semula, termasukdalam bentuk elektronik di Internet.

Maklumlah banyak tokoh dalam bukuini yang tidak diketahui generasi Melayuhari ini.

Banyak lagi daya kreatif boleh dicerna –daripada minuman atau juadah seperti aca-ra kenduri besar untuk menjamu warga tuasehingga anak yatim, rekaan busana sehing-ga ciptaan saintifik seperti peralatan mesraalam yang boleh digunakan baik di sinimahupun untuk keperluan dunia.

Sedang saya menulis makalah ini, masasemakin suntuk menjelang detik bersejarahsambutan jubli emas negara ini.

Semoga lebih ramai orang, kumpulanatau pertubuhan Melayu bangkit menyam-butnya sebagai tanda kesyukuran dan keha-diran kita.

Apakah sumbangan jubli emas SG kita?PANDANGAN

MOHD RAMAN [email protected]

IKUTI KAMI DI Terlepas peluang tonton video terbitan BH?

beritaharian.sg/ galeri-video

Ingin nikmati berita

terkini?

“Bagaimana denganusaha menyatukanseluruh gerakankumpulan tari Melayuuntuk menampilkantaridra gah mengenaiSingapura? Ataudorongkan semuagerakan kumpulanteater Melayu bagimemaparkan sebuahdrama mengenaiperjuangan sebuahwatan kecil?”

12 Berita Harian | Jumaat, 27 Jun 2014

Wacana PANDANGAN