15. Topik 11oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/MPW2133/86928... · Falsafah Pendidikan...

24
X PENGENALAN Tahukah anda bahawa pembangunan negara, terutamanya dari segi sosial banyak dipengaruhi oleh tindakan dan dasar yang telah dijalankan oleh kerajaan sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu sejak negara mencapai kemerdekaan. Dengan adanya usaha tersebut, dapat dilihat pembangunan sosial di Malaysia sentiasa berubah mengikut kehendak semasa. Apakah dasar-dasar pembangunan sosial tersebut? Sebagai seorang warganegara Malaysia yang sememangnya terlibat dalam pembangunan sosial, anda perlu tahu apakah objektif dan peranan setiap dasar agar kita tahu ke manakah arah yang hendak dituju oleh kerajaan dalam pembangunan negara supaya kita juga menjadi penyumbang ke arah pembangunan sosial negara. T T o o p p i i k k 1 1 1 1 X Dasar Pembangunan Sosial HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menggariskan dasar-dasar sosial yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia; 2. Mengenal pasti apakah kepentingan dan peranan setiap dasar sosial yang dijalankan; dan 3. Mengaplikasikan strategi dan dasar yang telah dipelajari ke dalam kehidupan seharian bagi mendokong aspirasi kerajaan.

Transcript of 15. Topik 11oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/MPW2133/86928... · Falsafah Pendidikan...

PENGENALAN

Tahukah anda bahawa pembangunan negara, terutamanya dari segi sosial banyak dipengaruhi oleh tindakan dan dasar yang telah dijalankan oleh kerajaan sejak berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu sejak negara mencapai kemerdekaan. Dengan adanya usaha tersebut, dapat dilihat pembangunan sosial di Malaysia sentiasa berubah mengikut kehendak semasa. Apakah dasar-dasar pembangunan sosial tersebut? Sebagai seorang warganegara Malaysia yang sememangnya terlibat dalam pembangunan sosial, anda perlu tahu apakah objektif dan peranan setiap dasar agar kita tahu ke manakah arah yang hendak dituju oleh kerajaan dalam pembangunan negara supaya kita juga menjadi penyumbang ke arah pembangunan sosial negara.

TTooppiikk

1111 Dasar Pembangunan Sosial

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menggariskan dasar-dasar sosial yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia;

2. Mengenal pasti apakah kepentingan dan peranan setiap dasar sosial yang dijalankan; dan

3. Mengaplikasikan strategi dan dasar yang telah dipelajari ke dalam kehidupan seharian bagi mendokong aspirasi kerajaan.

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 199

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK)

Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah. Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan lahir melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Selepas itu, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.

Perkembangan sistem pendidikan di zaman penjajahan berkembang tanpa mengambil kira keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem pendidikan pada waktu itu lebih menumpukan ke arah mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini akhirnya ditukar apabila Tanah Melayu sudah merdeka. Oleh itu, langkah-langkah telah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri yang menggambarkan identiti sebuah negara merdeka.

11.1.1 Objektif DPK

(a) Menurut Akta Pelajaran, 1961 dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya. Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-

11.1

1. Mengapa Tanah Melayu perlu ada dasar pendidikan kebangsaan sendiri?

2. Apakah bentuk sistem pendidikan pada zaman penjajahan?

AKTIVITI 11.1

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

200

kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja („tenaga rakyat,‰ istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.

(b) Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini

mencerminkan hasrat kerajaan agar Dasar Pendidikan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan berlandaskan hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini, memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis. Ini adalah untuk mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

11.1.2 Strategi Pelaksanaan DPK

Strategi Pelaksanaan DPK terdiri daripada: (a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama; (b) Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi

semua jenis sekolah; (c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; (d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; (e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan

pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; (f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; (g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan

mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dari kawasan luar bandar atau pedalaman;

(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) yang berasaskan 3M; iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 201

memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;

(i) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat

universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; (j) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; (k) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata

pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang saksama bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan

(l) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti

pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Di Malaysia, terdapat sekolah jenis kebangsaan untuk kaum Cina dan India. Apakah pendapat anda mengenai penubuhan sekolah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar? Bagaimanakah ia memberi kesan jangka panjang kepada sistem pendidikan di Malaysia? ``Perpaduan di kalangan penduduk berbilang kaum di Malaysia sudah cukup baik tetapi adalah lebih baik lagi jika anak-anak Melayu, Cina dan Tamil boleh bergaul dan belajar di bawah satu bumbung sejak kecil lagi‰. Kenyataan ini merujuk kepada penubuhan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Apa pandangan anda? Bincangkan. Apakah pandangan anda mengenai pengajaran Matematik dan bahasa Inggeris diajar dalam bahasa Melayu?

