15 PROGRAM-PROGRAM SOKONGAN Help Services (Updated_13 Oct 2016) (Final).pdf• Stesen Novena (NS20):...

2
Kaunseling dan Perkhidmatan Sokongan untuk Masalah Perjudian ada adalah Dapatk Btu! Beasalah? Khidmat Bantuan yang Disediakan PROGRAM-PROGRAM SOKONGAN APAKAH PROGRAM-PROGRAM SOKONGAN YANG DISEDIAKAN? Terdapat beberapa organisasi yang menghulurkan bantuan kepada penjudi bermasalah dan/atau anggota keluarga mereka. Mereka boleh mendapatkan bantuan kaunseling, program terapi secara berkumpulan atau perkhidmatan sokongan yang lain di sini: 1. Kumpulan Perubatan Healthway# - 6252 6266 2. Klinik The Resilienz# - 6397 7300 3. Pusat Keharmonian Keluarga THK @ Circuit# - 6747 7514 4. Pusat Khidmat Keluarga Lakeside# - 6265 6522 5. Khidmat Pengurusan Penagihan Kebangsaan (NAMS) / NAMS @ Club HEAL# - 6 - RECOVER (6732 6837) 6. Hospital Besar Changi (Pusat Perubatan Psikologi) - 6850 3333 7. Kaunseling Kehidupan Adullam - 6659 7844 8. Pusat Pemulihan Penjudi Blessed Grace - 8428 6377 9. MindCare (dibawah Perkhidmatan Masyarakat AMKFSC) – 6553 6643 10. Pusat One Hope – 6547 1011 11. Pusat Khidmat Keluarga Hougang Sheng Hong – 6289 5022 12. Perkhidmatan Masyarakat The Silver Lining Ltd - 6749 0400 13. Perkhidmatan Masyarakat WE CARE Ltd - 6547 5459 # Kaunseling akan diberikan secara percuma kepada semua Warga Singapura/Penduduk Tetap yang terjejas dengan masalah perjudian atau anggota keluarga yang terjejas dengan penjudi bermasalah. Kami menasihatkan anda menghubungi agensi ini untuk membuat temujanji. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kaunseling yang disediakan, sila lungsuri www.ncpg.org.sg atau hubungi Talian Masalah Perjudian Kebangsaan di 1800-6-668-668. Semua maklumat akan dirahsiakan. Thomson Road Thomson Road Thomson Road Thomson Road E|R|P Toa Payoh Rise Apartments Caldecott MRT Station (CC17) A F 42 620A Toa Payoh Rise Toa Payo Toa Payoh West 510/512 500 A Slf Building 18A 553 551 535 15 Saint Joseph Institute (SJI) International CHIJ Primary (Toa Payoh) Towards Caldecott MRT Towards Novena MRT Ministry of Social and Family Development (MSF) Building Lokasi kami: 510 Thomson Road #05-01 SLF Building Singapura 298135 Masa Operasi: Isnin hingga Khamis: 8.30pg - 6.00ptg Jumaat: 8.30pg - 5.30ptg (Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) Tel: 6354 8154 Emel: [email protected] Laman Web: www.ncpg.org.sg Datang dengan menaiki KERETA Tempat meletak kereta elektronik disediakan di Bangunan SLF untuk kereta dan motorsikal Datang menaiki BAS Di sepanjang Thomson Road • Perhentian bas 51049 di hadapan Bangunan SLF • Perhentian bas 51041 bertentangan Bangunan SLF • Perkhidmatan bas no. 54, 130, 132, 141, 156, 162, 166, 167, 851, 980 Datang dengan menaiki MRT Stesen Novena (NS20): Keluar di Exit A, tukar kepada perkhidmatan bas no. 54, 141, 162, 166, 167, 851, 980, bertentangan dengan Gereja Novena (Thomson Road) Stesen Caldecott (CC17): Berjalan kaki sejauh 6 mins dari Exit B, disepanjang Thomson Road atau tukar kepada mana- mana perkhidmatan bas bertentangan dengan Mediacorp (Thomson Road) 24 jam TALIAN BANTUAN MASALAH PERJUDIAN KEBANGSAAN 1800-6-668-668 WebChat www.ncpg.org.sg/www.nams.sg Dapatk Btu! Beasalah?

Transcript of 15 PROGRAM-PROGRAM SOKONGAN Help Services (Updated_13 Oct 2016) (Final).pdf• Stesen Novena (NS20):...

Page 1: 15 PROGRAM-PROGRAM SOKONGAN Help Services (Updated_13 Oct 2016) (Final).pdf• Stesen Novena (NS20): Keluar di Exit A, tukar kepada ... untuk mendapatkan semula wang yang telah hilang

Kaunseling dan Perkhidmatan Sokongan untuk Masalah Perjudian

adalah

adalah

Dapatkan Bantuan!

Bermasalah?

