15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara

15
INPUT i. Konsep dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK); ii. Faktor-faktor pembentukan FPK; iii. Elemen-elemen dalam FPK; iv. Peranan sekolah dalam merealisasikan FPK; v. Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara; dan vi. Rumusan/cadangan. 1

Transcript of 15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara

INPUTi. Konsep dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK);

ii. Faktor-faktor pembentukan FPK;

iii. Elemen-elemen dalam FPK;

iv. Peranan sekolah dalam merealisasikan FPK;

v. Implikasi FPK terhadap sistem pendidikan negara; dan

vi. Rumusan/cadangan.

1

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

1.0 PENGENALAN

Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada

tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji

Pelaksanaan Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya

dicermin berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga

ideologi negara, iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia

Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999).

Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal secara teliti dan

mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

FPK digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anak

murid) yang menepati citarasa masyarakat dan hasrat negara seperti berikut :

2

2.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

2.1 Konsep Falsafah Pendididkan Kebangsaan (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan berasal daripada tiga leksikon asas, iaitu

falsafah, pendidikan dan kebangsaan. Leksikal “falsafah” berasal daripada dua

perkataan Yunani, iaitu; philos dan Sophia. Philos bermakna mencintai manakala

Sophia diertikan sebagai kebijaksanaan. Definisi falsafah dilihat daripada tiga

penjuru, iaitu; etimologi (bahasa), terminologi (istilah) dan praktikal. Para ahli

falsafah mendefinisikan falsafah sebagai satu landasan yang sempurna bagi

cetusan dan penjanaan deretan idea baharu dalam variasi bidang dan disiplin ke

arah perkembangan manusia.

E.D Miller dalam bukunya Questions That Matter (1984) mengujarkan

falasafah sebagai usaha berfikir secara rasional dan kritis terhadap variasi item.

Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan (1984 )

meletakkan falsafah sebagai pertimbangan asas dan andaian berkenaan

pertimbangan terhadap perkara yang penting. Kesimpulannya, falsafah dapat

diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas

yang dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.

Asal usul leksikal “pendidikan” adalah daripada morfem bebas Latin,

educare yang bermaksud “memelihara atau mengasuh”. Definisi pemajmukan

leksikal “Falsafah Pendidikan” diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai

“Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani,

jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia

hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan,

kemanisan dan kepahitan”. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak

sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah

melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).

3

“Kebangsaan” secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang

universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni

metafizik/ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu)

dan logik.

Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam

merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara

Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan

inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar

institusi pendidikan.

2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

FPK menggariskan kesemua leksikon, pemikiran dan prinsip berkaitan bidang

pendidikan di Malaysia. Panduan peraturan ini menggabungkan matlamat,

dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan

yang tekal (tidak bersifat nisbi atau berubah-ubah), jelas dan logik. Misalnya,

“...ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi...”. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan

masyarakat yang dihasratkan oleh negara Malaysia.

Kedua, FPK menjelaskan norma-norma kedinamikan pendidikan terkini

secara rasional serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Misalnya, barisan sintaksis

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah...”. Perkataan

“berterusan” menunjukkan bahawa sistem pendidikan tidak terhenti sebegitu

sahaja, malahan berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan kedinamikan

4

pendidikan berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan negara dari semasa

ke semasa.

Ketiga, FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada

semua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, “...bertujuan melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, ...”. Barisan morfem bebas inilah yang bertindak sebagai penentuan

kurikulum, ko-kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan. Variasi usaha

pendidikan yang sedia ada, direformasi secara mudah dan dilaksanakan ke arah

mencapai Matlamat Pendidikan Negara dengan merujuk FPK tersebut.

Keempat, FPK bertindak sebagai medium perealisasian misi Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang

berkualiti dan bertaraf dunia dan memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi

rujukan para guru, para penggubal kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah,

lanjutan penghasilan falsafah baharu umpamanya Falsafah Pendidikan Guru

(FPG) yang menghasratkan ciri-ciri guru yang dihasratkan dan sebagainya.

5

3.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

3.1 Pengenalan

Pembentukan FPK merujuk variasi faktor yang perlu dipertimbang

memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang majmuk

bangsanya. Satu keselarasan entiti perlu dirancang secara teliti oleh pakar-pakar

pendidikan agar tidak muncul perbalahan dan kekangan yang muncul di

kemudian hari.

3.2 Faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK)

Faktor pembentukan FPK terdiri daripada enam faktor; iaitu agama, sosial,

politik, ekonomi, individu dan sejagat. Terminologi syumul berkenaan keenam-

enam faktor tersebut dipaparkan jalinannya seperti berikut;

3.2.1 Faktor agama

Pertama ialah faktor agama yang dianuti oleh para manusia di Malaysia.