AKTIVITI 11.2

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

202

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Setiap hari kita akan makan, berpakaian, bermasyarakat, bercakap dan sebagainya. Persoalannya, apakah ada perbezaan antara cara kita melakukan perkara-perkara tersebut dengan orang lain atau dengan kata lain dengan masyarakat yang berbeza? Sudah tentu ada. Dari sini, adakah anda faham apa itu budaya? Budaya merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia, di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan satu masyarakat yang bersifat kemalaysiaan.

11.2.1 Mengapa Malaysia Perlu Ada Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini juga akan menjadi garis panduan bagi membentuk satu identiti Malaysia sebagai sebuah negara di mata dunia.

Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: (a) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Rantau ini yang

merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia

11.2

Cuba anda lihat di sekeliling anda. Antara kaum Melayu, Cina, India dan kaum peribumi yang lain, adakah sama dari segi mereka berpakaian, makan, bercakap, mengadakan upacara atau perayaan? Jika berbeza, mengapa dan apakah perbezaan tersebut?

AKTIVITI 11.3

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 203

dan Oceania sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama daripada kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca);

(b) Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di

bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu Austronesian, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu, telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan;

(c) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima.

Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu, unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain sesuai dan wajar diberi pertimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya;

(d) Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan

Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Kerana itu, ia patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas tersebut adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

204

11.2.2 Objektif

Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting, iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

Strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut: (a) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan

asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(b) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha

membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(c) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,

kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; (d) Memenuhi keperluan sosio-budaya; dan (e) Meninggikan taraf dan mutu kesenian. Di samping Kementerian Kebudayaan

Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain, Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 205

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

DASAR KELUARGA NEGARA

11.3.1 Pengenalan

Tahukah anda, institusi kekeluargaan yang utuh dan kukuh mempengaruhi kestabilan masyarakat dan negara? Pengukuhan institusi itu hanya boleh dicapai melalui pemupukan nilai kasih sayang dalam setiap anggota keluarga. Melalui kasih sayang sebagai pengikat keluarga, ia mampu mencetuskan perasaan hormat menghormati, prihatin dan tanggungjawab antara satu dengan lain. Ia turut menjelaskan bahawa setiap ahli keluarga; daripada datuk, nenek, ibu bapa dan anak perlu menikmati keadaan hidup yang sihat, selamat dan bahagia. Bagi mencapai hasrat seumpama ini, Dasar Keluarga Negara (DKN) diperkenalkan yang memfokuskan aspek kesejahteraan keluarga. Ia sebagai bukti kesungguhan kerajaan memperkasakan institusi berkenaan selaras dengan arus pembangunan negara. Dasar Keluarga Negara (DKN) mengutamakan kesejahteraan keluarga dalam segala usaha pembangunan keluarga berlandaskan nilai murni bagi memperkukuh dan memantapkan institusi keluarga, melalui peningkatan potensi dan keupayaan ahli keluarga dan masyarakat.

11.3

Pada zaman ini, apatah lagi di era globalisasi, begitu banyak budaya luar dibawa masuk ke Malaysia, khususnya melalui media massa. Pada pandangan anda, apakah kesan budaya luar ini terhadap budaya tempatan? Pada pandangan anda, adakah amalan kongsi raya masih relevan dalam era globalisasi ini?

AKTIVITI 11.4

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

206

11.3.2 Objektif

DKN bertujuan untuk membangunkan keluarga yang sejahtera dan berdaya upaya untuk melahirkan generasi berkualiti dan berperibadi mulia melalui penggemblengan sokongan dan iltizam semua pihak, dengan mengutamakan kesejahteraan keluarga.

11.3.3 Rasional Penggubalan Dasar Keluarga Negara

Rasional di sebalik Penggubalan Dasar Keluarga Negara adalah seperti berikut: (a) Arah tuju pembangunan keluarga yang ÂtotalÊ dan menyeluruh,

merangkumi pembangunan fizikal, mental, sosial, emosi dan kerohanian bagi setiap peringkat dalam kitaran hidup keluarga;

(b) Usaha mengiktiraf dan menyokong peranan, hak dan tanggungjawab dan

fungsi setiap ahli keluarga dalam usaha membangun keluarga yang kukuh, stabil dan harmoni. Keluargalah unit paling asas yang menyediakan landasan untuk pembangunan insan dan pembangunan sumber manusia bagi menggerak pembangunan sesebuah negara. Justeru itu, kerajaan dan semua pihak yang bertanggungjawab perlu memberi perlindungan, perkhidmatan dan sokongan untuk mendaya upayakan keluarga, mengguna kekuatan yang sedia ada (inherent strengths) untuk melahirkan sumber manusia berkualiti tinggi dan berperibadi mulia;

