13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
-
Upload
su-yee-chong -
Category
Documents
-
view
289 -
download
0
Transcript of 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
-
7/27/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
1/9
UJIAN DIAGNOSTIK
Definasi ujian diagnostik:-
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca
dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.
Tujuan ujian diagnostik :-
1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid.
2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid
untuk menguasai sesuatu kemahiran.3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu
mengikut
kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang
khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan
bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.
Membina Ujian Diagnostik
1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan :1.1.Objektif ujian
1.2.Kemahiran yang hendak diuji
1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
1.4.Siapa yang hendak diuji sasaran.
2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaianyang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.-
3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi
oleh murid dalam pembelajaran.
4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut
hendaklah disusun dari senang ke susah.
5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih
dahulu.
Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik
1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid
-
7/27/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
2/9
yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.
2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis
dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.
3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada
yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan
dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.
4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal
menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.
5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.
6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu
program pengajaran kepada murid tersebut.
7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat
menjawab dengan tenag dan selesa.
8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-
keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.
9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak
tahu dan di manaa kesilapan mereka.
10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan
kepada guru pada satu masa yang lain.
Analisis ujian diagnostik
1- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan
dalam borang analisis.
2- Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan
Pengajaran Kumpulan (RPK
UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN
Rasional:
-
7/27/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
3/9
Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah
penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihatfaktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.
Apa itu pengamatan:1- Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pemgamatan ini berkait
rapat dengan pemikiran kita.
2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun
ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia bolehdiajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancainderasetelah berlakunya proses dalam mental.
4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satuproses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan
pengalaman-pengalaman lalu.
5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya Reading Diagnosis and Remediation
beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif
dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsepyang dialami oleh kanak-kanak.
6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya Children With Learning Disabilities telahmentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada
tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan
pancaindera dengan kuasa intelek.
Objektif Ujian Pengamatan:
Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ;
1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna,
huruf, nombor, suku kata dan perkataan.
2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek
yang lain.
3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf,
nombor, suku kata, perkataan dan ayat.
-
7/27/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
4/9
4- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke
bawah dan dari bawah ke atas.
5- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.
6- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Komponen Ujian Pengamatan:1- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada
objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
2- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat padaobjek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
3- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak,
warna, nombor, huruf dan sebagainya,
4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk,
corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,
5- Koordinasi Motor mata tangan.
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan danfahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.
6- Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta
antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.
7- Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktivitimencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.
8- Turutan ( Sequencing)Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti
bersiri.
-
7/27/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
5/9
9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.
10- Menyalin ( Visual Copying)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.
Panduan melaksanakan ujian pengamatan:
1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep
sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.
2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.
3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.
UJIAN PENCAPAIAN
1. Pengenalan
Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif.
1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti
proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga merupakan instrumen
pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa
Melayu. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahiran-
kemahiran tertentu. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan
maka murid tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani programpemulihan dalam kelas.
1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti
proses pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian adalah untuk menilai
penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar. Ianya menjadi asas
kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Bahan ujian dan keputusan ujian
hendaklah difailkan sebagai rujukan.
2. Pelaksanaan.
Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikuti
program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas Pemulihan Khas.
Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau
bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat
sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa,
maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan.
Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian
Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian.
-
7/27/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
6/9
Membina Ayat
Ujian Diagnostik
1. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkanmaksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkanimbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dannama khas.i. menerusiii. meneruskaniii. menemuiiv. menemukanv. menaikivi. menaikkan
[6 markah]
(b) Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayatmajmuk.i. Adakah kamu hendak ke hospital? Adakah kamu hendak ke klinik
sahaja?ii. Halim tinggal di sebelah rumah saya. Halim tidak pernah
berkunjung ke rumah saya.iii. Sekolah-sekolah di luar bandar diberikan kemudahan komputer.