Agama Islam diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. Deretan

kepercayaan lain dianuti secara bebas berdasarkan akta dan undang-undang

negara. Agama Islam menjadi rujukan kepada pertimbangan asas dalam FPK.

Unsur agama tersebut dapat dihayati di dalam pernyataan “...mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”.

3.2.2 Faktor sosial

Kedua ialah faktor sosial yang meliputi hierarki dan struktur masyarakat

setempat serta kebudayaannya. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung

6

kepada variasi amalan mahmudah (mulia) umpamanya toleransi, bekerjasama,

hormat menghormati dan sebagainya demi penghasilan keadaaan sosial yang

stabil. Tujuan ini jelas terpancar di dalam pernyataan falsafah berkenaan, iaitu

“...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara”.

3.2.3 Faktor politik

Ketiga, ialah faktor politik yang menentukan ideologi negara lantas

mempengaruhi dasar pendidikan. Matlamat pencapaian perpaduan kaum

menjadi asas pembentukan FPK yang berlandaskan Rukun Negara, Dasar

Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3.2.4 Faktor ekonomi

Keempat, ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi pembangunan dan

kemajuan negara. Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapat

membantu negara memperkembang ekonomi menerusi peningkatan daya

pengeluarannya. Maka, sekolah teknik dan vokasional turut diwujudkan demi

penghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara.

Kenyataan ini dijelaskan secara luaran tetapi mendukung hasrat yang tinggi, iaitu

“...memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara”.

3.2.5 Faktor individu

Kelima, ialah faktor individu yang dikaitkan dengan keperluan-keperluan

individual seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan

kendiri. Potensi individu diperkembang menerusi pendidikan yang meliputi

aspek-aspek J-E-R-I (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Pernyataan ini jelas

terpampang di dalam ayat pertama FPK

7

3.2.6 Faktor sejagat

Keenam, ialah faktor sejagat yang menitik berat pandangan dan visi

sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara

memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman

antarabangsa. Pengenalan idea-idea pendidikan tika seminar pendidikan

antarabangsa turut mempengaruhi falsafah pendidikan di negara ini. Misalnya,

program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan

pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO yang dirancang pada

tahun 1980 telah dimanifestasikan dalam pernyataan FPK sebagai “Pendidikan

di Malaysia adalah satu usaha berterusan...”

Keenam-enam faktor pembentukan FPK ini menjadi disiplin ke arah

pembentukan peraturan yang menjadi prinsip yang seharusnya diamalkan para

pendidik dan sebagainya.

8

4.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(FPK)

4.1 Pengenalan

Barisan elemen dalam FPK merujuk ketiga-tiga ideologi negara, iaitu Rukun

Negara, DEB dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999) dan keempat-empat

cabang falsafah pendidikan, iaitu; metafizik, aksiologi, epistomologi dan logik.

FPK mendukung 17 elemen yang diklasifikan sebagai satu aspek yang

dipandang serius.

4.2 Elemen-elemen FPK dan cabang rujukan falsafah

Berikut merupakan elemen-elemen dalam FPK dan rujukan dalam cabang

falsafah :

Jadual 1 : Jaduan elemen FPK dan rujukan cabang falsafah

Bil. Cabang Falsafah

Elemen-elemen Implikasi

1 epistomologi pendidikan suatu usaha berterusan

a. Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni;

b. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

2 metafizik perkembangan potensi individu

a. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam dan perlu dicungkil;

b. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan orang lain dan pragmatik.

3 metafizik perkembangan individu a. Bakat, potensi dan kebolehan

9

secara menyeluruh dan bersepadu

tidak boleh dikembangkan secara berasingan; sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain;

b. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek; iaitu J-E-R-I.

4 epistomologi insan yang seimbang dan harmonis

a. Keimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain;

b. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.

5 metafizik unsur intelek a. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif dan senantiasa berusaha memperoleh dan mengembang ilmu yang betul,

b. Sangup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).

6 epistomologi unsur rohani a. Menyedari dan percaya kepada Tuhan dan sentiasa bersyukur;

b. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

7 aksiologi unsur emosi a. Mempunyai emosi yang matang dan stabil;

b. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

8 logik unsur jasmani a. Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal;

b. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.

9 aksiologi kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

a. Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan;

b. Menyedari dan insaf bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya;

c. Mengamalkan segala ajaran

10

agama yang dianuti.10 epistomologi rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuana. Cintai ilmu pengetahuan;b. Berusaha memupuk budaya

ilmu dan budaya membaca;c. Mempunyai fikiran yang luas

dan terbuka.11 logik rakyat Malaysia yang

berketerampilana. Mempunyai kecekapan dan

kompetensi diri;b. Berpandangan jauh dan

berinisiatif;c. Memupuk pembawaan diri yang

baik.12 aksiologi rakyat Malaysia yang

berakhlak muliaa. Mempunyai perwatakan diri

yang baik;b. Berpegang kepada nilai-nilai

murni dan moral sebagai prinsip hidup.

13 logik rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

a. Boleh dipercayai;b. Menjalankan tugas dengan

amanah, bersih dan cekap;c. Berusaha untuk meningkatkan

diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

14 aksiologi rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

a. Berfikiran waras dan berjiwa tenang;

b. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

15 logik rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

a. Berusaha memupuk perpaduan rakyat bermediumkan sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya;

b. Mempertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa dan negara.

16 logik berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

a. Berdaya tahan fizikal dan mental yang mantap;

b. Berkebolehan mengharungi liku-liku hidup yang kian mencabar dari masa ke semasa.

17 logik sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

a. Bersemangat patriotik;b. Menjadikan Rukun Negara

sebagai amalan hidup.

11

Deduktifnya, sistem pembelajaran dan pendidikan di Malaysia adalah

berpandukan keempat-empat cabang falsafah memandangkan kesemua aspek

yang dipandang serius sewajarnya diberi penekanan.

5.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASISKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pelaksanaan FPK dipaparkan secara jelas menerusi paparan tanggungjawab

para pentadbir sekolah, para guru, penyediaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum

di medium yang dinamakan ”sekolah”. Sekolah bertindak sebagai sarana

penghasilan produk (anak murid) seperti yang dihasratkan oleh variasi pihak

memandangkan mereka merupakan pemandu generasi pada masa yang bakal

tiba suatu hari nanti.

Pendidikan yang dihasilkan adalah menyeluruh dan bersepadu demi

peangplikasian ilmu yang diterima di sekolah ke dalam rutin seharian dapat

dipraktik para murid. Tambahan lagi, pendidikan ditafsirkan di dalam FPK

sebagai suatu sistem yang berterusan demi perkembangan potensi para murid

yang harmoni daripada variasi aspek tetapi masih berpandukan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan seperti yang tercatit jelas di dalam Rukun Negara.

Pendidikan sebegini (berdasarkan FPK) demi melahirkan sekelompok

masyarakat yang disemai nilai-nilai murni dan sivik yang mahmudah dan

senantiasa berusaha ke arah penyempurnaan diri seperti yang dirukuni fitrah

semulajadi insan. Rentetan kronologi ini bermotif pemberian sumbangan

terhadap kemakmuran variasi pihak.

Penilaian pengamalan falsafah ini diperspektif menerusi variasi penjuru;

yakni peranan pihak pengurusan dan organisasi, pengurusan prasarana –

kemudahan yang disediakan di sekolah dan amalan keceriaan, pelaksanaan

aktivti kurikulum dan kokurikulum serta lampiran program dan aktiviti yang

disediakan di setiap sarana FPK.

12

Penilaian sebegini mengimpak pelbagai kajian dilakukan di sekolah kajian

demi menilai peranan sekolah berkenaan merealisasikan hasrat yang

terkandung di dalam FPK menerusi beberapa pendekatan kajian. Umumnya,

kajian yang terlibat adalah berasaskan temu bual sama ada berstruktur atau

sebaliknya, pemerhatian menerusi senarai semak, dan borang soal selidik yang

diedarkan kepada sampel guru secara rawak. Analisis para respondan dibuat

menerusi kaedah statisitik deskriptif dengan total pendapatan frekuensi dan

peratusan.

6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

6.1 Pengenalan

FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan

negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjalaskan

tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi

suatu kenyataan. Ini memerulan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan

para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam

kandungannya.

FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini;

umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk

perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu

sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang

kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan

aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang

terkandung dalam FPK.

13

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras

dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi

program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan

penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran

yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan

umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam

bidang vokasional dan teknologi.

Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan profesional

ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan

perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta

perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan.

Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang

sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar

berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu,

perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif demi pemupukan nilai-nilai

murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi

pelahiran pelajar yang cintakan ilmu lantas membentuk budaya membaca dalam

kalangan mereka.

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang

seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang,

gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang

dihasratkan negara Malaysia. Namun, sejauh manakah pelasanaan FPK

diaplikasi terhadap pembangunan dan perjalanan sesebuah sekolah?

14

7.0 RUMUSAN

Kolektifnya, pelaksanaan dan hasrat yang dilampirkan oleh pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

adalah bermediumkan sekolah. Maka, perealisasian hasrat sedemikian perlu

ditekan dan diketengahkan ke dalam seantro aktiviti yang

dipertanggungjawabkan ke sekolah tersebut.

FPK merupakan dokumen rasmi dan menjadi rujukan variasi pihak

khususnya sekelompok insan yang terlibat dalam bidang pendidikan.

Pelaksanaan FPK di sekolah kajian adalah di tahap optimum dan boleh

diperbaiki dari semasa ke semasa.

15