Khidmat Bantuan yang Disediakan

PROGRAM-PROGRAM

SOKONGANAPAKAH PROGRAM-PROGRAM SOKONGAN YANG DISEDIAKAN?

Terdapat beberapa organisasi yang menghulurkan bantuan kepada penjudi bermasalah dan/atau anggota keluarga mereka. Mereka boleh mendapatkan bantuan kaunseling, program terapi secara berkumpulan atau perkhidmatan sokongan yang lain di sini:

1. Kumpulan Perubatan Healthway# - 6252 6266

2. Klinik The Resilienz# - 6397 7300

3. Pusat Keharmonian Keluarga THK @ Circuit# - 6747 7514

4. Pusat Khidmat Keluarga Lakeside# - 6265 6522

5. Khidmat Pengurusan Penagihan Kebangsaan (NAMS) / NAMS @ Club HEAL# - 6 - RECOVER (6732 6837)

6. Hospital Besar Changi (Pusat Perubatan Psikologi) - 6850 3333

7. Kaunseling Kehidupan Adullam - 6659 7844

8. Pusat Pemulihan Penjudi Blessed Grace - 8428 6377

9. MindCare (dibawah Perkhidmatan Masyarakat AMKFSC) – 6553 6643

10. Pusat One Hope – 6547 1011

11. Pusat Khidmat Keluarga Hougang Sheng Hong – 6289 5022

12. Perkhidmatan Masyarakat The Silver Lining Ltd - 6749 0400

13. Perkhidmatan Masyarakat WE CARE Ltd - 6547 5459

# Kaunseling akan diberikan secara percuma kepada semua Warga Singapura/Penduduk Tetap yang terjejas dengan masalah perjudian atau anggota keluarga yang terjejas dengan penjudi bermasalah.

Kami menasihatkan anda menghubungi agensi ini untuk membuat temujanji.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kaunseling yang disediakan, sila lungsuri www.ncpg.org.sg atau hubungi Talian Masalah Perjudian Kebangsaan di 1800-6-668-668.

Semua maklumat akan dirahsiakan.

Thom

son

Road

Thomson Road

Thomson Road

Thom

son

Road

E|R|P

Toa PayohRise Apartments

CaldecottMRT Station

(CC17)

AF

42

620A

Toa Payoh Rise Toa Payoh Rise

Toa Payoh West

510/512

500

A

Slf Building

18A 553

551

535

15

Saint Joseph Institute(SJI) International

CHIJ Primary(Toa Payoh)

TowardsCaldecott MRT

TowardsNovena MRT

Ministry of Socialand Family Development

(MSF) Building

Lokasi kami:

510 Thomson Road #05-01 SLF Building Singapura 298135

Masa Operasi: Isnin hingga Khamis: 8.30pg - 6.00ptgJumaat: 8.30pg - 5.30ptg(Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Tel: 6354 8154Emel: [email protected] Laman Web: www.ncpg.org.sg

Datang dengan menaiki KERETA Tempat meletak kereta elektronik disediakan di Bangunan SLF untuk kereta dan motorsikal

Datang menaiki BASDi sepanjang Thomson Road • Perhentian bas 51049 di hadapan Bangunan SLF • Perhentian bas 51041 bertentangan Bangunan SLF • Perkhidmatan bas no. 54, 130, 132, 141, 156, 162, 166, 167,

851, 980

Datang dengan menaiki MRT• Stesen Novena (NS20): Keluar di Exit A, tukar kepada

perkhidmatan bas no. 54, 141, 162, 166, 167, 851, 980, bertentangan dengan Gereja Novena (Thomson Road)

• Stesen Caldecott (CC17): Berjalan kaki sejauh 6 mins dari Exit B, disepanjang Thomson Road atau tukar kepada mana-mana perkhidmatan bas bertentangan dengan Mediacorp (Thomson Road)

24 jam TALIAN BANTUAN MASALAH PERJUDIAN KEBANGSAAN

1800-6-668-668 WebChat

www.ncpg.org.sg/www.nams.sg

Dapatkan Bantuan!

Bermasalah?

Page 2: 15 PROGRAM-PROGRAM SOKONGAN Help Services (Updated_13 Oct 2016) (Final).pdf• Stesen Novena (NS20): Keluar di Exit A, tukar kepada ... untuk mendapatkan semula wang yang telah hilang

MENGAPA SAYA PERLU BERBICARA DENGAN SEORANG KAUNSELOR?

Penjudi yang bermasalah sering tidak dapat mengawal atau menghentikan tabiat berjudi mereka. Jika anda mengesyaki yang anda atau ada anggota keluarga anda yang mungkin menghadapi masalah perjudian, sila dapatkan bantuan dengan segera.

BAGAIMANA KAUNSELING DAPAT MEMBANTU SAYA?