(c) Dapat mengenal pasti, memberi keutamaan serta bimbingan dan galakan

untuk keluarga menyemai, menghayati, memupuk dan mengamal nilai murni dan kekeluargaan yang boleh dijadikan pemangkin untuk mencapai kejayaan dan benteng pertahanan diri ahli keluarga. Amalan nilai murni bagi setiap insan dalam keluarganya perlu disebar luas dan diperkukuh (reinforce) dalam institusi pendidikan, komuniti dan di tempat kerja.

(d) Keluarga merupakan institusi yang akan memperturunkan nilai dan akhlak

mulia kepada generasi akan datang. Maka, budaya keluarga yang penuh kasih sayang, adil dan saksama, di mana setiap ahli keluarga akan memikul tanggungjawab bersama dan saksama tanpa mengira jantina dalam keluarga, boleh diwujud, diperkukuh dan disebarluaskan. Budaya ini akan membangunkan semula dan mengekalkan sifat tolong-menolong, bantu-membantu dan berkongsi sumber secara saksama dalam keluarga.

(e) Tekanan juga boleh diberi ke atas hak dan perlindungan undang-undang

yang memelihara kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarga, termasuk

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 207

undang-undang untuk mendapat dan menikmati hak sebagai seorang individu dalam keluarga supaya dihormati sebagai individu yang memiliki darjat dan maruah diri (dignity); dan

(f) Dasar ini dapat memberi panduan dan peringatan, meningkatkan

komitmen dan bertanggungjawab sosial kepada semua pihak supaya mengutamakan kesejahteraan keluarga.

11.3.4 Objektif Umum

Mengutamakan kesejahteraan keluarga dalam pembangunan negara, berlandaskan nilai murni dengan mengukuh dan memantapkan institusi keluarga melalui penggembelengan iltizam dan sokongan semua pihak untuk menyediakan dasar, perundangan, program, perkhidmatan, kemudahan dan persekitaran mesra keluarga.

11.3.5 Objektif Khusus

Objektif khusus adalah seperti berikut:

(a) Memastikan semua pihak mengutamakan kesejahteraan keluarga dalam dasar dan program pembangunan organisasi dan negara;

(b) Menyedia dan memperluaskan program dan perkhidmatan pembangunan keluarga, kemudahan serta sokongan mesra keluarga untuk memperkukuh dan memantapkan institusi keluarga;

(c) Memastikan penerapan dan penghayatan nilai murni dijadikan paksi hidup keluarga Malaysia untuk melahirkan generasi berkualiti dan berperibadi mulia; dan

(d) Meningkatkan penggemblengan iltizam, sokongan dan sumber antara semua pihak bagi mengutamakan kesejahteraan keluarga.

11.3.6 Strategi Pelaksanaan Dasar

Perlaksanaan Dasar dapat kita rujuk seperti: (a) Advokasi Utamakan Keluarga

Melalui advokasi keprihatinan dan iltizam untuk mengutamakan keluarga dalam dasar dan program pembangunan bagi para pemimpin, penggubal dasar, pembuat keputusan dalam sektor awam, swasta, pemimpin masyarakat dan keluarga sendiri dapat dipertingkatkan.

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

208

(b) Mengkaji semua Perundangan, Dasar, Prosedur dan Program supaya „Mesra Keluarga„ Strategi ini akan menggerakkan inisiatif serta memberi sokongan padu kepada segala usaha untuk menyemak, mengkaji semula dan meminda dasar, undang-undang, program dan peraturan supaya lebih mesra keluarga.

(c) Latihan dan Penyelidikan untuk Pembangunan Keluarga Cemerlang

(i) Menyediakan peluang dan prasarana untuk keluarga menyertai „Program Latihan dan Pendidikan Pembangunan Keluarga Cemerlang‰ yang komprehensif dan peka gender;

(ii) Menggalakkan keluarga memiliki ilmu dan meningkat pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangun insan yang berfikiran saintifik, progresif dan berakhlak mulia demi untuk mencapai kehidupan sejahtera; dan

(iii) Menyediakan pelbagai kaedah pendidikan dan latihan formal dan tidak formal yang kreatif dan berkesan, termasuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terkini untuk memudahkan ahli keluarga mendapat ilmu dan kemahiran.

(d) Perundingan dan perkongsian Bestari di kalangan pelbagai Agensi Kerajaan,

Swasta, Badan Bukan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Komuniti Strategi ini dapat mewujudkan mekanisme di peringkat kebangsaan untuk meningkatkan:

(i) Pemahaman dan komitmen menggerak program utamakan keluarga bagi sektor awam, swasta dan masyarakat;

(ii) Kerjasama yang kukuh dan bersepadu antara pihak yang terlibat

(iii) Untuk mempercepatkan pelaksanaan program utamakan keluarga melalui perkongsian maklumat, pakar rujuk, sumber teknikal, jurulatih dan sumber teknikal, jurulatih dan sumber kewangan antara pihak kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan, Institusi Penyelidikan dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT); dan

(iv) Badan Bukan Kerajaan (NGO) juga boleh melaksanakan program ke peringkat akar umbi di seluruh negara dengan adanya penyaluran sumber teknikal dan kewangan.

(e) Penyelidikan dan Pembangunan

Strategi ini akan menggalakkan:

(i) Penyelidikan asas, bersepadu dan gunaan dalam bidang pembangunan keluarga, di mana hasilnya dapat diguna sebagai input dasar dan pembentukan program; dan

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 209

(ii) Pelaksanaan dan peningkatan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pembangunan keluarga oleh agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi (IPT) dan badan kerajaan.

(f) Penyediaan Kemudahan Sumber dan Persekitaran yang Mendaya

Upayakan Keluarga Melalui strategi ini, usaha untuk mewujud perkongsian, pertukaran, pengumpulan dan peningkatan berbagai sumber untuk mengendalikan program perkhidmatan dan aktiviti serta kemudahan mesra keluarga, dapat dilaksanakan. Strategi ini boleh mempercepatkan lagi pelaksanaan program kerana kemudahan mendapat sumber sudah sedia ada.

DASAR WANITA NEGARA

Penyertaan wanita dalam sektor guna tenaga meningkat sejak 1957, bila wanita terbabit dalam hampir semua bidang pekerjaan sehingga membolehkan golongan tersebut menguasai 34.7 peratus daripada keseluruhan peluang pekerjaan pada tahun 2000 berbanding hanya 24.5 peratus ketika di awal kemerdekaan.

11.4

1. Berikan peranan media dalam pembangunan keluarga di Malaysia. 2. Bagaimanakah hendak mewujudkan masyarakat penyayang di

kalangan warga Malaysia? 3. Pembangunan berterusan yang berlaku dewasa ini seolah-olah

meminggirkan pembentukan nilai budaya ke atas personaliti individu menjadikan mereka tidak matang. Penekanan berterusan ke atas ekonomi yang memperlihatkan kepentingan nilai materialistik dan pembangunan yang menampilkan kecanggihan infrastruktur serta sektor pendidikan yang menekankan mengenai pencapaian akademik menyebabkan pembangunan sosial serta pemupukan nilai-nilai seolah-olah dipinggirkan. Pandangan anda mengenai isu ini.

AKTIVITI 11.5

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

210

11.4.1 Pengenalan

Sumbangan wanita dalam pembangunan negara tidak dapat dinafikan, malah peranan mereka semakin menyerlah, terutamanya selepas merdeka. Kejayaan ini semakin membanggakan selaras dengan cabaran globalisasi. Golongan yang suatu masa dahulu dianggap sebagai kaum yang lemah, kini bangun untuk memainkan peranan dalam menjayakan negara ini bersama-sama dengan kaum lelaki. Sesuai dengan ungkapan `tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia, wanita juga mempunyai `kuasaÊ untuk menentukan hala tuju negara. Di Malaysia, sebanyak 7.4 juta wanita bekerja dan ini menunjukkan mereka merupakan sebahagian daripada penyumbang pembangunan negara ini. Sebagai aset penting negara, kerajaan tidak mahu mempersiakan peranan kaum hawa ini. Justeru itu diperkenalkan Dasar Wanita Negara bagi menjamin kedudukan dan hak-hak mereka dalam pembangunan negara. Memandangkan kaum wanita berupa potensi sumber pembangunan yang baru mendapat pengiktirafan, maka Dasar Wanita ini bermaksud untuk memberi panduan dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan negara. Dasar ini juga memastikan kepentingan dan penyertaan wanita tidak terabai, baik sebagai kumpulan sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat moden. Wanita telah sekian lama memainkan peranan aktif sebagai penyokong dalam bidang politik negara. Pembangunan ialah satu proses yang memerlukan penglibatan sepenuhnya daripada lelaki dan wanita. Oleh itu, dasar ini mengulangi pendirian yang menekankan penglibatan wanita yang aktif dan bererti dalam bidang politik. Dasar ini mengambil kira minat, usaha dan penglibatan kerajaan, kehendak kehendak pertubuhan bagi menyokong beberapa resolusi di peringkat antarabangsa, kehendak-kehendak pertubuhan wanita Malaysia serta penubuhan jentera penggerak di peringkat kerajaan pusat, iaitu Urus setia Hal Ehwal Wanita (HAWA). Beberapa dokumen penting telah dirujuk dalam pembentukan dasar ini. Di antara yang penting termasuklah: (a) Resolusi Persidangan Akhir Dekad Wanita Sedunia Bangsa-bangsa Bersatu

(1975-1985) yang berlangsung di Nairobi, Kenya, pada tahun 1985 yang bertemakan „Forward Looking Strategies‰ bagi menghadapi tahun 2000. Resolusi-resolusi yang terkandung di dalam risalah antarabangsa ini telah pun diterima sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia;

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 211

(b) Penyataan Dasar „Commonwealth Secretariat‰ mengenai wanita dan pembangunan yang ditandatangani oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel di Nassau, Bahamas pada tahun 1985;

(c) „Commonwealth Plan of Action‰ bagi menyokong keberkesanan penyataan

dasar di atas yang disahkan oleh Kerajaan Malaysia di Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel pada tahun 1987 di Vancouver, Kanada;

(d) Syor-syor yang dibuat oleh Persidangan Menteri-menteri yang

bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Wanita di Harare, Zimbabwe, pada 1987, yang menyeru setiap kerajaan supaya membentuk satu dasar mengenai wanita dan pembangunan untuk diintegrasikan ke dalam rancangan pembangunan negara; dan

(e) Kertas kerja dasar yang disediakan oleh Majlis Penasihat Kebangsaan

mengenai Integrasi Wanita dalam Pembangunan (NACIWID) dan diluluskan oleh Majlis dalam mesyuaratnya pada 31 Januari 1986. Di peringkat dalam negeri pula, beberapa perundingan dan bengkel telah diadakan oleh HAWA dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bagi mendapatkan kata sepakat dan sokongan bagi syor-syor antarabangsa itu. Penglibatan kerajaan telah diperolehi dalam semua peringkat usaha ini.

11.4.2 Matlamat Dasar Wanita

Matlamat Dasar Wanita adalah seperti yang dinyatakan seterusnya. (a) Bagi menjamin perkongsian saksama dalam memperoleh kemudahan

sumber, maklumat, peluang penyertaan dan manfaat pembangunan kepada lelaki dan wanita. Matlamat persamaan dan kesaksamaan hendaklah dijadikan teras dasar pembangunan yang berorientasikan rakyat, supaya wanita yang mewakili separuh jumlah penduduk negara, dapat menyumbangkan dan mencapai sepenuhnya potensi mereka.

(b) Bagi mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara

selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita bagi mempertingkatkan mutu hidup, membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf, dan menegakkan negara aman, makmur dan sentosa.

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

212

(a) Prinsip dan Panduan Utama Dasar Wanita ialah:

(i) Dasar Wanita ini hendaklah diselaraskan dengan dasar pembangunan negara, yang berlandaskan keluhuran Perlembagaan berkaitan dengan hak asasi rakyat, perlindungan undang-undang, perpaduan dan kebebasan. Selain daripada itu, dasar ini juga mengutamakan penyertaan dan penglibatan aktif bersama kaum wanita dan lelaki dalam proses pembangunan, baik di peringkat perancangan, mahupun di peringkat pelaksanaan dan penilaian impaknya;

(ii) Dasar ini juga perlu mengambil kira potensi tenaga manusia

yang separuhnya terdiri daripada kaum wanita. Pengembangan dan pengintegrasian tenaga wanita hendaklah tidak terbatas kepada sektor-sektor tradisional sahaja, malah hendaklah menembusi semua sektor dan lapisan ekonomi, sosial, politik dan budaya;

(iii) Usaha pengintegrasian wanita dalam pembangunan hendaklah

berupa tanggungjawab bersama sektor-sektor kerajaan dan bukan kerajaan. Pelaksanaan dasar ini adalah fungsi umum, bukan terbatas kepada satu jantina, ataupun sektor dan agensi tertentu;

(iv) Keperluan istimewa dan sifat kewanitaan tidak terjejas; tanggungjawab

keibuan dan keluarga tidak dikorbankan dan maruah, moral dan nilai kehormatan wanita tidak diabaikan;

(v) Taraf pendidikan dan keilmuan yang luas dan mendalam

dipertingkatkan bagi kaum wanita sejajar dengan peranan dan penglibatan mereka dalam dunia dan masyarakat yang moden dan dinamis;

(vi) Sebarang diskriminasi yang berasaskan jantina yang merugikan kaum

wanita dihapuskan dalam semua pertimbangan sewaktu membuat keputusan dan tindakan-tindakan selanjutnya; dan

Pada pandangan anda, adakah Malaysia mampu mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita di semua peringkat membuat keputusan di negara ini?

AKTIVITI 11.6

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 213

(vii) Segala maklumat mengenai sasaran dan kesan rancangan pembangunan hendaklah mengandungi data keberkesanannya terhadap kaum wanita.

DASAR BELIA NEGARA

11.5.1 Pengenalan

Tahukah anda, Dasar Belia Negara menjelaskan bahawa golongan belia dikategorikan berumur antara 15 hingga 40 tahun? Mereka merupakan 42.1 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia yang berjumlah 23.27 juta orang pada tahun 2000. Ketika ini, golongan belia merupakan tenaga penggerak dalam pelbagai bidang termasuklah politik, ekonomi, sosial, sukan dan pendidikan. Peratusan belia yang bekerja dalam kategori pekerjaan profesional dan teknikal telah meningkat daripada 6.7 peratus pada tahun 1995 kepada 7.9 peratus pada tahun 2000. Malahan, di peringkat kementerian telah ditubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Belia. Dasar Belia Kebangsaan yang digubal pada tahun 1985 telah dikaji semula pada tahun 1997 dan kemudian digantikan dengan Dasar Pembangunan Belia sebagai usaha untuk menggembleng potensi belia secara menyeluruh. Dasar pembangunan belia ini mensasarkan kepada belia yang berumur antara 18-25 tahun yang berteraskan kepada enam strategi iaitu:

(a) Meningkatkan usaha untuk meluaskan pengetahuan;

(b) Menanamkan nilai-nilai murni dan sikap positif;

(c) Melengkapkan belia dengan kemahiran vokasional dan kemahiran;

(d) Meningkatkan kemudahan yang sesuai untuk menggalakkan interaksi sosial yang sihat;

(e) Menggalakkan amalan gaya hidup yang sihat; dan

(f) Membina semangat bekerjasama dan perkongsian antara agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

11.5

Pada pandangan anda, adakah wanita juga perlu diberi peluang dan ruang yang lebih luas dalam pembangunan negara?

SEMAK-KENDIRI 11.1

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

214

Antara latihan yang disediakan untuk pembangunan belia: (a) Latihan kepimpinan bagi membentuk kepimpinan yang berkualiti di

kalangan belia. Pelbagai aspek ditekankan seperti kemahiran berunding, teknik berkomunikasi dan interaksi sosial, pengurusan penganjuran acara serta pemupukan ciri keperibadian yang positif;

(b) Selain daripada itu, kerajaan juga telah melaksanakan program khidmat

sosial negara yang bermatlamat untuk menanam semangat cintakan negara dan sukarelawan di kalangan belia;

(c) Di peringkat antarabangsa pula, inisiatif diambil untuk mewujudkan

jaringan dengan negara-negara Komanwel dan ASEAN serta Jepun dan Korea Selatan, di mana para belia diberi peluang dan pendedahan untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran kepimpinan;

(d) Para belia Malaysia juga telah diberi latihan kemahiran secara formal bagi

memastikan mereka berupaya menyumbang secara produktif kepada ekonomi. Latihan secara formal ini telah dijalankan di Institut Latihan Kemahiran Belia Negara dan Institut Latihan Perindustrian. Selain daripada itu, golongan belia juga telah dilatih dalam pelbagai bidang teknikal seperti kejuruteraan mekanikal, elektrikal dan awam serta dalam bidang motor mekanik;

(e) Pihak kerajaan juga telah berusaha untuk memupuk potensi keusahawanan

di kalangan belia dengan menggalakkan mereka menyertai program keusahawanan, menjalankan penyelidikan dan latihan serta menyediakan khidmat nasihat kepada usahawan muda;

(f) Projek seterusnya yang dirangka untuk pembangunan belia ialah program

gaya hidup sihat. Ini bertujuan untuk melengkapkan belia dengan nilai dan sikap positif seiring dengan perubahan semasa. Untuk itu, diperkenalkan program Rakan Muda yang memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal, kerohanian, sosial dan pembangunan daya intelek belia melalui amalan gaya hidup sihat dan produktif; dan

(g) Program Belia dan Sukan juga direncana bagi melahirkan rakyat yang

aktif dan sihat seperti sukan bermotor dan sukan kembara. Lain-lain program adalah seperti program kebudayaan.

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 215

PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

PIN dilancarkan pada 23 April 2004, oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi selaras dengan matlamat cabaran ke-4 Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya. Ini termasuk untuk membentuk para warganya yang mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

11.6.1 Objektif PIN

Objektif PIN adalah seperti berikut: (a) Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat

bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

(b) Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam

usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat yang diamalkan dalam semua bidang;

(c) Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat

serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

(d) Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan

negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

11.6

Bagaimanakah hendak memperkasakan kedudukan belia dalam pembangunan Negara? Perlukah Malaysia mewujudkan satu akta yang berkaitan dengan belia? „Kadar jenayah meningkat, penyalahgunaan dadah, rasuah, rempit, pembunuhan kejam, black metal terus melingkari kehidupan remaja masa kini‰. Pada pendapat anda, mengapakah gejala sosial ini semakin berleluasa serta cadangkan apakah langkah yang sesuai untuk menanganinya?

AKTIVITI 11.7

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

216

(e) Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21, khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

(f) Bagi mencapai objektif tersebut, PIN telah menyusun dan memantapkan

sasarannya yang dikenali sebagai TEKAD 2008, yang akan dicapai dalam tempoh 5 tahun (2004-2008) iaitu:

Sasaran 1 mengurangkan gejala rasuah penyelewengan dan salah

guna kuasa Sasaran 2 Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian

perkhidmatan awam dan mengatasi masalah kerenah birokrasi

Sasaran 3 meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan

Sasaran 4 memantapkan institusi keluarga

Sasaran 5 meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

11.6.2 Strategi Pelaksanaan PIN

Keseluruhan pendekatan, strategi dan pelan tindakan bagi mencapai objektif dan sasaran PIN merupakan salah satu agenda utama negara, dan kini dirujuk sebagai Agenda Integriti. Untuk itu, Institut Integriti Malaysia akan mempergiatkan aktiviti pendidikan dan kesedaran mengenai integriti di sektor awam, swasta dan kalangan anggota masyarakat supaya prinsip integriti dipraktikkan dalam pekerjaan dan kehidupan harian. (a) Strategi 1: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Keluarga

(i) Pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam gerakan pemantapan integriti akan menjamin kejayaan agenda menjadikan integriti budaya masyarakat dalam jangka panjang.

(ii) Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai

murni dalam diri anggotanya. Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti anggotanya. Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus bermula daripada kanak-kanak. Manakala, ibu bapa dan penjaga harus membimbing dan menjadi teladan yang baik. Dengan demikian, dalam gerakan pemantapan integriti, institusi keluarga memainkan peranan utama.

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 217

(iii) Agenda Integriti untuk keluarga ialah bagi mencapai objektif berikut:

• Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia;

• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan

• Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti. (b) Strategi 2: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Komuniti

(i) Institusi keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau masyarakat setempat. Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang menjalin rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas.

(ii) Agenda integriti untuk komuniti ialah bagi mencapai objektif berikut:

• Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;

• Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan

• Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum, serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.

(c) Strategi 3: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Masyarakat Sivil

(i) Ruang di antara keluarga dan komuniti dengan institusi besar,

khususnya negara dan kuasa pasaran atau institusi ekonomi, ialah ruang masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi; perkembangan kelas menengah, pengaruh dan interaksi dengan dunia antarabangsa, serta impak globalisasi, ruang masyarakat sivil semakin berkembang. Dalam ruang ini, terdapat pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pelbagai isu seperti hak wanita, pengguna, alam sekitar dan hak asasi manusia.

(ii) Agenda integriti untuk masyarakat sivil ialah bagi mencapai objektif

berikut:

• Peningkatan integriti masyarakat sivil melalui badan bukan kerajaan (NGO);

• Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti; dan

• Pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti.

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

218

(d) Strategi 4: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Sosio-budaya

(i) Institusi sosio-budaya yang merangkumi pendidikan (sekolah, kolej dan universiti), kesihatan, rekreasi dan sukan, media massa serta seni, sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara.

(ii) Agenda integriti untuk institusi sosio-budaya ialah bagi mencapai

objektif berikut:

• Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosio-budaya yang berintegriti.

• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani.

• Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga negara.

(e) Strategi 5: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Agama

(i) Masyarakat Malaysia adalah berbilang kaum dan agama. Institusi agama sangat penting dalam membina integriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing. Kepelbagaian agama seperti yang terdapat di Malaysia tidak harus menjadi masalah sekiranya ia ditangani dengan baik. Justeru, sikap saling menghormati, saling memahami dan bekerjasama antara penganut pelbagai agama perlu ditingkatkan. Nilai-nilai murni yang sejagat sifatnya daripada pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan untuk meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka.

(ii) Agenda Integriti untuk institusi agama ialah bagi mencapai objektif

berikut:

• Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama;

• Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran agama; dan

• Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 219

(f) Strategi 6: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Ekonomi

(i) Institusi ekonomi adalah institusi yang memakmurkan masyarakat dan negara melalui proses pengeluaran dan penyediaan peluang pekerjaan. Bergerak dalam ruang ini ialah banyak syarikat korporat dan syarikat besar lain, di samping perusahaan sederhana dan kecil. Mereka telah membuat sumbangan penting kepada kemajuan negara dan kemakmuran rakyat Malaysia pada hari ini.

(ii) Agenda integriti untuk institusi ekonomi ialah bagi mencapai objektif

berikut:

• Pemantapan integriti sektor korporat;

• Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawaban sosial;

• Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika; dan

• Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.

(g) Strategi 7: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Politik

(i) Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan pemerintah dipilih melalui pilihan raya. Sistem ini menggabungkan institusi raja berperlembagaan dengan sistem pemerintahan berparti di peringkat pusat dan negeri, dengan pilihan raya dijalankan secara berkala. Sistem ini, yang sudah dilaksanakan semenjak kemerdekaan, terbukti berkesan dan berjaya membawa kestabilan, keharmonian dan pembangunan kepada rakyat berbilang kaum.

(ii) Agenda integriti untuk institusi politik ialah bagi mencapai objektif

berikut:

• Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara;

• Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur;

• Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; dan

• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL

220

(h) Strategi 8: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Pentadbiran

(i) Institusi pentadbiran di Malaysia adalah antara yang terbaik di negara membangun. Jentera pentadbiran bersama-sama dengan jentera politik merupakan tulang belakang kekuatan masyarakat dan negara.

(ii) Agenda integriti untuk institusi pentadbiran ialah bagi mencapai

objektif berikut:

• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; dan

• Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.

• Kewujudan Dasar Pembangunan Sosial merupakan suatu pendekatan bercorak proaktif bagi melindung, memulih dan menjaga masyarakat yang memerlukan serta sebagai merawat isu-isu sosial yang sedia ada.

• Kewujudan dasar ini merangkumi falsafah dan semua dasar pembangunan sosial yang berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020.

• Dasar ini sebenarnya setara dengan dasar-dasar utama negara seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan 2020.

• Pelaksanaan dasar ini perlu diberikan penekanan khusus sebagai mekanisma penggerak bagi mencapai sebuah negara maju menjelang 2020.

„Antara objektif Pelan Integriti Nasional dalam menangani masalah yang timbul adalah untuk memupuk pengamalan politik yang berintegriti serta mengembangkan satu budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan kita sendiri‰. Cadangkan bagaimanakah untuk memupuk sistem politik mengikut acuan sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka yang berdaulat.

AKTIVITI 11.8

TOPIK 11 DASAR PEMBANGUNAN SOSIAL 221

Dasar Belia Negara

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Keluarga Negara

Dasar Pembangunan Sosial

Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK)

Dasar Wanita Negara

Pelan Integriti Nasional (PIN

Anis Yusoff. (2006, Mac 30). Mengembalikan integriti politik bersih. Utusan

Malaysia. Habibah Omar (2004, September 1). Dasar Ekonomi Baru: Lahirkan wanita

cemerlang. Utusan Malaysia. Hasan Malek (2006, Januari 19). Kedudukan belia dalam RMK9. Utusan Malaysia. Kajian tungkat mutu pembelajaran di SK. (2006, April 5). Utusan Malaysia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Laman web

rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Diakses pada Februari 23, 2009 daripada www.kpwkm.gov.my

Laman web Parlimen Malaysia. (2009). Ringkasan mengenai pelan integriti nasional.

Diakses pada Februari 23, 2009 daripada http://www.parlimen.gov.my/ Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2009). Belia dalam pembangunan. Diakses

pada Februari 23, 2009 daripada http://www.pmo.gov.my/ Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2009). Laman web rasmi Pejabat Perdana

Menteri Malaysia. Diakses pada Februari 22, 2009 daripada http://www.pmo.gov.my/

Pencapaian wanita Kemajuan untuk negara. (2003, November 18). Utusan

Malaysia. Sivamurugan Pandian (2005, Januari 19). Bina rakyat kelas satu. Utusan

Malaysia.