Para pelajar dapat melayari internet.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaanejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu danbetulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah strukturdan maksud asalnya.i. Sejak kecil lagi kita diasoh agar bersopan santun apabila cakap
dengan orang yang lebih tua.ii. Zalila telah mengeposkan bungkusan yang berisi kueh raya itu
kepada abangnya di London.
iii. Persatuan Penduduk Taman Bahagia telah mengada mesyuaratagong untuk memilih ahli jawatan kuasa yang baharu.
[6 markah]
2. (a) Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkanmaksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
-
7/27/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
7/9
imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dannama khas.i. hidangan - menghidangkanii. akuan - mengakuiiii. hubungan - menghubungkan
[6 markah]
(b) Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjaditiga ayatmajmuk sahaja.
Fenomena pencemaran alam semakin membimbangkan.Fenomena ini berlaku di Malaysia. Fenomena ini berlaku di seluruhdunia. Hampir setiap hari media cetak menyiarkan berita hangattentang pencemaran. Hampir setiap hari media elektronik menyiarkanberita hangat tentang pencemaran. Pencemaran ini bukan terhad padasatu kategori seperti pencemaran darat. Terdapat juga pencemaran air,udara dan bunyi juga.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaanejaan dan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu danbetulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah strukturdan maksud asalnya.i. Kerajaan negeri Kedah bercadang untuk memperlebarkan
beberapa buah jalan kampong.
ii. Azizi dan Mimi ialah pasangan yang cucuk kerana kedua-duanyaberminat dalam ilmu ubatan tradisional.
iii. Semua barang keperluan harian dapat diperolehi di pasaraya yangbaru dibuka di Taman Jauhari.
[6 markah]
Rumusan & Pemahaman
Ujian Diagnostik
Soalan 1: Rumusan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentangkesan-kesangejala buli dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan andahendaklah tidakmelebihi 120 patah perkataan.
-
7/27/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
8/9
Perbuatan membuli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan ataumaksud untuk menunjukkan kekuatan. Secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemahmematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada
dua jenis iaitu buli secara langsung dan tidak langsung. Buli secara langsung termasuk diugut,disepak, atau membalas pukulan. Buli jenis ini disebut sebagai buli fizikal. Sementara bulisecara tidak langsung atau buli psikologi melibatkan kata-kata (verbal) termasuk memanggilatau ejek-mengejek dengan nama tertentu, dikacau, ditertawakan rakan lain, ataumenyebarkan gosip liar terhadap seseorang.
Biasanya mangsa buli datang dari keluarga yang menyokongnya manakala pembuli datangdaripada keluarga yang bermasalah dan selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya.Kebanyakan kejadian buli berlaku di sekolah yang kurang pemantauan disiplinnya, sama adaakibat kelemahan guru, kemudahan fizikal atau organisasi, budaya dan nilai yang diamalkan.
Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkankejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan
berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelahguru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi. Mangsa buli akan menjadiseorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan oranglain dan keluarga. Malah kajian menunjukkan ada murid menjadi pembuli akan bertindakagresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak.
Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapikepada rakan sekelasnya yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli.Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi dan merasakanpersekitaran sekolah tidak lagi selamat. Malah pemerhati buli juga merasa bimbang dia pulaakan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya. Presiden Persatuan KaunselingMalaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi, Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawamangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa
bukan sahaja takut ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya.
Sebetulnya perasaan takut yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan akanmembentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibatketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guruatau ibu bapa. Biasanya, mereka dikaunseling bukan si pembuli tetapi mangsa kerana merekaperlu dibantu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Sebaliknya, si pembuli berasaseronok kerana dapat membuli orang lain. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadiserius sehingga berlaku kecederaan fizikal.
(Diubahsuai daripada Menangani Masalah Buli di Sekolah dalam Dewan Siswa, Ogos 2005,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur)
Soalan 2: Pemahaman
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
-
7/27/2019 13888119-UJIAN-DIAGNOSTIK
9/9
(i) Apakah maksud rangkai kata mengambil tindakan intervensiberdasarkan
petikan? [2 markah]
(ii) Nyatakan kesan-kesan yang serius berlaku ke atas pelajar yang dibuli? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk hukuman yang wajar dikenakan ke atas
pembuli yang membabitkan kes kematian. [4 markah]