Kaunseling bukan sahaja untuk penjudi bermasalah. Ia penting dalam membantu anda dan keluarga anda untuk mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan masalah perjudian. Kaunseling boleh dilakukan secara individu atau secara berkumpulan.

Kaunseling Secara Individu disesuaikan untuk anda dan meliputi aspek pengurusan kewangan, mencegah diri dari berbalik semula ke tabiat lama, pengurusan tekanan dan belajar cara untuk membaiki hubungan dengan anggota keluarga.

Kaunseling Berkumpulan memberi peluang kepada para penjudi dan anggota keluarga mereka untuk memberi atau menerima sokongan dari kawan-kawan yang meghadapi nasib serupa, berkongsi pengalaman dan cara mengawal masalah yang berkaitan dengan masalah perjudian.

Kaunselor boleh merujuk anda kepada organisasi lain sekiranya anda memerlukan sebarang nasihat undang-undang atau bantuan kewangan.

APAKAH KHIDMAT BANTU DIRI YANG DISEDIAKAN?

Buku Kerja Bantu Diri Interaktif Dalam Talian untuk Masalah Perjudian

Mengenal pasti dan memahami tabiat perjudian anda. Belajar untuk menanggani keinginan dan kepercayaan yang menyimpang yang mendorong anda untuk berjudi. Lungsuri buku kerja dalam talian atau rujukkan ia kepada seseorang yang mungkin mengalami masalah perjudian, dengan melungsuri laman web:

http://www.nams.sg/workbook.aspx

APAKAH KHIDMAT BANTUAN LAIN YANG DISEDIAKAN?

Pengecualian Kasino dan Had LawatanMajlis Kebangsaan terhadap Masalah Perjudian (NCPG) menawarkan Pengecualian Kasino dan Had Lawatan kepada mereka yang ingin mengecualikan diri mereka atau mengehadkan lawatan mereka ke kasino. Para individu boleh memohon untuk Pengecualian Diri dari Kasino atau Had Lawatan secara sukarela untuk mengecualikan atau mengehadkan lawatan ke kasino. Anggota keluarga juga boleh membuat permohonan untuk Perintah Pengecualian Keluarga atau Had Lawatan Keluarga untuk mengecualikan atau mengehadkan kunjungan anggota keluarga mereka ke kasino.

Pengecualian bagi Pengendali Bukan Kasino NCPG turut mempermudahkan permohonan Pengecualian diri dari beberapa Pengendali Perjudian Bukan Kasino.

Sila lungsuri www.ncpg.org.sg untuk maklumat lanjut tentang Pengecualian Kasino dan Had Kunjungan serta Pengecualian bagi Pengendali Bukan Kasino.

Mengatasi Masalah Perjudian

SESIKAUNSELING

DAPATKAN BANTUAN,HUBUNGI KAMI BANTU DIRI

KHIDMAT BANTUAN YANG LAIN

Memahami Masalah Perjudian

BAGAIMANA SAYA MENGETAHUI YANG SAYA MEMPUNYAI MASALAH? (TANDAKAN JIKA BETUL)

Bertaruh lebih dari apa yang saya mampu atau yang saya rancangkan

Berulang-kali cuba untuk memenangi semula wang yang saya kerugian semasa berjudi

Berbohong mengenai masalah perjudian dan juga masalah yang berkaitan dengannya

Selalu ponteng kerja dan gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga disebabkan sibuk berjudi

Sentiasa memikirkan mengenai perjudian

Mendapati diri sukar untuk mengawal, menghentikan atau mengurangkan tabiat berjudi atau menjadi pemarah apabila cuba untuk melakukan sedemikian

Mempunyai banyak hutang, bil tertunggak atau mengalami masalah kewangan lain disebabkan perjudian

Jika anda telah menandakan satu atau lebih pada keadaan yang tertera di atas, anda mungkin berisiko mempunyai masalah perjudian atau sudah ketagihan berjudi. Kami menasihatkan agar anda mendapatkan bantuan dengan segera.

BAGAIMANA IA BERMULA?

BERJUDI SECARA SOSIAL

• Berjudi untuk berseronok

• Berjudi mengikut kemampuan

• Mampu berhenti berjudi pada bila-bila masa

• Tidak memudaratkan diri dan/ atau keluarga

MASALAH PERJUDIAN

• Bermula daripada perjudian sosial

• Hilang kawalan disebabkan berjudi dengan berlebihan

• Sentiasa berkeinginan untuk berjudi

• Terlalu memikirkan cara untuk mendapatkan semula wang yang telah hilang semasa berjudi

• Memudaratkan diri dan/atau keluarga dari segi psikologi dan bebanan kewangan

BAGAIMANA IA MEMBERI KESAN KEPADA ANDA?

Masalah perjudian boleh mengakibatkan:

• Masalah kewangan seperti berhutang dan kehilangan pekerjaan

• Masalah perhubungan seperti perceraian

• Masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan